Isnin, 29 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Laman web pro-BN bidas Dr Asri

Posted: 29 Dec 2014 06:59 AM PST

MALAYSIAKINI



Laman web pro-BN, mykmu.net membidas bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwanya memilih untuk menyebarkan prasangka buruk yang boleh memecah belah rakyat ketika berlaku musibah banjir.

Ia mendakwa Asri seolah-olah cuba 'menambah api' terhadap berita palsu mengenai tersebarnya kampit beras yang bercetak wajah MP Machang Ahmad Jazlan Yaakub serta bantuan beras lambat kerana mahu wajah MP itu dicetak terlebih dahulu.

 
Katanya, ketika tersebar berita palsu bahawa kerajaan menghalang NGO menyampaikan bantuan banjir kerana mahu meletakkan logo BN, Mohd Asri didakwanya bukan sahaja tidak membantu membetulkan tanggapan tetapi cuba menambah api lagi.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, tetapi pengarahnya telah menafikannya dan sebaliknya mengalu-alukan sumbangan serta bantuan untuk mangsa banjir.

Lawanweb itu berkata, sebagai ulama, Asri seharusnya mengurangkan kebimbangan dan perpecahan rakyat, tetapi ia mendakwa Asri pula yang memecah-belah masyarakat.

"Ulama dahulu tidak memberi pandangan jika tiada maklumat jelas dan pasti. Ulama hari ini sibuk berfacebook mahu jadi popular.

Sementara itu, Asri dalam facebook berkata, sekiranya berlaku perkara yang menyekat bantuan disampaikan kepada mangsa banjir, ia hendaklah dihentikan segera.

"Bukan masanya bermain politik kepartian di waktu ini, kasihanilah rakyat, berganding bahu dengan ikhlas untuk membantu sesama kita," tulis Asri di facebook.

Menurut mykmu.net lagi, sungguhpun ayat pertama Asri berlapik mengharapkan berita tersebut tidak benar, "namun para kedua jelas mahu memainkan emosi pembaca dan mewujudkan keadaan kemungkinan perkara tersebut ada berlaku".

Tulisan Asri di facebook turut mendapat 16,000 'like' dan dikongsi 1,500  pengguna

Macam tsunami yang landa Aceh - mangsa banjir

Posted: 29 Dec 2014 06:47 AM PST

ASLANI M






KUALA KRAI: 'Tsunami kecil' yang membadai Kelantan sejak Isnin menyebabkan suasana jadi agak kalut.

Paling terkesan di Kuala Krai dan Gua Musang di mana ramai mangsa banjir kehilangan tempat tinggal.

Kampung Manek Urai dan penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Galas di Gua Musang paling terjejas apabila banyak rumah hanyut dan rosak teruk.

Mangsa banjir yang pulang ke rumah selepas bah surut terkejut besar sehingga ada dalam kalangan mereka hampir pengsan.

Ramai mangsa yang ditemui melahirkan rasa terkejut dan sebak kerana tidak menjangka sama sekali bencana yang paling besar dalam sejarah Kelantan itu.

Sisa-sisa runtuhan rumah boleh dilihat di sana sini di Kampung Manek Urai Lama.

"Kampung kami seolah-olah menjadi padang jarak padang tekukur seperti tsunami yang melanda Aceh pada 2004," kata seorang penduduk, Norma Yusof, 56.

Kelihatan sisa-sisa peralatan rumah tersandar di pagar Masjid Kampung Manek Urai Lama dan berhampiran padang awam majlis daerah Dabong.

Suasana kelam kabut hari ini juga dapat dilihat apabila stesen minyak di Batu 2 Jalan Kuala Krai dan Mulong penuh sesak dengan kenderaan yang terpaksa beratur panjang sehingga ke jalan raya.

Mangsa banjir juga mendakwa mereka terputus bekalan ketika banjir memuncak Rabu dan Khamis lepas kerana tidak sampai.

Mangsa banjir di Kampung Manek Urai terpaksa menyelamatkan diri di tempat lebih tinggi termasuk di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama, Klinik Kampung Baru Manek Urai dan Bukit Kajang.

Bantuan hanya sampai di tempat pemindahan pada hari Jumaat, apabila makanan dibawa oleh pelbagai pihak dari Kuala Lumpur.

Hubungan jalan darat dari Kota Bharu ke Kuala Krai masih terputus sehingga tengah hari ini kerana jalan ditenggelami di Sungai Durian. - HARAKAHDAILY

MEDM lancar operasi pasca banjir, sukarelawan diperlukan

Posted: 29 Dec 2014 06:45 AM PST

ANIS NAZRI


KUALA LUMPUR: Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), satu badan khas di bawah PAS mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan bagi membantu tugas-tugas post-banjir.

Pengerusinya, Salahuddin Ayub berkata badan itu kini membuka meja pendaftaran di pejabat perhubungan PAS negeri-negeri yang tidak terlibat dengan banjir bagi tujuan pendaftaran sukarelawan itu.

Bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini, Naib Presiden PAS itu berkata pendaftaran itu juga boleh dilakukan melalui laman sosial Facebook MEDM dan juga careline MEDM.

"Bagi kerja-kerja post-banjir ini, kami memerlukan lebih banyak tenaga sukarelawan yang akan menjayakan Ops Cuci Bersih nanti. Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebhagian daripada sukarelawan itu, boleh berbuat demikian dengan mendaftarkan diri terlebih dahulu," kata beliau.

Selesai urusan pendaftaran sukarelawan, kata Salahuddin pihaknya akan menyelaraskan tenaga sukarelawan itu bersama jentera parti bagi meneruskan khidmat di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

Menurut Salahuddin, lokasi-lokasi itu akan ditetapkan setelah MEDM menerim maklumat terkini berhubung kawasan yang sudah mula pulih dan dijangka tidak akan dinaiki air semula.

Bagi menjayakan operasi tersebut, Salahuddin berkata pihaknya dengan rendah hati memohon sumbangan orang ramai berbentuk alat-alat pertukangan dan water jet bagi memudahkan kerja-kerja pemulihan.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata MEDM berjaya menangani 17 aduan yang yang diterim MEDM-Info Bencana dari 93 mklumat yang diterima MEDM.

Katanya, kesemua maklumat yang diterima akan ditapis terlebih dahulu sebelum disebarkan untuk tindakan lanjut.

MEDM turut mewujudkan Facebook dengan pautan www.facebook.com/medmpas dan twitter medm_pas bagi memudahkan penyaluran maklumat kepada MEDM oleh orang ramai

Sebelum ini, MEDM giat menjalankan operasi penghnatran bantuan maknn dan keprluan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Selain menubuhkan bilik gerakan banjir, MEDM turut menggerakkan team radio amatur bagi tujuan komunikasi serta dapur rakyat sebagai pusat penyediaan makanan kepada mangsa banjir.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai banjir serta menghulurkan bantuan boleh menghubungi Bilik Penyelarasan Maklumat Bencana MEDM di talian 03-26982000 (Syed Ahmad Fadhli) atau menghubungi careline Salahuddin Ayub (013-7278292), Khairul Faizi (013-2565530), Aiman Athirah (019-3438237).

Organisasi BPM Bencana MEDM terdiri daripada beliau selaku pengerusi, Timbalan Pengerusi I, Dr Dzulkefly Ahmad (017-6286 804), Timbalan Pengerusi II, Mejar Abdul Rashid Hassan Basri (012-2871 614), Ketua Bilik Gerakan, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Timbalan Ketua Bilik Gerakan, Aiman Athirah, Setiausaha, Syed Ahmad Fadhli (013-2699 092), Penolong Setiausaha Amina (SUK DMPM), Unit Meteorologi ialah Khadijah, Raihana dan Sofea, Unit Keselamatan Noor Afizah Basarudin (Briged - 014-2295 449), Juhari Usman (Jabatan Amal - 019-7116 300) dan Unit Logistik, Haji Jamuliddin Elias (019-6644 796). - HARAKAHDAILY

Jika Najib Ingin Terus Bertahan, Separuh Daripada Menteri Sedia Ada Perlu Segera Dibuang

Posted: 29 Dec 2014 06:43 AM PST

shahbudindotcom


Tindakan Perdana Menteri, Najib Razak mengarahkah semua menteri kabinet yang sedang bercuti agar segera pulang bagi membantu operasi menyelamat mangsa banjir adalah suatu episod malang bagi negara kita.

Sebagaimana kita ditimpa malang kerana musibah banjir, kehilangan pesawat MH370 dan MH17, memiliki menteri-menteri yang terpaksa diarahkan pulang bak "itik lupa pulang ke sarang" adalah juga suatu musibah malang.

Ia malang kerana realitinya kita mempunyai ramai pemimpin yang tidak sensitif terhadap rakyat dan lebih malang lagi mereka ini sebenarnya tidaklah sangat mengutamakan rakyat sebagaimana yang sering dilaung-laungkan di depan mikrofon, di hadapan kamera tv atau ketika bersama penyokong.

Ia secara langsung juga menggambarkan menteri-menteri yang sedang bercuti ini tidak memahami kedudukan mereka sebagai anggota pentadbiran adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan mendahulukan rakyat dalam semua perkara.

Seharusnya apabila telah mengetahui Najib sendiri sudah mengambil keputusan memendekkan percutiannya di Hawaii, semua menteri yang sedang bercuti ini lebih dahulu kembali ke tanahair dan memendekkan cuti masing-masing.

Malangnya, sama ada setelah mengetahui Najib sudah membuat keputusan memendekkan cutinya dan sesudah sekian lama Perdana Menteri berada di dalam negara melawat mangsa-mangsa banjir, masih tidak terlihat kelibat menteri-menteri ini yang dilaporkan sedang bercuti di London, Australia, New Zealand, Dubai dan China, turut mahu pulang.

Agaknya ketika rakyat sedang sengsara dan Najib sedang bersiap-siap untuk pulang atau ketika melawat mangsa banjir, menteri-menteri ini masih riang ketawa bersama keluarga dan rakan-rakan sama ada sambil membeli-belah atau menikmati hidangan yang mewah-mewah.

Setelah dua hari berada di dalam negara, mungkin setelah menyedari  hanya segelintir daripada mereka ada dalam negara, Najib akhirnya terpaksa mengeluarkan arahan agar mereka segera kembali dan memendekkan cuti masing-masing.

Tindakan mengarahkan mereka ini pulang pastinya memberi imej buruk kepada nilai kepimpinan yang ada dalam diri menteri-menteri terbabit. Seolah-olah mereka tidak boleh berfikir dan menilai sendiri keutamaan sebagai pemimpin.

Di kalangan yang sedang bercuti ini, di mana  sebahagian gambar-gambarnya sudah bersepah di media sosial, sama ada menteri terbabit, anak-anak atau rakan mereka memuat-naiknya dalam FB, Twitter atau Instagram, adalah merupakan menteri-menteri kanan serta yang "perasan" mereka adalah bakal Perdana Menteri di masa depan.

Di kalangan tiga menteri kanan yang berjawatan Naib Presiden UMNO iaitu Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammudin yang kini sedang berebut untuk saling mendahului menghuni Seri Perdana atau Seri Satria, semuanya hilang, senyap dan sunyi tanpa sebarang berita.

Begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai pelapis kedua calon bakal Perdana Menteri, turut hilang tanpa khabar berita sehingga poster kehilangannya turut bertaburan di media-media sosial.

Sebahagian menteri-menteri lain juga begitu, yang tinggal dalam negara ketika ini hanya beberapa kerat saja. Asyik-asyik muka menteri yang sama saja sedang bertungkus-lumus dengan mangsa banjir di pelbagai negeri ketika ini.

Dalam masa yang sama, Najib sendiri sedang merudum prestasinya dan di pertikai di mana-mana. Dengan pelbagai masalah dalam negara yang tidak berkesudahan, Najib kini berhadapan cabaran getir untuk mempertahankan kuasa UMNO dan BN berbekalkan hanya 47 peratus undi popular saja.

Dengan musibah banjir  melanda yang sekaligus memperlihatkan ramai menteri-menteri sedia ada seperti "tak reti bahasa" dalam sama-sama membantu menaikkan imej kerajaan dan BN, Najib kini tiada pilihan lain selain mengeluarkan sekurang-kurangnya separuh daripada menteri yang ada daripada kabinetnya jika ingin terus berkuasa.

Dalam keadaan sekarang, sudahlah Najib sendiri dalam kedudukan "parah"dan hampir "kehilangan nyawa", sebahagian menteri-menteri ini pula tidak membantu di saat kehadiran  mereka benar-benar diperlukan.

Mereka tidak sanggup atau masih keberatan untuk berkorban, walaupun sebagai pemimpin dan sepatutnya lebih "berakal" 
berbanding rakyat kebanyakan, membuat sesuatu keputusan bukanlah sukar bagi mereka.

Bersama dengan ramai menteri yang sudah menjadi kecaman ramai sebelum ini dan dianggap tidak layak mengemudi negara, musibah banjir besar ini menyerlahkan lagi sebahagian daripada mereka.

Hanya dengan membuang sekurang-kurangnya separuh daripada menteri yang ada dan menggantikannya dengan muka-muka baru yang lebih diyakini, barulah mungkin terserlah sedikit sinar untuk  Najib, UMNO dan BN terus mengekalkan kuasanya.

Jika tidak dan masih enggan membuang mereka, bersedialah untuk "gulung tikar" bersama menteri-menteri yang tak berguna itu.

Kerajaan seperti tak pernah bersedia hadapi bencana banjir

Posted: 29 Dec 2014 06:41 AM PST

m_kula_segaran

Roketkini.com


IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa melakukan siasatan segera berhubung kegagalan kerajaan menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara.

Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran berkata kerajaan seperti tidak pernah belajar dari pengalaman lalu berhubung pengurusan dan perancangan menghadapi bencana terutamanya banjir.

"Sebaik saja banjir berakhir nanti, Najib mesti melakukan siasatan mengapa kerajaannya dilihat tidak bersedia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, Najib seperti kebiasaannya tidak menepati janjinya untuk mengendalikan masalah banjir dengan lebih berkesan.

Pada 18 Januari tahun ini Najib dalam ucapan pada majlis penyampaian bantuan mangsa banjir di Parlimen Pekan berkata, Kabinet menerima cadangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi meningkatkan pengurusan banjir termasuk melaksanakan sistem amaran awal dan projek-projek tebatan.

Kerajaan juga dikatakan akan meminta Jabatan Meteorlogi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menggunakan teknologi terkini bagi memastikan sistem pengurusan banjir yang lebih cekap.

"Rakyat Malaysia masih terkejut bagaimana negara boleh menghadapi banjir sebegini besar tanpa sebarang amaran terlebih dahulu terutama dari Jabatan Meteorologi.

"Amat jelas sekarang, kerajaan tidak pernah langsung bersedia menghadapi bukan sahaja banjir, tetapi apa sahaja bencana," ujar Kula . -Roketkini.com

Tuntutan insuran bukan alasan Najib tak isytihar darurat

Posted: 29 Dec 2014 06:39 AM PST

selepas_banjir2
Gambar: Suasana selepas banjir surut di Kelantan.

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kenyataan Najib bahawa darurat tidak diisytiharkan atas alasan membebaskan syarikat insuran membayar pampasan akibat kerosakan harta benda dan kenderaan tidak masuk akal sama sekali.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, kerajaan perlu mengambil kira reaksi daripada pengusaha insuran dan juga orang awam.

"Alasan Najib langsung tidak meyakinkan.

"Saya menggesa Perdana Menteri mempertimbangkan semula keputusan ini atau membentangkan isu ini sebagai agenda mesyuarat khas Kabinet," kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Najib sebelum ini dilaporkan berkata, darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas banjir kerana ia akan membawa kepada kerugian kepada mangsa.

Katanya, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.

Kit Siang yang memetik reaksi beberapa ejen insuran mengecam alasan Najib bahawa 'insuran tidak boleh dituntut sekiranya darurat diisytihar jelas bukan alasan kukuh untuk tidak mengisytiharkannya.

Sedangkan situasi sekarang ini amat genting, memandangkan majoriti yang terkesan adalah orang kampung, orang miskin dan rakyat marhaen.

"Menjadikan alasan insuran sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukan tindakan terbaik, kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan atau kenderaan," kenyataan kumpulan ejen insuran tersebut dipetik.

Tambahnya, statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful sekitar 15 peratus di kalangan rakyat Bumiputera, dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera.

"Alasan 'insuran tak boleh claim kalau darurat' hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans, apatah lagi ia melibatkan liputan tuntutan banjir," kata mereka.

Jelas mereka, hanya tuntutan berkaitan insuran/takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya tidak boleh dibuat tuntutan dalam situasi sekarang.

"Tapi jika insuran hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh membuat tuntutan sekiranya berlaku musibah," ujarnya. -Roketkini.com

Anwar : Bertindak sebagai satu pasukan

Posted: 29 Dec 2014 06:36 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Seluruh jentera parti KEADILAN di seluruh negara diarah membantu dalam usaha pengagihan barangan keperluan serta kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan bencana banjir di lima buah negeri.

Seruan ini dibuat Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim yang menyifatkan bencana banjir besar kali ini merupakan antara yang paling buruk dalam sejarah Malaysia.

Sehingga kini lebih 220,000 orang terlibat dan Kelantan negeri yang paling teruk terjejas.

Anwar_IbrahimAnwar juga memuji sikap rakyat Malaysia yang tidak mengenal usia, jantina, kaum mahupun perbedaan politik dalam menghulur bantuan dalam bentuk dana, barangan keperluan, dan tenaga.

"Saya telah berhubung dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan meminta beliau memberikan bantuan sebanyak yang mampu.

Saya menggesa agar semua pihak bertindak sebagai satu pasukan, dan menyokong langkah Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bencana ini, serta menggesa agar diluluskan peruntukan segera untuk makanan dan ubat-ubatan, terutama untuk kawasan-kawasan kritikal,"kata Anwar.

Dalam kenyataan yang sama, Anwar mengusulkan supaya Kerajaan Pusat menyediakan satu rancangan yang menyeluruh untuk memperbaiki atau membangunkan semula rumah-rumah yang telah musnah akibat banjir besar ini.

"Saya, Azizah dan seluruh keluarga KEADILAN terus memanjangkan doa kepada Allah SWT agar bencana ini akan reda, dan diringankan beban yang dialami semua yang terkesan,"kata Anwar

Bala Demi Bala Menimpa, Macam Ada Tak Kena Dengan Negara Kita...

Posted: 29 Dec 2014 06:34 AM PST

shahbudindotcom


Belum pun reda musibah banjir di Pantai Timur yang terus menggila sehingga Perdana Menteri, Najib Razak pulang tergesa-gesa dan mengarahkan menteri-menteri kabinet yang sedang bercuti agar turut kembali segera, negara kini dikejutkan lagi dengan kehilangan sebuah pesawat Kumpulan Air Asia yang membawa 155 penumpang.

Laporan terkini menyebut pesawat Air Asia Indonesia yang sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura itu dipercayai telah terhempas di perairan Belitung Timur, berhampiran timur Sumatera kerana cuba mengelak ribut di angkasa.

Dengan kejadian terbaru ini, bertambah lagi duka rakyat negara kita. Jika dicampur dengan kehilangan pesawat MH370 yang masih belum dijumpai, MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, diikuti banjir dan terbaru kehilangan pesawat Air Asia, bala yang menimpa negara kita seolah-olah satu demi satu dan tiada hentinya.

Mungkin ramai yang turut menyimpan perasaan dalam hati, selepas ini entah apa lagi musibah bakal menimpa kita.

Seolah-olah ada yang tidak kena dengan negara kita sekarang ini yang Tuhan ingin tunjukkan. Bala yang bertimpa-timpa ini bukan saja tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi juga tidak banyak negara yang mengalaminya.

Apakah ini salah kepimpinan yang menerajui negara? Apakah juga salah menteri-menteri yang banyak diperkatakan dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa? Atau ianya salah kita sebagai rakyat biasa?

Apakah bala yang bertimpa ini kerana ada pemimpin yang melakukan dosa-dosa lampau yang dimurkai Tuhan? Adakah juga kerana berleluasanya amalan mungkar, syirik dan khurafat di kalangan pemimpin dan keluarga mereka?

Apakah juga ianya kerana kerakusan pemimpin yang ada kuasa, bukan saja menjual gunung dan menggondol balak sesuka hati, malah melelong agama yang sebenarnya bersalut keuntungan duniawi?

Tidak mungkinkah semua ini suatu isyarat ada pemimpin yang perlu berundur secara sukarela?

Hari ini, apabila Najib secara rasmi mengarahkan menteri-menteri yang sedang bercuti agar pulang segera, ia tentulah merupakan episod yang menyedihkan bagi kita semua. Sebagai pemimpin yang patutnya lebih berakal daripada kita, menteri-menteri ini seharusnya pulang lebih awal sebaik saja banjir mula melanda.

Yang belum pergi bercuti pula, seharusnya batalkan saja percutian mereka. Mereka tidak perlu diarah kembali dan memendekkan cuti macam budak-budak tadika. Jika tidak sanggup berkorban, lebih baiklah letak berundur saja dan tinggallah selama mana pun di luar negara yang disukai itu.

Tapi apakan daya, Najib sendiri pun tidak menunjukkan contoh yang baik dalam hal ini. Beliau sendiri pergi bercuti ke Hawaii ketika banjir sudah bermula. Hanya setelah beritanya bermain golf dengan Obama menjadi cercaan seluruh negara dan seantero dunia, barulah beliau pulang segera.

Kalau pun ada jadual bermain golf dengan Obama yang ditetapkan lebih awal, apakah tidak boleh ditangguhkan kerana musibah banjir yang berlaku ini? Obama pun tentunya tidak kecil hati jika Najib tidak jadi pergi ke Hawaii kerana sebagai pemimpin beliau sendiri memahami keperluan dalam negara adalah keutamaan kepada mana-mana pemimpin sekali pun.

Walaupun akhirnya Najib akur dengan kritikan dan kembali ke tanahair untuk menunjukkan rasa tanggungjawabnya kepada mangsa-mangsa banjir, kini berlaku pula kehilangan pesawat Air Asia. Seolah-olah ada sesuatu yang tersembunyi dari semua kejadian ini?

Selepas satu demi bala menimpa, ramai yang mula memikirkan apakah lagi bala Tuhan selepas ini. Mungkinkah bala yang lebih besar akan menggegar kita lagi?

Kepada yang bergelar pemimpin, yang ditangannya ada kuasa, mulailah mengkoreksi diri masing-masing mulai sekarang. Janganlah sekadar menyedapkan hati dengan berkata semua ini hanyalah ujian semata-mata. Fikirlah juga bahawa semua ini lebih mungkin suatu bala.

Periksalah salah atau betul, halal atau haram dalam tiindakan seharian bersama kuasa masing-masing. Apakah rakyat dan negara dijaga, Islam dipelihara atau diri sendiri lebih diutama?

Fenomena 'luar biasa' punca banjir teruk, kata pakar meteorologi

Posted: 29 Dec 2014 06:26 AM PST

Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic



SHAH ALAM: Fenomena 'New Moon' dan monsun had tinggi serta deras menjadi faktor luar biasa punca banjir teruk di Kelantan tahun ini, kata Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Katanya, kejadian air laut pasang yang berlaku apabila bulan berada hampir dengan bumi menjadikan faktor luar biasa selain pergerakan angin Monsun Timur Laut pada had tinggi ke dalam negara memburukkan lagi keadaan yang meningkatkan taburan hujan dan paras air di laut.

"Kalau nak tanya spesifik kenapa Kelantan merupakan yang teruk terjejas banjir memang kita (JMM) pun tidak ada lagi jawapan itu setakat ini.

"Tapi kalau kita tengok dari segi apa yang luar biasa, angin Timur Laut berterusan masuk ke negara kita dengan had laju yang tinggi (punca banjir luar biasa tahun ini).

"22 Disember berlaku 'New Moon' dan apabila ianya berlaku sekali dengan kejadian 'Perigee' di mana bulan berada hampir dengan bumi menjadikan impaknya lagi besar, kerana ia menghasilkan air pasang besar," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Untuk rekod, banjir di beberapa negeri di Pantai Timur bermula pada pertengahan November lepas sehingga mengakibatkan Kelantan khususnya negeri yang teruk terjejas.

Dr Mohd Hisham berkata, Kelantan negeri yang menerima taburan hujan yang berlebihan mengakibat negeri itu yang paling teruk terjejas.

Sehingga pagi ini jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 151,072 daripada 36,128 keluarga di 309 pusat pemindahan berbanding 126,396 orang semalam.

Daerah ini mencatat jumlah mangsa pemindahan tertinggi iaitu 44,081 orang diikuti Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546 orang) dan Pasir Puteh (192 orang).

Sementara itu di Jeli, kesemua 1,430 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir di daerah itu mulai surut sejak petang semalam.

Beberapa sungai di negeri ini seperti Sungai Kelantan di Kota Bharu, Kuala Krai dan Kusial juga terus menunjukkan trend penurunan manakala Sungai Golok di Rantau Panjang pula masih mendatar walaupun masih berada pada paras bahaya.

Dalam pada itu, Dr Mohd Hisham mencadangkan agar semua pihak bersedia pada masa akan datang memberikan tumpuan kepada pemilihan pusat penempatan yang lebih selamat dan sesuai.

Katanya, walaupun sememangnya banjir merupakan bencana alam yang tidak dapat dijangka, melihat kepada rekod luar biasa yang berlaku tahun ini berbanding tahun-tahun lalu, menunjukkan bahawa pemilihan pusat penempatan perlu ditambah baik.

Berdasarkan keadaan terkini apabila terdapat beberapa pusat penempatan mangsa banjir turut dinaiki air dan banyak bantuan yang gagal disampaikan merupakan perkara yang perlu diberi tumpuan.

"Perkara ini memang tiap-tiap tahun berlaku, cuma yang berlaku kali ini lebih teruk daripada yang biasa dan keadaan ini kita tidak jangka.

"Kita tidak boleh elak memang tidak boleh ini adalah bencana alam, ia semula jadi maknanya kita boleh perkemaskan persediaan, bantuan, penambahbaikan tempat-tempat penempatan mangsa banjir untuk kita bersiap sedia lain kali.

"Pilih tempat yang lebih tiggi sebab banyak penempatan mangsa banjir pun dinaiki air juga, jadi maknanya tempat itu tidak sesuailah," katanya.

TLDM dedahkan peta misi pencarian QZ8501

Posted: 29 Dec 2014 06:19 AM PST

 
Zon pencarian dibahagikan kepada tujuh sektor.


51419843796_freesize



KUALA LUMPUR: Peta kawasan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 didedahkan kepada umum. lapor Astro Awani.

Zon pencarian pesawat yang hilang sejak Ahad dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura tersebut dibahagikan kepada tujuh sektor dengan pembahagian dibuat berdasarkan nama kawasan dan juga pasukan pemantau yang ditugaskan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi Twitternya menjelaskan bahawa setiap sektor adalah seluas 3,600 batu nautika persegi (60×60 batu nautika). Keseluruhan kawasan pencarian adalah seluas 25,200 batu nautika persegi.

Katanya, Sektor utara dibahagi kepada dua bahagian iaitu sektor yang dipantau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kapal KD Pahang telah sampai di zon itu dan telah memulakan pencarian.

Sektor yang terdekat dengan Pontianak, Kalimantan pula dipantau Tentera Laut Republik Singapura.
Lima sektor lain dipantau Tentera Nasional Indonesia (TNI) iaitu Sektor Unsur TNI1, TNI2 dan TNI3 selain Sektor Unsur Bakamla (Badan Keamanan Laut) dan Lanal Babel (Bangka Belitung) dan Sektor Unsur Basarnas/DA & BC.

[VIDEO & GAMBAR] Tak Sedar Siapa Yang Datang, Panggilnya "Abang"

Posted: 29 Dec 2014 03:04 AM PST

KELAB GREENBOC




 
Sebut sahaja nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pasti terbayang di fikiran kita seorang pemimpin yang begitu sederhana dan rendah diri penampilannya apabila berhadapan dengan rakyat jelata.

Baru-baru ini, baginda telah mencemar duli ke beberapa pusat pemindahan mangsa banjir di negerinya bagi melihat sendiri keadaan semasa selain melawat dan bermesra dengan rakyatnya.

Menariknya, Sultan Kelantan juga dilihat memandu sendiri kenderaan pacuan empat rodanya menuju ke destinasi tersebut.

Menerusi satu screenshot komen Facebook, Muhammad Imran telah berkongsi satu cerita yang cukup menarik mengenai Sultan berjiwa rakyat itu sewaktu berlakunya bencana banjir.

Menurutnya, sewaktu adiknya sedang duduk berehat, dia didatangi oleh seseorang yang kemudiannya duduk di sebelahnya sambil minum kopi dalam cawan polisterin.

Dia kemudiannya dengan selamba berbual sebelum menyedari individu tersebut merupakan Sultan Kelantan dan segera memohon maaf kerana memanggilnya dengan panggilan 'abang'.

Namun, baginda langsung tidak marah, sebaliknya turut memeluk mangsa banjir tersebut.

Sejujurnya kami amat kagum dengan ketenangan yang ditampilkan oleh baginda kerana tidak terus memperkenalkan dirinya sebagai Sultan, sebaliknya menjawab 'orang sini' sahaja.

Inilah antara secebis kisah Sultan Kelantan yang cukup dikagumi bukan sahaja oleh rakyatnya, tetapi juga rakyat Malaysia. -mynewshub


Jangan bersengketa dengan alam, nasihat Sultan Kelantan


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu seluruh rakyat supaya menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait daripada perbuatan manusia.

Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah dengan apa yang dilakukan selama ini dan perlu memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

"Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan marilah kita sedar bahawa segala macam musibah bencana dan malapetaka yang terjadi semua itu akibat daripada olahan tangan-tangan kita.

"Semoga Allah mengampuni kita semua dan menjadikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak," titah baginda dalam teks yang diedarkan kepada media di Kota Baru, hari ini.

Baginda juga mahu rakyat agar tidak menyebarkan berita yang boleh menambahkan kekeruhan terhadap musibah yang berlaku itu.

"Janganlah ada dalam kalangan ahli masyarakat yang tidak sensitif dan ingin menangguk di air keruh dengan menyebarkan berita-berita yang boleh menambahkan kekeruhan dan kekusutan," titah baginda.

Titah baginda ujian yang dialami ketika ini bukan masanya untuk saling menyalahkan sesama sendiri.

Baginda turut mengucapkan takziah kepada rakyat Kelantan yang terjejas banjir dan berharap mereka menerima ketentuan Allah itu dengan penuh berlapang dada.

"Banjir yang berlaku ini adalah sebahagian daripada qada dan qadar Allah. Hal ini harus diyakini dan diimani," titah baginda.
– Bernama

LIHAT VIDEO DI SINI
VIDEO - 1
VIDEO - 2 




Memandu sendiri pacuan 4 roda untuk melawat mangsa banjir

Bimbang barang berharga dicuri

Posted: 29 Dec 2014 02:41 AM PST


BAGAN SERAI - Gara-gara bimbang kenderaan dicuri, sebuah keluarga mangsa banjir mengambil tindakan nekad mendirikan khemah di tepi jalan utama di Kampung Tanjung Bugis, di sini setelah rumah mereka ditenggelami air sejak dua hari lalu.

Rozi Che Soh, 44, berkata, dia dan anak-anaknya terpaksa bergilir-gilir menjaga keselamatan keluarga serta barang berharga yang terdapat di dalam rumahnya kerana kebimbangan berlaku kecurian pada musim banjir.

Menurutnya, dia tujuh beranak nekad untuk terus menetap di hadapan rumahnya yang sudah dinaiki air bah setinggi kira-kira 0.5 meter.

"Bukan kami tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merah, namun kebimbangan tahap keselamatan rumah dan kenderaan membuatkan kami nekad untuk mendirikan khemah di hadapan rumah.

"Kami terpaksa bergilir-gilir menjadi pengawal keselamatan dan terpaksa tidur di khemah ini untuk keadaan barangan berharga tidak dicuri," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Bugis semalam.

Rozi berkata, sejak air dari Empangan Kolam Bukit Merah dilepaskan dua hari lalu, keseluruhan kampung mula dinaiki air hingga beberapa penduduk mengambil keputusan berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir yang disediakan.

"Sejurus air empangan dilepaskan, kami sekeluarga bertungkus lumus mengalihkan perabot dan barangan berharga ke kawasan tinggi termasuk motosikal dan kereta yang kebiasaannya diletakkan di pekarangan rumah.

"Sudah tiga hari kami tidur dalam khemah dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Kami turut kami bersyukur paras air bah tidak mencecah sehingga tingkat atas rumah, jika tidak sudah pasti kami sekeluarga akan turut tinggal di pusat pemindahan mangsa banjir disediakan," katanya.

Rozi turut menganggarkan tidak kurang daripada 60 keluarga mengambil keputusan untuk terus bertahan dan menetap di rumah sendiri walaupun rumah mereka dinaiki air bah.

"Kami berharap keadaan banjir akan kembali pulih dalam masa terdekat bagi membolehkan kami menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Tadah air hujan buat rendam mi segera

Posted: 29 Dec 2014 02:32 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Lima hari tanpa bekalan air bersih, tiada nasi dan bekalan elektrik yang terputus menyebabkan ada mangsa banjir, terpaksa bergelut untuk meneruskan hidup.

Malah, bekas setiausaha politik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Annual Bakri Harun (bawah), antara yang merasai keperitan itu.

Menceritakan pengalamannya kepada Malaysiakini, Annual, 56, berkata, akibat terlalu lapar, beliau terpaksa menadah air hujan untuk merendam mi segera.

"Sudah lima malam saya bergelap. Saya hanya bertahan makan biskut. Ada mi segera, tetapi tiada elektrik untuk masak air, dan dapur gas pula tidak berfungsi.

"Oleh kerana saya terlalu lapar, saya terpaksa tadah air hujan dengan tangan dan letak dalam bekas untuk rendam mi itu. Bayangkan macam mana masak mi segera dengan air sejuk," katanya.

Sebelum itu, beliau beberapa kali cuba keluar ke jalan besar dengan mengharungi air deras paras pinggang, untuk mencari jika ada kedai menjual nasi, namun hampa.

Semalam genap lima hari kediamannya di kampung Wakaf Zain yang terletak di dalam Dun Salor, dinaiki air.

Kongsi dengan kucing, ayam

Menurut Annual, ketika air mula naik Rabu lalu, paras air di halaman rumahnya lebih satu meter, di dalam rumah pula kira-kira kira-kira 60 sentimeter.

Oleh kerana air naik terlalu pantas, kebanyakan barang tidak sempat dipindahkan termasuk dua buah kereta jenis Mercedes dan Perodua Viva.

Ditanya kenapa beliau tidak berpindah, Annual berkata beliau risau untuk meninggalkan rumahnya.

Bagaimanapun, anak dan isterinya telah dihantar ke rumah orang tuanya lebih awal.

"Hanya sekali saya dapat makan nasi (sepanjang banjir), itu pun hari ketiga apabila jiran menjemput saya.

"Sebelum ni saya hanya makan biskut yang sudah lemau. Itu pun dikongsi dengan tiga lagi makhluk iaitu kucing, ayam dan burung yang saya pelihara," katanya.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap kelambatan penyaluran bantuan dan sumbangan dari pihak bertanggungjawab kepada mangsa banjir.

Ketika kunjungan Malaysikini ke rumah beliau malam tadi, sekumpulan sukarelawan dari NGO Darul Hijrah, datang menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada beliau.
 

Kenapa alasan tolak darurat tak berasas?

Posted: 29 Dec 2014 02:19 AM PST

NOORAZMIR ZAKARIA






Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) mendesak Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan darurat serta-merta di negeri yang teruk terjejas dilanda banjir mengikut Per 25 Arahan No 20, Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara.

JUHAM berasa amat aneh dengan sikap Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan sendiri meluluskan dan menetapkan sendiri Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mengendalikan bencana melalui Arahan No 20 Majlis Keselamatan Negara, namun kali ini mereka memilih tidak mengikutnya.

Kerajaan Persekutuan pernah mengisytiharkan darurat bencana ini beberapa kali sebelum ini, tetapi kenapa tidak sekarang? Sebagai contoh, darurat disebabkan jerebu pernah diumumkan di Kuching pada 1997, Pelabuhan Klang pada 2005 dan Muar serta Ledang pada 2013.

Berdasarkan kepada peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan ke tempat operasi pemindahan, jumlah mangsa yang belum dipindahkan juga sebenarnya masih belum dipastikan.

Malah, masih terdapat mangsa banjir yang sedang berada di bukit bukau yang tersisih daripada operasi menyelamat.

Sebuah stesen televisyen melalui rancangan bual bicara menerima panggilan telefon secara langsung daripada mangsa banjir yang terperangkap di bukit bukau dan mengesahkan mereka tidak menerima bantuan tatkala bekalan sudah kehabisan.

Situasi sebegini mengharuskan untuk pengisytiharan darurat serta-merta kerana bencana ini bukan lagi bencana biasa, tetapi melibatkan nyawa yang bertarung dengan masa.

Statistik masih samar

Kerajaan mahupun media tidak boleh menafikan bahawa bencana banjir ini sudah meragut nyawa manusia, namun statistik sebenar masih samar ekoran laporan yang tidak dikemas kini secara tersusun.

JUHAM kesal dengan mainan media yang cuba menghalalkan tindakan kerajaan yang gagal mengisytiharkan darurat ini dengan menggunakan alasan rakyat akan rugi kerana mereka tidak boleh menuntut insurans akibat pengisytiharan itu.

JUHAM menegaskan bahawa alasan ini tidak berasas atas faktor berikut:

(1) Mana-mana pelanggan insurans sebenarnya perlu mengambil polisi tuntutan yang melibatkan bencana banjir terlebih dahulu sekiranya mereka ingin membuat tuntutan. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, tuntutan yang melibatkan bencana banjir langsung tidak relevan.

(2) Sekiranya ada di kalangan mangsa banjir mempunyai polisi perlindungan akibat bencana banjir sekalipun, mereka masih boleh membuat tuntutan tersebut kerana bencana banjir yang menimpa mereka berlaku sebelum pengisytiharan darurat.

Justeru, JUHAM menegaskan bahawa alasan berkenaan insurans tersebut langsung tidak relevan dalam menafikan pengisytiharan darurat dibuat.

Seterusnya, JUHAM menafikan sekeras-kerasnya alasan sesetengah pihak yang mengatakan Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri.

Hal ini kerana pengisytiharan darurat bencana ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Retorik politik

Ia hanya melibatkan pengurusan bencana semata-mata, bukannya membawa kepada peralihan penguasaan sesuatu kerajaan.

Setelah pengisytiharan darurat bencana ini dibuat, maka keseluruhan aset Kerajaan Persekutuan akan digunakan sepenuhnya.

Maka, apakah alasan untuk tidak menggunakan keseluruhan aset kerajaan termasuk kelengkapan tentera darat, tentera udara mahupun tentera laut bagi menyelamatkan nyawa rakyat sendiri?

Rakyat tidak mahukan panggilan retorik politik ketika ini. Cukuplah dengan panggilan agar nyawa mereka diselamatkan didengari.

Apatah lagi, JUHAM percaya pengisytiharan darurat bencana ini akan menyebabkan usaha menyelamat lebih efisien kerana segala arahan di setiap agensi kerajaan akan lebih mudah diturunkan tanpa bebanan birokrasi.

Tenaga serta aset menyeluruh daripada Kerajaan Pusat amat ditagih bukan sahaja ketika banjir melanda, tetapi juga dalam operasi pasca banjir memandangkan proses pembersihan perlu dilakukan segera untuk mengelakkan wabak penyakit yang boleh meragut nyawa.

JUHAM mendesak kesemua media utama membuat laporan terkini terhadap operasi menyelamat bencana banjir ini setanding dengan laporan sebelum ini berkaitan kehilangan pesawat MH370.

Rakyat mahukan laporan terkini kerana mangsa yang bertarung nyawa akibat bencana banjir ini rata-ratanya terdiri daripada keluarga mereka sendiri. MALAYSIAKINI



(*)  NOORAZMIR ZAKARIA pengarah Jabatan Undang-undang dan hak asasi manusia (Juham), Pemuda PAS.

'Objek dikesan di lokasi terakhir QZ8501'

Posted: 29 Dec 2014 02:11 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Semalam penerbangan pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal, hilang.

Pesawat Airbus 320-200 itu berlepas dari Surabaya, Indonesia pada jam 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Singapura dua jam kemudian, tetapi ia  terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.

Pihak berkuasa Indonesia melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) semalam.

Manakala laporan bahawa pesawat itu mungkin terhempas berhampiran Pulau Belituing di luar pantai Sumatera telah tidak disahkan.

Malaysiakini membawa kepada anda yang maklumat kemas kini secara langsung.

LAPORAN LANGSUNG


Perkembangan terkini:
 
- Serpihan dikesan di kawasan carian, kata sumber yang belum disahkan.
 
- Pihak penyelamat berkata tiada tanda isyarat kecemasan pesawat.
 
- Saham Air Asia menjunam sebanyak 12.9 peratus.
 
- Ketua SAR Indonesia mengatakan, pesawat mungkin berada "di dasar bawah laut".
 
-Operasi mencari dan menyelamat disambung semula. 
5.20pm: Kapal terbang AirAsia QZ8501 bukan merupakan satu-satunya pesawat di udara di lokasi terakhirnya, kata pihak berkuasa penerbangan udara Indonesia.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Piawaian Penerbangan Udara Indonesia, Wisnu Darjono berkata, terdapat tujuh kapal terbang lain berhampiran QZ8501 pada masa yang sama ketika ia didakwa terhempas. 
 
Antara pesawat yang terbang pada aras yang sama ialah Uni Emirates Arab 406, AirAsia 502 dan AirAsia 550 kata Wisnu seperti dilaporkan oleh detik.com

4.40pm: Satu tumpahan minyak dijumpai di perairan Belitung iaitu tempat pesawat dipercayai hilang daripada radar, menurut Metronews.com. 
 
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengatakan, tumpahan minyak itu mungkin daripada kapal yang digunakan di perairan itu.

3.15pm: Tentera Udara Indonesia berkata 'sesuatu' dikesan di perairan kawasan carian QZ8501 tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada ia serpihan pesawat, laporChannel News Asia memetik AP Dow Jones.

3.12pm: Sebuah pesawat Orion Australia terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat QZ8501 telah mengesan objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat malang itu.
 
Menurut detik.com, salah seorang komander operasi Dwi Putranto mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu.
 
Objek itu dikatakan telah dikesan 700 batu dari lokasi terakhir pesawat itu dikesan sebelum ia hilang.
 
"Pesawat kami telah diarahkan lokasi itu," tambah Dwi.

2.46pm: Juruterbang pesawat AirAsia yang hilang itu sudah menjalani keseluruhan 20,537 jam penerbangan.

2pm: Walaupun pencarian berskala besar berlangsung di Laut Jawa, masih tiada isyarat kecemasan ELT daripada pesawat, menurut agensi berita nasional Indonesia Antara.

Sementara Reuters melaporkan, syarikat ansurans AirAsia itu dikenal pasti syarikat insurans utama yang sama untuk pesawat MAS yang hilang sebelum ini.
 
Serpihan belang, tidak boleh disahkan berkata Indonesia
 
1.45pm: AirAsia Indonesia merancang untuk tidak menggunakan lagi nombor pesawat QZ8501 selepas kejadian semalam, lapor The Star Online.

1.30pm: Isteri kepada penumpang tunggal Malaysia dalam pesawat itu dikenal pasti seorang profesor madya di  Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) di Kuching.

1.19pm: CEO Kumpulan AirAsia Tony Fernandes yang berada di Jakarta untuk komunikasi dengan pasukan mencari dan menyelamat di sana bergerak ke Surabaya umtuk menemui anggota keluarga penumpang.

12 tengah hari: Kementerian Pengangkutan Indonesia dilaporkan berkata, repulik itu akan menyemak semula operasi AirAsia Indonesia.

Ia antaranya bertujuan mempertingkatkan aspek keselamatan, lapor Reuters.

Kementerian luar buka bilik operasi

12.29pm: Menteri Luar Negeri  Datuk Sri Anifah Hj Aman telah bercakap dengan rakan sejawatnya dari Indonesia Retno
Marsudi, berhubung laporan kehilangan  pesawat AirAsia Indonesia
QZ8501.

Anifah menyampaikan rasa sedih dan doa kepada Retno dan melalui beliau kepada ahli-ahli keluarga anak kapal dan penumpang pesawat QZ8501.

"Menteri luar negeri juga telah menyatakan kesediaan Malaysia untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat yang
dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia ketika ini," lapor Bernama.

Kementerian Luar Negeri membuka bilik operasi  24 jam yang boleh dihubungi di talian  +603-88874570 dan +603–8889 2746.

11.58pm: AirAsia jelaskan juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, yang hilang semalam, memiliki rekod penerbangan 20,537 jam, lapor Bernama.

11.40am: Sebuah keluarga bernasib baik selepas terlepas penerbangan QZ8501 apabila mereka datang lewat ke lapangan terbang semalam.

Metronews melaporkan seorang daripada anggota keluarga itu, Ari Putro Cahyono, sebagai berkata mereka tiba lambat apabila tidak dimaklumkan tentang perubahan jadual penerbangan yang dipercepat.

Saham jatuh

11.00am: Saham AirAsia di Bursa Malaysia jatuh sehingga 12.9 peratus apabila dibuka pagi ini.

Saham AirAsia, pemilik 49 peratus AirAsia Indonesia, jatuh ke tahap RM2.56.

Bagaimanapun, ia pulih sedikit kepada RM2.72, jatuh 7.5 peratus daripada harga penutupan RM2.94.

10.45am:  Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, Bambang Soelistyo berkata pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang itu, mungkin "di dasar laut", demikian menurut laporan AFP.

"Berdasarkan koordinat yang diberikan kepada kami dan penilaiannya bahawa anggaran kedudukan kemalangan itu adalah di laut, hipotesisnya ialah pesawat itu berada di dasar laut," beliau dipetik sebagai berkata dalam satu sidang akhbar di Jakarta.

Bambang (kiri) berkata ini adalah berdasarkan keterangan yang telah dikumpul setakat ini.

Amerika tawar bantuan

7.54am: Operasi mencari dan menyelamat di sambung semula pagi ini, laporan ABC News. Pencarian semalam dihentikanssementara apabila matahari terbenam dan keadaan cuaca semasa musim tengkujuh yang tidak membantu.

Astro Awani melaporkan Amerika Syarikat telah menawarkan bantuan untuk mencari pesawat yang hilang itu, dan beberapa laporan akhbar Indonesia semalam mendakwa ia mungkin telah terhempas di luar pantai Pulau Belitung, kira-kira satu pertiga jarak ke Singapura dari Surabaya di sepanjang laluan penerbangan.

Singapura menghantar pesawat kedua RSAF C-130 untuk menyertai usaha mencari dan menyelamat itu, dengan menurut laporan akhbar TODAY.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghubungi Presiden Indonesia Joko Widodo menyatakan keprihatinan dan menawarkan bantuan serta sokongan Malaysia dalam usaha mencari pesawat tersebut, lapor Bernama.

"Hubungi Presiden Joko Widodo. Menyatakan keprihatinan mendalam kita. Menawarkan sokongan dan bantuan Malaysia sepenuhnya terhadap usaha Indonesia mencari dan menyelamat," tulis Najib di Twitternya malam tadi.
  
Tiga kapal Tentera Laut Diraja Malaysia akan belayar malam tadi untuk menyertai operasi mencari pesawat berkenaan.
  
Tentera Udara Diraja Malaysia akan menugaskan pesawat C130 untuk turut membantu operasi mencari dan menyelamat.

Sementara itu, Kementerian Luar telah membuka bilik operasi susulan kehilangan pesawat AirAsia itu, lapor Bernama.
  
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata ia beroperasi 24 jam dan boleh dihubungi di talian +603-88874570 dan +603-88892746.

Kenyataan itu turut berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah menghubungi rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi berhubung kejadian tersebut.
  
"Menteri Luar telah menyampaikan rasa sedih dan doa untuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat QZ8501," kata kementerian itu.
  
Ia berkata Anifah turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan pihak berkuasa Indonesia ketika ini.
  
Kementerian itu berkata perwakilan Malaysia di Indonesia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran itu berikutan terdapat seorang warga Malaysia dalam pesawat itu.
 

Bila jahil mengaku pandai

Posted: 29 Dec 2014 02:09 AM PST


NAMPAKNYA laman web dan NGO ultra kiasu begitu memberi publisiti besar-besaran kepada sarjana Iran Amerika Syarikat, Reza Aslan, mengenai pandangannya terhadap Malaysia, terutama isu berkaitan kalimah ALLAH dan tindakan pihak kerajaan terhadap stesen radio BFM yang pernah menginterviewnya.

Katanya, Putrajaya bertindak seperti 'ibu bapa' dan bukan kerajaan yang dipilih, apabila mengharamkan penggunaan kalimah 'ALLAH' dalam kalangan bukan Islam dan menetapkan bagaimana umat Islam Malaysia perlu mengamalkan kepercayaan mereka.

Pihak berkuasa agama tidak perlu wujud secara berpusat di negara-negara yang mengamalkan ajaran Islam, kerana ia umpama merampas kuasa daripada Nabi Muhammad. Reza mengumpamakan, tindakan kita seperti rejim komunis Korea Utara kerana menyekat suara rakyat.

Malaysia dikatakan menjadi bahan ketawa dunia.

Kita tidak perlukan nasihat orang luar. Ramai pakar dalam negara ini yang lebih baik dan berkebolehan daripada beliau. Apa yang beliau tahu tentang Malaysia, sejarah, perlembagaan dan budaya masyarakat di sini? Peliknya, laman web dan NGO tersebut begitu beria-ia  mendapatkan pandangannya.

Biarlah seluruh dunia mentertawakan kita, asalkan kita dapat menjaga negara dan rakyat dengan baik. Apa guna menjadi negara sanjungan dunia, tetapi mendapat laknat ALLAH?

Apakah negara Barat tidak menjadi bahan ketawa dunia, apabila merendah martabat manusia lebih hina daripada binatang atas nama demokrasi, seperti membenarkan LGBT, hubungan dan perkahwinan sesama jantina?

Kenapa perkara ini tidak ditegur oleh Reza dan kuncu-kuncunya di Malaysia. Saya fikir inilah yang dimahukan oleh puak-puak liberalis, pluralis dan sekularis. Termasuk NGO wanita yang peralatkan nama Islam.

Penyelidik lelakinya, begitu marah terhadap saya apabila saya mengakui saya adalah fundamentalis, bukan moderat. Beliau mahukan saya 'shut up' dan melabelkan saya seperti IS di Syria. Ada aku kisah! Janji saya kenal siapa diri saya.

Seperti pakar bahasa Arab lagaknya, beliau berkata, moderat itulah makna wasatiyyah. Saya pula kata, terjemahan wasatiyyah perlu beriringan dengan makna moderat dan fundamental, barulah agak menepati.

Imam Ibnu Al-Qayyim mahukan manusia mengambil sikap moderat dan fundamental, untuk menyelamatkan kita daripada pelanggaran. Jadi, kita mendapatkan kedudukan tengah antara dua ekstrem yang paling seimbang dan adil, yang mana seseorang akan menemui semua manfaat dan kemudahan hidup di dunia dan akhirat.

Moderat bukanlah terjemahan yang tepat kepada makna wasatiyyah. Begitu juga dengan maksud sederhana, walaupun kita terpaksa menggunakannya, bagi tujuan penyampaian.

Inilah kehebatan bahasa al-Quran berbanding bahasa lain. Satu huruf al-Quran kadangkala membawa makna yang amat dalam. Saya tidak kisah puak liberalis dan pluralis nak kata apa.

Wasatiyyah adalah wasatiyyah. Ummah wasat, bukan bermakna umat moderat atau sederhana, sehingga menjadi liberalis, pluralis dan sekularis. Tetapi mesti fundamental dan terbaik. Tun Mahathir selalu berkata beliau adalah fundamentalis Muslim.

Sama juga makna kalimah ALLAH, tidak tepat diterjemahkan kepada makna Tuhan. ALLAH adalah ALLAH. Terjemahan Tuhan terlalu umum. Semua orang ada Tuhan. Apa yang membezakan Tuhan mereka dengan Tuhan kita, adalah ALLAH.

Sebab itulah kita amat sensitif apabila kalimah ini mahu direbut oleh orang lain. Bukan kita tidak benarkan. Tetapi kalimah ini terlalu dekat dengan kita dari segi budaya dan sejarahnya. Inilah isu yang tidak difahami oleh orang jahil yang mengaku Islam.

Maaf, saya bukan jenis manusia yang suka pegang anjing tanpa sebab. Kecualilah binatang ini memerlukan pertolongan. Ketika itu, baharulah saya akan memegangnya.

Nasihat saya kepada laman web dan NGO ultra kiasu ini, pertama, selamatkan akidah saudara sebelum bertambah sesat dan terkeluar. NGO wanita ini telah diharamkan di negeri Selangor.

Kedua, bahasa Arab tidak boleh diterjemahkan sesuka hati tanpa merujuk kepada pakarnya. Kenapa kita langsung tidak mahu merujuk kepada pakar apabila terdapat kekeliruan dalam hal ehwal agama?

Ketiga, tafsiran NGO wanita ini terlalu moderat sehinggakan ramai pemimpin dan ahlinya yang tidak menutup aurat. Majoriti masih gondol kepalanya. Sejauh manakah kemampuan memahami arahan al-Quran untuk mengatakan menutup kepala itu tidak wajib jika tidak ada asas bahasa Arab?

Jangankan agama Islam, lihat sahaja pemimpin agama lain, kebanyakannya berpakaian sopan, seolah-olah menutup aurat. Ada yang sanggup botakkan kepala meskipun wanita. Kenapa NGO ini terlalu moderat? Sehingga mahu menghalalkan ratu cantik dan LGBT atas nama hak asasi manusia?

* Penulis ialah pensyarah Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam UniSZA

NGO mahu himpunkan 20,000 Melayu di KL

Posted: 29 Dec 2014 01:57 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Sebuah NGO merancang perhimpunan besar 20,000 orang Melayu di ibu negara bagi "mengembalikan kekuatan" bangsa itu.

Mengambil semangat perhimpunan besar kumpulan Melayu seluruh Tanah Melayu pada 1946, penganjurnya Majlis Perundangan Melayu (MPM) mensasarkan kehadiran pelbagai NGO dan parti politik Melayu.

Malah, mereka berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut hadir dalam perhimpunan dinamakan "Lancarkan Gerakan Renaisans Melayu" itu.

"Kami terbuka, semua NGO dijemput, PERKASA, ISMA, individu, sesiapa sahaja terbuka. (Jika) rasa diri hebat dan ingin jadi hebat mereka boleh hadir.

"Perpecahan Melayu bukan sekadar isu politik, tetapi juga dalam memilih fahaman itu sendiri, tidak semua orang Melayu memilih fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

"Ramai juga memilih Syiah dan liberal yang menyokong LGBT (lesbian, biseksual, gay, dan transgender).

"Jadi jangan bila sebut Melayu berpecah, hanya fokus kepada PAS, PKR, dan Umno.

"Banyak lagi faktor menyebabkan orang Melayu ini berpecah," kata Setiausaha Agung MPM Datuk Dr Hasan Mad dalam sidang media hari ini.

MPM merancang mengadakan perhimpunan itu pada 19 Januari depan, jika keadaan cuaca mengizinkan.

Dalam perhimpunan 68 tahun lalu di Kuala Lumpur itu, sebanyak 41 pertubuhan Melayu menyertainya dan tiga usul diluluskan, termasuk menubuhkan Umno dan membantah Malayan Union.

Sesi persekolahan negara ditangguh seminggu

Posted: 29 Dec 2014 01:54 AM PST

SINAR HARIAN


Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sekarang.
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari (Isnin).
  
"Penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan.
 
"Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
  
Muhyiddin berkata, sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir.

Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Jan.
  
"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan," katanya.
  
Beliau turut menasihatkan pihak pengurusan sekolah agar apabila keadaan banjir kembali pulih, mereka harus menggunakan tempoh itu untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekolah, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kepada murid-murid.
  
Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di lima negeri yang terjejas adalah 225,722 orang.  - Bernama

'Peruntukan ratus juta saya tak mahu tahu'

Posted: 29 Dec 2014 01:48 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, soal jumlah peruntukan yang diumumkan kerajaan kepada mangsa banjir, tidak penting.

Sebaliknya kata Husam, lebih mustahak ketika ini adalah soal tindakan untuk membantu mangsa yang sedang berdepan ujian berat ketika ini.

"Ratus juta saya tak hendak tahu. Saya nak tahu pakaian sekolah ada (atau) tak.

"Ada tak bantuan (untuk) rumah rosak, kenderaan rosak? " katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas menyampaikan bantuan ke rumah mangsa banjir di kampung Kadok, Pasir Mas hari ini.

Beliau diminta mengulas pengumuman bantuan khas RM500 juta kepada mangsa banjir di seluruh negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

Menurut Husam, biarpun pengagihan diurus Majlis Keselamatan Negara (MKN), wakil rakyat di Kelantan perlu digunakan untuk menyampaikan bantuan agar sampai kepada sasaran.

Kaji semula pengurusan bencana

Sementara itu, Husam yang juga ADUN Salor berkata, sistem pengurusan bencana negara khususnya semasa banjir, wajar dikaji semula.

Ia termasuk keberkesanan menggunakan aset jentera, sistem komunikasi sokongan dan sistem amaran kecemasan yang efektif.

"Rungutan dari orang ramai, mereka kurang berpuas hati dengan bantuan yang sepatutnya tiba pada masa diperlukan.

"Bila elektrik tidak ada, telefon tak boleh cas, orang ramai tidak boleh berhubung," kata Husam.

Sementara itu, setakat berita ini ditulis, air di beberapa kawasan sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas dilihat mula surut hari ini.

Bagaimanapun, beberapa kawasan rendah khususnya di kawasan berhampiran sungai Kelantan, masih ditenggelami air.

'Kita tidak tahu apa yang silap'

Posted: 29 Dec 2014 01:45 AM PST

SINAR HARIAN


QZ8501
 
 
KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat itu masih tiada jawapan terhadap apa yang berlaku kepada pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang pagi Ahad.
 
Bercakap pada sidang media di Surabaya, Indonesia, beliau berkata sebelum pesawat Airbus A320-200 untuk perjalanan ke Singapura itu berlepas, pesawat itu dalam keadaan baik dan telah menjalani penyenggaraan seperti dijadualkan pada November.
 
"Ini satu kejutan besar kepada kami...sukar dipercayai," kata Fernandes yang kelihatan suram pada sidang media itu yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Indonesia yang ditonton di sini, semalam.
 
Fernandes berkata, beliau tidak mahu membuat spekulasi mengenai kehilangan pesawat itu yang membawa 162 penumpang, sambil menekankan bahawa "kita tidak tahu apa yang silap'.
 
Hartawan penerbangan Malaysia itu berkata beliau menyerahkan kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat berusia enam tahun itu yang berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi tetapi terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi.
 
Pesawat itu dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi waktu tempatan.

Penumpang pesawat itu terdiri dari 155 rakyat Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura (1), Malaysia (1), Perancis (1) dan Britain (1).
 
Fernandes berkata, keutamaan syarikat itu sekarang ialah menjaga kebajikan waris terdekat penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.
 
Dalam satu siri tweet sebelum ini, beliau berkata: "Saya, sebagai CEO kumpulan anda, akan bersama menempuh detik sukar ini. Kita akan menempuh pengalaman pahit yang dahsyat ini bersama-sama".
 
Fernandes berkata, beliau terharu kerana mendapat sokongan yang terlalu banyak terutama daripada syarikat penerbangan lain di atas insiden tersebut.
 
"Ini igauan paling buruk bagi saya," kata usahawan itu sebelum berlepas keSurabaya "tempat asal kebanyakan penumpang dan pegawai pengurusan AirAsia Indonesia". - Bernama

Dakwaan QZ8501 mendarat dengan selamat tidak benar

Posted: 29 Dec 2014 01:43 AM PST


QZ8501
 
 
SHAH ALAM – Dakwaan pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 telah mendarat dengan selamat seperti yang dilaporkan oleh Channel News Asia tidak benar.

Menurut laporan tersebut, Channel News Asia melaporkan pesawat itu mendarat di Terminal 1 di Lapangan Terbang Chagi pada pagi ini.

Usaha mencari QZ8501 diteruskan

Posted: 29 Dec 2014 01:40 AM PST

SINAR HARIAN

QZ8501
 
 

SINGAPURA - Operasi mencari dan mengesan (SAL) penerbangan AirAsia Indonesia yang hilang, memasuki hari kedua hari ini, dengan jiran terdekat, Malaysia dan Singapura, menghulurkan bantuan segera.

Operasi itu dihentikan sementara pada petang Ahad berikutan cuaca gelap dan buruk.

Penerbangan QZ8501 bersama 162 orang berlepas pada 5.20 pagi dari Surabaya, Indonesia dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Changi,  Singapura pada 8.30 pagi. Kali terakhir pesawat itu menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara ialah pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Singapura menghantar dua pesawat C-130 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan beberapa kapal Tentera Laut Republik Singapura (RSN)  untuk membantu operasi itu.

Menteri Pertahanan Kedua Singapura Chan Chun Sing berkata ini bukan kali pertama Singapura dan Indonesia bekerjasama, dan hubungan rapat  sedia ada antara kedua-dua negara akan memudahkan operasi itu.

"Saya percaya, melalui hubungan kukuh yang dibina Indonesia dan Singapura sejak sekian lama serta merentasi semua peringkat, daripada  peringkat politik tertinggi hinggalah kepada pemerintah tentera, kami akan dapat bekerjasama rapat serta melaksanakan operasi mencari dan  mengesan ini dengan berkesan," katanya.

Sementara itu, tiga kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dikerah menyertai operasi mencari dan mengesan pesawat itu pada Ahad  malam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata kapal berkenaan ialah KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu, yang  membawa sebuah helikopter Fennec.

Kata Hishammuddin beliau telah berbincang dengan Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu dan memaklumkan bahawa Malaysia  sedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan kerajaan Indonesia berlandaskan semangat perpaduan Asean.

Pesawat yang hilang itu membawa 155 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea Selatan, seorang rakyat Singapura, seorang rakyat Malaysia, seorang  rakyat Britain dan seorang rakyat Perancis. - Bernama

Banjir: Warga emas ditemui hanyut

Posted: 29 Dec 2014 01:36 AM PST


Banjir
 
 

TUMPAT - Seorang warga emas ditemui lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir di Chabang Tiga Kepulau pagi ini.

Mangsa, Mat Razali Mat Ail, 58, dari Kampung Palekbang disedari hilang oleh keluarganya jam 3 petang semalam selepas mangsa keluar dari pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Palekbang untuk membeli rokok.

Mangsa dikatakan keluar meredah banjir sedalam hampir dua meter, sejauh satu kilometer, bagaimanapun ketika dalam perjalanan balik ke pusat pemindahan, mangsa dihanyutkan arus deras.

Mayat mangsa ditemui anggota bomba pada jam 10 pagi tadi tersangkut di pukat berdekatan jambatan Kepulau.

Tiada ulasan: