ZAKRI ALI |
- Surat Kuning dari Istana halangan penguatkuasaan di Cameron Highlands?
- GAMBAR] Punca Kubur P Ramlee Yang Musnah Teruk | 7 GAMBAR by Que Achmad
- " Saifuddin Abdullah Bekas Timb Menteri UMNO Dicadangkan Masuk PAS Oleh Ketua Parti Gerakan "
- Operasi Besar Besaran Di Cameron Highland ?
- Mimbar: M'sia binasa jika tak bendung LGBT
- Guan Eng: Projek rumah mewah lulus zaman BN
- Ibrahim: Malang jika BN kalah PRU14
- ADUN BN digantung sehari DUN P Pinang
- Tebusan: MP minta bayar, menteri kata 'tidak'
- YAB Dato MB Azmin terima pujian pelbagai pihak kerana pulangkan Bible....
- Dr M: Don't use BR1M to be popular Dr M: Jangan guna duit rakyat untuk popular
- Tun M: BR1M umpama rasuah rakyat - Wartawan Sinar Harian
- [VIDEO] TV Indonesia Lapor Bomoh Ibrahim Mat Zin Dera Amahnya
- Kena Jentik Sikit Dah Gelabah Bewak? UMNO Selangor makin caca marba
- Menteri naik gaji, rakyat naik apa? - HAMBALI AKRAM
- RATU KEBANGAAN NEGARA.APA KOMEN ANDA? By canang
- Pegawai Istana Dilapor Dalang Rembat Tanah Cemeron Highland...??
- Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara!
- Harap Kalian Yang Mampu Sila Bantu !!
- Kroni Kenyang, Rakyat Diganyang - YTL "Taikun" BN
- Masuk UMNO Wajib Bodoh ?
- Bolehkah gandingkan semula Tun M & Tan Sri Khalid menjaga MAS..?
- YB Tian Chua dibebaskan dari tuduhan hasutan
- MAIS: Syarat utama, jangan edar di S'gor
- NAJIB: DI HIMPIT KIRI DAN KANAN
Surat Kuning dari Istana halangan penguatkuasaan di Cameron Highlands? Posted: 14 Nov 2014 11:15 PM PST Bacalah... CAMERON HIGHLANDS: AS experts warn of the end of Cameron Highlands, authorities who could reverse the travesties in the hills have made a desperate cry for help. Arguing their case against accusations that they had been closing one eye as the highlands continued to be ravaged by illegal land clearing, these law enforcers, who said they would have discharged their duties more effectively if they were allowed, want the cans of worms of the administration in Cameron Highlands to be ripped wide open. They are willing to go to great lengths to expose the deeply entrenched multi-level corruption and abuse of power that had contributed to the extensive damage. For starters, they made available to the New Straits Times an example of an all-powerful document, one of the root causes of environmental problems besieging the highlands. This document is widely known among not only those in power but those tasked to execute it as surat kuning. Letters like these are the very bane of enforcers, who had on many occasions, had them shoved in their faces, ultimately forcing them to authorise the land to be "legally" ravaged. Such letters, which always come without a letterhead, would be addressed to the district officer (DO). The copy given to the NST showed the sender, allegedly a senior official in the Pahang palace, specifying the exact tract of government land in Kampung Raja he had wanted the Cameron Highlands district office to approve for development. Kampung Raja was one of the three main areas in Cameron Highlands that was hit by mudslides on Nov 5. It was also near this area that a 13-year-old died on that ill-fated night. The official, with lineage to the Pahang royal house, said in the letter, "the administration had received an appeal from an applicant to develop a 0.277ha of land and that the businessman would build 16 units of storage (for produce) and that the latter had submitted his application for the purpose. "... Your (the district officer's) co-operation and kind assistance in giving this request special consideration is sought and duly approved," he said before signing off with his royal titles. The NST has learnt that the issuance of new Temporary Occupation Licences had been frozen since 2001. Meanwhile, the Pahang palace through an official, said they would not comment on the Cameron Highlands issue and that they would leave it to the state government to handle. A former DO who served in the highlands "confessed" that all letters pertaining to land matters were kept in a "confidential file" in the DO's office. "Only the DO and his secretary have access to the documents," he said, adding only the DO had the authority to approve such letters. Another former Cameron Highlands DO said not all surat kuning he received during his tenure in the highlands were from the palace. "When I receive them, I will check their authenticity with my connections in the palace, including the secretary. "I verify who exactly the letters were from. However, I don't usually entertain such letters and had never received any threats for sitting on them," he said, adding that other district officers had also received these surat kuning. Meanwhile, authorities looking at plugging the problem of land clearing in the highlands said many farmers considered the land that they had been cultivating as their "god-given right". "Say, for instance, the father was given a hectare. When the son joins the business, they will illegally develop the surrounding land areas, ultimately expanding their farms. "That is why we are seeing farms that cover buffer zones and those that even dip into rivers. "These irresponsible and greedy parties do everything they can to minimise their costs to rake in high profits. You see them dumping farm waste into the river," one exasperated officer said. Meanwhile, those probing the shenanigans going on in Cameron Highlands said there were only a handful of individuals said to have links with the palace that had been exerting their so-called power. "The sultan has nothing to do with this... In many cases, the good name of the palace is dropped in the hopes authorities would keep a safe distance out of fear or respect," one source said. Another set of sources said the Malaysian Anti-Corruption Commission had, since 14 years ago, been pushing for various enforcement agencies and local councils to stop illegal land clearing in the highlands. "They did carry out enforcement but it was short-lived and before you knew it, not only were these farmers back in business, they were more aggressive. "They have brought in more illegal workers into their farms to push up production. "The problems they have created are manifested in the kind of carnage we are seeing in Cameron Highlands," they said. Anak Sungai Derhaka |
GAMBAR] Punca Kubur P Ramlee Yang Musnah Teruk | 7 GAMBAR by Que Achmad Posted: 14 Nov 2014 10:30 PM PST [GAMBAR] Punca Kubur P Ramlee Yang Musnah Teruk | 7 GAMBAR | Tidak lama dulu kita tahu yang pusara Allahyarham P Ramlee dipercayai telah musnah teruk. Ini semua akibat dari sebuah pokokusang yang rebah dan menghempap kubur berkenaan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang. baca lagi klik TAJUK ENTRI ni Turut musnah adalah beberapa pusara termasuklah pusara Puan Sri Saloma, AR Tompel dan yang paling teruk musnah adalah pusara Allayarham Tan Sri p Ramlee. Bagaimana ia boleh terjadi? Jom kita lihat gambar di bawah ini. |
" Saifuddin Abdullah Bekas Timb Menteri UMNO Dicadangkan Masuk PAS Oleh Ketua Parti Gerakan " Posted: 14 Nov 2014 09:45 PM PST Inilah masalah orang BN tidak kiralah UMNO atau parti komponen mereka. Orang sendiri membela parti pembangkang PAS pun sudah disuruh masuk pembangkang.Dasar otak politik sempit. Ini orang anggap PAS membawa masalah. UMNO seribu kali membawa masalah kepada rakyat, menyusahkan rakyat, cekik darah wang rakyat. KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang mencadangkan Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyertai PAS ekoran kenyataannya 'membela' parti Islam itu. Cadangan itu dilontar Tan, merujuk kepada kenyataan Saifuddin yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau bahawa kewujudan PAS di negara ini adalah satu 'masalah'. "Saifuddin harus membuat keputusan... jika dia merasakan PAS adalah baik, maka dia harus menyertai PAS," kata beliau dipetik Astro AWANI. Tan sebelum ini berkata kewujudan PAS di negara ini menjadi masalah dan tidak sesuai berada di Putrajaya berdasarkan apa yang dilihatnya di Kedah dan Kelantan. Beliau mendakwa, cara PAS memerintah dengan 'memaksa' orang ramai menerima mereka. Saifuddin juga Ahli Parlimen Temerloh bagaimanapun menyanggahnya dan mendakwa perjuangan PAS adalah mengikut proses demokrasi di negara ini. Oleh itu katanya, kewujudan parti Islam itu bukanlah satu masalah dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. "Dalam politik kita lawan, tetapi tidak boleh anggap kewujudan PAS sebagai suatu masalah," katanya dipetik portal berita itu lagi. Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) juga mengakui, terdapat ahli PAS yang menerapkan nilai moderat serta terbuka kepada perbincangan. Harakah Daily |
Operasi Besar Besaran Di Cameron Highland ? Posted: 14 Nov 2014 09:00 PM PST Jabatan Imigresen akan melakukan operasi besar-besaran bagi membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands dalam masa terdekat. Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata operasi itu akan melibatkan agensi penguatkuasa antaranya Pejabat Daerah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan beberapa agensi penguatkuasa lain. Beliau berkata pihaknya akan terus menjalankan risikan dan memantau perkembangan di kawasan tanah tinggi itu. "Sejak Ops Gempak Ahad lepas yang menahan seramai 181 PATI, keadaan di sana menjadi lengang dan tidak ramai pekerja asing kelihatan di premis perniagaan dan kawasan pertanian yang diteroka secara haram oleh majikan yang menggunakan tenaga kerja warga asing," katanya kepada Bernama. Pada masa sama, beliau menyifatkan laporan media mengenai kebanjiran kira-kira 30,000 warga asing di Cameron Highlands sebagai tidak masuk akal. "Laporan itu sukar dipercayai tanpa sumber maklumat tepat. Bilangan pekerja asing di Cameron Highlands yang diluluskan setakat ini berjumlah 11,016 orang. "Daripada jumlah itu seramai 6,057 adalah warga Bangladesh yang bekerja dalam pelbagai sektor seperti pertanian (5,990 orang), perladangan (13 orang) manakala sektor pembinaan dan perkhidmatan berjumlah 54 orang," kata Sakib. Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujud aktiviti membabitkan sindiket ejen pekerja asing yang membawa masuk warga asing. Katanya semasa Ops 'Gempak dan Mesra' Ahad lepas, pihak imigresen mendapati hampir keseluruhan pekerja asing meninggalkan Cameron Highlands terutama yang bekerja di kawasan pertanian dan perladangan. "Saya percaya pekerja asing itu diuruskan sindiket yang membantu mengeluarkan mereka dari Cameron Highlands dengan begitu cepat," katanya. Mengenai tempat persembunyian PATI di Cameron Highlands, Sakib menjelaskan kehadiran pihak berkuasa dapat dikesan PATI dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mereka dimaklumkan lebih awal oleh majikan atau ejen mereka. "Pihak imigresen percaya majikan menyediakan tempat tinggal sementara untuk PATI di sekitar kawasan berkenaan ketika pihak imigresen melakukan operasi menangkap PATI baru-baru ini," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, ACP Wan Zahari Wan Busu berkata pihaknya akan turut membuat operasi menangkap Pati dalam masa terdekat. "Kawasan panas yang dikesan setakat ini adalah di sekitar kawasan Ringlet dan beberapa kawasan berhampiran," katanya. Ahad lepas, sebanyak 181 Pati ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Gempak dan Mesra yang pertama kali dijalankan di tujuh lokasi iaitu Ringlet, Lembah Bertam, Tanah Rata, Brinchang, Kampung Raja, Tringkap dan Kuala Terla dengan melibatkan 369 pegawai dan anggota imigresen. - Bernama Posted by Jeebond BLM |
Mimbar: M'sia binasa jika tak bendung LGBT Posted: 14 Nov 2014 08:30 PM PST Mimbar Jumaat memberi amaran bahawa negara Malaysia mungkin akan dibinasakan sekiranya kegiatan pihak yang kecelaruan identiti gender tidak dibendung. Teks tersebut seterusnya memberi amaran bahawa kegiatan pihak kecelaruan identiti itu boleh membawa kepada perkembangan amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Teks khutbah yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia turut meminta jemaah mengambil teladan daripada mengenai nasib yang menimpa kaum Nabi Lut di Sadom dan Amurrah. Masyarakat tersebut dimusnahkan Allah kerana perbuatan terpesong daripada fitrah manusia, teks itu dipetik. "Akibatnya mereka ini dimusnahkan oleh Allah SWT. Fikirkanlah... adakah kita mahu bala bencana dan malapetaka menimpa kita pula disebabkan oleh gagalnya kita mempertahankan syariat islam? "Janganlah disebabkan oleh nafsu dan kepentingan peribadi, kita sanggup menggadaikan agama dan akidah. "Ingatlah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dalam hadithnya yang bermaksud: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang perempuan yang menyerupai lelaki (Hadith Riwayat Ibn Abbas)," teks itu dipetik. Teks tersebut juga memberi amaran mengenai "usaha terancang pihak tertentu" yang didakwa mencabar dan menggugat nilai etika keluarga Islam. "Gerakan seumpama ini pada dasarnya merupakan manifestasi ideologi humanisme sekular yang sekarang ini bergerak pantas didokong oleh arus pemikiran liberalisme atau budaya kebebasan secara melampau tanpa menghiraukan kepentingan umum dan ketetapan syariat Allah SWT," teks itu dipetik. Ia turut mengingatkan jemaah agar bertanggungjawab menjaga membantu dan memerintahkan ahli keluaga mentaati Allah dan mencegah mereka daripada melakukan "maksiat" itu. Malaysiakini |
Guan Eng: Projek rumah mewah lulus zaman BN Posted: 14 Nov 2014 08:00 PM PST Ketua Menteri Lim Guan Eng mengakui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada menjual rumah dengan harga tinggi iaitu lebih RM3 juta seunit di D'Residence, Bayan Mutiara. Katanya beliau tidak tahu tentang penjualan rumah mewah oleh PDC sehingga ditegur oleh ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berhubung perkara itu. Menurutnya beliau amat terkejut apabila mendapati dakwaan Jahara itu benar dan mengucapkan terima kasih, namun menegaskan kerajaan negeri pimpinan DAP tiada kaitan dengan projek rumah bernilai RM3 juta itu. "Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3 juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya. "Untuk rumah kos sederhana yang dijual RM306,000 di Bandar Cassia, ia hanya seunit sahaja kerana terletak di lot tepi, manakala rumah kos sederhana lain dijual pada harga RM159,000, iaitu bawah harga siling RM250,000 ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya dalam sidang media di Georgetown hari ini. Khamis lepas, Jahara menuntut penjelasan daripada ketua menteri berhubung tindakan PDC menjual rumah mewah lebih RM3 juta seunit dan rumah kos sederhana melebihi harga siling RM250,000 di Bandar Cassia, Batu Kawan. Lim yang juga pengerusi PDC berkata projek rumah mewah itu diluluskan sebelum tahun 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan selepas menang pilihan raya umum ke-13. "PDC diakui memang ada menjual rumah yang bernilai pada harga maksimum antara RM3.1 juta hingga RM3.5 juta di Bayan Mutiara dan menjual rumah kos sederhana melebihi harga siling iaitu RM306,000 untuk projek Intan Delima di Bandar Cassia, Batu Kawan tetapi ia berlaku zaman Barisan Nasional memerintah," katanya. - Bernama Malaysiakini |
Ibrahim: Malang jika BN kalah PRU14 Posted: 14 Nov 2014 07:30 PM PST Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Ibrahim Abu Shah menyeru ahli menyelesaikan masalah dalaman dengan segera bagi memastikan Umno menang pilihan raya umum itu dan kekal relevan. Laporan Umno Online menyebut bekas naib canselor UiTM itu berkata beliau bimbang orang Melayu terus gagal mentadbir Malaysia. "Kegagalan UMNO dalam menangani masalah itu dibimbangi menjadikan orang Melayu tidak dapat memerintah negara ini buat selama-lamanya sekiranya parti itu dan BN kalah pada pilihan raya akan datang," laporan itu dipetik. "Masalah dalaman khususnya perpaduan dalam kalangan anggota perlu diselesaikan segera dengan bermuhasabah dan bersatu padu demi parti tanpa mengambil kira kepentingan peribadi," katanya lagi seperti dipetik dalam laporan itu. Sehubungan itu Ibrahim berkata konvensyen Umno merupakan landasan terbaik supaya Umno menyedari cabaran politik dan isyarat untuk anggota parti bekerja bersungguh-sungguh demi survival parti. Beliau juga mengingatkan anggota parti agar terus memenangi hati rakyat termasuk pengundi atas pagar seperti yang disuarakan presiden Umno, supaya mereka yakin dengan parti itu. Ibrahim juga menggesa jentera parti terus memberi penerangan termasuk dasar tranformasi kerajaan supaya rakyat memberi sokongan tidak berbelah bagi pada Umno dan BN. "Sekiranya Umno dan BN kalah pada PRU-14, maka saya rasa ia sesuatu yang gelap dan malang buat orang Melayu dan negara," katanya lagi. Laporan itu menyebut, Ibrahim membangkitkan perkara itu susulan ingatan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Umno Selangor baru-baru ini, selepas membentangkan kertas kerja bengkel politik di Konvensyen Umno Johor hari ini. Malaysiakini |
ADUN BN digantung sehari DUN P Pinang Posted: 14 Nov 2014 07:00 PM PST Speaker Datuk Law Choo Kiang, ketika menerima usul tergempar dibentangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih), berkata penggantungan itu berkuat kuasa pada hari pertama persidangan DUN Pulau Pinang pada penggal akan datang. "Disebabkan Yang Berhormat Pinang Tunggal (Roslan) enggan memohon maaf, maka beliau akan digantung daripada hadir sidang DUN berkuat kuasa pada hari pertama persidangan dewan yang akan datang," katanya selepas usul itu dipersetujui pada persidangan DUN di Georgetown, hari ini. Ketika membentangkan usul tergempar itu, Lim berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan Law sebulat suara beretuju bahawa Roslan, ketika sesi perbahasan pada 3 Julai 2013, tidak mematuhi peraturan kerana telah menggunakan perkataan yang menyakitkan hati dan menyentuh peribadi seseorang. Beliau berkata jawatankuasa itu, yang bermesyuarat sebanyak lima kali, memutuskan bahawa Roslan tidak menyebut perkataan 'rasis' dan tidak mempunyai niat jahat untuk mewujudkan perasaan bermusuh antara kaum. Namun, jawatankuasa itu memutuskan bahawa beliau hendaklah memohon maaf dalam persidangan DUN dengan ayat 'jikalau pernyataan saya telah menyinggung profesion dan etika perubatan, saya memohon maaf'. "Sekiranya yang berhormat (Roslan) enggan memohon maaf, beliau hendaklah digantung daripada menghadiri persidangan DUN selama sehari," kata Lim. Sementara itu, Roslan dalam kenyataan bela dirinya, menegaskan dirinya tidak bersalah. Sekiranya permohonan maaf itu dibuat, katanya, ia menunjukkan dirinya bersalah dan kenyataannya sudah pasti akan diputar belitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. "...saya ada keputusan saya sendiri, sudah tentulah saya tidak mahu mohon maaf dan saya sudi dan rela untuk digantung sehari daripada hadir ke persidangan DUN. "Saya mohon maaf pada semua, bukan pada bab ini (penggantungan) tetapi ucapan hari ini," katanya. Persidangan DUN pada 11 Dis 2013 telah merujuk Roslan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa mengeluarkan perkataan 'rasis' dalam ucapannya semasa persidangan DUN Julai 2013. Pada persidangan itu, Roslan dalam ucapannya mendakwa tiga doktor iaitu dua di Hospital Seberang Jaya dan seorang di Hospital Kepala Batas telah bersikap rasis kerana enggan memberi rawatan kepada pesakit yang berbeza bangsa dengan mereka. -Bernama Malaysiakini |
Tebusan: MP minta bayar, menteri kata 'tidak' Posted: 14 Nov 2014 06:30 PM PST Anggota parlimen PKR Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid berkata, kerajaan patut membayar RM6 juta bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi tahanan di Selatan Filipina untuk lebih lima bulan. Wakil rakyat Lumut itu berkata, sudah ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat menggesa kerajaan bertindak menyelesaikan kes melibatkan seorang anggota polis dan pemilik tempat ternakan ikan. "Kalau dia katakan satu nyawa RM3 juta, dua nyawa RM6 juta, apalah sangat?" soal Mohamed Imran pada sidang media di Parlimen. "Kita boleh belanja berbilion ringgit untuk benda lain. Kenapa tak boleh selamatkan dua nyawa dengan RM6 juta?" soalnya lagi. Tiada dasar bayar tebusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menolaknya. Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman, Zahid berkata, kerajaan mempunyai dasar tidak melayan sebarang tuntutan tebusan, walaupun untuk pegawai polis. Zahid berkata, kementeriannya terpaksa mempertahankan pendirian itu, walaupun salah seorang daripada isteri mangsa dan ibu bapanya datang meminta bantuan kepada beliau. Bagaimanapun, katanya, usaha untuk menyelamatkan dua tebusan itu sedang berjalan tetapi beliau tidak dapat mendedahkan maklumat terperinci buat masa ini. Sebelum itu, Chin Pek Nyuen, isteri kepada penternak ikan yang diculik Chan Sai Chiun, tampil di parlimen untuk kali kedua dalam dua minggu. Walaupun sudah merayu kepada kerajaan melalui memorandum minggu lalu, Chin masih menerima panggilan hampir setiap hari daripada penculik, yang menuntut wang tebusan RM3 juta untuk Chan sahaja. Penculik memberi tarikh akhir baru 30 November untuk membayarnya atau Chan akan dibunuh. Anggota parlimen Penampang Darrell Leiking daripada PKR juga mempersoal tindakan polis tidak mengesan atau memantau panggilan telefon walaupun ia dibuat hampir setiap hari. Malaysiakini |
YAB Dato MB Azmin terima pujian pelbagai pihak kerana pulangkan Bible.... Posted: 14 Nov 2014 05:50 PM PST Rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa memuji Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berhubung tindakannya memastikan lebih 300 naskhah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban dipulangkan kepada masyarakat Kristian hari ini. Menggunakan media sosial Twitter, ramai umat Islam mengucapkan tahniah kepada timbalan presiden PKR itu kerana melakukan perkara yang betul, walaupun hakikatnya keseluruhan episod itu dicetuskan pihak berkuasa agama yang membuat serbuan terhadap Pertubuhan Bible Malaysia awal tahun ini. Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menulis: "YAB Dato MentriBesar @AzminAli Wise Move Not too late but also not rushing We are brothers under one roof MALAYSIA!" (Tindakan Bijak Tidak terlalu lambat tidak juga terburu-buru. Kita bersaudara di bawah satu bumbung Malaysia!) Seorang lagi pengguna Twitter @MohdZuhairi menulis: "@AzminAli hormat agama lain. Inilah Islam. Tahniah @AzminAli!" "Tahniah kepada Azmin Ali MB Selangor kerana memulangkan Bible. Tetapi, isu rampasan Bible ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku," kata pengguna lain menggunakan nama @MohdAmeerulAmde pula. Mohamed Afiq Tam, menggunakan Twitter dengan nama @1957tammal, menulis: "well done (syabas) YAB Azmin" sementara @zahidmnaser menulis: "good job (bagus) azmin ali". Morithi Govindas (@CikguMoorthy), menulis: Syabas Dato Azmin Ali, semoga Allah mencucuri rahmat anda. Tq". Ramai juga menyuarakan perakuan mereka terhadap kepimpinan Azmin sebagai menteri besar yang baharu, seperti tweet @mustaphakamal93: "Aku Semakin meminati cara gerak kerja MB Selangor baru. Teruskan kerja yang baik." Azmin mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 23 September, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Khalid dikritik oleh DAP dan juga bekas partinya sendiri, PKR, kerana tidak mengambil pendirian kukuh terhadap isu Bible yang berlarutan selama berbulan-bulan dengan tiada sebarang ketetapan. K.Kumar (@2sayornot2say) dalam tweetnya berkata: "Ramai yang bercakap tetapi hanya sedikit yang bertindak. Rahmat kepada anda dan pasukan anda. Berkhidmatlah untuk Selangor dengan baik. Kami perlukan anda." Teresina tweet menggunakan nama @caritasintruth menulis: "Azmin, anda harapan kami untuk masa depan sebuah negara demokratik yang lebih baik! Syabas Azmin." Elsie Low (@LowElsieLow54) menulis: "Lelaki yang baik hanya melakukan apa yang betul. Pastikan keberanian moral sentiasa bersinar. Kami rakyat Selangor bangga mempunyai anda sebagai Menteri Besar kami!" Ram AJ (@_Ram_AJ) berkata: "@AzminAli by his majestic deed has exemplified to the world the love & respect for humanity regardless of religion." (Azmin Ali dengan tindakan hebatnya menunjuk kepada dunia contoh sayang dan hormat terhadap kemanusiaan tanpa mengira agama.) Pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional, MIC dan Gerakan juga mengucapkan tahniah kepada Azmin kerana berjaya menyelesaikan isu yang gagal dilakukan penyandang terdahulu. "Well done YB @AzminAli. You are truly a leader for Malaysians (Syabas Azmin. Anda pemimpin sebenar rakyat Malaysia)," tweet pengarah strategi MIC S. Vell Paari yang menggunakan akaun nama @vellpaari. Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang juga mengiktiraf usaha Azmin, namun turut menuduh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berbohong sebelum ini kerana mengatakan isu Bible itu di luar bidang kuasanya. "Tahniah kpd MBAzminAli kerana kerana kembalikan Kitab Injil... Harap Krjn Pakatan Selangor hormat org Kristian & jangan lagi rampas Kitab Injil," tweet beliau. Ia diikuti tweet berikutnya: Keupayaan Azmin mengembalikan Bible kepada orang Kristian juga membuktikan PR berbohong sebelum ini mengatakan seolah-olah perkara itu di luar bidang kuasa mereka. Bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor itu, hari ini dikembalikan kepada masyarakat Kristian di Sarawak melalui Persatuan Gereja-gereja di Sarawak pada satu majlis rasmi di istana Selangor pagi tadi. Selepas majlis itu, Azmin menulis dalam tweetnya: "Satu penyelesaian yang baik kepada isu rampasan Bible bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah." Menurut Majlis Agama Islam Selangor, ia diserahkan kepada Kristian Sarawak dan bukan persatuan di Semenanjung selaras dengan syarat ketat di negeri itu yang bahan bacaan tersebut tidak boleh diedarkan di Selangor, terutama di kalangan umat Islam. – - tmi |
Dr M: Don't use BR1M to be popular Dr M: Jangan guna duit rakyat untuk popular Posted: 14 Nov 2014 05:30 PM PST Selepas mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mengalihkan sasarannya pada projek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir mengingatkan kerajaan yang ditadbir perdana menteri bahawa wang untuk membayar BR1M merupakan wang pembayaran cukai. "Kita jangan lupa yang duit kerajaan diperolehi melalui cukai yang dikenakan ke atas rakyat. "Cukai ini meningkatkan kos sara hidup. Tetapi rakyat masih lagi sanggup bertahan dengan kos yang dikenakan kerana mereka menjangkakan kerajaan akan memberi keselamatan, mentadbir negara dengan baik dan mempunyai dasar yang memberi faedah kepada rakyat. "Tetapi rakyat tidak mahu melihat cukai yang mereka bayar dibelanjakan dengan cara yang diluar jangkaan ini. "Sudah tentu mereka tidak mahu wang hasil titik peluh mereka dibelanjakan untuk memenangi populariti bagi sesiapa atau parti-parti politik atau pentadbiran," katanya. Selain itu, Mahathir juga membantah pemberian pada skala yang besar kepada rakyat seperti BR1M dilihat seperti memberi rasuah. "Dan ia diberi apabila pilihan raya semakin dekat atau sebagai manifesto pilihan raya yang menjanjikan perkara ini (BR1M). Tanggapan yang tak boleh dielak ialah pemberian ini seperti membeli undi. Bergantung pada k'jaan "Jika mahu meningkatkan pendapatan, sepatutnya menyediakan peluang bekerja atau perniagaan. "Tetapi BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif. Ia meningkatkan kecenderungan untuk bergantung kepada kerajaan walaupun untuk pendapatan seseorang tanpa mereka usaha apa-apa. "Ia melemahkan sikap seseorang dan mengurangkan sikap berdaya saing," katanya lagi. Bekas perdana menteri itu juga berkata pendapatan yang tinggi sepatutnya datang daripada peningkatan produktiviti dan tanpanya persaingan tidak dapat diperkukuhkan. "Kita mahu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Kita fikir ia boleh dicapai dengan meningkatkan pendapatan purata ke tahap yang tertentu. Ini sebenarnya mengelirukan. "Beberapa orang dengan pendapatan yang tinggi akan mengganggu pendapatan purata. Pendapatan per kapita tidak seharusnya menjadi ukuran kepada pencapaian kita untuk mendapat status negara maju. Penekanan ke atas pendapatan yang tinggi semata-mata tidak cukup. "Malah, dengan sendirinya, ia tidak akan menjadikan negara ini sebuah negara maju tetapi ia akan menjadi lebih mengelirukan apabila pendapatan disebabkan oleh pemberian oleh kerajaan," kata Mahathir. Sumber: Malaysiakini |
Tun M: BR1M umpama rasuah rakyat - Wartawan Sinar Harian Posted: 14 Nov 2014 05:00 PM PST SHAH ALAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan tidak ubah seperti memberi rasuah kepada rakyat. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, itu antara sebab utama beliau menentang pemberian bantuan tunai pada skala besar seperti itu. "Jika ia (BR1M) diberikan hampir pada tarikh pilihan raya atau jika manifesto menjanjikan ia (pemberian tunai), tanggapan bahawa (BR1M digunakan) untuk membeli undi memang tidak boleh diketepikan. "Jika ingin naikkan pendapatan (rakyat), ia perlu dibuat dengan menghasilkan peluang bekerja atau berniaga," katanya dalam artikel baharu bertajuk BR1M yang disiarkan di blog beliau, chedet.cc. Mengakui dirinya bukan pakar ekonomi atau kewangan terlatih, Dr Mahathir berkata beliau faham mengenai BR1M dan manfaatnya kerana beliau sendiri sebelum ini pernah membuat keputusan mengenai perkara berkaitan ekonomi dan kewangan yang dilihat memberikan hasil baik kepada negara. "Saya memang menentang pemberian wang tunai sebagai cara meningkatkan pendapatan rakyat sejak awal lagi. Jika ada pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada miskin tegar yang tidak mampu bekerja untuk mendapatkan pendapatan," tegasnya. Menurutnya, selain kelihatan seperti rasuah, BR1M mempunyai kesan negatif yang lebih banyak berbanding itu kerana ia meningkatkan kebergantungan individu terhadap kerajaan untuk pendapatan sendiri, tanpa sebarang usaha. "Ia melemahkan karakter individu dan mengurangkan daya saing dalam pasaran," katanya. Menurutnya, untuk menjadi negara berpendapatan tinggi seperti disasarkan Malaysia menjelang 2020, ia perlu datang daripada peningkatan dalam produktiviti. Dr Mahathir berkata, produktiviti yang tinggi diperoleh daripada pendidikan dan latihan lebih baik. "Seseorang buruh tidak boleh jadi lebih produktif berbanding mekanik atau tukang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Mereka ini pula tidak seproduktif seorang jurutera. "Keupayaan meningkatkan produktiviti datang daripada nilai tambah lebih besar terhadap produk," katanya. Menurutnya, pemberian wang tidak meningkatkan produktiviti, menyebabkan daya saing tidak akan bertambah baik. Akibatnya, beliau berkata, ekonomi tidak akan tumbuh sepenuhnya dan negara-negara seperti ini terpaksa bergantung kepada pekerja, eksekutif dan usahawan asing. Pendapatan tinggi bukan penentu kemajuan negara "Kita mahu menjadi negara maju menjelang 2020. Kita rasa ini boleh dilakukan dengan menaikkan pendapatan purata ke tahap tertentu. Ini (penjelasan yang) mengelirukan. "Segelintir orang yang mempunyai pendapatan sangat tinggi akan mengherotkan (nilai) pendapatan purata. Pendapatan per kapita tidak sepatutnya menjadi ukuran pencapaian kita sebagai status negara mahu. Penekanan terhadap pendapatan tinggi semata tidak cukup," katanya. Beliau berkata, ia akan lebih mengelirukan jika pendapatan itu adalah disebabkan pemberian kerajaan. Dr Mahathir menekankan, untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu setanding dengan negara maju dari segi pendidikan, teknologi dan pengetahuan industri, pembangunan dan penyelidikan, infrastruktur setara dan pendapatan tinggi untuk semua rakyat. "Jadi mustahak membelanjakan wang bagi pendidikan dan latihan bertahap lebih tinggi, membina keupayaan kejuruteraan dan industri, untuk menjadi produktif dan berdaya saing, membina infrastruktur kelas pertama dan untuk menjadi penyelidik, pencipta dan pembangun," katanya. Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, ada kerajaan sosialis dan komunis yang pernah cuba memperbaiki pendapatan rakyat mereka melalui pemberian wang dan memberikan kemudahan sokongan secara percuma untuk memastikan rakyat mempunyai kehidupan baik. "Tetapi Sosialisme dan Komunisme telah gagal. Mereka akhirnya memilih perusahaan bebas dan kerja kuat," tegasnya. Katanya, Malaysia pernah menggunakan dasar menggalakkan industri yang menggunakan ramai buruh kerana pada masa itu, rakyat tidak mempunyai pekerjaan dan tiada pendapatan. |
[VIDEO] TV Indonesia Lapor Bomoh Ibrahim Mat Zin Dera Amahnya Posted: 14 Nov 2014 04:28 PM PST Seorang amah mendakwa telah dibelasah dan dipukul oleh bekas majikannya, Ibrahim Mat Zain atau lebih terkenal dengan panggilan Raja Bomoh 1Malaysia. Amah berkenaan, Menik Fitriyanti, 47, berkata dia terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas. Memetik laporan dari Free Malaysia Today, Menik bertindak melarikan diri dan pulang ke Indonesia pada 4 November lalu setelah tidak tahan di dera oleh Mat Zin sejak setahun lalu. Menurut anak perempuan Menik, Alfa Nurismayanti, ibunya sering kali dipukul oleh Mat Zain sehingga mengalami kecederaan teruk di kepala. Menurut Alfa lagi, ibunya pernah memberitahu bahawa di tidak mahu bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh majikannya. Menik dilihat memegang gambar Ibrahim Mat Zain ketika wawancara TV "Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami. "Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah," katanya. Alfa juga turut menerangkan keadaan ibunya dimana terdapat kesan luka di leher, perut serta kaki. Ibunya dikatakan dalam keadaan trauma akibat didera oleh Raja Bomoh itu. Alfa juga mengatakan oleh kerana ibunya bekerja di Malaysia secara tidak sah, pihaknya tidak mengharapkan sebarang bantuan dari pihak berkuasa. Apa yang penting baginya sekarang adalah merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami oleh ibunya. Kes penderaan Menik ini telah mendapat liputan yang meluas media di Indonesia dan pihak berkuasa Indonesia juga akan memberi perhatian terhadap isu penderaan tersebut. -ans1
Kelab Greenboc |
Kena Jentik Sikit Dah Gelabah Bewak? UMNO Selangor makin caca marba Posted: 14 Nov 2014 08:00 AM PST 'Otai' parti negeri Wan Syamsul Amly Astro Awani |Kemas kini:November 14, 2014 UMNO Selangor makin caca marba - 'Otai' parti negeri UMNO Selangor makin cacamarba - 'Otai' parti negeri - KUALA LUMPUR: Selepas kritikan daripada beberapa tokoh politik negara termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa bekas pemimpin Selangor menyifatkan politik Selangor hari ini sudah semakin tidak tentu arah. Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo memberitahu, senario politik Selangor akhir-akhir ini juga dilihat semakin kalut dan caca marba. Jelasnya, dia semakin tidak faham mengenai perkembangan politik negeri itu dan berharap pemimpin berkenaan mengembalikan kegemilangan UMNO semula. "Saya kurang ariflah politik Selangor sekarang. Sudah caca marba," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Dr Mahathir dalam tulisan di laman blog, chedet.cc sebelum ini menegur UMNO Selangor supaya memberi lebih tumpuan kepada Generasi Y dan melakukan penyusunan semula pimpinan parti di negeri itu. Rentetan kritikan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan nasihat memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti. Najib pada Konvensyen UMNO Selangor pada awal November turut meminta UMNO negeri berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri ini. Najib menggariskan tiga realiti yang perlu diterima UMNO Selangor iaitu kedudukan UMNO sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosio-ekonomi yang rancak dan perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar dan semi bandar. Dalam pada itu, bekas Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed membangkitkan persoalan masihkah ada harapan untuk UMNO negeri kembali menyengat seperti sebelum ini. "Apa yang berlaku sekarang tidak mengejutkan, ada pemimpin di Selangor sekarang yang bernasib baik kerana masih berkuasa kerana majoriti sokongan bangsa Melayu sendiri di kawasan mereka. "Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lepas menunjukkan kegagalan survival UMNO pada kawasan yang mempunyai populasi majoriti kurang 65 peratus Melayu," jelasnya. Ujarnya yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, sudah tiba masa untuk parti mencari pelapis muda yang dilihat dapat menawan kembali negeri itu pada PRU akan datang. "Ada beberapa pemimpin muda yang harus diketengahkan dan dapat menjadi faktor kemenangan UMNO pada masa hadapan, ramai yang ada potensi dan harus dilihat bakatnya," katanya. Noh sebelum ini dilapor menyeru UMNO negeri untuk mengeratkan perpaduan di kalangan anggota parti komponennya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang. UMNO kini memegang hanya 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor daripada keseluruhan 56 kerusi keseluruhan. Sementara itu, kajian terbaharu Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan BN tidak terjejas langsung dengan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor baru-baru ini malah mendapat tambahan sokongan selepas isu berkenaan. Posted by mountdweller Kena Jentik Sikit Dah Gelabah Bewak? UMNO Selangor makin caca marba - 'Otai' parti negeri Wan Syamsul Amly,Astro Awani |Kemas kini:November 14, 2014 (Diterbitkan pada: November 14, 2014 08:21 MYT) UMNO Selangor makin caca marba - 'Otai' parti negeri UMNO Selangor makin cacamarba - 'Otai' parti negeri - Gambar Fail KUALA LUMPUR: Selepas kritikan daripada beberapa tokoh politik negara termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa bekas pemimpin Selangor menyifatkan politik Selangor hari ini sudah semakin tidak tentu arah. Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo memberitahu, senario politik Selangor akhir-akhir ini juga dilihat semakin kalut dan caca marba. Jelasnya, dia semakin tidak faham mengenai perkembangan politik negeri itu dan berharap pemimpin berkenaan mengembalikan kegemilangan UMNO semula. "Saya kurang ariflah politik Selangor sekarang. Sudah caca marba," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Dr Mahathir dalam tulisan di laman blog, chedet.cc sebelum ini menegur UMNO Selangor supaya memberi lebih tumpuan kepada Generasi Y dan melakukan penyusunan semula pimpinan parti di negeri itu. Rentetan kritikan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan nasihat memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti. Najib pada Konvensyen UMNO Selangor pada awal November turut meminta UMNO negeri berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri ini. Najib menggariskan tiga realiti yang perlu diterima UMNO Selangor iaitu kedudukan UMNO sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosio-ekonomi yang rancak dan perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar dan semi bandar. Dalam pada itu, bekas Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed membangkitkan persoalan masihkah ada harapan untuk UMNO negeri kembali menyengat seperti sebelum ini. "Apa yang berlaku sekarang tidak mengejutkan, ada pemimpin di Selangor sekarang yang bernasib baik kerana masih berkuasa kerana majoriti sokongan bangsa Melayu sendiri di kawasan mereka. "Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lepas menunjukkan kegagalan survival UMNO pada kawasan yang mempunyai populasi majoriti kurang 65 peratus Melayu," jelasnya. Ujarnya yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, sudah tiba masa untuk parti mencari pelapis muda yang dilihat dapat menawan kembali negeri itu pada PRU akan datang. "Ada beberapa pemimpin muda yang harus diketengahkan dan dapat menjadi faktor kemenangan UMNO pada masa hadapan, ramai yang ada potensi dan harus dilihat bakatnya," katanya. Noh sebelum ini dilapor menyeru UMNO negeri untuk mengeratkan perpaduan di kalangan anggota parti komponennya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang. UMNO kini memegang hanya 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor daripada keseluruhan 56 kerusi keseluruhan. Sementara itu, kajian terbaharu Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan BN tidak terjejas langsung dengan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor baru-baru ini malah mendapat tambahan sokongan selepas isu berkenaan. Posted by mountdweller Make Money at : http://bit.ly/adflywin |
Menteri naik gaji, rakyat naik apa? - HAMBALI AKRAM Posted: 14 Nov 2014 04:25 PM PST BERITA mengenai Dun Sabah meluluskan kenaikan gaji menteri kabinet dan adun sedikit sebanyak membuatkan saya tertanya-tanya, ke manakah slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Apatah lagi jumlah kenaikan itu ialah 50 peratus. Pada saat rakyat berdepan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, tindakan itu bukanlah baik untuk rakyat. Apatah lagi, segala gaji, elaun dan lain-lain adalah hasil cukai yang dikutip daripada rakyat. Belum pun cukai barangan perkhidmatan (CBP/GST) dilaksanakan sepenuhnya, rakyat telahpun merasai keperitan kenaikan harga barang keperluan dan lain-lain berikutan kenaikan harga minyak. Kenaikan kos sara hidup pula tidak seimbang dengan kenaikan gaji. Itu bagi yang menerima gaji. Bagaimana pula rakyat yang bekerja sendiri penoreh getah, penanam padi, nelayan, pekebun sawit dan lain-lain yang tidak menerima imbuhan tetap setiap bulan. Sudahlah harga kebanyakan komoditi tidak stabil dan rendah, ditambah dengan musim tengkujuh yang melanda. Usahkan untuk membeli barang-barang keperluan sekolah, mungkin untuk membeli makanan asas pun tidak mencukupi. Sepatutnya, dalam suasana ini, sebarang kenaikan gaji dan menteri ditangguh dahulu. Utamakan wang cukai tersebut untuk memenuhi keperluan asas rakyat. Apa lagi yang wakil rakyat mahu, mereka boleh membuat pelbagai tuntutan seperti tuntutan perjalanan yang merangkumi minyak, tol, tiket kapal terbang dan sebagainya. Jika membeli kenderaan pun mereka mendapat keistimewaan dan harga yang lebih murah berbanding rakyat. Juga, ketika Selangor mahu menaikkan gaji wakil rakyatnya tempoh hari. Heboh membantah di sana-sini. Sekarang kenapa pula diam seribu bahasa? Jangan sampai rakyat naik angin dengan tindak-tanduk pemimpin yang hanya mementingkan perut sendiri. Mereka perlu lihat bagaimana kemarahan rakyat dalam pilihan raya 2008 yang dilepaskan ketika mengundi. Perkara yang sama tidak mustahil akan berulang – rakyat menyimpan kemarahan tersebut dan meluahkan pada waktu yang tidak dijangka. Pada 2008, Pakatan Rakyat belum wujud lagi tetapi rakyat memberi undi kepada mana-mana calon yang tidak mewakili kerajaan. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN |
RATU KEBANGAAN NEGARA.APA KOMEN ANDA? By canang Posted: 14 Nov 2014 07:00 AM PST Berat nanang doh kalu lagu ning....doh pertandingan sodom bila pulok... semoga Laknat Allah mengiringi kamu wahai manusia yang terkutuk. Betul-betul bikin malunegeri 2 ekor beruk ni. Rasulullah Saw mengutuk puak ini.... Dari Ibn 'Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki."(HR Bukhari). "Daripada Ummu Salamah, bahawa Nabi s.a.w berada di rumahnya dan terdapat di sebuah rumah seorang yang berkelakuan wanita. Maka Nabi s.a.w berkata kepada saudara Ummu Salamah iaitu 'Abd Allah bin Abi Umayyah: "Jika Allah membebaskan Ta'if bagi kamu pada esok hari, maka akan aku tunjukkan pada kamu rumah Binti Ghaylan, yang datang dengan empat dan pergi dengan lapan anggota". Maka sabda Nabi s.a.w: "Jangan sekali-kali mereka itu masuk ke dalam rumah-rumah kamu."(HR Bukhari). |
Pegawai Istana Dilapor Dalang Rembat Tanah Cemeron Highland...?? Posted: 14 Nov 2014 06:15 AM PST Laporan kait pegawai istana, kes tanah haram Satu laporan akhbar The New Straits Times mendakwa kes penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands berpunca daripada arahan pegawai kanan Istana Pahang ke atas kelulusan projek tertentu. Laporan eksklusif muka hadapan itu menyebut, dakwaan berkenaan berdasarkan dokumen digelar "surat kuning", didakwa dikeluarkan oleh pegawai kanan yang juga waris anggota kerabat diraja. Surat berkenaan didakwa mengandungi cadangan agar permohonan tertentu diluluskan untuk tujuan "pembangunan". Menurut laporan itu, dokumen seperti itu menjadi masalah kepada penguatkuasa yang terpaksa meluluskan permohonan. "Surat demikian yang biasanya tanpa kepala surat akan dialamatkan kepada pegawai daerah (DO). "Salinan yang diberikan kepada NST menunjukkan pengirimnya, seorang pegawai kanan istana meminta pegawai daerah Cameron Highlands agar meluluskan sebidang tanah kerajaan di Kampung Raja untuk pembangunan," laporan NST dipetik. Namun, surat yang dipetik itu tidak pula menyebut tarikh ia ditulis kepada pegawai daerah berkenaan. Kampung Raja adalah sebahagian daripada tiga kawasan utama di Cameron yang dilanda banjir lumpur pada 5 November yang mengorbankan lima nyawa. Memetik kenyataan seorang sumber, laporan itu seterusnya menyebut bahawa pihak istana Pahang tidak mempunyai kaitan dengan surat berkenaan. "Sultan tiada kena mengena dengan perkara ini... Dalam banyak kes, nama baik istana digunakan dengan harapan pihak berkuasa akan menjauhkan diri kerana takut atau hormat," katanya. Laporan itu turut memetik kenyataan dua orang bekas pegawai daerah Cameron Highlands yang mengakui kewujudan "surat kuning" tersebut. Seorang daripadanya, yang tidak dinamakan, berkata surat itu disimpan dalam fail sulit dan hanya boleh diakses oleh pegawai daerah dan setiausahanya. Laporan itu turut memetik kenyataan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membangkitkan mengenai kelemahan pihak penguatkuasa tempatan. "Tangan mereka bukannya terikat. Pihak berkuasa boleh kuatkuasa undang-undang jika mereka mahu. "Apa salahnya kalau mereka ditukarkan atau bertindak menongkah arus? Jika kesemua (penguatkuasa) bertegas, berapa ramai yang boleh dipaksa bertukar? "Terlalu sedikit yang baik tetapi banyak yang teruk yang bersekongkol dengan peladang yang rakus," kenyataan pegawai SPRM yang tidak dinamakan itu dipetik. Posted by Jeebond BLM. |
Posted: 14 Nov 2014 05:30 AM PST Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara : Hutang negara Malaysia sudah menjerut leher, masih lagi bercita-cita besar melakukan pelaburan besar di atas nama 1MDB. Bentangkan belanjawan negara pun dalam keadaan belanjawan defisit. (KLIK SINI) Tetapi, bercita-cita untuk meningkat kekayaan melalui pinjaman. Akhirnya pinjaman dan hutang yang telah diterbitkan itu, perlu dibayar juga bukan? Siapa yang akan menanggung beban hutang sebesar RM41 bilion ini? Nah…inilah yang berlaku sekarang ini…..satu demi satu aset mahu dikumpulkan 1MDB. Lain Perdana Menteri lain caranya. Jikalau berdasarkan pengamatan dan pemerhatian Tun Mahathir Mohamad terhadap cara anak buahnya mentadbir negara melalui penubuhan 1MDB yang dirasakan beliau tidak sepatutnya wujud sebenarnya. Hakikat dan realitinya penubuhan 1MBD adalah "mesin" yang telah meningkatkan hutang negara dek kerana kerugian yang ditanggung 1MDB sekaligus akan memudaratkan negara. Siapa kata? Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Kerugian 1MDB RM668.55 juta
Inilah pelaburan negara dilakukan berlagak seperti "berlagak sebagai dana kekayaan negara" sedangkan ia bukan daripada lebihan kewangan negara. Ya…semua ini adalah hutang. Hutang negara. Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara dengan amat tinggi. Hutang negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Siapa yang pernah pergi ke pejabat IMDB di Menara IMC, anda akan lihat betapa ramai non bumi dalam syarikat 1MDB ini. Mana tidak, satu demi satu syarikat disambar 1MDB termasuklah syarikat Tanjong Energy dan Genting Sanyen yang ada ramai non bumi juga. Hebat….Hebat…..Negara lain yang kaya sumber alam termasuk negara pengeluar minyakcontohnya yang dilihat tidak mampu menghabiskan pendapatan negara mereka setelah mentadbir dan membangun negara, bertindak tubuhkan "sovereign wealth fund sebab terlebih cash" & dan merancang untuk melakukan pelaburan tunai di luar negara.
Hakikatnya, Berita Semasa tidak nampak apapun strategik yang mereka buat. Yang ada hanyalah kontroversi, kontroversi dan kontroversi yang berpanjangan.
Persoalannya siapa yang bakal menanggung hutang sebesar RM41 bilion ini? Siapa? Usahlah masalah yang pernah melanda Renong sehingga mengheret untuk ditanggung kerajaan Malaysia suatu ketika dahulu berulang lagi di mana akhirnya kesan dan natijahnya akan berbalik kepada rakyat…Cukuplah!! Hutang Negara Malaysia Terkini Bernilai RM622.022 Bilion. Kewangan Kerajaan Tenat!! Walaubagaimanapun, tidak mengapa. Ehem….. Terima kasih kepada pelaksanaan GST pada kadar permulaan 6% yang bakal dibayar oleh kalangan rakyat marhaen, golongan miskin, golongan pertengahan, golongan kaya setiap kali mereka berbelanja di atas bumi Malaysia bermula tahun 2015. Nantikan… |
Harap Kalian Yang Mampu Sila Bantu !! Posted: 14 Nov 2014 05:00 AM PST |
Kroni Kenyang, Rakyat Diganyang - YTL "Taikun" BN Posted: 14 Nov 2014 04:30 AM PST Hebatnya Bini PM Malaysia? (Gambar) Tranungkite Amacam? Bini² perdana menteri Malaysia sebelum ni mana berani mengadap pemimpin tertinggi negara Russia sebegini. Russia antara kuasa besar dunia namun Rosmah jauh lebih besar dari itu. Gambar: Kredit kepada AbuYa Make Money at : http://bit.ly/adflywin |
Posted: 14 Nov 2014 03:45 AM PST Omnomcamic itu najis mughalazah...termasuk dalam senarai najis babi yang diharamkan untuk disentuh... tetapi mancibai omnomcamic sial claka lagi haramjadah tetap makan dan melahap najis mughalazah in sampai ke dalam perut...maka perut mancibai bangsat omnomcamic sial claka lagi haramjadah nih tetap dalam kebangsatan abadi....maka banyak lah tanah rezab melayu digadaikan selama 54 tahun... selepas ini orang melayu akan merempat tinggal di dalam hutan simpan yang dah tak simpan lagi itulah omnomcamic... membawa masuk pendatang yang menyebabkabkan masalah sosial yang begitu meluas...rakyat sendiri sudah takut untuk bersaing...siapakah yang membawa masuk pendatang haram. ini... tak lain dan tak bukan puak puak omnomcamic yang derhaka kepada raja melayu ini lah...maka mancibai babi omnomcamic bersorak sorai sambil menikmati najis babi mughalazah.....heheheh |
Bolehkah gandingkan semula Tun M & Tan Sri Khalid menjaga MAS..? Posted: 14 Nov 2014 03:00 AM PST |
YB Tian Chua dibebaskan dari tuduhan hasutan Posted: 14 Nov 2014 02:35 AM PST Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan naib presiden PKR, Tian Chua dari tuduhan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataannya mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu. Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang berkata pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. "Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan," katanya. |
MAIS: Syarat utama, jangan edar di S'gor Posted: 14 Nov 2014 02:32 AM PST Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan bahawa naskhah Bible yang dipulangkan kepada Persatuan Gereja Sarawak hari ini tidak boleh diedarkan di negeri Selangor. Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata ia merupakan syarat utama bagi pemulangan balik naskhah tersebut, yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia pada Januari lalu. "Pemulangan kembali Bible mengandungi kalimah 'Allah' ini dibuat dengan syarat yang ketat bahawa Bible mengandungi kalimah 'Allah' tidak diedarkan di negeri Selangor," kenyataannya dipetik. Beliau juga menegaskan bahawa naskhah berkenaan hanya untuk kegunaan orang Kristian di Sarawak. Mohd Adzib juga berkata, Sultan Selangor berharap agar cetakan Bible dengan kalimah "Allah" tidak lagi dijalankan di negeri itu. Katanya, perbuatan tersebut merupakan kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. "Baginda Sultan Selangor berharap agama lain juga menghormati dan memelihara sensitiviti agama orang Islam di negara ini, terutama di negeri Selangor," katanya lagi. Turut hadir dalam majlis yang rengkas itu ialah YAB Dato Menteri Besar Selangor Muhamad Azmin Ali. |
NAJIB: DI HIMPIT KIRI DAN KANAN Posted: 14 Nov 2014 01:00 AM PST |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan