Khamis, 27 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Umno sebagai parti tidak berdosa

Posted: 27 Nov 2014 03:46 PM PST


Najib berucap pada Perhimpunan Agong Umno 2014 di PWTC, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Najib berucap pada Perhimpunan Agong Umno 2014 di PWTC, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
KUALA LUMPUR - "Parti Umno tidak bersalah, parti Umno tidak berdosa. Sebaliknya, yang bersalah dan yang sering berdosa itu adalah diri kita," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya menerusi ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno, kelalaian ahli Umno sendiri mempertahankan parti menyebabkan realiti politik Umno berubah.

"Benarlah cendekiawan menyebut, 'for evil to triumph, good men do nothing'. Malah menurut para ilmuwan, kata-kata ini boleh disesuaikan dengan beberapa hadis antaranya oleh hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud.

"Maksudnya, sekalipun kita di pihak yang benar, tapi jik hanya duduk berdiam dan tidak melakukan apa-apa, musuh akan bermaharajalela dan makin menjadi-jadi," katanya.

Mengulas lanjut, ujar Perdana Menteri, natijahnya, ramai orang Melayu, Bumiputera, dan masyarakat Malaysia umumnya akan bersangka buruk dengan perjuangan murni parti.

"Orang-orang Umno tidak perlu apologetik, orang-orang Umno tidak perlu berasa segan silu jika ramai pihak yang cuba memperlekeh, mencemuh kononnya parti ini sudah tidak relevan lagi.

"Hakikatnya, jangan sesekali kita lupa, dalam perhimpunan-perhimpunan yang bersejarah seperti inilah kementerian-kementerian mengatur langkah strategik demi kepentingan Melayu dan Bumiputera, di perkumpulan sebeginilah institusi-institusi Melayu serta Bumiputera seperti UiTM dimartabatkan," katanya lagi.

Oleh itu beliau menyeru kepada seluruh pihak memainkan peranan masing-masing dalam meneruskan perjuangan agar matlamat parti dapat diteruskan pada masa hadapan.

'Bagaimana orang sihat mati lepas ditahan?'

Posted: 27 Nov 2014 03:44 PM PST

MALAYSIAKINI


 


NGO hak asasi manusia mempertikaikan penjelasan polis berhubung punca kematian seorang lelaki dalam tahanan Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur di Johor awal bulan ini.

Menolak penjelasan bahawa allahyarham mati mengejut, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata perkara itu "tidak masuk akal dan tidak berintegriti".

"Dalam sijil kematian yang dikeluarkan oleh Hospital Sultan Ismail tertulis si mati mati disebabkan oleh hentakan benda tumpul di dada dan bukan mati secara tiba-tiba," kata Suaram.

Dalam kenyataannya hari ini, Suaram juga mendakwa polis melarang ayah allahyarham berjumpa dengan anaknya dan didakwa hanya dimaklumkan lama selepas itu oleh pihak hospital.

NGO itu justeru mengesyaki ada "ada sesuatu perkara yang ingin disembunyikan" daripada pengetahuan keluarga.

"Si mati diumumkan mati oleh pihak hospital pada 7.30 pagi dan ayahnya, Syed Mohamed Nur (Ali) hanya dimaklumkan kematian anaknya pada jam 1.00 petang," dakwa Suaram.

Suaram menggesa pihak bertanggungjawab ke atas kematian itu diheret ke muka pengadilan dan polis "tidak boleh melarikan diri" dengan mengklasifikasikan kematian itu sebagai kematian mengejut.

"Bagaimana seseorang yang muda dan sihat tiba-tiba mati selepas ditangkap oleh polis? " soal NGO itu.

13 insiden tahun ini


Sementara itu, NGO itu juga menyatakan kebimbangannya dengan kes kematian dalam tahanan yang pada tahun ini sudah mencatat angka 13 orang.

Katanya, masalah paling besar apabila tiada badan bebas untuk memantau tugas polis dan mengambil tindakan terhadap anggotanya yang menyalah guna kuasa.

Setelah sembilan tahun Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, ia masih tidak dilaksana, tambahnya.

'Hanya sokongan rakyat boleh selamatkan Umno'

Posted: 27 Nov 2014 03:32 PM PST

MALAYSIAKINI




 
 
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan bahawa Akta Hasutan bukanlah alat untuk diguna bagi mengekalkan kekuasaan Umno.
 
Mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Akta tersebut akan dikekalkan, Abdullah menulis di blognya: "Kekuasaan dan kekuatan Umno datangnya dari sokongan rakyat". 
 
"Ingatlah, jika rakyat sudah tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah ini yang akan menyelamatkan Umno dari kehilangan kuasa,"  katanya.
 
Abdullah berkata, beliau menyokong keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.
 
"Saya menyokong pengekalan atau pun penggubalan mana-mana rang undang-undang yang menjaga keharmonian negara kita, yang menegakkan perlembagaan kita, yang menentukan perjanjian kontrak sosial yang dimeterai oleh bapa-bapa kita ditepati, dan yang menentukan Persekutuan Malaysia tidak dihancurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini semua saya sokong," katanya.
 
Katanya, beliau tertarik dengan ucapan dasar Najib di perhimpunan agung Umno tahun ini. 
 
"Selain memperingatkan ahli-ahli Umno akan sejarah perjuangan Umno dan juga betapa pentingnya semangat solidariti, beliau juga sangat prihatin dengan keresahan, kerisauan dan juga keinginan orang Melayu secara amnya, dan ahli-ahli Umno khususnya," katanya. 

Azmin rayu BN terima peruntukan RM200K

Posted: 27 Nov 2014 03:30 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Mohamed Azmin Ali hari ini 'merayu' kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN supaya menerima wang peruntukan sebanyak RM200,000 setahun yang akan diberi oleh kerajaan negeri mulai tahun depan.

Ketika berucap pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2015, Azmin meminta supaya wang itu diterima demi kepentingan rakyat.

"Pendirian kerajaan negeri adalah kekal dengan peruntukan untuk setiap ADUN pembangkang iaitu RM200,000 setahun kepada 12 ADUN. Ia dikekalkan.

"Saya senyum ini, OK? Terimalah untuk rakyat. Ini merayu ni. Saya merayu terimalah. Demi rakyat," kata Azmin sambil tersenyum.

Selepas itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berdiri dan memberitahu bahawa, pihaknya akan cuba mempertimbangkan pemberian itu.

Bagaimanapun, katanya, atas dasar prinsip, jumlah yang diberikan perlu sama seperti yang diterima oleh ADUN Pakatan Rakyat.

"Kita pun bekerja untuk rakyat. Saya sering berasaskan kepada prinsip. Wakil rakyat tak kira pembangkang atau tidak, dipilih oleh rakyat. Kepentingan kena bersama. Jumlah kena sama. Atas dasar prinsip.

"Kita menolak atas dasar prinsip. Kalau benda ini atas dasar keikhlasan, kita akan mesyuarat balik untuk kaji kedudukan sebenar," kata Shamsudin.

Perkara itu menyebabkan Azmin sekali lagi memberi penjelasan bahawa setiap DUN menerima jumlah wang yang sama iaitu sebanyak RM700,000.

Bagaimanapun, di setiap DUN yang dimenangi BN, Azmin menjelaskan, hanya RM200,000 diberi kepada ADUN dan selebihnya kepada penyelaras DUN.

'Masuklah Pakatan, dapat RM700,000'

Dengan nada bergurau, Azmin bagaimanapun berkata, jumlah RM700,000 boleh diperoleh oleh Shamsudin sekiranya beliau menyertai Pakatan.

"Sekurang-kurangnya, pemberian peruntukan ini permulaan yang baik. Mungkin ia akan membuka hati Sungai Burong untuk menerima tahun depan. Kita boleh pertingkatkan (jumlah peruntukan).

"Setiap yang mula mesti dengan langkah pertama. Langkah pertama RM200,000. Langkah seterusnya, kalau Yang Berhormat masuk Pakatan, dapat RM700,000," kata Azmin sambil ketawa.

Kemudian, Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) pula bangun dan mempersoalkan sama ada Tan Sri Khalid Ibrahim (Bebas-Pelabuhan Klang) menerima jumlah yang sama dengan ADUN Pembangkang yang lain.

Khalid tidak hadir pada sidang hari ini.

"Yang Berhormat sebut 12 ADUN BN, bagaimana dengan sahabat saya di sebelah ini (Khalid) tak disebut. Walaupun tak sebut, dia ini pejuang juga," kata Sulaiman berseloroh.

Azmin kemudian membalas kenyataan Sulaiman itu dengan mengatakan bahawa Khalid juga akan menerima peruntukan dengan jumlah yang sama dengan ADUN pembangkang iaitu RM200,000.

"Semenjak bila Permatang prihatin dengan Pelabuhan Klang? Baru hari ini Permatang ambil berat dan prihatin dengan Pelabuhan Klang.

"Pelabuhan Klang juga kita akan bagi RM200,000. Itu prinsip," kata ADUN Bukit Antarabangsa itu lagi.

Peluk Islam selepas wacana Sinar Harian

Posted: 26 Nov 2014 11:06 PM PST


Remaja lelaki ini mengucap dua kalimah syahadah di Kumpulan Media Karangkraf, semalam. Remaja lelaki ini mengucap dua kalimah syahadah di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
 
 
SHAH ALAM - Seorang remaja terbuka hati untuk memeluk Islam selepas hadir mendengar wacana anjuran Sinar Harian bertajuk Cabaran Dakwah di Malaysia, semalam.

Remaja lelaki yang enggan namanya didedahkan itu ditemani ayahnya semasa mengucap dua kalimah syahadah selepas selesai wacana itu yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf.

"Sebelum ini memang saya sudah tergerak hati untuk memeluk Islam, dan selepas saya mendengar wacana ini, saya terus bersetuju untuk mengucap dua kalimah syahadah.

"Apa yang diterangkan dalam wacana ini membuka hati saya untuk memeluk Islam. Inilah masanya bagi saya untuk memilih agama yang betul," katanya yang mendapat keizinan daripada bapanya untuk memeluk Islam.

Menurutnya, dia sudah mengenali Islam sejak berada di tingkatan satu melalui rakan-rakan beragama Islam.

"Saya mula menyedari keindahan Islam dan tertarik untuk mendekati Islam selepas mendengar mengenainya daripada rakan.

"Saya juga banyak mendapatkan nasihat daripada (Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia), Muhd Zamri Vinoth Abdullah yang banyak menerangkan mengenai Islam kepada saya," katanya.

Dia berhasrat untuk bersungguh-sungguh mempelajari mengenai Islam selepas ini.

Soalan MP PAS dituju kepada PM pada hari terakhir

Posted: 26 Nov 2014 11:02 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat hari ini banyak ditujukan kepada Perdana Menteri.

Daripada 10 soalan yang disenaraikan, lima daripadanya meminta penjelasan daripada Perdana Menteri, sebagaimana di bawah.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kesihatan menyatakan jaminan kemajuan pembangunan Hospital Dungun yang baharu dapat disiapkan sepenuhnya mengikut jadual.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk mempertahankan hak negara kita di Kepulauan Spratly khususnya akibat daripada pengambilalihan dan dakwaan pembinaan Pengkalan Maritim di pulau tersebut oleh sebuah negara asing.

Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Perdana Menteri menyatakan selaras dengan perlaksanaan indeks syariah yang akan digunakan menjelang tahun 2015, minta Kerajaan jelaskan sejauh mana kajian yang telah di buat (sekiranya ada) terhadap undang-undang jenayah sekarang berpandu kepada indeks syariah yang akan dilaksanakan nanti.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan apakah alasan kuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih hari Khamis 25 September 2014 sebagai tarikh pengundian

Pilihan Raya Kecil N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan. Adakah SPR menyedari pemilihan tarikh berkenaan menyukarkan pengundi-pengundi yang bermastautin di luar Kelantan untuk balik mengundi. Apakah ada cadangan berkesan oleh SPR dalam usaha memudahkan pengundi-pengundi yang berada jauh daripada pusat-pusat pengundian.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pemaju hartanah tempatan khususnya di Johor mampu bersaing dengan pemaju hartanah daripada negara China yang hanya melabur di Wilayah Iskandar.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan jumlah import dan eksport tenaga elektrik dari dan ke negara jiran melalui interconnection yang ada sepanjang tahun 2014.

Dr. Hajah Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kewangan menyatakan perancangan terperinci menyelamatkan MAS daripada kebankrapan.

Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah peruntukan pembangunan negeri Kelantan yang telah disalurkan oleh Kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) bagi tahun 2013 dan bagaimanakah pelaksanaannya.
Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) apakah pendirian sebenar Kerajaan terhadap Akta Hasutan, adakah akan dihapuskan seperti dijanjikan atau tidak; dan

(b) berapakah jumlah kes-kes pendakwaan di bawah Akta Hasutan selepas Perdana Menteri mengisytiharkan akan memansuhkan akta tersebut dan berapakah kos yang telah ditanggung oleh Kerajaan sehingga kini bagi kos kes-kes pendakwaan tersebut.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Kewangan menyatakan respon kerajaan terhadap kritikan Tun Dr. Mahathir berhubung 1MDB.

Dewan Rakyat yang memulakan persidangan pada 7 Oktober lalu berakhir pada hari ini, diikuti Dewan Negara yang dijadualkan bersidang pada 1 hingga 18 Disember depan. - HARAKAHDAILY

PAU 2014: Ada Saja Orang Nak 'Sembelih' Saya - Shahrizat

Posted: 26 Nov 2014 10:58 PM PST


Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM


 
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendedahkan ada usaha untuk 'menyembelih' karier politiknya dalam Umno.

Bagaimanapun, Ketua Wanita Umno itu menegaskan, beliau tidak akan sesekali berundur daripada kedudukannya sekarang hanya kerana cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkannya.

"Saya tahu ada mulut-mulut capoi yang akan cakap belakang-belakang… sebab hari-hari ada sahaja orang nak sembelih saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pengulungan Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.

Malah, katanya, beliau akan terus menduduki kerusi Ketua Wanita itu selagi kuota sebanyak 30 peratus wanita memegang jawatan sebagai pembuat dasar tidak dipenuhi.

"Saya tidak akan letak jawatan selagi 30 peratus wanita tidak memegang jawatan dalam bidang korporat," katanya.

Sementara itu, Shahrizat berkata, gesaan Wanita Umno supaya Akta Hasutan 1948 tidak dihapuskan tidak ada kaitan dengan agenda Melayu.

Sebaliknya, jelas beliau, ia dilakukan demi menjaga keharmonian, keselamatan dan perpaduan kaum di negara ini.

"Ada segelintir pihak kata ini agenda Melayu, ini bukan agenda Melayu, ini agenda Rakyat. Kita mesti jaga semua perkara dalam Perlembagaan termasuk bukan Melayu," katanya.

Justeru, Shahrizat mengesa agar kerajaan mengkaji semula cadangan untuk memansuhkan akta yang disifatkan sebagai senjata terakhir dalam mempertahankan agama, institusi raja dan orang Melayu.

Rizab Melayu: Kelantan paling luas di Malaysia

Posted: 26 Nov 2014 10:38 PM PST

ASLANI M


KOTA BHARU: Ketika Wanita dan Pemuda Umno terkial-kial mahu mempertahan tanah rizab Melayu, tanpa sedar negeri yang tidak diperintah Umno dan BN lebih luas tanah rizab terbabit.

Ini dibuktikan Kelantan yang mencatat tanah rizab Melayu tertinggi di negara ini iaitu seluas 1,308,686.97 hektar.

Statistik itu dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata keluasan tanah rizab Melayu di Kelantan tidak pernah susut atau berkurangan.

Katanya, Kelantan satu-satunya negeri yang mempunyai aset tanah rizab Melayu yang paling tinggi di Malaysia.

"Tanah rizab Melayu sentiasa terpelihara sehingga ia kekal antara yang tertinggi di negara ini.

"Sekiranya ada tanah rizab Melayu digunakan ia akan digantikan dengan keluasan yang sama sebagaimana diperuntukkan Fasal 3 Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan," katanya di sini.

Pada Persidangan Wanita dan Pemuda Umno semalam kedua-dua sayap Umno itu tanah rizab Melayu dipertahankan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bimbang kemerosotan tanah rizab Melayu yang jatuh mendadak daripada 50 peratus kepada 12 peratus.

Begitu juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula mahu Peguam Negara diberi kuasa melindungi dan mempertahan tanah rizab Melayu melalui pindaan Enakmen Rizab Melayu.

Ahmad Fadhli berkata, tanah rizab Melayu di Kelantan membentuk 87.6 peratus daripada keluasan keseluruhan tanah di negeri tersebut iaitu 1,493,765.10 hektar. – HARAKAHDAILY

Najib kekal Akta Hasutan, kita tetap lawan - Mohd Sabu

Posted: 26 Nov 2014 10:37 PM PST

SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan untuk memberi dan melakukan perubahan walaupun beliau telah berjanji dengan rakyat untuk memansuhkan akta tersebut.

"Janji dia sebelum ini hanya untuk melunakkan sahaja, Najib tidak kuat. Tidak ada pendirian. Macam isu ISIS dulu pada awalnya dia sokong, sekarang buat auta, tidak ada pendirian!" tegas Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau juga percaya Akta Hasutan itu gagal dimansuhkan kerana ia satu-satunya akta yang menjadi senjata untuk menyelamatkan Umno.

"Akta untuk Umno semata-mata, bukan untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS tidak sekali mengalah dan akan tetap melawan akta itu yang sering disalahgunakan oleh Umno BN.

"Kita tetap akan lawan. Kita akan buat gerakan seperti kita gerakan rakyat menentang ISA dan juga Akta Polis sehingga kerajaan beralah dan memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Hari ini, pada Perhimpunan Agung Umno Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.

Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Reaksi pendirian itu, membuatkan 2,752 perwakilan berdiri dan bersorak sebagai tanda menyokong keputusan Presiden parti Melayu terbesar di negara ini yang kini dianggotai 3.47 juta orang.

Sebelum ini Najib Tun Razak dilaporkan telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 11 Julai 2012 dan sekali lagi pada 3 Julai 2013. - HARAKAHDAILY

Dari rakyat, untuk rakyat!

Posted: 26 Nov 2014 10:31 PM PST



Oleh Hanif Mahpa dan Azzan Aznan


Adakah kehadiran mahasiswa hari ini dirasai masyarakat awam? Adakah berdirinya bangunan agam universiti di tengah-tengah lautan masyarakat disedari dan dirasai oleh penduduk sekitar?

Mahasiswa untuk rakyat

Mahasiswa seharusnya menjadi agen penyebar ilmu dalam menjunjung perjuangan mencelikkan masyarakat sekitar, terutamanya masyarakat setempat yang berada di sekitar kampus agam.


Seharusnya masyarakat dapat merasakan tempias ilmu yang berlegar di dalam kampus. Hal ini kerana, menjadi satu kerugian amat besar sekiranya keberadaan mahasiswa dan universiti-universiti gagal membawa masyarakat setempat merasa suasana ilmu.

Mahasiswa seharusnya turun ke kampung-kampung mahupun pasar malam atau mana-mana pusat sosial sekitar kampus untuk menyampaikan ilmu dengan harapan masyarakat setempat tidak hanya bergantung pada media massa yang kini menjadi sumber rujukan utama.

Aspirasi inilah seharusnya diperjuangkan mahasiswa demi melahirkan bangsa yang celik ilmu pengetahuan.

Di samping itu, mahasiswa seharusnya cakna akan isu dan suasana masyarakat di luar kampus. Mahasiswalah yang sepatutnya merasakan perit lelah masyarakat yang bekerja membanting tulang bagi menyara kehidupan seharian mereka.

Titik peluh mereka inilah yang mengalir dalam wang-wang yang digunakan untuk biasiswa dan perbelanjaan di universiti awam.

Malangnya mahasiswa hari ini cukup angkuh berterima kasih dan leka dengan kehidupan selesa mereka.

Mereka tidak sedar mereka sebahagian rakyat yang tertindas. Mereka tidak lagi turun memperjuangkan isu kemasyarakatan seperti mana yang kita dapat lihat dalam lipatan sejarah apabila mahasiswa sendiri turun ke kampung-kampung bagi memperjuangkan hak rakyat.

Kita dapat lihat kecaknaan mahasiswa akan penderitaan masyarakat apabila ribuan mahasiswa pada 1974 menggerakkan Demonstrasi Baling demi menyuarakan kepada pemerintah agar segera menyelesaikan masalah kemiskinan yang melampau di Baling.

Mereka rela dipenjara demi memperjuang hak masyarakat Baling. Mereka percaya mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat, bukan tanggungjawab untuk hadir ke kelas sahaja!

Perjuangan hari ini: Selamatkan Kampung Warisan!

Dasawarsa ini, kita dikejutkan dengan isu kemasyarakatan yang begitu dekat dengan kampus-kampus mahasiswa di Lembah Klang, iaitu isu pencerobohan kampung warisan, Kampung Chubadak Tambahan, Sentul. Seramai 160 buah keluarga dari kampung ini diperintahkan berpindah atas alasan bagi membangunkan kawasan tersebut.

Menjadi lebih malang bagi penduduk kampung apabila mereka tidak diberikan pampasan yang sewajarnya seperti mana yang diputuskan Mahkamah Rayuan Malaysia pada tahun 1998 di dalam kes Sentul Murni Sdn Bhd lawan Ahmad Amiruddin bin Kamarudin & lain-lain.

Mahkamah di dalam kes ini memutuskan mereka bukanlah setinggan tetapi penduduk pemegang lesen beserta ekuiti dan mereka perlu dibayar pampasan yang sewajarnya mengikut nilaian semasa jika terpaksa dipindahkan. Keputusan ini juga sekali lagi disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada 13 November yang lalu.

Namun, pihak pemaju berkeras untuk mengusir penduduk kampung Chubadak tanpa memberikan bayaran pampasan yang setimpal dan masuk akal.

Kami cukup berbangga dengan rakan-rakan mahasiswa yang sanggup turun merasa kepedihan hidup penduduk Kampung Chubadak, sehinggakan Saudara Ahmad Fahmi Mokhtar dan Saudara Abdul Muqit Muhammad pun ditahan pihak polis kerana tegar mempertahankan penduduk kampung.

Terbukti, usaha mahasiswa yang turun ini menampakkan kejayaan apabila pemaju mula akur untuk memberikan bayaran pampasan yang setimpal kepada beberapa keluarga. Keputusan Mahkamah Rayuan yang menyebelahi penduduk kampung juga menunjukkan mahasiswa yang turun mempertahankan hak penduduk kampung itu mempunyai asas yang kukuh akan apa yang diperjuangkan, bukannya semata-mata perjuangan populis untuk mendapatkan nama.

Khatimah

Bersempena Perhimpunan Agung Umno yang akan datang ini, kami memuji langkah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia menganjurkan Himpunan Mahasiswa: Selamatkan Kampung Warisan untuk menyerahkan memorandum kepada Presiden Umno.

Kami percaya perjuangan kemanusiaan dan mempertahankan hak sebegini sewajarnya dipelopori oleh gerakan mahasiswa.

Perjuangan mempertahankan hak kampung warisan masyarakat Melayu ini juga akan disertai masyarakat-masyarakat kampung yang tertindas, menandakan perjuangan mahasiswa adalah perjuangan rakyat.

Justeru, kami menyeru mahasiswa, NGO-NGO dan seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai penyerahan memorandum di hadapan PWTC pada jam 2 petang, 28 November 2014 ini.
Ayuh kita maknakan, "Mahasiswa: Dari rakyat, untuk rakyat!"

'Tak perlu bakar bra untuk kerusi VP'

Posted: 26 Nov 2014 10:24 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil gembira kerana tuntutan pergerakan itu agar diperuntukkan jawatan naib presiden parti mendapat perhatian pucuk pimpinan tanpa perlu melakukan protes jalanan.

"Yang cantik, yang indahnya perjuangan dalam Umno  ini kita tak perlu turun ke jalan raya, atau membakar bra kita contohnya.

"Kalau dulu, kita kena buat macam-macam untuk mendapat keadilan buat wanita.

"Dalam Umno tak payah. Kita cuma perjuangkan secara berhemah dan beradab," katanya sewaktu ditemui wartawan pagi ini.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas kenyataan Najib terdahulu, yang akan mempertimbang untuk memperuntukkan satu kerusi naib presiden Umno buat Wanita Umno.

Jelasnya, beliau akan berunding dengan semua pihak dalam parti bagi mewujudkan jawatan naib presiden khusus kepada Wanita Umno.

Tambahnya, jawatan kepada Wanita itu turut diperluaskan di peringkat bahagian dengan memperuntukkan jawatan naib ketua bahagian kepada Wanita.

Najib berkata demikian dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung Umno ke-65 di PWTC pagi ini.

Ada 'tentangan', Najib timbang naib Wanita

Posted: 26 Nov 2014 10:22 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan beliau mendengar hasrat dan akan berunding dengan semua pihak dalam parti bagi mewujudkan jawatan naib presiden khusus kepada Wanita Umno.

Beliau yang juga perdana menteri berkata jawatan kepada Wanita itu turut diperluaskan di peringkat bahagian dengan memperuntukkan jawatan naib ketua bahagian kepada Wanita.

Berucap ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno tahun ini, Najib berkata beliau menyedari adanya "resistance" (penentangan) berhubung permintaan mereka.

"Dalam perhimpunan kali ini, saya tahu kepimpinan Wanita menyatakan hasrat dan diberi peranan yang lebih.

"Mereka tidak lagi disebut tulang belakang Umno, sebaliknya mahu lebih daripada itu.

"Hal ini saya dengar, kita dengar, timbang dan runding dengan semua pihak, sama ada jawatan naib presiden atau naib ketua bahagian.

"Saya akan duduk bincang, cari jalan terbaik untuk memperkukuhkan parti kita," katanya.

Menjawab permintaan Pemuda dan Puteri Umno yang mahu lebih tempat dan jawatan, Najib sekali lagi menyatakan beliau sedia menimbang hasrat kedua-dua sayap itu tetapi mestilah menepati syarat yang ditetapkan.

"Mereka mesti menepati kriteria jil (generasi) Umno. Mereka mesti diuji. Saya dan timbalan presiden akan menjadi penyelia," katanya.

3 pengisian 'jil' Umno

Sebelum itu, Najib bercakap mengenai pengisian dan pentarbiahan untuk melahirkan "jil Umno" iaitu pertama, mereka mestilah cerdas, pintar berilmu, berkemahiran dan beramal dengan ilmu yang diperoleh.

"Kedua dilatih dengan akhlak dan kesederhanaan, tidak jadi pelampau, tidak juga liberal, "katanya.

Sementara syarat ketiga adalah mereka yang belajar di luar negara, tetapi nilai ketimuran mereka tidak terpisah dengan nilai di tanah air.

"Pewaris kepimpinan Umno, adalah daripada generasi yang kuat," kata Najib.

Awal Ashaari Kesal Stesen TV Utamakan Pelawak Jadi Pengacara

Posted: 26 Nov 2014 10:08 PM PST


Oleh: KEMALIA OTHMAN


Awal minta agar stesen televisyen berlaku adil pilih pengacara.
 
 
 
PETALING JAYA: Awal Ashaari kesal apabila stesen televisyen di negara ini dilihat lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara dengan menjadikan individu sepertinya sebagai pilihan kedua.

Awal, 33, berkata, stesen televisyen seharusnya faham peranan pelawak dan pengacara serius sepertinya sebelum menawarkan peluang mengendalikan sesebuah program.

"Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

"Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

"Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah progrom apabila pelawak yang dipilih buat hal," ujarnya kepada mStar Online.

Awal berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan pengacara-pengacara baharu daripada golongan pelawak yang sering mendapat peluang mengacarakan acara-acara besar dan berprestij di stesen televisyen.

Secara tidak langsung kata Awal, perkara tersebut bakal membunuh industri pengacaraan khususnya pengacara-pengacara serius yang mencari makan dalam bidang penyiaran.

Awal juga mengakui skop kerjayanya semakin mengecil apabila terpaksa bersaing dengan pelawak-pelawak baharu yang diangkat menjadi pengacara.

"Kalau semua pelawak menjadi pengacara semua program, ia boleh membunuh industri pengacaraan kepada pengacara acara serius seperti saya ini.

"Selain itu, program-program terbitan televisyen juga banyak menjurus kepada program komedi berbanding ilmiah," katanya.

Dalam pada itu, Awal berkata, kebanyakan pelawak mempunyai pakej tertentu membuatkan mereka lebih mendapat pilihan dalam mengendalikan sebuah majlis.

Katanya, perkara tersebut juga membuatkan dia sering ditanya sama ada mempunyai pakej yang sama seperti yang diberi oleh pelawak.

"Pelawak biasanya akan bagi pakej termasuk melakukan lawak sejam jika mengambil mereka untuk mengendalikan sesebuah majlis. Ada penganjur yang bertanya saya, sama ada boleh buat lawak sejam atau tidak?

"Itu membuatkan golongan itu sering menjadi pilihan utama sebagai pengacara majlis," keluhnya.

UMNO gagal berubah, siapa perlu diubah?

Posted: 26 Nov 2014 03:48 PM PST



Oleh Shahbudin Husin


UMNO mengadakan Perhimpunan Agung tahunannya sekali lagi. Jika dikira daripada tarikh ia ditubuhkan pada 1946, usia UMNO ketika ini sudah mencecah 68 tahun dan kalau ia seorang manusia pula, ia adalah seorang tua yang sudah dijangkiti banyak penyakit serta tidak berada lama lagi hayatnya di dunia ini.

Tetapi sebagai entiti yang tiada tempoh matinya, usia UMNO sukar diramalkan. Hayatnya mungkin panjang dan mungkin juga pendek. UMNO ketika ini bukan saja menjadi antara parti paling lama berkuasa tanpa henti, bahkan mungkin satu-satunya parti yang menuntut kemerdekaan yang masih kekal menggenggam kuasa.

Sejak pilihanraya 2008, UMNO telah mengalami kemerosotan sokongan yang ketara daripada rakyat. Buat pertama kalinya, BN yang ditunjangi UMNO hilang majoriti dua pertiga pada pilihanraya 2008 dan kemudian pilihanraya 2013 pula, bukan saja terus merosot jumlah kerusinya, malah turut kehilangan undi popularnya.

Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan parti dan negara pada 2009, beliau sedar parti ketika itu dalam keadaan lemah dan makin merosot. Lantaran itu, peringatan awal yang kerap dilontarkannya ialah "berubah sebelum rebah" supaya ahli parti di semua peringkat segera memperbaiki diri, bermuhasabah serta melakukan perubahan.

Malangnya, dalam tempoh 2009 hingga pilihanraya 2013, melalui pelbagai slogan dan pendekatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib,  sokongan rakyat tidak juga menjelma. Selain kehendak rakyat makin kritikal dan pelbagai, isu yang menghantui rakyat juga ialah tiadanya perubahan dalam diri pemimpin yang sering melaungkan slogan "berubah sebelum rebah" itu.

Bagi kebanyakan rakyat dan ahli UMNO sendiri, mereka mendapati Datuk Seri Najib tidak bersungguh-sungguh berubah sebagaimana beliau meminta pemimpin dan ahli UMNO yang lain agar berubah. Dengan pelbagai isu yang membeliti diri dan keluarganya sejak 2009, dari isu kemewahan, pembaziran, penonjolan isteri yang keterlaluan, perbelanjaan, mengurus kerajaan dan sebagainya, jelas tergambar bahawa Perdana Menteri juga gagal berubah sebenarnya.

Apabila beliau bercakap mengenai perubahan dan meminta orang lain berubah, sudah tentu teladan ini mesti hadir melalui dirinya terlebih dahulu. Bagaimana pemimpin dan ahli UMNO lain mahu berubah sedangkan yang melaungkan perubahan pun kekal selesa dengan gaya lama yang menjadi kebencian rakyat?

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO ke-68 tahun ini, isu perubahan sekali lagi dilaungkan, tetapi kali ini oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pula. Jika dulu Presiden UMNO mengatakan "berubah sebelum rebah", Timbalan Presidennya pula menggesa agar "berubah sebelum diubah".

Menurut Tan Sri Muhyiddin lagi, berdasarkan keputusan pilihanraya pada 2008 dan 2013, adalah jelas UMNO kini berada dalam kedudukan yang kritikal dan memerlukan perubahan yang segera sebelum kalah lebih teruk lagi.

"Saya katakan kita sedang menghadapi tahap kritikal, kalau perubahan atau pembaharuan tidak dilihat berlaku, bimbangnya kita boleh kalah. Isyaratnya sudah jelas di hadapan kita," tegasnya lagi.

Persoalannya, kenapa kali ini Tan Sri Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan pula yang menuntut agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam UMNO?

Apakah ini bermakna perubahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejak 2009 telah mengalami kegagalan?

Sementara Datuk Seri Najib tidak bercakap lagi mengenai perubahan sejak kebelakangan ini, maksud perubahan dan pembaharuan yang ditekankan oleh Tan Sri Muhyiddin seharusnya juga difahami oleh ahli-ahli UMNO menjelang perhimpunannya kali ini.

Apakah maksud sebenar perubahan dan pembaharuan itu? Adakah ia hanya mengenai sikap, pendekatan dan corak kerja semata-mata atau ia termasuk juga perubahan dan pembaharuan dalam kepimpinan UMNO?

Tidak dinafikan bahawa sejak mengambil alih kepimpinan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ditakrif lemah dan menimbulkan banyak masalah, Datuk Seri Najib telah melakukan pelbagai usaha dan pendekatan untuk memenangi pilihanraya tetapi masalah utamanya ialah beliau juga dilihat tidak berubah lantaran pelbagai isu lain yang tidak henti-henti mengenai dirinya sendiri.

Sebab itu, keputusan pilihanraya 2013 lebih buruk daripada 2008. Dan selepas pilihanraya 2013 pula, imej dan wajah UMNO terus lebih buruk lagi. Ini menyebabkan soal kemungkinan UMNO kalah pilihanraya dan hilang kuasa bukan lagi diperbualkan oleh rakyat biasa, malah ramai pemimpin UMNO sendiri turut bimbang dengannya.

Jika Perhimpunan Agung UMNO tahun ini digunakan untuk menilai prestasi parti dan pemimpinnya serta tidak lagi bercakap soal retorika kaum, agama atau lawak jenaka, perubahan dan pembaharuan dalam kepimpinan sudah tidak dapat dielakkan lagi jika ingin terus berkuasa dan menang pilihanraya. Perubahan dan pembaharuan yang sudah tidak boleh dielakkan lagi ialah melibatkan Datuk Seri Najib sendiri.

Tanpa perubahan dan pembaharuan yang melibatkan "bahagian kepala dari seekor ikan", apa pun perubahan yang dilaungkan tidak akan berupaya menjana kemenangan kepada UMNO. Apakah ini sebenarnya mesej yang cuba disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin apabila mengatakan perlunya UMNO melakukan perubahan dan pembaharuan?

Besut kedua tertinggi kes rogol

Posted: 26 Nov 2014 03:45 PM PST


Seorang pakar menunjukkan teknik menyelamatkan diri kepada Wan Abd Aziz dan peserta seminar di SMK Tengku Mahmud II. Seorang pakar menunjukkan teknik menyelamatkan diri kepada Wan Abd Aziz dan peserta seminar di SMK Tengku Mahmud II.
 
 
BESUT - Statistik kes rogol di Besut dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak satu kes atau 5.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebanyak 18 kes rogol dilaporkan bermula Januari sehingga Oktober lalu berbanding hanya 17 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, statistik itu menunjukkan Besut berada di tempat kedua tertinggi bagi kes tersebut di negeri ini selepas Kuala Terengganu yang merekodkan 23 kes berbanding 18 kes tahun lalu.

"Bagaimanapun statistik bagi kes berkenaan yang dilaporkan di seluruh negeri ini menunjukkan penurunan iaitu hanya 98 kes berbanding 111 kes bagi tempoh sama tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan penutup Seminar 'Manisnya Menjadi Gadis' di bawah Program Kempen Kesedaran Wanita  (WAC) 2014 di SMK Tengku Mahmud II, di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Wan Rukman Wan Hassan; Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hassan dan Pengetua  SMK Tengku Mahmud II, Che Zainum Che Salleh.

Dalam pada itu, Wan Abd Aziz tidak menolak kemungkinan masih ada kejadian rogol yang tidak dilaporkan kerana disebabkan mangsa takut membuat laporan atau ahli keluarga tidak mahu memanjangkan perkara itu atas alasan bimbang maruah tercemar.

Beliau berkata, kebanyakan kes rogol yang berlaku melibatkan pelajar sekolah menengah yang terjebak dalam perhubungan seks.

"Sebahagian besar kejadian rogol ini melibatkan teman lelaki sama ada yang baru dikenali atau sudah lama menjalinkan hubungan cinta.

"Kejadian ini hanya diketahui apabila pelajar perempuan dibawa ke hospital kerana didapati mengandung atau melahirkan anak luar nikah," katanya.

Menurutnya, mengikut undang-undang, mana-mana lelaki yang melakukan persetubuhan ke atas perempuan di bawah usia 16 tahun walaupun dengan kerelaan dianggap perbuatan rogol dan boleh dituduh di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan rotan.

Mengulas mengenai seminar, Wan Abd Aziz berkata, ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap trend jenayah semasa, di samping langkah pencegahan yang boleh diambil sekiranya berlaku kejadian jenayah.

Nama jalan dipertikai, KJ seru Pemuda bangkit

Posted: 26 Nov 2014 03:29 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Marah dengan tindakan orang ramai mempertikaikan penamaan semula lapan jalan di Kuala Lumpur, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menyeru perwakilan Pemuda agar "bangkit mempertahankan agama, bangsa dan negara".
 
Menurut KJ, media sosial Twitter dipenuhi lambakan individu yang mempertikaikan jasa bekas-bekas Yang di-Pertuan Agong kepada negara yang kini diabadikan pada nama jalan di Kuala Lumpur.
 
Sedangkan katanya, kerajaan Pulau Pinang boleh pula menamakan jalan di Pulau Pinang sempena nama mendiang Karpal Singh.
 
"(Mereka tanya) apakah sumbangan Yang di-pertuan Agong kepada negara? (Mereka kata) sekurang-kurangnya Karpal Singh ada berbakti kepada bangsa.
 
"Kenapa tak kecoh jalan di Pulau Pinang dinamakan Jalan Karpal Singh? Tak ada siapa pun yang bising," katanya.
 
Lapan jalan di ibu negara, antaranya, Jalan Duta, Jalan Ipoh dan Lebuh Raya Mahameru ditukar nama-nama sempena Yang di-Pertuan Agong Malaysia mulai hari ini.
 
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan M Loga Bala menjelaskan, ia diputuskan kabinet pada Jun lalu setelah dipohon oleh Majlis Raja-Raja.
 
Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Pemuda Umno di PWTC petang ini, Khairy berkata media sosial hari ini turut dipenuhi dengan respons kurang menyenangkan terhadap ucapannya pagi tadi.
 
Ada yang berani mengakui mereka tidak terikat dengan kontrak sosial malah ada juga yang menyifatkan hak istimewa orang Melayu sebagai 'sejarah' semata-mata, kata Khairy.
 
Menurut Khairy, ia berlaku kerana sebahagian media sengaja menggambarkan ucapan beliau bersifat perkauman.
 
Sedangkan jelasnya, 16 halaman daripada ucapannya menyentuh tentang peremajaan semula Umno sebagai sebuah parti.
 
"Yang dilaporkan adalah tanggapan, gambaran bahawa kita adalah parti yang rasis. Kononnya kita mereka segala-galanya.
 
"Saya nak beritahu tuan-tuan inilah buktinya sekiranya kita tak bangkit di benteng hadapan - negara, bangsa dan agama kita akan diperlekehkan," laung Khairy penuh bersemangat disambut tepukan berdiri daripada perwakilan.

Orang Islam lebih sibuk beri alasan dari berdakwah

Posted: 26 Nov 2014 03:22 PM PST


Barisan panel ketika wacana Cabaran Dakwah di Malaysia di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini. Foto Sinar Harian: Nizam Zain Barisan panel ketika wacana Cabaran Dakwah di Malaysia di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini. Foto Sinar Harian: Nizam Zain
 
 
SHAH ALAM - Keengganan orang Islam sendiri untuk menyampaikan ilmu Islam kepada orang bukan Islam merupakan cabaran paling besar dihadapi dalam berdakwah.

Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia, Muhd Zamri Vinoth Abdullah berkata, sikap Muslim yang lebih mementingkan diri serta tidak punya keyakinan diri dalam berdakwah menyulitkan proses penyampaian dan perkongsian ilmu Islam khususnya bagi yang bukan Muslim.

"Cabaran dakwah yang paling besar di negara ini adalah orang Islam sendiri tidak berdakwah. Itulah cabarannya.

"Kita cuba selindung atau sorok (kebanyakan) masalah (berkaitan dakwah Islam) yang dihadapi. Sepatutnya kita fikirkan bersama bagaimana cara dan jalan penyelesaian untuk mengatasi cabaran dakwah ini," katanya menerusi siri Wacana Cabaran dakwah di Malaysia di Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, peranan dakwah dan penyampaian ilmu Islam sebenarnya merupakan tanggungjawab setiap Muslim di dunia ini.

"Bila saya tanya mereka (orang Islam), adakah dakwah itu wajib? Kesemua mereka jawab hukum menyampaikan dakwah itu wajib.

"Bila saya tanya mereka apa yang mereka sudah buat bagi memainkan peranan dakwah itu? Mereka tidak dapat jawab kerana mereka tidak buat (berdakwah)," katanya.

Tiada ulasan: