Ahad, 16 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tolong hormati pendirian Tuang Presideng....

Posted: 16 Nov 2014 04:59 AM PST


Korang tolonglah hormat sikit dengan Murabi ku ini. Dia ulama yang diiktiraf oleh dunia Islam. Dia adalah Naib Presiden Kesatuan Ulama Dunia. Tolong jangan nak paksa dia datang semata-mata untuk bermesyuarat. Ikut suka dialah, hormatilah pendirian dia....lagi pun memang Murabi ku kurang sehat...

Sekali lagi aku beritahu korang, jangan kurang ajar 'korang ajak' boleh tak?  Ikut suka Tuang Presidenlah! Malaysia kini melaporkan :

Hadi: Ikut sayalah nak hadir atau tak

Di tengah-tengah desakan daripada DAP, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulanglah pada beliau untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

 "Saya tak perlu diminta (hadir), (kalau) saya nak hadir, hadirlah," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita di Gombak hari ini.

 Beliau diminta mengulas resolusi oleh jawatankuasa eksekutif pusat DAP yang mendesak Hadi menghadiri mesyuarat gabungan itu.

 Ditanya sama ada beliau akan hadir ke mesyuarat akan datang, Hadi hanya berkata, "atas sayalah nak hadir (atau) tak mahu hadir".

 DAP sebelum ini mengkritik Hadi kerana tidak hadir ke mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan dan perkara itu menyukarkan kerjasama mereka dengan parti Islam itu. SUMBER

Wala’ bukan kpd batang tubuh, wala’ kepada jemaah - Loyar Zulhazmi Syariff (video)

Posted: 15 Nov 2014 06:36 PM PST

Sdr Zulhazmi Syariff (kiri) bersama Presiden PasMa, 
Dato Phahrolrazi keika pelancaran NGO tersebut 
di Hotel Seri Malaysia pada malam 7 Okt lalu.

00:07 ~ BN, dia parti politik, Barisan Nasiona; ditubuhkan – parti politik bernama Barisan Nasional.

 Pakatan Rakyat bukan parti politik. Parti politik iala PAS, DAP, dan PKR. Pakatan Rakyat hanya gabungan pakatan ketiga-tiga parti itu dan bertanding atas bendera masing-masing. 

 Sebab itu setiap parti ini memikirkan perjuangan parti masing-masing. Bukan perjuangan bersama walaupun dimuafakatkan, bahawa kita didalam Pakatan Rakyat ini berkonsensus bersama.

 Apa dia konsensus bersama Pakatan Rakyat? Mempertahankan Islam sebagai agama Rasmi, Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mempertahankan perkara 153 perlembagaan, Hak-hak Istimewa Bumiputra, - ini yang di pertahankan dan dimuafakatkan ; hanya itu!

Tetapi isu-isu lain tidak dimuafakatkan. Sebab itu apabila pergi mesyuarat, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju.

 Tetapi kalau kita kembali kepada konsep 'SYURA' kalau majoriti bersetuju, yang minoriti, ikut saja. Perkara yang sama berlaku di dalam zaman Rasulullah dahulu . Sama juga berlaku di zaman Khulafa'ur-Rasyidin…Semuanya berlaku apabila dimesyuaratkan, diputuskan, walaupun ada pihak yang tidak bersetuju. Tetapi apabila majoriti telah bersetuju, dia kena WALA' kepada keputusan majoriti. Itulah yg dipanggil wala'.

 Wala' bukan kpd batang tubuh, wala' kepada jemaah sebab kita didalam organisasi.Bukan dalam keluarga kita sendiri.9 Kalau keluarga sendiri, dalam keluarga kita, betullah taat paling tinggi kpd keluarga , taat kpd siapa? Taak kepada ayah dan taat kpd ibu.

 Tetapi didalam parti politik, didalam organisasi, di dalam kampong, didalam masyarakat, didalam negara kena taat kepada keputusan syura; keputusan jemaah. Dalam negeri – keputusan Dewan Undangan Negeri! 

 Didalam kerajaan negeri, keputusan Exco. Didalam Negara keputusan Parlimen, Dewan Rakyat, Dewan Negara… Perdana Menteri pun tak boleh buat keputusan sorang-sorang sahaja …dia kena melalui keputusan Jemaah Menteri…

 Sama juga berbalik kepada parti politik. Orang kata Anwar buat keputusan sorang-sorang saja…tidak! Sama juga di dalam DAP, adakah Guang Eng buat keputusan sorang-sorang? Adakah YB Lim Kit Siang buat keputusan sorang-sorang? Tidak! Semuanya melalui CEC (Central Executive Comitee)

Sama juga didalam PAS , yang mesti buat keputusan adalah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Bukan Presiden seorang.

 Sama juga di dalam Majlis Syura . Majlis Syura Ulama PAS , dia buat keputusan bukan Mursyidul 'Am seorang. Adakah Tok Guru Nik Aziz buat keputusan sorang-sorang dia saja? Pernah berlaku tak? Tak pernah berlaku! 

 Yang buat keputusan adalah Majlis Syura. 17 ahli Majlis Syura bermesyuarat dan membuat keputusan. Adakah semua 17 ahli itu bersetuju? Ada kemungkinan tidak setuju , ada kemungkinan bersetuju. Yang itu kita tidak tahu sebaba kita bukan ahli majlis Syura.

 Sama juga didalam Islam, kenapa kita timbul Ahli Sunnah wal-Jamaah sedangkan 4 mazhab yang berlainan? Ada Syafie, ada Hanafi, Ada Maliki, ada Hambali … 

 Dan dalam madzhab Syafie , bukannya semua bersetuju dengan satu pendapat; beratus Imam didalam Mazhab Syafie sahaja… tetapi keputusannya semuanya berbalik kepada yang utama iaitu al-Quran, Sunnah , Ijma' dan Qias… ~ 4:45


Tiada ulasan: