Sabtu, 15 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bekas MB Selangor mahu pantau perjanjian air

Posted: 15 Nov 2014 03:44 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu akan memantau perjalanan proses pengambilan industri air Selangor yang kini diteruskan oleh Menteri Besar yang baru, Mohamed Azmin Ali.
 
"Saya akan memantau (perjanjian air) supaya kos pengambilan industri air ini tidak bertambah dan seperti yang telah dijanjikan iaitu tidak melebihi RM9.5 bilion," katanya yang ditemui media selepas merasmikan Program Sajian Rakyat bertempat di Pangsapuri Permai, Sungai Besi petang tadi.
 
Bekas Menteri Besar itu terdahulu diminta mengulas tindakan Azmin yang 'menyokong' segala usaha semasa pentadbirannya suatu masa dahulu, seperti isu pengambilan industri air dan pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).
 
Ini merupakan majlis rasmi pertama yang dianjurkan Khalid sementelah meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada September lalu.
 
Umum mengetahui bagaimana kontroversi melibatkan Khalid dan kepimpinan PKR yang tidka berpuas hati dengannya yang mempersetujui beberapa dasar kerajaan negeri yang didakwa mesra kepada Umno-Barisan Nasional.
 
PKR menuduh kesemua perjanjian itu akan menguntungkan pihak lawan apabila Khalid tidak mendapatkan sebarang nasihat dan membuat rundingan sebelum kata putus dibuat.
 
"Tidak apalah sebab ia untuk kebaikan rakyat. Kita teruskan usaha itu. Kita tidak menghalang apa-apa yang sepatutnya dilakukan. Itu menunjukkan usaha yang kita lakukan itu adalah usaha profesional dan telus serta untuk kebaikan rakyat.
 
"Malah tidak ada lagi usaha memfitnah sebab ia perkara yang betul," katanya sebagai reaksi terhadap Azmin dan kepimpinan kerajaan yang baharu itu.
 
Sementara itu, ketika berucap di hadapan pendudukan pangsapuri berkenaan, Khalid berikrar akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak, meskipun menerima desakan untuk berundur.
 
"Saya sudah berjanji dengan rakyat, bahawa apabila mereka mengundi saya pada PRU-13 maka saya bertanggungjawab meneruskan tugas bersama rakyat. Dan saya merasakan kita perlu tunjuk contoh kepada pemimpin akan datang bahawa setiap janji mesti ditunaikan," katanya.
 
Walaupun kita menjadi seorang wakil rakyat bebas, Khalid mengakui menerima tawaran untuk menjadi penasihat kepada beberapa organisasi di peringkat antarabangsa.
 
"Tugas saya kini semakin ringan, dan ramai meminta saya menjadi penasihat hingga di peringkat antarabangsa namun saya tolak kerana saya mahu memantapkan peluang untuk bekerjasama dengan rakyat," katanya lagi.

Banjir kilat: PAS Bintulu gesa k'jaan serius

Posted: 15 Nov 2014 03:33 AM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Bintulu menggesa pihak kerajaan agar serias dalam menangani masalah banjir kilat yang sering kali berlaku di kawasan itu.

Yang Dipertua PAS Bintulu, Ir Mohd Azwani Abdul Rani berkata, kejadian terbaru minggu lalu dibeberapa kawasan sekitar RPR Sebiew dan Kampung Kamunting benar-benar mengecewakan penduduk.

"Dengan musim hujan akhir tahun kian menghampiri, penduduk amat bimbang dengan kejadian sebegini berulang lagi," katanya sambil menambah kerajaan perlu segera menangani masalah ini.

Dalam pada itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing, yang terus mendesak pihak berwajib menangani masalah itu.

Tiong dalam perbahasannya di Dewan Rakyat minggu lalu menyifatkan kerajaan pusat sebagai 'kong kali kong' kerana sehingga sekarang masih tidak serius menyelesaikan masalah itu.

Beliau berkata, tindakan kerajaan yang hanya berjanji apabila tiba pilihan raya, dan tidak menunaikannya selepas menang, hanya memberi 'peluru' kepada pembangkang.

Beliau juga berkata, tidak tahan lagi dimaki oleh penduduk yang marah dengan sikap kerajaan yang lembab dalam menangani masalah itu.

Sementara itu, PAS Bintulu juga memohon jasabaik para penderma budiman untuk membantu adik Ainul Hayat Mohammad yang menghidap penyakit buah pinggang.

Beliau kini terpaksa mendpatkan rawatan susulan sejak lebih 5 tahun dan terpaksa berulang alik dari rumahnya di Kg Jepak, Bintulu dan mengikut rekod dia juga terpaksa melalui proses rawatan di Hospital Umum Kuching.
"Keadaan ibubapanya yang bekerja sendiri dan terpaksa menemani budak ini sewaktu menerima rawatan amatlah menghibakan," kata Mohd Azwani.

Kepada yang berhajat membantu boleh hubungi ayah beliau Mohamad  Junis di talian 013-8314124.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke PAS Kawasan Bintulu - Bank Islam di nombor akaun 11031010021654 dan boleh hubungi Bendahari PAS Kawasan Bintulu, Wan Faiz di talian 019-5511332.-HARAKAHDAILY

2.6 juta rakyat M'sia menghidap diabetes tahun ini

Posted: 15 Nov 2014 03:31 AM PST

BERNAMA 


KUALA LUMPUR: Sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya semalam.

Masyarakat, katanya, perlu memandang serius masalah itu supaya dapat mencegahnya lebih awal kerana kos rawatan penyakit diabetes amat tinggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Hari Diabetes Sedunia 2014 di sini.- Bernama

Semua pihak perlu hormati larangan Mais, Jais

Posted: 15 Nov 2014 03:22 AM PST


Azmin Ali Azmin Ali
 
 
BANDAR BARU BANGI - Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan usaha untuk menghalang cubaan mana-mana pihak menyebarkan Bible menggunakan kalimah ALLAH di negeri ini kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebagai agensi penguatkuasaannya.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata semua pihak perlu akur dan menghormati amaran keras itu agar perkara itu tidak berulang lagi.

"Kita kena rujuk larangan yang telah dinyatakan oleh Mais dan Jais semalam.

"Kita tidak sepatutnya membuat spekulasi isu di sebalik penyerahan bible semalam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selangorku Idaman Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang menegaskan bahawa naskhah Bible yang dipulangkan kepada Persatuan Gereja Sarawak (ACS) semalam tidak boleh diedarkan di Selangor.

[ARTIKEL BERKAITAN: Larangan cetak, edar Bible]

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menegaskan semua pihak perlu menghargai usaha kerajaan negeri untuk mencapai kesefahaman antara pihak terbabit termasuk PBM dan komuniti Kristian Sarawak.

"Saya berkata begitu kerana bukan mudah keputusan itu hendak dibuat, dengan kegigihan kami dan sokongan semua pihak kita dapat capai kesefahaman itu.

"Inisiatif itu diusahakan oleh tuanku sendiri, saya hanya mengadakan perbincangan dengan Mais, Jais bersama PBM," ujarnya.

Bible bahasa Melayu dan Iban sebanyak 321 naskhah itu diserahkan kepada Persatuan Gereja Sarawak diwakili oleh Biskop dari Kuching, Datuk Bolly Lapok dalam majlis ringkas di Istana Alam Shah, Klang, semalam.

Kertas Putih ancaman IS dibentang di Parlimen

Posted: 15 Nov 2014 03:01 AM PST

SINAR HARIAN

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
 
 
MELAKA - Satu kertas putih mengenai ancaman kumpulan militan yang digelar IS akan dibentang di Parlimen dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata langkah itu merupakan pendekatan proaktif kerajaan dalam membanteras penularan IS di negara ini selain memastikan pihak keselamatan mempunyai segala apa yang diperlukan untuk mempertahankan keselamatan negara.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan kertas putih itu yang dihasilkan melalui kerjasama pelbagai pihak seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan agensi risikan negara.

"Ini (ancaman IS) bukan satu perkara yang belum kita lalui sebelum ini tapi ancamannya baharu...players, actorsnya baharu dan mereka menggunakan media sosial selain mempunyai banyak sumber kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Terdahulu, Hishammuddin dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Hari Jadi Ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Hishammuddin berkata kumpulan militan IS juga melihat sesiapa sahaja yang tidak bersama mereka sebagai musuh dan sehubungan itu kerajaan perlu memikirkan cara bagaimana hendak berdepan dengan kumpulan itu yang dilihat cukup kompleks.

"Saya ingin maklumkan kepada orang ramai bahawa ancaman IS ini merupakan sesuatu yang kita bukan boleh ambil mudah, kebelakangan ini saya telah berbincang dengan ramai pemimpin antarabangsa dan serantau bagi menangani ancaman ini," katanya. - Bernama

Kit Siang enggan ulas peringatan PAS

Posted: 15 Nov 2014 02:58 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Penasihat DAP Lim Kit Siang enggan mengulas mengenai peringatan PAS agar partinya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan mengenai presiden parti Islam itu.

Katanya, beliau tidak ingin mengulas dan  tidak endah jika PAS masih ingin membangkitkan mengenai perkara itu.

"Tak perlu. Tak perlu. Mereka (PAS) nak cakap, cakaplah. Kita tinggalkan perkara itu.

"Saya rasa tak nak cakap apa-apa buat masa ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Ditanya lanjut sama ada perkara itu menunjukkan Pakatan Rakyat kini menghadapi masalah dalaman, Lim juga tangkas mengelak.

"Kita biarkan perkara itu buat masa ini," katanya lagi kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Rungutan daripada PAS itu timbul ekoran tindakan jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada hari Rabu lalu yang meluluskan resolusi untuk mendesak Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Menurut DAP, Hadi yang beberapa kali tidak hadir ke mesyuarat berkenaan, perlu berbuat demikian demi memastikan gabungan PKR-DAP-PAS berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

Ia disambut dengan peringatan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar agar DAP lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan tentang Hadi.

Menurutnya, DAP tidak perlu mengenakan tekanan untuk memaksa Hadi yang berada dalam keadaan uzur untuk ke mesyuarat Pakatan Rakyat.

MP: Dedah kajian persempadanan semula

Posted: 15 Nov 2014 02:51 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
MP Lembah Pantai Nurul, Izzah Anwar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan peta persempadanan semula pilihan raya dalam bentuk digital kepada umum.

Katanya, ia perlu didedahkan bagi membolehkan orang awam mengetahui kawasan yang terlibat dengan persempadanan semula.

"Jika anda mahu buat peta alternatif, seluruh rakyat Malaysia perlu melihatnya.

"Permintaan dan tekanan saya ini akan berterusan pada SPR supaya mereka lebih bertanggungjawab kepada rakyat," katanya.

Katanya, peta kajian persempadanan sepatutnya didedahkan kepada semua dan bukan hanya kepada parti dan kumpulan tertentu.

"Hanya sesetengah kumpulan dan parti yang dibenarkan untuk melihatnua. Ini tidak adil.

"Kita belum melihatnya (kajian persempadanan semula). Hanya ditunjukkan kepada beberapa kumpulan yang berbeza kerana mesyuarat dilakukan berasingan.

"Kita perlu dedahkan kepada orang awam (peta persempadanan pilihan raya dalam bentuk digital).

"Kita telah habiskan duit untuk teknologi kepada SPR dan sekarang kita tanyakan, di mana hasilnya?," katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku tulisannya yang bertajuk 'Masa depan, masa kita' versi bahasa Cina di Kuala Lumpur hari ini.

SPR dijangka mewartakan notis kajian semula persempadanan bagi kerusi Parlimen dan DUN pada penghujung tahun ini.
  
Sebelum pemakluman itu, SPR perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan, mengikut peraturan yang ditetapkan.
 

Konsep Bina dan Jual Rumah 2015 Dibatalkan! Menteri Jadi Jurucakap Kapitalis Hartanah di Malaysia?

Posted: 15 Nov 2014 02:45 AM PST




bina dan jual rumah



Konsep Bina & Jual Rumah 2015 Dibatalkan! Menteri Jadi Jurucakap Kapitalis Hartanah? : Kami tidak pasti apa lagi yang boleh diharapkan oleh seorang menteri yang diharap mampu membela dan membawa suara rakyat marhaen akhirnya hari ini menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan telah dilihat lebih selesa menjadi jurucakap bagi pihak pemaju. Termasuklah…

Termasuklah kenyataan terbaru Datuk Abdul Rahman Dahlan yang telah memutuskan rancangan untuk mengurangkan risiko rakyat Malaysia membeli projek rumah terbengkalai melalui rancangan oleh kerajaan Malaysia untuk memaksa kalangan pemaju di Malaysia bagi menerima pakai konsep bina dan jual tidak akan dilaksanakan yang dijangka bermula pada tahun 2015. Dengan kata lain, rancangan tersebut telah dibatalkan…..

Alasannya?

KLIK SINI : Harga Rumah Naik Ekonomi Malaysia Bertambah Baik? 
REDHA, Sila Jangan Contohi Sepanyol!!
 

Punca Konsep Bina dan Jual Rumah 2015 Dibatalkan?

 

  • Pemaju terpaksa menanggung semua kos untuk membina rumah
  • Apabila pemaju kurang untuk bina rumah, kekurangan rumah akan bertambah dan kekurangan bekalan rumah akan berlaku dan akhirnya akan berlaku kenaikan harga rumah di Malaysia
Inilah yang berlaku cadangan yang baik daripada bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung akhirnya Datuk Abdul Rahman Dahlan terpaksa tunduk kepada tuntutan pemaju.
  1. Kita ada PRIMA
  2. Kita ada SPNB
  3. Tetapi dilihat hari ini pemaju lebih berkuasa
  4. Apakah kerja mereka ini jadi alibaba sahajakah selama ini?
Mengapa begitu liat kerajaan Malaysia untuk melaksanakan konsep bina dan jual ini? Jikalau pemaju terduduk sekalipun, apa masalahnya kepada rakyat? Menagap rakyat pula terpaksa menangung beban mereka? Mengapa?

Berbilion duit EPF rakyat marhaen ada. Biarkan EPF menjadi "master developer" untuk membela nasib rakyat Malaysia membeli rumah mampu milik, bukannya mampu tengok. Antara mahu atau tidak sahaja…

Tidak habis-habis mengkaji, mengkaji, mengkaji akhirnya tidak jadi juga. Jikalau tidak boleh laksanakan nisbah 10-90, buatlah nisbah 30-70 terlebih dahulu. Itupun tidak boleh? Tepuk dahi Berita Semasa dibuatnya…

Hari ini bekas menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin merasakan tiada gunanya untuk dibanggakan apabila Malaysia diangkat menjadi negara berpendapatan tinggi tetapi hakikatnya rakyat marhaen tidak mampu membeli rumah di negara sendiri. 

 Apa respon anda pula?

Beg Tangan Pesara Tunggu Jenazah Suami Dicuri

Posted: 15 Nov 2014 02:41 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat yang sedang menunaikan solat di surau Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sementara menunggu jenazah suaminya pada Sabtu, terkejut apabila beg tangan miliknya dicuri seorang wanita.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, Che Piah Abu, 56, berada di surau sementara menunggu jenazah suaminya yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada pukul 2 petang.

Difahamkan, mangsa meninggalkan beg tangan disebelahnya semasa menunaikan solat.
"Selepas solat, saya sedar beg tangan telah hilang.

"Saya terus memberitahu anak yang berada di luar. Kemudian dia cuba mencari seorang wanita yang berada dalam keadaan curiga ketika keluar dari surau berkenaan," katanya (gambar).



Wanita berusia 40-an itu berjaya ditemui di kawasan hospital berkenaan dan berlaku pertengkaran sebelum suspek mengaku mencurinya.

Wanita itu bertindak menyerahkan semula kad pengenalan Che Piah, namun mendakwa telah menjual beg tangan yang baru dicurinya.

Mangsa dikatakan gagal mengingati jumlah wang yang berada di dalam beg tangan itu kerana sedang memikirkan mengenai tuntutan jenazah suaminya.

Suspek kemudian diserahkan kepada pihak keselamatan hospital sebelum ditahan polis.

Lim akui PDC jual rumah lebih RM3 juta seunit

Posted: 15 Nov 2014 02:00 AM PST

 
Kerajaan negeri sekarang tiada kaitan, ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN


27062013_Lim_Guan_Eng2_484_366_100GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng mengakui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada menjual rumah dengan harga tinggi iaitu lebih RM3 juta seunit di D'Residence, Bayan Mutiara.

Katanya beliau tidak tahu tentang penjualan rumah mewah oleh PDC sehingga ditegur oleh ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berhubung perkara itu.

Bernama melaporkan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu terkejut apabila mendapati dakwaan Jahara itu benar dan mengucapkan terima kasih.

Bagaimanapun beliau menegaskan kerajaan negeri pimpinan DAP tiada kaitan dengan projek rumah bernilai RM3 juta itu.

"Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3 juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN (Barisan Nasional) memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya.

"Untuk rumah kos sederhana yang dijual RM306,000 di Bandar Cassia, ia hanya seunit sahaja kerana terletak di lot tepi, manakala rumah kos sederhana lain dijual pada harga RM159,000, iaitu bawah harga siling RM250,000 ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya dalam sidang media.

Khamis lepas, Jahara menuntut penjelasan daripada ketua menteri berhubung tindakan PDC menjual rumah mewah lebih RM3 juta seunit dan rumah kos sederhana melebihi harga siling RM250,000 di Bandar Cassia, Batu Kawan.

Lim yang juga pengerusi PDC berkata projek rumah mewah itu diluluskan sebelum tahun 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan selepas menang pilihan raya umum ke-13.

"PDC diakui memang ada menjual rumah yang bernilai pada harga maksimum antara RM3.1 juta hingga RM3.5 juta di Bayan Mutiara dan menjual rumah kos sederhana melebihi harga siling iaitu RM306,000 untuk projek Intan Delima di Bandar Cassia, Batu Kawan tetapi ia berlaku zaman Barisan Nasional memerintah," katanya.

UMNO dan PAS sambut baik pemulangan Bible versi Melayu

Posted: 15 Nov 2014 01:55 AM PST

 
Bagi masyarakat di Semenanjung, penggunaan Bible versi Melayu ini sudah tentu akan menyebabkan orang Semenanjung akan fikir bahawa ada agenda Kristianisasi.

UMNO PAS


PETALING JAYA: Langkah memulangkan Bible berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah disambut baik, sekaligus melambangkan sikap saling menghormati.

UMNO dan PAS menyifatkan langkah yang diambil selaras dengan jaminan kebebasan beragama yang terkandung dalam Perlembagaan selain memperlihatkan toleransi Islam terhadap kepercayaan lain.

Ahli Parlimen PAS-Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata isu berkaitan agama yang sensitif perlu diselesaikan mengikut perundingan dan perbincangan.

Beliau berkata, semua pihak harus memikirkan masa depan dan tidak memikirkan masa lalu dimana negara ini diasaskan atas semangat menghormati antara satu sama lain dimana Islam sebagai agama rasmi.

Ketika ditanya mengenai kebaikan dan keburukan daripada pemulangan bible tersebut, Mujahid berkata, dari segi kebaikan pemulangan bible itu melambangkan sikap hormat-menghormati dan toleransi Islam kepada agama lain dalam konteks kebebasan mengamalkan agama mereka.

"Ia juga melambangkan pihak berkuasa agama tidak semua menguatkuasakan undang-undang tanpa berunding.

Saya rasa pemulangan bible ini adalah hasil rundingan oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa agama telah menunjukkan suatu sikap yang baik berkenaan perkara ini," katanya kepada Free Malaysia Today.

Bagaimanapun, dari segi keburukannya, terdapat pihak yang akan mempertikaikan pemulangan dan wujudnya kesilapan undang-undang yang dikuatkuasakan selama ini.

"Kita juga terpaksa berhadapan dengan kelompok-kelompok yang selama ini tidak melihat hubungan agama ini dalam bentuk toleransi, maka mereka akan menjadi ekstrim.

"Terdapat juga pihak yang akan menggunakan kesempatan ini sama ada Islam atau bukan Islam untuk meningkatkan lagi ketidaksetujuan berkenaan hubungan antara agama sama ada ia telah lemah, serah diri dan tidak hormat undang-undang," jelas beliau.

Mujahid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga yakin hubungan antara agama ini akan bertambah baik mengikut lunas undang-undang.

Manakala, Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya menjelaskan, pemulangan semula 351 buah kitab Bible versi melayu itu merupakan satu penyelesaian kepada semua pihak.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut meminta supaya pihak gerakan agama Kristian dan mubaligh-mubaligh gereja menjadikan perkara ini sebagai satu pengajaran agar perkara yang berlaku tidak berulang lagi dan akhirnya akan menjadikan sesama sendiri bergaduh.

"Saya berharap, peluang yang diberikan ini oleh Sultan sendiri, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan memulangkan kitab ini bukan bererti kemenangan kepada mana-mana pihak, seperti penganut agama Kristian menang, Islam kalah, atau sebaliknya.

"Ketua agama di negeri Selangor adalah Sultan Selangor, jadi tindakan yang diambil oleh sultan dilihat jelas untuk menjaga keharmonian negeri Selangor dan demi meraikan perbezaan agama dengan penganut agama Kristian serta dan juga pihak gereja,"katanya.

Tambah Fathul, pemulangan ini jelas menunjukkan Sultan Selangor dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mencari jalan penyelesaian yang bersifat wasatiyyah iaitu mencari penyelesaian yang bersifat kesederhanaan.

"Ia dilakukan tanpa mengikut emosi sesetengah pihak. Jalan pertengahan yang diambil oleh sultan adalah untuk mengharmonikan keadaan dan itu adalah pillihan yang terbaik. Saya kagum dan menghormati tindakan JAIS dan MAIS dibawah selian Sultan Selangor sendiri," ujarnya.

Selain itu, Fathul turut merayu agar gerakan agama Kristian yang berada di Semenanjung menghormati sensitiviti masyarakat Islam di Semenanjung.

"Soal Sabah dan Sarawak itu adalah soal lain. Mereka dalam isu kalimah Allah sudah menjadi kebiasaan bahkan, penggunaan kalimah Allah dalam masyarakat Sabah dan Sarawak ini juga sudah lama. Oleh itu, tidak timbul isu kalimah 'Allah' bagi masyarakat Sabah dan Sarawak," jelas beliau.
Kerajaan Selangor telah memulangkan kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia.

Sebanyak 351 kitab suci bagi penganut Kristian itu diserahkan di Istana Alam Shah dalam satu majlis pagi ini kepada Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) ketika kunjungan hormat pengerusinya Ketua Biskop, Datuk Bolly Lapok mengad ap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Fahmi Zainol: UIA ambil tindakan setelah didesak Kerajaan

Posted: 15 Nov 2014 01:50 AM PST

 
Tindakan kerajaan itu 'double standard', mereka sepatutnya terima pandangan mahasiswa

Fahmi Zainol_2


PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berkata tindakan lembaga tatatertib Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memanggil ketua kumpulan Pro Mahasiswa UIA (Pro-M), Mujahid Sulaiman hanya dilakukan setelah mendapat tekanan daripada kerajaan.

Beliau yang percaya pihak UIA tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak didesak pihak kerajaan berkata baginya (Fahmi) pihak Universiti tidak mempunyai masalah sekiranya mahasiswa ingin bersuara.

"Ia merupakan tindakan yang 'double standard', sepatutnya mereka menerima pandangan daripada mahasiswa dan perbincangan adalah cara yang paling sesuai. Tidak sepatutnya tindakan terus diambil atas kesalahan yang dilakukan," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Tambah Fahmi, pihak universiti seharusnya membuat keputusan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada desakan kerajaan semata-mata dengan menghalang kebebasan mahasiswa.

UIA mendakwa Mujahid atas kesalahan menyertai dan memberi ucapan di majlis pidato umum "Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke penjara" di kampus Universiti Malaya (UM), Lembah Pantai baru-baru ini.

Mujahid juga merupakan pelajar tunggal UIA yang didakwa UIA atas kesalahan tersebut, manakala di UM, lapan pelajar didakwa, termasuk Fahmi.

Pada masa sama, Fahmi memberitahu bahawa prosiding tatatertibnya di bawah kaedah-kaedah Universiti Malaya akan ditangguhkan ke 9 Disember, pukul 9 pagi di Bilik Mesyuarat Perdana, Universiti Malaya.

Pada malam ini, Fahmi akan mengadakan 'jelajah mahasiswa' di Universiti Utara Malaysia (UUM), diikuti esok (Sabtu) di Universiti Sains Malaysia (USM) dan di Universiti Teknologi Mara (UiTM Pulau Pinang).

Sementara itu,Fahmi, melalui Facebooknya memberitahu bahawa salah seorang mahasiswa UUM dan juga Pengerusi Transformasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (TMUUM), Mohd Fitri baru sahaja ditahan di IPD Bukit Kayu Hitam kerana menganjurkan pidato yang bakal berlangsung di UUM malam ini.

Tiada ulasan: