Isnin, 15 Disember 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mahkamah istiharkan ucapan pilkuda Hj Hadi itu fitnah

Posted: 15 Dec 2014 07:36 AM PST

Apa yang sangat memgembirakan mereka bila Hj Hadi terlepas dari hukuman denda? Perkara pokoknya ialah, perkaranya sangat mudah diatasi dan tidak perlu keluar masuk mahkamah sekiranya Hj Hadi ada sedikit perasaan rendah diri sebagai orang agama dan bermohon maaf kepada Shamsul :

 "Shamsul, ana minta maaf sekiranya ucapan pill kuda ana tu menyinggung enta. Ana tidak maksudkan enta tetapi orang lain...bukan yang masih hidup atau dah mati..."

 Kan senang tu? Jatuhkah maruah seorang ulama' dengan berbuat begitu?Bukankah kelaziman kita bermaaf-maafan ketika Hari Raya, umpamanya, walaupun kita tidak melakukan apa-apa kesalahan antara sama lain?

Kalaulah Hj Hadi bersikap mulia sebegitu, masyarakat pun tidaklah memandag serong atau menghina Shamsul. Masyarakat pun lebih hormat kepada sikap Hj Hadi yang begitu.

 Cuba korang perhatikan komen-komen UG yang perasan sangat kononnya keputusan mahkamah yang menolak saman Shamsul itu membuktikan Hj Hadi adalah manusia yang suci dan maruahnya tidak tercemar....alahai...


Benarkah cubaan merosakan imej dan reputasi Hj Hadi telah gagal? Apakah penolakan saman tersebut membuktikan Hj Hadi tidak pernah melontarkan fitnah pil kuda? 


Jangan lupa ada lagi satu kes sedang menunggu....aku tidak mahu ulas kes itu tunggulah bila tiba masanya nanti!

Jangan anggap hanya ulama sahaja yang ada maruah. Orang lain tidak ada harga diri atau maruah maka boleh difitnah dengan pil kuda bagai.

Plaintif gagal membuktikan fitnah yang Hj Hadi nyatakan itu ditujukan kepadanya kerana nama dan identiti calon tidak disebut.


Penghakiman berkata, ada 6 DUN yang terlibat dengan isu ini bukannya satu, dan tidak semestinya ia ditujukan kepada plaintif. (Waima Shamsul adalah salah seorang dari 6 DUN terlibat!)

Walau apa pun, penghakiman tetap mengakui bahawa kenyataan Pil Kuda Hj Hadi itu adalah berbaur fitnah. Senang cakapnya : Ulama taraf donia ini buat kenyataan fitnah tuduh ada calon PKR jual pil kuda!



"Mahkahah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata berunsur fitnah"

Apakah puak UG gembira bila mahkamah istiharkan ucapan Hj Hadi itu sebagai fitnah? 

Mahkamah bersetuju penyataan Hj Hadi itu berunsur fitnah

Posted: 14 Dec 2014 11:48 PM PST

Janganlah gembira sangat, walaupun saman itu ditolak, mahkamah bersetuju bahawa penyataan Hj Hadi itu berunsur fitnah.

Mahkamah mendapati Shamsul gagal membuktikan ia ditujukan kepadanya kerana nama dan identiti calon tidak disebut.

Mahkamah kata, ada 6 DUN yang terlibat dengan isu ini bukannya satu, dan tidak semestinya ia ditujukan kepada plaintif. 

Maka kepada siapakah sebenarnya penyataan Hj Hadi yang mahkamah sifatkan berunsur fitnah itu ditujukan? 

Samsul adalah merupakan antara 6 ADUN yang terlibat.....Apakah Mahkamah hanya akan mendapati Hj Hadi bersalah sekiranya keenam-enam ADUN terlibat menyaman Hj Hadi?

 Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali-Imran:29) 

Mahkamah tolak saman terhadap Hadi dalam isu pil kuda

 Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menolak saman bekas calon PKR Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan memerintahkan plaintif membayar segala kos yang terlibat.

 Shamsul memfailkan saman terhadap Hadi susulan ceramah presiden PAS itu di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR yang menjual pil kuda.

 Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, walaupun mahkamah bersetuju penyataan defendan berundur fitnah tetapi plaintif gagal membuktikan ia ditujukan kepadanya kerana nama dan identiti calon tidak disebut.

 Di seluruh Malaysia, katanya, ada 6 DUN yang terlibat dengan isu ini bukannya satu, dan tidak semestinya ia ditujukan kepada plaintif.

 Hakim berkata, defendan iaitu Hadi juga dilindungi qualified privilege (perlindungan bersyarat) kerana berucap selaku presiden parti kepada ahli dan penyokong semasa kempen pilihan raya.

 Dalam penghakimannya, hakim berkata, Hadi memenuhi semua syarat ketika menyampaikan ucapan itu.

 Beliau memutuskan Hadi tidak bersalah dan mengenakan kos RM10,000 kepada Shamsul.9 Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membuat penghakiman engkar ke atas Hadi kerana beliau tidak memfailkan pembelaan diri dan meminta beliau membayar RM2 juta kepada Shamsul. 

 Bagaimanapun, mahkamah kemudiannya mengenepikan perintah itu selepas rayuan Hadi. – 15 Disember, 2014. - 

Diam jika tidak setuju kerajaan perpaduan

Posted: 14 Dec 2014 08:33 PM PST

Hj Hadi sedang menyantuni seorang pemberita?

Nak tahu pasal apa aku selalu bangkitkan isu Haji Hadi bersama Kerajaan Perpaduan? Sebabnya adalah supaya ahli PAS senantiasa ingat perancangan jahat Hj Hadi ini! 

 Masih ramai yang didalam PAS itu tidak percaya adanya usaha-usaha kearah perpaduang itu semata-mata buta kerana wala membuta tuli. 

 Ramai yang marah dan suruh aku berhenti tulis mengenai Kerajaang Perduang ini kerana menurut mereka itu adalah fitnah belaka.

Apakah orang-orang PAS UG in mahu aku wala' kepada Naib Presiden Umno, Hishamuddin Auw Auw yang suruh  diam jika tidak setuju Kerajaang Perpaduang?

Diam jika tidak setuju kerajaan perpaduan

 Semua pihak yang tidak bersetuju dengan agenda menjayakan kerajaan perpaduan seperti yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini diminta mendiamkan diri.
 Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah tersebut perlu bagi memberi ruang kepada mereka yang sudah bersedia untuk melaksanakan hasrat murni itu. 
 ''Mana-mana pihak yang sudah bersedia, teruskan. Yang tidak bersedia, jangan tuduh pihak lain macam-macam," katanya.
 Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.  SUMBER 
Sorilah, aku akan teruskan penentangan terhadap agenda jahat Kerajaan Perpaduan anjuran Hj Hadi itu. Wala' kepada Hj Hadi, bermakna wala' kepada Umno!

Tiada ulasan: