Kelab Greenboc |
- Sekarang Baru Sedar? BR1M Itu Rasuah Rakyat Untuk Undi BN?
- [GAMBAR] UMNO BN Tak Ketawa Tetapi Phobia Dengan Kartun-Kartun Zunar!
- [VIDEO] TV Indonesia Lapor Bomoh Ibrahim Mat Zin Dera Amahnya
Sekarang Baru Sedar? BR1M Itu Rasuah Rakyat Untuk Undi BN? Posted: 15 Nov 2014 01:00 AM PST Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan tidak ubah seperti memberi rasuah kepada rakyat. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, itu antara sebab utama beliau menentang pemberian bantuan tunai pada skala besar seperti itu. "Jika ia (BR1M) diberikan hampir pada tarikh pilihan raya atau jika manifesto menjanjikan ia (pemberian tunai), tanggapan bahawa (BR1M digunakan) untuk membeli undi memang tidak boleh diketepikan. "Jika ingin naikkan pendapatan (rakyat), ia perlu dibuat dengan menghasilkan peluang bekerja atau berniaga," katanya dalam artikel baharu bertajuk BR1M yang disiarkan di blog beliau, chedet.cc. Mengakui dirinya bukan pakar ekonomi atau kewangan terlatih, Dr Mahathir berkata beliau faham mengenai BR1M dan manfaatnya kerana beliau sendiri sebelum ini pernah membuat keputusan mengenai perkara berkaitan ekonomi dan kewangan yang dilihat memberikan hasil baik kepada negara. "Saya memang menentang pemberian wang tunai sebagai cara meningkatkan pendapatan rakyat sejak awal lagi. Jika ada pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada miskin tegar yang tidak mampu bekerja untuk mendapatkan pendapatan," tegasnya. Menurutnya, selain kelihatan seperti rasuah, BR1M mempunyai kesan negatif yang lebih banyak berbanding itu kerana ia meningkatkan kebergantungan individu terhadap kerajaan untuk pendapatan sendiri, tanpa sebarang usaha. "Ia melemahkan karakter individu dan mengurangkan daya saing dalam pasaran," katanya. Menurutnya, untuk menjadi negara berpendapatan tinggi seperti disasarkan Malaysia menjelang 2020, ia perlu datang daripada peningkatan dalam produktiviti. Dr Mahathir berkata, produktiviti yang tinggi diperoleh daripada pendidikan dan latihan lebih baik. "Seseorang buruh tidak boleh jadi lebih produktif berbanding mekanik atau tukang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Mereka ini pula tidak seproduktif seorang jurutera. "Keupayaan meningkatkan produktiviti datang daripada nilai tambah lebih besar terhadap produk," katanya. Menurutnya, pemberian wang tidak meningkatkan produktiviti, menyebabkan daya saing tidak akan bertambah baik. Akibatnya, beliau berkata, ekonomi tidak akan tumbuh sepenuhnya dan negara-negara seperti ini terpaksa bergantung kepada pekerja, eksekutif dan usahawan asing. Pendapatan tinggi bukan penentu kemajuan negara "Kita mahu menjadi negara maju menjelang 2020. Kita rasa ini boleh dilakukan dengan menaikkan pendapatan purata ke tahap tertentu. Ini (penjelasan yang) mengelirukan. "Segelintir orang yang mempunyai pendapatan sangat tinggi akan mengherotkan (nilai) pendapatan purata. Pendapatan per kapita tidak sepatutnya menjadi ukuran pencapaian kita sebagai status negara mahu. Penekanan terhadap pendapatan tinggi semata tidak cukup," katanya. Beliau berkata, ia akan lebih mengelirukan jika pendapatan itu adalah disebabkan pemberian kerajaan. Dr Mahathir menekankan, untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu setanding dengan negara maju dari segi pendidikan, teknologi dan pengetahuan industri, pembangunan dan penyelidikan, infrastruktur setara dan pendapatan tinggi untuk semua rakyat. "Jadi mustahak membelanjakan wang bagi pendidikan dan latihan bertahap lebih tinggi, membina keupayaan kejuruteraan dan industri, untuk menjadi produktif dan berdaya saing, membina infrastruktur kelas pertama dan untuk menjadi penyelidik, pencipta dan pembangun," katanya. Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, ada kerajaan sosialis dan komunis yang pernah cuba memperbaiki pendapatan rakyat mereka melalui pemberian wang dan memberikan kemudahan sokongan secara percuma untuk memastikan rakyat mempunyai kehidupan baik. "Tetapi Sosialisme dan Komunisme telah gagal. Mereka akhirnya memilih perusahaan bebas dan kerja kuat," tegasnya. Katanya, Malaysia pernah menggunakan dasar menggalakkan industri yang menggunakan ramai buruh kerana pada masa itu, rakyat tidak mempunyai pekerjaan dan tiada pendapatan. -SH
ULASAN GB Takkan baru sedar sekarang yang BR1M itu Beri Rasuah 1 Malaysia? Tapi SPR buat tak tahu. Apabila TGNA menyampaikan wang zakat yang tak berapa ringgit kepada seorang Orang Asli di Kelantan, bangun pegawai SPR menuduh itu sebagai satu rasuah. Yang ini lagi binatang... Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[GAMBAR] UMNO BN Tak Ketawa Tetapi Phobia Dengan Kartun-Kartun Zunar! Posted: 14 Nov 2014 09:05 PM PST Undang-undang tak boleh haramkan pemikiran saya – Zunar KUALA LUMPUR 12 NOV: Kartunis Zunar berkata, lebih 50 peratus hasil karya kartun yang dihasilkannya sejak 2009 memberi kesan mendalam kepada kerajaan sehingga semua karyanya ditarikbalik dan diharamkan. Meskipun begitu, katanya, pihak berkuasa tidak akan berupaya menghalang beliau daripada terus mengkritik kerajaan melalui medium kartun. "Saya ini artis dalam menghasilkan karya kartun. Saya hanya melukis apa yang dibuat oleh pemimpin kerajaan. Mereka buat rasuah, saya cuma kartunkan sahaja, dan bukan saya punca rasuah itu. "Ini hak saya dan undang-undang tidak boleh haramkan pemikiran saya untuk menghasilkan karya saya dalam 'mengkartunkan' kerajaan," ujarnya dalam sidang media di pejabatnya di Jalan Loke Yew, hari ini. Hairan dengan kerajaan yang disifatkan terlalu takut dengan kartun, Zunar menegaskan beliau akan terus berkarya dan segala halangan tidak akan menjejaskan hasil karya beliau. Bahkan katanya, beliau gembira apabila rakyat menerima kartun yang dihasilkan dan faham dengan mesej yang ingin disampaikan. Zunar dalam pada itu turut mengingatkan kerajaan bahawa kartunis politik mempunyai peranan dalam sesebuah negara demokrasi, termasuk di Amerika Syarikat. "Saya pernah dipanggil dalam forum kartunis di luar negara, ada kartunis di sana mengkritik (Barrack) Obama. Malah Presiden mereka memberi anugerah ke atas kritikan itu, bukannya mengenakan tindakan undang-undang seperti yang kerajaan Malaysia lakukan," ujarnya. Pada 6 November lalu, tiga pembantu Zunar ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Putrajaya kerana menjual dua buku kartun bertajuk "Konspirasi Memenjarakan Anwar" dan "Pirate of the Carry-BN ". Pengendali laman web sesawang miliknya, www.Zunar.my turut dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque sebelum ini pernah ditemuramah dalam satu forum di San Fransissco, Amerika Syarikat kerana karya yang dihasilkan. Beliau juga merupakan kartunis Malaysia yang menerima anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011 oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa. -KD
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] TV Indonesia Lapor Bomoh Ibrahim Mat Zin Dera Amahnya Posted: 14 Nov 2014 03:31 PM PST Seorang amah mendakwa telah dibelasah dan dipukul oleh bekas majikannya, Ibrahim Mat Zain atau lebih terkenal dengan panggilan Raja Bomoh 1Malaysia. Amah berkenaan, Menik Fitriyanti, 47, berkata dia terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas. Memetik laporan dari Free Malaysia Today, Menik bertindak melarikan diri dan pulang ke Indonesia pada 4 November lalu setelah tidak tahan di dera oleh Mat Zin sejak setahun lalu. Menurut anak perempuan Menik, Alfa Nurismayanti, ibunya sering kali dipukul oleh Mat Zain sehingga mengalami kecederaan teruk di kepala. Menurut Alfa lagi, ibunya pernah memberitahu bahawa di tidak mahu bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh majikannya. Menik dilihat memegang gambar Ibrahim Mat Zain ketika wawancara TV "Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami. "Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah," katanya. Alfa juga turut menerangkan keadaan ibunya dimana terdapat kesan luka di leher, perut serta kaki. Ibunya dikatakan dalam keadaan trauma akibat didera oleh Raja Bomoh itu. Alfa juga mengatakan oleh kerana ibunya bekerja di Malaysia secara tidak sah, pihaknya tidak mengharapkan sebarang bantuan dari pihak berkuasa. Apa yang penting baginya sekarang adalah merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami oleh ibunya. Kes penderaan Menik ini telah mendapat liputan yang meluas media di Indonesia dan pihak berkuasa Indonesia juga akan memberi perhatian terhadap isu penderaan tersebut. -ans1
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan