Isnin, 17 November 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tak Sampai 24 Jam, Sampah Depan Rumah Ibu MB Bersih

Posted: 16 Nov 2014 11:31 PM PST


Tak sampai 24 jam, sampah depan rumah ibu MB bersih SHAH ALAM 11 NOV: Kawasan depan rumah ibu Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Klang Gate, Ampang kembali dibersihkan tidak sampai 24 jam selepas gambar sampah di lokasi berkenaan dimuat naik di Facebook.

Hari ini, kawasan itu bukan sahaja sudah dibersih, tetapi turut diletakkan pasu bunga besar supaya sampah tidak dibuang lagi.

Memetik laman Facebook Hamsah Ampang, beliau memuat naik gambar keadaan di hadapan rumah ibu Mohamed Azmin itu.

"Tindakan pantas pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi masalah pembuangan sampah haram," tulisnya merujuk kepada situasi itu.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berikrar menjadikan negeri itu bebas sampah dalam masa tiga bulan.

Beliau turut memberikan nombor telefonnya supaya orang awam dapat membuat aduan langsung berkenaan isu terbabit. -selangorku







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Ramai Terkejut & Lahirkan Rasa Kecewa Dengan Jawapan Hadi

Posted: 16 Nov 2014 08:33 PM PST


Ikut sayalah nak hadir atau tidak mesyuarat Pakatan, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membidas kembali pengkritiknya kerana tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) dan mengatakan terpulang kepadanya untuk berbuat demikian.

Sebelum ini rakan komponen PR seperti DAP menggesa Hadi untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PR kerana hanya beliau yang mempunyai kuasa veto dalam PAS.

"Saya tidak perlu diminta (hadir), (kalau) saya hendak hadir, hadirlah," katanya Hadi kepada pemberita di Gombak hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu diminta mengulas resolusi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang sebelum ini mendesaknya agar menghadiri mesyuarat PR.

"Atas sayalah hendak hadir (atau) tidak mahu hadir," kata Hadi apabila ditanya apakah beliau akan hadir ke mesyuarat PR akan datang.

Sinar Harian melaporkan hari ini, Hadi akhirnya memberitahu tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, sekaligus mempengaruhi penglibatannya dalam aktiviti politik.

Menurut Hadi, keadaan kesihatannya juga turut membataskan dirinya untuk menghadiri mesyuarat PR.

"Saya masih belum sihat lagi, masih dalam rawatan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini kesal kerana PAS tidak memahami resolusi CEC partinya yang menggesa Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR.

Lim berkata, gesaan itu demi memulihkan semula kepercayaan rakyat dan keyakinan dalam PR semua tiga parti komponen perlu menunaikan janji serta menunjukkan komitmen penuh mereka.

Namun sebaliknya, Lim berkata hasrat itu disalah tafsir dan pemimpin PAS memberikan reaksi negatif terhadap parti itu.

"Permintaan ini munasabah memandangkan Hadi satu-satunya individu dalam PAS yang mempunyai kuasa tunggal dalam membuat keputusan serta memiliki kuasa veto mutlak, melebihi keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

"Ini menyebabkan kehadiran Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR wajib jika PR berfungsi sebagai satu gabungan serta menjamin dasar perpaduan," katanya.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, pemimpin PAS cuba mengalih isu daripada hakikat sebenar dengan mendakwa PR mampu berfungsi tanpa kehadiran Hadi.

Malah, katanya PAS membuat kenyataan palsu apabila mendakwa rekod kedatangan beliau lebih rendah berbanding Hadi.

"Pemimpin PAS perlu semak fakta sama ada Hadi hadir mesyuarat PR lebih banyak berbanding saya," katanya.

Beliau berkata, PR tidak boleh berfungsi sepenuhnya jika Hadi tidak hadir mesyuarat, menyebabkan PKR dan DAP tertanya-tanya mengenai keputusan yang akan dipilih presiden PAS itu. -TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Memulai Solat Sebagai Meditasi, Kapten San Jin Gu Bersama 37 Rakannya Peluk Islam

Posted: 16 Nov 2014 04:24 PM PST


Kapten San Jin-Gu adalah salah seorang komandan Brigade-11 SF, pasukan pendamai PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Irak. Ini memang sebuah kisah silam.

Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, ia sering mengamati orang-orang muslim solat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan solat.

Kerana dihinggapi rasa ingin tahu, beliau cuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di kamarnya sendirian. Pada saat mempraktikkan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya.

Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yang ia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan hal yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam.

Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada rakan perajuritnya, beliau berkata: "Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam".

Tanpa beliau duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam. [sahabatstars/Islampos]










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan: