DIALOG RAKYAT |
- SPRM akan tempatkan pegawai di Cameron Highlands
- Timbalan MB: Laporan isu gilotin tidak tepat
- Berlakon Pakai Telekung Selepas Dicekup Buat Maksiat
- Mangsa culik di Sabah mesti diselamatkan
- Sukar beli rumah kerana harga terlalu mahal
- Bertani: 2 hektar untuk belia di Selangor Fruits Valley
- Prestasi murid Malaysia makin merosot
- 23 kontraktor projek rumah nelayan ditahan SPRM
- Pati di Sabah: Laporan RCI perlu dibentang di parlimen
- Umno usah berlagak jaguh kritik kerajaan negeri
- Isu dana RM2.5 juta dibincang dalam mesyuarat MBI 20 November
- Najib Cakap Tak Serupa Bikin...
- Ibrahim: Malang jika BN kalah PRU14
- Kurup bimbang ancaman keganasan dalaman
- Dr M: Jangan guna duit rakyat untuk popular
- MRSM berbayar masih di peringkat kajian
- Menjelang PAU2014, banyak suara kritikal
- Masa Untuk UMNO Bersikap Jujur - Masih Relevankah Najib Hadapi PRU 14 Nanti?
- Elaun guru Kafa naik dalam masa terdekat
- Beras ST15 tiada di pasaran?
- MB Terengganu nafi abang campur tangan
- Bekas Pramugara MAS Boleh Ditahan 10 Tahun Tanpa Bicara - Peguam
- Majikan Lindungi Pati Diberi Tempoh Hingga Akhir 2014
- Hukum Hudud: Gilotin Jadi Pilihan Di Kelantan
- Antara tuntutan agama, adat dan status
SPRM akan tempatkan pegawai di Cameron Highlands Posted: 16 Nov 2014 06:45 AM PST SPRM SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal membuka pejabat yang khusus di Cameron Highlands dan menempatkan pegawainya di sana. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull berkata, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira situasi di Cameron Highlands ketika menjalankan pemeriksaan sejak Mei, tahun lalu. "...SPRM juga ada menerima pandangan daripada orang ramai agar SPRM membuka pejabat yang khusus di Cameron Highlands bagi memantau dakwaan elemen rasuah dengan rapi. "Salah satu isu yang dikenal pasti oleh SPRM ketika menjalankan pemeriksaan sejak Mei 2013 ialah tidak ada pusat yang khusus dan sistematik untuk orang ramai membuat aduan dengan berkesan berkenaan aktiviti pembukaan kawasan pertanian secara haram dan mengenai elemen rasuah. "Justeru, SPRM telah memutuskan untuk menempatkan pegawai SPRM di Cameron Highlands bagi meningkatkan pemantauan secara dekat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sehubungan itu, beliau berharap dengan keputusan itu, pihaknya dapat meningkatkan pengawasan dan pemantauan agar jenayah rasuah di Cameron Highlands dapat ditangani secara holistik. "Sementara penempatan pegawai secara tetap di kawasan Cameron Highlands diluluskan oleh kerajaan, SPRM akan meletakkan pegawainya di kawasan itu secara sementara secepat yang mungkin," katanya. Tambahnya, meskipun menerima banyak aduan dan maklumat, namun pihaknya menghadapi kekurangan bukti yang kukuh untuk mendakwa pihak terlibat. "Mereka yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada SPRM dan memberi sokongan padu bagi menangani isu serius di kawasan tersebut. "Disebabkan kekurangan bukti walaupun menerima maklumat daripada orang ramai, SPRM menerusi Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan telah menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca-punca yang membawa kepada isu di Cameron Highlands. "SPRM akan terus meningkatkan pendekatan pengesanan jenayah rasuah dengan kerjasama agensi-agensi lain di Cameron Highlands," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||
Timbalan MB: Laporan isu gilotin tidak tepat Posted: 16 Nov 2014 06:39 AM PST DATUK MOHD AMAR ABDULLAH SHAH ALAM - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mendakwa laporan berita sebuah portal melibatkan isu gilotin yang disiarkan hari ini kurang tepat. Melahirkan kekesalan atas perkara itu, Mohd Amar selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan melalui Setiausaha Sulit Kanannya, Mohd Khairil Hazmie Yusof menjelaskan, kaedah penggunaan gilotin itu telah dicadangkan wartawan yang menghubunginya itu. "Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Negeri Kelantan melahirkan rasa kesal dengan laporan tidak tepat dan menimbulkan salah faham masyarakat berhubung kaedah penggunaan 'gilotin' berkenaan. "Sehubungan dengan itu, suka dimaklumkan bahawa apa yang berlaku dalam perbualan telefon tersebut adalah wartawan berkenaan yang telah mencadangkan kaedah 'gilotin' berkenaan berdasarkan 'pandangan awam'," kata Mohd Khairil dalam satu kenyataan, hari ini. Menurutnya, Mohd Amar telah memaklumkan bahawa cadangan berkenaan boleh dipertimbangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud selepas kajian dilakukan. "Justeru, mengaitkan beliau dengan cadangan berkenaan adalah kesilapan wartawan berkenaan yang seterusnya akan menjejaskan kefahaman masyarakat dan menimbulkan kegusaran. "Seterusnya merosakkan imej kerajaan negeri yang dalam rangka mendidik orang awam bagi memahami dan menerima hukum hudud," katanya. Sebelum ini, Mohd Amar dilaporkan berkata, pihaknya menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan gilotin mini menjadi pilihan. Gilotin adalah peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793. | ||||||||||||||||||||||||||
Berlakon Pakai Telekung Selepas Dicekup Buat Maksiat Posted: 16 Nov 2014 06:31 AM PST KELAB GREENBOCLakonan seorang remaja perempuan yang memakai telekung kononnya baru selesai menunaikan solat Subuh membuka pintu bilik hotel bagi mengabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan gagal kerana terlupa memakai kain sarung. Operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau, Kuantan itu menemui remaja berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga bersama pasangannya selepas di serbu pegawai pencegah maksiat semalam. Pasangannya yang bukan muhrim pula dijumpai menyorok di atas almari dalam keadaan tanpa pakaian di bilik tersebut. Remaja berusia 21 tahun itu ditahan bersama pasangannya yang juga berusia 20-an atas tuduhan berkhalwat di dalam bilik hotel berkenaan. Dalam serbuan jam 6.30 pagi itu, lelaki berkenaan memberikan alasan datang ke bilik pasangan untuk meminjam seterika. Bagaimanapun alasan lelaki itu tidak diterima oleh pegawai JAIP kerana mereka berdua dalam keadaan yang tidak menutup aurat. Ekoran gagal menjawab pelbagai soalan anggota penguat kuasa JAIP, mereka akhirnya menyerah diri dan dibawa ke pejabat JAIL Kuantan untuk siasatan lanjut dan kaunseling. | ||||||||||||||||||||||||||
Mangsa culik di Sabah mesti diselamatkan Posted: 16 Nov 2014 06:27 AM PST Menurut Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching setakat ini pasaran China dan Taiwan paling ketara mengalami penurunan sebanyak 11.8 % dan 2.9% masing-masing bagi tempoh Januari – Julai 2014 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2013. Tambahnya, jumlah ketibaan pelancong asing daripada Negara China adalah seramai 997,370 orang dan dari Taiwan seramai 168,962 orang pada sehingga bulan Julai 2014. Katanya, menurut jawapan yang dibekal oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia telah menerima seramai 13.8 juta orang pelancong asing sejak Januari hingga Jun 2014, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5%, berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun 2013 tetapi pelancong dari China ke Sabah mengalami penurunan. "Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam sidang Parlimen baru-baru ini, sebanyak 30,000 tempahan yang telah dibatalkan atau ditangguhkan di mana seramai 8,913 tempahan merupakan kehilangan muatan penumpang akibat pembatalan sebanyak 76 penerbangan berjadual dan sewa khas dari China ke Sabah," ujarnya dalam satu kenyataan. Antara faktor yang menjadi punca penurunan tersebut adalah disebabkan kes kehilangan pesawat MH370 dan penculikan yang sering kali berlaku di kawasan tersebut. Setakat ini, kata beliau sudah 5 kes penculikan yang melibatkan warga asing dan seorang polis marin. Antaranya, kes serangan hendap yang berlaku pada 12 Julai 2014 di Jeti Smart Water Bungalow Resort, Pulau Mabul Semporna, telah menyebabkan seorang anggota polis marin iaitu Koperal Ab Rajah Jamuan, terbunuh manakala Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang dipercayai dilarikan. Selain itu, pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun diculik oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Air Sapang, Kunak pada 16 Jun 2014. Setakat hari ini, Konstabel Zakia Aleip dan Chan Sai Chiun masih belum dibebaskan dan berkumpul bersama keluarga. "Saya berharap kerajaan Malaysia dapat menyelamatkan mereka dengan cara apa sekalipun," tambah Nie Ching. Selain itu, ujarnya kerajaan Malaysia patut memberikan tekanan kepada kerajaan Filipina untuk membanteras kegiatan pengganas yang semakin menjadi-jadi terutamanya di selatan Filipina supaya tragedi itu tidak berlaku lagi. – HARAKAHDAILY | ||||||||||||||||||||||||||
Sukar beli rumah kerana harga terlalu mahal Posted: 16 Nov 2014 02:56 AM PST Laporan Indeks Harga Rumah oleh firma Penyelidikan Global Knight Frank pada Jun 2014 menunjukkan Malaysia berada pada tempat ke-15 dalam senarai harga rumah tertinggi di dunia. • Menurut Persatuan Pemaju Perumahan (REHDA) harga rumah akan terus meningkat 3%-4% bilamana GST dilaksanakan pada 1 April 2015. Walaupun sektor hartanah kediaman tidak dikenakan GST (exempted dimana pemaju tidak boleh kenakan output GST dan juga tidak boleh tuntut input GST) tetapi bahan binaan dan fi professional dikenakan GST kepada pemaju, jadi pemaju akan serapkan kos ini dalam harga rumah. Kami mencadangkan bagi mengelakan kenaikan dalan harga hartanah kediaman bilamana GST dilaksanakan, sektor hartanah kediaman hendaklah dikategorikan sebagai "Perlepasan cukai pada kadar 0% (Zero Rated)" dimana pemaju tidak boleh kenakan outpun GST tetapi boleh menuntut input GST. Cadangan Penyelesaian 1) Bagi membolehkan rakyat yang berpendapatan rendah (
Bila telah menjadi polisi tidak seharusnya ada pengecualian dalam perlaksanaannya. Masalahnya sekarang terdapat kawasan perumahan baru khususnya di Iskandar Malaysia (IM) yang dikecualikan daripada polisi ini. Apakah IM hanya layak diduduki oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan warga asing sahaja. Lembaga Perumahan & Hartanah Johor yang baru diluluskan boleh memainkan peranan dalam memastikan dasar ini dipatuhi oleh semua pemaju perumahan di negeri Johor. 2) Pemaju perumahan tidak berminat membina rumah kos rendah dan mampu milik yang harga jualannya dikawal oleh kerajaan seperti rumah kos rendah pada harga RM35,000 seunit sedangkan kos bahan binaan, kos tanah dan kos pinjaman bank lebih tinggi dari RM35,000. Saya mencadangkan selain menganggap pembinaan perumahan kos rendah dan mampu milik ini sebagai tanggungjawab sosial atau kemasyarakatan pihak pemaju (Corporate Social Responsibility – CSR), Kerajaan dalam masa yang sama boleh memberikan galakan atau insentif kepada pemaju bagi mengurangkan kerugian mereka dalam membina perumahan kos rendah dan mampu milik. Antara insentif yang boleh diberikan adalah seperti pengurangan dalam bayaran premium tukar syarat kegunaan tanah, meningkatkan densiti pembangunan yang dibenarkan, meningkatkan kawalan ketinggian bangunan (height control), meningkatkan plot ratio pembangunan dan sebagainya. 3) Jumlah sasaran pembinaan perumahan kos rendah dan mampu milik hendaklah bersesuaian dengan pendapatan isi rumah rakyat dinegeri Johor. Mengikut perangkaan Jabatan Statistik, pada tahun 2014; a. Pendapatan Isi Rumah rakyat Malaysia adalah RM5,900 sebulan. b. 2 juta drp 7 juta Isi Rumah iaitu (28.7%) adalah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. c. 3.5 juta (50%) Isi rumah berpendapatan pertengahan (mean household income) adalah dibawah RM4,258 sebulan. Statistik di atas menunjukkan 50% daripada penduduk dalam negara kita hanya mampu membeli rumah kos rendah dan mampu milik sahaja. Oleh itu saya mencadangkan supaya kuota 40% perumahan kos rendah dan mampu milik dalam Dasar Perumahan Rakyat Johor perlu dikaji semula bagi mencerminkan kemampuan sebenar pendapatan rakyat di negeri Johor. 4) Kerajaan Negeri telah meningkatkan sasaran pembinaan rumah mampu milik kepada 37,000 daripada 27,000 dalam masa 5 tahun akan datang. Johor Corporation (JCorp) telah memberi komitmen untuk membina sebanyak 8,000 unit rumah mampu milik yang berharga RM150,000 seunit. Saya berpendapat jumlah ini masih tidak mencukupi. Setakat ini seramai 47,367 permohonan telah diterima oleh kerajaan bagi pembelian rumah mampu milik. Kerajaan perlu meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (State GLC) yang lain seperti Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Perbadanan Islam Johor (PIJ) dalam membina perumahan mampu milik kerana pada kebiasaanya syarikat-syarikat ini mendapat sumber tanah daripada pihak kerajaan pada kos yang minima berbanding dengan pihak swasta yang perlu membeli tanah pada harga pasaran semasa. 5) Kerajaan negeri boleh mengenalpasti tanah milik kerajaan yang bersesuaian untuk pembangunan perumahan kos rendah dan mampu milik dengan menggunakan pendekatan 'Kerjasama Awam-Swasta' atau lebih dikenali sebagai PPP (Public Private Partnership) seperti yang dilaksanakan bagi Skim Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M). 6) Bagi memudahkan rakyat gulungan berpendapatan rendah dan sederhana yang sukar mendapatkan pinjaman daripada pihak bank komersial maka saya menyokong usaha Kerjaan Persekutuan untuk menubuhkan Bank Perumahan sebagaiaman yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Bajet 2015 bagi menyediakan pembiayaan perumahan kos rendah dan mempu milik termasuk dalam menyediakan skim "sewa-beli". Saya juga mengalu-alukan komitmen kerajaan negeri untuk menjual rumah-rumah miliknya melalui Skim Sewa-Beli dengan sasaran sebanyak 5,000 unit bagi tahun 2015 sebagaimana yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar. 1,000 daripada unit ini akan disewa beli oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi menempatkan secara percuma oleh golongan asnaf zakat. Isu Tanah 1) Tanah Rizab Melayu (TRM) • Perkara kedua, Wasiat Raja-Raja Melayu yang ditanda tangani pada 5 Ogos 1957 menyatakan sekurang-kurangnya 50% keluasan Negeri Johor hendaklah disimpan sebagai TRM. • Sebelum 1957, keluasan TRM di Johor adalah 152,000 hektar (375,592 ekar) iaitu 8% daripada keluasan Negeri Johor. Sehingga September 2014, jumlah keluasa TRM adalah 432,000 hektar (1,067,472 ekar) iaitu 22.8% dari keluasan Negeri Johor. • Usaha kerajaan memberikan kelulusan 4,573 permohonan kurniaan tanah yang melibatkan keluasan 9,284.02 hektar (22,941 ekar) di antara tahun 2011 – 2013 dan dijadikan sebagai TRM adalah baik. • Kerajaan Negeri dicadangkan supaya pengurusan TRM dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan perkara-perkara berikut daripada berlaku: o TRM yang dibatalkan oleh Kerajaan Negeri perlulah diganti serta merta dengan tanah lain yang sama jenis dan sama keluasan sepertimana yang diperuntukan dalam Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan. Sehingga 2013 sebanyak 1,991.19 hektar TRM telah diwartakan pembatalannya tetapi hanya 811.92 hektar yang telah diwartakan penggantiannya. Ini bermakna 1,179.27 hektar masih belum diganti. o Kelewatan dalam mewartakan kemasukan TRM. Antara tahun 2011-2013, seramai 4,573 orang Melayu telah dikurniakan tanah seluas 9,284.02 hektar yang dijadikan TRM tetapi malangnya sehingga sekarang hanya 412 permohonan atau 9% yang baru diwartakan. o Suratan Hakmilik TRM tidak diendos "Tanah Rezab Melayu" sepertimana yang disyaratkan oleh Seksyen 6 Enakmen Rezab Melayu (ERM). Akibatnya ada TRM yang telah dijual kepada orang bukan Melayu. o Pembangunan TRM yang melibatkan pecahan lot tidak didaftar 40% daripada pecahan lot atas nama seorang Pengarah berbangsa Melayu sepertimana yang di syaratkan dalam Pekeliling PTG Johor Bil. 15 Tahun 1988 melalui keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri. Disediakan oleh Pakatan Rakyat Johor: Aminolhuda Hassan (Pesuruhjaya PAS Johor) Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor) Steven Choong (Wakil PKR) Dr Boo Cheng Hau (Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor) | ||||||||||||||||||||||||||
Bertani: 2 hektar untuk belia di Selangor Fruits Valley Posted: 16 Nov 2014 02:45 AM PST KUALA LUMPUR: Program Belia Tani antara usaha kolektif Kerajaan Negeri Selangor menarik anak muda tempatan terbabit secara serius dalam sektor pertanian selain meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan seterusnya memacu pembangunan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, program yang dalam proses perancangan itu dirangka rapi dalam memastikan setiap pesertanya memperoleh pendapatan lumayan, lapor Selangor Kini. "Sudah tiba masanya, kita ubah persepsi lapuk masyarakat yang berpandangan sektor pertanian ini hanya untuk golongan berusia. "Belia Tani bukan sahaja mengisi peranan anak muda dalam sektor ini, bahkan kita harapkan menjadi sumber pendapatan yang baik selain bekerja di sektor lain," katanya kepada Selangor Kini selepas merasmikan Program Jelajah Tani di Dun Tanjung Sepat di Padang Sungai Kelambu, Banting hari ini. Hadir sama AAdun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan dan Pengarah Jabatan Pertanian Selangor, Mohamad Idrus Abdul Hamid. Mengulas lanjut, Zaidy berkata, pihaknya sudah mengenalpasti beberapa tapak pertanian untuk diusahakan belia dalam program itu. "Antara tapak yang dikenalpasti setakat ini adalah Selangor Fruits Valley, yang mana di situ masih terdapat tanah untuk diusahakan. Belia yang berminat akan ditawarkan tapak seluas dua hektar untuk diusahakan. "Buat masa ini, belia yang berminat boleh merujuk terus ke pejabat saya dengan membawa kertas kerja untuk dipertimbangkan," katanya yang juga Adun Tamab Templer. Terdahulu, Zaidy dibawa melawat ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Kelambu bagi melihat projek pertanian nenas, sayuran dan tanaman kontan umbisi. Beliau turut berkesempatan merasmikan kebun durian belanda yang diusahakan penduduk Kampung Sungai Lang Baru. Untuk rekod, Jelajah Tani akan diadakan di tujuh Dewan Undangan Negeri (Dun) bermula di Tanjung Sepat dan berakhir di Dun Jeram, pada 14 Disember ini. Program berteraskan pembangunan sektor pertanian itu bertujuan untuk mempromosikan program Selangor Agrofest 2014 yang akan berlangsung pada 18 hingga 21 Disember ini di Stadium Sungai Besar. | ||||||||||||||||||||||||||
Prestasi murid Malaysia makin merosot Posted: 16 Nov 2014 02:43 AM PST Indeks itu berdasar kepada Programme For International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematic and Science Study (TIMSS). Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dari Institut Pemikiran Islam dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC) berkata prestasi murid di Malaysia meningkat beberapa dekad lalu, namun sekarang pencapaian itu menghadapi risiko secara relatif dan mutlak. "Sedangkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan cepat dan mampu mengekalkan momentum itu secara berterusan. "Sebaliknya pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot," katanya pada Himpunan Pendidik Islam 2014 di Balai Islam semalam. Beliau membentang kertas kerja "Beberapa isu dan cabaran umat Islam masa kini" pada program tersebut yang dianjur kerajaan negeri dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik). Dr Mohd Kamal berkata, prestasi murid Malaysia menurun ke tahap di bawah purata antarabangsa bagi subjek Matematik dan Sains. Menurutnya lebih kritikal lagi murid di Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam kedua-dua subjek tersebut. "Berlaku penurunan berkali ganda iaitu daripada 35 peratus kepada 7 peratus bagi matematik, manakala sains merosot kepada 13 peratus berbanding 38 peratus," ujarnya. Data tersebut mencatat perbandingan ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS pada 1999 dan 2011. Begitu juga bagi keputusan PISA pada 2009 menunjukkan Malaysia berada dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam matematik. Manakala 44 peratus pelajar dalam kategori bacaan dan 43 peratus dalam sains. PISA bertujuan menilai kecekapan murid berumur 15 tahun dalam bacaan, matematik dan sains. Malaysia berada di kedudukan 54 bagi pencapaian PISA 2009 kategori bacaan iaitu di bawah Thailand di tempat ke-52 dan Chile ke-43. Kategori matematik pula Malaysia di tangga 57 berbanding Thailand (52) dan Israel (42). Manakala kategori sains Malaysia berada di kedudukan 52, Thailand (51) dan Malta (41). Dr Mohd Kamal juga berkata, falsafah ilmu yang diajar tanpa ada unsur ketuhanan dilihatnya sebagai suatu kekufuran dibiarkan berlaku. - HARAKAHDAILY | ||||||||||||||||||||||||||
23 kontraktor projek rumah nelayan ditahan SPRM Posted: 16 Nov 2014 02:41 AM PST Pengarahnya Zainal Adam dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini berkata kesemua individu tersebut merupakan kontraktor yang dilantik di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) bagi Parlimen Dungun dan Paka. Mereka yang ditahan dalam Ops Ombak itu berumur lingkungan 30-50 tahun telah dibawa ke pusat operasi SPRM di Dungun kira-kira jam 12.00 tengah hari untuk membantu siasatan. Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun esok untuk pertuduhan kes. Siasatan dibuat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Bernama | ||||||||||||||||||||||||||
Pati di Sabah: Laporan RCI perlu dibentang di parlimen Posted: 16 Nov 2014 02:40 AM PST Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memberitahu, Najib tidak sepatutnya takut untuk membentangkan laporan tersebut. "Kenapa Najib perlu membentangkan laporan tersebut pada bulan hadapan dan kenapa ia dibentangkan kepada umum. "Sepatutnya ia terlebih dahulu dibentangkan di parlimen untuk ahli-ahli parlimen membahaskan perkara tersebut dan mungkin ada pendapat untuk kita suarakan. "Najib perlu berani mendedahkannya, ia juga dilihat sebagai menghormati intitusi parlimen yang kita ada," katanya kepada Harakahdaily. Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga turut berpendapat, jika Najib tetap mencadangkan untuk memdedahkan pada awal bulan hadapan ia perlu mengadakan sidang khas parlimen. "Jika beliau tetap mahu mendedahkan pada bulan hadapan, Najib boleh memanggil sidang khas selama dua hari. "Seperti mana yang dilakukan ketika tragedi pesawat MAS MH17 tempoh hari," sambung beliau. Menurut beliau lagi, peruntukan bagi siasatan RCI itu telah diluluskan melalui parlimen, tindakan membelakangi parlimen dilihat sebagai tidak menghormati intitusi yang ada. Najib yang membuat keputusan tersebut pada mesyuarat kabinet Jumaat lepas memaklumkan laporan RCI itu akan dibentangkan kepada umum awal bulan depan. RCI yang ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 telah dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim. Turut dianggotai bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dan bekas Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman J. Luping. – HARAKAHDAILY | ||||||||||||||||||||||||||
Umno usah berlagak jaguh kritik kerajaan negeri Posted: 16 Nov 2014 02:29 AM PST Oleh : LIZAWATI MADFA SHAH ALAM : Sikap hipokrit Umno yang kononnya memperjuangkan pendidikan belia Melayu dalam isu Pusat Latihan Giat Mara Selayang adalah sangat menjengkelkan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Zaidy Abdul Talib, berkata selama ini Umno tidak pernah peduli akan keadaan pusat latihan itu yang didirikan atas tapak tidak sah status tanah dengan keadaan bangunan dan kemudahan yang serba kekurangan. Katanya, Umno harus membuktikan terlebih dahulu akan 'keprihatinan' mereka terhadap pendidikan belia Melayu sebelum sibuk menyalak menyalahkan kerajaan negeri. "Jadi, saya minta kepada Umno supaya berhenti menjadi pejuang hipokrit dalam isu bangsa dan agama seperti yang mereka laungkan selama ini. "Sebaliknya, buktikan kepada semua melalui tindakan yang sewajarnya walaupun saya memang ragui akan keikhlasan dan keupayaan mereka," kata Zaidy dalam status laman 'Facebook' yang dimuat naik semalam. Umno sebelum ini giat mengkritik pentadbiran kerajaan negeri yang didakwanya tidak bertimbang rasa sehingga sanggup mengusir Pusat Latihan Giat Mara dalam notis 12 bulan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menjelaskan bahawa hasil pemantauan "Task Force' kerajaan negeri mendapati keadaan bangunan berkenaan kurang memuaskan di samping bidang latihan yang disediakan tidak produktif, pada 15 Januari lalu. Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, kerajaan negeri akan menimbang semula keputusan itu dan bersedia memberi bantuan kewangan untuk menaik taraf bangunan jika pihak Giat MARA tidak berkemampuan. Mengulas lanjut, Zaidy yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor berkata, beliau sedia berbincang dengan kerajaan negeri bagi memastikan latihan itu dapat terus dikekalkan untuk kemudahan belia setempat. "Pada masa sama, saya juga berharap usaha ini mendapat kerjasama baik daripada pihak Giat Mara dalam menaik taraf pusat latihan ke tahap lebih baik lagi. "Jika memang kawasan itu tidak sesuai, saya sendiri akan membantu untuk mengenal pasti tempat yang lebih sesuai di sekitar Selayang," katanya. Semalam, Zaidy turut berkesempatan melawat ke pusat latihan berkenaan dan disambut baik pihak pengurusan dan tenaga pengajar yang bertugas. Hasil lawatan singkat itu, Zaidy mendapati keadaan infrastruktur bangunan memang perlu dinaik taraf untuk keselesaan pelajar khususnya dewan kuliah yang ditempatkan di dalam kabin dua tingkat serba kekurangan selain persekitaran sangat sempit dan tidak selesa. Beliau diberitahu, bangunan berkenaan sebenarnya diubah suai daripada sebuah dewan orang ramai yang terbiar sebelum ini. Justeru, beliau berharap kerajaan pusat dan Giat Mara lebih prihatin dengan memastikan kebajikan serta keselesaan pelajar terjaga bagi membolehkan mereka menimba ilmu juga latihan dengan baik. -NFN- | ||||||||||||||||||||||||||
Isu dana RM2.5 juta dibincang dalam mesyuarat MBI 20 November Posted: 16 Nov 2014 02:22 AM PST Oleh: AFEEQA AFEERA KUALA LUMPUR: Isu pemulangan dana bernilai RM2.5 juta kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) akan dibincangkan semula dalam mesyuarat pemerbadanan itu sebelum tindakan selanjutnya akan diputuskan, pada 20 November ini. Perkara itu dimaklumkan Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali selepas merasmikan program Bantuan Anak Masuk Sekolah di sini, hari ini. Beliau berkata, laporan berhubung perkara itu sudah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 12 November lalu, namun ia akan dibincangkan semula. "Audit sudah keluarkan laporan penuh berkenaan bayaran itu kepada bekas kakitangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Laporan itu sudah dibentangkan dalam MMKN, pada 12 November lalu tetapi kita akan bawa balik perkara ini dalam mesyuarat bersama MBIdan putuskan apa tindakan seterusnya," katanya. Pada 14 November lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar membangkitkan perkara itu menerusi tulisannya di Twitter dengan mendakwa Kerajaan Negeri sedang dalam proses mendapatkan semula wang berkenaan. "Kerajaan Selangor mengarahkan MBI untuk mendapatkan semula RM2.5 juta yang diberikan kepada bekas pembantu TSKI," tulis Dr Xavier di laman Twitternya. Malah, Dr Xavier turut memberitahu sebuah portal berita bahawa beliau menerima maklumat berkenaan daripada seorang ahli Exco Selangor yang kononnya ditugaskan untuk mendapatkan semula wang itu, pada 14 November lalu.-NFN- | ||||||||||||||||||||||||||
Najib Cakap Tak Serupa Bikin... Posted: 16 Nov 2014 02:06 AM PST shahbudindotcom Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen UMNO Johor semalam, Perdana Menteri, Najib Razak meminta pimpinan senior dalam parti segera berubah dengan tidak lagi mengamalkan budaya cantas serta menyekat kemasukan golongan muda ke dalam UMNO. Katanya, mereka perlu segera berubah kerana amalan negatif mencantas dan menyekat golongan muda hanya akan menyebabkan mereka semakin menjauhi UMNO. "Kita perlu buang perangai bodoh ini. Kalau terpaksa beri laluan, berundurlah dan beri peluang kepada orang lain," katanya lagi. Memang nampak cantik, syahdu dan boleh mengalir air mata mendengar apa yang diucapkan oleh Najib ini, tetapi persoalannya adakah beliau sendiri mengamalkannya? Dalam kabinetnya sendiri, berapa ramai golongan muda berbanding mereka yang sudah berpenggal-penggal berada dalam kerajaan? Lebih buruk lagi, di ketika menyedari pentingnya sokongan golongan muda itu, dalam pelantikan Senator yang dibuatnya baru-baru ini, semunya bukan saja terdiri daripada warga tua tetapi lebih merupakan kenalan rapatnya saja. Tiga orang yang dilantiknya itu ialah Nallakaruppan, 68 tahun yang mulutnya hanya tahu memainkan isu mengenai peribadi Anwar Ibrahim semata-mata, Ibrahim Abu Shah, 64 tahun bekas Naib Canselor Uitm yang sebelumnya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta bekas Setiausaha Sulitnya suatu ketika dahulu, Abdul Halim Samad yang sudah pun berusia 74 tahun. Mana penghargaan dan ruang menyediakan laluan kepada golongan muda melalui kuasa yang ada ditangannya sendiri? Kenapa hanya pandai meminta orang lain memberi ruang kepada golongan muda sedangkan diri sendiri tidak melakukannya? "KITA PERLU BUANG PERANGAI BODOH INI. KALAU TERPAKSA BERI LALUAN, BERUNDURLAH DAN BERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN." Siapa yang bodoh? Dan siapa yang tak beri peluang? Najib sepatutnya menujukan kata-katanya ini kepada dirinya sendiri, bukan orang lain. (SH 15/11/2014) | ||||||||||||||||||||||||||
Ibrahim: Malang jika BN kalah PRU14 Posted: 16 Nov 2014 02:01 AM PST MALAYSIAKINI Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Ibrahim Abu Shah menyeru ahli menyelesaikan masalah dalaman dengan segera bagi memastikan Umno menang pilihan raya umum itu dan kekal relevan. Laporan Umno Online menyebut bekas naib canselor UiTM itu berkata beliau bimbang orang Melayu terus gagal mentadbir Malaysia. "Kegagalan UMNO dalam menangani masalah itu dibimbangi menjadikan orang Melayu tidak dapat memerintah negara ini buat selama-lamanya sekiranya parti itu dan BN kalah pada pilihan raya akan datang," laporan itu dipetik. "Masalah dalaman khususnya perpaduan dalam kalangan anggota perlu diselesaikan segera dengan bermuhasabah dan bersatu padu demi parti tanpa mengambil kira kepentingan peribadi," katanya lagi seperti dipetik dalam laporan itu. Sehubungan itu Ibrahim berkata konvensyen Umno merupakan landasan terbaik supaya Umno menyedari cabaran politik dan isyarat untuk anggota parti bekerja bersungguh-sungguh demi survival parti. Beliau juga mengingatkan anggota parti agar terus memenangi hati rakyat termasuk pengundi atas pagar seperti yang disuarakan presiden Umno, supaya mereka yakin dengan parti itu. Ibrahim juga menggesa jentera parti terus memberi penerangan termasuk dasar tranformasi kerajaan supaya rakyat memberi sokongan tidak berbelah bagi pada Umno dan BN. "Sekiranya Umno dan BN kalah pada PRU-14, maka saya rasa ia sesuatu yang gelap dan malang buat orang Melayu dan negara," katanya lagi. Laporan itu menyebut, Ibrahim membangkitkan perkara itu susulan ingatan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Umno Selangor baru-baru ini, selepas membentangkan kertas kerja bengkel politik di Konvensyen Umno Johor hari ini. | ||||||||||||||||||||||||||
Kurup bimbang ancaman keganasan dalaman Posted: 16 Nov 2014 01:59 AM PST MALAYSIAKINI Tempoh lama keamanan dan harmoni di negara ini sedang menuju ke arah sikap acuh tidak acuh terhadap ancaman keganasan di kalangan rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Joseph Kurup berkata, ia menyebabkan lebuh banyak pandangan ekstrimis muncul yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum ada agama di negara ini. "Ketaksuban agama menjadi tajuk berita setiap hari. "Kumpulan atau individu yang mengejutkan muncul dengan seruan untuk membakar Bible, membawa kepala lembu atau menghina kesucian Ramadan. "Apa yang tidak kena dengan hari ini?" soal Kurup. Beliau bercakap demukian dalam ucapan sempena Hari Toleransi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di Limkokwing University of Creative Technology hari ini. | ||||||||||||||||||||||||||
Dr M: Jangan guna duit rakyat untuk popular Posted: 16 Nov 2014 01:53 AM PST MALAYSIAKINI Selepas mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mengalihkan sasarannya pada projek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir mengingatkan kerajaan yang ditadbir perdana menteri bahawa wang untuk membayar BR1M merupakan wang pembayaran cukai. "Kita jangan lupa yang duit kerajaan diperolehi melalui cukai yang dikenakan ke atas rakyat. "Cukai ini meningkatkan kos sara hidup. Tetapi rakyat masih lagi sanggup bertahan dengan kos yang dikenakan kerana mereka menjangkakan kerajaan akan memberi keselamatan, mentadbir negara dengan baik dan mempunyai dasar yang memberi faedah kepada rakyat. "Tetapi rakyat tidak mahu melihat cukai yang mereka bayar dibelanjakan dengan cara yang diluar jangkaan ini. "Sudah tentu mereka tidak mahu wang hasil titik peluh mereka dibelanjakan untuk memenangi populariti bagi sesiapa atau parti-parti politik atau pentadbiran," katanya. Selain itu, Mahathir juga membantah pemberian pada skala yang besar kepada rakyat seperti BR1M dilihat seperti memberi rasuah. "Dan ia diberi apabila pilihan raya semakin dekat atau sebagai manifesto pilihan raya yang menjanjikan perkara ini (BR1M). Tanggapan yang tak boleh dielak ialah pemberian ini seperti membeli undi. Bergantung pada k'jaan "Jika mahu meningkatkan pendapatan, sepatutnya menyediakan peluang bekerja atau perniagaan. "Tetapi BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif. Ia meningkatkan kecenderungan untuk bergantung kepada kerajaan walaupun untuk pendapatan seseorang tanpa mereka usaha apa-apa. "Ia melemahkan sikap seseorang dan mengurangkan sikap berdaya saing," katanya lagi. Bekas perdana menteri itu juga berkata pendapatan yang tinggi sepatutnya datang daripada peningkatan produktiviti dan tanpanya persaingan tidak dapat diperkukuhkan. "Kita mahu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Kita fikir ia boleh dicapai dengan meningkatkan pendapatan purata ke tahap yang tertentu. Ini sebenarnya mengelirukan. "Beberapa orang dengan pendapatan yang tinggi akan mengganggu pendapatan purata. Pendapatan per kapita tidak seharusnya menjadi ukuran kepada pencapaian kita untuk mendapat status negara maju. Penekanan ke atas pendapatan yang tinggi semata-mata tidak cukup. "Malah, dengan sendirinya, ia tidak akan menjadikan negara ini sebuah negara maju tetapi ia akan menjadi lebih mengelirukan apabila pendapatan disebabkan oleh pemberian oleh kerajaan," kata Mahathir. | ||||||||||||||||||||||||||
MRSM berbayar masih di peringkat kajian Posted: 16 Nov 2014 01:50 AM PST MRSM SHAH ALAM - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menegaskan, perancangan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar masih di peringkat kajian. Unit Komunikasi Korporatnya dalam satu kenyataan berkata, kementerian tersebut merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan respons yang diberikan terhadap perkara tersebut. "Sebagaimana kenyataan Timbalan Menteri (Datuk Alexander Nanta Linggi ) sebelum ini, MRSM berbayar ini masih di peringkat kajian dan ia akan dinilai daripada pelbagai sudut termasuklah aspek sosial sebagaimana yang dibangkitkan oleh pihak berkenaan. "Matlamat utama penubuhan MRSM sejak lebih empat dekad yang lalu adalah untuk memberikan pendidikan menengah berteraskan sains dan matematik. Kumpulan sasar adalah anak-anak miskin luar bandar dan miskin bandar atau kelompok berpendapatan rendah. "Pendekatan pendidikan MRSM adalah secara holistik mengutamakan pembangunan nilai dan akhlak selain daripada kecemerlangan akademik," kata kenyataan itu. Semalam, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, perancangan itu dilihat sedikit tersasar daripada objektif sebenar penubuhan MRSM sebagai pusat pendidikan yang mengumpulkan pelajar cemerlang tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Katanya, kewujudan MRSM berbayar juga akan memberi kesan kepada status MRSM sebagai pusat pendidikan terpilih bagi pelajar cemerlang. [ARTIKEL BERKAITAN: MRSM berbayar akan wujudkan kasta pelajar] Khamis lalu, Mara dilaporkan sedang menimbang untuk menubuhkan MRSM berbayar khusus untuk pemohon dalam kalangan keluarga berkemampuan. Alexender dilaporkan berkata, Mara sedang membuat kajian terperinci untuk mempertimbangkan pembinaan MRSM baharu di beberapa kawasan Parlimen terpilih seluruh negara. Sementara itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menambah, permohonan kemasukan ke MRSM bertambah secara drastik kebelakangan ini apabila Mara menawarkan program Ulul Albab dan IGCSE yang setanding dengan sekolah antarabangsa. "Peningkatan permohonan ini menjadi salah satu faktor untuk Mara melaksanakan kajian kemungkinan mewujudkan MRSM berbayar. Melalui cadangan ini, ia bakal membolehkan golongan berada dan berkemampuan yang bertambah di negara ini, menghantar anak mereka mengikuti sistem pendidikan MRSM. "Walau bagaimana pun, cadangan MRSM berbayar ini masih di peringkat kajian dan pihak kementerian sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan daripada semua pihak mengenai cadangan ini. "Usaha ini adalah untuk memberi pilihan kepada masyarakat dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak melalui sistem pendidikan MRSM dan berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan negara yang kita junjung bersama," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||
Menjelang PAU2014, banyak suara kritikal Posted: 16 Nov 2014 01:47 AM PST SHAH ALAM – Penganalisis politik menjangkakan suasana Perhimpunan Agung Umno 2014 yang bakal berlangsung hujung bulan ini rancak dengan perbahasan isu semasa termasuk soal Akta Hasutan. Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perwakilan-perwakilan seluruh negara bakal membentangkan soal kelangsungan Umno pada masa akan datang. "Kalau lihat sekarang sudah nampak banyak suara-suara yang kritikal terhadap Umno dan kepimpinan terutama daripada bekas-bekas pemimpin dan juga ahli-ahli parti. "Suasana perhimpunan ini pula saya jangka akan rancak khususnya perwakilan-perwakilan yang akan membentangkan isu-isu semasa melibatkan 'survival' Umno pada masa akan datang termasuk tentang Melayu, ekonomi dan juga isu agama yang saya rasa akan menjadi tunjang perbincangan," katanya kepada Sinar Harian Online. Sementara itu, Dr Jeniri Amir pula menjangkakan, Akta Hasutan yang menjadi perdebatan saban hari akan menjadi salah satu agenda perbahasan nanti. "Suasana macam biasa tapi mungkin tumpuan itu akan diberikan kepada asas membabitkan kepentingan Melayu, Islam dan hal berkaitan undang-undang. Harus dibahaskan dengan bijaksana bukan saja untuk kepentingan Umno tapi masa depan Melayu dan negara...survival bangsa. "Jadi, mereka harus keluar daripada hanya membicarakan soal yang membabitkan Umno. Tapi pada saya, jauh lebih penting adalah membabitkan masyarakat, hubungan antara kaum, isu-isu penting khususnya Akta Hasutan. "Mereka perlu kemukakan hujah-hujah yang konkrit dan bernas, mengapa harus dipertahankan itu (Akta Hasutan)? Berdasarkan perkembangan semasa, ada kecenderungan mereka akan mempertahankan Akta Hasutan...tidak akan memansuhkannya," katanya. Namun, beliau tidak menolak soal memantapkan parti, merencanakan dasar-dasar yang lebih baik untuk parti dari semua segi, agenda yang lebih besar membabitkan kepentingan negara juga perlu diberi perhatian sama berat kerana kedudukan Umno yang tidak lagi sama seperti sebelumnya. Mengulas perkara sama, Prof Dr Ahmad Atory Hussain pula menjangkakan, pertentangan antara mahkamah syariah dan sivil bakal turut dibangkitkan. "Apa yang penting adalah usul ekonomi, politik, agama selain daripada pendidikan. Untuk isu agama, sudah tentu mereka akan membincangkan soal mahkamah syariah yang bertentangan dengan mahkamah sivil," katanya. Perhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). | ||||||||||||||||||||||||||
Masa Untuk UMNO Bersikap Jujur - Masih Relevankah Najib Hadapi PRU 14 Nanti? Posted: 15 Nov 2014 10:06 PM PST shahbudindotcom Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sekali lagi menghalakan kritikannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak dengan menyifatkan pemberian BR1M adalah suatu bentuk rasuah dan mengelirukan dari segi menambah pendapatan per kapita rakyat. Menulis di blognya sebagai suatu lagi kecaman terhadap Najib, beliau berkata, pendapatan rakyat seharusnya ditingkatkan dengan cara menambah peluang pekerjaan atau perniagaan serta dengan meningkatnya produktiviti, bukannya dengan cara pemberian tunai. Selain itu, jelas Mahathir lagi, pemberian BR1M juga menyebabkan kecenderungan bergantung kepada kerajaan serta melemahkan karektor dan mengurangkan daya saing rakyat dalam pasaran. Kritikan terbaru ini, bukan saja menjadikan semakin banyak kritikan beliau terhadap kepimpinan Najib, malah dalam waktu yang terdekat ini saja serangannya bagaikan bertali arus dengan sebelum ini hutang 1MDB dan kegagalan UMNO Selangor dalam PRU 13 yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri, menjadi sasarannya. Melihat keagresifan Mahathir menyerang Najib sejak kebelakangan ini, dapat dirasakan pasti banyak lagi serangan akan menyusul selepas ini. Mahathir tidak akan berhenti walaupun ketika ini Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO seakan tidak memperdulikan teguran beliau itu. Satu demi satu peluru yang dilepaskannya kepada Najib hampir menyamai dengan apa yang dilakukan kepada Abdullah Badawi dulu. Meskipun ramai pemimpin UMNO, termasuk yang berjawatan menteri mengatakan Mahathir sudah tidak bertaring lagi sekarang, namun semakin banyak Mahathir menegur dan bersuara, semakin nipis keyakinan rakyat terhadap Najib dan kerajaan. Apa pun persepsi dan penilaian sesetengah rakyat terhadap teguran beliau, yang tidak dapat dinafikan ialah Mahathir berbuat demikian kerana sayangnya kepada negara ini. Selagi bernyawa dan mampu berbuat sesuatu, beliau seperti tidak rela melihat negara ini musnah dengan hutang yang kian meningkat, ekonomi tidak terjamin dan kehidupan rakyat semakin sukar. Jika Mahathir seorang yang mementingkan diri sendiri, dalam usia dan kedudukannya sekarang, beliau boleh saja memilih untuk berehat dan berdiam diri tentang apa saja yang berlaku dalam negara tanpa berbuat apa-apa sebagaimana yang sedang dilakukan oleh seorang lagi bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi. Dalam kehidupan sekarang dan masa depan, tiada apa yang dibimbanginya lagi oleh Mahathir. Anak-anaknya semua sudah dewasa, berjaya dalam perniagaan dan mungkin kekayaan mereka cukup untuk beberapa keturunan manakala anak bongsunya, Mukhriz pula agak selesa dengan menjadi Menteri Besar Kedah. Malah sebenarnya lebih untung untuk anak-anak dan keluarganya jika Mahathir memilih menyokong atau berdiam diri saja terhadap kepimpinan Najib, berbanding menegur, mengkritik dan menarik balik sokongan seperti yang dilakukannya sekarang. Tetapi sudah tentulah kerana ingin menyelamatkan negara ini daripada lebih banyak kerosakan oleh Najib, maka beliau memilih jalan yang dilakukannya sekarang, sekaligus memungkinkan ketidakselesaan kepada masa depan anak-anaknya. Inilah sebenarnya pengorbanan Mahathir yang perlu kita fahami. Bukan saja rakyat harus menyambut baik pengorbanan ini, malah ahli dan pemimpin UMNO juga seharusnya merenung kembali satu persatu tegurannya itu. Lebih dari itu, Najib sendiri yang bercakap paling banyak slogan tetapi gagal melaksakannya dan paling berjaya juga meningkatkan hutang negara sehingga ke paras hidung, ditambah dengan 1MDB yang hanya berusia enam tahun tetapi sudah mempunyai hutang lebih RM40 bilion, seharusnya juga sudah memahami mesej daripada tindakan Mahathir ini. Walaupun pemimpin UMNO kukuh bersamanya dan dalam Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini juga mungkin bertambah lagi pujian dan sanjungan terhadapnya, Najib perlu sedar bahawa semua itu palsu belaka. Sokongan pemimpin UMNO hanyalah kerana mereka ingin menjaga perut dan kedudukan masing-masing, manakala pujian dan sanjungan pula kerana sudah disiapkan skripnya. Tidak guna memiliki sokongan dan pujian palsu jika hakikat sebenarnya hubungan dengan rakyat makin menjauh. Dalam banyak aspek sekarang ini, kerajaan semakin tidak lagi dihormati oleh rakyat. Rakyat tidak lagi melihat kerajaan sebagai pelindung dan pemberi kesejahteraan kepada mereka, sebaliknya lebih sebagai bahtera usang yang bocor di sana sini dan perlu diganti dengan segera. Hari ini, mereka yang bercakap tentang kemungkinan UMNO akan kehilangan kuasa bukan lagi ahli biasa dan rakyat kebanyakan, bahkan pemimpin UMNO sendiri sudah secara terbuka memperkatakannya. Mengingatkan Najib agar segera berubah barangkali sudah terlambat dan sia-sia saja. Najib kini adalah dalam keadaan perlu diubah kedudukannya sebelum rakyat mengubahnya. Dengan teguran demi teguran, kritikan demi kritikan oleh Mahathir, sudah sampai masanya ahli dan pemimpin UMNO bersikap jujur dan bertanya kepada diri sendiri - masih relevankah Najib dan mampukah beliau terus membawa BN menang dalam PRU 14 nanti? | ||||||||||||||||||||||||||
Elaun guru Kafa naik dalam masa terdekat Posted: 15 Nov 2014 09:55 PM PST MALAYSIAKINI Permintaan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di negara ini agar dinaikkan elaun mereka tidak dipandang sepi, sebaliknya mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata perdana menteri telah mengatakan bahawa mereka yang berkhidmat dengan kerajaan perlu memperoleh pendapatan tidak kurang daripada RM800. "Saya difahamkan perkara ini sedang diusahakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kita perlu usaha sedikit sahaja lagi. "Saya percaya dan yakin apa yang dihasratkan oleh guru Kafa akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat ini," katanya ketika berucap pada majlis penutup Ihtifal Kafa peringkat kebangsaan 2014 di Bukit Gambang City Resort dekat Kuantan, Kuantan malam tadi. Beliau berkata kenaikan elaun tersebut dilihat sejajar dengan peranan Kafa yang penting dalam masyarakat Islam masa kini untuk mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berakhlak dan berpekerti mulia. Sementara itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata pelaksanaan program Kafa terbukti berkesan apabila bilangan murid yang boleh membaca dan menghafaz al-Quran selain memahami asas fardhu ain semakin meningkat. Katanya, pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan terhadap Kafa turut menggalakkan lebih ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke program ini. Menurutnya, apabila kerajaan memutuskan menjadikan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) sebagai syarat kemasukan ke sekolah menengah agama peringkat persekutuan, negeri dan sekolah berasrama penuh, ia telah meletakkan UPKK setaraf dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). "Justeru, Jakim akan memastikan pengurusan peperiksaan UPKK sentiasa dipertingkat dari semasa ke semasa di mana bagi tahun ini sahaja Jakim memperuntukkan RM3 juta bagi kos percetakan soalan UPKK dan membayar para petugas," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Awang Khalid Mat Ali. - Bernama | ||||||||||||||||||||||||||
Posted: 15 Nov 2014 09:44 PM PST Seorang peniaga menunjukkan hanya bekalan ST5 dan ST10 dijual. BERAS subsidi Super Tempatan (ST) 15 peratus hancur atau lebih dikenali sebagai ST15 yang dikhususkan untuk pasaran runcit dan golongan berpendapatan rendah didapati tiada di pasaran sejak dua bulan lalu. Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai runcit sekitar daerah Kota Setar mendapati, hanya beras ST5 dan ST10 dijual di pasaran, sebaliknya beras ST15 terputus bekalan atau hanya dibekalkan dalam kuantiti sedikit, menyebabkan bekalan kehabisan sebaik dipasarkan. Ikuti, tinjauan dan pandangan Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail yang menyarankan kerajaan supaya mansuhkan beras ST15 dalam usaha membanteras penyelewengan yang dikesan sejak lebih lima tahun lalu. ALOR SETAR - Beberapa pekedai di sekitar bandar ini bersungut apabila bekalan beras S15 yang dihantar ke kedai mereka mulai kurang. Perkara ini menyebabkan bekalan terhad sedangkan beras itu mendapat permintaan tinggi di pasaran. Pengurus Pasaraya Istafa, Intan Shufinah Mustafa berkata, pemborong belum membekalkan bekalan ST15 ke kedainya untuk bulan ini. "Saya masih tunggu bekalan dihantar ke dua cawangan kedai, namun sehingga semalam, masih tiada bekalan. Pada Oktober, bekalan dihantar awal bulan tetapi kuantitinya berkurangan," katanya. Menurutnya, pemborong pernah memaklumkan, kuota ST15 diperuntukkan kepada mereka dikurangkan hingga menyebabkan bekalan terhad. "Saya dapat bekalan 100 kampit bagi setiap kedai, ada kala bekalan kurang sebab pemborong kehabisan stok berikutan peruncit lain terlebih dahulu mendapatkan bekalan secara terus," katanya. Bagaimanapun, katanya, bekalan ST15 kini bergantung kepada pemborong yang membekalkannya, sama ada dalam kuantiti banyak atau sedikit. Situasi amat berbeza bagi sebuah kedai runcit MCM Utara Trading, berdekatan Pasaraya Billion, di mana bekalan ST15 tiada sejak dua tahun lalu. Sabir Ismail berkata, sudah lama syarikatnya tidak membekalkan beras ST15, sebaliknya hanya menjual beras ST5 sahaja untuk dijual di kedai itu. "Hanya ada beras ST5 dijual di sini. Tetapi saya hairan juga kerana kedai berdekatan ada terima beras ST15, tetapi dalam kuantiti sedikit sekitar 10 hingga 20 kampit," katanya. Tinjauan di Pasaraya Perniagaan Pak Tori juga mendapati, bekalan ST15 sudah dua bulan tidak dibekalkan. "Kami terputus bekalan beras ST15 sejak dua bulan. Pembeli hanya boleh beli beras ST5 sahaja. Harganya pula RM25 ke atas untuk pelbagai jenama bagi 10 kilogram," kata salah seorang pekerja. Sebuah lagi kedai runcit berdekatan, turut mengesahkan kedai miliknya sudah dua bulan kehabisan bekalan. "Secara keseluruhannya, beras jenis ST15 tidak ada dalam pasaran di sekitar kawasan ini sejak dua bulan. Kedai ini hanya dapat bekalan 10 kampit sahaja sebelum ini. Jadi sekarang kami jual beras ST5 dan ST10 sahaja, walaupun permintaan untuk ST15 tinggi," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||
MB Terengganu nafi abang campur tangan Posted: 15 Nov 2014 09:37 PM PST KUALA TERENGGANU - Tindakan pihak tertentu mendakwa Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dikawal oleh abangnya sendiri, Che Azmi Abd Rahman dianggap dakwaan tidak bertanggungjawab. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Samiun Salleh menyelar tindakan sedemikian dan memberitahu, keputusan yang dibuat Ahmad Razif dari sudut pengurusan di negeri ini langsung tidak melibatkan campur tangan daripada Che Azmi yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus. Bagaimanapun beliau berkata, Ahmad Razif berkemungkinan pernah mendapatkan pandangan daripada abangnya itu berhubung perkara tertentu berdasarkan pengalaman yang ada pada Che Azmi dan tidak menolak perkara itu cuba dipolitikkan orang tertentu. "Kita kena faham, abang dia bekas Ahli Parlimen dan sebelum ini pernah bekerja sebagai pegawai kanan di Yayasan Terengganu dan abang dia memang pakar terutama dalam aspek pelaburan, perniagaan. "Mungkin dia ada guna khidmat nasihat abang dia untuk membantu tetapi tidak melibatkan semua perkara. Apa yang dibuat menteri besar adalah keputusan beliau sendiri. Bukan diputuskan oleh abang dia," katanya. Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran dan Perasmian Skuad An-Nur dan Juwita peringkat negeri di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, di sini. Beliau berkata sebagai mengulas mengenai status pengguna laman Facebook yang mendakwa Menteri Besar Terengganu di 'remote control' abangnya sendiri. Status tersebut mendapat hampir 200 komen yang antara lain meminta supaya pengguna akaun terbabit tidak mereka-reka cerita atau membuat fitnah dan ada juga yang menganggap ia sebagai satu cubaan untuk mengeruhkan hubungan kedua beradik tersebut. Menurut Samiun, dakwaan itu tidak benar dan Ahmad Razif sudah sedia maklum mengenai tuduhan tersebut. "Apabila perkara sebegini cuba dipolitikkan timbullah unsur fitnah. Biasalah begitu," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||
Bekas Pramugara MAS Boleh Ditahan 10 Tahun Tanpa Bicara - Peguam Posted: 15 Nov 2014 09:32 PM PST ) KUALA LUMPUR: Bekas pramugara Malaysia Airlines (MAS) yang ditahan di Paris selepas didakwa mencabul seorang penumpang di atas kapal terbang, boleh ditahan sehingga 10 tahun tanpa perbicaraan di bawah undang-undang Perancis.Menurut peguam Shailender Bhar yang diupah oleh keluarga suspek berkata, tempoh tahanan purata di Perancis adalah empat tahun. Keluarga suspek yang berusia 54 tahun itu telah membuat rayuan kepada kerajaan untuk membawanya balik ke Malaysia. Anak perempuan sulung suspek, Syaza, 24, berkata bapanya kelihatan lemah ketika melawatnya di lokap bulan lalu. "Kini sudah lebih tiga bulan. Beliau kehilangan berat badan kira-kira 20 kilogram dan emosinya tidak stabil kerana tidak dapat berkomunikasi dengan sesiapa disebabkan halangan bahasa," katanya. Dia juga berkata, bapanya tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan di penjara Perancis. Suspek telah ditahan pada 7 Ogos lalu selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya kerana serangan seksual terhadap seorang penumpang Australia yang berusia 26 tahun. Insiden itu didakwa berlaku ketika pesawat MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos, selepas penumpang tersebut memberitahu berasa gementar ketika penerbangan. Suspek kemudian dipercayai duduk di sebelah penumpang itu dan mengurut atas alasan untuk menenangkan mangsa sebelum insiden serangan seksual itu berlaku. MAS kemudian mengesahkan bahawa pihaknya telah memecat pramugara itu yang telah berkhidmat selama 32 tahun. Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) telah memfailkan rayuan ke atas pemecatan tersebut dan merujuk perkara itu kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan. | ||||||||||||||||||||||||||
Majikan Lindungi Pati Diberi Tempoh Hingga Akhir 2014 Posted: 15 Nov 2014 09:27 PM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Jabatan Imigeresen mengingatkan majikan yang mempunyai pekerja asing secara haram supaya menyerahkan pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit kepada jabatan itu sebelum 31 Dis ini atau berdepan tindakan undang-undang. Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Sakib Kusmi berkata jabatannya memberi jaminan tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana majikan yang bekerjasama menyerahkan pendatang terbabit. Katanya, apa yang perlu dilakukan oleh majikan yang mempunyai pekerja asing ialah menyerahkan pekerja mereka kepada Jabatan Imigresen secara sukarela. "Sekiranya majikan berdegil dan melindungi PATI, mereka boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) dan boleh didenda RM5,000. Sakib berkata jika majikan masih berdegil dan enggan bekerjasama, Jabatan Imigresen boleh menyita kenderaan yang digunakan untuk membawa dan menyeludup warga asing. "Saya memohon kepada semua pihak yang terlibat sama ada menggaji dan melindungi PATI secara bertentangan dengan undang-undang supaya mengarahkan pendatang terbabit menyerah diri berikutan program pengampunan yang akan berakhir pada 31 Dis ini. "Selain itu, mereka juga boleh mendapat maklumat yang tepat cara untuk menggaji pekerja warga asing dengan sah," katanya. Beliau berkata setakat ini jumlah pekerja asing yang berdaftar di seluruh negara adalah 2.2 juta orang manakala kira-kira 2.5 juta pula tidak berdaftar tahun ini. Kata Sakib, lebih 30,000 PATI ditangkap di seluruh negara sejak Januari hingga Oktober. Sakib berkata lebih 50,000 PATI telah menyerah diri secara sukarela di bawah program 3+1 yang bermula sejak Julai hingga Oktober tahun ini. "Bagaimanapun, sekiranya terdapat pelawat-pelawat asing yang masuk ke negara ini dan bekerja menyalahi pas lawatan sosial maka jumlah PATI boleh meningkat dalam satu-satu masa. "Pihak imigresen sentiasa melakukan penguatkuasaan berterusan untuk memantau mana-mana PATI yang berniaga secara haram di seluruh negara," katanya. Sakib berkata, sebelum ini pihaknya telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi penguatkuasa yang lain untuk memantau aktiviti berkenaaan. Ditanya mengenai cadangan proses pemutihan PATI untuk menyerah diri sebaliknya menghantar mereka pulang, Sakib berkata buat masa ini pihaknya tidak menghantar pulang untuk masa terdekat. Katanya, untuk majikan yang kekurangan tenaga buruh mereka boleh memohon dengan jabatan itu sekiranya mematuhi syarat-syarat pekerja asing yang ditetapkan. Ahad lepas, 181 pendatang asing tanpa izin ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Gempak dan Mesra yang pertama dijalankan di tujuh lokasi iaitu Ringlet, Lembah Bertam, Tanah Rata, Brinchang, Kampung Raja, Tringkap dan Kuala Terla. Operasi itu melibatkan 369 pegawai dan anggota imigresen. Pada 10 Nov lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar hukuman yang lebih serius seperti hukuman sebat mandatori dikenakan terhadap pihak yang membawa masuk PATI ke negara ini. | ||||||||||||||||||||||||||
Hukum Hudud: Gilotin Jadi Pilihan Di Kelantan Posted: 15 Nov 2014 09:21 PM PST Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu dikatakan menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan. Pengerusinya, Datuk Mohd Amar berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya. Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, jawatankuasa itu masih memikirkan idea walaupun menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah. "Pertamanya, pakar bedah mesti bersetuju untuk menjalankan prosedur tetapi itu mungkin akan membangkitkan kemarahan Persatuan Perubatan Malaysia kerana ia melanggar 'Hippocratic Oath' (sumpahan untuk menegakkan piawaian profesional dan mengamal perubatan secara etika). Mohd Amar berkata, alat pemenggal kepala itu lebih cepat berkesan dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk menarik tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor untuk memastikan orang yang dihukum itu tidak mengalami sebarang kejutan. Malah hakim menjatuhkan hukuman itu juga perlu hadir. "Saya akan membuat kajian yang menyeluruh kepada kaedah yang digunakan semasa Revolusi Perancis pada abad ke-18 apabila gilotin digunakan untuk memenggal kepala sebagai hukuman mati," katanya. Ironinya, alat pemenggal kepala Perancis itu yang diperkenalkan berabad-abad ini telah dihapuskan kerana hukuman yang tidak berperikemanusian. Peralatan berat itu digunakan sempena nama Dr Joseph Ignace Guillotine yang memperkenalkannya biarpun peralatan itu bukan hasil ciptaannya. Kali pertama alat pemenggal kepala itu digunakan di Place de Greve di Paris ke atas perompak bersenjata Jacques Nicolas Pelletier pada tahun 1792. Manakala orang terakhir dijatuhkan hukuman menggunakan alat ini ialah Hamida Djandoubi pada tahun 1977 yang dikaitkan dengan pembunuhan. Lelaki Tunisia itu didapati bersalah membunuh bekas kekasihnya, Elisabeth Bousquet. Bagaimana pun Perancis memansuhkan hukuman mati pada tahun 1981. Mohd Amar berkata kaedah kemungkinan untuk menjatuhkan hukuman termasuk memotong anggota badan pesalah di bawah Kanun Jenayah Syariah II 1993, telah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini. Beliau yang tidak hadir pada mesyuarat itu kerana menunaikan ibadah Haji berkata, antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah lapan orang mufti dan beberapa orang doktor. "Saya akan hadir pada mesyuarat seterusnya dan memberi cadangan mengenai alat pemenggal kepala mini ini dengan lebih terperinci," katanya. Kelantan bercadang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakannya hukum itu pada tahun depan. Dalam reaksi segera, Timbalan Pengerusi MCA Kelantan Tan Ken Ten berkata, rancangan untuk memperkenalkan alat pemenggal kepala mini itu sebagai tidak masuk akal. "Saya tidak tahu apa lagi yang mereka akan timbul selepas ini. "Mereka menjadi kreatif dengan idea-idea sehingga timbul untuk menjalankan Hudud di negeri ini," katanya. "Seluruh kisah ini seperti jenaka. Dengan menggunakan alat dari abad ke-18, mereka akan menjadi bahan ketawa seluruh dunia," tambah Tan. | ||||||||||||||||||||||||||
Antara tuntutan agama, adat dan status Posted: 15 Nov 2014 03:50 PM PST
Trend perkahwinan mewah tidak kira di rumah mahupun dewan atau hotel pastinya akan meriah, lebih-lebih lagi bagi anak pertama dalam keluarga kerana pada masa inilah ibu bapa akan menjemput seramai mungkin kenalan. Perbelanjaan untuk pelamin, ruang makan, menu, dekorasi sehinggalah baju, artis jemputan dan paling utama jumlah hantaran membuatkan nilai sebuah perkahwinan bukan lagi sekadar yang mampu tetapi lebih daripada itu. Setiap orang dikurniakan dengan rezeki masing-masing dan sebuah perkahwinan tidak boleh diukur dengan jumlah perbelanjaan mahupun hantaran yang dikeluarkan kerana kehidupan selepas perkahwinan adalah lebih penting. Akibat daripada trend meminjam dalam kalangan generasi muda sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak syarikat swasta, koperasi dan bank mula mengambil kesempatan menawarkan pinjaman peribadi kepada bakal mempelai untuk membiayai majlis perkahwinan mereka. Di corong radio, iklan di Facebook dan sebagainya tanpa berselindung menawarkan pinjaman kepada bakal mempelai membuatkan mereka sudah tidak kisah untuk melakukan pinjaman untuk berkahwin. Carian di Google mendapati sebanyak 408,000 keputusan berkaitan pinjaman perkahwinan dan 546,000 untuk mereka yang mencari pinjaman peribadi membuatkan urusan ini sangat mudah. Mengikut agama Islam, pinjaman untuk perkahwinan adalah diharuskan tetapi sebaik-baiknya tidak melakukan sebarang pinjaman dengan mengadakan majlis tersebut mengikut kemampuan sendiri. Namun ikutan adat yang memerlukan pihak lelaki menghantar wang belanja, hantaran serba satu, selain ada juga yang menetapkan hantaran serba berdiri mahupun duduk membuatkan ramai lelaki yang sudah sampai seru terduduk mendengar jumlah yang perlu disediakan. Inikan pula perbelanjaan lain yang perlu dikeluarkan bagi majlis di tempat sendiri yang memaksa mereka membuat pinjaman bagi mengadakan majlis perkahwinan. Ruangan Fokus kali ini membincangkan isu berhutang untuk berkahwin bagi membolehkan bakal pengantin di luar sana berfikir dengan lebih mendalam sebelum mengambil satu-satu keputusan. – AMIRUL Utamakan wajib daripada adat Mas kahwin, hantaran, perbelanjaan hotel, dewan pelamin dan sebagainya bukanlah satu yang dituntut oleh agama kerana bagi sebuah perkahwinan, mahar adalah yang paling penting yang perlu disediakan lelaki untuk wanita yang ingin dikahwininya. Jika di Selangor, jumlah mahar atau lebih dikenali mas kahwin adalah RM300 sahaja tetapi nilai hantaran yang beribu ringgit mengikut adat itu yang menyukarkan pihak lelaki untuk berkahwin. Pada asasnya adalah mengikut syarak dan kemampuan lelaki tersebut, kerana hantaran cuma adat tetapi mahar atau mas kahwin wajib diberikan kepada pengantin perempuan. Sebuah hadis meriwayatkan mengenai perkahwinan iaitu "sebaik-baik wanita adalah wanita yang rendah maharnya". Hadis lain juga ada menyebut, "Laksanakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing". Islam memudahkan dalam urusan membina masjid bagi bakal pengantin, namun adat dan budaya masyarakat kita sebenarnya banyak membuatkan ramai yang takut untuk berkahwin. Bagaimana seorang lelaki yang baru bekerja dua tiga tahun mampu mencari wang sebanyak RM 10,000 bagi membayar hantaran, apatah lagi bagi mereka yang baru menamatkan pengajian. Perkara seperti ini seharusnya dielakkan terutamanya bagi ibu bapa pengantin perempuan demi memudahkan laluan anak mereka untuk mendirikan rumah tangga. Jika ini dapat diatasi maka masalah gejala sosial yang semakin membimbangkan akan dapat dihindari apabila lebih ramai generasi muda kita mampu mendirikan rumah tangga pada usia muda. Selain itu, ingin mengikut trend atau bermegah-megah dengan persandingan anak-anak juga memberikan tekanan kepada bakal pengantin. Ada ibu bapa yang menyediakan garis panduan agar majlis yang dilangsungkan perlu menepati kriteria tertentu. Ini amat dilarang dalam agama kerana sikap sebegini boleh mengakibatkan seseorang itu riak dan takbur atas kemewahan dan majlis yang mereka buat. Tiada lagi kemanisan dalam majlis perkahwinan jika ia berlaku. Bakal pengantin pastinya mahu perkara itu berlangsung dengan mudah dan jimat. Jika berkemampuan apa salahnya, asalkan majlis tidak keterlaluan dan membazir kerana kehidupan selepas berkahwin perlu lebih diutamakan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan