Isnin, 3 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hujah balas pendakwa yang tidak kukuh....

Posted: 03 Nov 2014 01:57 PM PST


Berikut hanya komen dari pembaca sepintas lalu. Korang boleh baca berita asalnya di sini. Hari ini adalah keputusan perbicaraa, Sementara itu, layanlah hak ni dulu....

Shafee berkata ....

10.40am: Shafee berkata Lelaki Y adalah Anwar.

10.55am: Shafee berkata DNA Anwar dan Saiful ditemui pada seluar dalam kelabu Saiful. Katanya, dalam swab peri-anal dari Saiful, DNA Anwar dan Saiful terdapat dari "atas ke bawah". Beliau menambah bahawa DNA Anwar juga ditemui pada ekstrak bukan sperma pada rektum tinggi. Katanya, ia terdapat pada setiap locus. Shafee menjelaskan bahawa orang ketiga boleh jadi hasil daripada Saiful duduk di atas tempat duduk tandas. 

Komen pembaca ....

Ika Arbaen : Tadi Shafee Abdullah mengatakan bukti DNA BERADA diseluruh rektu atas dan bawah sipol. Ini terjadi mungkin sipol duduk diatas mangkok tandas. Ini menghirankan kata sipol tidak mandi, buang air besar dan tidak mencuci duburnya selama dua hari... jadi buat apa dia duduk atas mangkok tandas tu.... fikirkanlah shafee jgn auta sangat

Shafee berkata ....

12.25pm: Shafee berkata, ketika disoal balas oleh (Peguamcara II ketika itu) Yusof, Dr Osman berkata laporan bertaip itu disediakan pada 30 Jun, dua hari selepas memeriksa Saiful. 

 Shafee seterusnya membaca soal balas terhadap Osman, berhubung akuan berkanun yang dibuatnya. 

 "Pihak pembelaan mahu kita (pihak pendakwa) memanggilnya. Ini jelas merupakan saksi yang berbohong," katanya. 

 Hakim Arifin bertanya sama ada Osman telah dicabar (impeached), dan Shafee berkata tidak ada.*

 Ram Karpal mencelah dan berkata terdapat tiga kenyataan yang diambil dari Dr Osman. Shafee berkata kenyataan Dr Osman tidak ditambah, dan berkata ia jelas menunjukkan doktor itu menambahnya (tentang objek plastik) selepas pertemuan itu dan menambahnya untuk kepentingan seseorang.

Komen pembaca....


Undilah Pakatan Rakyat : Menurut keterangan Saiful di Mahkamah dia telah berjumpa Najib pada 24hb dan mengadu pada Najib dia diliwat, Najib mengatakan dia memegang tangan Saiful yg sejuk...

Saiful kemudiannya mengatakan bahawa dia berjumpa Najib untuk minta biasiswa...amboi senangnya Saiful dpt jumpa Najib??? Jgn2 Najib yg meliwat Saiful...


Manakala pertuduhan liwat bertarikh 26hb, jadi kenapa dia jumpa Najib, lepas tu jumpa Ketua Polis Negara, jumpa Ezam, Jumpa Mumtaz...ini membuktikan perancangan jahat Umno nak mengaibkan dan menghancurkan karier politik DSAI dgn mengupah Saiful sebagai mangsa liwat! 


Yg pelik lagi, Doktor Pusrawi mengesahkan tiada kesan tusukan di jubur Saiful, hanya kesan tusukan menggunakan plastik...Doktor HKL juga mengesahkan tiada kesan tusukan di jubur Saiful. Kalau inipun x nampak, tak tahu apa nak kato!!! memang buta penyokong2 jubur Saiful!!!



Shafee berkata ....

1.00pm: Shafee kini berhujah mengenai Anwar tidak memanggil saksi alibi. "Tidak seorang pun saksi tersebut dipanggil untuk membuktikan alibi itu," katanya. Hakim Arifin berkata pendengaran akan disambung esok untuk Shafee menyambung hujahnya. Shafee berkata beliau akan berhujah selama satu setengah jam lagi dan ianya selesai.


Komen Surah An-Nur: 12-13 ....

Sepatutnya Shafee atau Saifol yang kena bawa saksi sebagaimana yang Allah ingatkan kepada kita, manusia yang beriman :

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata (12). 


Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. (13).


* Malaysian Insider menjelaskan : 

Shafee berhujah yang Dr Osman mungkin dipujuk memasukkan maklumat berkenaan objek plastik itu dalam laporannya. 

 "Saksi ini perlu dicabar. Dia menambah (dalam laporannya) objek plastik dimasukkan beberapa hari kemudian bagi menguntungkan individu tertentu," katanya. 

 Pihak pembela meminta pihak pendakwa memanggil Dr Osman sebagai saksi, tetapi Shafee berkata timbalan pendakwa raya akan "hilang kerjanya" sekiranya beliau berbuat demikian kerana doktor itu berbohong. 

 Ketua Hakim Arifin bertanya adakah Dr Osman dicabar, dan Shafee menjawab tidak, kerana testimoni doktor itu sudah pun ditolak semasa pemeriksaan balas. / end.


Sodap kaulah Shafee...tuduh Dr Osman membohong, tapi tak panggil doktor tu untuk kamu grill supaya pembohongannya terbukti dimahkamah! Kelakar betul Mamak ni!

Sekarang siapa yang dah kena tahi lembu atas kepala?

Posted: 03 Nov 2014 02:20 AM PST


Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini di sini telah memberikan jawapan yang tepat sekali!

 Pada sekitar December 2010, Mendiang Karpal Singh berkeras mahu mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung penggantungan empat ahli parlimen pembangkang, termasuk dirinya sambil menolak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ketika itu, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan di Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

"Dalam negara kita Parlimen bukan yang paling tinggi, Perlembagaan yang paling tinggi. Keputusan yang dibuat Parlimen mesti berdasarkan Perlembagaan." Antara hujjah mendiang Karpal. 


Mohd Nazri pula membidas dan menghina mendiang Karpal pada satu sidang medianya dengan melabelkannya sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker ke mahkamah.

 Katanya, mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

 "Ini adalah kedaulatan Parlimen dan kuasa Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.

 "Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga," kata Nazri sambil ketawa.

 "Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan mengegani kekuasaan Parlimen," katanya.

"Nazri panggil saya peguam kelas ketiga. Saya mungkin kelas ketiga tetapi dia tidak ada kelas," Jawab mendiang Karpal. 

Memang tepat apa yang mendiang katakan itu. Nazri tak ada kelas langsung dan kepalanya penuh dgn tahi lembu....Sila rujuk di sini

Mendiang Karpal Singh masih terus menyumbangkan jasa kepada yang masih hidup

Posted: 03 Nov 2014 12:39 AM PST

Kelihatan Gobind ketika peringatan Karpal Singh 
di Dewan Perniagaan China Kuala Lumpur-Selangor 

Gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, Gobind Sing Deo terkenangkan kepada mendiang ayahnya, Karpal Singh kerana ia merupakan kes sivil terakhir yang dibawa mendiang ayahnya sebelum meninggal dunia dalam satu kemalangan pada April.

 "Karpal berkata kepada saya, sekiranya kita menang kes ini, harapannya ialah Parlimen akan mengkaji semula semua kes penggantungan wakil rakyat sebelum ini dan membayar mereka semula seperti yang sepatutnya," kata Gobind.

 Beliau berharap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan mempertimbangkan perkara itu, sambil menambah terdapat ramai ahli Parlimen yang bertugas sepenuh masa sebagai ahli politik dan bergantung sepenuhnya kepada gaji mereka bagi menyara diri dan keluarga mereka.

 "Sebarang arahan yang merampas sumber pendapatan itu sangat drakonian dan menekan," kata Gobind dalam satu kenyataan.

Gobind digantung tanpa gaji selama 12 bulan pada 16 Mac, 2009 kerana menghina Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee dan menggelar Datuk Seri Najib Razak, yang ketika itu timbalan perdana menteri, seorang pembunuh.

Mahkamah mengarahkan Parlimen membayar gaji dan imbuhan yang ditahan dari ahli Parlimen Puchong itu semasa beliau digantung selama setahun pada 2009.

Beliau memfailkan saman pada bulan berikutnya terhadap speaker Dewan Rakyat, setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Seri Nazri Aziz - menteri yang bertanggung jawab hal ehwal Parlimen ketika itu - dan kerajaan, memohon pengisytiharan yang penggantungan beliau batal dan tidak sah.

Mahkamah dalam menegakkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, memutuskan yang tiada undang-undang memberikan Parlimen kuasa berbuat demikian.

 Pada Oktober, Mahkamah Tinggi memutuskan badan perundangan persekutuan itu tidak mempunyai kuasa menahan pembayaran itu dan mengarahkan Parlimen membayar Gobind apa yang terhutang kepadanya.

Responden merayu terhadap keputusan mengenai pembayaran kepada Gobind itu, tetapi Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

 Mereka kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, yang membuat penghakiman sebulat suara hari in. – 3 November, 2014. Berita penuh  di sini

Tiada ulasan: