ALHUSSEYN |
Posted: 21 Nov 2014 11:19 AM PST "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka handaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al Quran) dan (Sunnah) RasulNya -jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. " (Surah an Nisaa': 59) Asbabul Nuzul : Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat di atas adalah berkenaan dengan Abdullah bin Hudzafah bin Qais yang pada ketika telah diutuskan oleh Nabi s.a.w. untuk memimpin suatu pasukan. (Diriwayatkan oleh al Bukhari dan perawi lainnya dari Ibnu Abbas dengan riwayat yang ringkas) Menurut pendapat Imam ad Dawudi riwayat tersebut menyalah gunakan nama Ibnu Abbas kerana cerita mengenai Abdullah bin Hudzafah itu adalah sebagai berikut: "Ketika Abdullah marah kepada pasukannya, dia menyalakan unggun api dan memerintahkan pasukannya untuk terjun ke dalam api tersebut. Pada waktu itu, sebahagian diantara mereka menolak dan sebahagian lagi hampir melakukan apa yang diperintahkan." Sekiranya ayat ini turun sebelum kisah Abdullah bin Hudzafah mengapa ayat ini dikhususkan untuk mentaati Abdullah sahaja sedangkan pada lain tidak. Akan tetapi jika ayat ini turun selepas peristiwa tersebut, maka berdasarkan kepada hadis yang telah mereka ketahui, perkara yang wajib ditaati adalah di dalam perkara maaruf (Kebaikan) dan tidak boleh dikatakan kepada mereka mengapa tidak taat. Manakala menurut pendapat Ibnu Hajar peristiwa Abdullah bin Huzaifah ini boleh dijadikan alasan munasabah berhubung sebab penurunan ayat ini (Surah an Nisaa': 4: 59) kerana di dalam kisah ini dituliskan adanya batasan untuk taat kepada pemimpin dan menolaknya dengan tidak terjun ke dalam api. Sesungguhnya pada waktu itu mereka memerlukan petunjuk dengan apa yang harus mereka lakukan. Maka penurunan ayat ini (Surah an Nisaa': 4:59) memberi petunjuk kepada mereka, apabila mereka berbantah-bantahan hendakiah kembali kepada Allah dan RasulNya. Bahawa semua kita sudah maklum bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasulnya adalah ketaatan yang mutlak, tidak boleh dibantah melainkan sami'na wa ata'na. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengaitkan ayat 59 an-Nisaa itu kepada kenyataan Hj Razman, PJ Perak : AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA? 2. Maka, persoalan yang saya ingin lontarkan ialah, kenapa terlalu menggilakan jawatan tersebut sehingga merancang untuk menjatuhkan Presiden yang sedia ada, sedangkan kamu juga perlu ikut al Quran dan Sunnah. Inilah bezanya antara wala dalam Islam dan wilayatul faqeh dalam ajaran sesat. Iaitu, pimpinan tertinggi dibenarkan membuat keputusan atau arahan selagimana tidak bercanggah dengan syarak. Konsep wilayatul faqih pula, pimpinan tertinggi wajar membuat keputusan atau arahan, walaupun bercanggah dengan syarak. Yang mana kalian cari? Mengapa perlu gilakan jawatan itu sedangkan kalian juga terikat dengan dasar syarak. Hj Razman kata...1) Adanya seseorang yg 'terlalu menggilakan jawatan tersebut sehingga merancang untuk menjatuhkan Presiden yang sedia ada , sedangkan kamu juga perlu ikut al Quran dan Sunnah' 2) Konsep wala dalam Islam dan konsep Wilayatul Faqeh dalam ajaran sesat. Ulasan al-HusseynBahawa dalam perkara dua ini, jelas Hj Razman melontarkan andaian dan mengarut semata-mata. Cerminlah diri dulu....Duk tuduh orang tergila-gilakan jawatan; ingat macam diakah? Perlukah aku bangkitkan semula pasal pelantikan PJ Perak? Cukuplah gambar bawah ni menceritakannya. Jelas segala tuduhan Hj Razman itu memaparkan kepada kita semua bahawa ada perselisihan pendapat. Maka apa yang perlu dibuat bila kita ada perbezaan pendapat? Gelar orang 'ajaran sesat'? Allah SWT perintahkan kita sebagaimana firmanNya melalui ayat 59 an-Nisaa: fa in tanâza'tum fî syay'[in] faruddûhu ilâ Allâh wa ar-Rasûl. Jika hal itu terjadi, kita diperintahkan mengembalikan perkara yang diperselisihkan itu kepada Allah dan Rasul, yakni pada al-Kitab dan as-Sunnah. Demikian penafsiran para mufassirin. Kemudian Allah Swt. berfirman: in kuntum tu'minûna bi Allâh wa al-yawmi al-âkhir. Mengulas kalimat ini, as-Sa'di berkata, "Hal itu menunjukkan bahwa orang yang tidak mengembalikan masalah yang diperselisishkan kepada keduanya (al-Quran dan as-Sunnah) pada hakikatnya bukanlah seorang Mukmin, namun beriman kepada thâghût, sebagaimana disampaikan dalam ayat selanjutnya." Hal senada juga dinyatakan oleh Ibnu Katsir. Ayat ini kemudian diakhiri dengan firman-Nya: Dzâlika khayru wa ahsanu ta'wîl[an]. Kata Dzâlika menunjuk pada tindakan mengembalikan perkara pada al-Kitab dan as-Sunnah. Qatadah menyatakan, maksud farasa ini adalah: ahsanu tsawâb[an] wa khayru âqibat[an] (sebaik-baik pahala dan seutama-utama akibat). Harap Hj Razman ingat amaran Ulama' as-Sa'di: "Hal itu menunjukkan bahwa orang yang tidak mengembalikan masalah yang diperselisishkan kepada keduanya (al-Quran dan as-Sunnah) pada hakikatnya bukanlah seorang Mukmin, namun beriman kepada thâghût, sebagaimana disampaikan dalam ayat selanjutnya." |
Apakah pemuda yang menyanggah arahan komandan itu 'Jebon' ? Jawablah Razman! Posted: 21 Nov 2014 01:25 AM PST AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA? 1. Saya menggesa agar mana mana individu yang terlibat dalam agenda ini supaya fahamkan erti sebenar perjuangan PAS yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai kuasa pemutus yang tertinggi. Bukanlah muktamar, mesyuarat AJK PAS Pusat atau sesiapa pun termasuk Presiden PAS sendiri. Apabila Presiden membuat keputusan yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, kita tolak. Sekiranya tidak, wajib bagi kita untuk mematuhinya. Sabda Nabi SAW "لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق" Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang menjadi maksiat kepada Allah. Ulasan aku mudah dan ringkas.Ulasan dari orang bodoh, tapi bukan membabi buta. Ada hujjah walaupun bodoh. Kalau cerdik tak berani nak berhujah, bila masa orang bodoh macam aku ni nak dicerdikan? Aku sekadar nak ulas bahagian atas tu saja, itu pun dah memadai untuk membuktikan betapa Razman Zakaria ni adalah seorang yang kaki bodek nombor satu! Kalau korang belum baca ulasan Zulhasmi Shariff , sila klik di sini. Ulasan Zulhazmi itu belum ada sesiapa pun yang berani nak ulas. Kalau dengan loyar pun ponggah, bersaralah lagi baik! Saya sekadar ingin bawakan suatu kisah dizaman Rasulullah SAW, supaya kita tidak ikut wala' membabi buta sebagai mana Razman Zakaria, yang mahukan kita semua ikut macam dia! Saya yakin kita semua dah tahu cerita ini pun, tapi mungkin Razman dah lupa sejak Hj Hadi lantik dia jadi PJ yang kini adalah PJ paling wala' dalam Malaya! Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali, ia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam mengutus satu pasukan khusus dan mengangkat salah seorang Anshar menjadi komandan mereka. Tatkala mereka telah keluar, maka ia marah kepada mereka dalam suatu masalah, lalu ia berkata: "Bukankah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam memerintahkan kalian untuk mentaatiku?" Mereka menjawab: "Betul". Dia berkata lagi: "Kumpulkanlah untukku kayu bakar oleh kalian". Kemudian ia meminta api, lalu ia membakarnya, dan ia berkata: "Aku berkeinginan keras agar kalian masuk ke dalamnya". Maka seorang pemuda diantara mereka berkata: "Sebaiknya kalian lari menuju Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dari api ini. Maka jangan terburu-buru (mengambil keputusan) sampai kalian bertemu dengan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam. Jika beliau perintahkan kalian untuk masuk ke dalamnya, maka masuklah". Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam pun bersabda kepada mereka: 'Seandainya kalian masuk ke dalam api itu niscaya kalian tidak akan keluar lagi selama-lamanya. Ketaatan itu hanya pada yang ma'ruf'. (Dikeluarkan dalam kitab ash-Shahihain dari hadits al-A'masy) Kalau pasukan khas itu wala' membabi buta macam Razman Zakaria, terjun ke dalam api.....apa macam? Terpanggang macam sateylah jadinya! Apakah pemuda yang menyanggah arahan komandan itu 'Jebon'? Eh! Aku baru teringat , ada pasar malam kat tempat aku ni....teringat nak makan satey pulak....bye... lepas makan satey nanti aku akan ulas bersandarkan nas al-Quran pula....insya'Allah. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan