ZAKRI ALI |
- ZAM DAN KADIR JADI BANGANG ??
- Ridhuan Tee Menjilat Umno Lagi.....???
- Adakah blogger amno BANGANG dari pandangan Dato Seri Najib?
- Bengang Dituduh Bangang, Blogger UMNO Pula Kata Najib Yang Bangang!
- Rupanya Dakwaan Pemimpin Umno Ini Tidak Berasas Langsung.. Ini Buktinya
- Pemuda Tumbuk Datuk Sampai Mati
- VIDEO - Tony Pua: Najib Must Answer For The Government Crime In This Tens Of Billions Of Ringgit Scam
- VIDEO Panas,TERBARU!!!!!!- Anwar Ibrahim,Mat Sabu: Ceramah Perdana Rakyat Hakim Negara, Puchong
- Selawat & salam kepada Nabi SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda.
- Najib seru menteri besar BN ganti semula tanah rizab Melayu OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
- Yeayyy !!! Minyak dah turun mulai 1Disember 2014... Ron 95 turun 4sen kot..
- Umno lebih fokus isu kaum daripada masalah rakyat, kata DAP OLEH LEE SHI-IAN
- Tinjauan MB ke Loji Pembersihan Air Sungai Semenyih.
- Terserah kepada Kelantan bila mahu bentang hudud di Parlimen, kata menteri
- Wajib Baca! Surat Untuk Perdana Menteri Daripada Amran Fans Yang Menyakitkan Hati orang UMNO. By canang
- VIDEO - Selagi Noh ketuai S'gor, Pakatan terus berkuasa - Tony Pua
- (SAKSIKAN VIDEO UCAPAN NAJIB SEBUT "BANGANG" SEBELUM HILANG!)
- Cameron: Peniaga berhimpun bantah kenyataan Nazri
- Puteri UMNO pertahankan ahli2nya yang gemuk-gemuk
- Padah terlalu seksi Istanbul:
- Najib Makin Terdesak Dan Terhimpit.. Ini Buktinya
- VIDEO - AMEKAW!!! Perangai sebenar Pimpinan UMNO,,,,,,,
- PANAS!!! TURUN.. (Gambar) Surat Pekeliling Mengenai Harga Terkini Minyak Mulai Esok.. Jom Terjah!!!
- Ada Kah Mahathir Akan Gembira Melihat Stesyen Minyak Satu Malaysia ??
- Umno Kecewa Dengan Peguam Negara
Posted: 30 Nov 2014 11:00 PM PST KOMENTAR ada yang berkata bahawa ada ramai blooger dibayar oleh parti ketuanan melayu ada berkata mereka jadi barua united malays national organisation buat kerja bukan kerana perjuangan tapi carma - cari makan rupa rupanya sah ini fakta saheh fakta ini bukan fitnah fakta ini bukan tohmah presiden parti gerombolan ketuanan melayu mengakui ramai blooger dibayar tapi ada pulak yang bangang tibai parti sendiri maka marahlah presiden parti dari segi strateji zam dan kadir ini wajib disokong Najib terlepas cakap blogger bangang, dakwa blogger Umno Tindakan Presiden Umno Najib Razak menyifatkan blogger yang menyerang parti itu sebagai bangang adalah sesuatu yang tidak disengajakan dan hanya terlepas cakap saja, dakwa A Kadir Jasin. Wartawan veteran itu berkata senario hampir sama pernah berlaku semasa Najib berhasrat mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 pada 2012. "Ini adalah sifat Najib yang sentiasa terlepas cakap misalnya beliau terlepas cakap dengan menjanjikan pemansuhan Akta Hasutan tanpa berunding dengan partinya sendiri," katanya 'menyindir' ketika dihubungi The Malaysian Insider. Kadir berkata kenyataan Najib yang mendakwa blogger pro Umno bangang semasa ucapan penggulungan Umno pada Sabtu lalu perlu difahami masyarakat. Katanya, ucapan berkenaan hanya dikhususkan kepada blogger yang dibayar Umno atau pihak yang berkaitan dengan parti itu. "Najib merujuk khusus kepada blogger yang cari makan dengan buat blog. Saya yakin yang dimaksudkan Najib ialah blogger yang dibayar Umno atau pihak yang berkaitan dengan Umno. "Asal-usul saya Umno tapi saya bukan blogger Umno. Zam juga asal usul Umno tapi saya tidak yakin beliau dibayar Umno," katanya merujuk kepada bekas Menteri Penerangan i Zainuddin Maidin. "Tetapi saya dan Zam kedua-duanya kritikal terhadap Najib selaku presiden Umno dan perdana menteri," katanya. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-terlepas-cakap-blogger-bangang-dakwa-blogger-umno#sthash.Qbgh6xM8.dpufKAH KAH KAH woit najib kata zam bangang najib kata kadir bangang ini tak adil napa tak cakap madey juga bangang kan madey ni blogger blogger bernama cek dead KAH KAH KAH | ||
Ridhuan Tee Menjilat Umno Lagi.....??? Posted: 30 Nov 2014 10:15 PM PST BERMULA dari sebelum, semasa dan selepas Perhimpunan Agung Umno 2014, boleh dikatakan tidak ada sedikit pun berita baik yang dilaporkan oleh media sosial anti-establishment. Semuanya buruk, seolah-olah Umno ini sangat hina, yang suci adalah ultra kiasu. Ini tidak termasuk kejian, makian dan hinaan melalui komen pembaca. Saya tidak kata Umno itu semuanya baik. Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, terutama dari sudut integriti. Tetapi liputan yang dibuat amat tidak adil. Kenapa tidak dibuat perkara yang sama kepada parti ultra kiasu? Berita sengaja diputar-belitkan untuk lariskan perniagaan. Ketika semua parti yang ada memperjuangkan kaum masing-masing, apakah parti Melayu (Islam) perlu keluar dari kepompong itu? Siapa akan mempertahankan Melayu dan Islam jika Umno dan Pas menjadi liberal? Selama ini pun ultra kiasu tidak pernah percaya kepada Umno dan Pas. Jika PKR yang didewakan sebagai parti untuk semua kaum, saya cadangkan mereka memberi laluan bukan Melayu untuk menjadi presiden selepas ini. Saya yakin parti ini akan terkubur. Seperti BN, bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi dan jawatan Exco dalam negeri-negeri yang ditawani. Sama seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada undi Melayu. Trend pengundian membuktikan bukan Melayu memberikan undi kepada DAP ultra kiasu. DAP, walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan secara halus meminggir dan menyingkirkannya. Malang sekali ada Melayu Islam yang tergoda dengan gula-gula ini. Saya tidak nampak Perdana Menteri sebelum ini hingga kini, bertindak terlalu kepartian atau kemelayuan sehingga meminggirkan bangsa lain. Jika tidak sudah lama bangsa lain merempat. Mereka tahu membezakan tanggungjawab selaku ahli politik dan negarawan. Apabila mereka telah memenangi pilihan raya dan menjadi pemimpin utama, maka ketika itu mereka adalah negarawan. Peliknya, kenapa ultra kiasu menjadikan Umno (tidak ketinggalan Pas) sebagai sasaran? Jawapannya mudah, kedua parti ini tidak dapat lari daripada Melayu dan Islam. Kedua parti tidak mahu negara ini diterajui ultra kiasu yang mahu meliberal dan mempluralkan bumi ini agar tidak beridentiti. Mereka tidak mahu agenda Islam, Melayu dan Bumiputera mengakar. Lebih serius lagi, ada yang mahukan sejarah kemerdekaan negara ini ditulis semula, dengan menekankan sumbangan kaum secara sama rata. Tanpa memberikan lebih kredit kepada bangsa Melayu. Sedangkan sejarah membuktikan, orang Melayulah paling banyak berkorban bermula dari negara ini dijajah sehinggalah mencapai kemerdekaan. Tidak dinafikan ada juga sumbangan kaum lain. Sumbangan dan pengorbanan bukan Melayu terhadap kemerdekaan, muncul setelah Malayan Union dimansuhkan pada tahun 1946, hasil penentangan orang Melayu sehingga melahirkan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948. Untuk makluman, PTM 1948 adalah cerminan kepada PTM 1957 yang dipersetujui British, yang masih mengekalkan kedudukan Islam, Melayu (termasuk bahasa), Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Unsur-unsur tradisi inilah yang mengikat dalam kontrak sosial. Sebab itu, saya amat pelik, kenapa dan mengapa sehingga ke hari ini ultra kiasu sengaja tidak mahu memahami hakikat ini. Terus-terang, saya amat mengagumi Henry Sackville Barlow, Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad, yang kini dimiliki oleh PNB. Barlow dan Sime Darby tidak dapat dipisahkan, kerana pertalian rapat ahli keluarganya. Sejarah Sime Darby bermula pada tahun 1910, ketika Tanah Melayu dijajah. Peniaga British William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co. Bermula dengan sektor perladangan getah, kemudian berkembang kepada sawit, koko dan pelbagai sektor, sehinggalah diambil alih PNB. Selaku orang yang tinggal lama di sini dan memahami budaya politik Melayu, Barlow sentiasa mengingatkan Sime Darby agar tidak melupakan agenda Melayu dan Bumiputera dalam setiap rancangan ekonomi. Nyata sekali Barlow amat memahami sensitiviti dan budaya politik negara ini. Peliknya anak penjajah British sangat sensitif dengan agenda Melayu dan Bumiputera, kenapa mereka yang sekian lama tinggal di sini sengaja tidak mahu memahaminya, malahan mendesak supaya ia dihapuskan. Lebih pelik lagi, kalangan kita sendiri turut bersekongkol? Saya amat mengharapkan perhimpunan kali ini benar-benar memberikan keinsafan kepada Umno dalam usaha memartabatkan dan memperkasakan pembangunan negara bangsa tercinta ini. * Penulis ialah pensyarah di Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam, UniSZA Posted by Jeebond BLM | ||
Adakah blogger amno BANGANG dari pandangan Dato Seri Najib? Posted: 30 Nov 2014 09:30 PM PST Dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, BANGANG bermaksud bodoh, dungu,tongong dan bahlul. Najib kata 'bangang', apa komen Kadir Jasin HARAKAHDAILY. KUALA LUMPUR: "Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah 'bangang' yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin," tulis Datuk A Kadir Jasin. Tokoh Wartawan Negara itu menyatakan demikian menerusi blognya sebagai respons kepada ucapan penggulungan Najib pada perhimpunan agung parti itu semalam yang menggelarkan blogger upahan Umno sebagai bangang. Berikut tulisan penuh beliau. PRESIDEN Umno, Mohd Najib Abdul Razak, semalam secara terbuka mendedahkan yang Umno mengupah blogger. Inilah kali pertama seorang pemimpin atasan Umno dan kerajaan membuat pengakuan seperti itu. Mohd Najib berkata, mereka ini makan gaji dengan Umno tetapi menyerang balik parti itu. Kerana itu, beliau menyifatkan mereka sebagai bangang. Merujuk kepada Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Najib berkata: "Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly." Tambah Mohd Najib lagi: "Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang," katanya dalam ucap penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. (Baca lanjut di sini) Pendedahan dan herdikan Mohd Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber. Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan. Seperkara lagi, kalau benar blogger-blogger upahan Umno itu berperang sesama sendiri dan menyerang pemimpin parti, ia adalah cerminan perpecahan dan ketidaktentuan dalam Umno sendiri. Namun Mohd Najib bukan orang pertama mencemuh dan melabelkan blogger. Zainuddin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi Menteri Penerangan melabelkan blogger "goblok", Khairy Jamaluddin menanggil mereka "beruk" dan Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi. Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah "bangang" yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin. Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh. Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Mohd Najib itu. Wallahuallam. | ||
Bengang Dituduh Bangang, Blogger UMNO Pula Kata Najib Yang Bangang! Posted: 30 Nov 2014 08:45 PM PST Pendedahan pembiayaan ini diulas Amin Iskandar di bawah dan kegagalan blogger mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor turut disuarakan Young Blogger – Nur Farhana Mohd Anuar sewaktu PAU 2014. Semua kritikan – teguran baik dari Najib sendiri perlu diambil secara positif. Persoalan pendedahan pembayaran kepada bloggers PM – adalah satu pendedahan yang akhirnya mendiamkan penafian bloggers besar yang mereka tidak dibayar. Artikel saya sebelum ini turut mengakui ada pembayaran yang dibuat, peruntukan banyak, konvensyen setiap negeri diadakan untuk bloggers, peralatan canggih – semua disediakan. Namun – tidak salah kalau dikatakan "dengan segala peruntukan yang ada – kelengkapan yang diberi – pencapaian yang diharapkan tidak berjaya keseluruhan malah mungkin gagal dalam menangani isu, topik dan tuduhan pembangkang". Hari ini – persoalan mengenai blogger tersebar luas – setelah dikritik Nur Fahana Mohd Anuar dan setelah disambut presiden Umno sendiri. Rentetan sebelum ini – kita lihat di laman media sosial – kritikan blogger turut wujud terhadap kepimpinan Umno yang mengendalikan PAU – dikatakan tidak menyediakan ruangan lengkap untuk "bloggers handalan" Umno. Pertengkaran ini memang sedia ada dalam sirkulasi pengamal media sosial Umno. Peperangan sesama turut ada dan tindakan – tindakan menghentam satu sama lain turut wujud. Masing-masing dalam sirkulasi "blogger" Umno mahu menjadi "blogger" nombor satu dan ukuran adalah melalui ranking pembaca. Justeru itu "blogger Umno" berusaha mensensasikan isu – bagi galakan untuk pembaca hadir ke laman mereka – malangnya kualiti yang ada tidak menepati – usaha mendominasi pembaca secara kritikal, gagal. Terlampau banyak "blogger Umno" yang bertindak semata-mata untuk menepati bukan sahaja kehendak Umno tetapi kehendak "political master" tersendiri. Ada kumpulan "bloggers Umno" yang diurus mengikut teknik memandai-mandai – kepimpinan yang memegang kekuatan wang untuk semua menuruti kehendaknya dengan metodologi pertempuran yang ortodoks – dilakukan 16 tahun lalu pembangkang. Mereka tidak mengetahui sebenarnya apa yang dikatakan mengurus persepsi dan tidak terurus dalam mainan media maya. Kepimpinan bloggers ini – amat asyik dalam menyampaikan kicauan-kicauan yang menyeronokkan kepimpinan Umno khususnya presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia dan akhirnya presiden Umno dibangangkan kepimpinan bloggers itu sendiri. Banyak yang perlu dipelajari mereka – banyak teguran dibuat kepada kepimpinan yang diberi pertanggungjawaban untuk mengendali "bloggers Umno" namun seperti biasa – dalam Umno – teguran adalah pengkhianatan kepada mereka yang akhirnya di ketepikan.br> Tidak ada teguran sampai kepada Najib sehingga Umno tersasar dalam mainan media yang akhirnya merugikan Umno. Ada ramai blogger Umno di peringkat bawahan sedar apa yang sebenarnya berlaku – namun untuk melakukan perang saraf menyeluruh adalah mustahil kerana cadangan dan pendapat mereka tidak akan sampai ke pucuk kepimpinan. Akhirnya "pengamal laman media sosial Umno" tersasar dengan seronoknya – melakukan tindakan yang sekadar menceriakan ruangan maya tetapi tidak memberi kesan besar kepada mendominasi pemikiran pembaca. Banyak isu yang boleh menjadi kekuatan kepada Umno – untuk terus mendedahkan perkara-perkara yang mampu memberi Umno loncatan politik, tapi malang ia berlalu begitu sahaja kerana urusan perang siber ini diurus pengamal politik tegar yang mahu melihat keberuntungan terhadap politik diri dahulu. Najib – harus mula keluar dari kepompong yang ada – satu desakan dari bawahan pula setelah beliau sering mendesak yang lain untuk keluar dari kepompongan minda yang tersekat. Buat pendekatan untuk patah semula – melihat kekurangan dan melihat semula jalan yang perlu diambil untuk memperkukuhkan media sosial dan media alternatif yang ada. Bagi saya kedua-dua definisi ini juga kalut difahami kepimpinan Umno yang bertanggungjawab dalam melahirkan gerakan memerangi media pembangkang. Najib harus keluar dari menurunkan mandat kepada politikus yang terlampau sibuk dalam menjalankan urusan seharian dan sepatutnya melihat perkembangan laman media sosial dan alternatif dari sudut berbeza – bukan sahaja menggunakan KPI atas ranking dan jumlah lawatan. Perebutan siapa popular tidak akan ada makna sekiranya ia tidak membantu memberi penerangan yang sepatutnya dan langkah untuk terus mendominasi minda. Najib juga harus melihat sama ada hanya media alternatif dan sosial sahaja yang sebenarnya menjayakan kejayaan kepada pembangkang – apakah faktor-faktor konklusif lain yang membantu dan menyeluruh kan perjuangan bagi Umno untuk terus menjadi relevan. Hari ini Najib berang dengan menggunakan – "bangang" ke atas bloggers Umno. Sebaliknya adakah Najib sanggup menerima kenyataan kalau dikatakan – Najib dibangangkan mereka yang tidak melaporkan keadaan sebenarnya. Mungkin tulisan ini serta lain-lain penulisan seumpamanya, yang sedar kesilapan yang ada turut tidak disampaikan kepada presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia. Siapa lebih bangang. Mungkin Umno perlu – kepimpinan tertinggi Umno mula mendengar suara di luar kotak dahulu, membuat pengiraan semula , berpatah balik serta evaluasi semula – dalam keadaan masa yang masih ada sungguh pun sedikit. Mungkin kesedaran perlu ada dan Najib harus memulakan langkah untuk mendengar semua pandangan – sebelum terikat dengan mem-bangang-kan keseluruhan industri bloggers yang wujud dalam Umno. Jangan sampai akhirnya – semuanya jatuh bangang dan bengang terhadap Umno. ~ Anuar Mohd Nor
ULASAN GB GB dah ulas semalam, petikan: Terungkap dan terbongkar satu rahsia besar: BAHAWA blogger-blogger macai UMNO ini dibayar. Kenyataan Najib di atas telah mengesahkannya. Kelab Greenboc | ||
Rupanya Dakwaan Pemimpin Umno Ini Tidak Berasas Langsung.. Ini Buktinya Posted: 30 Nov 2014 08:00 PM PST ALOR SETAR: ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Zakaria (PAS) mendakwa kenyataan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim pada Perhimpunan Agung Umno; berhubung isu pembakaran cebisan Al-Quran, menyalahi kehendak Islam. "Isu yang dibangkitkan Mashitah Ibrahim berdasarkan cerita yang tidak dapat dibuktikan. Ia boleh mengundang perpecahan dalam masyarakat," katanya. Beliau berkata, tindakan bekas Timbalan Menteri itu lebih disebabkan kecenderungan meraih populariti dengan menimbulkan isu rasis bagi membakar sentimen kebencian terhadap pihak lain. Sebelum ini beberapa laporan media memetik, Menteri Besar Kedah , Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai berkata siasatan polis mendapati cebisan Al-Quran itu tidak dibakar, sebaliknya dikoyak oleh seorang lelaki tidak siuman dan dia kini ditahan di Wad Psikiatrik, Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. ~ free malaysian today | ||
Pemuda Tumbuk Datuk Sampai Mati Posted: 30 Nov 2014 07:15 PM PST Seremban: Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang menumbuk muka datuk saudaranya hingga mati semalam, di sebuah bengkel motosikal di Taman Bandar Senawang, di sini, awal pagi ini. Menurut sumber, polis menerima maklumat awam mengenai kehadiran suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum bergegas ke lokasi. Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek mendapati kesan cedera pada tangan dan bengkak muka. Menurutnya, polis mengesyaki lelaki itu terbabit kes kematian seorang lelaki, R Palaniadi, 67 yang maut ditumbuk anak saudaranya di Taman Seri Pagi. "Suspek yang ketakutan ketika disoal siasat mengaku menumbuk bapa saudaranya hingga menyebabkan kematian dan menahannya, katanya. Menurutnya, polis turut merampas sebuah motosikal, topi keledar dan telefon bimbit milik mangsa. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. Hari ini, Harian Metro melaporkan seorang lelaki berusia 21 tahun bertindak menumbuk muka datuk saudaranya hingga mati apabila mangsa cuba meleraikan pergaduhan suspek dengan ibunya di sebuah rumah di Taman Seri Pagi, Senawang, kira-kira 5.30 petang semalam. Suspek yang bekerja di Kuala Lumpur dilaporkan pulang ke rumahnya untuk meminta wang daripada ibunya. Berang apabila permintaan tidak dipenuhi, suspek yang juga anak sulung daripada dua beradik itu memarahi ibunya sebelum datuk saudaranya yang berada di rumah itu bertindak cuba meleraikan pergaduhan. Berikutan marah, suspek bertindak ganas dengan menumbuk muka datuk saudaranya yang kebetulan mempunyai sakit jantung menyebabkan mangsa mati di rumah berkenaan. Posted by Jeebond BLM | ||
Posted: 30 Nov 2014 06:30 PM PST | ||
VIDEO Panas,TERBARU!!!!!!- Anwar Ibrahim,Mat Sabu: Ceramah Perdana Rakyat Hakim Negara, Puchong Posted: 30 Nov 2014 05:45 PM PST By Canang | ||
Selawat & salam kepada Nabi SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda. Posted: 30 Nov 2014 05:15 PM PST | ||
Najib seru menteri besar BN ganti semula tanah rizab Melayu OLEH HASBULLAH AWANG CHIK Posted: 30 Nov 2014 04:45 PM PST Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menggesa agar tanah rizab Melayu dibangunkan dengan pindaan undang-undang dan digantikan semula. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menggesa agar tanah rizab Melayu dibangunkan dengan pindaan undang-undang dan digantikan semula. Datuk Seri Najib Razak menggesa semua menteri besar dan ketua menteri yang mengetuai kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) perlu menggantikan semula tanah rizab Melayu yang sudah digunakan untuk pembangunan. Presiden Umno itu berkata, satu jawatankuasa mengenai perkara itu sudah ditubuhkan selain menggesa pindaan undang-undang dilakukan bagi menambahkan nilai tanah rizab Melayu. "Tanah rizab Melayu mesti kita pertahankan. Saya minta semua menteri besar negeri yang dikuasai kita pastikan tanah rizab itu kalau dibuka untuk pembangunan diganti dengan lain. "Tanah rizab jangan rizab saja, mesti dibangunkan. Saya diberitahu ada kesukaran perundangan seperti Kanun Tanah Negara dan enakmen negeri untuk memperoleh akses daripada instrumen Islam memajukan tanah rizab Melayu. "Satu jawatankuasa sudah ditubuhkan dan laporan sudah disediakan. Saya minta semua undang-undang yang perlu dipinda, dibuat pindaan supaya tanah rizab Melayu boleh dibangunkan dengan nilai yang menguntungkan pemiliknya," katanya. Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pergulungan Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam. Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa ucapan penggulungan perhimpunan itu juga membangkitkan perkara yang sama. Katanya, kerajaan perlu memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk mempertahankan tanah rizab Melayu bagi membolehkan tanah yang dibatal oleh pihak berkuasa negeri untuk tujuan pembangunan wajib digantikan. "Daripada rekod (tanah rizab Melayu) semakin hari semakin terhakis. Ada negeri bukan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), apa akan jadi pada tanah rizab ini?" katanya ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2014 semalam. – 30 November, 2014. The Malaysia Insider. | ||
Yeayyy !!! Minyak dah turun mulai 1Disember 2014... Ron 95 turun 4sen kot.. Posted: 30 Nov 2014 04:30 PM PST | ||
Umno lebih fokus isu kaum daripada masalah rakyat, kata DAP OLEH LEE SHI-IAN Posted: 30 Nov 2014 04:00 PM PST Setiausaha Agung Lim Guan Eng semasa ucapannya di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya, Selangor hari ini. – Setiausaha Agung Lim Guan Eng semasa ucapannya di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya, Selangor hari ini. – Isu-isu penting seperti hutang negara yang semakin meningkat, tidak ditimbulkan di Perhimpunan Agung Umno yang baru sahaja selesai semalam kerana pemimpin parti Melayu itu lebih berminat untuk bermain isu kaum, kata DAP hari ini. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Umno menunjukkan "wajah sebenar" mereka di perhimpunan tersebut apabila mengendahkan isu yang dibimbangkan rakyat Malaysia. "Bukannya 1Malaysia, tetapi Tipu Malaysia," kata Lim di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor hari ini. Beliau memberitahu delegasi DAP Selangor yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus-menerus memungkiri semua janjinya. "Daripada memansuhkan Akta Hasutan 1948 seperti yang dijanjikan, beliau bukan sahaja mengatakan akta itu akan dikekalkan, malah dikukuhkan dan diperkasakan. "Walaupun Najib tidak mengatakan secara spesifik Akta Hasutan akan digunakan untuk menangkap lebih pemimpin pembangkang, kami lebih tahu mengikut pengalaman sendiri," kata Lim. Beliau merujuk kepada pendakwaan beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa atau disiasat mengikut Akta Hasutan tahun ini atas pelbagai sebab. Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Padang, Serai N Surendran, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli didakwa menggunakan akta tersebut. Juga didakwa adalah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R S N Rayer dan pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom. "Umno berupaya menggunakan pelbagai taktik untuk memperkuatkan cengkaman kepada kuasanya. Kita tahu yang Akta Hasutan 1948 merupakan senjata yang digunakan terhadap mereka yang tidak sehaluan," kata Lim. Beliau berkata, ancaman membakar Bible yang dibuat Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali merupakan insiden yang serius, namun Putrajaya hanya lepas tangan. "Lihatlah dakwaan tidak berasas tentang pembakaran Al-Quran yang dibuat Ketua Wanita Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mengatakan seorang Cina di Kedah membakar Al-Quran semasa bersembahyang. "Ucapannya bertujuan menimbulkan ketegangan antara kaum dan iri hati di kalangan Melayu di utara terhadap kaum Cina," kata Lim dan menambah yang Mashitah masih belum meminta maaf. Oleh itu, Lim berkata, "Bagaimana orang ramai oleh mempercayai Najib atau Umno mahupun Barisan Nasional? Apabila Putrajaya berjanji untuk melawan rasuah, bolehkah mereka dipercayai?" – 30 November, 2014. /www.themalaysianinsider.com/bahasa Umno lebih fokus isu kaum daripada masalah rakyat, kata DAPSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Umno menunjukkan "wajah sebenar" mereka di perhimpunan tersebut apabila mengendahkan isu yang dibimbangkan rakyat Malaysia. "Bukannya 1Malaysia, tetapi Tipu Malaysia," kata Lim di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor hari ini. Beliau memberitahu delegasi DAP Selangor yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus-menerus memungkiri semua janjinya. "Daripada memansuhkan Akta Hasutan 1948 seperti yang dijanjikan, beliau bukan sahaja mengatakan akta itu akan dikekalkan, malah dikukuhkan dan diperkasakan. "Walaupun Najib tidak mengatakan secara spesifik Akta Hasutan akan digunakan untuk menangkap lebih pemimpin pembangkang, kami lebih tahu mengikut pengalaman sendiri," kata Lim. Beliau merujuk kepada pendakwaan beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa atau disiasat mengikut Akta Hasutan tahun ini atas pelbagai sebab. Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Padang, Serai N Surendran, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli didakwa menggunakan akta tersebut. Juga didakwa adalah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R S N Rayer dan pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom. "Umno berupaya menggunakan pelbagai taktik untuk memperkuatkan cengkaman kepada kuasanya. Kita tahu yang Akta Hasutan 1948 merupakan senjata yang digunakan terhadap mereka yang tidak sehaluan," kata Lim. Beliau berkata, ancaman membakar Bible yang dibuat Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali merupakan insiden yang serius, namun Putrajaya hanya lepas tangan. "Lihatlah dakwaan tidak berasas tentang pembakaran Al-Quran yang dibuat Ketua Wanita Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mengatakan seorang Cina di Kedah membakar Al-Quran semasa bersembahyang. "Ucapannya bertujuan menimbulkan ketegangan antara kaum dan iri hati di kalangan Melayu di utara terhadap kaum Cina," kata Lim dan menambah yang Mashitah masih belum meminta maaf. Oleh itu, Lim berkata, "Bagaimana orang ramai oleh mempercayai Najib atau Umno mahupun Barisan Nasional? Apabila Putrajaya berjanji untuk melawan rasuah, bolehkah mereka dipercayai?" – 30 November, 2014. | ||
Tinjauan MB ke Loji Pembersihan Air Sungai Semenyih. Posted: 30 Nov 2014 03:29 PM PST | ||
Terserah kepada Kelantan bila mahu bentang hudud di Parlimen, kata menteri Posted: 30 Nov 2014 08:00 AM PST Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud. – Kerajaan persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan. "Kita (kerajaan pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs peringkat kebangsaan kali pertama 1436/2014M di Balai Islam di Kota Baru, hari ini. Turut hadir ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud. Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu. Amar berkata Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan. Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen. – Bernama, 30 November, 2014. | ||
Posted: 30 Nov 2014 07:15 AM PST Amran selaku Penasihat dan Pengerusi Majlis Majlis Bersatu Amal Sejagat Membawa Muafakat PMM ( Pam Minyak Malaysia ) dengan ini menyokong penuh sepenuh Jiwa , Raga dan Batin Air Barli disetiap usaha Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan YB Dato Seri Najib Al Fadhil Al Hakam Belangkasuka Dewata Raya Penjejak Badai Kuasa Putaran Hikmat Alam 10000HP Sinetron Bawang Putih Bawang Merah Ibnu Razak The Last Airbender untuk menghentikan Subsidi Minyak Petrol RON95 dan Diesel yg bermula 1 Disember 2014 ini . Walaupun ramai rakyat Malaysia yg masih menentang keputusan Kerajaan ini . Amran nak Dato Seri tahu , disetiap sudut hati mereka masih berharap untuk mendapatkan BR1M . Oleh itu Dato Seri tidak perlu bimbang . Kerajaan masih mampu mengawal mereka . Huhu Penghapusan subsidi ini sebenarnya banyak membantu Menteri Menteri untuk mereka tidak lagi mengikat perut mereka dengan Batu Karbala akibat Gaji mereka yg sikit dan rendah . Amran faham konsep Hidup Melayu . Dato Seri jangan risau . Oleh itu . Amran ingin mencadangkan beberapa perkara dan juga penyelesaian untuk seluruh perancangan Kerajaan di masa hadapan . Jika Dato Seri tidak keberatan . Ini adalah beberapa sedikit luahan hati dari Amran . Amran harap Dato Seri Pertimbangkan . 1. ( Naikkan Harga Minyak lebih Mahal lagi ) Jika di Negara-Negara pengeluar Minyak , mereka menjual minyak lebih murah dari Negara kita . Amran cadangkan Dato Seri naikkan lagi harga minyak supaya rakyat tahu Negara kita bukan lagi Negara pengeluaran Minyak . Tetapi Negara kita ialah Penternak Ikan Jerung dan Pengeluar Warga Asing . 2. ( Tukar Konsep Minyak Win-Win Ceketeon ) Kualiti minyak yg dikeluarkan oleh Malaysia perlu di ubah kepada Formula Sains Sekolah Rendah darjah 5 bagi menampakkan lagi tahap Akal Minda Hassan Hussein Malik Al Bana Al Daungu . Contoh :- Semakin bertambah minyak A Semakin Bertambah Minyak B dan juga Hipotesis Minyak ini telah membuktikan bahawa Minyak A lebih bermutu dari Minyak B . 3 . ( Bina lebih banyak lagi tempat peluang pekerjaan Oil And Gas demi rakyat untuk mencapai cita cita Amran nak ade Kereta Vios ) Nampak macam tak logik . Tapi sebenarnya ini juga adalah 1 langkah menolong rakyat . Kesenangan Amran adalah kesenangan rakyat . Oleh itu Amran harap Dato Seri dapat lah membina lebih banyak lagi Stesen Petrol Pam di Malaysia dan juga Rumah pelacuran , Pusat urut , Urut pusat , Pusat urat pusat , Korek pusat cium dan bau . Akhir kata . Saya Amran Sukarjo Wudhoyono berjawatan seperti di atas . Berharap Dato Seri dapat merealisasikan impian dan harapan seluruh rakyat Malaysia yg telah Amran sebutkan diatas . Salam 1 Malaysia dan Salam kesayanganku Hanis Zalikha Muahhh Cikedd . Huhu sumber: facebook amran Read more: http://www.beritahariann.org/2014/11/surat-luahan-hati-untuk-perdana-menteri.html#ixzz3KT7rmvhk | ||
VIDEO - Selagi Noh ketuai S'gor, Pakatan terus berkuasa - Tony Pua Posted: 30 Nov 2014 06:30 AM PST Posted & copy by RAKYAT MARHAEN Selagi Noh ketuai S'gor, Pakatan terus berkuasa - Tony Pua Posted & copy by RAKYAT MARHAEN Make Money at : http://bit.ly/copy_win | ||
(SAKSIKAN VIDEO UCAPAN NAJIB SEBUT "BANGANG" SEBELUM HILANG!) Posted: 30 Nov 2014 05:45 AM PST DR MAHATHIR JUGA BLOGGER UMNO YANG BANGANG? Mula-mula saksikan dulu ucapan Presiden UMNO ini: Kalau malas nak tengok semua, lompat ke minit 40 sehingga 43. Adakah maksud Najib semua Blogger UMNO atau semua Blogger yang menyerangnya dalam Blogs? Ah-haaa! Adakah maknanya Najib kata Dr Mahathir juga bangang? Sebab Dr Mahathir juga menulis dalam blognya Chedet.cc. Tulisan Dr Mahathir banyak menyerang Najib. Kata Dr Mahanthir dia meneguR Yang malas nak melayari blog Dr Mahathir di sini Yong petik sebahagiannya: INIKAH YANG DISIFATKAN SEBAGAI BANGANG? Posted by Yong Intan Noor. | ||
Cameron: Peniaga berhimpun bantah kenyataan Nazri Posted: 30 Nov 2014 05:00 AM PST Sekumpulan 50 orang peniaga berhimpun di Cameron Highlands hari ini bagi membantah kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kawasan itu tidak selamat. Kumpulan berkenaan mula berhimpun di Tanah Rata pada tengahari, kata penganjur perhimpunan tersebut, Cheng Hon Nan ketika dihubungi. "Kami mahu menteri pelancongan menarik balik kenyataannya dan meminta maaf," kata Cheng yang menambah, kenyataan tersebut akan menjejaskan industri pelancongan di kawasan tersebut. Katanya, bantahan tersebut antara lainnya disertai pengusaha gerai, restoran dan hotel murah. Kenyataan Nazri itu timbul susulan banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands pada awal bulan ini yang mengorbankan lima nyawa. Ia merupakan susulan kepada kejadian sama yang berlangsung tidak sampai setahun lalu, yang mengorbankan tiga nyawa. Nazri pada 24 November lalu dilaporkan sebagai berkata, Cameron Highlands tidak selamat kerana risiko banjir. Beliau turut menasihatkan pengunjung agar mengelakkan kawasn itu buat masa ini. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN Saya setuju kenyataan YB Menteri Pelancungan itu, demi menjaga nama baik negara - lebih bagus dia memberi amaran awal sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.... | ||
Puteri UMNO pertahankan ahli2nya yang gemuk-gemuk Posted: 30 Nov 2014 04:30 AM PST Puteri UMNO Malaysia telah memberi pesanan yang amat jelas kepada semua perwakilan-perwakilan umno pada persidangan kali ini bahawa size badan ahli-ahlinya dimana banyak yang gemuk-gemuk dan ber-saiz besar-besar ada lah merupakan satu kelebihan. Perwakilan puteri umno dari Tawau Nazliah Ali memberi amaran yang sudah tiba masanya orang ramai berhenti memanggil mereka dengan bermacam-macam gelaran seperti anak gajah, king-kong, anak badak, tong drum dan lain-lain gelaran lagi. "Cuba lihat disekeliling tuan-tuan dan puan-puan. Begitu banyak dan ramai yang gemuk-gemuk, berbadan besar dan XXXL, tetapi kenapa hanya ahli-ahli puteri umno sahaja yang menjadi sasaran? Jangan meng'adili kami berdasarkan size badan kami," katanya. Jika masih ada orang yang terus menerus mem'fokus size badan atau potongan badan ahli-ahli puteri umno, maka lebih baik lah sayap puteri umno dibubarkan dan ditubuhkan sayap puteri ratu kebaya. Kah..Kah..Kah.. dollah yankee - Kah..Kah..Kah.. ini lawak sempena penutup persidangan | ||
Posted: 30 Nov 2014 04:00 AM PST Seorang pramugari dipecat selepas tindakan 'menayangkan tubuhnya' dalam video muzik dan beberapa sesi penggambaran diketahui majikannya. Zuhal Sengul, 31, menimbulkan kemarahan Turkish Airlines apabila mengambil bahagian dalam sesi penggambaran dengan berpakaian seksi termasuk korset dengan gaya ala gotik dalam sebuah majalah Itali. Malah, video muzik terbabit menampilkan Zuhal yang bertatu dan hanya memakai bikini menyebabkan syarikat penerbangan itu - yang kini bergerak ke arah imej lebih konservatif - mengambil tindakan memecat model sambilan terbabit. Perkara itu disahkan kenyataan Turkish Airlines. "Pekerja di dalam sektor perkhidmatan dinasihati memakai mekap sederhana yang kemas dan berwarna pastel," kata kenyataan itu. Tindakan terhadap Zuhal - yang juga aktif mempromosikan pemakanan vegetarian selain memiliki tali pinggang hitam karate - menampakkan pengaruh nilai Islam yang kini semakin popular di Turki. Presiden kesatuan pekerja syarikat penerbangan itu turut mengakui Turki semakin konservatif dan mengamalkan adab Islam. -Agensi/hmetro- Padah terlalu seksi Istanbul: Seorang pramugari dipecat selepas tindakan 'menayangkan tubuhnya' dalam video muzik dan beberapa sesi penggambaran diketahui majikannya. Zuhal Sengul, 31, menimbulkan kemarahan Turkish Airlines apabila mengambil bahagian dalam sesi penggambaran dengan berpakaian seksi termasuk korset dengan gaya ala gotik dalam sebuah majalah Itali. Malah, video muzik terbabit menampilkan Zuhal yang bertatu dan hanya memakai bikini menyebabkan syarikat penerbangan itu - yang kini bergerak ke arah imej lebih konservatif - mengambil tindakan memecat model sambilan terbabit. Perkara itu disahkan kenyataan Turkish Airlines. "Pekerja di dalam sektor perkhidmatan dinasihati memakai mekap sederhana yang kemas dan berwarna pastel," kata kenyataan itu. Tindakan terhadap Zuhal - yang juga aktif mempromosikan pemakanan vegetarian selain memiliki tali pinggang hitam karate - menampakkan pengaruh nilai Islam yang kini semakin popular di Turki. Presiden kesatuan pekerja syarikat penerbangan itu turut mengakui Turki semakin konservatif dan mengamalkan adab Islam. -Agensi/hmetro- Make Money at : http://bit.ly/copy_win | ||
Najib Makin Terdesak Dan Terhimpit.. Ini Buktinya Posted: 30 Nov 2014 03:15 AM PST Datuk Seri Najib Razak mengatakan hari ini tiada sebarang niat tersembunyi di sebalik keputusannya mengekalkan Akta Hasutan 1948, menekankan yang tindakan tersebut tidak akan menjamin kemenangan kerajaan pemerintah itu dalam pilihan raya umum akan datang. "Akta Hasutan tidak boleh melindungi atau menjamin Barisan Nasional akan dilantik semula dalam PRU14, hanya kehendak dan sokongan rakyat akan menentukannya," kata perdana menteri semasa melancarkan Perhimpunan Agung parti PPP di Kuala Lumpur hari ini. | ||
VIDEO - AMEKAW!!! Perangai sebenar Pimpinan UMNO,,,,,,, Posted: 30 Nov 2014 02:30 AM PST | ||
PANAS!!! TURUN.. (Gambar) Surat Pekeliling Mengenai Harga Terkini Minyak Mulai Esok.. Jom Terjah!!! Posted: 30 Nov 2014 01:45 AM PST Berikutan pemansuhan subsidi minyak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai 1 Disember ini, harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa. Ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan harga baru yang akan diumumkan oleh kerajaan setelah pemansuhan subsidi terhadap bahan api ini. Menurut surat pekeliling yang tersebar di internet, dipercayai pekeliling yang diberikan syarikat IPTB(Buraqoil), harga minyak RON97 akan diturunkan sebanyak 9sen, RON95 diturunkan sebanyak 4sen manakala diesel pula membuat kejutan dengan naik sebanyak 3sen. Berikut adalah harga terkini minyak dan diesel menurut surat pekeliling tersebut.
| ||
Ada Kah Mahathir Akan Gembira Melihat Stesyen Minyak Satu Malaysia ?? Posted: 30 Nov 2014 01:00 AM PST | ||
Umno Kecewa Dengan Peguam Negara Posted: 30 Nov 2014 12:15 AM PST Tan Sri Zainuddin Maidin kini boleh bersenang hati kerana kempennya untuk mengekalkan Akta Hasutan tidak sia-sia. Namun, beliau tidak berpuas hati setakat itu sahaja. Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad itu masih menjadikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai sasaran kritikannya. Zainuddin dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com mendakwa, Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam umpama satu undi tidak percaya ke atas peguam negara dan juga satu amaran kepada Najib. "Masalah yang dihadapi oleh kerajaan jika peguam negara disingkirkan maka bererti (wujud) campur tangan politik. "Tetapi jika rakyat yang diberikan harapan tinggi oleh Najib dikecewakan oleh sikap peguam negara maka Najiblah yang akan tersungkur. "Ramai orang berprasangka bahawa peguam negara juga berada di belakang pengumuman Najib untuk menghapuskan akta itu," tulisnya. Zainuddin berkata, kekecewaan ke atas kegagalan peguam negara menguatkuasa Akta Hasutan turut disuarakan oleh perdana menteri, menteri dalam negeri dan perwakilan Umno yang lain dalam persidangan itu. Bekas editor Utusan Malaysia itu berkata beliau mengesan demikian melalui ucapan Najib yang menyeru peguam negara untuk bersikap dengan lebih tegas terhadap pihak yang melanggar undang-undang. "Apakah erti semuanya ini? Seruan Najib itu disambut dengan tepuk sorak bergemuruh para perwakilan yang dapat difahamkan dengan mudah sebagai suatu luahan perasaan mereka terhadap kelemahan peguam negara yang telah berlaku sekian lama dan yang menampakkan tindakan yang takut untuk menghadapi kontroversi dan cabaran dari pihak pembangkang," katanya. Zainuddin, yang popular dengan nama Zam berkata, turut membangkitkan mengenai saranan Najib agar peguam negara lebih tegas dalam menguatkuasa Akta Hasutan. Katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menerima tepukan yang gemuruh apabila menteri itu menggesa Pejabat Peguam Negara untuk membantu pihak polis dalam memastikan pendakwaan di bawah Akta Hasutan. Malah, Zahid turut menyatakan bahawa pihak polis tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menyiasat dan menangkap. "Ini adalah suatu pembelaan terhadap polis yang selalu disalahkan oleh pihak peguam negara kerana lemah dalam mengemukakan kes untuk pendakwaan," kata bekas menteri itu lagi. Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa Akta Hasutan akan dikekalkan walaupun sebelum ini ia dipertimbangkan untuk dimansuhkan. |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan