Sabtu, 15 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dialah penyelamat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - Syabas Saari Sungib!

Posted: 15 Nov 2014 08:00 AM PST

Saya menerima surat yang menyatakan pada 12 Oktober 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendapati saya bersalah dan membuat keputusan menggantung keahlian saya sebagai ahli PAS selama setahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan.

 Berulang kali saya cuba mencari dan memahami apakah kesalahan saya yang dimaksudkan sebagai bersalah.

 Bagi tujuan pembelaan diri seperti yang saya jelaskan dalam siasatan awal pada 29 September, 2014 kepada Pejabat Setiausaha Agung, bolehlah saya letakkan bersalahnya saya ada kaitan dengan tindakan menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 14 Ogos 2014.

 Perkara ini saya jelaskan sebagai berikut:

 1. Kemelut pertukaran menteri besar Selangor meresahkan kami di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) kerana ada ura-ura akan berlakunya perpecahan sokongan di kalangan Adun daripada PKR dan DAP yang setia kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dan mereka yang akan patuh dengan keputusan parti menolak TSKI.

 2. Setakat itu tiada apa-apa isu timbul atau dibangkitkan berkenaan Adun PAS. Pada masa itu saya merasakan pendirian Adun dan parti PAS adalah jelas, iaitu menolak TSKI.

3. Namun keadaan ini berubah secara yang amat menggusarkan saya setelah TSKI dipecat daripada PKR. Perubahan yang jelas itu adalah DAP menjadi padu dengan semua 15 Adun dan 13 daripada PKR (tidak termasuk TSKI kerana dipecat daripada PKR) menolak TSKI. Namun tiada sebarang arahan mahupun pendirian daripada PAS, sama ada pimpinan Selangor mahupun pimpinan Pusat.

 4. Saya bertanya pimpinan PAS Negeri Selangor dan juga beberapa pimpinan PAS Pusat tentang perkara ini. Namun tidak mendapat jawapan daripada kedua-dua pimpinan negeri mahupun Pusat.

5. Keadaan menjadi bertambah gawat apabila TSKI mengumumkan pada 11 Ogos, 2014 beliau mendapat sokongan majoriti Adun di Dewan Negeri Selangor.

 6. Reaksi saya pada masa itu adalah TSKI berbohong. Mana mungkin setelah semua Adun DAP dan PKR iaitu 15 campur 13 itu sudah jadi 28. Angka itu pun belum lagi dicampur dengan seluruh atau mana-mana daripada 15 Adun PAS.

7. Apabila masa berlalu dan tiada sebarang arahan daripada PAS Negeri Selangor mahupun PAS Pusat, maka mulalah saya dengar kata-kata yang berupa jangkaan atau tekaan pimpinan PAS Pusat sedang memikirkan satu formula baru pembentukan kerajaan baru di Selangor.

8. Semakin lambat PAS Pusat membuat ketetapan dan arahan tentang kedudukan 15 Adunnya, semakin deras sangkaan dan tekaan yang saya dengar daripada beberapa Adun PKR dan DAP dan juga daripada penyokong PAS dakwaan TSKI memiliki sokongan majoriti ada asasnya.

9. Ini berlaku dengan gabungan TSKI sebagai Adun bebas bersama-sama 15 Adun daripada PAS dan 12 Adun Umno untuk menjadikan 28.

10. Dengan gabungan ini, iaitu 28 DAP-PKR dan 28 terdiri daripada Adun bebas (TSKI), 15 PAS dan 12 Umno akan membolehkan TSKI mengadap Tuanku Sultan Selangor memohon agar dibubarkan Dewan Negeri Selangor.

11. Mengimbau kehilangan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak pada 2009 kerana dua Adun PKR dan seorang Adun DAP menjadi Adun bebas dan menyokong BN, menjadikan saya amat berazam untuk tidak berulang di Selangor. Saya fikir sekiranya saya menyokong untuk bersama 15 Adun daripada DAP dan 13 Adun daripada PKR maka bilangan kami adalah 29. Ini akan menjadikan gabungan TSKI hanya 27.

12. Pada ketika itu saya berazam apa saja yang saya lakukan untuk menggagalkan usaha untuk menyelamatkan kerajaan PR Selangor adalah bertepatan dengan amanah dan mandat rakyat Selangor yang memberikan 44 kerusi Dewan Negeri pada PRU 13 (bilangan tersebut menjadi 43 setelah TSKI menjadi Adun bebas)

 13. Di atas keazaman untuk menyelamatkan PR Selangor, memenuhi amanah dan mandat rakyat Selangor dengan amanah 43 kerusi yang begitu kukuh dan berpandukan kepada keputusan Muktamar sejak 2008 untuk PAS bersama dan terus mengukuhkan PR, maka saya pada 14 Ogos, 2014 menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menolak TSKI dan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

14. Saya begitu yakin apa yang saya lakukan tidak melanggar mana-mana ketetapan atau arahan PAS sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat. Bahkan tindakan yang saya lakukan itu dianggap oleh rakan daripada PKR dan DAP, yang memang sekian lama menjadi rakan dalam PR, sebagai tindakan yang menyelamatkan kerajaan PR Selangor. Bahkan ada di kalangan mereka menegaskan tindakan saya menyelamatkan usaha pembinaan sejak 1999 melalui Barisan Alternatif satu kerangka demokrasi yang tegak di atas sistem demokrasi dwi-parti yang bakal memberi kebaikan kepada rakyat di negara ini.

Di atas penjelasan di atas, sukar saya memahami mengapa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendapati saya bersalah sedangkan rakan-rakan PR, iaitu PKR dan DAP menganggap tindakan saya adalah tindakan yang menyelamatkan kerajaan PR Selangor.9 Apatah lagi, Alhamdulillah di bawah nama PR, pada hari ini, parti kita PAS terus memainkan peranan memacu kesejahteraan dan kemajuan Selangor bersama-sama PKR dan DAP di atas nama kerajaan PR Selangor.

 Dengan penjelasan di atas, saya meminta jasa baik dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulama PAS untuk menarik balik keputusan penggantungan keahlian selama setahun ke atas diri saya yang dibuat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

 Demikian juga di atas nama kebenaran dan keadilan, saya merayu Majlis Syura Ulama PAS mengisytiharkan saya sebagai tidak bersalah.

 Sekian. Diterang dan dihuraikan atas nama kebenaran dan keadilan. Kepada Allah kita berserah. – 11 November, 2014.9 * Saari Sungib ialah Adun Hulu Klang.SUMBER

PasMa tak ganggu pemilihan PAS - Phahrolrazi

Posted: 15 Nov 2014 01:11 AM PST

Para pemimpin PasMa pusat dan negeri bergambar selepas 
mesyuarat pertama mereka malam tadi di Petaling Jaya. 

15 November, 2014 : Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang urusan parti PAS, termasuk pemilihan jawatan tertingginya, walaupun ahlinya juga merupakan ahli PAS.

 Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, bagi meredakan salah faham mengenainya, PasMa akan menemui kepimpinan PAS, diketuai naib presiden Salahudin Ayub minggu depan, sebagaimana diputuskan semasa 'retreat' PAS baru-baru ini.

 "Kami tidak akan campur urusan PAS. Masalah kepimpinan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan ditentukan sendiri oleh mereka," kata Phahrolrazi pada satu sidang media selepas selesai mesyuarat pertama PasMa malam tadi di Petaling Jaya.

 Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan sama ada PasMa akan terlibat dalam pemilihan PAS yang bakal diadakan pertengahan tahun depan ekoran pendekatannya yang mahu PAS rapat dengan PR. Phahrolrazi berkata cadangan pertemuan PAS dengan pemimpin PasMa membayangkan pengiktirafan parti Islam itu terhadap mereka dan mengubah kenyataan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta ahli PAS menjauhkan diri dari program PasMa.

 Hampir 100 orang pemimpin PasMa dari semua negeri di Semenanjung Malaysia menyertai mesyuarat pertama itu selepas ia ditubuhkan 10 Ogos lalu.

 PasMa, kata Phahrolrazi, akan kekal sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana parti.

 "Kami adalah gerakan rakyat yang menyokong PR," katanya.

 PasMa juga mengambil keputusan tidak akan campur tangan dalam isu teguran pimpinan PR terhadap presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak menyertai mesyuarat kepimpinan gabungan pembangkang itu, katanya.

 Mengenai tindakan sesetengah kumpulan pro-ulama dalam PAS yang sentiasa mempertikaikan PasMa, Phahrolrazi berkata, ia kerana kurangnya fahaman mereka tentang PasMa.

 "Ia hasil salah faham mereka tentang kami," katanya ekoran serangan bertalu-talu kumpulan itu terhadap PasMa.

 Terbaru, semua pemimpin PasMa dan pemimpin PAS yang menyokong NGO itu dilabelkan 'jebon,' iaitu istilah yang digunakan bagi menampakkan imej 'perosak' terhadapnya.

 Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menasihatkan semua ahli PAS agar jangan terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa.

 Dalam mesyuarat rasmi PasMa malam tadi, semua pengerusi PasMa negeri menerima watikah pelantikan dari Phahrolrazi.

 Mereka ialah Mohamad Husin (Kelantan), Mohd Taib Ahmad (Kedah), Abdul Aziz Abas (Terengganu), Tengku Puji Tengku Abdul Hamid (Pahang), Mohd Iqbal Sharif (Perlis), Zulkifli Mat Lazim (Pulau Pinang), Mohd Hisomudin Bakar (Perak), Mohd Nazir Zakaria (Wilayah Persekutuan), Mohd Faizal (Selangor), Mohd Fuad Othman (Negeri Sembilan) dan Sheikh Omar (Johor).

 Ketika menggulung ucapan pada majlis yang penuh dengan saranan dan cadangan itu, Phahrolrazi menegaskan PasMa kini selesai fasa taarufnya dan dikenali ramai kerana kritikan.

 Oleh itu, beliau meminta para pemimpin PasMa tidak takut dengan kritikan kerana melalui kritikan, jawapan boleh diberikan.

 Beliau juga bersetuju dengan pandangan pemimpin PAS Datuk Husam Musa yang PAS umpama 'pasaraya' sementara PasMa merupakan 'pasar malam'.

 "Kena ingat, pasar malam ini berada berselerak di mana-mana di negara ini," kata beliau merujuk kepada sokongan kepada NGO itu yang sudah wujud di setiap negeri di Semenanjung. – 15 November, 2014.9 -  SUMBER

Dia kurang sihat adalah lebih baik untuk dia BERUNDUR .....

Posted: 14 Nov 2014 05:00 PM PST

Kita perlu belajar melalui lipatan sejarah.Tanpa ini semua, kita tidak akan mengetahuinya membaiki segala kesilapan yang pernah kita lalui...

Antara punca kejatuhan PAS di Kedah perlu sama-sama kita pelajari agar wabak kejatuhan PAS dapat dibendung dan dipulihkan.

Adalah baik jika benar adanya pemimpin yang dah letih dan selalu keuzuran supaya berundur segera dan beri laluan kepada pemimpin pelapis yang ada.Kita akan hormati keputusan untuk mengundur dari dari semedang ponteng ....

Cer perhatikan komen  dari 2 pembaca artikel di bawah berikut. Seorang memberikan pandangannya dengan alasan yg rasional. Seorang lagi tipikal penyokong PAS yang bongkak, dia ingat yang beri undi kepada PAS 'hanya orang yang berada dalam harakah Islam sahaja' ....??


Jayagopal Adaikkalam :PAS tidak akan dapat kejayaan sepertimana pada tahun 2008. Selepas kemenengan pada Tahun 2008 dalam Ucapan pertama di Markas PAS batu 9, Azizan Razak telah memberitahu bahawa dia akan lepaskan Jawatan selepas 3 tahun kepada pelapisan... Saya adalah antara orang yang telah duduk di atas pentas bersama-sama berapa tokoh yang lain... Azizan telah gagal... patutnya dia kena beri Jawatan MB kepada Phakrulrazi... Azizan juga kina terpaksa mendapat rawatan buah pingang, dengan matanya kurang nampak dalam keadaan seperti itu di mana dia kurang sihat adalah lebih baik untuk dia BERUNDUR... Dia tak akan maka Kerajaan PAS akan jatu tersendiri...

Arifin Othman : Pas bukan hanya partai politik tetapi Pas gerakan Islam. Hanya orang yang berada dalam harakah Islam sahaja yang tahu.

`Krisis' Kedah yang dipandang enteng

PETALING JAYA: Masalah PAS Kedah ialah pertembungan antara kumpulan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan exco kanan berpengaruh Datuk Phahrolrazi Zawawi. Kedua-dua mereka merupakan orang nombor satu dan dua PAS di negeri itu.

 Mengejutkan kerana pergeseran yang terjadi itu menyusul beberapa bulan selepas pelan damai PAS Pusat terhadap PAS Kedah ekoran Phahrolrazi dan rakannya Dr Ismail Salleh menolak perlantikan semula sebagai exco kerajaan negeri.

 Kedua-dua mereka membantah pimpinan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah.Bagaimanapun, serangan itu tidak memberi kesan kerana PAS Pusat mempertahankan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah. Malangnya serangan terbaru Phahrolrazi ke atas bosnya itu berlaku ketika pilihan raya umum ke 13 berada di depan mata.

 Tetapi mengingatkan Phahrolrazi telah melancarkan serangan serupa, ia tidak pelik walaupun beliau tahu ia tidak akan berjaya kerana PAS Pusat akan menyebelahi Azizan.

Seorang pemimpin PAS Kedah memberitahu selagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Presiden PAS dan Datuk Mustafa Ali sebagai Setiausaha, Azizan akan selamat kerana mereka mempunyai hungungan sangat rapat sejak sekian lama.

 Masalah dalaman.

 Bolehlah kita mengatakan bahawa PAS berdepan dengan masalah dalaman sejak menjadi kerajaan negeri selepas kemenangan dalam pilihan raya umum 2008.9 Isu terpendam ibarat api dalam sekam ini, jika tidak diurus dengan baik, apatah lagi mengambil sikap "tidak apa" tidak mustahil akan menyebabkan akar umbi patah semangat dan daya juang.

 Kehilangan semangat dan daya juang ini akan membuka ruang yang luas bagi lawan menyelinap dan merampas semula Kedah.

Barangkali hujah bahawa rakyat atau penyokong Pas dan PR inginkan perubahan, tidak boleh diterima sepenuhnya. Apa perlu rakyat bersusah payah, sedangkan pemimpin tidak menjaga amanahnya.

 Penentangan terbuka oleh ahli-ahli PAS terhadap Azizan mula tercetus dan mula merebak dan rasa tidak puas hati semakin membiak.

Soalan-soalan yang sering diperkatakan oleh rakyat terutama penyokong dan ahli PAS berlegar kepada isu-isu berikut:

 Banyak persoalan

Bagaimana Azizan mengurus tadbir kerajaan negeri Kedah dan menyelaras dasar-dasar negeri seiring dengan semangat Pakatan Rakyat.. Sejauh mana exco-exco dapat berperanan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah – pandangan dan kehendak setiap exco diterima dan dapat dilaksanakan dengan sokongan MB.

Sejauh mana tender-tender kerajaan dan projek-projek kerajaan diurus dan pihak mana yang memperolehnya.


  • Sejauh mana akar umbi dapat manafaat daripada kerajaan. Ke mana perginya lebihan wang berjuta-juta yang didakwa MB disalurkan? Adakah peruntukan untuk pembangunan Islam ditambah seperti dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang? Adakah sekolah-sekolah agama di bawah kerajaan negeri dibantu secukupnya? Perumahan rakyat miskin yang diurus oleh kerajaan negeri di luar daripada peruntukan Persekutuan, adakah dilaksanakan dengan baik dan sampai ke golongan sasar?

  • Pelantikan pegawai tinggi seperti Kedah Civil Services dan Ketua Pegawai Eksekutif dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan di bawah kerajaan negeri adakah diberi kepada individu yang layak dan serasi dengan aspirasi Pakatan Rakyat, atau sebaliknya?

  • Sejauh mana persepsi umum, rakyat dan penyokong dan ahli parti terhadap hala tuju urus tadbir kerajaan negeri Kedah?

  • Akhirnya, siapakah yang berperanan menentukan hala tuju urus tadbir kerajaan negeri?


  •  Tuduh menuduh.

     Pelbagai pihak telah mempertikaikan Azizan. Dalam usia yang semakin lanjut, beliau sudah beberapa kali dimasukkan di hospital. Sebahagian penentangan dan rasa tidak puas hati berpunca daripada masalah kesihatan Azizan.

     Tuduh menuduh antara dua puak dalam PAS Kedah ini hanya memburukkan lagi keadaan. Apabila gajah sama gajah bertembung, rusa mati di tengah-tengah.

    Tidak ada tanda-tanda Azizan akan mengundurkan diri dalam PRU 13. Malah beliau mengumumka akan mempertahankan kerusi Sungai Tiang.

     Masa depan Phalrozi menjadi tanda tanya. Begitu juga dengan beberapa kerat orang kuatnya termasuk Dr Ismail Salleh, exco kerajaan negeri.

     Jika krisis ini tidak diselesaikan segera, harapan rakyat Kedah kepada PAS akan berkecai. Mereka mungkin akan mengalihkan sokongan kepada BN.~ Muda Mohd. Noor |March 14, 2013

    Tiada ulasan: