DIALOG RAKYAT |
- [VIDEO & GAMBAR] Jerebu Dulu Boleh Darurat, Banjir Dah 119,000 Orang Tak Isytihar Darurat
- Menteri: Pelajar boleh duduki peperiksaan ulangan
- Pusat pemindahan terputus bekalan
- Sumbangan kemanusiaan untuk mangsa banjir
- JKR: Jambatan Sultan Yahya tak tergelincir
- N Sembilan pula dilanda banjir
- MB mohon maaf, rumah sendiri naik air
- MB: Sidang DUN khas ditangguhkan
- Konsert khayal di Batu Ferringhi
- Kota Tinggi daerah keenam banjir di Johor
[VIDEO & GAMBAR] Jerebu Dulu Boleh Darurat, Banjir Dah 119,000 Orang Tak Isytihar Darurat Posted: 26 Dec 2014 11:02 PM PST KELAB GREENBOCJumlah mangsa cecah 119,000, Kota Baru makin kritikal Jumlah mangsa banjir di 7 negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini. Di Kelantan, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Baru naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586 orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata limpahan air sungai itu merebak ke beberapa kampung berhampiran termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa. Semua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya 7 pagi tadi, katanya. Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang). Di Terengganu, jumlah mangsa terus meningkat kepada 34,884 petang ini berbanding 31,001 pada tengah hari. Daerah Kemaman mencatat tambahan mangsa kepada 25,090 orang daripada 21,381 yang ditempatkan di 46 pusat penempatan, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu. Daerah Dungun turut menunjukkan peningkatan menjadikan jumlah mangsa 8,197 orang manakala Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,369 orang dan Hulu Terengganu (228 orang). Bagaimanapun menurut portal itu, bandar Kuala Terengganu masih dapat dihubungkan dengan Kuantan melalui beberapa lencongan dan jalan alternatif walaupun beberapa jalan utama masih dinaiki air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat. "Bagi pengguna jalan raya yang hendak ke Kuantan dari Kuala Terengganu menggunakan jalan pesisir, mereka disaran melalui persimpangan Jalan Che Lijah di Dungun dan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Tol Dungun. "Dari LPT2 Tol Dungun itu, pengguna boleh melaluinya sehingga susur keluar Tol Paka berikutan kawasan sekitar di Air Hitam sehingga Kampung Nyior di Dungun dinaiki air," menurut laporan itu. MKN berkata pengguna jalan raya akan menggunakan kembali sebahagian laluan pantai di Kemaman sebelum sekali lagi masuk ke LPT2 susur keluar Tol Kijal untuk dihubungkan ke LPT1 ataupun Kuantan, manakala petang ini LPT Bukit Besi-Ajil dibuka semula kepada semua kenderaan. Keadaan di Pahang pula menyaksikan jumlah mangsa berkurangan kepada 32,380 orang berbanding 35,736 pada tengah hari. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah mangsa di Kuantan kini (16,691 orang), Jerantut (4,728 orang), Pekan (2,281 orang), Temerloh (2,823 orang), Maran (2,818 orang), Lipis (2,697 orang), Bera (310 orang) dan Rompin (32 orang). Di Johor, jumlah mangsa meningkat kepada 537 orang daripada 130 keluarga di 10 pusat pemindahan berbanding 214 orang pada tengah hari. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Johor, Datuk Ismail Karim berkata sehingga 5 petang, daerah yang terjejas melibatkan Kluang, Batu Pahat, Kulaijaya Segamat dan Muar. Katanya 6 pusat pemindahan di buka di Kluang dan masing-masing satu di Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Muar. Di Kedah, jumlah mangsa semakin berkurangan setelah banjir di dua daerah iaitu Padang Terap dan Bandar Baharu semakin surut dengan tinggal 28 mangsa berbanding 96 orang tengah hari tadi. Di Perlis, angka mangsa turut berkurangan kepada 209 orang setelah 54 orang dibenarkan pulang sehingga pukul 5 petang ini. Di Perak, jumlah mangsa kekal 6,119 orang dengan daerah Kuala Kangsar merekod jumlah 2,579 mangsa di 50 pusat pemindahan, menurut jurucakap MKN Negeri Perak. – Bernama KEADAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN YANG MENGHARUKAN Dengan berkaki ayam, Sultan kelantan turun mencemar duli tidak bermain golf... LIHAT VIDEO DI SINI: ULASAN GB Cukup-cukup pelik. Jerebu dulu yang tidak sampai meliputi satu negeri dan tidak melibatkan ramai rakyat boleh diisytiharkan darurat, sedangkan banjir kali ini melibatkan beberapa buah negeri dan melibatkan lebih 100,000 orang tidak diisytiharkan darurat. Sudah seminggu puluhan ribu rakyat tak balik ke rumah, tersadai di pusat pemulihan banjir. Segala-galanya musnah ditenggelami air... rumah - barangan - kelengkapan - kenderaan (kereta, motorsikal, basikal dan lain-lain) ditinggalkan malah banyak yang musnah dianyutkan oleh banjir, pun tidak diisytiharkan darurat. Ahl-ahli Keluarga, anak-anak, suami dan isteri bersepah dan ramai juga yang terpisah.... Bukankah bencana tersebut lebih jauh hebatnya dari jerebu yang rakyat masih boleh duduk bersama di dalam satu rumah? Apakah jenis mentaliti yang ada di kalangan pak menteri kita di negara ini? Please lah wahai Najib, wahai Muhyiddin, wahai Mustapa Mohd, wahai menteri-menteri UMNO-BN... hentikanlah berpolitiking demi mengelakkan kezaliman dilakukan ke atas rakyat. Jangan kerana yang ramai terlibat itu rakyat Kelantan maka mereka dipinggirkan dan dizalimi... |
Menteri: Pelajar boleh duduki peperiksaan ulangan Posted: 26 Dec 2014 10:37 PM PST MALAYSIAKINI Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terjejas akibat banjir akan diberi kelonggaran untuk menduduki peperiksaan ulangan, kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau menasihati pelajar yang tidak dapat pulang ke kampus untuk menduduki peperiksaan semester yang dijadual minggu depan agar menghubungi universiti masing-masing. "Naib Canselor bersetuju untuk mengadakan peperiksaan ulangan," katanya dalam entri Twitter terbaharu beliau. Antara IPTA yang terjejas banjir ialah Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin. Sehingga petang tadi, banjir yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak masih membimbangkan apabila lebih 100,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang. - Bernama |
Pusat pemindahan terputus bekalan Posted: 26 Dec 2014 10:31 PM PST MALAYSIAKINI Sebanyak 15 pusat pemindahan banjir di Gua Musang terputus bekalan makanan selain elektrik dan air sejak enam hari lepas kerana bantuan tidak dapat disalurkan, kata Pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Beliau berkata bantuan sukar disalurkan berikutan semua jalan masuk ke daerah berkenaan dinaiki air menyebabkan ia terputus hubungan manakala helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan polis juga tidak dapat pergi ke sini berikutan kedudukan awan terlalu rendah. "Jadi bantuan tidak dapat disalurkan dan bukannya sebab kita tidak mahu membantu," katanya kepada pemberita selepas misi menghantar bantuan Biro Kebajikan Umno Malaysia ke Parlimen Gua Musang semalam. Abdul Azeez yang sebelum itu berlepas dari Pangkalan TUDM di Kuantan, turut membawa bersama tiga tan bekalan makanan untuk mangsa banjir di daerah berkenaan. Katanya sebaik sahaja jalan Kuala Lipis melalui Merapoh ke Gua Musang dibaiki malam ini, dua buah lori kontena akan membawa pelbagai bekalan keperluan dan makanan kepada mangsa banjir di daerah itu. Beliau berkata barangan tersebut adalah hasil sumbangan Biro Kebajikan Umno Malaysia serta badan bukan kerajaan (NGO). - Bernama |
Sumbangan kemanusiaan untuk mangsa banjir Posted: 26 Dec 2014 10:29 PM PST MALAYSIAKINI Selain tindakan anggota keselamatan dan Majlis Keselamatan Negara, kumpulan NGO dan badan berkanun juga bertungkus lumus menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang kini melibatkan lapan negeri di semenanjung. Berikut adalah operasi yang digerakkan serta maklumat penting berkaitan. Maklumat tabung dan bentuk bantuan yang ditawarkan boleh disalurkan kepada bahasa-editor@malaysiakini.com dan editor@malaysiakini.com untuk hebahan. - Sumbangan melalui Yayasan Darul Hijrah. Akaun Maybank nombor 5660 1060 9934. Yayasan meminta sumbangan dimaklumkan melalui emel ke pejabatdh@gmail.com atau 019-9877623 Hazmi untuk tujuan audit/rekod. - Pemuda Umno lancar Tabung Bantuan Banjir. Sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun CIMB Pemuda Umno Malaysia nombor 14200004057058 atau cek atas nama Pemuda Umno Malaysia. - DAP lancar Tabung Dana Kecemasan. Nombor akaun Ambank: 8881002244649 menerima sumbangan terus daripada orang ramai. - Tabung Malaysian Red Crescent Society: Sumbangan ke akaun Maybank nombor 5144 2210 7228. Sumbangan atas nama Malaysian Red Crescent Society dan ditanda "East Coast Flood Relief Fund" di bahagian belakang cek atau bank deraf dan dihantarkan kepada: Malaysian Red Crescent Society, Lot PT 54, Lengkok Belfield, Off Jalan Wisma Putra, 50460 Kuala Lumpur Tel. No. 03-21438122/21428122 Fax No. 03-21435122 Setiausaha eksekutif: Nor Aziah Budin, tel: 03 2144 9227/ aziah@redcrescent.org.my Pengurus kewangan: Siti Shamsinar Mustapha, tel: 03-21448122/ ctsham@redcrescent.org.my - PSM Kelantan rayu nelayan memasuki kawasan kritikal terutama Kota Bharu dan Pasir Mas, bagi memindahkan mangsa yang terperangkap. Laluan masuk bot-bot nelayan boleh diakses melalui muara Sungai Kelantan dan muara Sungai Golok. Hubungi En Azhar 0199150795 - Sumbangan barang keperluan boleh disalurkan ke pejabat National Council of Women's Organisations Malaysia pada hari Isnin, 29 Disember jam 10.30 pagi Alamat: 46 jalan 14/29 Petaling Jaya Barangan yang diperlukan: Tuala, makanan dan susu dalam tin, susu, biskut, lampin dan tuala wanita. Hubungi Omna: 012 207 7947. - Misi Kemanusiaan Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak: Sumbangan ke akaun Maybank nombor: 5647 9910 1428. Sumbangan diperlukan berupa beras, gula, sardin, minyak masak, milo, teh dan barang keperluan dapur. Barangan lain termasuk pampers, tuala wanita dan ubat-ubatan. Maklumat lanjut: Haji Ahmad: 019 3889840 Ustaz Sham: 012 3663059 Pejabat: 03 61855033 - Tabung Mangsa Banjir Kuantan: Sumbangan ke akaun Maybank Pejabat ADUN Semambu di nombor: 5061 6420 6440. Barang diperlukan termasuklah beras (5kg), minyak masak, milo, susu pekat, garam, gula, biskut tin, tuala, pampers, susu bayi, tuala wanita, baldi, toto, mop, berus dan ubat gigi, syampu, sabun dan selimut. Hubungi nombor : 010-9020925. - Pusat pungutan barang 1M4U untuk mangsa banjir. Barangan diperlukan seperti air mineral, beras, biskut, kopi, minyak masak, ikan sardin, selimut dan tuala. Alamat pusat mengumpul sumbangan: Pusat Simulasi Kompleks Sukan Bukit Kiara Lot 3959, Jalan 1/70D, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. (Dibuka 24 jam) 2. Founder's Lab 45-2A, Lorong Ara Kiri 1, Kompleks Lucky Gardens, Bangsar, Kuala Lumpur. (9am-5pm) - Kumpulan Perbankan RHB Bank tawar penangguhan bayaran ansuran bulanan dan lanjutan tempoh pembayaran balik pembiayaan peribadi, pembiayaan auto dan pinjaman mudah. Hubungi pusat panggilan di 03-92068118 atau kunjungi cawangan bank. - Agrobank tawar penangguhan bayaran bayaran ansuran bulanan sehingga 12 bulan. Hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Agrobank di talian 1 300 88 2476 atau pegawai-pegawai di cawangan berdekatan. - Firefly Airlines sediakan penerbangan menyelamat dan bantuan dari dan ke Kota Bharu serta Kuala Terengganu sebagai sumbangannya untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir. - AirAsia lancar Kempen Bantuan Banjir Pantai Timur berupa perkhidmatan membawa barang dan pekerja bantuan secara percuma ke Kota Bharu dan Terengganu serta mengadakan usaha mengumpul derma bagi kerja pemulihan selepas banjir. - Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia hantar pasukan sokongan sukarela untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir. - Pusat Operasi Bencana (POB) Perak memerlukan petugas bagi kerja pemindahan mangsa banjir, pengagihan makanan, penyediaan "Dapur Rakyat" dan mencuci rumah. Boleh hubungi: Amran Harun (Pengarah) : 017 2873253 Tn Arif Shaarani (Timb Pengarah 1) : 013 4213636 Rizuan Md Zaki (Timb Pengarah 2): 019 5900098 Zakril Emri (Pegawai Bilik Operasi Bencana - 24jam): 019 4205920 - East Coast Flood Relief Drop Off terima sumbangan bermula 27 hingga 28 Disember. Hantarkan barangan keperluan mangsa banjir seperti selimut, kain sarung, pampers, susu bayi dan makanan kering. Alamat: Golden Valley / Harley's Malaysia 1 Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur Dengan kerjasama: FreeMarket: Hayati 019 3185667 Sarah 016 2254668 Hafiz 016 2254669 Syria Care: CIMB Islamic nombor akaun: 8601 8945 60 RHB Islamic nombor akaun: 2622 5000 0217 75 Maklumkan sumbangan ke nombor 011-37030900 - Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) No akaun Maybank: 5628 3462 3415 email: imamrelief@gmail.com - BERSIH lancarkan Kelantan flood relief. Hantarkan barangan keperluan ke alamat: Dato Boestaman, Penthouse, Bangunan OPA, Saujana Resort, Seksyen U2, 40150 Shah Alam. Tel: 03-78463110. -Misi bantuan banjir NGO R Kelantan: Sumbangan ke akaun Bank Islam (BIMB) "Pertubuhan R Kelantan". No akaun: 0312 0010 0003 18 Tel: Puja (Pengurus R): 010-422 4274 / 014-529 5337. - Kelab Bangsar Utama buat kutipan bagi mangsa banjir. Sumbangan diperlukan berupa pakaian, selimut, makanan, ubat-ubatan. Hantar sumbangan (sebelum 1 Jan) ke alamat: Kelab Bangsar Utama, 52C, Jalan Kemuja, Bangsar, Kuala Lumpur. Tel: 012-6648873 - I-Medik mengalu-alukan sumbangan bantuan kecemasan mangsa banjir. Sumbangan wang tunai boleh dibuat ke akaun Maybank Islamic atas nama I-MEDIK, nombor akaun: 5628 3463 5104. Sumbangan barangan boleh menghubungi: Dr Wan Muhd Riduan (Kelantan) : 011-15660995 Dr Nor Ruzaini (Terengganu): 013-2090696 Dr Mohd Nor Sundari (Pahang): 012-3833678 - Tabung bantuan bencana MERCY Malaysia. Anda boleh salurkan sumbangan melalui: 1- Akaun Maybank "MERCY HUMANITARIAN FUND". No akaun: 5621 7950 4126 Swift code: MBBEMYKL 2- Akaun CIMB Bank "MERCY Malaysia" No akaun: 8000 7929 08 Swift code: CIBBMYKL 3- Akaun RHB "Malaysian Medical Relief Society" No akaun: 212273 0000 9257 Swift code: RHBBMYKL |
JKR: Jambatan Sultan Yahya tak tergelincir Posted: 26 Dec 2014 10:19 PM PST MALAYSIAKINI Kementerian Kerja Raya mengesahkan tiada isu gelinciran pada Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Baharu, Kelantan seperti yang tersebar di media sosial. Menurut kenyataan kementerian hari ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melakukan penyiasatan dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang gelinciran jambatan itu daripada tiang asal seperti yang didakwa. "Kumpulan pakar JKR Malaysia dan JKR Kelantan akan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan jambatan itu berada dalam keadaan baik dan selamat," katanya. Ia menjelaskan bahawa bahagian 'crosshead' tiang sambut yang dimaksudkan memang dibina lebih lebar daripada yang lain dan direka bentuk tanpa 'pile cap' dengan cerucuk dipanjangkan hingga ke 'pier head'. Ini bertujuan meminimumkan masalah hakisan di Sungai Kelantan. "Reka bentuk ini menyebabkan berlaku pergerakan lebih besar antara lantai jambatan apabila terkena hentakan yang mana ia tidak membahayakan, malah lebih kukuh daripada biasa dengan penambahbaikan reka bentuk cerucuk jambatan," kata kenyataan itu. Jambatan itu yang menghubungkan bandar Kota Baharu dengan Pasir Pekan, Tumpat masih ditutup kepada lalu lintas berikutan paras air di Sungai Kelantan meningkat melepasi struktur berkenaan. - Bernama |
N Sembilan pula dilanda banjir Posted: 26 Dec 2014 10:09 PM PST MALAYSIAKINI Negeri Sembilan menjadi negeri kelapan dilanda banjir sejak bencana itu melanda negara 10 hari lepas. Lebih 300 penduduk di Negeri Sembilan terjejas, menjadikan keseluruhan mangsa banjir di seluruh negara kini mencecah 132,684 orang setakat pagi ini. Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Perak pula semakin buruk manakala Perlis serta Kedah dilaporkan bertambah baik. Di Kelantan, sejumlah 55,960 mangsa banjir berada di pusat pemindahan berbanding 45,467 semalam. Cuaca di Kota Bharu dilaporkan mendung dan hujan sudah berhenti pagi ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat negeri itu hari ini bagi meninjau sendiri keadaan banjir yang semakin merebak. Keadaan di TERENGGANU juga dilapor semakin buruk dengan angka mangsa banjir meningkat kepada 35,028 orang berbanding 33,269 orang malam tadi. Kemaman dan Dungun paling teruk terjejas apabila masing-masing merekodkan 24,912 dan 8,678 orang mangsa yang masih berada di tempat pemindahan, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu. Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,258 mangsa dan Hulu Terengganu 180 orang. Mangsa banjir di semua kawasan terjejas ditempatkan di 95 pusat pemindahan. Banjir di Terengganu kini sudah meragut empat nyawa. Di Johor, jumlah mangsa banjir juga bertambah kepada 1,104 orang daripada 896 malam tadi dengan Kota Tinggi menjadi daerah terbaharu terjejas, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor. Lima lagi daerah yang terjejas ialah Muar, Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Kluang. |
MB mohon maaf, rumah sendiri naik air Posted: 26 Dec 2014 10:05 PM PST MALAYSIAKINI Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob memohon maaf kerana tidak dapat membantu mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir kerana beliau sendiri terperangkap di kediamannya. Beliau berkata, kediamannya di Alor Pasir, Pasir Pekan itu turut dinaiki air sejak semalam. "Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat khususnya rakyat di DUN saya kerana pada masa ini saya menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana saya turut terperangkap dengan air yang mulai masuk ke rumah. "Sama-samalah kita berdoa, solat hajat dan jangan putus munajat kepada Allah agar diselamatkan sekalian rakyat Kelantan daripada bencana ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook. Beliau dijangka mengumumkan keputusannya hari ini sama ada sidang khas DUN Kelantan yang dijadualkan pada Isnin depan akan tetap berlangsung atau sebaliknya. Malaysiakini semalam melaporkan kawasan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kota Darul Naim, yang menempatkan bangunan DUN turut dinaiki air. Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam berkata menteri besar akan memutuskan hari ini Kawasan kediaman MB di Pasir Pekan itu terletak hanya kira-kira 500 meter dari tebing Sungai Kelantan. Kawasan di sekitar sungai yang membawa arus dari hulu itu antara terjejas teruk dalam banjir kali ini. Arus deras itu turut menyebabkan Jambatan Sultan Yahya Petra yang menghubungkan Pasir Pekan ke Kota Bharu, ditutup kepada semua lalu lintas sejak kelmarin ekoran paras air meningkat melepasi jambatan. |
MB: Sidang DUN khas ditangguhkan Posted: 26 Dec 2014 09:56 PM PST MALAYSIAKINI Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob mengumumkan penangguhan sidang khas DUN untuk membentang pindaan rang undang-undang hudud yang sepatutnya berlangsung Isnin. Laporan Berita Harian Online menyebut, Ahmad mengumumkan perkara itu dalam sidang medianya hari ini di Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir. Usul pindaan itu melibatkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (Ii) 1993 pindaan 2004. |
Konsert khayal di Batu Ferringhi Posted: 26 Dec 2014 09:52 PM PST Konsert trance ini sudah menjadi budaya sehingga mengakibatkan kematian akibat dadah. BATU FERRINGHI - Ketika penduduk di bahagian Pantai Timur Semenanjung bertarung dengan bencana alam, khabar angin mendakwa sambutan tahun baharu di sepanjang pantai di sini, akan dipenuhi dengan sambutan tidak bermoral. Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat beberapa hotel dan penganjur yang mula mempromosikan konsert tahun baharu. Bagaimanapun, ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai berikutan negara masih dilanda musibah namun, ada yang langsung tidak prihatin dengan keadaan berkenaan. Beberapa penduduk di sini memberitahu risalah mengenai penganjuran sebuah konsert yang agak meragukan juga sedang giat dijalankan. Seorang peniaga di sini yang enggan namanya didedahkan berkata, antara sambutan tahun baharu berkenaan dinamakan sebagai Trance Movement. "Melalui risalah yang saya dapat, ia akan dibuat secara terbuka di pantai, sama seperti konsert syarikat arak beberapa tahun lalu dan kerana ini kami tidak sedap hati. "Sekarang ialah waktu bencana negara, kenapa perlu diraikan program sebegini di tempat kami. Pelbagai khabar angin mengenai konsert itu seperti penyalahgunaan dadah dan arak sudah sampai ke pengetahuan orang kampung," katanya kepada Sinar Harian. Menurut sumber, konsert Trance Festival sebelum ini dianjurkan di Indonesia dan trance membawa maksud keadaan kemasukan roh serta berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Tragiknya, konsert berkenaan akhirnya menyebabkan tiga orang mati di Jakarta pada Mac lalu. Bukan saja di negara luar, konsert itu kemudiannya dipercayai dibawa ke Stadium Bukit Jalil dengan nama yang berlainan pada awal tahun ini. Namun akibat penggunaan dadah dalam kalangan pengunjung konsert, enam pengunjung maut ketika konsert berlangsung. Kini penganjuran Trance Movement cuba pula dibawa ke negeri ini dan masih menjadi tanda tanya sama ada ia mendapat kelulusan daripada pihak bertanggungjawab ataupun tidak. Konsert ini pada asalnya dibawa dari Eropah yang mana dipenuhi dengan tarian elektronik dan kemudiannya mengikut peredaran zaman sehingga dicemari dengan penggunaan dadah. Konsert tidak bermoral Bagi Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Bendera, Saiful Lizan Yusof, beliau menganggap konsert yang bakal diadakan ini sebagai sesuatu yang tidak tahu malu. Menurutnya, ketika penduduk di negeri lain bertarung nyawa dengan malapetaka yang melanda, ada penganjur yang mengadakan konsert sambutan tahun baharu. "Setakat riadah mungkin tiada masalah tetapi jika ia berunsurkan perkara yang melalaikan sudah tentu ia adalah satu benda yang amat memalukan. "Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk mana-mana penganjur mengadakan konsert sedemikian rupa," katanya. JKKK minta henti Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim meminta supaya mana-mana agensi tidak membenarkan penganjuran konsert berkenaan terus diadakan di sini. Menurutnya, ia tidak sepatutnya diadakan memandangkan masih ramai yang bersedih. "Kalau boleh henti, mari kita hentikan sama-sama dan terus membantah ia dari terus dibuat di tempat kita. "Walaupun tempat ini adalah lokasi pelancongan tetapi tidak perlu hiburan sebegini diadakan," katanya. MPPP masih belum lulus Sementara itu, Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengesahkan masih belum meluluskan konsert berkenaan. Jurucakapnya berkata, wakil penganjur sudah mengambil borang permohonan. "Tetapi setakat ini kami tidak lagi meluluskannya kerana tidak menerima sebarang surat sokongan daripada jabatan teknikal, polis atau bomba. "Jika ada surat sokongan barulah ia akan disalurkan ke bahagian perlesenan untuk diluluskan," katanya. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi tidak mahu mengulas lanjut isu konsert berkenaan berikutan masih baru menerima permohonan daripada penganjur semalam. Katanya, polis mungkin tidak akan mengeluarkan permit sekiranya penganjurannya membawa kesan negatif. |
Kota Tinggi daerah keenam banjir di Johor Posted: 26 Dec 2014 09:48 PM PST JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Johor menunjukan peningkatan apabila Kota Tinggi menjadi daerah terkini dilaporkan banjir. Keadaan itu menjadikan ia daerah keenam terjejas banjir selepas Kluang, Muar, Batu Pahat, Segamat dan Kulaijaya. Laporan Majlis Keselamatan Negara cawangan Johor merekodkan seramai 1104 keseluruhan mangsa terlibat membabitkan 268 keluarga di enam daerah ini sehingga jam 4 pagi tadi. Berikut pecahan mangsa di pusat pemindahan yang dibuka. Enam pusat pemindahan banjir masih dibuka di Kluang sejak semalam iaitu di Balairaya Kg Paya Palembang yang menempatkan 89 mangsa dari Mukim Ulu Benut; Balairaya Kg Melayu Mardi (75); Balairaya Kg Mengkibol(109) dan SK Sri Kencana (234); Balairaya Kg Kolam Air (67); Balairaya Kg Bentong (38). Manakala di Muar 18 mangsa dipindahkan melibatkan lima keluarga ke Balairaya Kg Sawah Laku; diikuti Segamat (192) di SK BT Anam dan SK Spang Loi (11) di Kulaijaya di pusat pemindahan Surau Kg Sg Siam (54). Dua pusat di Batu Pahat dibuka di SK Kota Dalam (36) dan SMK Suria Perdana (52); dan terkini di Kota Tinggi melibatkan penempatan di Mukim Penggerang seramai 77 orang dipindahkan ke Dewan Al Zubir Kg Jawa, di sini. Dilaporkan jalan terputus hubungan di Jalan Bukit Tempurung, Segamat dan tiada rekod kemalangan jiwa dilaporkan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan