Kelab Greenboc |
- Pengarah JPJ Yang Bangang Jadi bahan Sindirian Di Media Sosial
- Detik Cemas Kaki Pelajar Perempuan Tersepit Celah Rim Motosikal
- Kereta Rasmi Pengarah JPJ Milik Saman Lebih RM1,000?
Pengarah JPJ Yang Bangang Jadi bahan Sindirian Di Media Sosial Posted: 12 Nov 2014 01:55 AM PST Sebenarnya Ketua Pengarah JPJ mengikut arahan dan peraturan sahaja. Statistik kematian kerana kemalangan jalanraya pun orang lain yang sediakan. Bukan dia buat sendiri. Tetapi apa nak buat. Rakyat yang dibelenggu kesempitan hidup kerana harga barang yang naik tidak melihat tindakan JPJ sebagai masuk akal. Media sosial menjadi tempat melepaskan geram. Ada beberapa posting yang buat Yong terfikir dan insaf. Antaranya:
Walaupun kita sedar bahawa usaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalanraya itu satu usaha yang mulia (ehem), tetapi usaha tersebut janganlah sampai menyusahkan rakyat jelata.
Mungkin dulu orang marah di kedai kopi sahaja. Tetapi sekarang kemarahan itu satu dunia dapat menyaksikannya. Ia tersebar meluas melangkahi perbezaan ideologi dan fahaman.
Lepas kena tibai di laman-laman sosial, Jawapan JPJ menyerlahkan tujuan sebenar operasi ini:
Ooooo....rupanya nak tangkap pemandu yang bawa melebihi hadlaju. Duit dari saman ekor tak mencapai matlamat ke? Sendiri yang guna kamera takde kualiti, sekarang nak susahkan rakyat. Atau...mungkin operasi ini hanya kaedah untuk "cover" kerugian di sektor lain?
Cukai, saman, denda... Matlamat menghalalkan cara. Warga asing tak bayar cukai dan tidak memandu kereta - bermaharajalela. -yongsukakuning Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI | ||||||||||
Detik Cemas Kaki Pelajar Perempuan Tersepit Celah Rim Motosikal Posted: 11 Nov 2014 08:05 PM PST Kerteh: Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh pengsan empat jam dan patah kaki kiri selain terkoyak daging dan terseliuh buku lali apabila terbabit kemalangan selepas kain pakaian sekolahnya terbelit di celah lidi motosikal diboncengnya di Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh dekat sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku ketika Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17, membonceng motosikal bersama rakannya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Ranggong di sini selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Difahamkan, mangsa mendapat bantuan anggota bomba daripada Balai Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman. Ketika ditemui di Hospital Kemaman, hari ini, Wan Siti Sulyza berkata, selepas terasa kakinya disepit sesuatu dia terus tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku ke atas dirinya selama kira-kira empat jam. "Saya tak tahu apa berlaku dan bila sedar jam 6 petang semalam, saya dah berada di sini (Hospital Kemaman) lalu terus menangis menahan kesakitan amat sangat," katanya. Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, berkata, anaknya akan tetap akan mengambil baki kertas SPM di hospital berkenaan memandangkan masih tidak mampu berjalan. -newsredapple
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI | ||||||||||
Kereta Rasmi Pengarah JPJ Milik Saman Lebih RM1,000? Posted: 11 Nov 2014 04:15 PM PST Kuala Lumpur – Satu 'screenshot' khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai kereta rasmi yang didakwa milik Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memiliki saman yang belum dijelaskan tersebar luas di laman sosial. Saman berkenaan disemak melalui saluran SMS Polis Diraja Malaysia untuk mengetahui kesalahan yang dilakukan.Kereta dengan nombor pendaftaran JPJ 11 itu memiliki saman yang masih tertunggak sebanyak RM1,350 sehinga 7 November lalu. Orang ramai memberikan reaksi negatif yang mengecam serta mengkritik JPJ dan ada antara mereka yang meminta supaya Ketua Pengarah JPJ meletak jawatan. Ada juga yang menyatakan kekesalan mereka kerana pihak berkuasa sendiri tidak mengendahkan undang-undang yang tetapi sebaliknya orang awam yang dikenakan tindakan, lapor The Rakyat Post. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan