Tukar Tiub |
- SATU KEJAYAAN BODOH
- UNTUK PENCERAHAN PEMBACA
- ANAK ANAK GAJAH MENGAMOK
- TETIBA DOLAH BERRKATA
- IKUTI KICAUAN PALING COOL
- HANTU UNTUK MAK CIK FELDA
- MANA ANAK BADAK ILANG
- DEMO DEMO DEMO
- BULL SHIT
- FORUM MALAM INI
- DEMO DATARAN MERDEKA
- LEBIH HEBAT DARI PWTC
- SATU PENAFIAN
- BERITA BARU MASUK
Posted: 27 Nov 2014 06:40 PM PST KOMENTAR dimana mana pun dalam dunia ini kalau ini sting operation maka cerek cerek itu akan ditunggu berbulan bertahun akan diawasi berbulan bulan tunggu dan nanti lihat siapa yang datang mengambilnya atau pasang alat rada dalam cerek tersebut nak buat apa tangkap cerek cerek ini tak tahu apa apa apa ke jadah jumpa alamat tipu CEREK PULAK BERJAYA DI TANGKAP Polis rampas syabu bernilai RM7.1j KUALA LUMPUR – Taktik sindiket pengedar antarabangsa cuba menyeludup dadah seberat 35.2 kilogram yang disembunyikan di dalam alat elektrik dan beg yang diubah suai terbongkar selepas Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) membuat rampasan dalam dua serbuan, baru-baru ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Noor Rashid Ibrahim berkata, kejayaan itu hasil maklumat orang awam, risikan polis dan kerjasama daripada syarikat kurier. "Siasatan mendapati sindiket didalangi warga Nigeria menggunakan syarikat perkhidmatan kurier dan kiriman kargo udara untuk menyeludup dadah yang dianggarkan bernilai RM7.1 juta. "Hasil pemeriksaan di sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Petaling Jaya pada 19 November lalu, polis menemui enam kotak mengandungi alat elektrik seperti dapur pemanas elektrik, periuk dan cerek air yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 2.3 kilogram," katanya. Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati peralatan tersebut dikirim dari China kepada individu yang menggunakan alamat palsu di Lembah Klang. "Rampasan kedua pula dilakukan pada 25 November lalu, di Kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kita berjaya mengesan enam buah beg warna hitam mengandungi 32.9 kilogram syabu," katanya. Menurutnya, dadah itu diletak di bawah lapisan kertas karbon untuk mengelak dikesan mesin pengimbas. Bagaimanapun, risikan polis berjaya mengesan cubaan membawa masuk dadah tersebut. KOMPUTER DITANGKAP "Setelah diperiksa, beg itu dihantar melalui penerbangan dari Abuja ke Mesir sebelum tiba ke KLIA yang diisytiharkan sebagai barang persendirian," katanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam. Noor Rashid berkata, pihaknya giat bekerjasama dengan pemilik syarikat perkhidmatan kurier dan orang awam mengesan kegiatan penyeludupan dadah menggunakan perkhidmatan tersebut. "Kita juga sedang mengesan sindiket yang menjalankan kegiatan ini untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya. KAH KAH KAH woit ini satu peningkatan dulu komputer ditangkap sekarang cerek ditangkap kah kah kah tak lama lagi kuali pulak akan ditangkap MALAYSIA BOOLEH ------------- |
Posted: 27 Nov 2014 06:03 PM PST PENCERAHAN para pemabaca tukar tiub sila baca berita ini sila amati berita ini yang dikutip dari akhbar resmi parti ketuanan melayu lihatlah tahap debat lihatlah tahap ideas lihatlah tahap perbincangan bani ketuanan melayu bukan berbincang tentang konsep bukan berbincang tentang dasar jauh sekali arah tuju negara jauh sekali hal ekonomi jauh sekali hal gst jauh sekali tentang membangun negara bangsa gerombolan ketuanan melayu tidak ada upaya fikrah untuk membincang politik dunia tidak ada kekuatan fikrah untuk meramal geopolitik dunia LIHATLAH: ketua wanita bercakap hal lubang ketat tak perlu pelincir tak perlu minyak gamat ketua puteri berkata banyak ahli anak gajah pengerusi tetap berlabon tentang kencing kerenga matapora ini perbandingan ini lekeh perbandingan rahai justeru parti ketuanan melayu ini mustahil akan berubah maka persoalan hakiki adalah kepada diri kita sendiri kenapa kita benarkan parti gerombolan ketuanan melayu ini terus merompak terus melanun dan membodohkan kita semua jawapan awal ialah turun malam 31 disember dataran merdeka Wanita Umno masih kuat, tak perlu gamat atau pelincir, kata ...www.themalaysianinsider.com/.../wanita-umno-masih-...Translate this page 2 days ago - Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menangkis tanggapan mengatakan mereka dipenuhi generasi tua, sebaliknya ...Wanita Umno masih kuat, tak perlu gamat atau pelincir, kata ...https://my.news.yahoo.com/wanita-umno-masih-kuat-t...Translate this page 2 days ago - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengamatkan dewan hari ini apabila menggunakan perkataan "gamat dan pelincir" bagi menggambarkan ...Minyak pelincir dan bakar bra – Apahal dengan Shahrizat ...www.ekeleh.com/minyak-pelincir-dan-bakar-bra-apah...Translate this page 17 hours ago - Semalam Shahrizat nak tunjuk kuat dan bukan sebarang tua. ... Tak payah pakai gamat atau minyak pelincir," ujarnya. ... "Yang cantik, yang indahnya perjuangan dalam Umno ini kita tak perlu turun ke jalan raya, atau ...Jangan ada kerengga dalam perjuangan partiNampak segak tapi suka 'kencing' dalam mataKUALA LUMPUR 27 Nov. – Kerengga sering kali dikaitkan dengan keindahan sehinggakan ada perumpamaan Melayu menyebut 'pinggang ramping bak kerengga' iaitu bagi menggambarkan kecantikan bentuk badan seorang wanita hingga menjadi dambaan lelaki. Namun dalam perjuangan politik, sifat kerengga perlu dijauhi kerana walaupun nampak cantik dan segak pada luarannya tetapi serangga itu mempunyai sifat buruk, iaitu suka memancut cecair kepada sesiapa sahaja jika buah yang dihurung cuba diambil. Bagi Pengerusi Tetap UMNO, Badruddin Amiruldin, tabiat suka menghurung buah dan memancut cecair yang beliau labelkan sebagai 'kencing' perlu dibuang jauh-jauh dalam perjuangan UMNO jika semua pihak mahu parti menjadi kukuh. "Saya nak habaq (beritahu) kat (kepada) Puteri, Pemuda dan Wanita jangan jadi semut kerengga. Badan cantik, pinggang ramping, misai dok (pun) ada (tapi) perangai kotor. Dia hurung buah, bukan boleh makan tapi bila kita ambil, dia kencing dalam mata kita. "Lebih teruk kalau kerengga masuk dalam kain, dia ketik (gigit) merata. Dalam UMNO jangan ada semut kerengga, semut api takpa (boleh), semut hitam pun (kerana) dia dok hurung gula sahaja, habis gula kena kencing manis, tapi kencing manis ada ubat. "Tapi kalau kencing kawan tiada ubat. Jadi dalam perjuangan kena ada solidariti, jangan kencing kawan," katanya ketika memberikan analogi kerengga bagi memperingatkan seluruh ahli UMNO ketika mempengerusi Perhimpunan Agung UMNO, 2014 di sini hari ini. Beliau bagaimanapun memuji langkah Pergerakan Puteri UMNO menubuhkan Barisan Semut Api bagi mengatur strategi untuk menepis propaganda, penipuan dan fitnah dalam media sosial kerana jelas Badruddin, sifat semut api adalah setia serta tidak suka membuat kacau. Katanya dalam bahasa berkias, semut api adalah serangga yang taat kepada ketua, gemar berjalan beriringan mengikut susunan langkah dan walaupun gigitannya memeritkan tetapi semut tersebut hanya mempertahankan diri jika ada pihak cuba mengancam. Terdahulu, wakil Puteri UMNO, Nazliah Ali, ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden menjelaskan, nama semut api dipilih kerana serangga itu mengajar manusia tentang budaya positif dalam hidup. "Melalui perjuangan semut api, kami akan terus mendekati orang muda khususnya wanita muda. Kami insya-Allah akan membersihkan pemikiran mereka agar tidak terpedaya dengan pembohongan daripada pihak tidak bertanggungjawab," katanya. KAH KAH KAH apa punya tuuuuuur kah kah kah ----------- |
Posted: 27 Nov 2014 05:23 PM PST ANAK BADAK gemok pendek dan hodoh Dyana 'YB kempunan' vs Puteri 'anak gajah' 4:55PM Nov 27 "Ada juga yang kata Puteri ini anak gajah sedangkan saiz bukan perbandingan," kata perwakilannya. Bercakap lanjut, Nazliah turut menempelak anggota lelaki Umno yang mmembisu apabila pergerakan itu dikritik oleh Dyana. "Persoalannya sekarang saya mahu tanya mana pergi lelaki sejati yang sepatutnya mengangkat solidariti dalam Umno?" tanya Nazliah. ANAK ANAK GAJAH KAH KAH KAH woit dah tahu gemok bila bergambar duduklah belakang gemok macam badak buat orang ramai tak selera makan APA PUNYA TUUUUR |
Posted: 27 Nov 2014 05:02 PM PST KOMENTAR firaun telah mencuba shah iran telah mencuba marcos telah mencuba suharto telah mencuba zainal abidin telah mencuba mubarak telah memcuba dan united malaysa national organisatoin sedang mecuba tidak ada satu hukuman dalam dunia ini jika orang ramai telah muak jika orang ramaiu telah mual jika orang ramai telah bosan jika orang ramai telah benci mereka akan turun ke jalan raya mengumbanlkan kezalimanan apa yang dolah badawi kata adalah betul dan tepat Jangan guna Akta Hasutan untuk survival Umno, pesan Pak LahMelalui blog miliknya, www.paklah.net hari ini, Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah berkata, survival parti itu Melayu bergantung kepada sokongan rakyat dan tanpanya, Umno tidak akan terus memimpin negara. "Tetapi dalam keghairahan kita menyambut baik pengekalan Akta Hasutan, saya ingin mengingatkan ahli Umno yang Akta Hasutan bukanlah alat untuk diguna mengekalkan kekuasaan Umno. "Kekuasaan dan kekuatan Umno datangnya daripada sokongan rakyat, ingatlah, jika rakyat sudah tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah ini yang akan menyelamatkan Umno daripada kehilangan kuasa," katanya.- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-guna-akta-hasutan-untuk-survival-umno-pesan-pak-lah#sthash.U6cIBSE8.dpuf KAH KAH KAH nampak jelas nampak terang bahawa hari hari akhir gerombolan parti ketunan melayu telah sampai ini hanyalah tanda tanda KAH KAH KAH ------------- |
Posted: 27 Nov 2014 10:52 AM PST |
Posted: 27 Nov 2014 06:00 AM PST HANTU DAN HANTU Satu point utama disini ialah strategi politik adalah untuk mewujudkan lebih banyak hantu.hantu-hantu selain jembalang ialah hantu-hantu yang di tetaskan oleh gerombolan united malays national organisation seperti hantu bernama red indian, hantu bangsat, hantu segala macam hantu.Ini semua tak lebih dari cuba hendak tipu melayu, makcik dan pakcik felda.kah..kah..kah..hakikatnya gerombolan united malays national organisation, ringkasnya umno celaka lah yang melahirkan banyak hantu yang hisap darah siang dan malam.ada hantu lembu,ada hantu penyamun dan hantu yang macam dalam filem P. ramlee tu. satu untuk kau,dua untuk aku, macam juga filem abdul wahub si negeri Sahak gagap yang kata ini tidak adil.kah..kah..kah.. on ISIS DAN GEOPOLITIK Publish | Delete | Spam Anonymous on 11/26/14 -------- |
Posted: 27 Nov 2014 05:30 AM PST |
Posted: 27 Nov 2014 05:00 AM PST KOMENTAR langkah tepat langkah berilmu langkah berakal inilah jawapan tepat turun ke jalan raya hantar memo buang masa PR buat demo, jika RON95 tidak turun Tindakan menurunkan harga minyak semata-mata untuk mengaburi mata rakyat KUALA LUMPUR: Pembangkang akan mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 31 Disember ini sekiranya kerajaan tidak menurunkan harga minyak RON95 kepada RM1.90 seliter. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan harga minyak beberapa sen, kononnya mengikut harga pasaran hanyalah helah semata-mata bagi mengaburi mata rakyat. KAH KAH KAH woit anak muda yang selama ini marah naik darah inilah masanya jangan cakap saje jangan main fb saje turun buat ramai KAH KAH KAH ULANGI dengan jumlah yang lebih ribu ribu ----------- |
Posted: 27 Nov 2014 12:30 AM PST |
Posted: 26 Nov 2014 10:57 PM PST MALAM INI Dijemput ke Forum 1MDB bertajuk "1MDB: Kemanakah Wang Rakyat?" yang akan diadakan pada malam ini. Butiran adalah seperti berikut: Tarikh: Khamis, 27 November 2014 Masa: 830 malam - 1100 mlm Tempat: Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Selangor 55100 Kuala Lumpur Panelis yang telah mengesahkan kehadiran adalah YB Tony Pua, YB Rafizi Ramli dan YB Hanipa Maidin. Pihak media dijemput bersama. Terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan amanah, AKMAL NASIR Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW) ---------- |
Posted: 26 Nov 2014 09:40 PM PST BERITA BAIK demo anti harga barang sedang dirancang anak anak muad bersedia turun ke dataran merdeka pada malam ambang tahun baru NOTA tibai jangan tak tibai HARGA RON95 SEPATUTNYA RM1.90: DEMO 31 DISEMBER 2014 TUNTUT HARGA RON95 RM1.90Mekanisme menentukan harga petrol dan diesel secara apungan terkawal tanpa subsidi seperti yang digunapakai sekarang adalah tidak adil kepada rakyat. Sementara rakyat terdedah kepada risiko turun naik harga minyak mentah dunia yang diterjemahkan menjadi harga petrol dan diesel yang lebih mahal, kerajaan pula menjamin bahawa kos dan keuntungan syarikat minyak yang menjual petrol dan diesel ditanggung oleh rakyat. Mengikut formula sekarang, kerajaan menjamin untuk menanggung kos operasi dan keuntungan syarikat minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol RON95. Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menuntut supaya subsidi yang sama iaitu 30 sen setiap liter RON95 dan diesel diberikan kepada rakyat supaya berlaku adil kepada rakyat. Jika Barisan Nasional boleh menjamin keuntungan dan membayar balik kos syarikat minyak, adalah tidak masuk akal perkara yang sama tidak diberikan kepada rakyat. Pada jumlah penggunaan bahan api yang dianggarkan 14 bilion liter petrol dan 10 bilion liter diesel setahun seperti jawapan Parlimen yang diberikan Perdana Menteri, subsidi sebanyak 30 sen seliter ini hanya menelan belanja RM7.2 bilion setahun sahaja. Jumlah ini berpadanan dengan jaminan bayaran balik kos dan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat minyak. Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa jika harga RON95 tidak diturunkan kepada RM1.90 seliter menjelang 1 Disember 2014, satu demonstrasi besar akan dibuat pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak Helah untuk menurunkan harga minyak beberapa sen sahaja kononnya mengikut harga pasaran tidak akan mengabui mata rakyat dari hakikat bahawa Barisan Nasional menjamin keuntungan dan kos syarikat minyak sebanyak 30 sen seliter tetapi enggan memberi hak subsidi 30 sen kepada rakyat. DR MOHD HATTA RAMLI Pengerusi Gerakan Turun Harga Minyak Ahli Parlimen Kuala Krai ANTHONY LOKE Setiausaha Organisasi DAP Ahli Parlimen Seremban RAFIZI RAMLI Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN Ahli Parlimen Pandan 27 November 2014 ------------- |
Posted: 26 Nov 2014 09:23 PM PST |
Posted: 26 Nov 2014 08:00 PM PST KENYATAAN AKHBAR blogger tukar tiub sakeras kerasnya menafikan bahawa beliau telah berada dalam dewan pwtc pada pagi 27 november 2014 berita beliau berada di dewan pwtc tidak benar adalah diumumkan bahawa berita yang mula tersebar ini menghina para blogger melayu menghina islam menghina raja raja dan munggugat akidah sila hentikan penyebaran berita tidak benar ini NOTA: baru malam kelmarin tukar tiub memberi huraian tentang etika apa yang betul dan apa yang salah dari pandangan emmanuel kant bercakap bohong adalah salah ianya melanggar etika kemanusiaan
----------- |
Posted: 26 Nov 2014 07:47 PM PST STOP PRESS dari pwtc ramai wanita united malays national organisation telah bersorak gumbira menyokong penuh kenyataan pemimpin utama mereka yang dikeluarkan petang kelmarin ketua wanita shahrizat jalil telah menernagkan bahawa gerakan wanita parti ketuanan melayu tidak memerlukan minyak gamat dan pelincir gerakan wanita telah bersorak ria mereka melaungkan: " nak buat u turn pun boleh " persidangan diteruskan. -------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan