Isnin, 15 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Negara hilang permata perfileman Melayu klasik

Posted: 15 Dec 2014 03:30 PM PST

SINAR HARIAN


Mustapha Maarof Mustapha Maarof
 
 
NEGARA kehilangan sebutir permata di dunia perfileman Melayu klasik dengan perginya seniman karismatik Datuk Mustapha Maarof awal hari ini.
 
Mustapha atau nama sebenar Mustapha Azhari Maarof, 79, menghembus nafas terakhirnya pada pukul 8.40 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di sini setelah dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.
 
Beliau pada mulanya hanya mengalami sesak nafas pada 24 November lalu dan dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori (IPR), Hospital Kuala Lumpur.
 
Anak perempuan Allahyarham, Ezlyna, 46, ketika dihubungi Bernama berkata beliau reda dengan pemergian tersebut tambahan pula sempat mendengar bapanya mengucapkan kalimah syahadah.
 
"Sewaktu bapa menghembuskan nafas terakhir, semua anak-anak dan ahli keluarga terdekat ada di sisi.
 
"Sebelum itu bapa sempat berpesan agar kami (anak-anak Allahyarham) terus mengingati serta menyambung tradisi seninya," kata Ezlyna.

Beliau berkata Allahyarham merupakan seorang yang amat prihatin dan komited terhadap bidang seni yang dianggap seperti darah dagingnya.

Perjalanan hidup Mustapha sebagai anak seni dicatatkan di dalam sebuah biografi yang ditulis oleh Pengarang Hiburan Edisi Mingguan BH, Akmal Abdullah berjudul 'Seniman Merentas Zaman'.

Buku setebal 233 halaman itu antara lain menceritakan perjalanan tokoh perfileman itu sepanjang 60 tahun, iaitu sejak zaman kecilnya hingga era kegemilangan bergelar pelakon, membintangi 53 filem, dan kehidupan terkini.

Dilahirkan di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur, pada 1 Januari 1935, dengan latar belakang bukan sebagai anak seni, malah bapanya Ma'arof Zakaria adalah seorang profesional Melayu terkenal pada era 1940-an.

Ma'arof pernah menjadi Majistret dan Pendakwa Raya pada zaman penjajahan British. Mustapha mula meminati bidang seni ketika beliau berpindah ke Mambau, Negeri Sembilan, selepas kematian bapanya dan membesar serta bersekolah di Sekolah King George V, Seremban.

Bagaimanapun kerana terlalu kerap terganggu sejak kematian bapa tersayang, Mustapha tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan sering ke Pekan Seremban untuk menonton wayang.

Mustapha pasti tidak melepaskan peluang menonton apa juga jenis filem yang ditayangkan di pawagam malah sanggup menonton sesebuah filem yang cukup menarik minatnya berulang kali lantas menyuburkan rasa cintanya terhadap dunia layar perak.

Beliau memulakan kerjaya seninya pada usia 18 tahun di Singapura iaitu sekitar tahun 1953 sebagai pelakon di Syarikat Keris Films.

Filem pertama lakonannya berjudul 'Sesuap Nasi'. Bermula dari saat itu, atas usaha dan kesungguhan dalam bidang yang diceburinya, Mustapha terus meniti zaman kegemilangannya dan membintangi filem-filem yang mendapat sambutan hebat di seluruh Tanah Melayu dan Singapura sekitar tahun 1957.

Antara filem popular pernah dibintangi Allahyarham ialah Hang Tuah, yang dilakonkan bersama seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Raden Mas, Pontianak, Bawang Putih Bawang Merah, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Matinya Seorang Patriot, dan Naga Tasik Chini.

Pelakon, Pengarah Filem, Penerbit TV, juga salah seorang pengasas Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) itu pernah berkahwin dengan seniwati Roseyatimah dan mempunyai tiga orang anak iaitu, Ezlyna, Khairuddin (meninggal dunia) dan Mohamad Rizaimuddin.

Pada 2003 Mustapha dilantik sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Beliau juga pernah memegang jawatan Naib Presiden Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) dan Setiausaha Kehormat Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM).

Jenazah Mustapha selamat dikebumikan bersebelahan pusara isterinya Roseyatimah di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, di ibu negara kira-kira pukul 3 petang selepas solat Zohor. - Bernama

Bendera dipegang tebusan bukan bendera IS

Posted: 15 Dec 2014 03:25 PM PST


'Screenshot' yang dirakamkan oleh jurugambar Channel Seven menunjukkan dua orang tebusan sedang memegang sehelai kain berwarna hitam yang terpapar tulisan dalam bahasa Arab. 'Screenshot' yang dirakamkan oleh jurugambar Channel Seven menunjukkan dua orang tebusan sedang memegang sehelai kain berwarna hitam yang terpapar tulisan dalam bahasa Arab.
 
 
SYDNEY – AUSTRALIA. Bendera yang kelihatan dipegang oleh tebusan di sebuah kafe di tengah Sydney pagi tadi didakwa bukan bendera milik kumpulan Negara Islam (IS), sebaliknya bendera yang dibawa oleh kumpulan jihad.

Seorang pakar keganasan dari Monash University di Melbourne, Greg Barton berkata: "untuk memegang bendera sebuah negara Islam akan menjadi agak sukar dan seseorang akan lakukan apa sahaja yang mereka dapat".

Terdahulu, kira-kira 10 kakitangan sebuah kafe dan 30 orang awam ditahan sebagai tebusan dalam satu serangan pengganas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengganas serang sebuah kafe, tahan tebusan]

Menurut Barton, isu bendera itu sebenarnya tidak membantu untuk mengesahkan atau menolak bahawa insiden penahanan tebusan itu ada kaitan dengan IS atau mana-mana kumpulan lain, lapor The Sdyney Morning Herald, hari ini.

Terdahulu, satu 'screenshot' yang sempat dirakamkan oleh jurugambar dari Channel Seven menunjukkan dua orang tebusan sedang memegang sehelai kain berwarna hitam yang terpapar tulisan dalam bahasa Arab.

Setelah diteliti, tulisan tersebut adalah kalimah suci Syahadah

RM4 untuk makan tengah hari

Posted: 15 Dec 2014 03:22 PM PST


Karim menunjukkan antara hidangan kerap jadi pilihan pelanggan. Karim menunjukkan antara hidangan kerap jadi pilihan pelanggan.
 
 
"SUDAH 30 tahun saya tawarkan harga makanan dengan harga yang murah," kata A. Karim Belohik, 70 yang mengusahakan kedai makan dikenali sebagai Gerai Karim di Lorong Bugis, Jalan Kukup.

A Karim berkata dia tidak sampai hati untuk menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual kerana dia mahu menyahut seruan kerajaan bagi membantu mengurangkan kos hidup rakyat.

Katanya, dia masih mampu mengekalkan harga yang jauh lebih murah berbanding peniaga makanan dan minuman yang menjadi saingannya.

Malah tidak keterlaluan jika harga ditawarkan di Gerai Karim adalah paling murah di Pontian iaitu RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari.

Hanya dengan harga RM2, pelanggan akan dapat menikmati minuman teh tarik bersama roti canai, mi goreng mahupun nasi lemak, manakala hidangan tengah hari nasi putih berlauk sama ada ayam atau ikan dan minuman dijual dengan harga RM 4.

Jelasnya, kebanyakan pelanggan yang bertandang ke gerainya merupakan pelanggan setia terdiri daripada pekerja kilang, kakitangan swasta dan awam serta orang ramai di kawasan berkenaan.

"Harga yang ditawarkan cukup rendah kerana mengambil kira status pelanggan dan konsep kedai yang menjual harga makanan dengan kadar yang begitu rendah berbanding kedai-kedai makan lain," katanya.

Mengulas mengenai menu makanan katanya, hampir 20 lauk pauk kampung  dimasak setiap hari dengan menu wajib asam pedas ikan pari dan ayam masak merah.

Antaranya menu lain adalah kari ikan dan ayam, sambal berlada, lemak cili api, ayam masak kicap, sayur pisang masak lemak, lemak siput, ulam-ulaman dan sebagainya.

Menurut A Karim yang merupakan Pengerusi Persatuan Bugis daerah Pontian, gerai makan yang diusahakan bersama anak perempuannya Mas Liza, 44 dan menantu Sipon Sawap, 55 ini dikenali sebagai Gerai Perpaduan pada awal 90an dahulu.

"Bermula dari Gerai Perpaduan, gerai makan yang diusahakan kami sekeluarga mula menerima perhatian orang ramai.

"Lama kelamaan, pelbagai nama diberikan pelanggan termasuk gerai murah, gerai tepi jalan namun sehingga kini Gerai Karim masih kekal,"akhirinya.

14,000 tiket final dijual dalam talian

Posted: 15 Dec 2014 03:18 PM PST


SINAR HARIAN

FAM
 
 
PETALING JAYA - Sebanyak 14,000 tiket dalam talian telah dijual setelah talian itu dibuka pagi semalam bagi perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di sini, pada 20 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundram berkata penyokong boleh mula menebus tiket berkenaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada Rabu ini, bermula 10 pagi hingga 7 petang.

"Tiket atas talian telah dibuka pada 9 pagi semalam, dan sehingga hari ini kita telah menjual sebanyak 14,000 daripada 20,000 tiket yang diperuntukkan untuk jualan dalam talian bagi perlawanan akhir kedua ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa penganjur tempatan di Wisma FAM di sini hari ini.

Perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok, Rabu ini.

Sementara itu, beliau berkata tiket perlawanan akhir kedua akan mula dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis, bermula 9 pagi hingga 6 petang dan sehingga sepak mula berlangsung pada Sabtu ini.

Katanya, sebanyak 90,000 tiket diperuntukkan pada perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil dan sebanyak 2,500 diperuntukkan kepada penyokong Thailand. - Bernama

PERKASA Hentam Najib, Kritikan Rashid Bukti Najib Kuat Tipu Rakyat

Posted: 15 Dec 2014 07:00 AM PST

KELAB GREENBOC



 
Berhenti tipu rakyat, kata bekas pengerusi SPR kepada Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.

Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul". -TMI


'Henti ke luar negara sebelum hilang jawatan'

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi 'nasihat' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak kerap membuat lawatan keluar negara, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pentadbirannya.

"Kepada perdana menteri, saya mahu nasihatkan, sebelum kamu hilang jawatan dan kerajaan, tolong kurangkan sikit lawatan keluar negara.

"Saya merayu desak, nak melawat boleh melawat tetapi tumpu pada negara," katanya dalam ucapan dasar di Persidangan Agung Umno tahunan PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim turut berkata perdana menteri dari negara lain turut membuat lawatan keluar negara namun tidak sebanyak Najib.
-mk

ULASAN GB

Kritikan Rashid di atas menjelaskan bahawa Najib amat kuat menipu rakyat selama ini.

Jika tidak masakan Rashid dengan berani meminta Najib berhenti daripada menipu rakyat.

Kedua, Presiden PERKASA, Ibrahim Ali meminta Najib supaya kurangkan lawatan ke luarnegara.

Ia mengesahkan kritikan-kritikan dari pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Najib selama ini adalah benar.

Sekarang orang yang selama ini paling kuat menyokongnya dan kuat membodek UMNO sendiri menyuarakan kritikan terhadap Najib... demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

Apakah Najib mahu terus berdegil dan buat tak tahu terhadap teguran-teguran rakyat ke atasnya selama ini?

MBI bentang laporan audit pada MB minggu ini

Posted: 15 Dec 2014 06:58 AM PST

MALAYSIAKINI

 
 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata laporan audit berhubung pembayaran pampasan kepada beberapa pegawai bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dibentangkan Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepadanya minggu ini. 
 
Mohamed Azmin berkata pihaknya akan meneliti keputusan laporan siasatan pembayaran tersebut yang didakwa tidak mematuhi prosedur, sebelum sebarang tindakan susulan diambil. 
 
"Mereka (Lembaga Pengarah MBI) telah pun menyiasat perkara itu dan laporan tersebut akan dibentangkan kepada saya dalam minggu ini untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan kerajaan Selangor di Shah Alam hari ini. 
 
Sebelum ini, lapan pegawai kontrak bekas menteri besar itu yang dilantik MBI dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.6 juta.
 
Pembayaran itu disifatkan pelbagai pihak termasuk anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah. 
 
Pembayaran itu didakwa telah dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar berkuat kuasa 23 September lepas. 
 
Bagaimanapun Abdul Khalid berkata pembayaran pampasan itu mengikut skim pemberhentian sukarela (VSS), mematuhi peraturan dan prosedur MBI Selangor.- Bernama

MP BN: Lawatan ke Taiwan untuk elak lompat parti

Posted: 15 Dec 2014 06:56 AM PST

MALAYSIAKINI

 
 
Setelah bertahun-tahun dinafikan pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang ahli Parlimen (MP) BN akhirnya mengaku bahawa 40 MP telah dihantar melawat Taiwan sebelum 16 September 2008 untuk menghalang mereka daripada melompat ke Pakatan Rakyat. 
 
Semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Timbalan Speaker Parlimen, Datuk Ronald Kiandee berkata lawatan itu bertujuan untuk menghentikan dalang 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendatangi mereka.  
 
Peguam Ranjit Singh bertanya sama ada lawatan itu dibuat bagi mengelak Anwar.
 
"Ya," balas Kiandee, yang turut menyertai lawatan itu bersama sembilan rakannya dari Sabah. 
 
"Adakah lawatan itu dibuat untuk mengelak 16 September daripada berlaku?" tanya peguam itu lagi. 
 
"Ya," kata Kiandee lagi sambil menambah lawatan itu dianjurkan oleh kelab penyokong kerajaan BN. 
 
Ranjit mewakili Anwar dalam saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang itu terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
 

Pelajar bakar patung timbalan VC UM

Posted: 15 Dec 2014 06:54 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Kerana kecewa, pelajar hari ini bertindak membakar patung Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Rohana Yusof selepas beliau gagal memberi respons terhadap tuntutan mereka supaya tuduhan terhadap "UM8" digugurkan.
 
Menurut Presiden Persatuan Pelajar Islam (PMI), Khairul Najib, pelajar juga membawa plakad, yang antara lain berbunyi, 'See you in court'.
 
Beliau memberi amaran jika pihak universiti tidak menggugurkan tuduhan tersebut, mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah.
 
Kumpulan pelajar itu berkhemah di hadapan pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar universiti itu dan kemudian berpindah ke bangunan Canselori apabila mendapat tahu yang Rohana (kiri) kini di Johor.
 
Pelajar itu juga menampal plakad pada tingkap bangunan itu, tetapi ia kemudiannya dibuang oleh pengawal keselamatan.
 
Bagi pihak pentadbiran, Timbalan VC (Akademik dan Antarabangsa), Mohd Hamdi Abd Shukor, keluar menerima memorandum daripada pelajar.
 
Naib Canselor UM, Mohd Amin Jalaludin akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pelajar Universiti Malaya jam 8 malam ini untuk "membincangkan tentang UM8", kata Khairul Najib ketika dihubungi Malaysiakini.

Saham MAS Digantung, Pulih Semula Masalah Kewangan

Posted: 15 Dec 2014 06:44 AM PST

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR - Sistem Penerbangan Malaysia Berhad, Malaysia Airlines mengumumkan yang ia telah menggantung saham syarikat tersebut daripada diniagakan di Bursa Malaysia Isnin dalam satu pelan menyelamat kerajaan untuk syarikat yang sedang berdepan masalah kewangan selepas kehilangan dua pesawatnya, tahun ini.

Seorang jurucakap Malaysia Airlines mengesahkan penggantungan saham itu.

Di bawah satu pelan yang diumumkan pada Ogos, syarikat pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional yang mempunyai 70 peratus saham syarikat penerbangan itu, telah membeli kesemua baki saham dan menyahsenaraikan semua saham dan mengambil alih syarikat itu untuk mencari penyelesaian masalah yang dihadapi.

Malaysia Airlines sehingga kini telah mencatatkan kerugian walaupun sebelum berlakunya tragedi pesawat MH370 dan MH17, yang membawa jumlah kematian seramai 537 nyawa.

Perancangan Khazanah membabitkan penyaluran dana berjumlah USD1.73 bilion untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu, selain daripada mengurangkan 6,000 tenaga kerja (atau 30 peratus) dan mengurangkan rangkaian destinasi syarikat tersebut.

Awal bulan ini, MAS menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Aer Lingus, Christoph Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada pertengahan tahun depan.

Mueller, berbangsa Jerman, pernah memperkenalkan opsyen menyelamatkan syarikat Aer Lingus yang bakal membabitkan pemotongan tenaga kerja yang besar.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, Malaysia Airlines sudah bermasalah, dan pakar menyalahkan kegagalan pentadbiran, keputusan bisnis kurang bijak dan pembabitan kerajaan.

Kehilangan pesawat MH370 yang membawa 153 warga China daripada 239 penumpangnya pada 8 Mac lalu masih belum terjawab.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di zon yang sedang bergolak di Timur Ukraine.

Pesawat malang itu membawa 193 rakyat Belanda dan 44 rakyat Malaysia. Semua rakyat negara ini yang menjadi mangsa, telah dikenal pasti. - AFP

2.9 Juta Pekerja Asing di Malaysia Tidak Sah

Posted: 15 Dec 2014 06:42 AM PST

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.9 juta atau separuh daripada keseluruhan 5.8 juta pekerja asing di negara ini tidak mempunyai dokumen yang sah.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata, kebanjiran pekerja asing tanpa izin (PATI) di negara ini berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan serta dasar liberal yang sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan.

Beliau berkata, polisi seperti dasar mesra pelancong dan dasar pendidikan antarabangsa memberi ruang kepada mereka untuk masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan atau visa pelajar untuk bekerja dan tinggal lebih masa.

"Institusi pengajian tinggi yang bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan tanpa pemantauan berkesan banyak digunakan sebagai 'kenderaan' oleh pekerja asing untuk masuk ke negara ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk 'Impak pekerja asing kepada kesejahteraan politik dan keselamatan negara' pada Persidangan Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia, anjuran Majlis Profesor Negara (MPN), di sini, Isnin.

Justeru, Abdul Halim mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu dasar pekerja asing kekal, yang lebih komprehensif atau institusi berbentuk kekal bagi mengawal pekerja asing.

"Aktiviti penguatkuasaan juga memerlukan pendekatan bersepadu atau perkongsian antara semua agensi terlibat dan elakkan sifat 'territorial'," katanya.

Beliau berkata, langkah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing masih gagal berikutan sumbangan mereka kepada negara terutama dari segi mengurangkan kos buruh, meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meningkatkan eksport negara.

Bagaimanapun, katanya usaha mengurangkan jumlah pekerja asing secara berperingkat perlu dilakukan agar mereka tidak menjadi liabiliti berpanjangan kepada negara.

"Usaha ini mesti dibuat secara berperingkat supaya sektor utama seperti perindustrian, perladangan dan pembinaan tidak terjejas dan pada masa sama, jumlah mereka tidak mengancam keselamatan negara," jelasnya.

Speaker cadang Adun Jeram Ketua Pembangkang baru DNS

Posted: 15 Dec 2014 06:38 AM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh mencadangkan Barisan Nasional (BN) negeri agar melantik anggota Adun Jeram, Datuk Amiruddin Setro sebagai ketua pembangkang yang baru.

Beliau berkata Amiruddin merupakan calon yang layak menyandang jawatan itu berdasarkan senioriti dan kapasitinya sebagai ahli jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Selangor (PAC) lapor Bernama.

DNS wide 01Di bawah peraturan tetap DUN Selangor yang baru dipinda, ketua pembangkang juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Selangor (PAC).

Jawatan ketua pembangkang Selangor kosong berikutan Datuk Mohd Shamsuddin Lias meletakkan jawatan pada 8 Dis lepas, kerana enggan menerima pelantikannya sebagai pengerusi PAC.EZY

Personaliti terkenal tinggalkan TV3 hari ini

Posted: 15 Dec 2014 02:20 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Beberapa personaliti TV3 mengakhiri perkhidmatan mereka di stesen tv swasta itu hari ini, selepas menerima Skim Pembehentian Kerja (MSS- Mutual Separation Scheme).
 
Antaranya Karam Sing Walia, Zakiah Anas, Azizah Ariffin, Azzura Azizul Azman dan banyak lagi.
 
Antarapos diberitahu, pemberhentian melalui MSS itu melibatkan sekitar 600 pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST).
 
Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro.   
 
Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM.
 
Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini.
 
Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka.
  
Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu.
 
Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu.
 
Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.
 
 

Najib perlu batalkan cuti di luar negara

Posted: 15 Dec 2014 02:12 AM PST

 
Saya minta beliau (Najib) tidak membiarkan negara ini berada dalam krisis yang membengkak, pada masa yang sama beliau senang lenang bercuti di luar negara.


Mahfuz Omar


KUALA LUMPUR: PAS menggesa Datuk Seri Najib Razak membatalkan percutian bersama keluarganya selepas mengadakan lawatan ke Korea Selatan, sebaliknya memberi tumpuan masalah dalaman.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan kerana Perdana Menteri itu perlu bertanggungjawab ke atas masalah ekonomi negara yang melibatkan syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kejatuhan mata wang negara.

"Najib perlu segera pulang ke tanah air, beliau mesti batalkan cutinya. Saya difahamkan dia akan bercuti keluar negara bersama keluarganya selepas mengadakan lawatan ke Korea.

"Saya minta beliau (Najib) tidak membiarkan negara ini berada dalam krisis yang membengkak, pada masa yang sama beliau senang lenang bercuti di luar negara," katanya pada sidang media di sini.

Katanya, sekiranya Najib tidak mampu berbuat demikian beliau seharusnya melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan untuk diberikan kepada mereka yang betul-betul layak.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sebagai seorang Perdana Menteri adalah tidak wajar beliau meninggalkan negara di saat negara mengalami pelbagai masalah, melainkan jawatan tersebut diberikan kepada orang lain untuk memangkunya.

Occupy UM8 diarah pindahkan khemah

Posted: 15 Dec 2014 02:06 AM PST

 
HEP tidak menghalang untuk kumpulan tersebut membuat khemah, cuma pihaknya meminta supaya mereka mendirikan khemah di kawasan yang betul.


OCCUPY_UM_TMISETH121214_06


KUALA LUMPUR: Pihak pentadbiran Universiti Universiti Malaya (UM) mengarahkan kumpulan pelajar yang digelar Occupy UM8 mengalihkan khemah yang didirikan di hadapan pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM.

Menurut wakil HEP itu, arahan memindahkan khemah itu dikeluarkan kerana ia mengganggu laluan masuk kenderaan dan juga menimbulkan gangguan kerja.

Beliau berkata pihak HEP tidak menghalang untuk kumpulan tersebut membuat khemah, cuma pihaknya meminta supaya mereka mendirikan khemah di kawasan yang betul.

"Kita tak halang nak duduk, tapi kami minta alihkan khemah ke sebelah di kawasan yang tidak menganggu," katanya kepada kumpulan Occupy UM8.

Bagaimanapun seorang pelajar daripada kumpulan Occupy UM8 berdegil untuk membuat khemah di hadapan bangunan HEP.

Wakil HEP itu juga telah memaklumkan bahawa Timbalan Naib Canselor HEP UM, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof berada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Hutang Negara Tinggi (RM763 Bilion), Bursa Saham Jatuh (1,703), Ringgit Lemah (US$1 = RM3.49). Tidak Jejas Ekonomi Malaysia? Ekonomi Rakyat?

Posted: 15 Dec 2014 02:01 AM PST




Biodata Wahid Omar



Hutang Negara Tinggi (RM763 Bilion), Bursa Saham Jatuh (1,703), Ringgit Lemah (US$1 = RM3.49). Tidak Jejas Ekonomi Malaysia? Ekonomi Rakyat? : Corak politik di Malaysia sudah jauh berubah, tetapi masih ramai lagi yang tertinggal di belakang. Berkali-kali Berita Semasa mengatakan yang sebenarnya, kita rakyat Malaysia adalah ahli lembaga pengarah bagi sebuah syarikat yang bernama Malaysia yang mana kita berhak menegur dan memantau prestasi CEO yang kita lagi. Kita boleh…

Kita boleh hormat dia sebagai seorang CEO, cukup setakat itu. Bukannya menjadi hamba kepada CEO dan "pak angguk" semata. Kita tegur sebab apa?

Sebab kita sayang dan mahu jaga kepentingan bersama syarikat kita. Ini bukan soal mahu pilih siapa, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tempoh berpolitik dan dan berkempen sudah lama berlalu sejak Pilihanraya Umum ke 13. Sekarang ini waktu untuk bekerja. Bukti kemampuan masing-masing ketika sudah diberikan ruang dan peluang.

Berita Semasa pun tidak mahu menyalahkan 100% di atas bahu kerajaan Malaysia. Ini kerana secara faktanya, ringgit malaysia jatuh disebabkan minyak jatuh dan itu bukan salah kerajaan.
  1. Amerika Syarikat mahu menekan Rusia sebagai pengeluar minyak, yang mana Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Arab Saudi terus melambakkan minyak di pasaran dunia menyebabkan harga minyak dunia jatuh mendadak
  2. Apabila murah, Rusia rugi besar untuk tempoh yang sukar untuk dijangka samada Rusia mengalah dan berhenti menekan dan menyerang Ukraine atau bakal berhadapan Perang Dunia ke 3. Wallahualam.
SUMBER ASAL : Kegawatan & Kemelesetan Ekonomi Jepun Resahkan Malaysia, 
Amerika Syarikat & Dunia! Kenaikan Cukai Jualan 8% di Jepun Adalah Punca Utama!

Berita Semasa sedar tindakan kerajaan hapus subsidi, perkenalkan GST 6% termasuk juga perjanjian TPPA yang cukup kontroversi itu adalah salah satu daripada mekanisme untuk tarik FDI (Foreign Direct Investment) masuk ke Malaysia.

Ekonomi Malaysia VS Ekonomi Rakyat Marhaen?

Masalahnya sekarang, kerajaan terlalu boros menguruskan dana negara sehingga hutang negara terus melambung ke angka RM763 bilion. Termasuklah isu 1MDB yang cukup kontroversi itu :
  • Kerajaan juga tidak telus kepada rakyat, jikalau susah katakan susah. Jikalau senang katakan senang, jangan diamkan dan sapu "sendirian" di kalangan di atas sana.
  • Perlu bahagi-bahagi "secara saksama" kepada rakyat.
  • Sekali lagi, harapan Berita Semasa jangan layan ahli lembaga pengarah anda aka rakyat Malaysia seperti tidak bersekolah. Cuba anda baca dan perhatikan kenyatan terbaru daripada Wahid Omar mengenai isu ekonomi sekarang ini
Tinjaun Berita Semasa terhadap majlis Federation of Manufacturer Malaysia (FMM) yang berlangsung baru-baru ini, akan ada beberapa lagi aspek sudah mula terjejas :

Eksport Malaysia 2015
  • Dilaporkan industri telah mula jatuh 25pct untuk suku keempat 2014 dan dijangka jatuh lebih tinggi selepas pelaksanaan GST 6%
  • Yang paling terjejas adalah perkhidmatan perniagaan, meningkat kepada lebih 50%
  • Banyak yang tutup perniagaan mereka
  • Jadi akan ada lebih banyak VSS pada 2015 merangkumi kilang, bank (dek kerana modal diperolehi melalui pinjaman bank), perniagaan import
  • Usah diharapkan kenaikan bonus 2014, naik gaji banyak, bos-bos sudah mula berhempas pulas untuk bertahan dalam perniagaan
  • Petronas sendiri bakal memotong 25pct perbelanjaan yang mana banyak sub kontraktor Petronas akan terjejas
Barangan negara kita majoriti 80% buatan China. Apabila ringgit jatuh, harga barangan adakah masih sama? Adakah kenaikan inflasi tidak menjelma? Adakah kenaikan inflasi baik untuk rakyat Malaysia?
Kepada Wahid Omar, Ahmad Maslan, Mustafa Mohamad, Hasan Malek dan kepada mana-mana pemimpin lain yang bakal memberikan kenyataan selepas ini, boleh huraikan atau tidak?
  • hutang negara tinggi,
  • harga minyak sawit jatuh,
  • harga getah jatuh,
  • eksport mula perlahan,
  • harga minyak telah jatuh rendah,
  • nilai ringgit terus menyusut,
  • tetapi masih tidak jejaskan ekonomi negara?
Begitu juga apabila nilai ringgit Malaysia jatuh, lagi-lagi syarikat yang jual produk ke luar negara atau mana-mana syarikat yang sumber untuk bahan dari luar negara yang kemudian dijual ke pasaran tempatan dan ke luar negara.

KLIK SINI : Punca Kenaikan Kadar Inflasi Naik 2015 di Malaysia 4%-5%? 
Lebih 4% Buat Pertama Kali (2009-2014). Bersiap Sedia!
  • jikalau jual ke pasaran tempatan, by hook or by crook kena naikkan harga yang pastinya berisiko dek kerana rakyat Malaysia tidak mampu menampung kenaikan demi kenaikan yang dihidangkan kepada mereka
  • jikalau jual ke luar negara, sekiranya nilai RM jatuh, jual pada kuantiti yang sama pun, selepas tukaran matawang. Keuntungan pasti akan berkurangan …
    Apabila keuntungan berkurangan, nasib pekerja bawahan akan "nyawa-nyawa ikan"
  • Ya…benar ekonomi negara secara keseluruhan masih lagi boleh bertahan, strukturkan sana dan sini serta dengan bantuan reserve yang ada. Bagaimana pula rakyat marhaen yang di bawah? Adakah nilai duit dalam poket mereka masih sama?
P/S : Sebenarnya kenyataan Wahid Omar "tidak jejas ekonomi", ekonomi siapa? Ekonomi rakyat marhaen atau ekonomi orang-orang di atas sana?

Ikan busuk mula dari kepala, tegas Zahid

Posted: 15 Dec 2014 01:49 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mahu pihak polis tidak terus berada dalam "sindrom penafian" berhubung persepsi negatif terhadap integriti pasukan itu oleh masyarakat.

Menurutnya lagi, proses menjaga integriti setiap anggota sepatutnya bermula daripada ketua yang kemudiannya dicontohi oleh anggota di bawah.

"Ikan busuk bermula daripada kepala. Oleh kerana kita adalah kepala, kita kena jaga integriti itu.

"Bagaimana emosi, spiritual dan inteligen dikombinasikan untuk menjadikan diri kita bersih dan juga dilihat bersih.

"Ini memerlukan komitmen bersama. Persepsi negatif di luar sana, masanya sudah tamat, untuk kita melakukan sindrom penafian terhadap apa yang negatif berlaku kepada kita selama ini.

"Kita boleh menafikan, tetapi mata-mata di luar sana yang melihat, mulut yang sentiasa yang terbuka bercakap, telinga yang menadah maklumat turut maklum.

"Jangan fikir bahawa orang tidak tahu, apa yang kita lakukan," katanya dalam ucapan merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras pagi ini.

Beliau turut merasmikan penjenamaan semula Jabatan Logistik PDRM kepada Jabatan Sumber Strategi dan Teknologi.

Berdepan kekangan

Dalam ucapannya juga, naib presiden Umno itu mahu persepsi berkaitan jenayah mengingkat sekalipun kegiatan tersebut mengalami penurunan sehingga 35 peratus menyebabkan pandangan bias oleh masyarakat terhadap pihak berkuasa itu.

Sehubungan itu, Zahid mahu anggota polis mengkombinasikan kerohanian dan emosi dan sekaligus dapat melihat persepsi negatif terhadap polis dapat dikurangkan seperti zaman kegemilangan seperti zaman Tun Hanif Omar.

Dalam usaha mahu mengubah persepsi itu, Zahid mengakui PDRM berdepan dengan kekangan dan kekurangan seperti peralatan canggih dan aset mengikut peredaran zaman bagi membantu mengurangkan kegiatan jenayah di negara ini.

Antaranya penggunaan kereta peronda yang lama yang tidak diganti dan peralatan kamera litar tertutup (CCTV) beresolusi tinggi.

"Kita mahu peralatan moden, aset moden sesuai dengan kecanggihan maklumat. Kita mesti berada dalam kesiapsiagaan untuk membanteras jenayah dengan peralatan yang sepatutnya sewaktu menjalankan tugas.

"Kita mahu apa yang sepatutnya bukan bulan dan bintang," katanya sambil menggesa semua pihak bersikap adil terhadap polis yang menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan tetapi berdepan dengan kekangan tersebut.

Guan Eng sedia jumpa mufti P Pinang

Posted: 15 Dec 2014 01:47 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersedia untuk berjumpa mufti negeri Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhubung isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam di negeri ini.
 
Katanya berjumpa dengan mufti negeri bukan isu sama sekali dan beliau bersedia untuk menjelaskan undang-undang (Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2004) sedia ada.
 
"Saya bersedia berjumpa (mufti) dan kami boleh beritahu mereka ini adalah mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
 
Sabtu lepas, Mufti Pulau Pinang menyuarakan hasrat untuk berjumpa dengan ketua menteri bagi memberi penjelasan tentang isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam di negeri ini.
 
Menurut Wan Salim, Majlis Fatwa negeri telah mewartakan perkataan Allah serta 40 lagi perkataan berkaitan Islam lain yang tidak boleh diguna pakai orang bukan Islam di negeri ini. 
 
Lim sebelum ini dilapor berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam. 
 
Bagaimanapun, Wan Salim dilaporkan berkata apabila ia sudah diwartakan oleh Majlis Fatwa, perkara itu bukan sahaja terpakai kepada orang Islam tetapi juga untuk orang bukan Islam kerana ia di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam bagi negeri yang tiada raja seperti Pulau Pinang.
 
Sementara itu, Lim sekali lagi menyuarakan kekesalan terhadap pihak yang menentangnya dalam isu kalimah Allah dan mendakwa MCA yang terlebih dahulu membangkitkan isu itu dengan mencabar kerajaan negeri memansuhkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 supaya penganut Kristian di Pulau Pinang  boleh menggunakan kalimah Allah.
 
"Umno patut buat laporan (polis) terhadap MCA. MCA yang minta dimansuhkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004. Kenapa apabila mereka yang minta supaya dimansuhkan, saya dipersalahkan?," katanya.- Bernama

Arak: MAS pilih dilaknat

Posted: 15 Dec 2014 01:40 AM PST



Oleh Subky Latif


RUPA-rupanya Khazanah yang mengambil bebas MAS tidak belajar daripada balasan yang membelenggu syarikat penerbangan negara itu.
   
Pada ketika memuncaknya kritik menghidang arak percuma kepada penumpang, yang mengundang beraneka mala petaka terhadapnya gara-gara amalan laknatnya, pengurusan baru berkeras untuk meneruskan penderhakaan laknat itu.

MAS yang kebanyakan pengarahnya orang Islam bertegas untuk terus dengan amalan laknatnya, konon menjamu araklah menjadikan MAS menjadi tarikan utama penuhnya penumpang sejak diasaskan.
    
Mungkin benar MAS tidak pernah kosong atau kurang pelanggan, tetap sepanjang perkhidmatannya ia terus dirundung petaka, asyik kerugian sahaja. Sudah banyak kali MAS diancam tutup kedai, pelbagai pihak cuba datang menyelamatkannya, ia terus diambang punah, hinggalah kini Khazanah menyerah diri unuk menyelamatkannya.
   
Sesudah sekian kali ia diancam musnah tetapi sempat diselamatkan, maka Allah timpakan petaka yang tidak terjadi pada penerbangan lain, lalu penerbangannya ke Beijing hilang di alam ghaib. Tidak cukup dengan bencana itu penerbangannya dibedil oleh pihak yang bertelagah di Ukraine. Banyak pesawat lalu di udaranya tidak apa-apa, tetapi hancur MAS dibedil.
   
Dua bencana itu amat besar gemparnya, tetapi ia tidak menyebabkan MAS boleh tutup, tetapi kerugian terbaru yang dialami mengacam selamatnya. Jika Khazanah tidak jadi penyelamat terbaru, MAS di ambang berhenti operasi atau dilelong atau digadai.
   
Pekung MAS selama ini dipikul Khazanah. Kerja kita tidak habis-habis menyelamatkan MAS. Khazanah tidak berbuat apa-apa apabila MAS memilih amalan laknat. Arak akan terus dihidangkan sekalipun milik negara yang menjadikan Islam agama negara.
   
Konon MAS rebutan penumpang justeru adanya arak, tetapi mengapa ia asyik dilanda mala petaka, hingga tidak selamat jika tidak diselamatkan?
   
Amat besar harapan Islam MAS mengakhiri durjana laknat itu. Rupanya Khazanah juga tidak dapat diharap. Kerajaan yang diberi mandat sejak merdeka tidak diharap. PM bertukar ganti semuanya tak boleh diharap. Menteri yang jaga Islam dan penasihat agama PM tidak boleh diharap. Mufti tak tahu apa. Ulama Umno dari dulu jadi makhluk bisu.
   
Tiada cara lain, sekalipun tiada hadnya sayang kepada negara, kita sekalian jangan guna MAS ke mana saja, kerana ia kenderaan yang dilaknat. Dalam negeri guna pesawat tak hidang arak. Keluar negeri guna selain MAS yang tidak ketara laknatnya.
   
Tabung Haji jangan muat jemaah haji dengan pesawat cap laknat nanti sekalian jemaah haji yang ke Mekah untuk membuang dosa, lalu mengundang pesawat laknat. Mereka tentu dipalit laknat. Mungkin menunggang babi yang najis pilihan yang baik kerana babi bukan barang laknat. Apabila  sampai di Mekah jemaah boleh bersamak. Menunggang perkakas laknat hendak buat macam mana?
   
Azam saya nekad tak guna MAS. Ada pelajar MARA mahu ikut seperti saya, tapi MARA sediakan tiket MAS untuknya. Bagaimana? Desak MARA masukkan tambang dalam biasiswa/pinjaman. Dia boleh pilih penerbangan tidak dilaknat.
   
Atau minta penasihat syariah MARA beri kata dua, antara penumpang MARA atau arak?
   
Sekalian yang belum menempah tiket penerebangan, pilihlah penerbangan tidak jelas laknatnya. MAS setakat ini seronok dengan laknat, jauhilah ia supaya tidak disambar dosa laknat.
   
Saya hanya akan naik MAS setelah ia bebas daripada laknatullah. Jika ditakdirkan MAS saja yang boleh ke Mekah, saya tangguhkan hasrat hendak ke Mekah atau bersampan ke sana. Saya tidak suruh orang ikut saya, tetapi itulah azam saya dengan izin Allah.

MPP: Gah dengan isu PTPTN dan JPA?

Posted: 15 Dec 2014 01:37 AM PST




Oleh Ku Hariz Farhan Ku Azman


Pilihan Raya Kampus(PRK) bagi kebanyakan IPTA di seluruh negara sudah selesai dijalankan dengan jayanya. Meskipun terdengar beberapa kes ketidakadilan dan pertandingan yang tidak dijalankan di atas padang yang rata berlaku di sebahagian kampus, namun itulah rencam politik kampus yang juga cerminan kepada corak politik negara kita pada masa akan datang.

Pastinya segudang pengalaman yang berharga dan bernilai dapat dikutip seluruh mahasiswa dan juga calon yang terlibat dalam pesta demokrasi tahunan ini.

Namun yang menjadi persoalan di sini ialah, ke manakah hala tuju barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dilantik pasca PRK? Jikalau semasa kempen, parti yang bertanding begitu rancak dalam mencanangkan merekalah yang layak dan berhak memimpin mahasiswa tidak kira mereka yang mengaku sebagai 'mesra pentadbiran' mahupun 'anti establishment'.Tetapi apabila diberi mandat oleh mahasiswa untuk memimpin, hilang sudah suara-suara yang begitu 'gah' semasa berkempen dahulu, janji yang ditabur seolah-olah pergi dibawa angin.

Mengapa senario ini sering berlaku saban tahun? Hatta di kampus tua seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pun tidak terlepas daripada fenomena ini.


Salah Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kejam atau sikap MPP yang terlalu takut?
 
Sebenarnya, pasca AUKU 1971 yang dikuatkuasakan pada 1975 merupakan permulaan kepada episod tragis di universiti, khususnya kepada Persatuan Mahasiswa Universiti (PMU). Jikalau sebelum penguatkuasaan akta, PMU mempunyai kebebasan yang cukup dalam menguruskan hal berkaitan mahasiswa. Sebagai contoh di Universiti Malaya, PMU di sana menjadi penggerak kepada kafeteria, perkhidmatan bas, hinggalah kepada pelaksanaan Minggu Orientasi. Pada masa itu, PMU bukan saja memfokuskan kepada kebajikan mahasiswa semata-mata bahkan turut terlibat dan berpartisipasi dalam isu nasional dan juga antarabangsa.

Bagaimanapun, peristiwa Baling 1974 yang menyaksikan kemuncak perjuangan mahasiswa di negara ini dijadikan lesen dan alasan buat pemerintah mengimplementasikan akta drakonian ini. Sejak itu, mahasiswa tidak lagi lantang dalam membicarakan isu sejagat. Manakala PMU di seluruh universiti dibubarkan dan digantikan dengan satu badan yang seakan-akan PMU iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tetapi fungsinya lebih kurang sekadar 'penghubung' di antara pentadbiran universiti dan mahasiswa.

Tetapi langit tidak selalunya mendung apabila pada 2012 berlaku pindaan pada akta ini yang membenarkan penglibatan mahasiswa dalam politik. Sedikit sebanyak gerakan mahasiswa mempunyai akses yang sedikit terbuka dalam melibatkan diri dalam isu nasional. Tetapi perubahan ini tidak mendatangkan impak yang begitu besar kepada seluruh mahasiswa di seluruh negara, lebih-lebih lagi kepada MPP setiap kampus.

Mereka masih lagi disihirkan dengan fobia dan ketakutan untuk berbicara soal menegakkan kebenaran dan melawan kezaliman. Setiap kali rapat umum atau piket, bilangan mahasiswa yang bertandang boleh dibilang dengan jari.

Setiap kali pimpinan MPP mengeluarkan kenyataan atau berkomentar mengenai sesuatu isu nasional atau terlibat dengan sebarang aktiviti mahupun program yang menurut tafsiran HEP sebagai 'anti pemerintah', maka surat amaran akan dikenakan ke atas mereka sebagai peringatan dan amaran kepada mahasiswa supaya tidak mencampuri secara berlebih-lebihan dalam isu di luar kampus.

Menyebabkan MPP yang dilantik ini terpaksa mengikut 'alur' dan 'rentak' yang ditetapkan HEP masing-masing iaitu mesyuarat bersama NC/TNC sebulan sekali, memenuhi jemputan agensi luar sebagai wakil universiti dan pemenuh kuota tempat duduk VIP apabila sesuatu program universiti dijalankan.

Tidak perlu kita pergi melangkau jauh, lihatlah kes terbaharu 8 mahasiswa UM yang dikenakan tindakan tatatertib oleh universiti mereka. Sehingga hari ini berapa ramai wakil MPP setiap kampus mengeluarkan kenyataan atau pernyataan berkenaan dengan isu tersebut?Adakah mereka lebih selesa menukar gambar profil serta 'like' dan 'share' di laman sosial tanpa bertindak dengan lebih progresif daripada itu?

Jikalau beginilah sikap kebanyakan pimpinan MPP, untuk apa kalian dipilih oleh mahasiswa bagi mewakili mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Adakah sekadar menurut perintah pentadbiran untuk menjadi calon bagi Pilihanraya Kampus dan hanya 'angguk dan geleng' dengan arahan mereka dan tidak menyanggah 'larangan' mereka? Adakah kalian lebih suka menonjolkan keberanian kalian hanya sekadar di internet tetapi tidak di lapangan sebenar?

Apa-apa pun, ucapan tahniah sepatutnya diberikan kepada MPP Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang baru dipilih kerana berani dan berprinsip dalam isu 8 rakan mereka yang dikenakan tindakan oleh pihak pentadbiran. Malah mereka dengan beraninya membawa kes ini hingga ke pengetahuan Pro Canselor UM iaitu Sultan Nazrin Shah tetapi dihalang pentadbiran menyebabkan Pro Canselor mereka tidak berkesempatan untuk mendengar sendiri apa yang berlaku di UM.

Tidak sebagaimana di sebahagian kampus lain yang menyaksikan wakil MPP yang dilantik hanya duduk membisu dan memekakkan telinga dengan apa yang berlaku di UM.

Perlu diingat, HEP bukan 'ayahanda' dalam universiti. Mahasiswa adalah 'ayahanda' yang sebenar dalam universiti dan sepatutnya HEP perlu gentar dengan mahasiswa, bukannya sebaliknya. Kenapa?
Kerana hampir semua aktiviti dan program yang dijalankan, baik di peringkat pentadbiran mahupun mahasiswa bersumberkan daripada yuran yang dibayar setiap semester oleh mahasiswa itu sendiri, bukannya duit daripada HEP. Dalam hal ini, apa faedah yang HEP dapat daripada penindasan ke atas mahasiswa?

MPP PTPTN dan JPA?

Pasca PRK UKM yang lalu, saya terbaca sebuah status mantan MPP PMUKM lepas di mana antara yang disebut adalah beliau ingin mengajarkan ilmu berkenaan dengan isu JPA kepada MPP daripada parti tersebut. Persoalan yang boleh ditimbulkan, adakah sepanjang kepimpinan beliau selama setahun itu hanya diisi dengan isu JPA dan PTPTN saja?Adakah sekadar di situ saja kemampuan kepimpinan anda? Ya, tidak dinafikan isu tersebut amat penting bagi keberlangsungan mahasiswa itu sepanjang pengajiannya, namun amat memalukan sekiranya MPP yang dilantik hanya berdegar-degar dengan isu tersebut serta menjadikannya sebagai modal jajaan kepada mahasiswa beliau merupakan pemimpin yang 'hebat'.

Perlu diingat, aspek kebajikan mahasiswa hanyalah sekelumit daripada tugas utama seorang MPP. Banyak lagi aspek lain yang jauh lebih penting berbanding isu JPA, jalan raya yang rosak, lampu yang tidak berfungsi dan bas yang tidak mencukupi. Sepatutnya isu yang disebutkan ini perlu dipertanggungjawabkan kepada pihak pentadbiran universiti, bukannya MPP. Pengalaman penulis melihat bagaimana gerak kerja oleh MPP berkaitan dengan isu 'cliché' ini menyaksikan aduan demi aduan dibuat namun apa natijahnya daripada pihak pentadbiran?

Kesukaran dan karenah birokrasi yang sememangnya wujud dalam pentadbiran universiti yang menyebabkan isu ini tidak pernah kunjung selesai, menyebabkan wakil MPP yang dilantik terpaksa membuat kerja dua kali dan tidak dapat memfokuskan terhadap agenda yang lebih penting daripada itu. Perlu diingat, wakil MPP hanya mempunyai kuasa untuk menyampaikan aduan, sementara kuasa pelaksanaan di bawah pentadbiran universiti.

Negara semakin kronik: Di mana suara mahasiswa?

Di kala nilai mata wang negara merudum dengan teruk sejak 1997, krisis penyalahgunaan dana 1MDB, kenaikan kos sara hidup yang semakin menyesakkan rakyat, beban hutang negara yang semakin menghampiri paras bahaya dan isu perkauman yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Di manakah suara mahasiswa? Adakah kita hendak bergantung harap kepada politikus yang tua bangka untuk membawa isu ini? Atau parti politik yang belum tentu memberi apa-apa janji yang 100% tepat untuk mahasiswa?

Sedarkah kalian kita merupakan tunas yang sedang tumbuh membesar dan diperhatikan pembeli di sekelilingnya. Jikalau baik tunasnya, yakni cukup makan dan minumnya pasti akan dibeli dan diminati pembeli dan sebaliknya. Begitu juga dengan mahasiswa pada hari ini, di samping ilmu di dalam kuliah, tambahkan juga pengetahuan kita dengan kecaknaan terhadap isu nasional dan global serta keterlibatan bersama jerit perih masyarakat sekeliling. Pasti masyarakat akan tertarik dan menghormati mahasiswa yang dianggap sebagai jurucakap ummah.

Saya tahu, saya tidak layak untuk menulis berkenaan dengan isu ini disebabkan tiada pengalaman sebagai MPP. Namun, cukuplah pengalaman bergerak kerja membantu rakan MPP sebelum ini sebagai bukti kalian adalah aset yang berharga kepada mahasiswa dan masyarakat. Masyarakat di luar sana bukanlah anti terhadap pimpinan mahasiswa, cuma mereka mengharapkan agar kita yang terkehadapan dalam bersama mereka bukannya mereka yang perlu hadir kepada kita.

Sebagai akhirnya, menjadi pimpinan persatuan pelajar biasa tetapi mengetahui segala ilmu dan kemahiran lebih baik berbanding menjadi seorang wakil MPP tetapi lebih selesa dengan mahir dalam satu perkara sahaja tanpa mencabar diri untuk mengetahui ilmu lain.

* Penulis ialah exco Media dan Penerangan Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS).

Ahli akademik kritik program pemutihan 6P

Posted: 15 Dec 2014 01:26 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Program pemutihan '6P' yang dilaksanakan kerajaan dikritik ahli akademik sebagai tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya menggalakkan kemasukan pekerja asing.

"Saya dalam (melaksanakan) kajian selalu bertemu orang itu (pendatang) kata, tidak apalah kita baliklah dulu.

"Esok (kata mereka) kita datanglah sebagai pelancong. Lepas itu kita kerja balik.

"Kita tunggulah pengampunan yang akan datang," kata Felo Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Azizah Kassim.

Program 6P merujuk kepada pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran melibatkan pekerja asing tanpa izin.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di persidangan Majlis Professor Negara, "Dilema Negara: Isu Cabaran Pekerja Asing di Malaysia" di Kuala Lumpur hari ini.

Angka melonjak 2.2 juta

Sementara itu, Azizah juga berkata masalah warga asing tidak kunjung selesai kerana terdapat pekerja asing pulang ke negara masing-masing dan kembali tanpa membayar levi.

"(Ketika) pemutihan, kita tukar taraf dia daripada pekerja tanpa izin kepada pekerja sah. Tetapi tahun depannya adakah dia bayar levi?

"Mungkin dia tidak bayar, maka jadi PATI (pendatang asing tanpa izin) balik. Ia tidak menyelesaikan masalah.

"Saya anggap tindakan macam ini seperti sakit bagi makan ubat, lepas itu sakit balik sebab punca berlakunya tidak ditangani," katanya.

Beliau turut berkata, program 6P juga menyebabkan jumlah kemasukan warga asing makin tinggi ke negara ini.

"Angka untuk pekerja asing berdaftar melonjak naik sampai 2.2 juta sebab dari program 6P," ujarnya.

Balu: Jadi siapa sebabkan kematian Dharmendran?

Posted: 15 Dec 2014 01:24 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Ahli keluarga mendiang N Dharmendran tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan empat anggota polis yang didakwa membunuh mendiang dan menggesa pendakwaraya segera merayunya.

Marry Mariay Susay berkata, beliau kecewa apabila mendengar keputusan hakim Jumaat lalu yang memutuskan tidak ada kes prima facie terhadap tertuduh.

Ekoran pembebasan itu, Marry mempersoalkan siapakah yang bertanggungjawab memukul suaminya memandangkan bedah siasat mendapati Dharmendran mempunyai 52 kesan kecederaan semasa dtahanan polis.

"Sepuluh hari mereka tahan suami saya, takkan 52 kesan kecederaan itu suami saya buat sendiri?

"Kesan dikokot di telinga, takkan suami saya yang buat? Masa saya pergi melawat dulu dia OK saja. Sekarang bila dah jadi begini tak ada sesiapa yang bersalah.

"Saya memang kecewa dengan keputusan macam ini. Kalau bukan mereka (empat anggota polis itu) yang buat, siapa buat?" soalnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Turut hadir pada sidang media itu ialah peguam N Surendran, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.

Peguam: Seperti tiada individu bertanggungjawab

Sementara itu, Surendran pula meminta supaya pihak pendakwaraya segera memfailkan rayuan bagi kes ini.

Katanya lagi, pembebasan empat anggota polis itu dilihat seperti tiada individu yang akan bertanggungjawab terhadap kematian Dharmendran.

"Jadi, selepas setahun lebih, kita menghadapi situasi yang mana tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Dharmendran," katanya.

Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Inspektor S Hare Krishnan, 40; Sarjan Jaffri Jaafar, 44; Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45; dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32.

Hakim Datuk Kamardin Hashim mendapati tidak ada kes prima facie terhadap mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di pejabat siasatan D9, Tingkat 7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah di ibu negara pada 21 Mei 2013.

Bedah siasat pada May tahun lalu mengesahkan Dharmendran meninggal dunia akibat "kegagalan fungsi kecederaan tisu lembut akibat pukulan ke badan".

Perkara itu dinyatakan oleh Dr Siew Sheue Feng yang turut menjumpai luka yang masih baru yang didakwanya membuktikan Dharmendran dipukul dan didera dengan teruk sehingga mati ketika dalam tahanan.

Ustaz Nik Zawawi jawab tohmahan terhadap Ulama

Posted: 15 Dec 2014 01:21 AM PST

DETIK DAILY  




MUTAKHIR ini, tohmahan dan fitnah terhadap alim ulama semakin menjadi-jadi dan berlegar di lamanlaman sosial dan blog. Dengan kemajuan teknologi, fitnah semakin berleluasa dan seolah-olah sukar dibendung lantaran sikap segelintir ahli parti dan orang di luar parti yang ingin melihat kemusnahan PAS.



Bagi Pemangku Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Ustaz Nik Muhammad Zawawi Saleh , fitnah dan tohmahan terhadap alim ulama ini merupakan perkara lazim pada akhir zaman. Ikuti temubual wartawan HARAKAH, HAZAYANI ZAKARIA bersama beliau

WARTAWAN: Bagaimana ustaz melihat tindakan pi hak tertentu seperti penulis blog yang memfitnah dan membuat toh mahan terhadap golongan ulama dan bagaimana ustaz menanganinya? 

USTAZ NIK ZAWAWI: Fitnah dan tohmahan adalah satu perkara yang biasa dalam arus perjuangan Islam kerana perjuangan Islam ini satu perjuangan yang memang diuji Allah SWT. Sama ada ujian berbentuk dalaman atau luaran.

Sebab itu kalau kita lihat Rasulullah s.a.w. sendiri seorang manusia yang paling sempurna atas muka bumi Allah, yang maksum, tidak ada dosa, masih lagi dikritik dan dicemuh oleh kaumnya sama ada dari luar mahupun dari dalam.

Jadi sebab itu fitnah atau tohmahan dan cemuhan yang dilemparkan kepada alim ulama ini adalah satu perkara yang biasa dan itu adalah satu proses Allah SWT nak jadikan dosa yang ada pada alim ulama ini digugurkan dan diampunkan oleh Allah kerana salah satu daripada kaedah pengampunan dosa dari Allah iaitu apabila ditimpa musibah, diancam, difitnah dan sebagainya maka dosanya akan diampun oleh Allah SWT. Jadi sebab itu isu tohmahan kepada ulama ini dari kaca mata ulama perkara ini biasa.

Cuma yang keduanya dari kaca mata dosa dan pahala orang yang melempar fitnah. Ini adalah satu benda yang sangat besar. Perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dan dosa dia tak akan diampun oleh Allah sehingga orang yang dituduh itu memaafkan dia. Itu kaedah dalam Islam.

Jadi sebab itu kita menasihatkan kepada semua (ahli, kepimpinan) supaya setiap gerak geri, percakap an dan pertuturan, tulisan kita jangan sesekali menggambarkan kita ini tidak takut kepada Allah SWT dan kita tidak ambil kira dosa dan pahala dalam apa-apa kegiatan kita.

Apa pandangan ustaz terhdap pertikaian terhadap kewibawaan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang?

Pertikaian terhadap Presiden parti kita ini adalah satu perkara ancaman kepada alim ulama dan ini adalah lumrah tetapi tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan ahli-ahli di mana saya lihat tohmahantohmahan itu dilemparkan oleh segelintir daripada ahli-ahli yang bermasalah.

Sebenarnya mereka ini bermasalah, mereka tidak berpuas hati dengan parti dan sebagainya jadi mereka membuat tuduhan dan mereka mendesak presiden kita supaya berundur, jadi bila saya nilai secara adil, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam Harakah Islamiyah.

Tambahan pula Presiden kita adalah seorang diiktiraf di mata dunia bahkan dilantik menjadi Timbalan Ulama Sedunia jadi sebab itu kita rasakan orang yang mengkritik ini kadang-ka dang kalau nak ban ding antara dia dan pimpin an PAS yang ada sekarang ini saya boleh sebut antara la ngit dengan bumi.

Yang mengkritik ini kita lihat jasa dia kepada perjuangan Islam, saya tak nampak ada jasa. Jadi sebab itu saya minta kepada semua pihak jadikan perjuangan ini sebagai perjuangan yang diredai oleh Allah SWT dan kita mesti akur kepada adab dan budaya di dalam perjuangan Islam dan kita ada saluran untuk menegur.

Parti kita ini sangat terbuka dan sentiasa mengalu- alukan pandangan da ri dalam dan luar dan pandangan-pandangan ini mesti disalurkan melalui parti dan perlu berjumpa secara terus dan cakap secara peribadi apa yang boleh dilaksanakan oleh parti kita.

Jangan kita menggunakan media sosial, kita menghentam membabi buta dan saya lihat kritikan yang dibuat ini sebagai hobi untuk menarik perhatian pembaca- pembaca facebook se bagainya untuk menarik orang lain. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan biarlah kita kenal siapa musuh kita yang sebenar dan ke mana peluru yang kita nak halakan dan barulah perjuangan kita mantap dan diberkati oleh Allah SWT.

Pakatan Kedah perkukuh kerjasama

Posted: 15 Dec 2014 01:08 AM PST

Oleh SARINA ISMAIL


ALOR SETAR: Pakatan Rakyat Kedah akan merangka serta menyusun strukturnya bagi memastikan ia dapat bergerak lebih agresif untuk mendapatkan sokongan rakyat, kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Mahfuz Omar.Dalam sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Kedah baru-baru ini,

 Mahfuz berkata Pakatan Rakyat negeri akan diperkasakan lagi dengan menampilkan imej baru dalam suasana politik semasa khususnya di negeri Kedah.

Sehubungan itu jelasnya, Pakatan Rakyat Kedah akan dibentuk dalam dua peringkat melibatkan pemimpin utama ketiga-tiga parti dan sekretariat yang diwakili oleh setiap parti.

"Perkara demikian dibentuk sebagai langkah menyusun gerak kerja selain melaksanakan program di peringkat negeri.

"Kita akan melantik Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa sebagai ketua Sekretariat dan di bawahnya diwakili lima orang dari setiap parti.

"Lima orang yang mewakili setiap parti akan diketuai timbalan ketua peringkat negeri masingmasing," tambah Mahfuz.

Mahfuz menjelaskan penglibatan semua Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di bawah sekretariat berkenaan juga secara tidak langsung dapat membentuk Sekretariat Wakil Rakyat supaya gerak kerja mendekati rakyat dapat diperluaskan lagi.

"Dijangkakan pada penghujung Disember ini, pelan perancangan tersebut akan dilengkapkan.

Selain itu, kita akan mewujudkan think tank (kumpulan pemikir) yang akan memberi input serta nasihat kepada perkara terbabit atau permasalahan rakyat yang melibatkan pelbagai perkara termasuk ekonomi serta masa depan Kedah sendiri.

"Think tank ini akan diwakili oleh ketua-ketua dewan negeri, ketua-ketua wanita dan pemuda KeADILan dan DAP, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihan Raya Negeri.

"Kita mengharapkan penampilan baru ini dapat direalisasikan sebaiknya demi memantapkan gerak kerja berpasukan agar dalam pilihan raya umum akan datang, Kedah dapat diambil semula dari tangan BN," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Kedah, Dato' Johari Abdul mengharapkan segala perancangan dapat digerakkan dengan lebih bersepadu.

Katanya, program jelajah penerangan perlu diadakan untuk menerangkan kepada rakyat berkenaan perkembangan negeri Kedah sekarang.

"Apa yang penting, program yang melibatkan parlimen dan Dun dapat disusun secara menyeluruh agar rakyat mendapat maklumat dan sekali gus boleh membandingkan Kedah dahulu dengan sekarang," kata Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.

Menteri: Polis siasat 1MDB seperti biasa

Posted: 14 Dec 2014 08:18 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi berkata tindakan Naib Ketua Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap isu syarikat pelaburan negara 1MDB dianggap sebagai "masalah individu berkenaan".

Zahid (kanan) berkata tindakan Khairuddin itu dibuat tanpa persetujuan daripada kepimpinan bahagian yang diwakilinya, apatah lagi dari Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Pada hemat saya, ia tindakan individu berkenaan dan 1MDB mengikut garis panduan sedia ada," katanya dalam sidang medianya pagi ini.

Bagaimanapun, Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata ekoran laporan polis dibuat, pihak berkuasa itu akan membuat siasatan mengenainya.

"Laporan polis telah dibuat, polis akan membuka kertas siasatan dan akan melakukan siasatan mengikut prosedur seperti biasa," katanya.

Bangsat?

Posted: 14 Dec 2014 07:40 PM PST

KELAB GREENBOC



 

Pemimpin Umno jadi sasaran 'bangsat' persidangan tahunan Wira Perkasa

Sayap Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di akhir Persidangan Tahunan mereka hari ini mensasarkan beberapa pemimpin Umno apabila melabelkan mereka sebagai "bangsat".

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris ketika berucap dalam sesi penggulungannya mensasarkan, Ketua Pengarah Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin serta mempersoalkan sumbangan mereka terhadap komuniti Melayu di negara ini.

"Saya beri peringatan kepada Saifuddin, dahulu semasa jadi menteri apa yang dia buat, apa tanggungjawab dia? Apabila kita mempertahankan beberapa perkara kita dicemuh," katanya, merujuk kepada jawatan timbalan menteri pengajian tinggi yang pernah disandang Saifuddin.

"Nur Jazlan, dia bangsat. Dia binatang. Semasa di UDA, apa yang dia buat untuk bantu ekonomi Melayu?" kata Fahmi, merujuk kepada organisasi yang diketuai Jazlan sebelum ini.

Ketika mengulas berkenaan Khairy, Fahmi berkata pemimpin Umno itu seringkali tidak mengendah dan mempertahankan Melayu, namun apabila gereja diserang, beliau menjadi orang pertama tiba di lokasi itu.

"Waktu masjid diletakkan kepala babi, mana dia?" soal Fahmi.

Beliau turut mengingatkan pemimpin Umno, Perkasa mempunyai keahlian di seluruh negara dan ahli akan menolak pemimpin seperti mereka.

"Umno juga bermula dengan NGO. Dulu mereka melawan penjajah," katanya.

"Sudah cukuplah kita dipergunakan, sampai bila kita nak macam ini," katanya.

Beliau juga memberi peringatan ketika kes mahkamah kalimah Allah, pemimpin Umno sendiri tidak kelihatan bersama-sama mereka bagi memperjuangkan perkataan suci umat Islam itu.

"Mana menteri yang duduk di Putrajaya, sekangkang dengan Istana Kehakiman?

"Mereka tak nak bantu tidak mengapa, tapi jangan menyusahkan.

"Ahli kita ada di merata tempat. Pastikan kita tolak pemimpin macam ini," tambahnya. -TMI

ULASAN GB

Pemimpin UMNO dah PUN kena "bangsat" dari Wira PERKASA.

Yang ni pula tak bangsatkah namanya?


'Pecat penjawat awam propembangkang'

Perwakilan PERKASA Jakarta dan Bogor, Indonesia Nazri Ismail mencadangkan agar penjawat awam yang menyokong pembangkang diberhentikan kerja.

Sebaliknya, katanya, tempat itu harus digantikan dengan graduan universiti yang menyokong kerajaan.

"Penjawat awam yang pro kepada pembangkang dan yang masih berkhidmat (harus) dikenal pasti dan diberhentikan dan diganti dengan graduan universiti yang pro kepada kerajaan.

"(Graduan) yang baik, boleh membantu membangunkan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara) 153, mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu," katanya di Persidangan Agung tahunan ke-5 PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Anak kelahiran Terengganu itu turut berkata kini semakin ramai profesional Melayu melupakan jasa pejuang bangsa.

"Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis dan jatuhnya Tanah Melayu kerana adanya pembelot yang telah menjual maklumat kepada musuh," katanya.
-mk


Tiada ulasan: