Rabu, 24 Disember 2014

.

.


Kedahsyatan banjir kita yang mengundangnya?

Posted: 23 Dec 2014 06:11 PM PST

BANJIR DI KELANTAN                                                                                  

Sebuah majsid di Kuala Krai ditenggelami air.
Mungkin disebabkan bah atau banjir, bencana alam yang sering berlaku di Kelantan atau negeri-negeri di Pantai Timur menyebabkan orang di Pantai Barat atau yang berada di luar Kelantan merasakan bah yang melanda Kelantan sejak seminggu lalu, sebagai perkara biasa.

Ia adalah bencana alam tahunan yang terpaksa dihadapi rakyat negeri itu yang sudah memanglikan rakyat di negeri-negeri tersebut.



Kedai roti tempayan di Kuala Krai ghaib.
Apa lagi bencana alam itu digelarkan sebagai pesta air tahunan menyebabkan penderitaan dan kesusahan mangsa-mangsanya tidak dihayati dengan sewajarnya. Tidak merasai kepayahan mangsa banjir warga emas, ibu sedang bersalin atau kanak-kanak dalam menghadapi musibah berkenaan.

Sebatang jalan musnah sama sekali.
Lantaran itu juga perasaan simpati untuk menghulur bantuan tidak begitu mencengkam jiwa. Keadaan ini ditepukan lagi dengan gambaran atau laporan yang tidak serius (kurang perikemanusiaan) mengenai kemalangan itu.

Lebih-lebih lagi ditengok kepada berbagai versi gambar bah yang dipostkan dalam media baru menambahkan keraguan untuk membantu dan merasai kesakitan sebenar dialami mangsa-mangsa banjir.

Bandar Kuala Krai ditenggalmi bah.
Lebih teruk lagi apabila para pemimpin politik atau pun skuad bantuan bermain-main dengan banjir dan mangsa banjir. Pengeposan gambar-gambar yang kononnya untuk merengankan bebanan perasaan akibat banjir tidak mengundang simpati mendalam daripada pemerhati dan ia menjadi satu pembaziran pula.

Pemandangan disatu kawasan di Gua Musang.
Misalnya ada seorang menteri yang duduk "becokoh" sedang memasak gulai di pusat pemindahan banjir. Ada juga gambar wakil rakyat siap dengan west menaiki bot untuk membantu mangsa banjir sedang melmbai-lambai tangan. Ada juga wakil rakyat yang sedang menelefon dalam keadaan separuh badan terendam dalam air.

Selain itu ada juga foto wakil rakyat yang sedang menghulur seguni beras kepada mangsa dari bawah tangga, yang lagaknya macam hendak menghendap sahaja.

Aksi-aksi dan wajah pembantu banjir atau pemimpin seperti itu menyebabkan orang yang berada di luar air (bah) tidak merasai akan keperitan mangsa banjir. Pengeposan gambar sebegitu tidak membawa makna kemanusiaan yang tinggi. Bagi tujuan mengundang simpati dan menarik perhatian sepatutnya pemimpin atau pembantu mangsa banjir membuat pengeposan gambar-gambar yang boleh memberi keinsafan dan kesedaran, semisalnya gambar wakil rakyat atau menteri sedang berdoa bersama mangsa banjir.

Kesan landaan banjir yang tinggal hanya tungku.
Pagi ini saya mengambil inisitif menghimpun beberapa keping gambar banjir di Gua Musang dan Kuala Krai dari wall facebook rakan-rakan saya. (Maaf dan terima kasih kerana curi gambar anda). Gambar-gambar ini menjelaskan akan apa sebenarnya berlaku di Kelantan waktu ini. Bandar Gua Musang dan Kuala Krai tenggelam sama sekali. Jajahan inilah pada saat ini paling teruk dilanda banjir.

Hancur dan lebur sama sekali.
Beberapa buah kampung di Jajahan ini tidak dapat berhubung dengan kawasan luar langsung menyebabkan terdapat mangsa banjir yang sudah leih 48 jam tidak mendapat apa-apa bantuan. Sekiranya mereka tidak bersiap sedia dengan bekalan makanan secukupnya dan air terus "terpasung" seperti keadaan hari ini mereka akan kelaparan dan kebuluran.

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) sendiri memaklumkan bantuan yang dihantar ke kawasan itu tidak berjaya kerana helikopter tidak dapat mendarat kerana hujan lebat. Apakah alternatif lain diambil untuk menjengok mangsa yang terperangkap itu? Kita harap ada dan mereka selamat.

Beberapa buah rumah ditenggelami.
Bermacam-macam kejadian menyedihkan berlaku seperti mana dilaporkan. Itu semua memberi gambaran akan keseksaan bila dihimpit banjir. Mungkin bagi sesetengah mangsa berada dalam keadaan mewah dan lumaya kerana mendapat layanan baik, tetapi tidak ternafi ada yang masih melarat. Keadaan terlepas pandang dan pilih kasih dalam memberi bantuan tidak dapat dielakkan.

Kelajuan terpaan banjir tak sempat selamatkan harta.
Justeru adalah diharap hendaknya semua mangsa banjir dibantu dengan penuh ikhlas dan saksama tanpa mengira apa-apa perbezaan. Pandanganlah mangsa banjir adalah warga kita bersama.

Apapun nasib baik kehilangan nyawa akibat banjir di Kelantan kali ini tidak ramai. Bagaimana pun kehilangan dan kemusnahan harta benda tidak terhitung. Yang pastinya ia tentu mencecah puluhan juta ringgit.

Dari pemerhatian kepada gambar yang dipostkan, berpuluh-puluh buah kenderaan rosak akibat terendam air. Berpuluh-puluh buah rumah juga dihanyutkan air, bahkan hilang terus dari muka bumi yang tinggal hanya tungku-tungku tiang. Kerosakan harta awam seperti jalan raya, masjid, surau dan sekolah juga tidak terhitung banyaknya. Begitu juga dengan hairan ternakan lembu, kerbau, kambing, ayam dan itik serati.

Hancur dan tenggelam.
Pendeknya bah atau banjir yang melanda Kelantan kini adalah teruk dan sangat dahsyat. Cuma seperti dinyatakan tadi kedahsyatan ini tidak begitu dirasai kerana dalam persepsi umum kejadian banjir di Kelantan dan di negeri-negeri di Pantai Timur adalah sesuatu lumrah dan ia sudah dianggap sebagai pesta air tahunan bermusim.

Keadaan begini berlaku semasa tsunami, kini masa banjir.
Melihat kepada kedahsyatan bencana alam itu mungkin persepsi atau gelaran bahawa banjir atau bah sebagai pesta air di akhir tahun perlu diubah. Jangan lagi ianya dianggap fenomena biasa sebaliknya ia perlu dianggap sebagai bencana luar biasa kerana fenomena luar biasa. Perlu diingat, rombakan ke atas alam, rompakan ke atas khazanah bumi yang menjadi pasak kepada alam maya sudah lama berlaku. Evolusi dan kerakusan itu semualah ikut sama menukar telahan kita selama ini bahawa banjir itu perkara biasa. Perlu kita bersama sedari bencana itu ada musuh yang kita sendiri mengundangnya hasil dari kerakusan kita.

Pihak berkuasa Alam Sekitar, Geogolis, JPS dan sebagainya perlu membuat kajian dan perancangan baru bagi berdepan dengan fenomena luar biasa itu. Banjir yang berlaku kini harus dijadikan bahan penyelidikan yang dilihat dari semua sudut zahir dan batin.

Setesen keretapi juga tenggelam.
Jauh dari tanggapan itu semua, wajarlah kalau kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku di Kelantan itu. Dengan mempercayai Tuhan tidak akan menurun sesuatu bala dan musibah itu kalau bukan untuk dijadikan pengajaran, mungin bah di Kelantan itu Tuhan menghantar mesej khusus buat rakyat Kelantan.

Apakah mesej itu, kita semua kena merenung dan berpakat mencarinya dengan jujur dan iklhas. Mahasabah diri perlu diadakan. Mungkin setiap daripada kita hamba rakyat berdosa dengan Tuhan, mungkin juga pemerintah sudah kufur dengan Tuhan, dan mungkin juga Raja atau Sultan sendiri ada membuat silap dan salah dengan Allah. Kita berpura-pura dengan-Nya. Atas apa yang berlaku jangan kita sesekali beranggapan Tuhan kejam dan sengaja menghukum kita, tidak. Tuhan tidak pernah kejam melainkan diri kita sendiri.

Sekali lagi saya berharap semoga MKN yang dipengerusi oleh Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak mngistyharkan negeri Kelantan khasnya dalam darurat. [wmkl.9:50 am 24/12/14]

Banjir teguran Allah...

Posted: 23 Dec 2014 04:16 PM PST

RESPONS                                                                                                           

Seorang penjengok blog saya telah mengirim satu ulasan sebagai respons kepada catatan saya mengenai banjir yang kini hebat melanda Kelantan. Ulasan penjengok ini menarik dimana dia mengaitkan dengan bencana alam yang berlaku sekarang ini sebagai satu teguran daripada Allah s.w.t dimana ia ada kena mengena dengan situasi politik di Kelantan.

Penjengok ini membuat konotasi bajir itu sebagai teguran Allah kerana di Kelantan ketika ini riuh didebatkan fasal kerajaan Pas Kelantan hendak laksanakan hudud. Dari perspektif penjengok ini pelaksanaan hudud tergesa-gesa dan tidak perlu disegerakan. Katanya cadangan pelaksanaan perlu ditangguhkan dahulu. 

Tangguh hudud bukan bermakna tolak hudud, katanya. Saya turunkan sepenuhnya ulasan berkenaan tanpa membaiki, melainkan membetulkan ejaan. Atas ulasan ini diucapkan terima kasih. Wassalam Mso. 

Salam,

Semoga Tuan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Ilahi,
diberi idea yang jelas dan pencerahan untuk menyampaikan dan berkongsi idea tuan bersama sama mereka yang mencari ilmu dan kebenaran.

Saya sentiasa mengikuti tulisan tuan , melalui buku dan juga blog,
pendek kata idea hujahan dan pandangan tuan mudah diterima dan mudah difahami dan banyak yang saya bersetuju.

Membaca tulisan Tuan mengenai banjir, lebih menarik minat saya berbanding tulisan tuan mengenai politik. Sebagai rakyat Kelantan , menghadapi banjir yang amat dahsyat pada kali ini, bagi saya adalah teguran dari ALLAH.

Semoga kerajaan PAS kelantan sedar dan bangun dari mimpi, jangan mainkan isu "Hudud" untuk kepentingan politik Melayu yang sempit. Jika saya dan kami beberapa kerat rakyat Kelantan boleh sedar, sukar sangatkah bagi pemimpin Pas Kelantan yang dikatakan berilmu tinggi untuk sedar perkara ini.

Di Kelantan sendiri, tiada penerangan luas untuk memahamkan rakyat muslim dan non muslim, tiada perkongsian dengan rakyat akan perancangan dan pendedahan bagaimana pelaksanaan hudud akan berjalan, jika menghadapi pilihanraya banyak ceramah terbuka diadakan dengan luas sekali, kenapa untuk melaksanakan hudud Allah tidak diadakan ceramah terbuka untuk rakyat sama-sama tahu.

Pas telah masuk perangkap UMNO, beberapa kerat pemimpin PAS yang bangga berserban dan sentiasa basah mulut mereka dengan ayat suci terjerat dengan dunia Umno.

Nak melaksanakan hukum ALLAH, tapi jelas kelihatan , ada diselit kepentingan Melayu disebaliknya. konon Melayu akan bersatu dengan Hudud?

Wahai pemimpin, jangan salah guna kuasa yang diberi, jangan takbur dengan ilmu dan kuasa, jangan pergunakan Hudud sebagai alasan untuk satukan Umno-Pas, jangan terlalu angkuh dan yakin Pas Kelantan takkan jatuh di tangan rakyat.

Aallah turunkan teguran kecil, banjir, air melimpah yang entah datang dari mana. maka utamakan dulu kebajikan rakyat, kesulitan dan kesusahan yang dihadapi.

Tangguh Hudud bukan bererti tolak Hudud.
Kebajikan rakyat perlu dijaga, pemahaman, pendidikan dan perancangan perlu jelas, dialog dan perbincangan terbuka bersama cendekiawan dan bijak pandai dan juga rakyat bawahan.

Carilah redha Allah, bukan redha melayu, bukan redha pemimpin PAS

Tuan, ini adalah pandangan peribadi, suara kecil yang selalu sahaja pandangan saya diperkecilkan.

Wassalam,
Nik Kubang Kerian,
Kelantan.
[wm.kl.8:10 am 24/12/14]

Tiada ulasan: