MANDOR.BLOGSPOT.COM |
BUANG SAMPAH UG DI DALAM PAS, INSYAALLAH, PAS BERTAMBAH KUAT Posted: 12 Nov 2014 01:34 PM PST Ostat Nasa bebas ikut punggung Najib. Kebal mantan Timbalan Presiden PAS ni. Tak ada sesiapa pun ambil tahu apa dia nak buat. Alasan kononnya ostat Nasa dah tak pegang jawatan penting dalam PAS. Tapi yang dikenakan tindakan itu adalag 2 Adun PAS di Selangor. Apa salah mereka? Besar sungguh salah mereka bila menyokong Presiden PKR, Kak Wan. Empat Exco yang sokong TSKI MB Bebas tu ok je. Salah besar sokong kawan rupanya. Tak salah sokong Bebas dan tak salah ikut buntut Najib ke mana-mana. Alasan mereka, dua Adun itu tidak mendengar arahan parti dan buat keputusan sendiri. Ohhh...rupanya ada arahan jangan sokong Azizah. Ada arahan juga lah untuk sokong MB Bebas rupanya. Bukankah Azizah juga ada keluar dari mulut Tuang Presideng bersama Azmin sebagai calon MB? Tapi salah pula dua Adun ini sokong Azizah? Cerdik ke tidak berpolitik? Tindakan pada dua Adun itu ikut akhlak Islam ke? Mahu cerita akhlak? Ohhh...teringat kisah fitnah pil kuda. Sehingga kini takde bukti pun. Bila disoal, Ana tak sebut nama....Ente terasa buat apa? Ohhh...fitnah tak sebut nama tu akhlak Islam rupanya. Mahu cerita akhlak lagi? Sudah lupa gelaran barua dilaungkan di muktamar di khalayak ramai? Tidak ada akhlak kah memalukan dua Adun itu dengan gelaran Barua? Mereka pun ada maruah dan perasaan malu beb. Sudah lah sebelum itu ada perwakilan berucap sambil mendoa laknat dua Adun itu. Di depan para Ulamak tu. Ada mereka tegur? Takde pun. Yang bangkit tegur Mat Sabu, dia bukan Ulamak tapi ada akhlak juga. Dia rasa malu bila partinya sudah jadi begitu. Sudah lah. Aku masih harap PAS masih boleh dibaiki. Syaratnya, buang saja sampah UG di dalam PAS itu. |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan