Khamis, 13 November 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Rosmah Kelam Kabut Tak Tahu Posisinya Masa Bergambar...

Posted: 13 Nov 2014 01:37 AM PST


Visual CCTV yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa menghadiri Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Beijing menjadi bahan lawak di media sosial.

Video 50 saat yang dimuat-naikkan di Youtube dengan suntingan memaparkan 'kekekokan' Rosmah yang tidak pasti posisi atau kedudukannya ketika mahu bergambar dengan Presiden China Xi Jinping dan isterinya. -mk










Menteri Tukar Plat Kenderaan Setelah Dikritik Hebat

Posted: 13 Nov 2014 12:15 AM PST


Tidak sampai 24 jam menteri ubah nombor plat
BR>Setelah dikritik oleh Ahli Parlimen Pembangkang, menteri yang dikesan menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) segera memperbetulkan kesalahannya.

Seorang menteri yang menggunakan nombor pendafataran WYU 818 telah menukar nombor pendaftarannya tidak sampai 24 jam setelah dikritik.

Melalui pemerhatian Free Malaysia Today, kereta Alphard putih menteri itu dikesan lebih kurang pada jam 5.30 petang di lobi Parlimen, hari ini.

Awal pagi ini, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan nombor pendaftaran kenderaan timbalan menteri dan menteri yang tidak mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebelum ini, JPJ telah menetapkan bahawa huruf, saiz dan jarak haruslah tidak mengelirukan penguatkuasa JPJ. Namun syarat itu telah dilonggarkan dengan mengatakan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tidak boleh mengelirukan.

Walaubagaimanapun, kereta timbalan menteri yang bernombor pendaftaran WSW 505 masih menggunakan nombor pendaftaran yang tidak memenuhi spesifikasi JPJ. -FMT

Nombor plat menteri, timbalan kena jadi contoh

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang menggesa menteri dan timbalan menteri supaya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan memastikan nombor plat kenderaan rasmi mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menegaskan, pemimpin negara tidak sepatutnya mengamalkan sikap 'double standard' dengan mengenakan tindakan tegas terhadap rakyat sedangkan mereka sendiri didakwa ingkar kepada garis panduan nombor plat kenderaan JPJ itu.

"JPJ kata mesti mengikut Font, saiz, jarak dan tidak boleh mengelirukan, malah kelmarin saya baca dalam surat khabar mereka melonggarkan syarat-syarat, tapi nombor plat itu tidak boleh mengelirukan.

"Tapi Isnin lalu saya dapati dua kenderaan milik seorang menteri dan timbalan menteri menggunakan nombor plat mengelirukan iaitu 505 dilihat seperti SOS.

"Font dan jaraknya terlalu rapat juga tidak ikut spesifikasi JPJ, perkara ini dilakukan menteri di Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Bermula 1 November lalu, JPJ memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi nombor plat dan lampu HID 'head lamp' yang tidak mematuhi standard.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
-SH








Fahmi: Biasiswa Adalah Wang Rakyat, Bukan Milik JPA Atau Umno

Posted: 12 Nov 2014 08:20 PM PST


Pemimpin mahasiswa, Fahmi Zainol mempersoalkan cadangan Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) untuk menarik balik biasiswa yang diterimanya.

Menurutnya, biasisiwa yang diperolehnya merupakan wang rakyat dan bukan milik mana-mana jabatan kerajaan mahupun parti politik seperti Umno.

"Sekarang saya lihat kerajaan syok sendiri. Duit ini daripada rakyat bukan tajaan daripada kerajaan. Hak biasiswa ini kepada rakyat, jadi rakyat yang ada kuasa dan pihak JPA tidak boleh sewenang- wenangnya menarik balik biasiswa tersebut.

"Saya tak hina kerajaan malah itu adalah fakta. Saya juga cerita ranking rasuah negara ini paling tinggi dan itu juga fakta, kenapa kerajaan rasa terancam kalau tak betul," katanya ketika dihubungi.

Fahmi diancam oleh JPA untuk menarik balik biasiswanya ekoran menganjurkan program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) pada 30 Oktober lalu.

JPA dalam kenyataannya juga menyatakan rasa tidak senang dengan kenyataan "negatif" dan "provokatif" terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan "Umbrella Revolution" Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia.

Fahmi yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menyatakan beliau sebagai Ketua mahasiswa yang dilantik berperanan untuk mengkritik perbuatan salah kerajaan.

"Saya rasa bersalah kalau saya tak buat kerja. Saya dilantik oleh mereka yang mengundi saya, mereka mengharapkan saya untuk menentang kezaliman, saya mempunyai peranan yang besar jadi saya rasa ketika saya ada kuasa ini saya perlu jalankan tugas saya dengan sebaik mungkin.

"Saya akan disoal di akhirat nanti, ini masa saya untuk melakukan apa yang telah diamanahkan oleh mereka yang mempercayai perjuangan saya," jelasnya. -KD

Pas jangka kutip derma biaya Fahmi

SHAH ALAM - Satu kutipan derma akan dilancarkan di seluruh negara jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menarik balik tajaan pendidikan aktivis pelajar Fahmi Zainol yang didapati terlibat dalam pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, pengutipan derma tersebut akan dilancarkan demi membantu Fahmi yang merupakan pelajar di universiti berkenaan bagi meneruskan pengajiannya di pusat pengajian itu.

"Ini inisiatif Pemuda Pas untuk membantu dia (Fahmi). Setakat ini kami masih tidak bincang dengan rakan PR yang lain. Tetapi mereka (biasanya) ada usaha dan cara mereka tersendiri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Aktivis Fahmi Zainol, kini berdepan risiko hilang tajaan pendidikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

Menerusi laporan berita sebuah portal semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.

Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.

Bagaimanapun setakat ini, pihaknya masih belum menghubungi pihak JPA bagi membincangkan status biasiswa pengajian Fahmi.

"Ini masih diperingkat perancangan kami. Kita tunggu dulu apa keputusan JPA, selepas itu baru kita buat bincang dan buat keputusan," jelasnya
-SH




IMBAS KEMBALI




[GAMBAR & VIDEO] Kedah Dilanda Puting Beliung Lagi

Posted: 12 Nov 2014 04:09 PM PST


Alor Setar: Lebih 20 rumah penduduk di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat, di sini, rosak teruk dalam kejadian puting beliung hari ini.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, kebanyakan atap zink dan kayu rumah berterbangan akibat pusaran angin kuat.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamad Yunus Abu berkata, ini kejadian keempat membabitkan puting beliung dalam tempoh dua bulan di dua daerah di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota bomba dari balai Jalan Raja dan lima anggota dari balai Jalan Tun Razak serta 15 anggota JPAM Kota Setar.

"Kita dapati 20 rumah, empat premis rumah kedai dan sebuah kandang kambing rosak teruk dalam kejadian," katanya.

Dalam kejadian itu, lebih lima buah rumah rosak teruk apabila sebahagian struktur rumah ranap dan hampir keseluruhan bumbung diterbangkan angin.

Seorang penduduk, Che Tom Ahmad, 55, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mengemas bahagian dapur rumah.

"Pada mulanya saya dengar bunyi angin yang kuat sebelum bahagian bumbung bergegar seperti nak runtuh.

"Saya terus panggil dua anak dan kami berpelukan sambil menangis sehingga bunyi hilang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Tambahnya, selepas keadaan reda dia terkejut apabila melihat keseluruhan bumbung rumah sudah diterbangkan angin.














IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan: