Sabtu, 6 Disember 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS mahu masuk BN wahai Pak Daeng !

Posted: 06 Dec 2014 02:19 AM PST

PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada- Pak Daeng

PERMATANG PAUH: Bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok yakin tidak ada orang PAS yang mahu membawa parti itu ke dalam Umno atau Barisan Nasional (BN).

 "Ada pula orang kata PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada," tegasnya ketika menyampaikan kuliah Maghrib bertajuk Tarbiah: Pasang Surut Perjuangan pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam ini.

 Katanya, jika ada dalam kalangan pemimpin PAS yang berangan-angan demikian kerana untuk mendapatkan jawatan menteri tetapi sebenarnya mereka tidak tahu penderitaan PAS semasa dalam BN.

 "Orang itu tak tahu penderitaan PAS dalam BN, hinanya PAS dalam BN," ujar beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang.

 Sehubungan itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Daeng berharap jangan ada dalam kalangan pemimpin PAS sekarang yang berfikir ke arah itu.

Jangan kata tak ada, ada - Ust Ahmad Awang

Penafian Pak Daeng sebagaimana diatas itu bukan perkara baru. Malah Mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sendiri pernah memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN.Bacalah di sini

Dan kini semua orang PAS dah tahu siapa mamat tu sebenarnya kan? Gambar berikut boleh menceritakan.....


Ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

Ustaz Ahmad Awang ketika itu tidak mendedahkan nama musang yg berbulu ayam tersebut sebagai adab yang mulia dan ketinggian akhlak beliau, namun kini ramai yang sudah mengenali siapa sebenarnya musang itu! 
Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?".

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.".~ Ustaz Ahmad Awang – Mantan Naib Presiden 3
Mereka menafikannya, tetapi semuanya kantoi bila Mantan PM Abdullah Badawi sendiri telah mendedahkan mengenai beberapa pertemuan Umno dan PAS.

Dan apakah Pak Daeng begitu naif mengenai apa yg sebenarnya berlaku dalam PAS? Bahawa Hj Hadi sendiri telah mengakuinya sewaktu dalam mesyuarat JKPP pada 25 Ogos lalu?


 Walaupun berita yg dilaporkan oleh  Malaysian Insider tersebut dinafikan oleh Setpol Presiden, itu hanyalah sekadar penafian untuk cuba menutup kemaluan presiden, dan tidak ada langkah-langkah guaman untuk menuntut malu atas berita yg dikatakan berniat jahat itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, "Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan


Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.


"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Ironisnya, berita tersebut yang turut menamakan AJK PAS yg terlibat dengan pertelingkahan yg diceritakan itu, sehingga kini, AJK berkenaan tidak pernah menyangkal atau menafikan peristiwa tersebut. 

Cukuplah sekadar itu komentar saya terhadap kenyataan Pak Daeng yang menafikan tentang ujudnya UG.Ucapan sepenuhnya sila baca di HARAKAHDAILY 5/12/2014

Angkara Nakhoda , anak kapal berantakan

Posted: 05 Dec 2014 06:51 PM PST


Nakhoda Kapal memikul tanggung jawab penting dalam sesebuah kapal. Tugas seorang Nakhoda Kapal adalah bertanggung jawab ketika membawa sebuah kapal dalam pelayaran, baik itu dari pelabuhan satu menuju ke pelabuhan lainnya dengan selamat. Tanggung jawab itu meliputi keselamatan seluruh penumpang atau barang yang ada dalam kapal.

 Nakhoda Kapal ialah seseorang yang sudah menanda tangani Perjanjian Kerja Laut (PKL) dengan Pengusaha Kapal dimana dinyatakan sebagai nakhoda, serta memenuhi syarat sebagai nakhoda dalam arti untuk memimpin kapal sesuai peraturan perundang-undangan yang berlaku.

 Secara ekplisit menyatakan bahwa tanggung jawab atas kapal hanya berada pada tangan nahkoda, tidak ada yang lain. Jadi apapun yang terjadi diatas kapal menjadi tanggung jawab nakhoda, kecuali perbuatan kriminal.

 Misalkan sekumpulan anak kapal yang sedang bertugas dianjungan sewaktu kapal mengalami kekandasan. Meskipun pada saat itu nahkoda tidak berada di anjungan kapal, akibat kekandasan itu tetap menjadi tanggung jawab nahkoda kapal.

 Contoh yang lain kumpulan Masinis sedang bertugas di Kamar Mesin ketika tiba-tiba terjadi kebakaran dari kamar mesin. Maka akibat yang terjadi karena kebakaran kapal itu tetap menjadi tanggung jawab nakhoda.

 Kalau melihat hal tersebut di atas maka secara ringkassingkat tanggung jawab dari seorang Nakhoda Kapal adalah sebagai berikut :

1. Memperlengkapi kapalnya dengan sempurna
2. Mengawaki kapalnya secara layak sesuai prosedur/aturan
3. Membuat kapalnya layak laut (seaworthy)
4. Bertanggung jawab atas keselamatan pelayaran
5. Bertanggung jawab atas keselamatan para pelayar yang ada diatas kapalnya
6.Mematuhi perintah Pengusaha kapal selama tidak menyimpang dari peraturan perundang-undangan yang berlaku.

 Tugas Nahkoda Kapal adalah diatur oleh peraturan dan perundang-undangan tertentu.Bukan main hentam keromo buat u-turn ketika masa laut bergelora! 

 a) Maka kalaulah bahtera itu merupakan PAS, maka Nakhodanya adalah Hj Hadi.

 b) Perjanjian Kerja Laut (PKL) dengan Pengusaha Kapal , bolehlah kita anggap sebagai Tahaluf Siyasi dengan rakan-rakan parti gabungan Pakatan Rakyat.

 c) Kumpulan Masinis sedang bertugas di Kamar Mesin ketika tiba-tiba terjadi kebakaran dari kamar mesin – Inilah yg sedang berlaku dalam bahtera PAS sekarang – Kekalutan MSU cuba melangkau tugas-tugas JKPP yg menyebabkan batera tekandas ditengah lautan.

 d) Para petugas di anjungan berantakan sesama sendiri sebab arahan Nakoda Kapal yang flip-flop!

Kesemua kekalutan yang berlaku diatas adalah jelas tanggung jawab Nakhoda kerana lemah dan gagal dalam melaksanakan perjanjian Tahaluf Siasi bersama rakan.

Cakap konon mahu bersama dgn PR, tapi mesyuarat tidak mahu bersama. Dah tu pula buat keputusan sendiri yg bertentangan dgn keputusan rakan-rakan....

 Kalau nakhoda punya angkara, maka adalah lebih baik diganti nakhoda baru yang lebih cerdik, barulah bahtera boleh belayar dengan aman dan selamat sampai ke destinasinya.

Tiada ulasan: