Isnin, 3 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Selepas Anwar, Opah Wahida pula akan ke UM

Posted: 03 Nov 2014 04:18 AM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berpidato di dalam Universiti Malaya, aktivis mahasiswa akan menjemput pula seorang warga emas, Wahida Mat Salleh, 73, yang rumahnya dirobohkan di Kampung Chubadak Tambahan minggu lalu.

Program anjuran Pro Mahasiswa Universiti Malaya ini akan diadakan pada Rabu ini bertempat di Medan Selera Kolej Kediaman ke-7, bermula jam 9 malam.

Wahida atau lebih dikenali sebagai Opah Wahida dijangka akan memberi ucapan berhubung tindakan zalim yang diperlakukan terhadap keluarganya.

Pada 28 Oktober lalu, pondok tempat berteduh beliau dan suami Haji Halim dirobohkan pihak pemaju yang mahu membuat pembangunan komersial di tanah tersebut.

Beliau yang sudah menetap di situ lebih 40 tahun, kini terpaksa berteduh di bawah khemah yang didirikan secara gotong-royong oleh aktivis dan penduduk setempat.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol, turut menyatakan sokongan terhadap penganjuran program ini.

Katanya, orang ramai dijemput hadir bagi mendengar penjelasan dari Opah Wahida sendiri.

Dalam pada itu, program ini juga kata Fahmi bertujuan mengutip derma buat Opah Wahida untuk membina sebuah rumah baru.

"Ia juga bagi mengangkat nilai dan fungsi sebenar Universiti dan Mahasiswa di mana Universiti dan Mahasiswa perlu menyumbang kepada masyarakat," katanya. - HARAKAHDAILY

PAS: Letak jawatan menteri kewangan, Najib

Posted: 03 Nov 2014 04:10 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya meletakkan jawatan menteri kewangan dan menyerahkan portfolio itu kepada tokoh yang berpengalaman menguruskan tugas itu secara sepenuh masa, gesa MP Kuala Terengganu hari ini.

Merujuk surat bekas memteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah kepada Parlimen minggu lalu yang mengkritik cara kerajaan mengurus ekonomi, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata Najib mesti menyerahkannya kepada individu yang boleh "menumpu perhatian sepenuhnya" bagi jawatan itu.

"Pada masa ini, penumpuan kuasa seolah-olah berada di tangan PM," katanya dalam sidang media di lobi parlimen.

Rayuan Kes Liwat: Mahkamah Diberitahu 'Lelaki Y' Adalah Anwar

Posted: 03 Nov 2014 04:08 AM PST

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
 
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin diberitahu bahawa profil DNA yang diperolehi dari tiga barangan yang digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sepadan dengan profil 'Lelaki Y' yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tiga barangan tersebut ialah tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral yang diperoleh dari lokap ketika Anwar ditahan di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL).

"Jabatan kimia peroleh DNA tertuduh dari tiga barangan tersebut. DNA inilah yang dikatakan 'Lelaki Y'. Ia kemudian dibandingkan dengan sampel 'Lelaki Y' yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful.

"Yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful...'Lelaki Y' juga. Jadi kita harus bandingkan profil itu dengan satu bandingan yang kita tahu adalah DNA kepunyaan perayu," katanya di hadapan barisan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria di sini, Isnin.

Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap pensabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Bercakap kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan, Muhammad Shafee berkata ketika hujahannya, beliau turut mematahkan hujah pihak pembelaan sebelum ini yang membangkitkan kesahihan profile DNA yang dikatakan milik Anwar.

Menurutnya, dakwaan kononnya Anwar diperangkap untuk diambil sampel DNA ketika ditahan di IPKKL adalah tidak berasas.

"Apa yang kita buat ialah bandingkan dengan exhibit-exhibit dalam lokap yang kita tahu orang lain tak gunakan. Hanya beliau yang gunakan. (Kaedah ini) sebab perayu tak beri beliau punya DNA.
"Oleh sebab itu kita harus ambil DNA yang kita perolehi daripada inisiatif kita," katanya.

Prosiding pada Isnin yang masuk hari kelima akan disambung semula pada Selasa dengan Muhammad Shafee akan meneruskan penghujahannya pada sesi pagi.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Chef Riz Pinang Shikin Maembong Esok

Posted: 03 Nov 2014 04:06 AM PST


Chef Riz bakal tamatkan zaman duda dengan Shikin Maembong hujung tahun ini.



PETALING JAYA: Hampir dua tahun hidup menduda, akhirnya cef selebriti terkenal iaitu Chef Riz membuat keputusan untuk menikahi kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong yang dijadualkan pada Disember ini.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis meminang kekasihnya itu akan dilakukan pada Selasa (esok).

"Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.

"Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip dia dan pasangannya bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Sementara itu katanya, keputusan untuk mengadakan majlis meminang dan pernikahan bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya mencari masa lapang ayahnya, Chef Wan dan ayah kekasihnya Ismail Embong.

"Ia bukan tergesa-gesa atau ada sebab tertentu tetapi kerana saya tunggu masa Chef Wan yang selalu sibuk dan masa ayah Shikin untuk kami datang meminang. Sepatutnya kami rancang pada bulan April lalu, namun banyak sangat kekangan dan terpaksa ditangguhkan sehingga Disember.

"Kalau ikutkan saya yang sudah status duda ini boleh sahaja datang meminang sendiri, tetapi fikir balik lebih elok saya ikut adat dan kena tunggu masa yang sesuai," ujarnya.

Sementara itu, Chef Riz berkata, dia ingin majlis tersebut berlangsung secara sederhana tanpa sebarang liputan media.

Katanya, kegagalan perkahwinan lalu menyebabkan dia serik untuk berkongsi hal peribadi kepada umum.

"Saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan dihadiri keluarga sahaja kerana peristiwa perkahwinan lalu banyak memberi pengajaran pada saya," ujarnya.

Pasangan ini dilaporkan bercinta sejak dua tahun lalu. Shikin berumur 31 tahun.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012.

Penerbangan Malindo dilencong ke Dong Mueang

Posted: 03 Nov 2014 04:02 AM PST

MALAYSIAKINI


Malindo Air mengesahkan penerbangan OD206 dari New Delhi, India ke Kuala Lumpur pagi ini dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, Thailand disebabkan masalah teknikal.
  
Pesawat yang sepatutnya tiba di klia2 pada 5.25 pagi itu mendarat dengan selamat pada 2.45 pagi waktu Thailand dan tiada kecederaan dilaporkan, kata Malindo Air dalam satu kenyataan.

Penerbangan yang dioperasikan oleh pesawat Boeing 737-900ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi pada 10.05 malam waktu tempatan
membawa 121 penumpang termasuk tiga bayi, dan lapan anak kapal.

"Sebaik mengenal pasti masalah teknikal, kru operasi melaksanakan senarai semakan kecemasan menurut prosedur operasi standard dan memaklumkan kepada menara kawalan trafik udara sebelum menukar haluan ke Don Mueang.
  
"Kebajikan penumpang kini dijaga oleh Thai Lion Air dan usaha sedang diambil untuk menerbangkan mereka ke Kuala Lumpur menerusi satu penerbangan yang
dijadualkan pada 3.45 petang ini waktu Thailand," kata kenyataan itu.

Malindo Air berkata pihaknya sedang meneliti punca masalah teknikal itu dan perkara berkenaan sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan termasuk pengeluar.   - Bernama

M'sia yakin perbicaraan Rizalman adil, saksama

Posted: 03 Nov 2014 04:00 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Malaysia yakin Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail, yang menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual di New Zealand, akan mendapat perbicaraan yang adil dan saksama di mahkamah negara itu.
  
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin berkata ini memandangkan Malaysia dan New Zealand berpegang kepada prinsip-prinsip dan proses perundangan yang jelas dan kukuh.

"Penghantaran balik Muhammad Rizalman Ismail ke New Zealand juga bukti jelas terhadap hubungan dua hala dan kerjasama yang erat antara Malaysia dan New Zealand.
  
"Kerajaan Malaysia yakin bahawa Muhammad Rizalman akan menghadapi perbicaraan yang saksama dan adil di New Zealand," katanya ketika menjawab soalan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
  
Dr Azman bertanya mengenai kes anggota diplomat Malaysia dituduh terlibat kes jenayah di New Zealand.

Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan di mahkamah pada hari sama atas tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol.
  
Dia sekeluarga dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei dan Kementerian Pertahanan telah mengambil tindakan segera untuk menyiasat kes itu sebelum dia kembali ke New Zealand pada 24 Oktober lepas.
   
Muhammad Rizalman, 38, dihantar ke New Zealand berikutan permohonan ekstradisi yang dibuat pada 3 Oktober.
  
Mengulas lanjut, Hamzah berkata lanjutan daripada permohonan esktradisi itu, satu prosiding diadakan terhadap Muhammad Rizalman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 16 Oktober, dan semasa prosiding itu, dia tidak membantah malah menyatakan kesediaan kembali ke New Zealand untuk dibicarakan.
  
Mengenai salah faham yang wujud apabila Muhamad Rizalman pulang ke Malaysia, Hamzah berkata: "Apabila berlaku sesuatu insiden seperti di New Zealand, biasanya Kementerian Luar Malaysia dan New Zealand akan mengadakan perbincangan agar mengambil tindakan sewajarnya.

"Daripada perbincangan itu, kerajaan New Zealand bersetuju bahawa pegawai kita dihantar pulang. Ini adalah kerana Malaysia mengamalkan kaedah perundangan
antarabangsa yang digariskan di bawah Vienna Conventions 1963," jelasnya.

Mahkamah New Zealand membenarkan Muhammad Rizalman diikat jamin dan mengarahkannya hadir semula ke mahkamah pada 21 Nov ini bagi merayu terhadap dakwaan itu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.- Bernama

Suspek serangan seksual setuju dihantar semula ke New Zealand

Posted: 03 Nov 2014 03:59 AM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata suspek serangan seksual, Muhammad Rizalman Ismail bersetuju menawarkan diri sendiri untuk dibawa pulang ke New Zealand bagi menghadapi perbicaraan kesnya.
 
Hamzah berkata, persetujuan itu dibuat ketika proses permohonan ektradisi di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 16 Oktober lalu.
 
"Lanjutan permohonan ekstradasi, satu prosiding diadakan terhadap Rizalman di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.
 
"Dalam prosiding tersebut diplomat itu tidak membantah dan menyatakan kesediaan beliau kembali ke New Zealand untuk dibicarakan," katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Kedah (PKR)  Azman Ismail mengenai pegawai diplomat yang dituduh melakukan serangan seksual ke atas wanita New Zealand, Tania Rose Billingsley.
 
Hamzah berkata, penghantaran pulang Rizalman yang akan dibicarakan pada 21 November ini jelas membuktikan hubungan dua hala dan kerjasama erat antara Malaysia dan New Zealand.
 
"Kedua-dua negara berpegang pada prinsip dan proses perundangan jelas dan kukuh.
 
"Malaysia juga yakin Rizalman akan mendapat perbicaraan yang adil dan saksama di New Zealand," katanya.
 
Beliau berkata, kerajaan Malaysia sentiasa mengambil pendekatan berbincang dengan negara terlibat jika wujud kes membabitkan diplomat seperti yang berlaku di New Zealand.
 
"Biasanya kita akan ambil kira ada kesalahan atau tidak kerana ia membabitkan perbincangan dua negara.
 
"Kalau mahu keadilan, pertama sekali mesti dilakukan ialah perbincangan kedua-dua negara. Itu yang kita buat dan kita bersetuju Rizalman dibawa pulang ke Malaysia dulu.
 
"Bagaimanapun timbul permintaan New Zealand untuk dihantar pulang bagi dibicarakan, kita bersama pegawai itu meminta beliau sendiri bersetuju menghadapi perbicaraan," katanya.
 
Katanya, kerajaan mematuhi segala peraturan dan undang-undang dalam menangani kes Rizalman berpandukan Konvesyen Vienna dalam Hubungan Diplomatik (1961).

Pemantau: Penyokong Saiful terdiri remaja

Posted: 03 Nov 2014 03:47 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Mark Trowell, seorang pemerhati antarabangsa dalam rayuan kes liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terdiri daripada remaja.

"Berdasarkan pemerhatian saya, saya percaya kain rentang dibuat secara profesional," katanya yang juga seorang Queen Council selaku pengerusi bersama jawatankuasa tetap Lawasia bagi undang-undang jenayah.

Petang ini, kira-kira 100 penyokong Saiful berada di perkarangan Istana Kehakiman bersama membawa plakad dan kain rentang.

Selepas prosiding ditangguhkan terus  melaungkan "Hidup Saiful" dan "Tangkap Anwar" dan  meminta penyokong Anwar "balik rumah" walaupun mereka telah bersurai kira-kira jam 1.30 petang.

Malah, seorang penyokong Saiful memberitahu bahawa kehadiran kesemua penyokong pada hari ini bukan dibayar tetapi atas kesedaran mereka berhubung kes itu.

Kira-kira jam 12.25 tengahari, kira-kira 150 penyokong Anwar berhimpun di luar mahkamah bagi mendengar ucapan dari pemimpin PKR seperti Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.

Mereka juga membaca surah Yasin dan berdoa supaya Anwar yang juga MP Permatang Pauh dibebaskan.

Sebelum itu, di sebelah pagi, hanya 30 penyokong Saiful mula berhimpun dengan memakai baju-T bewarna merah berkumpul sambil melaungkan "Hukum Anwar" dan "Belia benci Anwar".

Kehadiran mereka  menarik perhatian kira-kira 50 penyokong ketua pembangkang tetapi tiada pergaduhan tercetus ketika itu dan mengundang rasa tidak puas hati dengan menyifatkan tindakan itu sebagai provokasi.

Ini menyebabkan ada di antara penyokong Anwar membalas laungan tersebut dengan menjerit "Kena bayar RM30!".

Bagaimanapun, lima minit kemudian, penyokong Saiful beredar dan berkumpul pada jarak kira-kira 500 meter dari penyokong Anwar.

Shafee: Saksi tak dipanggil untuk buktikan alibi Anwar

Posted: 03 Nov 2014 03:42 AM PST

MALAYSIAKINI


 


LAPORAN LANGSUNG Tidak seperti Mahkamah Rayuan yang mendengar kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua hari yang ditetapkan Mac lepas, Mahkamah Persekutuan pula telah melangkaui peruntukan dua hari untuk mendengar rayuan terakhir Anwar yang masuk hari kelima hari ini.

1.00pm: Shafee kini berhujah mengenai Anwar tidak memanggil saksi alibi.

"Tidak seorang pun saksi tersebut dipanggil untuk membuktikan alibi itu," katanya.

Hakim Arifin berkata pendengaran akan disambung esok untuk Shafee menyambung hujahnya.

Shafee berkata beliau akan berhujah selama satu setengah jam lagi dan ianya selesai.

12.45pm: Shafee berkata Yusof membuat keputusan yang tepat untuk tidak memanggil Dr Osman.

Hakim Arifin meminta Shafee mengemukakan kenyataan beramaran Dr Osman, tetapi beliau tidak dapat menunjukkannya.

Ram sebelum ini berkata polis mencatatkan tiga kenyataan tetapi ketika Shafee meminta bantuannya untuk menunjukkannya kepada mereka, Ram menjawab, "Saya tidak akan berbuat demikian."

12.25pm: Shafee berkata, ketika disoal balas oleh (Peguamcara II ketika itu) Yusof, Dr Osman berkata laporan bertaip itu disediakan pada 30 Jun, dua hari selepas memeriksa Saiful.

Shafee seterusnya membaca soal balas terhadap Osman, berhubung akuan berkanun yang dibuatnya.

"Pihak pembelaan mahu kita (pihak pendakwa) memanggilnya. Ini jelas merupakan saksi yang berbohong," katanya.

Hakim Arifin bertanya sama ada Osman telah dicabar (impeached), dan Shafee berkata tidak ada.

Ram Karpal mencelah dan berkata terdapat tiga kenyataan yang diambil dari Dr Osman.

Shafee berkata kenyataan Dr Osman tidak ditambah, dan berkata ia jelas menunjukkan doktor itu menambahnya (tentang objek plastik) selepas pertemuan itu dan menambahnya untuk kepentingan seseorang.

12.25pm: Terdapat kira-kira 150 penyokong Anwar di luar mahkamah, yang mendengar ucapan dari pemimpin PKR seperti Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.

Mereka juga membaca Surah Yassin dan berdoa agar Anwar akan dibebaskan.

12.20pm: Shafee seterusnya membaca lagi laporan perubatan Dr Osman terhadap Saiful.

Dalam laporan bertaip itu, beliau berkata, doktor itu menyebut bahawa Saiful diliwat oleh seorang VIP.

Ini, katanya, dengan jelas menunjukkan jenis Dr Osman ini.

"Ianya imaginasinya atau dia menciptakannya untuk kepentingan sesuatu yang lain," tambahnya.

(Semasa disoal balas oleh Peguamcara Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman mengakui dia telah menulis laporan itu selepas memeriksa Saiful).

12.05pm: Shafee seterusnya berhujah tentang kredibiliti Saiful berkaitan dengan testimoni Dr Mohd Osman dari Hospital Pusrawi.

Shafee berkata Saiful mendakwa Dr Osman telah berbohong apabila beliau menulis bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam dubur pengadu.

Beliau berkata doktor berkenaan mungkin telah menulis apa yang ada di situ secara tergesa-gesa.

"Doktor biasanya tidak mencatat sejarah pesakit," tambahnya.

Shafee seterusnya mempersoalkan apakah objek plastik yang didakwa telah digunakan, adakah ia tajam, pendek, panjang dan sebagainya.

"Namun, dalam laporan bertaip Dr Osman, tidak ada menyebut objek plastik," tambah Shafee.

11.55am: Shafee menegaskan apabila Saiful berkata dia 'tak rela' , apa yang dimaksudkannya ialah dia tidak tahan lagi.

Katanya, Saiful berkata ia dilakukan tanpa (kerelaannya).

Saiful membuat laporan selepas dua hari disebabkan dia dalam keadaan tidak menentu, kata Shafee.

Saiful, tambahnya, boleh menjelaskan cara dia diliwat.

Beliau berkata, ini bukan kali pertama ia berlaku dan ia mungkin sudah di 'rehearsed' sebelum ini.

11.45am: Membaca dari testimoni Saiful, Shafee berkata Saiful tidak boleh tahan lagi.

Ia mengulangi bahagian Anwar ejakulasi di dalam Saiful seperti sebelumnya dan Saiful merasa sakit setiap kali perbuatan seksual berlaku.

Shafee berkata, untuk memahami konteks KY jelly yang digunakan, semua ini harus diambil ke dalam konteks.

Katanya, mengapa Saiful diberi hadiah seperti pakaian yang mahal, kerana ini diberi kerana dia (Saiful) telah didominasi oleh perayu.

Menurutnya, hadiah-hadiah ini perlu dan mahkamah harus melihat testimoni Saiful mengikut konteks (dari insiden masa lalu).

11.40am Shafee seterusnya berhujah mengapa dakwaan Saiful tentang insiden sebelumnya harus diterima di mahkamah.

Katanya, episod dan perjumpaan dengan tertuduh sebelum ii hendaklah diterima kerana isu kredibiliti yang dipertaruhkan.

Ini, tambahnya, adalah penting untuk memahami konteksnya.

Shafee berkata, tidak ada bahaya yang serius mengenai 'pre-judicial evidence'.

1138am: Pendengaran mahkamah disambung semula.

11.15am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.

11.10am: Shafee berpindah ke topik mengenai testimoni tiga orang doktor HKL bahawa mereka mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

"Mereka menggunakan proctoscope dan kemungkinan pencemaran adalah kurang kerana semua peralatan telah disterilkan.

"Para doktor tidak boleh mengatakan berlaku penetrasi. Setelah mereka melihat sampel empat sentimeter ke dalam dubur Saiful, mereka mendapati ada penetrasi."

Hakim Arifin bertanya sama ada keterangan Saiful mengenai insiden lain boleh dianggap sebagai 'pre-judicial'.

Bagaimanapun, Shafee berkata kebenaran adalah relevan, memetik kes Harun Idris.

11am: Shafee berkata tidak ada orang ketiga menurut (ahli kimia) Seah kerana ia (alel 18) dianggap 'dropping'.

Ia muncul sekali sahaja, tambahnya.

Para hakim kemudiannya bergilir-gilir untuk bertanya tentang bukti DNA yang bertentangan.

"Jika anda boleh membacanya, ia tidak 'degraded'. Anda boleh sama ada membaca atau tidak boleh. Ini adalah satu perkara yang penting untuk diingati," kata Shafee.

10.55am: Shafee berkata DNA Anwar dan Saiful ditemui pada seluar dalam kelabu Saiful.

Katanya, dalam swab peri-anal dari Saiful, DNA Anwar dan Saiful terdapat dari "atas ke bawah".

Beliau menambah bahawa DNA Anwar juga ditemui pada ekstrak bukan sperma pada rektum tinggi.

Katanya, ia terdapat pada setiap locus.

Shafee menjelaskan bahawa orang ketiga boleh jadi hasil daripada Saiful duduk di atas tempat duduk tandas.

10.40am: Shafee berkata Lelaki Y adalah Anwar.

Kawasan peri-anal Saiful diperolehi, di mana Lelaki Y dan seorang lagi lelaki penyumbang ditemui. Shafee berkata, beliau akan menjelaskan tentang lelaki penyumbang yang lain itu kemudian.

Shafee berkata ahli kimia Noraidora Saedon memberi keterangan bahawa swab DNA daripada berus gigi seragam dengan Lelaki Y.

Hakim Arifin bertanya sama ada lelaki yang tidak dikenali itu ditemui pada swab peri-anal dan Shafee menjawab iya.

Beliau berkata alel (allele) 18 hanya dalam ekstrak sperma dalam rektum bawah b9.

Katanya, apa yang ahli kimia itu kata terdapat dalam salah satu locus (18 allele) dan "kita mengabaikannya."

10.35am: Barang-barang bukti dari sel, kata Shafee. adalah boleh diterima sebagai fakta dan juga dalam undang-undang.

Anwar, tambahnya, telah menolak untuk memberikan sampel di Hospital Kuala Lumpur (HKL) walaupun terdapat bukti bahawa putik kapas telah dimasukkan ke dalam kawasan dubur (Anwar).

"Bagaimanapun, putik kapas ini tidak digunakan kerana Anwar enggan memberikan sampelnya walaupun ia boleh merupaka bukti yang kuat."

Sekarang, Shafee menyentuh tentang seluar Saiful, satu lagi bahan bukti yang diterima sebelumnya.

10.25am: Shafee berkata walaupun jika mahkamah mengakui bahawa barang-barang itu diperolehi secara tidak sah, ia masih boleh diterima oleh mahkamah sebagai bukti.

Beliau menambah bahawa bukti dari lokap itu adalah yang digunakan oleh Anwar, seperti kerangan yang diberikan oleh saksi polis.

Membaca laporan lokap, Shafee berkata, sel itu adalah bersih sebelum Anwar tiba.

"Jika Anwar memberus gigi, Anwar boleh menggunakan air paip di dalam (sel)" tambahnya,menjawab dakwaan pihak pembelaan bahawa ia tidak mungkin.

10.13am: Shafee seterusnya berhujah mengenai kes undang-undang di mana bukti 'entrapment evidence' boleh dibenarkan di mahkamah.

Beliau berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai budi bicara untuk mengecualikan itu.

Pihak pembelaan sebelum ini berhujah bahawa bukti bagi sel tersebut telah dilakukan melalui tipu daya.

10am: Shafee berhujah mengenai kebolehterimaan bukti.

Beliau berkata mendiang Karpal Singh telah menyoal Jude secara ekstensif semasa perbicaraan awal.

Beliau berkata tidak ada keperluan untuk 'bicara dalam perbicaraan' diadakan untuk menerima tiga bukti tersebut.

Shafee berkata sementara pihak pembelaan telah membalas bahawa bukti harus diterima di dalam bicara dalam perbicaraan, beliau menunjukkan bahawa ia boleh juga diterima semasa perbicaraan utama.

"Dalam perrbicaraan utama, peguam diperlukan untuk menyoal semua, dan Karpal tidak menyoal balas Jude (lagi)."

Tidak ada prejudis bagi hakim untuk menerima keterangan itu, keta Shafee

Beliau menambah bahawa hakim pada masa itu telah membuat keputusan mengenai pengeluaran waran tangkap asal, dan telah membenarkan barang-barang itu dikemukakan sebagai bahan bukti.

9.50am: Shafee kini menyentuhkan tentang persekitran penangkapan Anwar.

Shafee berkata, Anwar akan menjadi orang yang terakhir tidak tahu apa kesalahan di bawah Seksyen 377.

Katanya, ia adalah satu kesalahan yang serius dan boleh ditangkap.

Ia adalah persetubuhan di luar tabie dan tidak perlukan waran tangkap, tambahnya.

"Ini adalah penangkapan yang sah, dan beliau telah dimaklumkan mengenai alasannya di balai polis. Tidak ada pelanggaran hak perlembagaannya."

Hakim Suriyadi menyatakan bahawa waran tangkap menyatakan nombor alamat unit kondominium yang berbeza dan Shafee mengakui kesilapan itu.

Apa yang penting, kata Shafee, ialah pengadu (Mohd Saiful Bukhari Azlan) dinamakan.

Shafee berpendapat ia tidak perlukan alasan penangkapan tetap sama, kerana ia terpulang kepada pendakwa.

9.45am: Shafee berkata keterangan polis adalah neutral dan ada fakta jelas bahawa Anwar membawa botol air mineral dan menggunakannya ketika dalam lokap.

Beliau menambah bahawa bukti-bukti itu tidak boleh dianggap bukti yang diperolehi secara tidak sah.

"Anwar telah ditangkap ketika keretanya diberhentikan (ketika menuju ke rumahnya di Bukit Segambut). Namun, apa yang tidak dipertikaikan ialah waran tangkap telah ditunjukkan kepada Anwar di IPK Kuala Lumpur."

Anwar telah dimaklumkan mengenai alasan-alasan dia ditangkap dan menunjukkan tuduhannya, tegas Shafee.

9.38am: Shafee menyimpulkan bahawa tidak akan ada peluang untuk mereka bukti.

Beliau membaca testimoni di mana saksi polis (pegawai yang bertugas menjaga sel) memberi keterangan bahawa dia melihat Anwar membawa botol air mineral ke dalam sel.

Polis, tambahnya, membenarkan Anwar membawa botol itu.

Jude, menurut Shafee, juga berkata, ketika mengiringi Anwar ke lokap dia nampak Anwar membawa botol air mineral.

"Jude berkata Anwar membawa botol air mineral 'Cactus'. Barang yang diperolehi dari sel (pada hari berikutnya) ialah juga botol air mineral Cactus."

Dalam berdepan dengan keterangan dari dua pegawai polis, Shafee berkata barang-barang itu harus diterima sebagai bukti.

"Mereka hanya menyatakan apa yang mereka lihat. Tidak ada konspirasi," tambahnya.

Botol air mineral, berus gigi dan tuala telah diuji untuk DNA Anwar.

9.33am: Shafee berkata sementara pihak pembelaan telah membangkitkan sebelum ini mengenai cara bagaimana barang-barang itu diperolehi, beliau berkata ia tidak dibangkitkan semasa pendengaran di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata polis tidak disoal balas mengenai isu itu.

Shafee berkata, seorang pegawai polis telah mendengar Anwar memberus gigi, dan ini tidak dicabar oleh pasukan pembelaan pada masa itu.

"Semua ini tidak dicabar. Apabila Anwar meninggalkan lokap barang-barang ini, yang sebelum ini dalam beg plastik, berada di atas lantai.

"Ini menunjukkan penggunaan barang-barang ini oleh perayu (Anwar)," katanya.

Minggu lepas pihak pembelaan berhujah bahawa tidak ada sinki di sel Anwar dan oleh itu beliau tidak mungkin menggosok gigi.

Barang-barang yang dirampas itu telah digunakan untuk mendapatkan DNA Anwar.

9.25am: Shafee menyambung hujahnya. Beliau kini menyerahkan barang-barang yang dirampas dari sel Anwar pada 17 Julai 2008.

Katanya, polis telah mengambil sehelai rambut, tuala 'selamat pagi', berus gigi, botol air untuk digunakan sebagai bukti.

Anwar telah menempatkan barang-barang ini di dinding separuh (half wall) di dalam sel.

Supt Amidon Anan, katanya, telah mengambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila mengambil barang-barang tersebut dan menghantarnya kepada ahli kimia melalui pegawai penyiasat (IO, DSP Jude Blacious Pereira).

9.23am: Pendengaran mahkamah dimulakan dengan dipengerusikan oleh Tun Arifin.

9.23am Kira-kira 30 penyokong Saiful Bukhari Azlan berkumpul di hadapan bangunan Perbadanan Putrajaya - yang berhadapan dengan Istana Kehakiman.

Mereka yang menggenakan baju-T bewarna merah berkumpul sambil melaungkan "Hukum Anwar" dan "Belia benci Anwar".

Kehadiran penyokong Saiful itu menarik perhatian penyokong Anwar tetapi tiada pergaduhan berlaku.

Bagaimanapun kehadiran penyokong Saiful di kawasan itu mendatangkan ketidakpuashatian penyokong Anwar yang menyifatkan tindakan itu sebagai provokasi.

Ada diantara penyokong Anwar membalas laungan itu dengan menjerit "Kena bayar RM30!".

Selepas lima minit, penyokong Saiful beredar dan berkumpul pada jarak kira-kira 500 meter dari penyokong Anwar.

9.10am: Kelihatan di dewan mahkamah Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk  Johari Abdul dan MP Alor Gooi Hsiao Leung.

Peguam Anwar dari kes liwat I, Zainur Zakaria juga kelihatan.

9.00am: Mahkamah bersiap sedia untuk memulakan prosiding.

8.48am: Anwar memasuki dewan mahkamah bersa,a isterinya yang juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan para penyokongnya. Mahkamah ini sudah penuh sesak.

Ketua pembangkan itu kelihatan sedang berbincang sesuatu dengan Sri Ram.

8.36am: Shafee memasuki dewan mahkamah dan duduk di sebelah kanan dengan DPP Mohd Hanafiah. Pemerhati antarabangsa juga telah mengambil tempat duduk mereka.

Di luar bangunan mahkamah, 12 penyokong Anwar berkumpul. Kawasan ini penuh dengan anggota media dan polis yang bertugas.

Perkarangan mahkamah juga hanya dipenuhi oleh wartawan dan anggota polis yang bertugas.

8.25am: Seperti biasa polisi memeriksa mereka yang memasuki dewan mahkamah dan memastikan mereka mempunyai pas yang diperlukan.

Sudah berada di mahkamah ialah peguambela Tan Sri Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur dan Latheefa Koya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah dan Zamri juga telah masuk.

7.30am: Pihak pendakwa yang diketuai peguam yang dilantik kerajaan, Tan Sri  Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan hujahnya mengapa keputusan Mahkamah Rayuan untuk mensabitkan Anwar adalah selamat.

Ini selepas pihak pembelaan yang diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram, telah mempersoalkan kredibiliti mangsa yang didakwa diliwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan Selasa lepas.

Pada hari Jumaat, Shafee cuba untuk menunjukkan bahawa Anwar dan Saiful, mempunyai hubungan, di mana ketua pembangkang itu didakwa akan menunjukkan layanan istimewa kepada Saiful.

Ini termasuk memberi hadiah yang mahal seperti sut Brioni, elaun khas dan membenarkan Saiful mengikutnya untuk perjalanan ke Singapura dan Hong Kong sebelum kejadian liwat yang dikatakan berlaku.

Hari ini, Shafee dijangka menyentuh lebih lanjut mengenai bukti DNA. Belua juga dijangka mengemukakan mengapa penangkapan Anwar adalah sah dan sampel yang diambil dari MP Permatang Pauh itu dari selnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur boleh diterima.

Pada hari Rabu, peguambela Sangeet Kaur Deo mempersoalkan sama ada penangkapan Anwar adalah sah atau sebaliknya, kerana hakim perbicaraan Mohd Zabidin Mohd Diah, pada mulanya memutuskan dalam bicara dalam perbicaraan bahawa ia tidak sah dengan tidak membenarkan bukti yang diambil dari sel ahli politik pada 17 Julai 2008.

Sangeet berkata keputusan itu awal harus dikekalkan kerana polis memperoleh sampel itu melalui "tipu daya".

Sri Ram dan pasukan peguambela lain dijangka membalas hujah Shafee sama ada hari ini atau esok.

Ia masih belum pasti sama ada panel lima anggota yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria akan membuat keputusan segera apabila penghujahan kedua-dua pihak selesai.

MP bimbang kertas model SPM tonjol konflik kaum

Posted: 03 Nov 2014 03:39 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Seorang ahli Parlimen DAP hari ini melahirkan kebimbangannya terhadap "kertas model" SPM yang mengandungi topik esei mengenai konflik perkauman antara kaum Cina dan Melayu, dan juga memberi gambaran buruk terhadap masyarakat Cina.

Dalam buku yang diterbitkan oleh Info Didik tahun ini, topik esei Bahasa Malaysia antaranya meminta pelajar membaca petikan prosa moden di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

Ia berbunyi: 'Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah masyarakat yang bermusuhan, contohnya, kaum Cina sanggup membunuh kaum Melayu. Latar masyarakat yang terdapat dalam cerpin ialah masyarakat berbilang kaum yang dipisahkan oleh faktor geografi, contohnya orang Melayu tinggal di kampung, orang Cina di bandar, dan orang India di ladang'.

MP Sibu Oscar Ling berkata beliau tidak pasti sama ada ini satu soalan sebenar tahun lepas yang diterbitkan dalam buku itu atau sama ada ianya hanya satu kertas model.

Dia menuntut Kementerian Pendidikan menyiasat perkara itu.

Buku "Kertas Model Sebenar SPM Bahasa Malaysia", ditulis oleh Khairudiim Ayip dan Yusanizan Shafie.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya tidak berkuasa untuk memperbaiki masalah itu sekiranya ia penerbitan swasta dan tidak datang dari kementerian berkenaan.

Kurup: Buka semula siasatan pada Ibrahim Ali

Posted: 03 Nov 2014 03:35 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup hari ini menggesa kes terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya berkaitan membakar Bible dibuka semula.

Sambil menggesa Pejabat Peguam Negara, Kurup berkata hal ini kerana siasatan terhadap perkara tersebut perlu untuk memastikan "kesatuan dalam negara ini."

"Saya mahu kes itu dibuka semula dan disemak untuk memastikan kesatuan dan memerangi sikap tidak bertoleransi terhadap agama," katanya di Dewan Rakyat semasa menggulung bajet bagi portfolionya hari ini.

"Saya juga mahu kes ini disemak untuk meredakan kemarahan rakyat," katanya lagi.

Bagaimanapun Kurup berkata sama ada Ibrahim akan didakwa di mahkamah ataupun tidak, ia sesuatu yang boleh ditentukan kemudian.

Kenyataan Kurup yang juga MP Pensiangan itu hadir selepas rakannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri yang menyatakan kerajaan tidak boleh memberitahu apa yang pejabat Peguam Negara perlu lakukan.

PAS tanya status Kg Chubadak Tambahan di parlimen

Posted: 02 Nov 2014 10:07 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan diminta menyatakan status Kg. Chubadak Tambahan serta kampung-kampung lain di Wilayah Persekutuan.  

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada hari ini seperti di bawah.

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-  

(a) apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang teruk di simpang empat Dengkil di Lebuh Raya Dengkil-Bangi; dan
(b) adakah Kementerian menimbangkan pembinaan 'flyover' di persimpangan tersebut dan akan membina hentian R&R di lebuh raya tersebut bagi kemudahan pengguna lebuh raya tersebut.  

Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan tentang pengeluaran buah-buahan tempatan yang berlebihan pada tahun ini sehingga petani menghadapi masalah tidak dapat memasarkannya. Apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi lambakan buah-buahan ini yang berlaku pada setiap tahun dan adakah tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah ini.  

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan adakah benar Akta Hasutan akan dimansuhkan dan sekiranya benar, bila.  

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan adakah Kementerian menyediakan penerangan atau syarat-syarat tertentu kepada pelancong asing agar mereka mesti menjaga ketenteraman dan kesopanan di dalam negara.  

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk mengawal kualiti udara di negara ini yang sering kali mengalami bacaan Indeks Pencemaran Udara yang kurang sihat. - HARAKAHDAILY

Mualaf derita akibat lumpuh

Posted: 02 Nov 2014 09:32 PM PST


Fadhil yang lumpuh buntu memikirkan nasib keluarga selepas tidak mampu bekerja. Fadhil yang lumpuh buntu memikirkan nasib keluarga selepas tidak mampu bekerja.
 
 
KUANTAN - "Saya tidak tidak mampu membalas jasa baik seorang rakan yang sanggup mengeluarkan wang membayar sewa rumah termasuk menanggung kami sekeluarga selepas saya tidak lagi mampu bekerja apabila disahkan lumpuh," kata seorang mualaf, Fadhil Lai Abdullah, 44.

Fadhil yang kini tinggal menyewa di Taman Pandan Damai, di sini, kini dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) akibat lumpuh dari paras pinggang hingga ke kedua-dua belah kakinya.

Mengimbas kejadian yang membawa kepada masalah kesihatan yang dilaluinya itu,  Fadhil berkata, dia terjatuh dari lori ketika mengangkat kotak berisi ikan masin untuk dibawa masuk ke dalam rumahnya pada awal Mac lalu.

Menurutnya, akibat kecederaan dialami dia mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Gambang dekat sini setelah dihantar rakan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kecederaan yang saya alami  tidak serius dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan ketika itu.

"Saya bekerja seperti biasa kerana menyangka tiada sebarang masalah yang dihadapi akibat kejadian itu sehinggalah beberapa hari kemudian bahagian belakang badan apabila berasa amat sakit," katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Fadhil berkata, dengan bantuan rakan, dia dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk menerima rawatan.

"Kesakitan di bahagian belakang badan mula merebak sedikit demi sedikit sehinggalah ke kedua-dua kaki sehingga saya tidak mampu untuk bergerak dan berdiri.

"Saya tidak dapat menerima kenyataan pada mulanya apabila doktor mengesahkan saya lumpuh," katanya.

Dia yang memeluk Islam sejak 10 tahun lalu ketika menetap di Sungai Petani, Kedah berkata, selepas lapan bulan dalam keadaan itu, dia menerima kad OKU.

"Kehidupan kami sekeluarga menjadi gelap kerana saya tidak mampu untuk bekerja bagi menyara isteri,  Adek Irmayani Sutarno, 38, berasal dari Medan, Indonesia dan tiga anak berusia satu hingga sembilan tahun," katanya.

Fadhil berkata, sejak kejadian itu, dia mengharapkan belas ihsan rakan-rakan menghulurkan  wang belanja untuk membeli barang keperluan dapur dan belanja sekolah anak sulungnya.

"Saya terharu dan bersyukur kerana ada rakan yang prihatin dan sanggup mengeluarkan wang untuk membayar sewa rumah sebanyak RM550 sebulan termasuk bil elektrik dan air," katanya

Katanya, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan bulanan daripada pihak berwajib.

"Saya bersama isteri berkahwin sejak 10 tahun lalu dan dia juga sudah menjadi penduduk tetap namun apa yang mengecewakan permohonan kami ditolak hanya kerana isteri berasal dari negara jiran," katanya.

Orang ramai yang prihatin dan bersimpati dengan nasib Fadhil Lai boleh menghubungi talian 016-4267077 atau isterinya, Adek Irmayani, 010-5050652.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke akaun Maybank 102055429592 atas nama Adek Irmayani.

Tiada bukti DNA, mahkamah jadi alat Umno- Profesor Undang2 Filipina

Posted: 02 Nov 2014 09:25 PM PST

KEADILAN DAILY


FILIPINA : Seorang pengamal undang-undang dari Filipina, Professor Harry L. Roque berkata tiada bukti DNA untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perlakuan liwat.

"DNA diterima dalam Sains, apa yang membuatkan bukti DNA dalam kes Anwar Ibrahim meragukan adalah fakta bahawa sementara DNA diekstrak daripada tuala, sikat dan berus gigi yang didakwa digunakan Anwar berasal dari individu yang sama, ada bukti secara langsung bahawa ia bukan DNA Anwar.

"DNA dalam Sains sendiri mengesahkan DNA yang ditemui dari sesuatu objek adalah milik orang tertentu. Tetapi dalam kes Anwar, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan atas keterangan mengikut keadaan semata-mata bahawa ia hanya datang dari Anwar, meskipun tiada kehadiran bukti saintifik," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesimpulan mahkamah itu tidak akan berlaku di Filipina atau negara yang mengamalkan sistem kehakiman bebas.

"Hakikat bahawa Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman bersalah dalam keadaan meragukan hanya bermaksud bahawa ia tidak bebas dan menjadi alat parti pemerintah, Umno dan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dalam usaha mengalahkan Anwar dan pembangkang," ujarnya yang menjadi pemerhati dalam kes berkenaan sejak 1999

Harry L. Rogue yang juga Profesor undang-undang dari University of the Philippines College of Law  Filipina berkata , tidak ada mahkamah di dunia ini boleh menjatuhkan hukuman dengan ketiadaan bukti DNA secara langsung.

"Soalan-soalan sekarang ialah sama ada Mahkamah Persekutuan Malaysia akan menunjukkan kemerdekaan dan membebaskan Anwar, atau terpengaruh dengan pihak yang berkuasa seperti yang dilakukan oleh Mahkamah Rayuan.

"Di satu sisi, apa yang saya amati ialah mahkamah Malaysia sedang diadili, dan bukan hanya kes Anwar Ibrahim.

"Mereka yang mencintai kebebasan dari seluruh dunia benar-benar menunggu keputusan perbicaraan ini. Ia juga adalah perbicaraan terhadap kebebasan dan integriti mahkamah Malaysia," ujarnya yang juga aktivis undang-undang.

Tindakan disipilin UM rosakkan demokrasi kampus- Khai Loon

Posted: 02 Nov 2014 09:23 PM PST

KEADILAN DAILY


PULAU PINANG :  Tindakan tatatertib yang dilakukan Universiti Malaya (UM) terhadap sembilan pemimpin pelajar termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol, adalah usaha merosakkan demokrasi kampus.

Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon berkata, tindakan  universiti berkenaan telah menghalang mahasiswa daripada terus berfikiran kritis dan merdeka.

Khai Loon"Malahan tindakan represif universiti telah mewujudkan mahasiswa yang lesu dan tidak prihatin terhadap isu-isu semasa," katanya Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang itu,.

Menurutnya, tindakan Fahmi Zainol dan aktivis lain mengadakan pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu, adalah bagi melaksanakan hak mahasiswa untuk menganjurkan program bersifat ilmiah.

"Walaupun Fahmi Zainol dan pemimpin mahasiswa UM mungkin dikenakan tindakan tatatertib, pada hakikatnya, pidato tersebut  mendapat sokongan padu daripada 2,000 mahasiswa dan orang ramai," ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, Fahmi mengambil tindakan berani menganjurkan program berkenaan walaupun UM seringkali mengenakan tindakan tatatertib termasuk membuang pelajar dari universiti berkenaan bagi menakutkan mahasiswa.

Justeru katanya, tindakan dispilin termasuk penggunaan Akta Universiti dan Kolej (AUKU) terhadap aktivis mahasiswa terbabit adalah tidak munasabah sama sekali.

"Pihak UM perlu menghormati semua peserta yang telah membuat keputusan yang bijaksana untuk mempertahankan kebebasan mereka," tegasnya.

Fama rancang pasar 300 produk di Agro Bazar Dubai

Posted: 02 Nov 2014 09:21 PM PST

SINAR HARIAN

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
 
 
LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang memasarkan lebih 300 produk hasil keluaran usahawan tempatan di Agro Bazar Dubai, pusat sehenti bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia, pertama di Timur Tengah.
  
Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata produk daripada kira-kira 100 usahawan itu bukan sahaja mengikut standard 'Malaysia's Best' serta halal malah mematuhi piawaian negara berkenaan.
  
"Petani dan usahawan perlu merebut peluang ini. Keluarkan produk berkualiti, standard eksport dan tidak perlu bimbang tentang pemasaran kerana FAMA akan membantu," katanya ketika ditemui semasa menyertai Misi Pemasaran dan Pelaburan Pertanian (AMIM) di Dubai baru-baru ini.
   
Badruddin berkata jumlah produk yang dipasarkan di Agro Bazar Dubai, bazar hasil pertanian Malaysia ketiga di luar negara, akan melebihi Singapura, bazar pertama yang dibuka pada Ogos lepas dengan 277 produk melibatkan 65 usahawan.
  
Beliau berkata ini disebabkan Agro Bazar Dubai juga akan menjadi hab dagangan dan pengedaran serta pintu masuk bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia ke negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
  
Agro Bazar Malaysia kedua, di Hong Kong, dijadual memulakan operasi pada separuh pertama tahun depan. Agro Bazar Malaysia menjual makanan diproses, mempunyai kafeteria yang menghidangkan makanan Malaysia selain memasarkan produk segar.
  
"Sudah tentu kalau kita melepasi pasaran Dubai, bermakna kita akan melepasi pasaran negara-negara Teluk kerana mereka mempunyai peraturan yang sama," katanya dan menambah bahawa ia sekali gus memberi peluang kepada usahawan tempatan memperluas pasaran di peringkat antarabangsa.
  
Badruddin berkata FAMA yakin bazar di Dubai akan mendapat sambutan berdasarkan pasaran sedia ada dan terdapat lebih 5,000 rakyat Malaysia tinggal dan bekerja di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang kerap ke Dubai.
  
Malah, kata beliau, penduduk tempatan juga menerima baik hasil pertanian dan produk keluaran Malaysia.
  
"Kita mempunyai produk berkualiti tinggi dan yang penting, status halal kita yang terbaik.
  
"Sebagai sebuah negara Islam, rakyat negara Islam seperti di Timur Tengah yakin membeli produk keluaran Malaysia apabila melihat lambang halal dan 'Malaysia's Best'," katanya.
  
Mengenai bekalan, beliau berkata FAMA telah mengadakan beberapa program bagi memastikan bekalan mencukupi, termasuk sistem kontrak ladang yang kini melibatkan 2,800 peserta dan program usahawan tani muda dengan lebih 1,000 usahawan yang dibimbing dari segi pelabelan dan mengikut standard negara pasaran.
  
"Kita juga wujudkan sistem harga lantai untuk hasil pertanian supaya petani yakin hasil tanaman mereka akan mendapat harga yang amat berpatutan dan tidak mengalami kerugian jika harga pasaran produk yang mereka keluarkan itu merudum di pasaran," katanya.
  
Beliau berkata bagi mengelak berlakunya lambakan dalam negara, hasil tanaman akan dipasarkan di luar negara secara segar, disejuk beku atau diproses.
  
Malaysia mengeksport sayur-sayuran dan buah-buahan masing-masing bernilai RM12.7 juta dan RM10.1 juta ke UAE bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. - Bernama

Umno: Kalau releven mesti berani ke depan

Posted: 02 Nov 2014 09:18 PM PST

SINAR HARIAN

Muhyiddin Yassin
 
 
KUALA TERENGGANU – Masa depan Umno berada dalam bahaya jika ahli-ahli parti masih berada dalam keadaan selesa dan bertindak secara biasa, apatah lagi kedudukan Umno tidak sekuat dahulu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno Terengganu khususnya, diingatkan agar berfikir di luar kotak dan melakukan gerak kerja secara bersungguh-sungguh jika mahu kemenangan terus menjadi milik BN pada pilihan raya umum akan datang.

Dengan keputusan tidak sampai dua pertiga di Parlimen dan hanya menang dengan majoriti mudah di Terengganu, beliau meminta semua pihak mengatur langkah baru untuk mencapai satu keputusan luar biasa.

"Oleh itu, Umno hari ini tidak boleh diam, leka dan bergerak atas landasan biasa seolah-olah tiada apa-apa perkara luar biasa berlaku. Kalau itu tidak kita sedari, kita akan berhadapan situasi yang amat berbahaya," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Konvensyen Umno Terengganu 2014 di Hotel Primula, di sini, semalam.

Jelasnya, semua pihak perlu sedar kedudukan Umno ketika ini tidak kukuh dibandingkan masa lalu dan ini terbukti melalui beberapa bedah siasat di peringkat kepimpinan selepas pilihan raya umum lepas.

Sehubungan itu katanya, Umno perlu mengatur langkah lebih berani kerana orang Melayu masih mengharapkan parti itu membela nasib mereka.

Jelasnya, ada di kalangan mereka turut mempersoalkan sikap Umno yang tidak tegas, tidak berani dalam menyuarakan aspirasi, cita-cita serta menghadapi cabaran-cabaran baru samada dari dalam atau luar negara, sehingga menimbulkan pertanyaan pihak tertentu terhadap beliau sama ada parti itu masih relevan atau sebaliknya.

"Saya jawab 'ya masih relevan'. Mereka berkata kalau relevan mesti berani ke depan seperti (konvensyen) pada hari ini (sebagai usaha ke arah) mengukuhkan parti kita," katanya.

Sementara itu, beliau turut menyokong resolusi Konvensyen Umno Terengganu dengan rumusan ke arah memperkuatkan perpaduan dan memperkukuhkan saf barisan parti di peringkat negeri.

Sekolah pondok jauh ketinggalan

Posted: 02 Nov 2014 09:10 PM PST


Madrasah Albadariah kelihatan usang dan prasarananya jauh ketinggalan. Madrasah Albadariah kelihatan usang dan prasarananya jauh ketinggalan.
 
 
[DIKEMASKINI] MAJORITI sekolah pondok di Malaysia masih berada dalam keadaan daif  dan sangat jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek, berbanding institusi atau sekolah pondok di negara-negara lain.

Pengarah Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Juhaidi Yean Abdullah berkata, secara umumnya perkembangan sekolah pondok di negara ini boleh dikatakan berada pada tahap sederhana.

"Kalau nak buat perbandingan dengan sekolah-sekolah pondok di selatan Thailand dan Indonesia, jurang pembangunan dari segi kelengkapan dan kemudahan itu sangat jauh berbeza.

"Keadaan sekolah-sekolah pondok di sana sangat bagus, kemudahan selesa dan lebih baik daripada apa yang sekolah pondok kita ada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Juhaidi berkata, ada sekolah pondok yang usang dan tidak mempunyai kemudahan asas akibat masalah kewangan yang dihadapi.

Beliau berkata, hampir semua sekolah pondok dapat terus 'hidup' berdasarkan tiga sumber iaitu wang diperoleh daripada zakat, sedekah daripada orang ramai serta sumbangan berbentuk barang seperti beras, gula dan sebagainya.

Menurutnya, bagaimanapun jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menampung keperluan pembangunan sekolah  pondok menyebabkan tenaga pengajar terpaksa keluar mencari kerja lain dengan  menjadi imam jemputan di negeri atau daerah lain, melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti antaranya seperti pengurusan jenazah bagi mendapatkan sumber pendapatan tambahan.

Katanya, di Kedah, kerajaan negeri memberi elaun RM1,000 sebulan kepada tok guru, manakala pembantu kanan dan kirinya, masing-masing memperoleh elaun sebanyak RM500 yang sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pondok.

Beliau berkata, bagaimanapun kedaifan sekolah-sekolah pondok di negara ini tidak kira yang berdaftar atau tidak, sebahagiannya bukan disebabkan mereka tidak mampu atau tidak mempunyai bajet untuk menaik taraf sekolah.

Menurutnya, segelintir tenaga pengajar yang dipanggil tok guru atau tok mudir sebenarnya yang berkehendak mahu mengekalkan keadaan sekolah pondok mereka.

"Sikap itu, jika dilihat bukan hanya melibatkan faktor sejarah tetapi menjadi prinsip sebahagian daripada tenaga pengajar itu yang tidak mahu ada campur tangan luar dalam sistem pengajian pondok serta anasir yang boleh menyebabkan mereka lupa diri.

"Contohnya, terdapat sekolah-sekolah pondok di Kedah, Kelantan dan sempadan Perak yang masih guna telaga, tidak menggunakan kerusi dan meja sewaktu sesi pembelajaran, tidak memasang bekalan elektrik dan sanggup memakai pelita sedangkan mereka sebenarnya mampu untuk mendapatkan kemudahan bekalan air dan elektrik," katanya.

Juhaidi berkata, terdapat segelintir tenaga pengajar sekolah pondok yang fobia untuk menerima elaun atau bantuan daripada kerajaan kerana berpandangan prinsip sekolah pondok sebenar perlu bebas tanpa sebarang campur tangan luar.

Beliau berkata, YPPM tidak memperkecilkan prinsip sebahagian tenaga pengajar sekolah pondok, tetapi dalam satu aspek lain mereka tidak boleh terlalu berpegang pada prinsip itu jika hendak berubah.

Katanya, beliau tidak mahu hanya kerana prinsip seperti itu, masa depan anak-anak sekolah pondok digugat sekali gus mengheret sekolah pondok ke zaman gelap dan akhirnya pupus.

"Pada 2012, sebanyak 110 sekolah pondok dikenal pasti di seluruh negara dan sehingga kini jumlah itu dianggarkan mungkin sudah meningkat antara 250 ke 300. Mungkin hanya satu pertiga sahaja yang berdaftar, tetapi kita percaya masih banyak yang belum mendaftar dengan jabatan agama di negeri masing-masing.

"Isu sekolah pondok tidak berdaftar ini menambah kesukaran dalam usaha memajukan sekolah terbabit kerana bantuan tidak dapat disalurkan secara terus kepada mereka," katanya.

Mengulas berhubung pembentangan Bajet 2015 yang menyaksikan kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi pendidikan sekolah pondok berdaftar, Juhaidi berkata, jumlah itu sangat besar dan merupakan peruntukan pertama daripada kerajaan bagi memajukan pendidikan di sekolah-sekolah pondok.

"Kita mengalu-alukan peruntukan sebegini, namun masih belum mengetahui bagaimana proses agihan akan dibuat sama ada disalurkan menerusi Kementerian Pelajaran, kerajaan negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Namun, apa yang membimbangkan, peruntukan itu hanya untuk sekolah pondok berdaftar sedangkan di negara ini masih terlalu banyak sekolah pondok yang belum berdaftar. Bagaimana peruntukan itu hendak sampai kepada mereka?" katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam proses  berkempen bagi menyeru tenaga pengajar sekolah pondok seluruh negara untuk lebih terbuka dan mendaftar demi masa depan anak-anak sekolah pondok.

"Jika banyak sekolah pondok mendaftar dan kerajaan dapat melihat kewujudan mereka, berkemungkinan pada masa akan datang peruntukan yang lebih banyak dapat disalurkan bagi meningkatkan taraf serta pembelajaran di sekolah pondok.

"Kita juga tidak mahu anak-anak sekolah pondok tertinggal dalam transformasi negara tetapi mahu memastikan beberapa langkah yang sedang dibincangkan dapat dilaksanakan agar masa depan mereka bukan hanya di pondok tapi dapat dikembangkan ke peringkat lebih tinggi sehingga universiti," katanya.

Katanya, setakat ini dianggarkan pelajar sekolah pondok seluruh Malaysia berjumlah kira-kira 15,000 orang, manakala tenaga pengajar pula antara 900 ke 1,000 orang.

"Pemerhatian kita juga menunjukkan kebanyakan sekolah pondok berada di kawasan Kedah, Kelantan, Terengganu, diikuti Perak, Pahang dan Selangor.

"Kita tak dapat bagi statistik yang tepat kerana tiada kajian dibuat, selain banyak sekolah pondok tidak berdaftar," katanya.

Suasana lengang selubungi hari kelima kes liwat II

Posted: 02 Nov 2014 09:08 PM PST


Keadaan semasa di pekarangan kompleks Istana Kehakiman, di Putrajaya lengang. Hanya kelihatan beberapa orang penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menanti di luar bangunan mahkamah. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMAD SHAMSUL GHANI Keadaan semasa di pekarangan kompleks Istana Kehakiman, di Putrajaya lengang. Hanya kelihatan beberapa orang penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menanti di luar bangunan mahkamah. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMAD SHAMSUL GHANI
 
 
PUTRAJAYA - Suasana lengang  menyelubungi perkarangan kompleks Istana Kehakiman yang masuk hari kelima rayuan terakhir kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hari ini.

Tinjuan Sinar Harian Online seawal jam 8.30 pagi tadi menyaksikan hanya kelihatan beberapa orang sahaja penyokong yang hadir bagi memberi sokongan.

Seperti kelaziman penyokong Anwar hadir dengan berpakaian hitam sementara penyokong Saiful berpakaian serba merah hari ini.

MH370: Hormat pendirian keluarga

Posted: 02 Nov 2014 09:06 PM PST


Tiong Lai (tengah) diberi penerangan Buku Pelan Keselamatan Jalan Raya oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Dr Tam Weng Wah (dua, kanan), semalam. Tiong Lai (tengah) diberi penerangan Buku Pelan Keselamatan Jalan Raya oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Dr Tam Weng Wah (dua, kanan), semalam.
 
 
KOTA BHARU - Kerajaan menghormati keputusan keluarga mangsa tragedi MH370 menyaman MAS dan pada masa sama turut melahirkan simpati atas nasib menimpa mereka.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya turut merasai kesedihan dan kesusahan dialami keluarga terbabit.

"Kita hormat kerana itu hak masing-masing. Kita simpati dan bersama mereka untuk menghadapi keperitan serta kesedihan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) ke-55 di sini, semalam.

Oktober lalu, dua anak kepada salah seorang penumpang MH370 memfailkan saman terhadap MAS, juga empat  jabatan berkaitan bagi menuntut ganti rugi atas dakwaan memungkiri perjanjian penerbangan setelah gagal mendarat di Beijing (China) tanpa sebarang maklumat akhir.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anak penumpang MH370 saman MAS]

Mengulas mengenai perkembangan MH17, beliau berkata, pihaknya masih lagi berunding bagi membolehkan pasukan penyiasat masuk ke lokasi tragedi walaupun pada musim sejuk.

"Pasukan penyiasat kini menunggu untuk ke Ukraine untuk meneruskan pencarian bahan bukti," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, purata kematian 19 kes sehari akibat kemalangan jalan raya di negara ini dianggap terkawal.

"Kita boleh perbaiki lagi dan ia tidak boleh dibandingkan dengan dunia lain kerana yang penting, kita dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dengan memperbaiki sikap pemandu.

"Bawa kereta laju menjadi salah satu punca kematian yang tinggi dan bagi mengatasinya, pemandu perlu memberi kerjasama mengikut peraturan pada papan tanda kelajuan," katanya.

Penyokong Saiful mula 'panaskan' pekarangan Istana

Posted: 02 Nov 2014 09:03 PM PST


Foto Sinar Harian oleh  MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
 
 
PUTRAJAYA - Suasana di pekarangan Istana Kehakiman di sini, yang mulanya tenang bertukar panas apabila penyokong bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mula mencetuskan provokasi.

Suasana provokasi bermula apabila penyokong Saiful mula melaungkan kata-kata 'hukum-hukum, hukum Anwar' menyebabkan penyokong Anwar tidak berpuas hati dengan laungan tersebut.

Penyokong Saiful yang berpakaian serba merah hari ini datang bertentangan dengan penyokong Anwar lantas melaungkan slogan tersebut sehinggakan penyokong Anwar naik berang.

Laungan penyokong Saiful itu dibalas oleh penyokong Anwar dengan laungan 'dibayar RM30', dipercayai bertujuan menyindir penyokong Saiful.

Bagaimanapun, suasana tegang itu hanya berlangsung lima minit dan keadaan kembali tenang apabila penyokong Saiful beransur pergi daripada kawasan tersebut.

Hari ini merupakan hari kelima hujahan balas kes rayuan liwat II membabitkan Anwar Ibrahim dan Saiful.

Tiada ulasan: