ALHUSSEYN |
Husam Musa berkongsi penderitaan rakyat Malaysia Posted: 26 Dec 2014 06:00 PM PST Kalaulah saya jadi TMB Kelantan saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya. Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim. Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca kera berak atas dahan motan. Jenis tak ada kemaluan punya oreng! Selain sebagaimana yang MSO sebut kat atas tu, Husamlah yang mengusahakan untuk mendapatkan bantuan tersebut yang sebelumnya telah menghubungi Azmin. Husam tidak saperti little Kulop Pasir Mas yg sibuk merapu dalam fesbook dengan pelbagai falsafah yang pelik-pelik. Alahai... Ziarah mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Kota bersama YAB MB Selangor Azmin Ali. Husam menulis dalam fesbooknya: Saya pohon maaf kepada rakyat Salor yang kebanyakannya pertama kali teruk di landa banjir. Rumah saya sendiri teruk tenggelam dengan begitu cepat sekali sehingga menenggelamkan buku, dokumen dan koleksi yang saya kumpulkan sejak di bangku sekolah rendah. Musibah banjir ini merupakan pertama kali sejarah kampung ini sejak puluhan tahun. Dari pagi semalam air terus naik sehingga pagi ini; Jumaat 26 Disember 2014. Di depan rumah paras air lima kaki dan di dalam rumah melebihi tiga kaki. Kereta saya dan isteri sekalipun telah di alihkan ke "tempat selamat" turut tenggelam bersama kereta penduduk yang lain. Usah ditanya lagi dengan perabut atau kelengkapan rumah yang lain. Untuk makluman pihak di luar sana, semalam perhubungan terputus hampir sepanjang hari, tiada bekalan elektrik dan air. Namun begitu pembantu saya bertungkus lumus setakat kemampuan kami membantu perpindahan. Saya juga sempat menghubungi bilik bantuan PKINK untuk menghantar bekalan makanan kepada kawasan yang amat memerlukan. Pagi ini sebaik solat subuh, YAB Menteri Besar Selangor menghubungi saya. Saya gembira dengan langkah kerajaan Selangor sudi menghulurkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM 1 juta. Saya cadangkan kepada beliau disalurkan menerusi Tabung Serambi Mekah. Lebih membanggakan lagi YB Saudara Azmin Ali akan meluangkan masa dua hari di Kelantan untuk melawat mangsa bermula Jumaat ini. Saya juga gembira apabila Pejabat YB Lim Kit Siang menghubungi saya untuk menyumbang kepada mangsa menerusi Yayasan Darul Hijrah yang saya asaskan untuk urusan kemanusiaan. Kepada teman yang bersimpati boleh salurkan sumbangkan melalui akaun Maybank; Yayasan Darul Hijrah 5660 1060 9934. Hari ini,insya-Allah kami akan giatkan usaha mengunjungi dan membantu mangsa-mangsa banjir. Terakhir, pihak berwajib perlu menilai jangkaan cuaca untuk beberapa hari akan datang. Jika hujan di jangka lebat sekali lagi, semua pihak harus bersedia untuk keadaan TERBURUK. Kerja menyelamat tidak boleh "paralyse" dan kematian deria kebersamaan rakyat jelata dalam musibah ini, khususnya dalam menyediakan peralatan menyelamat yang secukupnya. Derita rakyat Malaysia dikongsi dengan terima dan hulur bantuan tanpa syarat. Lets share the pain with the continuos pray and help in anyway we can! Husam Musa Naib Presiden PAS9 ADUN Salor. Jumaat, 7.42 am 26/12/2014 |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan