DIALOG RAKYAT |
- Najib korban kebajikan rakyat hapus subsidi RON95
- Agenda Melayu yang Gagal
- Serangan seksual: Rizalman mengaku tidak bersalah
- Pegawai Imigresen hadapi tuduhan bunuh tahanan
- Polis Johor tumpas sindiket curi kenderaan mewah
- Suri rumah maut dilanggar kereta jiran
- Sogokan: SPRM akan temui usahawan China
- Syed Ali: Kok beri cadangan tak bertempat
- K'jaan mansuh subsidi RON95, diesel mulai 1 Dis
- Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. KWSP Cari Jalan Stabilkan Kantung. Apa Respon Pencarum EPF?
- MB: “Apa harapan anda Belanjawan Selangor 2015?”
- Putrajaya kini mahu kurangkan harga kereta dalam lima tahun
- Empat sekeluarga maut kereta bertembung bas
- Permohonan BR1M bermula 1 Disember - Ahmad Husni
- Banteras iklan, poster ah long
- Caj arak: Pemuda Pas Kelantan ancam boikot
- Pakatan serah petisyen mohon mansuh Akta Hasutan
- Bantuan kerajaan luar jika Bank Negara enggan siasat dana 1MDB
- Belum masa Terengganu isytihar darurat
- Arak: Caj tiket perlu dihentikan
- Haram pakai lilitan di lengan baju
- 1MDB: Jawaban Najib hanya 'copy and paste'
- Banjir: Unit Amal tak bantu pelajar UniSZA, ini penjelasan
- #PAU2014 : 106 Agensi Media Berdaftar Buat Liputan
- 6 penduduk sesat di Gunung Padang Cik Mas
Najib korban kebajikan rakyat hapus subsidi RON95 Posted: 21 Nov 2014 03:03 AM PST Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi sama ada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara. Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya. Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh pemerintah di Putrajaya. Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat. Dalam keadaan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak telah terbukti tidak berniat untuk menghapuskan rasuah malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain, penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya menolak sepenuhnya penghapusan subsidi petrol dan diesel ini dan berazam akan terus bersama-sama aktivis dan rakyat menuntut harga minyak diturunkan bermula dengan demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014. Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan. Sementara menunggu tekanan dari rakyat mengembalikan sistem subsidi petrol dan diesel, saya juga mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak berlaku adil dengan rakyat dengan serta-merta mengumumkan perkara-perkara berikut: 1. Membatalkan hasrat menetapkan harga petrol dan diesel melalui sistem apungan harga terkawal (managed floating pricing system) sebaliknya membenarkan syarikat-syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling. Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia juga memberi insentif kepada syarikat-syarikat minyak supaya lebih cekap dan tidak hanya bergantung kepada perlindungan kerajaan melalui harga seragam seperti yang berlaku sekarang. Melalui cara ini iaitu melaksanakan harga terbuka, syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pimpinan Barisan Nasional seperti PETRON akan mengalami kesukaran untuk bersaing kerana mereka bukanlah syarikat minyak yang mempunyai operasi berintegrasi di hiliran dan huluan; 2. Mengumumkan penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat untuk memastikan harga kereta akan lebih selari dengan harga pasaran seperti yang dibayar oleh pengguna di negara-negara lain. Selama ini Barisan Nasional memberi alasan rakyat terpaksa membayar cukai eksais kereta yang tinggi kerana kerajaan memberikan subsidi petrol dan diesel, alasan ini kini tidak boleh digunapakai. Jika harga petrol dan diesel ditetapkan mengikut kos dan pasaran, maka harga kereta juga perlulah mengikut harga pasaran. Kegagalan atau keengganan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kedua-dua perkara di atas bermakna beliau mengundang kemarahan rakyat. Jika cukai-cukai kereta tidak dihapuskan, pentadbiran beliau dijangka mengutip RM17.3 bilion dari rakyat bagi segala jenis cukai kenderaan tahun depan tanpa sedikit pun dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi. Apa pun alasan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas ini, saya menyeru semua rakyat, NGO dan aktivis untuk turun beramai-ramai pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak dan dikembalikan sistem subsidi. - HARAKAHDAILY |
Posted: 21 Nov 2014 02:57 AM PST sakmongkol.blogspot Minggu depan UMNO akan bersidang. Orang putih kata- you know the drill. Sudah menjadi semacam protocol- UMNO mencipta musuh2 baru untuk diperangi; kemudian menaikkan suhu dan darah para perwakilan yang berebut rebut membuat ucapan penangguhan yang berapi api. Habis perhimpunan, wakil orang melayu yang datang kesitu lupa tujuan asal mereka berhimpun- untuk menilai sejauh mana pemimpin mereka telah meningkatkan pendapatan orang Melayu, membetulkan agihan pendapatan antara Melayu atasan dan Melayu bawahan. Mereka lupa mengingatkan pemimpin mereka, orang Melayu hilang tanah mereka, orang Melayu tidak berumah, orang Melayu lemah dalam perniagaan dan sebagainya. Mereka lupa menilai pencapaian pemimpin mereka yang memegang tampuk pemerintahan dan kuasa. UMNO hidup atas pembohongan sekarang. Bukan lagi prinsip perjuangan. Setelah hidup 68 tahun, ia gagal menebus bangsa Melayu. Selama memerintah sejak pilihanraya pertama 1955, selama 59 tahun- UMNO masih bertanya apa lagi Cina mahu, apa lagi India mahu. Maksud nya, sekian lama,UMNO tersangat bebal masih tak tahu apa rakyat mahu? Jadi, untuk menutup kegagalan nya, dan menyembunyikan hipokrasi nya, UMNO kena terus berbohong kepada ahli nya dan kepada orang Melayu am nya. Dengan menceritakan agenda UMNO untuk Melayu disabotaj oleh bangsa lain. Dengan menceritakan agenda UMNO untuk Negara, agama dan bangsa disabotaj oleh bangsa lain. Pensabotaj ialah musuh UMNO dan pada masa yang sama, musuh Melayu. Itu cara UMNO menyambung hayat politik nya- membohongi ahli nya dan membohongi bangsa Melayu. Tapi kita tahu, itu cakap besar pemimipin UMNO. Rakyat luar yang bukan UMNO dan bukan menyokong UMNO mesti sedar bahawa puak UMNO ini tidak boleh melakukan apa2 melainkan apa yang dibenarkan oleh undang2. Biarkan mereka jerit sampai leher urat jadi biru, atau menangis teresak esak meratapi nasib bangsa Melayu yang diperlakukan oleh UMNO sebetulnya. Yang mahu jadi jaguh akan mencari isiu untuk pablisiti murahan. Tidak ada benda yang meng-herokan orang UMNO daripada mengistiharkan dia akan mempertahankan maruah bangsa Melayu sampai tetesan darah terakhir. Pemimpin UMNO tidak mahu ketinggalan akan menghunus keris dan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan mencabar mereka yang menggugat bangsa Melayu. Yang tergugat sebetulnya ialah UMNO bukan orang Melayu. Dalam kes yang paling asas yakni pegangan tanah reseb Melayu- pemimpin UMNO yang kita sanjung2 lah yang menjual tanah reseb Melayu dan gagal menggantikan nya. Daripada 3juta hektar sekarang sudah tinggal 1.7 juta hektar. Yang jual dan benarkan keadaan begini ialah pemimpin UMNO. Ini pun sukar difaham oleh puak UMNO. Fakta nya, ialah orang Melayu berkeadaan seperti yang mereka ada sekarang kerana politik. Dan politik maknanya siapa yang berkuasa. Lojik nya, jika orang Melayu mundur dalam pelbagai cabang hidup, mereka jadi demikian kerana yang pegang kuasa itu menjadikan mereka demikian. Yang pegang kuasa dan yang menjadikan mereka demikian ialah UMNO. Jadi UMNO akan mencari dan mencipta isiu menggambarkan orang Melayu dalam bahaya. Dan mempertahankan maruah Melayu itu biasa nya dikaitkan dengan ancaman yang dicetuskan oleh minda2 rendah jatidiri. Walhal maruah orang Melayu jatuh serendahnya kerana miskin nya mereka, mundur nya mereka dari pendidikan, dari pelbagai cabang kehidupan seperti yang telah lama digambarkan oleh Pendita Zaaba. Hari ini kalau Pendita Zaaba ada , harus dia dikenakan akta hasutan kerena berani dan jujur mendedahkan kelemahan bangsa Melayu. Kita tahu isiu lama yang akan didendangkan- betapa orang Melayu terancam, agama mereka terancam dan raja2 Melayu yang berdaulat itu terancam. Jika sudah memerintah sejak 1955 sampai sekarang, UMNO gagal menjaga Melayu dan Melayu masih terancam, apa alasan untuk kita kekalkan UMNO sebagai penjaga orang Melayu? Fakta nya, kepentingan orang Melayu tidak semesti nya dicapai melalui jenama UMNO. UMNO mahu meresahkan dan menggemparkan orang Melayu- walhal mereka mewakili sebahagian sahaja dari orang Melayu, dengan cerita dongeng bahawa orang Melayu, agama mereka, raja mereka terancam. Berapa kali kita hendak ulang- UMNO dan suku sakat nya hanya dapat 47% dari sokongan undi popular. Lebih ramai orang Melayu mengundi PKR, PAS bahkan DAP daripada mengundi UMNO. Ini parti yang tidak sedar diri. Kalau kita jumlahkah semua 88 kerusi yang UMNO menang dan kirakan pengundi nya, hasilan nya lebih rendah dari jumlah undi yang di perolehi oleh pembangkang. UMNO menang hanya kerana persempadanan yang tidak adil dan taburan pengundi yang tidak adil. Itu sahaja yang menyelamatkan UMNO. Dasar yang mereka laksanakan tidak dpercayai lansung oleh rakyat. Dasar sosial mencetuskan perkelahian dan syak wasangka; dasar ekonomi menyebabkan jurang pendapatan melebar, dasar ekonomi juga menyebabkan Melayu terpilih bertambah kaya; dasar mengenai agama menyebabkan golonga ekstrim yang tidak dipilih rakyat meletakkan agenda melampau keatas Negara. Pemimpi nombor satu mereka, cakap besar dan berdegar degar, tapi semua kosong. Bukan saya cakap, Dr Mahathir yang cakap. Dan Mahathir PM kita selama 22 tahun. Kita tahu sebab apa UMNO mesti lakukan segala pembohongan ini. Ianya untuk menutup kegagalan mereka membela bangsa Melayu, agama mereka dan raja mereka. Kesemua ini tidak pun terancam. Orang Melayu jumlah nya 60%dari penduduk Negara ini, polis dan askar hampir semua Melayu,, pegawai kerajaan, penjawat awam hampir semua Melayu. Senaraikan mereka yang ada kuasa- semua Melayu. Dengan bersenjatakan ini, lojikkah untuk berkata- kumpulan 60% dengan segala macam kekuatan, dengan kuasa kerajaan yang ada- berada dalam bahaya? Pandir punya cerita ni. |
Serangan seksual: Rizalman mengaku tidak bersalah Posted: 21 Nov 2014 02:49 AM PST SINAR HARIAN Muhammad Rizalman Ismail WELLINGTON – NEW ZEALAND. [DIKEMASKINI] Bekas pembantu staf Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Pegawai Waran Dua Muhammad Rizalman Ismail didakwa atas dua pertuduhan melibatkan jenayah pecah rumah dan serangan seksual dengan niat, di Wellington, lapor AFP. Bagaimanapun, ketika prosiding pendengaran pertuduhan dilakukan, Muhammad Rizalman memberi pengakuan tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit dan mahkamah kemudiannya menetapkan kes disebut semula pada Februari tahun hadapan. Mahkamah membenarkan Muhammad Rizalman dilepaskan dengan jaminan dan mengarahkannya menyerahkan pasport selain diarah berada di bawah perintah berkurung pada waktu malam. Berdasarkan pertuduhan, dia cuba merogol seorang wanita berusia 21 tahun di rumahnya dekat pinggir bandar Wellington iaitu di lokasi sama Suruhanjaya Tinggi Malaysia berada. Jika sabit kesalahan, Muhammad Rizalman, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun. Pada Oktober lalu, atas persetujuan Malaysia dan pihak berkuasa New Zealand, lelaki berusia 38 tahun ini telah di ekstradisi ke New Zealand bagi menjalani tempoh soal siasat dan perbicaraan mahkamah atas pertuduhan yang dikenakan selepas dia meninggalkan negara tersebut pada Mei lalu. |
Pegawai Imigresen hadapi tuduhan bunuh tahanan Posted: 21 Nov 2014 02:47 AM PST SINAR HARIAN Mohd Aminnudin Mohd Yasin, 32, dan Zuhairul Effendy Zualkafli, 32, dituduh mencapai niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Abu Bakar Siddiqe, 45 tahun, antara jam 10 dan 11 malam, 29 Oktober, di Jabatan Imigresen Kangar. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan. Majistret Nik Mohd Tarmizi Nik Mohd Shukri menetapkan 12 Disember untuk sebutan semula kes itu. Ketua Unit Timbalan Pendakwa Raya Perlis, Badius Zaman Ahmad mengendalikan pendakwaan, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Rahamathullah Baharudeen. - Bernama |
Polis Johor tumpas sindiket curi kenderaan mewah Posted: 21 Nov 2014 02:45 AM PST SINAR HARIAN Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (kiri) bersama pegawainya menunjukkan antara kereta mewah yang berjaya dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan sindiket curi kenderaan mewah di negeri ini dalam 12 siri serbuan di daerah Johor Bahru Selatan baru-baru ini. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam kesemua serbuan pada 12 November lepas, seramai empat lelaki dan dua perempuan, yang kesemuanya warga tempatan, ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket terbabit. "Kesemua suspek yang berusia 17 hingga 35 tahun itu juga disyaki terlibat dalam aktiviti pecah rumah di Johor, Perak dan Kuala Lumpur dan penangkapan ini membolehkan polis berjaya menyelesaikan 35 kes pecah rumah di tiga negeri itu," kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini. Dalam serbuan itu, polis turut merampas tujuh kereta mewah berjenama seperti Lexus, Mini Cooper, BMW dan Mercedes Benz serta sebuah motosikal BMW. Kesemua kenderaan itu dilaporkan hilang di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, kata beliau. Mohd Mokhtar berkata, hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan bermotor yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda. Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, iaitu pecah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun. - Bernama |
Suri rumah maut dilanggar kereta jiran Posted: 21 Nov 2014 02:43 AM PST MALAYSIAKINI Gara-gara bertengkar disebabkan sampah, seorang suri rumah maut dilanggar di Flat Desa Intan di Lebuhraya Thein Teik, Bandar Baru, di George Town tengah malam tadi. Kejadian berlaku pada pukul 12.55 tengah malam apabila Lee Seok Pheng, 47, dirempuh dengan kereta dari hadapan. Dia meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata Lee dan suaminya yang tinggal di tingkat bawah flat itu dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki berusia 53 tahun yang tinggal di tingkat tiga kerana lelaki itu didakwa membuang sampah berhampiran rumah mereka. "Suspek yang berada di dalam keretanya cuba melanggar suami mangsa tetapi dia dapat mengelak dan pasangan itu, yang tidak berpuas hati, kemudian mengetuk bahagian belakang kereta lelaki berkenaan," katanya kepada pemberita di George Town hari ini. Beliau berkata lelaki terbabit kemudian mengundurkan keretanya untuk menggertak mangsa dan suaminya menyebabkan mereka berdua terdorong ke belakang, lantas Lee menuju ke pintu pemandu kereta itu dan memarahinya. "Suspek mengundurkan kenderaannya sebelum memandu ke arah wanita itu dan terus melanggarnya," katanya. Mior Faridalathrash berkata lelaki itu keluar dari kereta dan cuba melarikan diri tetapi dapat diberkas oleh beberapa orang awam yang melihat kejadian itu. "Suspek turut dipukul dan cedera di kepala serta tangan menyebabkan dia dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang," katanya. Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai mekanik tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain bebas pengaruh alkohol atau dadah.- Bernama |
Sogokan: SPRM akan temui usahawan China Posted: 21 Nov 2014 02:38 AM PST MALAYSIAKINI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menemui seorang hartawan China yang mendakwa pernah membayar sogokan sebanyak USD100,000 kepada ahli politik Malaysia bagi memudahkan satu operasi lombongnya di Terengganu. Pengarah siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, dakwaan oleh ketua eksekutif syarikat CAA Resources itu dipandang serius kerana turut menjejaskan nama pihak istana. "SPRM akan bertemu dengan Li Yang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu. "Dakwaan dibuat oleh Li Yang juga boleh merosakkan nama dan imej pihak istana di mana kemungkinan ada pihak tengah yang cuba mengambil kesempatan meminta wang daripada ahli-ahli perniagaan. "SPRM akan bertindak tegas jika benar wujud perbuatan meminta wang sogokan atau rasuah daripada ahli-ahli perniagaan bagi memudahkan operasi perniagaan," kata Mohd Jamidan dalam kenyataannya. Laporan New York Times semalam menyebut, Li Yang mendakwa telah membayar USD100,000 (RM336,500) kepada setiap ahli politik yang mempunyai kepentingan tidak langsung dengan lombong di Bukit Besi itu. Usahawan itu mendakwa membuat bayaran itu untuk mendapatkan gelaran "Datuk". Menurut laporan itu, Li, 27, yang merupakan anak lelaki hartawan besi di China, didakwa berbuat demikian sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk "membina hubungan" dengan ahli politik dan pihak kerabat. Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam reaksi segera semalam berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan itu. |
Syed Ali: Kok beri cadangan tak bertempat Posted: 21 Nov 2014 02:36 AM PST MALAYSIAKINI Seorang pemimpin bahagian Umno menyelar MP Seputeh Teresa Kok kerana membuat cadangan tidak bertempat berhubung perjalanan perhimpunan agung Umno. Dengan nada jengkel, Syed Ali berkata MP DAP itu tidak layak untuk menentukan agar persidangan tersebut membahaskan isu melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Dia tak perlu hendak tentukan apa yang kami mahu bahaskan. Kalau kami mahu bahas (tentang 1MDB), kami sendiri akan bahaskan. "Kalau dia mahu sangat cakap pasal itu, dia jadi ahli Umno lah," katanya kepada Malaysiakini. Sementara itu, dalam tulisan di blognya Syed Ali berkata Kok tidak sepatutnya terus mengaitkan isu 1MDB dengan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjelang perhimpunan parti itu. Menurutnya, isu itu telah dijelaskan di Dewan Rakyat sebelum ini dan ia tiada kaitan dengan Najib. "Pembangkang buat fitnah kononnya 1MDB ada kaitan dengan Najib, ini semua fitnah jahat dan tidak berasas. "Isu 1MDB sudah dijelaskan oleh kerajaan termasuk di Dewan Rakyat, tiada berlaku sebarang penyelewengan," tulisnya. Syarikat pelaburan negara itu dirundung kontroversi berhubung isu jaminan kerajaan ke atas hutangnya, didakwa berjumlah RM20 bilion. Kerajaan bagaimanapun menafikan dakwaan pembangkang, dan menegaskan bahawa jaminan nyata ke atas hutang 1MDB hanya berjumlah RM5 bilion. MP pembangkang juga menumpukan isu dana 1MDB berjumlah RM7 bilion di bank luar pesisir dengan menuntut penjelasan kerajaan berhubung butiran kewangan tersebut. |
K'jaan mansuh subsidi RON95, diesel mulai 1 Dis Posted: 21 Nov 2014 02:33 AM PST MALAYSIAKINI Putrajaya akan memansuhkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek mengumumkan, mulai tarikh itu, penetapan harga runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal. Katanya, berikutan itu tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam. Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia. Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Hasan Malek. Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bermula dari 1 Disember 2014, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float). Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010. Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak tahun 1983. Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter. Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember. Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM. Pada masa ini harga runcit RON95 di stesen minyak adalah pada harga RM2.30 seliter dan diesel pada harga RM2.20 seliter. Mulai pada 1 Disember 2014, penetapan harga di stesen minyak akan bergantung kepada kaedah yang disebut di atas. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel. Keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97. Langkah ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia. Kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaan kaedah ini. |
Posted: 21 Nov 2014 02:26 AM PST Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. KWSP Cari Jalan Stabilkan Kantung. Apa Respon Pencarum EPF? : Melalui sistem yang dibuat oleh KWSP Malaysia (EPF) sekarang ini, pencarum diberikan pilihan membuat caruman KWSP sehingga ke umur maksimum 75 tahun. Manakala jikalau anda mempunyai perancangan untuk beli rumah, untuk pendidikan atau ansuran bulanan pinjaman contohnya anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari akaun 2 KWSP anda. Anda juga dibenarkan untuk membuat pengeluaran akaun 2 EPF ketika berumur 50 dan anda boleh mengeluarkan kesemua duit EPF anda ketika berumur 55 tahun. Tetapi….. Tetapi, nampaknya pihak KWSP Malaysia sudah berkira-kira untuk menaikkan & melanjutkan had umur yang dibenarkan kepada anda untuk membuat pengeluaran KWSP keseluruhan simpanan persaraan anda kepada 60 tahun. Anda mampu bersabar sehingga ke peringkat umur ini untuk merasa duit hasil keringat dan usaha keras anda selama ini? Mengapa pula menjadi begini? Jikalau dalam bahasa ydan kenyataan ang diungkapkan di media pastinya KWSP cukup risau dengan cara bagaimana kalangan pencarum mengggunakan duit itu kelak di hari tua selepas habis mengeluarkan duit daripada dalam kantung KWSP. Itu kata mereka. Tetapi hakikatnya, dengan menaikkan had umur pengeluaran keseluruhan KWSP bakal menstabilkan semula kantung KWSP selepas pinjaman yang dibuat oleh kalangan GLC daripada KWSP, tidak mampu dibayar pada waktu yang ditetapkan dan juga bagi tujuan membantu kalangan GLC yang "sudah nyawa-nyawa ikan". Itu sebablah kita melihat pelbagai skim dan program yang diperkenalkan oleh pihak KWSP Malaysia bagi mencari jalan sebanyak mana yang boleh untuk menstabilkan kembali dana mereka. KLIK SINI : Pengeluaran KWSP Dikekalkan Pada Umur 55 Tahun (80 Komen Bernas Pembaca) Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. Pencarum Setuju?Sepatutnya itu adalah duit pencarum, tanya kepada kalangan pencarum apa yang dimahukan mereka? Bagi pilihan 50, 55, 60 dan 65…sekurang-kurangnya pencarum diberikan kebebesan untuk merasai hasil titik peluh mereka selama ini. Samada kalangan pencarum mahu berjoli atau tidak dengan duit tersebut. Itu bukan hak dan urusan KWSP untuk menahan duit tersebut daripada dikeluarkan kesemuanya daripada tangan anda. Setiap pencarum ada perancangan mereka sendiri dengan duit mereka. Cukuplah ditahan duit sehingga umur 55 tahun dengan kadar dividen yang cukup kecil. Jangan ditambah masa dan penantian kalangan pencarum lagi. Apa respon anda pula dengan cadangan terbaru daripada KWSP Malaysia kali ini? |
MB: “Apa harapan anda Belanjawan Selangor 2015?” Posted: 20 Nov 2014 08:15 PM PST SELANGOR KINISHAH ALAM : Orang ramai boleh memberikan pandangan dan idea kepada Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkenaan harapan mereka untuk Belanjawan Selangor 2015. "Apa harapan rakyat Selangor untuk Belanjawan Selangor 2015? Sila kongsikan pandangan dan cadangan anda dengan saya," tulis Mohamed Azmin di laman Facebooknya. Belanjawan Selangor 2015 akan dibentangkan pada 24 November ini yang merupakan pembentangan kali pertama untuk Mohamed Azmin selepas menjawat Menteri Besar Selangor yang baru. Antara pandangan diberikan orang ramai, Syuhaida Abd Rani, berharap Kerajaan Selangor mewujudkan pusat khas pembelajaran untuk anak Kelainan Upaya (OKU) khusus untuk pesakit celebral palsy. "Zaman sekarang amat sukar kami nak masukkan anak OKU,kami ke pusat pembelajaran yang biasa, pendidikan khas yang ada pun amat terhad. Semuanya menolak kehadiran anak-anak OKU ini. "Apabila kami kemukakan masalah kami ini kepada JKM, tiada apa respon dan tiada tindakan. Jadi MB Azmin, tolonglah bantu masa depan kanak-kanak ini, mereka pun ingin berjaya seperti kanak-kanak tipikal lain. "Harap bajet Selangor dapat mempertingkatkan lagi bantuan dan pendidikan golongan OKU termasuk bagi ibu-bapa anak-anak OKU yang berada dalam golongan gaji pertengahan ke bawah," tulisnya. Din Yon pula berharap agar pembinaan rumah mampu milik rakyat untuk RM200,000 ke bawah diperbanyakkan khusus untuk anak muda yang baru memulakan hidup baru. "Pelihara sungai di seluruh Selangor, pendatang tanpa izin dan juga kemasukan warga luar yang tidak terkawal..terutama warga Afrika yang terlalu ramai, " tulisnya. Alif Kaven berharap Belanjawan Selangor 2015 ini memberikan penumpuan kepada kenaikan gaji Guru KAFA yang masih tertangguh. "Tolong pantau dan percepatkan kenaikan gaji guru-guru KAFA selangor yang sebelum ini selama dua tahun hanya laungan ' bakal kenaikan gaji guru KAFA' dan tolong beri skim rumah mampu milik khas bagi guru-guru KAFA. "Ini kerana memang tak lepas nak mohon pinjaman bank untuk beli rumah sendiri apatah lagi terpaksa menyewa seumur hidup atau terpaksa balik kampung bila bersara," tulisnya. Orang ramai boleh menyatakan harapan itu di www.facebook.com/MohamedAzminAli.EZY |
Putrajaya kini mahu kurangkan harga kereta dalam lima tahun Posted: 20 Nov 2014 08:11 PM PST ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Putrajaya berkata ia komited terhadap menurunkan harga kereta dalam lima tahun, selepas menyatakan sebelum ini ia akan mengekal duti eksais. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri dilaporkan memberitahu Dewan Rakyat hari ini kereta dimport, terutama jenis berenjin kapasiti pertengahan, akan diturunkan sehingga 30 peratus. "Kerajaan akan memenuhi janjinya untuk mengurangkan harga kereta import di antara 20 hingga 30 peratus dalam lima tahun akan datang," Hamim dipetik sebagai berkata oleh The Star. Timbalan menteri itu menjawab soalan tambahan daripada wakil PKR dari Pandan, Rafizi Ramli. Hamim menolak tanggapan kerajaan tidak mengotakan janjinya untuk mengurangkan harga kereta dan berkata Putrajaya hanya melewatkan melaksanakan dasar berkenaan kerana khuatir kesan negatif impak itu terhadap pasaran kereta terpakai. "Apa akan berlaku ialah pengguna akan menumpu kepada kereta baru dan tidak lagi mahu membeli kereta terpakai," beliau dipetik sebagai berkata. Januari lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan belum lagi mahu mengurangkan duti kereta tetapi menimbangkan untuk melakukannya apabila kedudukan kewangan negara lebih baik. Mustapa berkata, Putrajaya tidak dapat mengurangkan cukai tinggi dikenakan ke atas pembeli kereta kerana ia akan mengurangkan keuntungannya, memberi alasan jumlah duti eksais adalah 75 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan cukai kerajaan bagi kenderaan. Mengurangkan harga kereta adalah antara isu utama digunakan oleh parti pembangkang untuk mendapatkan sokongan ketika Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Rafizi mendakwa rakyat Malaysia yang dibebani oleh inflasi berikutan pengurangan subsidi kini dihimpit oleh duti eksais tinggi. |
Empat sekeluarga maut kereta bertembung bas Posted: 20 Nov 2014 08:07 PM PST ANTARAPOS.COM KUALA LIPIS: Empat sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 8, Jalan Kuala Lipis-Merapoh, berhampiran Kampung Kubang Rusa, dekat sini, awal pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu menyebabkan mangsa, pemandu kereta Perodua Myvi, Ahmad Nor Sallahuddin Ahmad Zamberi ,29, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan. Manakala isterinya, Azian Ismail, 32, dan dua anak mereka, Ahmad Abinubli Ahmad Nor Salluhuddin, 3, serta Airis Auta Ahmad Nor Sallahuddin berusia satu tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang, Kelantan. Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan. "Namun sebaik tiba di tempat kejadian, Ahmad Nor Sallahuddin secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan. "Akibatnya, kereta berkenaan bertembung dengan sebuah bas ekspres yang datang dari arah Kelantan menuju ke Kuala Lumpur. "Orang ramai yang menyaksikan kejadian segera menghubungi pihak berkuasa sebelum anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kuala Lipis tiba bagi mengeluarkan semua mangsa itu," katanya ketika dihubungi, di sini. Beliau berkata, pemandu kereta berkenaan maut di tempat kejadian manakala isteri dan dua anaknya meninggal dunia sebaik menerima rawatan di Hospital Gua Musang. "Pemandu dan 47 penumpang bas ekspres tidak mengalami sebarang kecederaan namun kita sudah mengambil maklumat lanjut daripada mereka berkaitan kejadian itu," katanya. |
Permohonan BR1M bermula 1 Disember - Ahmad Husni Posted: 20 Nov 2014 08:04 PM PST ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Pemohon baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta membuat permohonan mulai 1 Disember depan manakala penerima sedia apa perlu mengemas kini semula maklumat peribadi bagi memastikan proses bayaran berjalan lancar. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, proses permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat melalui portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu https//:ebr1m.hasil.gov.my sehingga 31 Disember. Proses tersebut juga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini dan dikembalikan ke mana-mana cawangan/pusat khidmat hasil/Pusat Transformasi Bandar LHDNM atau pejabat daerah. "Kerajaan telah menghantar surat mulai 1 November ini untuk meminta penerima sedia ada mengemas kini maklumat peribadi merangkumi pasangan/tanggungan; alamat terkini untuk memastikan tidak berlaku keciciran semasa proses pengeposan surat. "...maklumat tepat akaun bank pemohon memandangkan pembayaran BR1M akan dibayar sebanyak tiga kali setahun dan maklumat waris pemohon di bawah kategori isi rumah serta warga emas bagi tujuan pembayaran khairat kematian," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis. Selain itu, bagi memudahkan penerima sedia ada, kerajaan akan menghantar Borang Kemas Kini mengikut alamat dalam rekod mulai 24 November ini. Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my. Pembayaran BR1M 2015 akan dibayar tiga kali setahun kepada penerima di bawah kategori isi rumah manakala bagi penerima di bawah kategori individu dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, bantuan sekali bayaran sebanyak RM350 akan diberi mulai 28 Januari 2015. Bagi kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, nilai BR1M adalah sebanyak RM950 dan bayaran pertama sebanyak RM300 akan dibuat pada 28 Januari, RM300 (28 Mei) dan RM350 (28 September). Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 nilai BR1M adalah sebanyak RM750 dengan bayaran pertama sebanyak RM200 pada 28 Januari, RM200 (28 Mei) dan RM350 (28 September). "Pembayaran BR1M 2015 secara berperingkat diharap dapat membantu meringankan belanja bulanan dan merancang perbelanjaan isi rumah," katanya. Ahmad Husni berkata, memandangkan masih terdapat ramai penerima yang belum membuat penuaian BR1M 2014, kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh penuaian sehingga 30 November 2014. "Penuaian boleh dilakukan terus di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara dan penerima hanya perlu mengemukakan kad pengenalan asal untuk tujuan pengesahan serta semakan," katanya. Sementara itu, bagi Skim Perlindungan Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M), sehingga kini sebanyak 16,540 tuntutan telah diluluskan dan waris boleh membuat tuntutan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015. Borang tuntutan boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27152716 atau emel ke i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my. |
Banteras iklan, poster ah long Posted: 20 Nov 2014 07:58 PM PST Anggota penguatkuasa MPJ menurunkan poster ah long yang terdapat sekitar Jasin. JASIN - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) terus proaktif membanteras iklan dan poster ah long dengan menurunkan lebih 1,000 keping iklan berkenaan dalam Operasi Menurunkan Iklan Haram, kelmarin. Yang Dipertua MPJ, Hazudin Hashim berkata, iklan dan poster yang diturunkan merupakan iklan tanpa kebenaran yang dipasang di sekitar Jasin. Menurutnya, tindakan menurunkan iklan tersebut dilakukan secara berkala iaitu empat kali sebulan bagi memastikan daerah Jasin sentiasa bersih daripada iklan haram. "MPJ sentiasa mengambil tindakan berterusan dalam menangani masalah pemasangan serta penampalan poster ah long dan iklan tanpa kebenaran di sekitar daerah ini. "Antara tindakan diambil adalah seperti menurunkan dan mengikis pelekat yang kebanyakannya merupakan iklan awam termasuk iklan memberi pinjaman wang," katanya kepada Sinar Harian. Selain itu, tambah Hazudin, pihaknya turut menahan tiga individu yang sedang leka memasang poster haram itu dan dikenakan kompaun sebanyak RM250 setiap seorang. Menurutnya, MPJ komited menjadikan daerah Jasin sifar dengan aktiviti pemasangan poster ah long dan iklan tanpa kebenaran. "Dari masa ke semasa, kita akan terus memantau aktiviti pemasangan poster ah long dan iklan haram di daerah ini, dan dalam masa sama tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak PBT. "Saya juga ingin mengingatkan masyarakat khususnya di daerah Jasin agar tidak memasang iklan haram serta menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan kerana tindakan tegas akan diambil," katanya. |
Caj arak: Pemuda Pas Kelantan ancam boikot Posted: 20 Nov 2014 07:51 PM PST Laporan Sinar Harian 19 November lalu. KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan tidak teragak-agak merancang mengambil tindakan lebih tegas, termasuk kempen boikot sekiranya syarikat penerbangan MAS tidak menghentikan serta merta caj penjualan arak yang dikenakan dalam tiket pesawat. Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penjualan arak juga tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah syarikat penerbangan negara yang mengamalkan ajaran Islam sebenar. Menurutnya, umum mengetahui MAS sudah lama menghidangkan arak, namun caj arak yang dikenakan terhadap pembeli tiket sesuatu yang mengejutkan masyarakat Islam. "Kita mahu tindakan tegas diambil, sesuatu yang tidak dijangka apabila kita juga dikenakan caj arak, difahamkan ia sudah berlaku sejak arak diperkenalkan dalam MAS, ini amat malang. "Hadis sudah jelas mengatakan sesiapa yang terlibat dalam arak walaupun sedikit berdosa lebih-lebih ia berlaku di Malaysia yang didakwa sebuah negara Islam," katanya. Beliau berkata demikian selepas menghantar memorandum kepada pihak pengurusan MAS Kelantan yang diwakili oleh Pengurus akaun MAS Wilayah Timur, Ruslan Yaman di pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini. "Ini bukan isu kecil, ia melibatkan maruah orang Islam, kerajaan perlu mengambil serius dengan menangani isu yang mengganggu sensitiviti umat Islam," kata Ahmad Fadhli. |
Pakatan serah petisyen mohon mansuh Akta Hasutan Posted: 20 Nov 2014 07:43 PM PST Oleh: Nadia Hanafi KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan petisyen bagi memohon kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggugurkan semua pendakwaan di bawah akta tersebut. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, petisyen yang ditandatangani 3,005 penama itu diserahkan olehnya kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada jam 11.40 pagi "Saya memohon supaya usul yang dikemukakan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 19 ini dapat dibahaskan pada Isnin, 24 November depan," katanya dalam sidang media di lobi parlimen. Menurut Khalid, mereka yang menandatangani petisyen tersebut juga akan berarak dari Padang Merbok ke pintu masuk Parlimen pada hari yang sama untuk menyatakan sokongan bagi memansuhkan akta itu. Melalui petisyen tersebut, mereka mendakwa Akta Hasutan digunakan untuk menjenayahkan ucapan demokratik, termasuk kritikan terhadap kerajaan, pemimpin, atau parti politik pemerintah. Ia katanya, dengan menjadikan ahli politik sebagai sasaran termasuk peguam, aktivis sosial, dan rakyat biasa. Mereka juga berkata, penggunaan Akta Hasutan semakin meluas walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib berjanji untuk memansuhkan akta ini pada 11 Julai 2012 dan 3 Julai 2013. "Adalah amat memeranjatkan, walaupun janji dibuat kepada rakyat Malaysia, namun penggunaan akta ini meningkat berleluasa," kata petisyen itu. Oleh yang demikian, mereka menuntut Dewan Rakyat mendesak kerajaan memansuhkan akta berkenaan dan menggugurkan serta membebaskan mereka yang didakwa di bawah akta itu. Mereka juga menggesa kerajaan memastikan tiada gantian undang-undang yang sama dengan Akta Hasutan. |
Bantuan kerajaan luar jika Bank Negara enggan siasat dana 1MDB Posted: 20 Nov 2014 07:41 PM PST Oleh: Nadia Hanafi KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata beliau akan menulis surat kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk melakukan audit terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Katanya, satu surat akan turut dihantar kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz untuk siasatan di bawah akta Anti Pengubahan Wang Haram. Naib presiden KEADILAN itu berkata, ia bagi menyiasat dana berjumlah RM7 bilion yang disimpan secara sulit di bank luar pesisir Kepulauan Cayman. "Sekiranya bank negara betul-betul tegas mengenai akta anti-penggubahan wang haram ini, bank negara sepatutnya mempunyai pernyataan maklumat mengenai aliran wang ini. Ini bukan jumlah sedikit tetapi RM7 bilion," katanya dalam sidang media di parlimen hari ini. Beliau berkata perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalin bulat-bulat jawapan (copy paste) kepada soalan mengenai butiran lanjut tentang Syarikat yang berkait dengan 1MDB (Bridge Partner). Najib katanya, memberi jawapan bahawa 1MDB memastikan fi dan perbelanjaan dinyatakan dengan betul di dalam penyata kewangan yang telah diaudit. Manakala maklumat lain yang dinyatakan dalam penyata kewangan adalah milik persendirian (proprietry) syarikat. "Ini satu penghinaan yang besar kepada dewan apabila PM langsung tidak mahu menjawab dan "copy paste" jawapan," katanya. Rafizi juga berkata sekiranya bank negara tidak mahu menyiasat perkara ini, beliau akan meminta bantuan kerajaan dari luar untuk menyiasat skandal berkenaan. "Saya akan tunggu jawapan rasmi dengan Bank Negara Malaysia dahulu. Kalau kita dapat jawapan "copy paste" begini, kita akan bekerjasama dengan Singapura, Hong Kong dan Switzerland," ujarnya. Katanya, Najib tidak akan memberi sebarang jawapan kepada semua soalannya mengenai 1MDB dan itu sangat membimbangkan kerana rakyat tidak mengetahui status wang tersebut. "Fokus saya sekarang ialah berapa banyak duit (1MDB) yang tinggal, di mana wang ini dan adakah pelaburan itu berkaitan dengan perdana menteri," katanya. |
Belum masa Terengganu isytihar darurat Posted: 20 Nov 2014 07:35 PM PST Beginilah keadaan di kawasan sekitar UMT setelah air naik mendadak sekitar jam 1 pagi semalam. KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di negeri ini masih terkawal dan belum masanya untuk kerajaan mengisytiharkan darurat, walaupun banjir bertambah buruk dan merebak ke lima daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Setiu dan Besut.Sehingga petang semalam, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada lebih 4,000 orang dan daerah yang terjejas teruk ialah Kuala Terengganu Utara iaitu di Kuala Nerus. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana negeri berkata, kerajaan negeri membuat persiapan rapi dan jentera bantuan dan agensi terlibat berusaha keras memastikan perjalanan bantuan lancar. "Jika keadaan bertambah buruk, kita akan dapatkan bantuan tentera. "Sekarang ini, keperluan masih belum mendesak sebab situasi yang berlaku kini adalah apabila hujan reda, air pun surut kerana ia lebih kepada air tidak dapat mengalir, seperti yang berlaku di Chendering iaitu di Kampung Aur. "Cuma apa yang saya bimbang jika air sungai dan berlaku air pasang, banjir mungkin melarat. Mengikut jangkaan dan kaji cuaca, hari ini (semalam) sepatutnya hujan sudah berhenti tetapi kita tidak tahu lagi keadaannya," katanya. |
Arak: Caj tiket perlu dihentikan Posted: 20 Nov 2014 07:23 PM PST Malaysia Airlines KUALA LUMPUR - Caj arak yang dikenakan dalam tiket penerbangan MAS perlu dihentikan kerana minuman keras tidak sepatutnya dihidangkan dalam pesawat. Demikian reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika ditanya mengenai harga tiket MAS yang memasukkan sekali caj arak kepada semua penumpang termasuk yang beragama Islam. "Saya minta supaya caj tidak dikenakan kepada sesiapa kerana minuman arak ini tidak sepatutnya dihidangkan. Hentikan (caj arak dalam tiket)," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam. Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dalam sesi Dewan Rakyat mengatakan bahawa harga setiap tiket yang dibeli penumpang turut meliputi caj hidangan dalam pesawat termasuk arak. [ARTIKEL BARKAITAN: Caj arak: Henti tipu penumpang Islam] "Memang apabila kita membeli tiket kapal terbang, ia termasuk dengan hidangan yang disediakan dalam kapal terbang," katanya. Pendedahan mengejutkan itu mendapat reaksi umat Islam yang khuatir sekiranya mereka turut bersubahat membayar caj untuk arak. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, dasar MAS perlu dibetulkan untuk diselaraskan dengan syariah. Presiden Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia, Dr Zaharuddin Abdul Rahman pula berkata, pengguna berhak menggunakan kuasa mereka untuk memboikot MAS jika tidak bersetuju dengan caj arak automatik dalam setiap tiket penerbangan syarikat itu. |
Haram pakai lilitan di lengan baju Posted: 20 Nov 2014 07:21 PM PST Datuk Dr Juanda Jaya KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis meminta supaya anggota beruniform seperti polis dan ahli sukan beragama Islam tidak memakai lilitan hitam ataupun warna lain di lengan baju kerana perbuatan itu adalah haram.Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perbuatan berkenaan sering dilakukan ketika kematian sedangkan ia merupakan adat kebudayaan bagi orang kafir. "Pihak kami telah menyemak perkara ini dan mendapati Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1987 telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu haram, oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara menerima keputusan itu. "Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain," katanya merujuk kepada keputusan berkenaan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Perlis di sini, semalam. |
1MDB: Jawaban Najib hanya 'copy and paste' Posted: 20 Nov 2014 04:25 PM PST Hari ini, beliau mendapat jawaban daripada Najib bagi soalan no. 38 yang saya ajukan. Malangnya, kata beliau Najib tidak memberi sebarang jawapan malah menyalin bulat-bulat (copy and paste) perenggan yang sama dalam soalan-soalan lain berhubung 1MDB setakat ini. Jawapan Najib mengenai perkara itu adalah seperti di bawah yang diulang dalam soalan-soalan lain: "1MDB memastikan fi dan perbelanjaan adalah dinyatakan dengan betul di dalam penyata kewangan yang telah diaudit. Apa-apa maklumat lain yang telah dinyatakan di dalam penyata kewangan adalah milik persendirian (proprietry) syarikat". Menurut Rafizi, keengganan Najib memberi maklumat mengenai pelaburan 1MDB adalah satu penghinaan kepada Dewan Rakyat. Namun, perkara yang lebih membimbangkan beliau ialah keengganan itu memberi gambaran ada sesuatu yang perlu disembunyikan. Katanya, oleh kerana skandal 1MDB membawa risiko besar kepada kedudukan kewangan negara dan Najib menyembunyikan maklumat dari rakyat, beliau percaya masanya telah tiba supaya institusi-institusi utama negara mengambil tindakan untuk campur tangan dalam menentukan di mana dan ke mana dana rakyat yang diambil 1MDB ini. "Maka, pada hari ini saya akan menulis secara rasmi kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk memulakan siasatan ke atas 1MDB bagi menentukan apakah risiko yang dibawa oleh 1MDB kepada tanggungan hutang Kerajaan Persekutuan setakat ini, mengambil kira prestasi kewangan 1MDB setakat ini," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau juga akan menulis secara rasmi pada hari ini kepada Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz supaya memulakan siasatan terhadap aliran dana dan pemindahan dana keluar masuk negara yang melibatkan 1MDB mengikut peruntukan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act). Tambahnya, mengikut peraturan anti-penggubahan wang haram (anti money laundering) yang diterima pakai secara bersama di seluruh negara, sebarang aliran dan pemindahan wang keluar masuk sesebuah negara perlu diisytiharkan dengan maklumat terperinci mengenai latar belakang pemindahan itu seperti dari mana wang itu datang, siapa yang menguruskan wang itu, syarikat mana terbabit, untuk apa wang itu digunakan dan lain-lain. Beliau yakin Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan membuat tindakan yang betul dengan menyiasat dan mengumumkan butiran dana 1MDB yang sebelum ini sering kali dipindahkan ke seluruh dunia. "Jika saya tidak mendapat sebarang maklumat dari Bank Negara Malaysia, saya akan membuat permohonan rasmi kepada badan-badan serupa di Hong Kong, Singapura dan Switzerland agar siasatan rasmi di bawah peraturan anti-penggubahan wang haram (anti money laundering) juga dimulakan di negara-negara ini terhadap 1MDB," ujarnya lagi. Rafizi akan mengedarkan surat-surat yang dihantar kepada Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara Malaysia menjelang akhir hari ini. - HARAKAHDAILY |
Banjir: Unit Amal tak bantu pelajar UniSZA, ini penjelasan Posted: 20 Nov 2014 04:23 PM PST Dr Azman (kiri) bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin melawat mangsa banjir yang melanda daerah Kuala Nerus. KUALA LUMPUR: "Kami akan terus berbakti kerana Allah tetapi fitnah juga perlu dijawab," tegas Pengarah Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tersebarnya dalam media sosial apa yang beliau istilahkan sebagai tuduhan bertaraf sampah murahan kononnya Unit Amal PAS tidak memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terperangkap banjir. Dipersoalkan di mana Unit Amal PAS? Kononnya hanya Pemuda Umno yang membantu. "Saya tak pasti benarkah Pemuda Umno telah membantu, tetapi faktanya Unit Amal PAS telah tidak dibenarkan masuk ke kawasan kampus serta asrama pelajar," katanya kepada Harakahdaily. Jelasnya, kalau hendak masuk membantu, mesti kena buat surat permohonan rasmi dulu. "Nak tunggu surat dapat kelulusan, kalau orang lapar jadi kebulur dulu! Kalau orang tenggelam jawabnya mati lemas dulu!" ujarnya lagi. Baginya, banjir pun nak berpolitik juga, ini adalah suatu yang amat dikesali. "Saya sebagai Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu di mana Unit Amal adalah satu dari armada kami merakamkan ucapan penghargaan yang tak ternilai atas segala sumbangan bakti yang telah dihulurkan oleh Unit Amal dalam operasi bantuan dan menyelamat. "Ianya diakui oleh sesiapa sahaja yang melihat dengan mata bukan melihat dengan kepala lutut," jelas beliau selanjutnya. - HARAKAHDAILY |
#PAU2014 : 106 Agensi Media Berdaftar Buat Liputan Posted: 20 Nov 2014 04:11 PM PST Alif Mustapha KUALA LUMPUR - Sebanyak 106 buah agensi media melibatkan media cetak, elektronik dan media sosial telah berdaftar bagi membuat liputan untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ke 68 (PAU2014) pada 25 - 29 November ini. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga berkata, jumlah tersebut membabitkan 96 agensi tempatan dan 10 agensi antarabangsa dengan penglibatan 1,452 wartawan. "PAU2014 ini juga menempatkan semua media massa di Laman Media aras 2 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai satu perkampungan dengan infrastruktur dan kemudahan elektronik bagi memudahkan liputan dibuat sepanjang perhimpunan ini," Beliau berkata demikian dalam sidang media di PWTC hari ini. Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan. Dalam perkembangan sama, Tengku Adnan turut memberitahu seramai 95 delegasi mewakili 27 parti dari 19 buah negara di peringkat antarabangsa telah mengesahkan kehadiran mereka pada PAU2014 ini. Sementara seramai 84 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara juga telah mengesahkan kehadiran mereka yang terdiri daripada 77 Kelab UMNO Luar Negara dan 7 Badan Perhubungan Negara. "Anggaran jumlah perwakilan ke PAU2014 adalah seramai 5, 739 orang. Ini termasuk 2,763 orang ke Perhimpunan Agung UMNO, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO (993 orang), Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO (992 orang) dan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO (991 orang)," ujar beliau. Perasmian untuk perhimpunan Agung bagi sayap parti akan dijalankan serentak pada 25 November, jam 8 malam di Dewan Merdeka PWTC dan bakal dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin. Manakala upacara menaikkan bendera dan perasmian PAU2014 pula bakal disempurnakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 November, jam 8 pagi. |
6 penduduk sesat di Gunung Padang Cik Mas Posted: 20 Nov 2014 04:08 PM PST MALAYSIAKINI Enam penduduk Kampung Padang Cik Mas, Mukim Pulai dekat Baling tersesat di puncak Gunung Padang Cik Mas sejak tengah hari tadi. Kesemua mereka seramai tujuh orang dikatakan memanjat gunung berdekatan kampung mereka itu bagi mencari pokok Paku Aji untuk dijual. Difahamkan, mereka mula mendaki gunung itu sejak awal pagi tadi dan dipercayai tersesat di atas puncak gunung apabila mereka gagal mencari jalan turun, dan salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Baling Mohd Sufian Alias yang mengetuai operasi berkata usaha menyelamat mereka dimulakan pukul 4 petang tadi setelah pihaknya dimaklumkan oleh penduduk kampung. "Jumlah anggota bomba yang terlibat adalah seramai tujuh orang. Selain itu, turut terlibat dalam operasi menyelamat ini adalah polis, Jabatan Pertahanan Awam, RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) dan penduduk kampung," katanya hari ini. Salah seorang daripada penduduk yang sesat dikenali sebagai Zainol Taib, 46, patah kaki setelah terjatuh di celah batu ketika mereka berusaha mencari jalan turun. Anak mangsa, Farid Zainol, 21 yang turut sama memanjat gunung bersama bapanya dan penduduk kampung itu yang berusia antara 30-an hingga 40-an, berjaya turun dengan mencari jalan sendiri bagi mendapatkan bantuan penduduk kampung. Salah seorang penduduk kampung yang terlibat dengan operasi menyelamat itu, Mohd Daud Hassan, 40 berkata untuk sampai ke puncak gunung itu memakan masa lebih tiga jam. Bagaimanapun, pasukan mencari dan menyelamat kemudiannya berjaya membawa turun Zainol kira-kira pukul 10.15 malam ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan