Ahad, 16 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Anggota Polis Peronda Parah Dirempuh

Posted: 16 Nov 2014 11:07 PM PST



Seremban: Seorang anggota polis parah dan seorang lagi cedera di muka selepas kereta peronda (MPV) dinaiki dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 0.5, Jalan Bahau-Juasseh, berhampiran Balai Polis Bahau, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa Koperal Zulkifli Zainuddin, 55 dan Lans Koperal Abdullah Abd Karim, 24, sedang meronda di Taman Meranti ketika kejadian jam 12.15 tengah malam itu.

Katanya, sebaik membelok ke kanan jalan dari arah Juasseh, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Saga dari arah Bahau melanggar lampu isyarat sebelum merempuh bahagian kiri MPV dinaiki dua anggota terbabit.

"Akibat rempuhan itu, Zulkifli yang berada di tempat duduk penumpang patah tiga tulang rusuk dan mengalami pendarahan di bahagian kepala, dada serta paru paru," katanya.

Menurutnya, sementara itu Abdullah pula mengalami kecederaan dibahagian muka akibat terhantuk.

Katanya, kedua-duanya dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, berikutan keadaan kritikal.

"Buat masa ini kami menahan pemandu kereta Proton Saga berusia 21 tahun itu untuk siasatan lanjut," katanya selepas menziarahi dua anggotanya di HTJS, hari ini.

- hmetro

 

YB TG Hj Hadi Awang Memberi Alasan "KURANG SIHAT"

Posted: 16 Nov 2014 10:00 PM PST

 
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya memberitahu bahawa tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, sekali gus mempengaruhi penglibatannya dalam aktiviti politik. 
 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keadaan kesihatannya juga turut membataskan dirinya untuk menghadiri mesyuarat dalam PR. "Saya masih belum sihat lagi, masih dalam rawatan," katanya ringkas ketika ditemui selepas selesai menyampaikan kuliah pagi di Masjid Rusila di sini, kelmarin. 
 
 Terdahulu, Abdul Hadi dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat dengan rakan-rakan PR termasuk Pas sejak berlaku krisis Menteri Besar Selangor yang telah membawa kepada penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ogos lalu. 
 
Malah, hubungan Pas dengan parti gabungan, DAP dan PKR turut dikatakan menjadi agak tegang rentetan isu berkenaan apabila beliau dikatakan menunjukkan sikap dingin terhadap aktiviti gabungan parti tersebut. 
 
Beliau bagaimanapun memberi gambaran bahawa perkara itu tidak seperti yang diperkatakan, sebaliknya mengulangi alasan bahawa faktor kesihatan dirinya menjadi sebab utama mengapa beliau dilihat bersikap sedemikian. 

 "Kita dah ada wakil, kita (Pas) ada ramai wakil dalam Pakatan Rakyat, bukan saya seorang. Tidak boleh letak atas saya seorang, masa tidak sihat sahaja (saya) tidak hadir," katanya. 
 
Abdul Hadi sebelum ini dimasukkan ke hospital universiti di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul selepas mengadu mengalami sesak nafas pada Mei lalu. Sejak itu, kesihatan pemimpin nombor satu Pas itu dilaporkan tidak begitu baik, namun beliau dilihat masih tetap bersemangat untuk menyampaikan kuliah pagi yang mengambil masa hampir sejam di Masjid Rusila di sini, kelmarin. 
 
 Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai krisis dalaman dalam Pas berikutan kemampuannya ketika ini dilihat semakin merudum, termasuk menerima desakan rakan-rakan dalam Pas agar beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti, Abdul Hadi bagaimanapun enggan mengulas mengenai krisis dalaman yang melanda Pas termasuk desakan tersebut, sebaliknya beliau memaklumkan, telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pas bagi membincangkan mengenainya. 
 
"Kita sudah membuat pertemuan dengan pimpinan Pas," katanya.
 
 

Samseng Jadi Perlindung Di Cameron Highland...??

Posted: 16 Nov 2014 09:15 PM PST

 

Monday, 17 November 2014.  Samseng Jadi Perlindung Di Cameron Highland...??  Aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa kumpulan samseng.  Satu sumber mendakwa, terdapat tiga kumpulan samseng berbeza yang `menjaga' tiga kawasan tumpuan pertanian di daerah ini.

Aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa kumpulan samseng.

Satu sumber mendakwa, terdapat tiga kumpulan samseng berbeza yang `menjaga' tiga kawasan tumpuan pertanian di daerah ini.

"Kumpulan-kumpulan samseng berkenaan berperanan sebagai 'pelindung' kepada tanah-tanah pertanian yang diterokai tanpa permit atau secara haram supaya tidak diganggu oleh pihak berkuasa," katanya kepada Utusan Malaysia.

Lebih membimbangkan, sumber memberitahu, meskipun perkara itu diketahui oleh pihak berkuasa, tetapi tiada tindakan tegas yang diambil.

"Kawasan pertama ialah Kuala Terla dan Kampung Raja, manakala kawasan kedua pula membabitkan Tanah Rata serta Brinchang.

"Kawasan ketiga meliputi Ringlet dan Lembah Bertam yang setiap satu kawasan berkenaan dijaga oleh satu kumpulan samseng. Peneroka-peneroka tanah pertanian haram ini dipercayai membayar sejumlah wang kepada kumpulan samseng berkenaan untuk tujuan perlindungan," dakwanya.

Sumber tersebut memberitahu, pernah berlaku satu kejadian membabitkan bekas Ahli Parlimen kawasan ini yang terpaksa berhadapan dengan kumpulan samseng berkenaan ketika mahu mengambil tindakan terhadap seorang individu yang terlibat dengan penerokaan tanah secara haram.

"Ketika itu, datang dua buah kereta yang dipercayai kumpulan samseng cuba menghalang tindakan wakil rakyat berkenaan. Kejadian itu menguatkan lagi hujah bahawa wujudnya kaitan antara kumpulan samseng dengan aktiviti penerokaan tanah secara haram di daerah ini," jelas sumber tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber berkenaan, penduduk di daerah ini sudah berputus asa dengan karenah birokrasi pihak berkuasa berhubung isu penerokaan tanah secara haram.

Dakwanya, pihak berkuasa tidak mahu mendengar maklumat berhubung kejadian pencerobohan tanah yang disampaikan oleh akar umbi.

"Pihak berkuasa tempatan sendiri tidak memberi kerjasama, bagaimana rakyat mahu membantu? Rakyat tidak tahu pada siapa lagi mereka boleh berharap untuk menyelesaikan isu ini," ujarnya.
- utusan

Posted by Jeebond BLM

Kesian.....! Kesian...pemimpin pelajar jauh lebih matang daripada bekas naib canselor universiti

Posted: 16 Nov 2014 08:30 PM PST

 

Shahbudin Husin SUARA LANTANG:

Walaupun Tan Sri Ibrahim Abu Shah pernah menjadi Naib Canselor Uitm sebelum dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan baru-baru ini dianugerahkan jawatan Senator pula, kemampuan dan kematangannya kini benar-benar diragui.

Dalam reaksinya mengenai kebebasan akademik yang melibatkan Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol sehingga dihadapkan dengan tindakan disiplin serta kemungkinan ditarik biasiswanya oleh JPA, Tan Sri Ibrahim mengingatkan bahawa tiada kebebasan mutlak dalam apa juga perkara.

Beliau kemudian memberi contoh kebebasan mutlaknya adalah berbuat apa saja termasuk bertelanjang bulat di khalayak ramai, tetapi mengatakan sudah tentu perkara itu tidak boleh dilakukannya kerana ia menyalahi undang-undang dan membuatkannya boleh ditangkap.

Sehubungan itu, tegas Pengerusi Biro Pendidikan UMNO itu, Fahmi haruslah reda jika tindakan dikenakan terhadapnya, termasuk biasiswanya ditarik oleh JPA kerana kebebasan yang cuba diperjuangkannya itu.

Meskipun baru berusia 23 tahun berbanding Tan Sri Ibrahim yang menjangkau 64 tahun,

Fahmi membidas tindakan mengumpamakan kebebasan akademik dengan bertelanjang di khalayak ramai serta menyifatkannya "tidak ilmiah, sangat memalukan dan menunjuklan akhlak yang tidak baik sebagai ahli akademik".

Pandangan seperti itu, menurut beliau yang baru-baru ini menganjurkan pidato melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sama sekali tidak menunjukkan pembacaan dan penilaian mengenai kebebasan akademik. Lagi pula, tambah Fahmi, kalau Tan Sri Ibrahim mahu bertelanjang di khalayak ramai, tiada siapa pun yang sudi menengoknya.

Tidak dinafikan bahawa Tan Sri Ibrahim bukan saja salah dalam perbandingannya, malah seolah-olah dalam pemikirannya penuh gejala-gejala jahat yang berunsur seks semata-mata. Sebagai ahli akademik, sudah tentu banyak perumpamaan lain yang boleh dipilihnya selain telanjang, sesuai dengan tahap pemikiran dan kedudukan yang pernah diraihnya.

Menilai pandangan Tan Sri Ibrahim itu, orang tentunya akan mengatakan Fahmi jauh lebih matang, terpuji serta bersih pemikirannya. Terbaru pula, beliau mengatakan adalah sesuatu yang malang bagi orang-orang Melayu sekiranya UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang ini serta dibimbangi menjadikan mereka tidak mampu memerintah negara ini buat selama-lamanya.

Sekali lagi, luahan kebimbangan bekas Naib Canselor UiTM itu tersasar jauh dan tidak masuk akal sama-sekali. Kehilangan kuasa UMNO hanyalah menyebabkan kesedihan kepada orang Melayu dalam parti itu saja tetapi mungkin berita gembira buat yang lain.

Tidak semua orang Melayu sedih dengannya. UMNO sudah hilang kuasa di Selangor dan Kelantan, tetapi adakah Melayu terpinggir, malang dan sengsara?

Jika kekalahan UMNO sesuatu yang malang, tentulah tidak mungkin kekalahan parti itu makin merosot di Selangor pada pilihanraya 2013 berbanding 2008 serta Pas terus berkuasa di Kelantan sejak 1990 lagi? UMNO juga pernah hilang kuasa di Perak, Kedah dan Terengganu sebelum ini tetapi adakah penggantinya daripada bangsa lain?

Pernahkah bangsa lain menjadi Menteri Besar di Kedah, Terengganu dan Perak? Kenapakah merendahkan tahap pemikiran sendiri dan tidak mahu menerima hakikat bahawa parti yang sedang menyaingi UMNO juga adalah diketuai oleh pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam?

Jika Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP ingin dijadikan perbandingan, ketika BN berkuasa dahulu pun yang mengetuai kerajaan negeri itu adalah Gerakan walaupun UMNO yang memenangi lebih banyak kerusi DUN.

Hakikatnya, dalam dunia dan pemikiran sekarang ini, tiada isu mengenai kebimbangan Melayu hilang kuasa atau tidak mungkin bangkit semula jika UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang.

Selain penggantinya masih juga Melayu, yang lebih diutamakan oleh rakyat ialah pengurusan kerajaan yang yang lebih baik, kecekapan, ketelusan dan tiada lagi pembaziran serta rompakan wang negara sesuka hati.

Apakah gunanya menjual dan mengagungkan nama Melayu jika negara makin miskin dan hutang makin meningkat?

Apakah boleh diharapkan UMNO untuk terus membela bangsanya sendiri jika sepanjang sejarahnya berkuasa, tanah rezab Melayu makin berkurangan dan hanya sekelompok kecil Melayu saja yang membolot kekayaan negara ini?

Kepercayaan Tan Sri Ibrahim seolah-olah hanya UMNO yang boleh membela Melayu bukan saja bercanggah dengan ajaran Islam, malah memperkecilkan daya pemikirannya sendiri.

Beliau tidak saja patut malu kepada Fahmi Zainol yang jauh lebih matang daripadanya dalam isu kebebasan akademik, malah seharusnya juga malu kepada dirinya sendiri kerana masih berlegar dengan hujah dangkal dan cetek untuk mempertahankan kuasa UMNO yang tidak sepadan langsung dengan tahap pendidikan dan sejarah kerjayanya sebelum ini.


Posted by mountdweller
Kesian.....! Kesian...pemimpin pelajar jauh lebih matang daripada bekas naib canselor universiti Shahbudin Husin SUARA LANTANG: Walaupun Tan Sri Ibrahim Abu Shah pernah menjadi Naib Canselor Uitm sebelum dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan baru-baru ini dianugerahkan jawatan Senator pula, kemampuan dan kematangannya kini benar-benar diragui. Dalam reaksinya mengenai kebebasan akademik yang melibatkan Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol sehingga dihadapkan dengan tindakan disiplin serta kemungkinan ditarik biasiswanya oleh JPA, Tan Sri Ibrahim mengingatkan bahawa tiada kebebasan mutlak dalam apa juga perkara. Beliau kemudian memberi contoh kebebasan mutlaknya adalah berbuat apa saja termasuk bertelanjang bulat di khalayak ramai, tetapi mengatakan sudah tentu perkara itu tidak boleh dilakukannya kerana ia menyalahi undang-undang dan membuatkannya boleh ditangkap. Sehubungan itu, tegas Pengerusi Biro Pendidikan UMNO itu, Fahmi haruslah reda jika tindakan dikenakan terhadapnya, termasuk biasiswanya ditarik oleh JPA kerana kebebasan yang cuba diperjuangkannya itu. Meskipun baru berusia 23 tahun berbanding Tan Sri Ibrahim yang menjangkau 64 tahun, Fahmi membidas tindakan mengumpamakan kebebasan akademik dengan bertelanjang di khalayak ramai serta menyifatkannya "tidak ilmiah, sangat memalukan dan menunjuklan akhlak yang tidak baik sebagai ahli akademik". Pandangan seperti itu, menurut beliau yang baru-baru ini menganjurkan pidato melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sama sekali tidak menunjukkan pembacaan dan penilaian mengenai kebebasan akademik. Lagi pula, tambah Fahmi, kalau Tan Sri Ibrahim mahu bertelanjang di khalayak ramai, tiada siapa pun yang sudi menengoknya. Tidak dinafikan bahawa Tan Sri Ibrahim bukan saja salah dalam perbandingannya, malah seolah-olah dalam pemikirannya penuh gejala-gejala jahat yang berunsur seks semata-mata. Sebagai ahli akademik, sudah tentu banyak perumpamaan lain yang boleh dipilihnya selain telanjang, sesuai dengan tahap pemikiran dan kedudukan yang pernah diraihnya. Menilai pandangan Tan Sri Ibrahim itu, orang tentunya akan mengatakan Fahmi jauh lebih matang, terpuji serta bersih pemikirannya. Terbaru pula, beliau mengatakan adalah sesuatu yang malang bagi orang-orang Melayu sekiranya UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang ini serta dibimbangi menjadikan mereka tidak mampu memerintah negara ini buat selama-lamanya. Sekali lagi, luahan kebimbangan bekas Naib Canselor UiTM itu tersasar jauh dan tidak masuk akal sama-sekali. Kehilangan kuasa UMNO hanyalah menyebabkan kesedihan kepada orang Melayu dalam parti itu saja tetapi mungkin berita gembira buat yang lain. Tidak semua orang Melayu sedih dengannya. UMNO sudah hilang kuasa di Selangor dan Kelantan, tetapi adakah Melayu terpinggir, malang dan sengsara? Jika kekalahan UMNO sesuatu yang malang, tentulah tidak mungkin kekalahan parti itu makin merosot di Selangor pada pilihanraya 2013 berbanding 2008 serta Pas terus berkuasa di Kelantan sejak 1990 lagi? UMNO juga pernah hilang kuasa di Perak, Kedah dan Terengganu sebelum ini tetapi adakah penggantinya daripada bangsa lain? Pernahkah bangsa lain menjadi Menteri Besar di Kedah, Terengganu dan Perak? Kenapakah merendahkan tahap pemikiran sendiri dan tidak mahu menerima hakikat bahawa parti yang sedang menyaingi UMNO juga adalah diketuai oleh pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam? Jika Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP ingin dijadikan perbandingan, ketika BN berkuasa dahulu pun yang mengetuai kerajaan negeri itu adalah Gerakan walaupun UMNO yang memenangi lebih banyak kerusi DUN. Hakikatnya, dalam dunia dan pemikiran sekarang ini, tiada isu mengenai kebimbangan Melayu hilang kuasa atau tidak mungkin bangkit semula jika UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang. Selain penggantinya masih juga Melayu, yang lebih diutamakan oleh rakyat ialah pengurusan kerajaan yang yang lebih baik, kecekapan, ketelusan dan tiada lagi pembaziran serta rompakan wang negara sesuka hati. Apakah gunanya menjual dan mengagungkan nama Melayu jika negara makin miskin dan hutang makin meningkat? Apakah boleh diharapkan UMNO untuk terus membela bangsanya sendiri jika sepanjang sejarahnya berkuasa, tanah rezab Melayu makin berkurangan dan hanya sekelompok kecil Melayu saja yang membolot kekayaan negara ini? Kepercayaan Tan Sri Ibrahim seolah-olah hanya UMNO yang boleh membela Melayu bukan saja bercanggah dengan ajaran Islam, malah memperkecilkan daya pemikirannya sendiri. Beliau tidak saja patut malu kepada Fahmi Zainol yang jauh lebih matang daripadanya dalam isu kebebasan akademik, malah seharusnya juga malu kepada dirinya sendiri kerana masih berlegar dengan hujah dangkal dan cetek untuk mempertahankan kuasa UMNO yang tidak sepadan langsung dengan tahap pendidikan dan sejarah kerjayanya sebelum ini. Posted by mountdweller

Make Money at : http://bit.ly/adflywin

Najib Umum Berita Mengejutkan Umno

Posted: 16 Nov 2014 07:45 PM PST

 
Prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 dan 13 memerlukan semua parti komponennya untuk menyegarkan dan mencergaskan semula gabungan itu dalam menghadapi cabaran di masa depan, menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberi amaran anggota BN perlu menjangkakan cabaran lebih berat yang bakal dihadapi.

"Prasyarat pertama bagi kelangsungan politik kita adalah untuk merapatkan barisan, memperkukuhkan parti, mengelak perpecahan dalam politik dan terus melangkah untuk semua rakyat Malaysia," kata beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung ke-25 Parti Liberal Demokratik di Kota Kinabalu Ahad.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata sebaik sahaja parti komponen telah memperkukuhkan keupayaan masing-masing, setiap parti mewakili komuniti tertentu di Malaysia perlu mengenal pasti apa yang diharapkan daripada parti itu oleh komuniti terbabit.

Beliau meminta parti komponen BN untuk berhubung dengan rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa BN masih kerajaan terbaik untuk memimpin Malaysia.

Perdana menteri turut meminta parti komponen BN supaya sentiasa cekal dalam menangani tipu daya pembangkang dalam media sosial.

Beliau berkata parti perlu berusaha sedaya upaya untuk menangani isu yang menyerang usaha dan dasar kerajaan.

"BN seringkali dimanipulasi menerusi media sosial, dengan begitu banyak kenyataan separuh benar.

"Dalam pilihan raya lepas, pengundi diperdayakan oleh pembangkang kononnya BN membawa masuk secara senyap 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi.

"Ini (membawa masuk secara senyap 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi) terang-terangan merupakan pembohongan dan saya tidak percaya begitu ramai orang tertipu dengannya," katanya.

Najib mengingatkan rakyat agar tidak mempercayai apa sahaja perkara dalam media sosial, yang dijadikan alat oleh pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka (pembangkang) lebih baik daripada BN.

Beliau berkata rakyat perlu melihat akibat buruk daripada sikap membenci BN, seperti yang pembangkang mahu mereka lakukan.

Katanya parti juga perlu menambat hati rakyat dengan keupayaannya sebagai sebuah kerajaan, bukannya menyemai kebencian dalam kalangan mereka.

"Malaysia antara ekonomi terbaik dalam Asean sejak sembilan bulan lepas dan baru-baru ini, pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik memberitahu saya mereka berpendapat Malaysia sebuah negara yang semakin berkembang maju, dan ini merupakan penghargaan kepada BN," kata Najib. ~malaysiakini

Ikut sayalah nak hadir atau tidak mesyuarat Pakatan, kata Hadi

Posted: 16 Nov 2014 07:00 PM PST

Ramai Terkejut & Lahirkan Rasa Kecewa Dengan Jawapan Hadi


 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membidas kembali pengkritiknya kerana tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) dan mengatakan terpulang kepadanya untuk berbuat demikian.

Sebelum ini rakan komponen PR seperti DAP menggesa Hadi untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PR kerana hanya beliau yang mempunyai kuasa veto dalam PAS.

"Saya tidak perlu diminta (hadir), (kalau) saya hendak hadir, hadirlah," katanya Hadi kepada pemberita di Gombak hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu diminta mengulas resolusi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang sebelum ini mendesaknya agar menghadiri mesyuarat PR.

"Atas sayalah hendak hadir (atau) tidak mahu hadir," kata Hadi apabila ditanya apakah beliau akan hadir ke mesyuarat PR akan datang.

Sinar Harian melaporkan hari ini, Hadi akhirnya memberitahu tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, sekaligus mempengaruhi penglibatannya dalam aktiviti politik.

Menurut Hadi, keadaan kesihatannya juga turut membataskan dirinya untuk menghadiri mesyuarat PR.

"Saya masih belum sihat lagi, masih dalam rawatan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini kesal kerana PAS tidak memahami resolusi CEC partinya yang menggesa Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR.

Lim berkata, gesaan itu demi memulihkan semula kepercayaan rakyat dan keyakinan dalam PR semua tiga parti komponen perlu menunaikan janji serta menunjukkan komitmen penuh mereka.

Namun sebaliknya, Lim berkata hasrat itu disalah tafsir dan pemimpin PAS memberikan reaksi negatif terhadap parti itu.

"Permintaan ini munasabah memandangkan Hadi satu-satunya individu dalam PAS yang mempunyai kuasa tunggal dalam membuat keputusan serta memiliki kuasa veto mutlak, melebihi keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

"Ini menyebabkan kehadiran Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR wajib jika PR berfungsi sebagai satu gabungan serta menjamin dasar perpaduan," katanya.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, pemimpin PAS cuba mengalih isu daripada hakikat sebenar dengan mendakwa PR mampu berfungsi tanpa kehadiran Hadi.

Malah, katanya PAS membuat kenyataan palsu apabila mendakwa rekod kedatangan beliau lebih rendah berbanding Hadi.

"Pemimpin PAS perlu semak fakta sama ada Hadi hadir mesyuarat PR lebih banyak berbanding saya," katanya.

Beliau berkata, PR tidak boleh berfungsi sepenuhnya jika Hadi tidak hadir mesyuarat, menyebabkan PKR dan DAP tertanya-tanya mengenai keputusan yang akan dipilih presiden PAS itu. -TMI





Kelab Greenboc

Kalau Khalid Ibrahim Terkejut Dengan Pampasan RM2.5 Juta, Rakyat Selangor Lagilah Terkejut!!

Posted: 16 Nov 2014 06:59 PM PST

Bukan Khalid Ibrahim Saja Yang Terkejut, Rakyat Selangor Lagilah Terkejut
 

Cabaran baru kini menanti Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Setelah berjaya dengan beberapa program terjah untuk menjadikan kepimpinannya lebih dekat dengan rakyat dan penyelesaian secara harmoni isu kitab Bible yang dirampas Jais, rakyat Selangor kini menanti ketegasan serta kebijaksanaannya menyelesaikan isu pampasan RM2.5 yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar Selangor atau MBI.

Mengikut laporan pampasan itu dibayar kepada lapan kakitangan kerajaan negeri yang berhenti secara sukarela berikutan pertukaran Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.



Terdapat laporan yang mengatakan ada di antaranya menerima sehingga RM700 ribu dan ada pula laporan lain mengatakan antara penerima pampasan itu termasuk bekas Menteri Besar, Khalid Khalid Ibrahim sendiri, bekas CEO MBI yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya, Faekah Husin serta bekas Setiausaha Akhbarnya, Arfa'ezaa Abdul Aziz.

Azmin dalam reaksi awalnya menyatakan, siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan dalam pemberian pampasan sejumlah RM2.5 juta itu kerana beberapa perkara telah tidak dipatuhi.

Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentu jumlah ganjaran begitu besar jumlahnya perlu disemak semula, demikian kata Azmin lagi.

Walaupun beliau belum memutuskan bentuk tindakan yang bakal diambilnya selaku ketua kerajaan negeri, rakyat Selangor amat mengharap tindakan paling tegas, termasuk pemulangan wang tersebut ke dalam akuan MBI serta membawa ke muka pengadilan mereka yang terlibat jika benar terdapat unsur salah guna dalam proses meluluskannya.

Jika benar, terutamanya Khalid dan Faekah tidak wajar sama-sekali menerima pampasan itu kerana mereka adalah kakitangan kerajaan negeri yang layak menerima pencen berikutan telah berkhidmat melebihi 36 bulan perkhidmatan.

Dengan adanya pencen bulanan yang bakal diterima, apakah wajarnya lagi diberi pampasan dengan jumlah yang besar itu? 


Tidak pernah bagi pemimpin atau kakitangan kerajaan mana-mana negeri atau pusat sebelum ini yang diberikan ganjaran wang tunai sebaik bersara dan menamatkan perkhidmatan mereka dan apa yang dilakukan oleh MBI ini memang pelik dan mengejutkan.


Bagi kakitangan yang lain pula, penghargaan atas jasa berkhidmat dengan kerajaan negeri, mungkin masih boleh diberikan tetapi tentulah bukan dalam bentuk wang tunai yang begitu besar jumlahnya.

Penghargaan yang sesuai mungkin seperti tajaan menunaikan haji atau umrah untuk sekeluarga, percutian ke luar negara atau dalam bentuk barangan yang boleh disimpan sebagai kenang-kenangan.

Dalam hal ini, kalau Khalid Ibrahim sebelum ini menunjukkan beliau seorang yang pandai menyimpan duit untuk kerajaan negeri, Azmin pula haruslah membuktikan dirinya pemimpin yang berhemah dalam menjaga setiap sen dengan sebaik-baiknya. 


Jika benar ada salah guna peruntukan dan beberapa perkara pula tidak dipatuhi, wang itu harus didapatkan kembali dengan apa cara sekali pun.

Azmin tidak harus berlengah menyelesaikan isu ini dan ia harus menjadi keutamaannya kini. 


Jika isu Bible yang lebih rumit dan melibatkan banyak pihak boleh diselesaikan dalam tempoh tidak sampai 100 hari menjadi Menteri Besar Selangor, harapan rakyat Selangor tentulah mengharapkan hal wang ganjaran ini mampu diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat lagi.

Bagaimanapun, apa yang menarik ialah apabila Khalid Ibrahim yang ditanya mengenai perkara ini, dilaporkan terkejut dengan pemberian wang ganjaran itu.

Beliau bukan saja tidak mengetahui jumlah wang yang dibayar kepada lapan kakitangan yang berhenti itu, bahkan juga tidak pasti sama ada bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin turut menerimanya.

Tetapi, sebagaimana yang dilaporkan oleh Mstar, Khalid turut memberitahui bahawa Ahli Lembaga Pengarah MBI hanya terdiri daripada tiga individu iaitu beliau sendiri, setiausaha kerajaan dan pegawai kewangan negeri. 


Jadi, bagaimana Khalid boleh terkejut dan tidak mengetahui siapa penerimanya dan berapa jumlah setiap orang menerima pampasan itu?

Apa yang dibuatnya dalam mesyuarat dan ketika keputusan itu dipersetujui sedangkan beliau merupakan Menteri Besar waktu itu? 


Kalau Khalid boleh terkejut, rakyat Selangor tentulah berkali-kali lebih terkejut lagi, bahkan kera dan beruk di hutan juga mungkin terkejut sama!!


http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Bukan Khalid Ibrahim Saja Yang Terkejut, Rakyat Selangor Lagilah Terkejut Kalau Khalid Ibrahim Terkejut Dengan Pampasan RM2.5 Juta, Rakyat Selangor Lagilah Terkejut!! Cabaran baru kini menanti Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Setelah berjaya dengan beberapa program terjah untuk menjadikan kepimpinannya lebih dekat dengan rakyat dan penyelesaian secara harmoni isu kitab Bible yang dirampas Jais, rakyat Selangor kini menanti ketegasan serta kebijaksanaannya menyelesaikan isu pampasan RM2.5 yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar Selangor atau MBI. Mengikut laporan pampasan itu dibayar kepada lapan kakitangan kerajaan negeri yang berhenti secara sukarela berikutan pertukaran Menteri Besar Selangor, baru-baru ini. Terdapat laporan yang mengatakan ada di antaranya menerima sehingga RM700 ribu dan ada pula laporan lain mengatakan antara penerima pampasan itu termasuk bekas Menteri Besar, Khalid Khalid Ibrahim sendiri, bekas CEO MBI yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya, Faekah Husin serta bekas Setiausaha Akhbarnya, Arfa'ezaa Abdul Aziz. Azmin dalam reaksi awalnya menyatakan, siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan dalam pemberian pampasan sejumlah RM2.5 juta itu kerana beberapa perkara telah tidak dipatuhi. Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentu jumlah ganjaran begitu besar jumlahnya perlu disemak semula, demikian kata Azmin lagi. Walaupun beliau belum memutuskan bentuk tindakan yang bakal diambilnya selaku ketua kerajaan negeri, rakyat Selangor amat mengharap tindakan paling tegas, termasuk pemulangan wang tersebut ke dalam akuan MBI serta membawa ke muka pengadilan mereka yang terlibat jika benar terdapat unsur salah guna dalam proses meluluskannya. Jika benar, terutamanya Khalid dan Faekah tidak wajar sama-sekali menerima pampasan itu kerana mereka adalah kakitangan kerajaan negeri yang layak menerima pencen berikutan telah berkhidmat melebihi 36 bulan perkhidmatan. Dengan adanya pencen bulanan yang bakal diterima, apakah wajarnya lagi diberi pampasan dengan jumlah yang besar itu? Tidak pernah bagi pemimpin atau kakitangan kerajaan mana-mana negeri atau pusat sebelum ini yang diberikan ganjaran wang tunai sebaik bersara dan menamatkan perkhidmatan mereka dan apa yang dilakukan oleh MBI ini memang pelik dan mengejutkan. Bagi kakitangan yang lain pula, penghargaan atas jasa berkhidmat dengan kerajaan negeri, mungkin masih boleh diberikan tetapi tentulah bukan dalam bentuk wang tunai yang begitu besar jumlahnya. Penghargaan yang sesuai mungkin seperti tajaan menunaikan haji atau umrah untuk sekeluarga, percutian ke luar negara atau dalam bentuk barangan yang boleh disimpan sebagai kenang-kenangan. Dalam hal ini, kalau Khalid Ibrahim sebelum ini menunjukkan beliau seorang yang pandai menyimpan duit untuk kerajaan negeri, Azmin pula haruslah membuktikan dirinya pemimpin yang berhemah dalam menjaga setiap sen dengan sebaik-baiknya. Jika benar ada salah guna peruntukan dan beberapa perkara pula tidak dipatuhi, wang itu harus didapatkan kembali dengan apa cara sekali pun. Azmin tidak harus berlengah menyelesaikan isu ini dan ia harus menjadi keutamaannya kini. Jika isu Bible yang lebih rumit dan melibatkan banyak pihak boleh diselesaikan dalam tempoh tidak sampai 100 hari menjadi Menteri Besar Selangor, harapan rakyat Selangor tentulah mengharapkan hal wang ganjaran ini mampu diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat lagi. Bagaimanapun, apa yang menarik ialah apabila Khalid Ibrahim yang ditanya mengenai perkara ini, dilaporkan terkejut dengan pemberian wang ganjaran itu. Beliau bukan saja tidak mengetahui jumlah wang yang dibayar kepada lapan kakitangan yang berhenti itu, bahkan juga tidak pasti sama ada bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin turut menerimanya. Tetapi, sebagaimana yang dilaporkan oleh Mstar, Khalid turut memberitahui bahawa Ahli Lembaga Pengarah MBI hanya terdiri daripada tiga individu iaitu beliau sendiri, setiausaha kerajaan dan pegawai kewangan negeri. Jadi, bagaimana Khalid boleh terkejut dan tidak mengetahui siapa penerimanya dan berapa jumlah setiap orang menerima pampasan itu? Apa yang dibuatnya dalam mesyuarat dan ketika keputusan itu dipersetujui sedangkan beliau merupakan Menteri Besar waktu itu? Kalau Khalid boleh terkejut, rakyat Selangor tentulah berkali-kali lebih terkejut lagi, bahkan kera dan beruk di hutan juga mungkin terkejut sama!! http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Make Money at : http://bit.ly/adflywin

RON95 turun jika minyak mentah US$70 setong

Posted: 16 Nov 2014 05:30 PM PST

 
 
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya menurunkan harga minyak RON95 sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara US$70 hingga US$75 setong.

Beliau berkata penurunan harga tersebut boleh dilaksanakan kerana telah melepasi kadar subsidi yang ditanggung kerajaan.

"Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai yang menjaga hal subsidi minyak ini, apabila harga minyak pada US$70 hingga US$75 setong, maka ia akan melepasi daripada tahap subsidi RM2.30 seliter.

"Saya secara peribadi, selaku Timbalan Menteri Kewangan, akan memberikan pandangan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya menurunkan harga minyak RM2.30 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup penerangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di Alor Gajah, hari ini.

Ketika ini minyak mentah Brent berada pada paras US$79.41 setong.

Ahmad berkata beliau juga akan mencadangkan supaya tiada sebarang cukai jualan dikenakan ke atas minyak berkenaan.

"Kenapa tidak perlu cukai jualan ini kerana pada saat dan ketika ini pun kita tidak mengenakan cukai jualan," katanya.

Dalam pada itu, katanya sekiranya harga minyak berkenaan diturunkan, beliau berharap para peniaga turut menurunkan harga barangan mereka kerana sering kali menjadikan kenaikan harga minyak sebagai alasan menaikkan harga barangan.

- Bernama


Malaysiakini 

Hadi: Ikut sayalah nak hadir atau tak...!!

Posted: 16 Nov 2014 04:45 PM PST

- 16 Nov 2014

 

 
Di tengah-tengah desakan daripada DAP, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulanglah pada beliau untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

"Saya tak perlu diminta (hadir), (kalau) saya nak hadir, hadirlah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Gombak hari ini.

Beliau diminta mengulas resolusi oleh jawatankuasa eksekutif pusat DAP yang mendesak Hadi menghadiri mesyuarat gabungan itu.

Ditanya sama ada beliau akan hadir ke mesyuarat akan datang, Hadi hanya berkata, "atas sayalah nak hadir (atau) tak mahu hadir".

DAP sebelum ini mengkritik Hadi kerana tidak hadir ke mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan dan perkara itu menyukarkan kerjasama mereka dengan parti Islam itu.
 
 
Malaysiakini.

MB Terengganu nafi abang campur tangan W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN

Posted: 16 Nov 2014 04:00 PM PST

 
Datuk Ahmad Razif Abd Rahman
(Sinar)KUALA TERENGGANU - Tindakan pihak tertentu mendakwa Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dikawal oleh abangnya sendiri, Che Azmi Abd Rahman dianggap dakwaan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Samiun Salleh menyelar tindakan sedemikian dan memberitahu, keputusan yang dibuat Ahmad Razif dari sudut pengurusan di negeri ini langsung tidak melibatkan campur tangan daripada Che Azmi yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus.


Bagaimanapun beliau berkata, Ahmad Razif berkemungkinan pernah mendapatkan pandangan daripada abangnya itu berhubung perkara tertentu berdasarkan pengalaman yang ada pada Che Azmi dan tidak menolak perkara itu cuba dipolitikkan orang tertentu.


"Kita kena faham, abang dia bekas Ahli Parlimen dan sebelum ini pernah bekerja sebagai pegawai kanan di Yayasan Terengganu dan abang dia memang pakar terutama dalam aspek pelaburan, perniagaan.


"Mungkin dia ada guna khidmat nasihat abang dia untuk membantu tetapi tidak melibatkan semua perkara. Apa yang dibuat menteri besar adalah keputusan beliau sendiri. Bukan diputuskan oleh abang dia," katanya.


Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran dan Perasmian Skuad An-Nur dan Juwita peringkat negeri di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, di sini.


Beliau berkata sebagai mengulas mengenai status pengguna laman Facebook yang mendakwa Menteri Besar Terengganu di 'remote control' abangnya sendiri.


Status tersebut mendapat hampir 200 komen yang antara lain meminta supaya pengguna akaun terbabit tidak mereka-reka cerita atau membuat fitnah dan ada juga yang menganggap ia sebagai satu cubaan untuk mengeruhkan hubungan kedua beradik tersebut.


Menurut Samiun, dakwaan itu tidak benar dan Ahmad Razif sudah sedia maklum mengenai tuduhan tersebut.


"Apabila perkara sebegini cuba dipolitikkan timbullah unsur fitnah. Biasalah begitu," katanya.



indah.com

MCA jangan cabar kami, kata PERKASA

Posted: 16 Nov 2014 03:30 PM PST

 
 
PERKASA hari ini menyifatkan MCA bertindak keterlaluan apabila mengkritik cadangan pembentukan Mahkamah Persekutuan Syariah yang sebanding dengan mahkamah sivil.

"Ia seolah mencabar umat Islam dan mencampuri urusan undang undang Islam yang termaktub di mahkamah syariah," kata ketua wiranya Irwan Fahmi Ideris.

Pengerusi biro keharmonian agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker semalam berkata, beliau bimbang jika Mahkamah Persekutuan Syariah, seperti dicadangkan kerajaan, akan mengatasi Mahkamah Rayuan Sivil.

Katanya, penubuhan mahkamah itu juga melanggar peruntukan dalam Perlembagaan yang menyebut bahawa undang-undang paling tinggi adalah Perlembagaan dan undang-undang syariah hanya ke atas orang Islam.

Ti juga berkata, kecenderungan menganggap undang-undang Tuhan lebih tinggi berbanding undang-undang sekular adalah salah kerana "manusia tidak boleh dipercayai apabila berlagak seperti Tuhan.

Dalam kenyataannya hari ini, Irwan berkata, Ti tidak berhak campur tangan, apatah lagi mempertikaikan perihal perundangan Islam.

"Jangan cuba membangkitkan kemarahan umat Islam dengan mencabar institusi perundangan islam di negara ini.

"Jangan 'menghina' semata mata mahu meraih sokongan sahaja." katanya.

Irwan juga menyifatkan kenyataan itu bertujuan meraih simpati kerana kegagalan mereka meraih undi serta sokongan bangsa mereka sendiri. 



Malaysiakini

VIDEO Pemimpin2 PKR

Posted: 16 Nov 2014 08:00 AM PST








Ramai orang China di Arab Saudi memeluk Islam kerana melihat kaabah.

Posted: 16 Nov 2014 07:15 AM PST

 
 

http://detikislam.blogspot.com/ Telah kita tahu bahawa Kaabah merupakan kiblat bagi umat Muslim.

Berkujung ke Baitullah itu merupakan kewajiban umat Muslim yang terdapat pada rukun Islam.

Dengan melihat kaabah ternyata dapat menggetarkan hati seseorang sehingga orang-orang bukan Islam pun kini tertarik untuk memeluk agama Islam.

Hidayah boleh datang dari pelbagai keadaan yang tidak pernah diduga.

Mungkin itu lah yang dialami oleh ratusan pekerja China di Arab Saudi yang kemudian memilih Islam sebagai agamanya yang baru. Setelah melihat kaabah dari televisyen, tiba-tiba hati mereka bergetar.

Pintu hidayah seakan terbuka. Allah SWT melapangkan jalan mereka untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

Lebih dari 600 pekerja berasal dari negara China memeluk Islam. Mereka adalah sebahagian daripada 4,600 rakyat China yang bekerja dengan projek landasan kereta api yang menghubungkan Mekah dan Madinah. Landasan kereta itu akan melalui Jeddah dan Khum.



Peristiwa ratusan pekerja China memeluk Islam berlaku pada tahun lalu. Pada awalnya, hanya 370 orang pekerja China yang Muslim daripada 4600 pekerja China berada di negara tersebut. Penduduk tempatan meminta pihak kerajaan mengupah buruh Cina yang beragama Islam.

Namun Allah mempunyai rencana lain dengan kedatangan para pekerja itu. Kedatangan ke Arab Saudi membuka peluang bagi mereka untuk melihat Islam lebih jelas dari tanah tempat agama ini diturunkan. Seperti yang dikatakan seorang pekerja yang telah menjadi Mualaf.

Pekerja yang telah menukar namanya menjadi Hamza (42) ini mengaku tertarik pada Islam selepas melihat kaabah untuk kali pertama di televisyen Saudi. "Ini menggetarkan saya.

Saya menyaksikan siaran langsung solat dari Masjidil Haram dan umat Islam yang sedang berjalan mengelilingi Kaabah (tawaf)," katanya.

"Saya bertanya kepada teman yang Muslim tentang semua hal ini. Dia kemudian membawa saya ke Pejabat Bimbingan Asing yang ada di syarikat, di mana saya mempunyai peluang untuk belajar tentang pelbagai aspek mengenai Islam," katanya.

Kini Hamza merasa lebih bahagia dan lebih tenang selepas menjadi seorang Muslim. Pekerja lain, Ibrahim (51), mengalami peristiwa yang hampir sama pada September tahun lalu. Dia yang bekerja di bahagian penyelenggaraan syarikat kereta Api China menjadi seorang Muslim selepas melihat ka'bah.

"Walaupun kami berada di China, kami tidak mempunyai peluang untuk belajar tentang Islam. Ketika saya tiba di Mekah, saya sangat terkesan oleh perilaku penduduknya. Perlakuan yang sama bagi orang Muslim dan non-Muslim mempunyai kesan besar pada saya, "tambahnya.

Sementara, Abdullah Al-Baligh (51), diberi petunjuk untuk memeluk Islam setelah melihat perubahan positif dari rakan-rakannya yang lebih dulu menjadi mualaf. "Enam bulan selepas saya tiba di Mekah, saya melihat rakan-rakan saya yang sudah memeluk Islam benar-benar berubah.

Tingkah laku mereka boleh diteladani. Saya menyedari bahawa Islam adalah kekuatan di sebalik perubahan tersebut," ujarnya. "Apabila saya bertanya padanya, dia mengatakan bahawa dia sama sekali tidak tahu tentang agama ini sepanjang tinggal di China.

Sekarang, dia mempunyai pemahaman yang lebih tepat tentang Islam dan ingin menjadi lebih teladan." Begitu pula dengan Yunus. Pekerja berasal China ini baru mempelajari Islam ketika berada di Mekah. "Islam di China begitu kurang.

Aku baru mengetahui Islam setelah datang ke Saudi," ujarnya * Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Ramai orang China di Arab Saudi memeluk Islam kerana melihat kaabah http://detikislam.blogspot.com Telah kita tahu bahawa Kaabah merupakan kiblat bagi umat Muslim. Berkujung ke Baitullah itu merupakan kewajiban umat Muslim yang terdapat pada rukun Islam. Dengan melihat kaabah ternyata dapat menggetarkan hati seseorang sehingga orang-orang bukan Islam pun kini tertarik untuk memeluk agama Islam. Hidayah boleh datang dari pelbagai keadaan yang tidak pernah diduga. Mungkin itu lah yang dialami oleh ratusan pekerja China di Arab Saudi yang kemudian memilih Islam sebagai agamanya yang baru. Setelah melihat kaabah dari televisyen, tiba-tiba hati mereka bergetar. Pintu hidayah seakan terbuka. Allah SWT melapangkan jalan mereka untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Lebih dari 600 pekerja berasal dari negara China memeluk Islam. Mereka adalah sebahagian daripada 4,600 rakyat China yang bekerja dengan projek landasan kereta api yang menghubungkan Mekah dan Madinah. Landasan kereta itu akan melalui Jeddah dan Khum. Peristiwa ratusan pekerja China memeluk Islam berlaku pada tahun lalu. Pada awalnya, hanya 370 orang pekerja China yang Muslim daripada 4600 pekerja China berada di negara tersebut. Penduduk tempatan meminta pihak kerajaan mengupah buruh Cina yang beragama Islam. Namun Allah mempunyai rencana lain dengan kedatangan para pekerja itu. Kedatangan ke Arab Saudi membuka peluang bagi mereka untuk melihat Islam lebih jelas dari tanah tempat agama ini diturunkan. Seperti yang dikatakan seorang pekerja yang telah menjadi Mualaf. Pekerja yang telah menukar namanya menjadi Hamza (42) ini mengaku tertarik pada Islam selepas melihat kaabah untuk kali pertama di televisyen Saudi. "Ini menggetarkan saya. Saya menyaksikan siaran langsung solat dari Masjidil Haram dan umat Islam yang sedang berjalan mengelilingi Kaabah (tawaf)," katanya. "Saya bertanya kepada teman yang Muslim tentang semua hal ini. Dia kemudian membawa saya ke Pejabat Bimbingan Asing yang ada di syarikat, di mana saya mempunyai peluang untuk belajar tentang pelbagai aspek mengenai Islam," katanya. Kini Hamza merasa lebih bahagia dan lebih tenang selepas menjadi seorang Muslim. Pekerja lain, Ibrahim (51), mengalami peristiwa yang hampir sama pada September tahun lalu. Dia yang bekerja di bahagian penyelenggaraan syarikat kereta Api China menjadi seorang Muslim selepas melihat ka'bah. "Walaupun kami berada di China, kami tidak mempunyai peluang untuk belajar tentang Islam. Ketika saya tiba di Mekah, saya sangat terkesan oleh perilaku penduduknya. Perlakuan yang sama bagi orang Muslim dan non-Muslim mempunyai kesan besar pada saya, "tambahnya. Sementara, Abdullah Al-Baligh (51), diberi petunjuk untuk memeluk Islam setelah melihat perubahan positif dari rakan-rakannya yang lebih dulu menjadi mualaf. "Enam bulan selepas saya tiba di Mekah, saya melihat rakan-rakan saya yang sudah memeluk Islam benar-benar berubah. Tingkah laku mereka boleh diteladani. Saya menyedari bahawa Islam adalah kekuatan di sebalik perubahan tersebut," ujarnya. "Apabila saya bertanya padanya, dia mengatakan bahawa dia sama sekali tidak tahu tentang agama ini sepanjang tinggal di China. Sekarang, dia mempunyai pemahaman yang lebih tepat tentang Islam dan ingin menjadi lebih teladan." Begitu pula dengan Yunus. Pekerja berasal China ini baru mempelajari Islam ketika berada di Mekah. "Islam di China begitu kurang. Aku baru mengetahui Islam setelah datang ke Saudi," ujarnya * Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Make Money at : http://bit.ly/adflywin

VIDEO - Putin Datang Ditemani Kapal Perang, PM Australia Meradang

Posted: 16 Nov 2014 06:30 AM PST

TERPANAS! PUTIN KE AUSTRALIA BERSAMA KAPAL PERANG, PM AUSTRALIA BENGANG!!!

Marshal Shaposhnikov


Putin Datang Ditemani Kapal Perang, PM Australia Meradang

Brisbane - Perdana Menteri Australia Tony Abbott meradang gara-gara Presiden Rusia Vladimir Putin yang datang ke puncak mesyuarat G-20 di Brisbane ditemani sejumlah kapal perangnya. Menurut Abbot tindakan itu berusaha untuk mengembalikan kejayaan Kesatuan Soviet yang sudah menjadi kenangan.

Mesyuarat Abbott dengan Putin di G-20 akan menjadi panas kerana masalah tewasnya 27 penumpang Australia dalam musibah jatuhnya penerbangan MH 17 di Ukraine yang ditembak oleh pasukan pemberontak Ukraine sokongan Rusia.



PM Australia Tony Abbott dan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Pada Kamis (12/11), Abbot bahkan menyatakan akan menghadapi Putin secara terang-terangan. Rupanya khabar ini sampai ke telinga Putin sehingga ia membawa kapal perang yang dilabuhkan di pantai timur laut. 

Selain itu diberitakan Rusia menganggap Australia sebagai saingan utama dalam perdagangan dunia. Kedua negara mempunyai komoditi gas dan pertanian yang sangat besar. Kedatangan kapal perang ini merupakan isyarat Putin bahawa ia tidak takut menghadapi Australia.

Perang dingin antara Abbot dengan Putin dikhuatiri akan membelokan agenda utama perbahasan G-20 seputar usaha-usaha untuk menumbuhkan ekonomi dunia. Namun Abbot menyatakan akan meredam konflik tersebut guna mencapai tujuan mesyuarat G-20.

Sebelum Putin mendarat di Brisbane pada Jumaat malam, empat kapal perang Rusia lebih dulu berlabuh di pantai timur laut Australia. Australia langsung bertindak balas dengan menghantar tiga kapal perang ke kawasan tersebut untuk menyaksikan beliau.


Penulis: Andres Fatubun / AF ~SUMBER


LAGI BERITA YANG VIRAL DI FB.....

Yang nak pergi bercuti di Australia tu minta tangguhkan dulu.... sbb Australia diancam perang. Yg plg best sekali askar-askar Australia tidak seorang pun berani respon atau membalas bedilan dari kapal perang Russia. Terbaik.....


MH 17
 
Terkini, beberapa hari lepas Russia telah mengeluarkan satu rakaman video satelit menunjukkan sebuah pesawat pejuang Ukrain menembah jatuh MH17 di sempadan Ukrain dan Russia.

1. Selepas video tersebut dikeluarkan, maka jelaslah Ukrain adalah pesalah dan pelaku jenayah dalam insiden MH17.

2. Ukrain memang ada banyak sejarah silam buat kerja jahat, baling batu sembunyi tangan. Maklumlah negara pro-yahudi kuat. Presiden mereka awal-awal lagi dah angkat kaki.

3. Terkini, Vladimir Putin dalam sidang G20 telah memberi amaran jika Kesatuan Eropah meneruskan sekatan ke atas mereka, ia mungkin mengakibatkan 'backfire' ke atas EU dan Ukrain serta sekutu US.

4. Sebanyak 4 buah vessel perang milik Russia dilaporkan berkawal disekitar perairan utara Australia sebagai langkah keselamatan ke atas Presiden mereka, Putin.

5. Namun berita tersebut tidak dilaporkan dalam mana-mana berita berhaluan kiri setakat ini. Berita tersebut hanya dilaporkan di media pro-US dan media Aussie shj stkt ini sebagai medium propaganda anti-Russia.



Pautan kekal imej terbenam








Bagaimanapun, barat pula menyifatkan pesawat pejuang itu merupakan milik puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.

Gambar itu dilapor didedahkan selepas berlaku ketegangan antara Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron dengan pemimpin Rusia, Vladimir Putin di Australia baru-baru ini.


G20: Amerika Syarikat, Australia, Jepun bidas Rusia dalam isu MH17 ~ASTRO

AFP |Kemas kini:November 16, 2014



AS, Australia dan Jepun menggesa Rusia untuk menghentikan campur tangan dalam isu Ukraine selain menuntut keadilan bagi mangsa tragedi MH17.

BRISBANE: Amerika Syarikat, Australia dan Jepun membidas Rusia serta menggesanya agar menghentikan campur tangan dalam isu Ukraine.

Ketiga-tiga negara itu juga turut menuntut keadilan terhadap mangsa tragedi pesawat MH17 yang didakwa ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia.

Pemimpin ketiga-tiga negara itu berkata mereka bersatu di dalam "menentang penaklukan Crimea dan tindakan yang menjejaskan kestabilan timur Ukraine.

Mereka juga menuntut dalang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi kepada MH17 dibawa ke muka pengadilan.

Seruan itu dibuat di dalam satu kenyataan selepas perbincangan tiga penjuru antara Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; Perdana Menteri Australia, Tony Abbott; dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ketika sidang kemuncak G20 di Australia.

Sidang kemuncak itu dihujani pertikaian antara pemimpin Barat termasuk Obama dan Abbott dengan Presiden Rusia Vladimir Putin berhubung isu Ukraine dan tragedi MH17 pada Julai.

Pihak Barat mendakwa pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine menggunakan peluru berpandu yang dibekalkan oleh Rusia.

Pihak Moscow bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Ekoran pertelingkahan itu, Putin dilapor merancang untuk meninggalkan sidang kemuncak G20 lebih awal pada Ahad, namun dinafikan Kremlin.



Kedahkini

Kemana Ahli Parlimen Cameron Highlands menghilang?

Posted: 16 Nov 2014 05:45 AM PST

 
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel didesak supaya bangkit dari terus mendiamkan diri dan segera memberi penjelasan terperinci kepada pihak-pihak berkaitan termasuk jemaah menteri berhubung masalah di kawasan diwakilinya itu terutama melibatkan isu kebanjiran warga asing dan penerokaan tanah secara haram.

Pengerusi Strategik MIC, Datuk Seri S.Vell Paari berkata, sikap Presiden MIC itu yang seolah-olah membisu seribu bahasa mencetuskan persoalan serta kekeliruan kerana beliau seharusnya menyuarakan pandangan dan memberikan penjelasan terhadap isu dan masalah rakyat di Cameron Highlands.

"Di manakah 'hilangnya' Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar? Beliau perlu menjelaskan isu kebanjiran warga asing dan pencemaran alam sekitar di pusat peranginan berkenaan sehingga berlaku insiden banjir lumpur.

"Beliau juga perlu memberi penjelasan menyakinkan dalam isu berkenaan dengan mengemukakan laporan hitam putih segera,'' katanya kepwda Malaysia Gazette hari ini.

Baru-baru ini media membuat pendedahan yang mengundang rasa terkejut dan marah berhubung kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Cameron Highlands yang melakukan pelbagai aktiviti termasuk kegiatan ekonomi seperti menyewa kebun, mengupah warga asing bekerja dan membuka kedai runcit.

Penerokaan tanah secara haram turut dilaporkan berlaku di pusat peranginan itu secara berleluasa sehingga menjejaskan alam sekitar dan mendorong berlakunya tanah runtuh serta banjir lumpur.

Malaysia Gazette turut difahamkan bahawa para pengundi di Cameron Highlands kini marah dengan Palanivel kerana wakil rakyat itu didakwa tidak pernah melawat dan mendengar masalah setempat penduduk di situ sejak menang kerusi tersebut.

" Palanivel sepatutnya bersikap proaktif dan berganding bahu dengan kepimpinan kerajaan negeri Pahang supaya mereka tidak terkapai-kapai keseorangan dalam menangani masalah dihadapi di kawasan tersebut. Bukankah Palanivel begitu beria-ia mahu bertanding di situ sebelum ini? Mahu memperjuangkan nasib di kawasan itu.

Vell Paari juga mempersoalkan sikap Palajivel yang suka mendiamkan diri dan lebih gemar bercakap tentang perkara-perkara lain jika sesuatu masalah timbul melibatkan penduduk di kawasan Parlimennya.

Vell Paari berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap pesalah yang terlibat dalam penerokaan tanah, pembalakan haram dan pembuangan sampah sehingga mengakibatkan bencana alam di Cameron Highlands.

"Pihak yang bertanggungjawab perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan langkah menubuhkan satu jawatankuasa khas oleh kerajaan adalah keputusan yang tepat. Kita tidak boleh lepas tangan dan membiarkan pihak bertanggungjawab itu terlepas begitu sahaja. Heretlah yang bersalah ini ke muka pengadilan," katanya.

Beliau turut menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa amalan rasuah, pencerobohan dan penerokaan haram itu mesti dihentikan manakala kerajaan perlu menunjukkan bahawa mereka adalah pihak berkuasa dan undang-undang yang ada mesti dikuatkuasakan. - MalaysiaGazette

Khalid Terkejut Bayaran Tinggi Kepada Bekas Pegawainya

Posted: 16 Nov 2014 05:00 AM PST

Faekah & Lain-lain Pembantu TSKI Terima Bayaran RM700,000 Seorang Disiasat


PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa tidak mengetahui jumlah pembayaran pemberhentian kepada lapan bekas pegawainya yang masing-masing menerima sebanyak RM700,000.Khalid yang kelihatan terkejut dengan jumlah tersebut berkata, beliau tidak pasti sama ada jumlah yang dibayar dibawah skim tersebut turut diberikan kepada setiausaha politiknya.

"Jika pengiraan itu betul, jadi ia memang betul, saya tidak fikir begitu (salah)," kata ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu di Pangsapuri Permai, Sungai Besi dekat sini, Sabtu.

Khalid menyifatkan wang tersebut sebagai bayaran pemberhentian kerja yang ditawarkan kepada kakitangan selepas perubahan menteri besar negeri berkenaan.

Jelasnya, keputusan mengenai pembayaran itu dibuat oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).

"Ahli lembaga pengarah MBI terdiri daripada tiga individu - menteri besar, setiausaha kerajaan dan pegawai kewangan. Mereka yang membuat keputusan," katanya.

Tambahnya, Exco hanya perlu dimaklumkan mengenai pembayaran tersebut kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Beliau memberitahu, MBI mempunyai simpanan tunai lebih RM112 juta dan bayaran yang dibuat kepada pegawainya pula tidak melebihi 2 peratus seperti yang disyaratkan.

"Ia mengikut prosedur, mereka boleh melakukan audit," kataya.

Pada Jumaat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dari PKR membangkitkan perkara itu menerusi tulisannya di Twitter dengan mendakwa kerajaan negeri tersebut dalam proses mendapatkan semula wang berkenaan.

"Kerajaan Selangor mengarahkan MBI untuk mendapatkan semula RM2.5 juta yang diberikan kepada bekas pembantu TSKI," tulis Dr Xavier di laman Twitternya.

Malah, Dr Xavier turut memberitahu sebuah portal berita pada Jumaat bahawa beliau menerima maklumat berkenaan daripada seorang ahli Exco Selangor yang kononnya ditugaskan untuk mendapatkan semula wang tersebut. -mstar

Siasatan pampasan k'tangan Khalid diserah kepada MBI

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan audit pampasan membabitkan kakitangan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diserahkan kepada Lembaga Pengarah Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk tindakan lanjut.

Selangor Kini melaporkan, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihak audit terlebih dahulu membentangkan laporan audit berkenaan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan di luar bidang kuasa MMKN dan akan diserahkan kembali kepada pihak MBI.

Menurutnya, MMKN sudah dimaklumkan berkenaan hasil siasatan pihak audit dan akan dibentangkan dalam minggu ini untuk melihat langkah yang perlu diambil jika ada sebarang keputusan melanggar peraturan.

Beliau menambah, sama ada ganjaran atau pampasan itu akan ditarik juga akan dibincangkan.

"Hasil siasatan memang ada perkara tidak dipatuhi dalam pemberian itu dengan jumlah begitu besar dan luar biasa yang perlu disemak semula," katanya selepas majlis perasmian program Gerak Gempur Aedes dengan tema 'MB Terjah, Kampungku Meriah' di Kampung Tengah, Gombak, hari ini.

Semalam, Khalid menjelaskan beliau mengikut prosedur sedia ada dalam pemberian pampasan kepada tujuh pembantunya ketika dalam pentadbiran termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar, Arfa'eza Abdul Aziz.

Katanya, keputusan itu dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada semua Exco Kerajaan Negeri sebelum ini dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Ada unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta MBI, kata Azmin

Kemelut pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar Selangor masih belum berakhir apabila kerajaaan negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta Perbadanan Menteri Besar (MBI) semasa pengundurannya September lalu, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, hasil siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Khalid apabila menggunakan jumlah wang itu sebagai pampasan kepada dirinya dan 7 pegawainya yang meletakkan jawatan secara sukarela.
"Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentulah jumlah ganjaran begitu besar luar biasa jumlahnya perlu disemak semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'MB Terjah Kampungku Meriah' di Kampung Tengah Gombak, pagi tadi.

Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaaan negeri mengarahkan anak syarikatnya, MBI mendapatkan semula jumlah wang terbabit yang diberikan kepada pembantu Khalid.

Antaranya termasuk kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar Arfa'ezaa Abdul Aziz.

Persoalan itu dibangkitkan Xavier dalam akaun Twitter miliknya @xavierjayakumar.

Azmin berkata, perkara itu dibentangkan dalam mesyuarat exco minggu lalu selepas pihak audit selesai membuat siasatan.

Katanya, hasil laporan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI minggu ini dan tidak boleh membuat keputusan sendiri kerana di luar bidang kuasa exco.

"Keputusan yang dibuat Tan Sri Khalid hari itu adalah keputusan yang diambil dalam Lembaga Pengarah MBI.

"Maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dimaklumkan tentang hasil siasatan audit dan kita akan bentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI dalam minggu ini untuk melihat langkah yang perlu diambil sekiranya ada sebarang keputusan melanggar peraturan sedia ada," katanya.

Katanya, keputusan mesyuarat itu termasuk membincangkan sama ada Khalid dan bekas pegawainya perlu memulangkan semula wang berkenaan kepada kerajaan negeri.

"Langkah yang perlu ini akan dibincangkan," katanya.

Khalid semalam semasa program turun padang DUN dilaporkan berkata, pampasan itu diberikan mengikut prosedur selepas dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada exco kerajaan negeri.

"Ia merupakan pemberhentian secara sukarela di mana kakitangan mahu berhenti pada ketika itu kerana pertukaran kepimpinan menteri besar. Keputusan itu dibuat dan dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI, iaitu saya sebagai MB pada ketika itu, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri," katanya dipetik laporan berita portal AntaraPos. -TMI

Kelab Greenboc

TERKINI. Amerika menggelupor dan Australia terpaku !!!

Posted: 16 Nov 2014 04:15 AM PST

Wallahu'alam!!!!

Panas isu MH 17 ditembak jatuh oleh Jet Pejuang MIG 29 UKRAINE

Semalam Persidangan G20 di Beijing, China sangat panas dan mengejutkan. 

Vladimir Putin mengejutkan persidangan dengan memberitahu kepada dunia mengapa kapal perang nuklear Russia ke Australia bukan untuk mengiringi beliau tetapi kerana mahu Tony Abbott mengaku pada umum tentang penipuan siasatan MH 370 & MH 17.

Akhirnya tadi Tv3 juga menyiarkan bahawa pesawat MH 17 bukan ditembak oleh peluru berpandu jenis BUK dari darat sebaliknya ditembak oleh Jet Pejuang UKRAINE.

Di dalam sidang tersebut Vladimir Putin membawa rakaman live cctv satelite russia dan menunjukkan bagaimana pesawat MH17 ditembak oleh Jet Pejuang Ukraine...

Berita ini ditayangkan serentak di seluruh Russia dan kesatuan EU...Amerika dan sekutu-sekutunya paling malu pada persidangan tersebut.

‪#‎COPYPASTE‬

TERKINI: MH 370 & MH 17


Russia serang Australia !!!


Australia Breaking News: Semua blh tgk berita di utube news today bahawa 4 kapal perang Russia termasuk submerine yang membawa 3, 240 000 tan bom nuklear yang melalui Laut China Selatan dan selepas itu Kapal perang Russia tsar telah tembak ke arah sydney menggunakan missile.

Sayangnya semua media-media di Malaysia takut untuk melaporkan berita ini. Negara Thailand dan Brunei juga ada melaporkan berita ini. Tujuan Russia berbuat demikian kerana memberi warning kpd negara Australia kerana menjadi talibarut kpd USA ke atas 2 pesawat MAS (MH 370 & MH 17)
Kita tunggu esok punya news, Apakah Tv1, Tv3 dan Astro Awani berani melaporkan berita ini. Esok kita akan dedahkan lagi dalang-dalangnya...

Yang nak pergi bercuti di Australia tu minta tangguhkan dulu.... sbb Australia diancam perang. Yg plg best sekali askar-askar Australia tidak seorang pun berani respon atau membalas bedilan dari kapal perang Russia. Terbaik.....

http://mobile.news.com.au/…/th…/story-fncynjr2-1227122396768
https://au.news.yahoo.com/…/russian-warships-bearing-down-…/
http://mobile.abc.net.au/…/carr-russias-sea-cruise-…/5888494.......

Kantoi!!! Berpura-pura Pakai Telekung Seperti Selesai Solat Subuh, Rupanya..

Posted: 16 Nov 2014 03:51 AM PST


Lakonan seorang remaja perempuan yang memakai telekung kononnya baru selesai menunaikan solat Subuh membuka pintu bilik hotel bagi mengabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan gagal kerana terlupa memakai kain sarung.

Operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau, 


Kuantan itu menemui remaja berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga bersama pasangannya selepas di serbu pegawai pencegah maksiat semalam.

Pasangannya yang bukan muhrim pula dijumpai menyorok di atas almari dalam keadaan tanpa pakaian di bilik tersebut.

 

Remaja berusia 21 tahun itu ditahan bersama pasangannya yang juga berusia 20-an atas tuduhan berkhalwat di dalam bilik hotel berkenaan.

Dalam serbuan jam 6.30 pagi itu, lelaki berkenaan memberikan alasan datang ke bilik pasangan untuk meminjam seterika. 


Bagaimanapun alasan lelaki itu tidak diterima oleh pegawai JAIP kerana mereka berdua dalam keadaan yang tidak menutup aurat.

Ekoran gagal menjawab pelbagai soalan anggota penguat kuasa JAIP, mereka akhirnya menyerah diri dan dibawa ke pejabat JAIL Kuantan untuk siasatan lanjut dan kaunseling.

 


Sumber mymediahubonline.blogspot.com

Fatwa: Ada boleh pinda, ada tak boleh

Posted: 16 Nov 2014 03:00 AM PST

 
SHAH ALAM - Ada fatwa boleh dipinda, tetapi ada yang tidak boleh diubah selama-lamanya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, fatwa yang berasaskan al-Quran dan hadis tidak boleh dipinda.

Bagaimanapun, katanya, ada fatwa yang boleh dipinda, iaitu dalam keadaan ijtihadi, berasaskan ijmak dan kias.

"Ijtihadi bermaksud sesuatu perkara berlaku kerana perkara itu tidak ada, atau dalam keadaan berlainan.

"Contohnya, mengikut hadis, untuk tentukan hari raya kena lihat anak bulan, tetapi jika berlaku keadaan seperti awan tebal dan anak bulan terlindung, maka ia dikira ijtihadi.

"Jadi boleh guna kaedah perkiraan untuk tentukan tarikh hari raya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.


Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan fatwa perlu disemak semula kerana terdapat fatwa yang sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.

Beliau berkata, dalam kes autopsi mayat, umpamanya, mengikut hukum tidak boleh menyeksa mayat.

Katanya, dari segi syarak autopsi boleh dilakukan jika ada keperluan seperti mayat adalah mangsa pembunuhan atau ada menelan barang curi.

"Namun dengan kecanggihan teknologi pada zaman sekarang, autopsi sudah tidak memerlukan pembedahan, tetapi boleh dilakukan secara maya," katanya.

Berhubung kenyataan Dr Mahathir bahawa tafsiran ulama selalunya berbeza antara satu sama lain dan boleh menyebabkan perpecahan ummah, Harussani berkata, perbezaan pendapat berlaku di seluruh dunia dalam pelbagai aspek.

"Apa yang berlaku sekarang adalah perbezaan pendapat yang menentang syariat.

"Ada perbezaan antara satu mazhab dengan mazhab lain, tetapi sesuatu mazhab itu tidak menghukum mazhab berlainan," katanya.
 
 
KedahLanie

"JAKIM Harus Ingat Kes ANWAR IBRAHIM Juga Telah Menyalahi Perlembagaan Artikel 121 (1A) "

Posted: 16 Nov 2014 02:30 AM PST


"JAKIM Harus Ingat Kes ANWAR IBRAHIM Juga Telah Menyalahi Perlembagaan Artikel 121 (1A) "  Kita anggaplah JAKIM lupa yang sebenarnya kes liwat termasuk dalam perbicaraan yang melibatkan hukum syarat. Hairannya dalam kes Anwar Ibrahim JAKIM tidak keluarkan kenyataan seperti ini.  Adakah kerana DSAI bukan rakyat biasa, atau pun kerana bukan duduk dalam kerajaan atau pun kerana DSAI ketua pembangkang. Sepatutnya kena adil bila bersuara jangan pilih bulu.  Hormati Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan  KUANTAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu semua pihak menghormati Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.  Ketua Pengarah, Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, kegagalan mematuhi peruntukan berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat apabila sesuatu keputusan mahkamah dibuat.  "Peruntukan mengenai perkara ini sudah jelas.... sudah ada dan mahkamah lain tidak boleh membincang atau membicarakan hal berkaitan hukum syarak. Namun, oleh kerana ia sudah dimohon, kita tunggulah rayuan dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).  "Seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kata sebelum ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dari negeri lain akan mencelah dalam prosiding rayuan itu nanti," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ihtifal Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.  Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan. Bernama.  tikaqbuloh.blogspot.com Kita anggaplah JAKIM lupa yang sebenarnya kes liwat termasuk dalam perbicaraan yang melibatkan hukum syarak. 

Hairannya dalam kes Anwar Ibrahim JAKIM tidak keluarkan kenyataan seperti ini.

Adakah kerana DSAI bukan rakyat biasa, atau pun kerana bukan duduk dalam kerajaan atau pun kerana DSAI ketua pembangkang. 

Sepatutnya kena adil bila bersuara jangan pilih bulu.

Hormati Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan

KUANTAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu semua pihak menghormati Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

Ketua Pengarah, Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, kegagalan mematuhi peruntukan berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat apabila sesuatu keputusan mahkamah dibuat.

"Peruntukan mengenai perkara ini sudah jelas.... sudah ada dan mahkamah lain tidak boleh membincang atau membicarakan hal berkaitan hukum syarak. 

Namun, oleh kerana ia sudah dimohon, kita tunggulah rayuan dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

"Seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kata sebelum ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dari negeri lain akan mencelah dalam prosiding rayuan itu nanti," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ihtifal Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan. Bernama.


tikaqbuloh.blogspot.com

YAB Dato MB Azmin Ali Menjumpai Jentik Jentik ?

Posted: 16 Nov 2014 02:00 AM PST

Harga Minyak Dunia Terus Turun Sehingga 2015 ?

Posted: 16 Nov 2014 01:30 AM PST


Tangan penyamun putus kena libas dengan parang Kita Bantai

Posted: 16 Nov 2014 01:00 AM PST

 
parang
SEREMBAN - Seorang penjenayah putus pergelangan tangan kanan akibat dilibas dengan parang oleh mangsa ketika cuba menyamun di sebuah rumah di Taman Sikamat Utama di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, suspek, dipercayai warga Myanmar, bersama tiga lagi rakannya memasuki rumah terbabit yang dihuni pasangan suami isteri warga Myanmar juga.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Hamzah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kesemua suspek memasuki rumah berkenaan menerusi tingkap bahagian dapur ketika penghuni sedang tidur.

"Pasangan suami isteri itu dikejutkan dengan kehadiran kumpulan penjenayah terbabit yang menendang pintu biliknya sebelum masuk.

"Kesemua suspek yang menutup muka dengan baju dan kain terus meluru ke arah mangsa yang berada di atas katil lalu menumbuk mangsa lelaki bertubi-tubi.

"Mangsa yang melawan sempat mengambil parang miliknya yang diletakkan di bawah almari pakaian, untuk mempertahankan diri," katanya.

Menurutnya, libasan parang mangsa menyebabkan pergelangan tangan seorang suspek putus sebelum kesemua mereka melarikan diri dengan keluar mengikut pintu hadapan rumah.

Muhamad Zaki berkata, suspek berusia 26 tahun yang putus pergelangan tangan ditemui terbaring di kawasan semak berhampiran sebuah rumah iaitu lebih kurang 50 meter dari rumah mangsa.

"Difahamkan, tiga lagi suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah van warna putih. Kesemua mereka dipercayai merupakan warga Myanmar dan salah seorang daripada mereka dipercayai dikenali oleh mangsa,"katanya.

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/11/tangan-penyamun-putus-kena-libas-dengan.html#ixzz3JDMlMiaH
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Siasatan: Ada Unsur Salah Guna Peruntukan RM2.5 juta MBI Selangor

Posted: 16 Nov 2014 12:15 AM PST

 
Ada unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta MBI, kata Azmin

Kemelut pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar Selangor masih belum berakhir apabila kerajaaan negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta Perbadanan Menteri Besar (MBI) semasa pengundurannya September lalu, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, hasil siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Khalid apabila menggunakan jumlah wang itu sebagai pampasan kepada dirinya dan 7 pegawainya yang meletakkan jawatan secara sukarela.

"Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentulah jumlah ganjaran begitu besar luar biasa jumlahnya perlu disemak semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'MB Terjah Kampungku Meriah' di Kampung Tengah Gombak, pagi tadi.



Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaaan negeri mengarahkan anak syarikatnya, MBI mendapatkan semula jumlah wang terbabit yang diberikan kepada pembantu Khalid.

Antaranya termasuk kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar Arfa'ezaa Abdul Aziz.

Persoalan itu dibangkitkan Xavier dalam akaun Twitter miliknya @xavierjayakumar.

Azmin berkata, perkara itu dibentangkan dalam mesyuarat exco minggu lalu selepas pihak audit selesai membuat siasatan.

Katanya, hasil laporan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI minggu ini dan tidak boleh membuat keputusan sendiri kerana di luar bidang kuasa exco.

"Keputusan yang dibuat Tan Sri Khalid hari itu adalah keputusan yang diambil dalam Lembaga Pengarah MBI.

"Maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dimaklumkan tentang hasil siasatan audit dan kita akan bentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI dalam minggu ini untuk melihat langkah yang perlu diambil sekiranya ada sebarang keputusan melanggar peraturan sedia ada," katanya.

Katanya, keputusan mesyuarat itu termasuk membincangkan sama ada Khalid dan bekas pegawainya perlu memulangkan semula wang berkenaan kepada kerajaan negeri.

"Langkah yang perlu ini akan dibincangkan," katanya.

Khalid semalam semasa program turun padang DUN dilaporkan berkata, pampasan itu diberikan mengikut prosedur selepas dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada exco kerajaan negeri.

"Ia merupakan pemberhentian secara sukarela di mana kakitangan mahu berhenti pada ketika itu kerana pertukaran kepimpinan menteri besar. Keputusan itu dibuat dan dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI, iaitu saya sebagai MB pada ketika itu, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri," katanya dipetik laporan berita portal AntaraPos.

sumber...TMI

VIDEO - Kuasa Ayat-Ayat Alquran. Yang Allah Turun Kepada HambaNya... Masaallah....

Posted: 15 Nov 2014 11:45 PM PST



Tiada ulasan: