ALHUSSEYN |
- Dr Mujahit dari Parit Buntar ke Bota Kiri , Parit
- Misi mencari dan menyelamat Air Asia - Malaysia teruja menunjukan kepakarannya .....
- Wahai Najib, Bantulah dahulu rakyat sendiri sebelum nak bantu yang lain....
Dr Mujahit dari Parit Buntar ke Bota Kiri , Parit Posted: 29 Dec 2014 09:07 AM PST Alhamdulillah, aku sempat bersama dengan wakil Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yussuf Rawa dan Presiden PasMa Perak, Saudara Mohamad Saad (EMKAY) pergi ke Bota Kiri hari ini. Aku sempat meninjau sebentar tempat lama aku ngajo dulu - Bota Kanan. Ada aku rakamkan gambornya.... Stadium Mini Bota dah rupa kolam mancing weh! Ada ikan ke Chor? Ada Yob! kata budak situ. Sekolah anak aku yang sulong, 30 tahun lalu.... Di sepanjang perjalanan hala ke Teluk Bakong, air melimpah deras atas jalan raya.Kita orang main randuk sajalah... Unit Amal yang lead perjalanan kami menuju ke Kampung Kucai Tengah untuk singgah di Markas PAS Parit Cawangan Kucai. Kami diberikan sedikat taklimat mengenai banjir yang berlaku di situ oleh Ketua Cawangan, Saudara Baru Razi. Menurutnya, mangsa yang terlibat paling ramai adalah di Bota Kiri. Lebih kurang seribu keluarga terlibat, katanya. Kami telah dibawa ke Sek Keb Bakong, Lambor Kanan, yang merupakan salah satu penempatan mangsa banjir di situ. Terdapat 74 keluarga ditempatkan disana. Khidmat kesihatan turut ditempatkan disitu. Aku tengok kereta ambulan dari Tanjung Malim ada di situ. Tiada kuasa elektrik, mujurlah Tenaga Nasional telah menyediakan dan menyelia kuasa generator bergerak diluar pagar sekolah (gambar atas). Bayangkanlah kalau itu tidak ada.... Mereka nampaknya memasak sendiri dan makan di ruang luar kantin sekolah.Sempat juga aku menjengok dapur mereka (gambor bawah). Sepanjang perjalanan itu, kami turut mengagih-agihkan sedikit keperluan kepada mangsa banjir di sana tanpa mengira fahaman politik. Selepas memberi sumbangan saperti gambar atas ni dan Mujahid pun menuju kereta, saya pun bertanya kepada wanita Umno yang menerima tu, " Mengkomer keney ker siapa yang bagi tu?" "Tak! " jawabnya ringkas sambil menoleh ke arah Dr Mujahid. "Itulah Ahli Parlimen Parit Buntor" balas saya. "Oooh....iya ker?" Dia tersipu-sipu senyum tanda suka. Dr Mujahid sempat bergambo dengan beberapa golongan remaja tempatan. Melihat keadaan air dan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, aku rasa lama lagi air banjir ini untuk surut dan kembali ke asal.Mungkin sekurang-kurangnya seminggu lagi. Menurut penjelasan tadi, air mula naik malam Khamis lepas. Maknanya dah seminggu daerah mereka ini ditenggelami ayor...mujurlah kerajaan umumkan sekolah cuti ditambah seminggu lagi....macam ini pun masih dalam kawalan? Apa kata kalau seminggu lagi tak surut?.... Sewaktu taklimat tadi, Dato Mujahid ada berjanji akan datang semula ke tempat itu untuk membawa sedikit bantuan sebenar. Kedatangannya kali dengan sedikit sumbangan adalah sebagai lawatan meninjau sahaja, katanya. Dalam kereta sebentar tadi, Mujahid ada memaklumkan, melalui NGO Mutiara Infaq Malaysia, dia telah dapat mengumpulkan bantuan sehingga dua treller untuk diagih-agihkan sedikit masa nanti. Kawasan Bota Kiri ini akan dimasukan dalam list agihan tersebut nanti. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati usaha sedikit yang telah Dato Mujahid usahakan ini..... Vest yang aku pakai ni.....tengoklah, kata Mujahid kepada kami sambil memperagakan vest yang dipakainya, ada bertulis : MUTIARA INFAQ MALAYSIA. Sepatutnya Dr Mujahid kena pakai vest macam bawah ni, baru depa tak gelar dia Jebon! |
Misi mencari dan menyelamat Air Asia - Malaysia teruja menunjukan kepakarannya ..... Posted: 28 Dec 2014 08:30 PM PST Rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas tersebut hanyalah seorang sahaja.Tetapi bukan main lagi Malaysia begitu teruja untuk menunjukan kepakarannya dalam mencari pesawat Air Asia yagng jatuh. Dua pesawat sendiri yang masih hilang pun tak jumpa jumpa-jumpa hingga sekarang dah berbulan-bulan..... Ditambah pula dalam keadaan negara yang ditimpa mala petaka bencana alam.....ngada-ngada betul si Najib nih! Pada 23 Disember 2014, Thailand istiharkan 42 daerah darurat :42 daerah di lima wilayah di selatan Thailand diisytihar darurat bencana ekoran banjir buruk.Terbaharu, enam daerah di wilayah Phatthalung diisytiharkan kawasan bencana termasuk Khuan Khanun. Kira-kira 10,000 penduduk terjejas.Daerah Kongra menyaksikan paras air naik sehingga 1 meter di kawasan tertentu. - See more at: sumber Komen saya : Di laporkan : Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan peningkatan jumlah mangsa sehingga 134,139 orang manakala di Terengganu, Pahang, Perak dan Johor tidak banyak berubah setakat malam ini dengan jumlah keseluruhan mangsa hampir 200,000 orang. Tapi Nik Amar masih tanpa ragu-ragu, selamba kata masih dalam keadaan terkawal.... Sebanyak 10 daerah lagi di Pattani diisytihar kawasan bencana termasuk daerah Yarang, Thung Yang Daeng, Yaring, Nong Chik, Sai Buri, Mae Lan, Kapho, Mai Kaen, Mayo dan Khok Pho. Kira-kira 30 sekolah ditutup dan lebih 87,000 orang penduduk di wilayah itu terpaksa dipindahkan. Dua orang dilaporkan maut setakat ini ekoran banjir. sumber Komen saya : Perasan tak? Utusan tulis : 'Kawasan bencana'. Kenapa tidak tulis 'kawasan darurat'? Pelik kan kan? |
Wahai Najib, Bantulah dahulu rakyat sendiri sebelum nak bantu yang lain.... Posted: 28 Dec 2014 05:13 PM PST Bohong sahaja yang dia tahu.Mala petaka dalam negara sendiri pun masih melata dan tidak ditangani dengan baik, ada hati pula nak menawarkan pertolongan kepada Indonesia. Mengada-ngada betul si Najib nih! Lihatlah antara beberapa masalah yang sedang sedang menghantui bencana yang menimpa rakyat sendiri: PETALING JAYA, 29 Dis - Pusat Kawalan Banjir Daerah di Kelantan telah menghampakan komunikasi kepada keadaan sebenar dan mangsa banjir terjejas di sana. Pegawai-pegawai Majlis Keselamatan Negara menggelabah dan tidak dapat memberi angka yang tepat mangsa banjir, orang hilang dan jumlah kematian semasa dalam kawasan ditimpa ketika dihubungi semalam. "Kami benar-benar berasa seperti kita telah terpisah dari mereka (pusat kawalan daerah) kerana terdapat hampir tidak apa-apa komunikasi sejak dua hari lalu," kata seorang pegawai bertugas yang meminta dikenali sebagai Isham. Beliau berkata pada masa ini, pusat kawalan utama di Kuala Lumpur telah bergantung pada mesej Whatsapp dihantar sebentar-sebentar dari sembilan daerah di negeri Kelantan paling teruk dilanda banjir iaitu Kota Baru, Kuala Krai, Pasir Puteh, Tumpat, Rantau Panjang, Gua Musang, Machang, Pasir Mas dan Tanah Merah. Semalam, Bernama melaporkan Kelantan berada dalam keadaan kritikal, rakaman lebih daripada 100,000 mangsa di pusat pemindahan di seluruh negeri ini walaupun keadaan di Selangor dan Perlis telah kembali normal. Di Kuala Krai sahaja, terdapat 23,169 mangsa dilaporkan manakala statistik di daerah-daerah lain tetap kabur dengan keadaan tergesa-gesa aktiviti jangkauan. Ia telah hujan lumus untuk itu di luar, terdapat aliran malar orang membanjiri pusat-pusat pemindahan untuk makanan dan tempat tinggal," kata seorang sumber yang tidak didedahkan dari pusat kawalan banjir negeri. "Beliau berkata pegawai-pegawai telah memberi tumpuan kepada memastikan makanan dan bantuan dihantar akan diedarkan kepada mereka di kawasan tenggelam seperti Kuala Krai dan Manik Urai." Berita sepenuhnya di sini Berikut pula adalah maklumat yang saya terima dari wasap BPMBB MEDM# Stress Call : SC 4 Info Released-38-46 (9)on 28 Dis 2014, 3.44 pm-01.02amLAPORAN DI BAWAH ADALAH YANG SUDAH DIPASTIKAN KEBENARANNYA. MOHON TINDAKAN PIHAK KELANTAN DAN SEMUA PIHAK No. 38 Nama pelapor: Mahiran No. Tel: 013-6661142 Lokasi: rumah atas bukit, di tebing sungai hujung kg Pasir Era. Jalan perhubungan:Jalan Bukit Sireh ke arah Temangan. Tarikh: 27/12/14 Masa: Situasi: Gagal dihubungi dua hari. Kali terakhir dilaporkan bekalan elektrik dan makanan terputus. Jumlah mangsa: 3 Dewasa + 2 OKU Bantuan diperlukan: Pemindahan dan makanan Tahap: Kritikal Tindakan: Telah menghubungi pelapor pd 28/12/14 jam 12.06 pm Alamat penuh: No. 39. Nama pelapor: Nik Zahian Hanafi No. Tel: 012-6352371 Lokasi: B 279 H, Jalan Kubur, Tanah Merah. Tarikh: 28/12/14 Masa: 8:00 am Situasi: air sudah naik di peringkat peha di tingkat satu, semua duduk tingkat atas. Jumlah mangsa: 15 orang. Bantuan diperlukan: Pemindahan Tahap: Kurang kritikal Tindakan: Telah menghubungi pelapor 28/12/2014 (12:40 pm) Alamat penuh: B 279 H, Jalan Kubur, Tanah Merah. No. 40 Nama pelapor: Fatimah Az Zahra' No. Tel: 016-6434068/ 013-2250503 (mangsa) Lokasi: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Tarikh: 28/12/14 Masa: 2:18 am Situasi: Ustazah Aisyah Ab Hamid, suaminya dan 2 org anak berada di sekolah tersebut, tiada elektrik, tiada air. Jumlah mangsa: 4 orang Bantuan diperlukan: Tahap: kritikal Tindakan: Telah hubungi pelapor pd 28/12/14 jam 12:40 pm Alamat penuh: No. 41 Nama pelapor: Hafeez No. Tel: 019-9100942 Lokasi: Desa Keramat, Jalan Mayam Tarikh: 28/12/14 Masa: 6:52 am Situasi: Nak keluar ke Jalan besar, Isteri mangsa dalam pantang Jumlah mangsa: 2 orang Bantuan diperlukan: Boat Tahap: Kritikal Tindakan: Telah menghubungi pelapor pd 28/12/14 (1:11pm) Alamat penuh: No. 42 Nama pelapor: Haizan No. Tel: 016-9222761/ 016-9221760 Lokasi: Lot 155, Lorong Padang Seri, Kampung Gaung Pendek, Batu 51/4, Jalan Salor, Kota Bharu Tarikh: 28/12/14 Masa: 7.30 am9 Situasi: Terperangkap dalam rumah. Tiada makanan, minuman & elektrik Jumlah mangsa: 14 orang. (8 dewasa, 5 kanak2, 1 bayi 2 bulan) Bantuan diperlukan: pemindahan ke tempat selamat Tahap: kritikal Tindakan: Telah menghubungi pelapor pada 28/12/14 jam 12.25 pm Alamat penuh: No. 43 Nama pelapor: Khairuddin No. Tel: 019-7241214 Lokasi: Lot 2902, Lorong Pipit Taman Adabi, Tanah Merah. Tarikh: 28/12/14 Masa: 1:30 am Situasi: 5 keluarga terperangkap tingkat atas rumah Jumlah mangsa: Bantuan diperlukan: Tahap: Tindakan: Telah menghubungi pelapor pada 28/12/14 jam 12:30pm Alamat penuh: No. 44 Nama pelapor: Sharifah Hasab No. Tel: 013-92732809 Lokasi: Pt 480, Kg Tikat, Jalan Pcb. Tarikh: 28/12/14 Masa: 8pm Situasi: Air melimpah ke dalam rumah. Jumlah mangsa: 4 orang Bantuan diperlukan: Bot untuk ambil mangsa. Tahap: Kritikal Tindakan: Telah menghubungi pelapor pada 28/12/14 jam 2:04 pm Alamat penuh: No. 45 Nama pelapor: Nurul nurhayati No. Tel: 014-8115621/ 017-9670154 / 012-9298161 Lokasi: Lot 2902, Lorong pipit, taman adabi, Tanah Merah. Tarikh: 28/12/14 Masa: 1:30 am Situasi: Terperangkap dalam rumah, tiada makan, dan line telefon. Jumlah mangsa: 16 orang (5 warga emas, 6 dewasa, 5 kanak2) Bantuan diperlukan: Bot penyelamat dan bekalan makanan. Tahap: Kritikal Tindakan: Telah menghubungi pelapor pada 28/12/14 jam 12:20pm Alamat penuh: No. 46 Nama pelapor: Mahadi No. Tel: 019-9568137 Lokasi: Kg Belanga, Kuala Krai. Tarikh: 27/12/14 Masa: 4:30 pm Situasi: Sudah 6 hari berada di atas bukit, tak terima bantuan apa2. Jumlah mangsa: ada anak kecil dan warga tua. Bantuan diperlukan: makanan & sebagainya. Tahap: kritikal Tindakan: Telah menghubungi pelapor pada 28/12/14 jam 1:35pm Alamat penuh: |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan