Kerabu Bersuara ® |
- Benarkah Islam akan tertegak hanya dengan dialog?
- Agak-agak la kalau nak menipu pun
- 5 remaja mengaku salah merusuh di asrama anak yatim di Perlis
- Mayat Warga Indon Ditemui di Cameron
- MEMANG PATUT SIS HARAM!
- Trak FRU Sudah Memenuhi Sekitar Istana Kehakiman Putrajaya
Benarkah Islam akan tertegak hanya dengan dialog? Posted: 06 Nov 2014 05:08 AM PST Adakah pertembungan ideologi antara Islam dengan jahiliyah mampu ditangani dengan dialog sahaja ? Adakah mereka benar-benar mahu berdialog dan sekiranya hujjah mereka salah mereka akan menerima dengan hati yang terbuka ? Jika dengan dialog sahaja sudah mampu selesaikan semua masalah, maka sudah pasti dengan dialog kita sudah mampu menundukkan Israel dan US untuk tidak meneruskan pembantaian terhadap umat Islam di seluruh dunia khususnya di Palestin. Sudah pasti juga para anbiya' dan sahabat tidak perlu menunjukkan qudwah dalam mempersiapkan kekuatan untuk memerangi tentera-tentera dan berhala-berhala jahiliyah untuk ditundukkan dan dikalahkan. Kadangkala kita menganggap segala permasalahan adalah pada kesalahfahaman yang berlaku, lalu kita cenderung untuk membetulkan kefahaman yang salah di kalangan penganut ideologi jahiliyah itu dengan cara dialog bersama mereka. Lupakah kita akan kisah dialog Nabi Ibrahim AS bersama kaumnya yang Allah SWT rakamkan di dalam Al-Quran di mana akhirnya Nabi Ibrahim AS dicampak ke dalam api oleh kaumnya walaupun baginda telah berjaya menundukkan mereka dengan hujah-hujah. قَالُواْ حَرِّقُوهُ وَٱنصُرُوٓاْ ءَالِهَتَكُمۡ إِن ڪُنتُمۡ فَـٰعِلِينَ (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya! (Al-Anbiya' :40) Apa yang akan berlaku dalam dialog nanti ? Si anak jati Muslim akan pertahankan akidahnya dan ideologinya, si anak jati liberalis akan pertahankan akidahnya, si komunis pula akan pertahankan akidahnya. Lalu hadirlah moderator yang membawa kepada kesimpulan bahawa kita punyai pandangan masing-masing, maka hormatilah pandangan setiap pihak dan jangan ada mana-mana pihak memaksa pihak lain menerima pandangan sendiri. Kemudian baliklah para hadirin yang menghadiri dialog itu, mereka terdiri daripada pemandu teksi, pelajar universiti, tukang masak, ustaz Mesir dan doktor pakar. Masing-masing membawa idea bahawa kita mesti hidup harmoni dan tidak perlu memaksa pandangan masing-masing kerana setiap kita adalah berbeza. Akhirnya mereka akan hidup harmoni dan aman dalam sebuah negara yang penuh keharmonian dan penghormatan satu sama lain. Tamatlah kisah dialog. Namun di sisi lain (selain dialog), gagasan jahiliyah berbentuk arus liberalisme pluralisme sekularisme humanisme, mereka sedang memaksa ideologi-ideologi mereka yang menolak Tuhan ke dalam jiwa masyarakat. Mereka ada selebriti yang selalu ditonton oleh masyarakat awam. Mereka punyai media yang selalu mempamerkan berita dan cukup tidak adil dalam menilai isu. Mereka ada bolasepak yang melalaikan. Mereka ada kuasa veto dalam PBB. Mereka ada bom nuklear yang boleh hancurkan Hiroshima dan Nagasaki. Mereka ada kempen berbagai-bagai perkara seperti membenarkan LGBT, kempen minum arak, kempen buat benda haram dan yang sewaktu dengannya. Hakikatnya mereka sedang 'memaksa' umat ini untuk menerima cara hidup mereka, lalu luntur dengan perjuangan agama yang sepatutnya. Adapun para pejuang dialog Islam yang lain, mereka sibuk membaca buku, membuat kajian dan mengumpulkan hujjah, hanya untuk mengisi jemputan dialog si pihak liberalis dan menjadi panelis, untuk mengisi beberapa jam penerangan yang diberikan kepada mereka, yang seolah-olah itulah dia dakwah para Nabi SAW dan sahabat RA sebenarnya. Sedangkan pihak jahiliyyah berdakwah dan 'memaksa' orang lain selama 24 jam sehari, dalam segala bentuk. Pejuang dialog pula berjuang dalam medan yang dicipta itu, untuk membawa agenda keharmonian. Alangkah sadisnya. Adakah ia adalah pada dialog ? Atau semata-mata pengalihan isu ? Soal saya kepada "pejuang dialog", dimanakah kedudukan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Anfal ini? وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡۚ Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; Ust Ahmad SYamil Esa Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS) |
Agak-agak la kalau nak menipu pun Posted: 06 Nov 2014 03:16 AM PST |
5 remaja mengaku salah merusuh di asrama anak yatim di Perlis Posted: 06 Nov 2014 02:46 AM PST KANGAR: Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini petang tadi atas tuduhan merusuh di sebuah asrama anak yatim, antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu. Kesemua tertuduh yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun itu dituduh di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Seorang daripada tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah. Norhayati menetapkan kes dibicarakan semula dan jatuh hukum pada 24 Disember 2014 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Badius Zaman Ahmad. Selepas pertuduhan, kelima-lima remaja berkenaan yang tidak diikat jamin dibawa ke lokap untuk ditahan. Kelmarin, satu klip video berdurasi hampir tujuh minit yang menunjukkan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar lain di sebuah bilik asrama dipapar dan disebar di laman sosial. |
Mayat Warga Indon Ditemui di Cameron Posted: 05 Nov 2014 11:18 PM PST |
Posted: 05 Nov 2014 09:49 PM PST SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam menentukan batasan akhlak yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa keseronokan maksima adalah pengukur moraliti. Selagi ia menghasilkan keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu berseronok kerana kononnya ia adalah hak individu. SIS juga menyokong tindakan Amina Wadud menjadi imam dan khatib sembahyang Jumaat yang diikuti makmum dari kalangan lelaki dan perempuan berjumlah dalam lingkungan 100 jamaah di sebuah Gereja di Universiti Commanwealth di New York. Pada Julai 2006 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan fatwa tentang aliran pemikiran liberal dan memutuskan ia adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. Sisters In Islam memperjuangkan Islam Liberal ini. Kandungan Program Dialog Fatwa Perdana anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 18 Sept 2014 menyebut "bahawa liberalisme ialah serangan pemikiran yang mengarah kepada keterbukaan dan kebebasan dalam mentafsirkan agama dari belenggu tafsiran lama kepada tafsiran baru yang lebih segar mengikut kehendak semasa tanpa mengambilkira nas-nas qat'ie yang telah disepakati oleh para ulamak terdahulu. Pluralisme agama pula ialah menyamakan semua agama yang disebut di dalam bahasa Inggeris sebagai Transcendent Unity Of Religions (keunggulan perpaduan antara agama). Slogan ini merupakan sebahagian daripada agenda mereka yang memperjuangkan Islam Liberal bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia termasuklah gerakan yang sangat kuat pengaruhnya di negara jiran kita Indonesia". Pada 13 hingga 17 Februari tahun 2009, diadakan Musawah iaitu perhimpunan besar-besaran penganut fahaman sesat Islam Liberal di dunia untuk mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan. Mereka yang hadir ialah tokoh Liberalis Muslim yang dipertikaikan oleh Ulama Islam muktabar termasuklah Muhammad Khalid Masud, Pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Hussein Muhammad dan Siti Musdah Mulia dari Indonesia, Zainah Anwar dari Malaysia. SIS menyokong usaha ini. Pada 9 November 2012, SIS buat kenyataan bahawa orang yang sudah beragama Islam juga mempunyai kebebasan memilih agama lain selain daripada Islam. Dengan pelbagai gerakkerja dan kenyataan SIS yang menyeleweng ini, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri-Negeri perlu bertegas dan tidak perlu bagi seseorang muslim yang beriman kepada Allah untuk mempertahankan anutan SIS ini seterusnya bertapak di Malaysia ini. Bertaubatlah SIS! Via ustaz Asri Ed-Diwanie |
Trak FRU Sudah Memenuhi Sekitar Istana Kehakiman Putrajaya Posted: 05 Nov 2014 04:22 PM PST |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan