DIALOG RAKYAT |
- Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara!
- Tutup mulut nelayan Johor dengan insentif khas?
- Henti operasi ‘remeh’, tangani masalah kemalangan maut
- Pemberian BR1M umpama rasuah, kata Mahathir
- Tuduh sesat: Pemuda PAS tolak muzakarah, mahu debat
- P Pinang catat lebihan RM453 juta, disahkan Ketua Audit Negara
- Belanjawan Pulau Pinang meningkat kerana hasil diagih untuk rakyat
- SUARAM desak polis henti aniaya Zunar
- Undang-undang tak boleh haramkan pemikiran saya – Zunar
- Forum ’1MDB: Negara Berhutang? Rafizi – Mahathir berkongsi pentas
- Fatwa: Ada boleh pinda, ada tak boleh
- Mayat Wanita tanpa Kepala ditemui dalam Tangki Kumbahan
- Lapor jika ada diskriminasi peniaga
- SPRM Tahan Pegawai Kerajaan Didakwa Minta Habuan Seks Daripada Janda
- [VIDEO] Rosmah Kelam Kabut Tak Tahu Posisinya Masa Bergambar... -updated
- SUARAM: Ketawalah, bukan siasat Zunar
- S'gor serah kembali Bible yang dirampas
- Tian Chua dibebaskan dari tuduhan hasutan
Posted: 14 Nov 2014 01:53 AM PST Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara : Hutang negara Malaysia sudah menjerut leher, masih lagi bercita-cita besar melakukan pelaburan besar di atas nama 1MDB. Bentangkan belanjawan negara pun dalam keadaan belanjawan defisit. (KLIK SINI) Tetapi, bercita-cita untuk meningkat kekayaan melalui pinjaman. Akhirnya pinjaman dan hutang yang telah diterbitkan itu, perlu dibayar juga bukan? Siapa yang akan menanggung beban hutang sebesar RM41 bilion ini? Nah…inilah yang berlaku sekarang ini…..satu demi satu aset mahu dikumpulkan 1MDB. Lain Perdana Menteri lain caranya. Jikalau berdasarkan pengamatan dan pemerhatian Tun Mahathir Mohamad terhadap cara anak buahnya mentadbir negara melalui penubuhan 1MDB yang dirasakan beliau tidak sepatutnya wujud sebenarnya. Hakikat dan realitinya penubuhan 1MBD adalah "mesin" yang telah meningkatkan hutang negara dek kerana kerugian yang ditanggung 1MDB sekaligus akan memudaratkan negara. Siapa kata? Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Kerugian 1MDB RM668.55 juta
Inilah pelaburan negara dilakukan berlagak seperti "berlagak sebagai dana kekayaan negara" sedangkan ia bukan daripada lebihan kewangan negara. Ya…semua ini adalah hutang. Hutang negara. Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara dengan amat tinggi. Hutang negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Siapa yang pernah pergi ke pejabat IMDB di Menara IMC, anda akan lihat betapa ramai non bumi dalam syarikat 1MDB ini. Mana tidak, satu demi satu syarikat disambar 1MDB termasuklah syarikat Tanjong Energy dan Genting Sanyen yang ada ramai non bumi juga. Hebat….Hebat…..Negara lain yang kaya sumber alam termasuk negara pengeluar minyakcontohnya yang dilihat tidak mampu menghabiskan pendapatan negara mereka setelah mentadbir dan membangun negara, bertindak tubuhkan "sovereign wealth fund sebab terlebih cash" & dan merancang untuk melakukan pelaburan tunai di luar negara.
Hakikatnya, Berita Semasa tidak nampak apapun strategik yang mereka buat. Yang ada hanyalah kontroversi, kontroversi dan kontroversi yang berpanjangan.
Persoalannya siapa yang bakal menanggung hutang sebesar RM41 bilion ini? Siapa? Usahlah masalah yang pernah melanda Renong sehingga mengheret untuk ditanggung kerajaan Malaysia suatu ketika dahulu berulang lagi di mana akhirnya kesan dan natijahnya akan berbalik kepada rakyat…Cukuplah!! KLIK SINI : Hutang Negara Malaysia Terkini Bernilai RM622.022 Bilion. Kewangan Kerajaan Tenat!! Walaubagaimanapun, tidak mengapa. Ehem….. Terima kasih kepada pelaksanaan GST pada kadar permulaan 6% yang bakal dibayar oleh kalangan rakyat marhaen, golongan miskin, golongan pertengahan, golongan kaya setiap kali mereka berbelanja di atas bumi Malaysia bermula tahun 2015. Nantikan… |
Tutup mulut nelayan Johor dengan insentif khas? Posted: 14 Nov 2014 01:48 AM PST Roketkini.com JOHOR BAHRU: DAP Johor mempersoalkan sama ada peruntukan RM 1.8 juta diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertujuan 'menutup mulut' 1,800 nelayan kawasan Johor selatan yang terjejas teruk akibat pembangunan projek mega. ADUN Bekok Lim Eng Guan dan AJK DAP negeri Mahdzir Ibrahim dalam satu kenyataan bersama berkata, sekiranya pemberian insentif khas dibuat berdasarkan isu tersebut, jelas ia merupakan satu keputusan yang tidak munasabah. "Apakah justifikasi kerajaan negeri membuat pemberian ini? Adakah ia insentif khas atau pemberian ehsan kepada golongan nelayan selatan Johor yang terjejas teruk akibat pembangunan projek mega? "Apa pun istillah digunakan, langkah ini jelas sekali tidak memadai. Malah menunjukan kerajaan negeri mengambil mudah dengan langkah simplistik yang hanya memberi kesan jangka pendek," kenyataan tersebut dipetik. Mohamed Khaled dalam pembentangan belanjawan 2015 di Dewan Undangan Negeri Johor minggu ini mengumumkan peruntukan RM 1.8 juta kepada 1,800 nelayan di kawasan Johor. Difahamkan insentif RM 1,000 akan diserahkan kepada nelayan 1,800 nelayan, namun tidak ada pemberitahuan sama ada pemberian akan dibuat secara berperingkat atau mengikut kumpulan. Sebelum ini DAP Johor menuntut pemaju Forest City dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) menjelaskan pelan pampasan kepada kumpulan nelayan yang terjejas akibat projek tambakan tanah seluas kira-kira 4,000 ekar di perairan Selat Johor. Kerajaan negeri mengenakan caj rm 0.30 bagi sekaki persegi tanah ditambak, dan hasil jualan tanah yang dijangka melebihi RM 104 juta akan digunakan untuk membantu kumpulan nelayan. "Memandangkan lebih tiga bulan penguatkuasaan berjalan, berapa hasil terkumpul setakat ini? "(Perkara) ini juga mendatangkan persoalan sama ada wang RM 1,000 diambil dari kutipan caj Tabung Nelayan yang ditubuhkan itu atau dari peruntukan lain," soal kenyataan tersebut. Dalam konteks belanjawan negeri, adalah wajar kerajaan menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi mengatasi masalah ini secara menyeluruh dan berstruktur. Tambah kenyataan tersebut, kerajaan negeri seharusnya menjalinkan kerjasama dengan agensi antaranya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT). "Malah Iskandar Regional Development Authority (IRDA) sendiri boleh membantu untuk merancang dan melaksanakan agenda ekonomi, khusus bagi kumpulan nelayan. "Tetapi dengan pemberian sekali RM 1,000 kepada nelayan, apakah kesan jangka panjang yang boleh diharapkan oleh pihak kerajaan negeri? "Nelayan mengharapkan 'pancing', tetapi yang diberi adalah ikan," tegas kenyataan tersebut. – Roketkini.com |
Henti operasi ‘remeh’, tangani masalah kemalangan maut Posted: 14 Nov 2014 01:46 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Kementerian Pengangkutan mengakui hakikat bahawa Malaysia memiliki kadar kematian jalanraya per-kapita tertinggi di dunia, dan menumpukan usaha menanganinya. Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong mengulas langkah Kementerian Pengangkutan dan agensi dibawahnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang seperti hilang punca dan cuba menutup masalah sebenar yang serius. "Saya menggesa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui hakikat itu,dan berhenti dari terus memanipulasi data untuk mengatakan sebaliknya," kata Chin Tong dalam satu kenyataan. Dalam satu temubual bersama Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad yang tersebar luas baru-baru ini, langkah memburu kereta bercermin gelap dan plat nombor yang tidak mengikut piawaian bertujuan menurunkan kadar kematian kepada 5,358 orang menjelang tahun 2020. "(Kenyataan) Ismail menjadi bahan lawak rakyat. Kenyataan itu keutamaan mengarut (misplaced priority), untuk memburu nombor plat yang tidak mengikut piawaian, bukannya hal lebih penting untuk mengurangkan kemalangan," kata Chin Tong lagi. Beliau turut membidas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang berbangga apabila kematian jalanraya menurun kepada 3.05 peratus bagi setiap 10,000 pada 2012, berbanding 4.88 peratus sepuluh tahun lalu. Kata Chin Tong, penurunan itu tidak menunjukkan situasi sebenar, kerana Abdul Aziz tidak menyebut peningkatan dua kali ganda kenderaan berdaftar dalam tempoh itu. "Sejumlah 12.06 juta kenderaan berdaftar pada tahun 2012, meningkat sehingga 23.71 juta setakat 31 Disember 2013. "Kementerian juga tidak menyebut hakikat bahawa Malaysia adalah negara yang memiliki kadar kematian jalanraya tertinggi per kapita sejak tahun 1996, jika dikira dengan jumlah kematian per 100,000 populasi," katanya. Pengarah Pendidikan Politik DAP itu merujuk Laporan Keselamatan Jalanraya 2013 World Health Organisation yang menunjukkan kadar kematian jalan raya di Malaysia adalah yang tertinggi, iaitu 25 kematian bagi setiap 100,000 populasi, berbanding China (20.5), Russia (18.6) dan India (18.9). "Antara tahun 2000 hingga 2009, sebanyak 4.5 juta kemalangan dengan 58,582 kematian dilaporkan. Pada tahun 2008 pula, sejumlah 6,527 kemalangan maut berlaku dan ia sentiasa meningkat setiap tahun. "Maka sudah tiba masanya untuk Liow bertegas dengan JPJ dan memastikannya mengakui hakikat mengerikan ini dan mula menanganinya bersungguh-sungguh," katanya lagi. – Roketkini.com |
Pemberian BR1M umpama rasuah, kata Mahathir Posted: 14 Nov 2014 01:43 AM PST Menulis di blognya Mahathir berkata, tambahan pula pemberian BR1M itu dibuat ketika hampir dengan pilihan raya atau disenaraikan dalam manifesto pilihan raya. Tindakan itu menurut beliau mewujudkan persepsi bantuan itu bertujuan mendapatkan undi dan ianya tidak dapat dinafikan. "Bantahan utama saya ialah kerana pemberian wang pada skala begitu sangat kelihatan seperti rasuah," katanya melalui blog chedet.cc hari ini. Beliau juga mempersoal alasan kerajaan bahawa pemberian BR1M sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan untuk mencapai status negara maju pada 2020. Katanya, hujah tersebut sangat mengelirukan. "Kita mesti meraih pendapatan dengan meningkatkan produktiviti, bukan dengan pemberian wang tunai dari kerajaan," "Kalau ya pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada yang benar-benar susah dan tidak mampu bekerja bagi meraih pendapatan," kata beliau lagi sambil menyifatkan pemberian BR1M lebih banyak memberi kesan negatif. Ia termasuk meningkatkan kecenderungan bergantung kepada kerajaan, termasuk bagi meningkatkan pendapatan sendiri, tanpa berusaha sendiri. "Ia melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan daya saing mereka dalam pasaran," katanya. - HARAKAHDAILY |
Tuduh sesat: Pemuda PAS tolak muzakarah, mahu debat Posted: 14 Nov 2014 01:42 AM PST Sebaliknya kata ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin, mereka tetap mahukan isu itu diselesaikan melalui debat dengan masing-masing perlu membawa hujah. Menurut Khairil Nizam, pelawaan muzakarah oleh Ketua Pemuda Umno Wilayah Mohd Razlan Muhammad Rafli disifatkannya sebagai cubaan menyelesaikan tuduhan ke atas PAS itu secara gelap. Jelasnya, cadangan muzakarah boleh dilakukan hanya melibatkan isu-isu kepentingan rakyat bukannya isu parti. "Sekarang ini isu melibatkan parti, jadi kita hendak ianya dijawab secara ilmiah kepada rakyat. "Isunya, Umno telah memfitnah PAS mengatakan PAS parti sesat, kemudian hendak selesai secara gelap?" soalnya kepada Harakahdaily. Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini dilaporkan mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat. Ekoran itu, PAS memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Wilayah itu. Beberapa laporna polis juga telah dibuat terhadap Tengku Adnan berhubung kenyataannya itu. Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sebelum ini juga telah menerima cabaran debat Ketua Pemuda Umno WP bagi menjawab segala tomahan terutama kepada PAS yang dituduh sesat. Malah Pemuda PAS telah menghantar surat jemputan secara rasmi ke pejabat Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan pada 11 November baru-baru ini. Melalui surat itu, mereka mencadangkan, tarikh debat itu diadakan pada 18 November bertempat di Kelab Sultan Sulaiman. Katanya, isu ini tidak wajar untuk dibincangkan secara tertutup sebaliknya ianya lebih ilmiah jika dijadikan perdebatan. "Kita bantai secara depan-depan, hendak bincang pun secara depan-depan. Bila dah diajak, takut. Lain kali jangan (ajak)," katanya. Semalam, Mohd Razlan menegaskan, Umno tidak akan terima pelawaan debat dari PAS, sebaliknya bersedia mengadakan muzakarah antara dua parti tersebut. Menurutnya, beliau lebih selesa sekiranya debat itu digantikan dengan muzakarah atau perbincangan yang diadakan secara tertutup selepas berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2014 pada hujung bulan ini. "Kami akan jemput muzakarah secara tertutup antara Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) dengan AJK Pemuda Umno WP. "Muzakarah tersebut akan membincangkan adakah Umno itu kafir atau PAS itu sesat. "Perkara ini kita akan bincang secara tertutup dan bukan mahu cari populariti semata-mata," katanya. - HARAKAHDAILY |
P Pinang catat lebihan RM453 juta, disahkan Ketua Audit Negara Posted: 14 Nov 2014 01:36 AM PST Roketkini.com GEORGE TOWN: Pulau Pinang berjaya mencatatkan lebihan belanjawan sebanyak RM453 juta diantara tahun 2008 hingga 2013, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng. "Kejayaan kerajaan Pulau Pinang dalam pengurusan kewangan negeri tertera dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). "Belanjawan defisit menjadi isu dibangkitkan pembangkang. Namun berdasarkan kecekapan pengurusan kewangan kerajaan negeri, lebihan belanjawan dicatat setiap tahun sebanyak RM453 juta sejak 2008 hingga 2013. "Sekiranya Ketua Pembangkang ada bukti lebihan ini dimanipulasikan, tolong kritik Ketua Audit Negara kerana penyata kewangan ini disahkan oleh beliau. "Janganlah sebar fitnah jahat semata-mata untuk kepentingan politik," kata Guan Eng dipetik dari ucapan penggulungan belanjawan 2015 Pulau Pinang, hari ini. Guan Eng dalam ucapan belanjawan 2015 pada 7 November lalu berkata, LKAN memuji kemampuan Pulau Pinang mengubah anggaran defisit RM262.04 juta dalam Belanjawan 2013 kepada lebihan RM1.30 juta pada 2014. Beliau berkata, dengan mengambil kira jangkaan hasil 2015 berjumlah RM656.93 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM887.24 juta, ia menjadikan Bajet 2015 mengalami defisit sebanyak RM230.31 juta. Namun ia menurun sebanyak RM25.13 juta berbanding anggaran defisit 2014 berjumlah RM255 juta selaras matlamat kerajaan negeri mengurangkan defisit secara berterusan. "Anggaran defisit atau kekurangan RM230.31 juta yang dijangka dalam Belanjawan 2015 akan dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang berbaki RM826 juta pada akhir tahun 2013," kata Setiausaha Agung DAP itu lagi. Kekal destinasi utama pelaburan Selain itu, katanya lagi, statistik Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) menunjukkan Pulau Pinang kekal menjadi destinasi utama pelaburan asing dan tempatan. Pulau Pinang mencatat 130 peratus peningkatan Pelaburan Langsung Tempatan (DDI) dalam dan 75 peratus Pelaburan Langsung Asing (FDI) sepanjang enam tahun pentadbiran Pakatan Rakyat. Statistik MIDA menunjukkan DDI ke Pulau Pinang bagi tempoh 2008-2013 berjumlah RM13 bilion, berbanding RM 5 bilion di bawah pentadbitan BN bagi tempoh 2002 – 2007. Manakala FDI bagi tempoh sama pula mencatat jumlah keseluruhan RM40 bilion, berbanding RM21 billion bagi tempoh 2002-2007. "Sekiranya kerajaan negeri mendapat kerjasama penuh daripada kerajaan Persekutuan, nescaya jumlah pelaburan ini akan meningkat lagi," katanya lagi. – Roketkini.com |
Belanjawan Pulau Pinang meningkat kerana hasil diagih untuk rakyat Posted: 14 Nov 2014 01:34 AM PST Roketkini.com. GEORGE TOWN: Perbelanjaan mengurus Pulau Pinang yang meningkat dari 2008 hingga 2013 adalah kerana hasil negeri dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat melalui projek-projek yang memanfaatkan. "Perbelanjaan negeri meningkat berikutan penambahan pembiayaan program sosial yang bermula pada 2008 termasuk bantuan pendidikan, kebajikan, bantuan pelajar miskin dan wang ehsan melalui kredit bil air. "Pada 2010 kita menambah pemberian untuk warga emas dan bantuan miskin tegar, dan tahun-tahun berikutnya pemberian bantuan diperluaskan kepada ibu tunggal, OKU, anak emas, ibu emas, pelajar emas bantuan ke IPTA, pemandu teksi, penarik beca, nelayan, mikrokredit dan lain-lain lagi. "Sejak 2008 hingga 12 November 2014, sejumlah RM287 juta telah dibelanjakan. Peruntukan yang disediakan bagi tujuan pembiayaan program bantuan sosial rakyat untuk tahun 2015 adalah RM116 juta," katanya dalam ucapan penggulungan belanjawan Pulau Pinang 2015. Dalam pada itu, beliau memaklumkan, caruman daripada akaun Hasil kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri bagi tujuan pembiayaan projek pembangunan diperakaunkan sebagai perbelanjaan mengurus berdasarkan piawaian perakaunan yang diluluskan. Katanya jumlah pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri meningkat dari tahun 2009 iaitu sebanyak RM40 juta kepada RM89 juta pada 2010, RM150 juta (2011), RM70 juta (2012) dan RM200 juta.(2013). Manakala pembiayaan RM500 juta skim perumahan mampu milik mula diagihkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pada 2012 sebanyak RM110 juta dan RM117 juta pada tahun 2013. Katanya lagi, kerajaan negeri mencatat lebihan dalam kewangan tahunan sejak 2008 hingga tahun 2013. "Lebihan tersebut telah menyumbang kepada peningkatan dan pengukuhan Kumpulan Wang Disatukan Negeri kepada RM826 juta pada tahun 2013 berbanding hanya RM461 juta pada tahun 2008," katanya lagi. – Roketkini.com. |
SUARAM desak polis henti aniaya Zunar Posted: 14 Nov 2014 01:27 AM PST Oleh: Fiza Halim KUALA LUMPUR : Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengutuk sekeras-kerasnya gangguan dan penganiayaan oleh kerajaan terhadap kartunis politik Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali dengan nama penanya, Zunar. Pengarah Eksekutifnya, Yap Swee Seng berkata, penganiayaan terhadap Zunar diperluaskan kepada pencetak, vendor dan kedai-kedai buku di seluruh negara apabila premis mereka diserbu. Menurutnya, kerajaan juga memberi amaran kepada mana-mana pencetak untuk tidak mencetak buku kartunis itu pada masa akan datang "Lebih daripada 400 salinan buku beliau telah dirampas dan lima buah buku beliau bertajuk "Perak Darul Kartun", "1 Funny Malaysia","Isu Dalam Kartun"Vol. 1, 2 dan 3 telah diharamkan oleh Menteri Dalam Negeri dari 2009 hingga 2010. " Zunar telah diserang oleh polis dan Kementerian Dalam Negeri kerana menghasilkan kartun yang dikatakan memudaratkan ketenteraman awam," jelasnya dalam sidang media di pejabat Zunar, dekat Jalan Loke Yew, Pudu hari ini. Pada 6 November lalu, tiga pembantu Zunar iaitu Rizaldy Rafie, Raja Norita dan Norliza Kassim ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Putrajaya kerana menjual dua buah buku kartun kontroversi bertajuk "Konspirasi Memenjarakan Anwar" dan "Pirate of the Carry-BN ". Sebanyak 44 salinan buku kartun Zunar telah dirampas oleh pihak polis dan pembantunya disiasat di bawah Seksyen 8 (2) Mesin Cetak dan Akta Penerbitan 1984, Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Keseksaan. Sementara itu, pengendali laman web sesawang milik Zunar iaitu web www.Zunar.my dipanggil oleh polis untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini. Sehubungan itu, Yap menyeru kerajaan supaya menghentikan siasatan terhadap Zunar, tiga pembantu dan pengendali laman webnya. "Berhenti menakutkan pencetak, penerbit, penjual dan pemilik kedai buku yang bekerjasama dengan Zunar, "Hentikan pengharaman semua buku kartun Zunar dan pulangkan semua buku yang dirampas serta hormati kebebasan bersuara dan mansuhkan Akta Hasutan," tegasnya. |
Undang-undang tak boleh haramkan pemikiran saya – Zunar Posted: 14 Nov 2014 01:24 AM PST Oleh: Fiza Halim KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar berkata, lebih 50 peratus hasil karya kartun yang dihasilkannya sejak 2009 memberi kesan mendalam kepada kerajaan sehingga semua karyanya ditarikbalik dan diharamkan. Meskipun begitu, katanya, pihak berkuasa tidak akan berupaya menghalang beliau daripada terus mengkritik kerajaan melalui medium kartun. "Saya ini artis dalam menghasilkan karya kartun. Saya hanya melukis apa yang dibuat oleh pemimpin kerajaan. Mereka buat rasuah, saya cuma kartunkan sahaja, dan bukan saya punca rasuah itu. "Ini hak saya dan undang-undang tidak boleh haramkan pemikiran saya untuk menghasilkan karya saya dalam 'mengkartunkan' kerajaan," ujarnya dalam sidang media di pejabatnya di Jalan Loke Yew, hari ini. Hairan dengan kerajaan yang disifatkan terlalu takut dengan kartun, Zunar menegaskan beliau akan terus berkarya dan segala halangan tidak akan menjejaskan hasil karya beliau. Bahkan katanya, beliau gembira apabila rakyat menerima kartun yang dihasilkan dan faham dengan mesej yang ingin disampaikan. Zunar dalam pada itu turut mengingatkan kerajaan bahawa kartunis politik mempunyai peranan dalam sesebuah negara demokrasi, termasuk di Amerika Syarikat. "Saya pernah dipanggil dalam forum kartunis di luar negara, ada kartunis di sana mengkritik (Barrack) Obama. Malah Presiden mereka memberi anugerah ke atas kritikan itu, bukannya mengenakan tindakan undang-undang seperti yang kerajaan Malaysia lakukan," ujarnya. Pada 6 November lalu, tiga pembantu Zunar ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Putrajaya kerana menjual dua buku kartun bertajuk "Konspirasi Memenjarakan Anwar" dan "Pirate of the Carry-BN ". Pengendali laman web sesawang miliknya, www.Zunar.my turut dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque sebelum ini pernah ditemuramah dalam satu forum di San Fransissco, Amerika Syarikat kerana karya yang dihasilkan. Beliau juga merupakan kartunis Malaysia yang menerima anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011 oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa |
Forum ’1MDB: Negara Berhutang? Rafizi – Mahathir berkongsi pentas Posted: 14 Nov 2014 01:22 AM PST AMIRUL AZHAN KUALA LUMPUR : Isu 1Malaysia Development Berhad(1MDB) bakal menyaksikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal berkongsi pentas dengan Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli. Forum anjuran National Oversight and Whistleblowers (NOW) akan diadakan pada 19 November ini. Menurut Pengarah NOW, Akmal Nasir satu surat jemputan rasmi telah dihantar kepada kesemua ahli-ahli panel untuk mendapatkan maklum balas segera. Katanya, forum ini terbuka kepada orang ramai yang akan diadakan di The Club@Bukit Utama, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam. Ini rentetan pendedahan dokumen-dokumen berkaitan dan percanggahan kenyataan daripada pihak Pakatan Rakyat dan kerajaan mengenai isu 1MDB. "NOW telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu forum untuk mendapatkan penjelasan secara terbuka bagi rakyat memahami isu-isu sebenar yang membelenggu 1MDB. "Forum yang bertajuk '1MDB: Negara Berhutang?' ini akan dihadiri oleh panel-panel yang telah banyak mempersoalkan atau membincangkan isu 1MDB secara terbuka sebelum ini," kata Akmal. Sebelum ini, satu rencana yang diterbitkan oleh akhbar kewangan The Edge telah melaporkan bahawa hutang 1MDB berjumlah RM36 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013 bakal meningkat kepada RM40 bilion bagi tahun 2014. Antara ahli-ahli panel yang dijemput ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Rahman dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. "Jika boleh saya mengharapkan ahli panel dapat hadir ataupun paling tidak untuk menghantar wakil ke forum ini," ujarnya. |
Fatwa: Ada boleh pinda, ada tak boleh Posted: 13 Nov 2014 08:14 PM PST Harussani Zakaria SHAH ALAM - Ada fatwa boleh dipinda, tetapi ada yang tidak boleh diubah selama-lamanya. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, fatwa yang berasaskan al-Quran dan hadis tidak boleh dipinda. Bagaimanapun, katanya, ada fatwa yang boleh dipinda, iaitu dalam keadaan ijtihadi, berasaskan ijmak dan kias. "Ijtihadi bermaksud sesuatu perkara berlaku kerana perkara itu tidak ada, atau dalam keadaan berlainan. "Contohnya, mengikut hadis, untuk tentukan hari raya kena lihat anak bulan, tetapi jika berlaku keadaan seperti awan tebal dan anak bulan terlindung, maka ia dikira ijtihadi. "Jadi boleh guna kaedah perkiraan untuk tentukan tarikh hari raya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan fatwa perlu disemak semula kerana terdapat fatwa yang sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. Beliau berkata, dalam kes autopsi mayat, umpamanya, mengikut hukum tidak boleh menyeksa mayat. Katanya, dari segi syarak autopsi boleh dilakukan jika ada keperluan seperti mayat adalah mangsa pembunuhan atau ada menelan barang curi. "Namun dengan kecanggihan teknologi pada zaman sekarang, autopsi sudah tidak memerlukan pembedahan, tetapi boleh dilakukan secara maya," katanya. Berhubung kenyataan Dr Mahathir bahawa tafsiran ulama selalunya berbeza antara satu sama lain dan boleh menyebabkan perpecahan ummah, Harussani berkata, perbezaan pendapat berlaku di seluruh dunia dalam pelbagai aspek. "Apa yang berlaku sekarang adalah perbezaan pendapat yang menentang syariat. "Ada perbezaan antara satu mazhab dengan mazhab lain, tetapi sesuatu mazhab itu tidak menghukum mazhab berlainan," katanya. |
Mayat Wanita tanpa Kepala ditemui dalam Tangki Kumbahan Posted: 13 Nov 2014 08:03 PM PST RAKYATNEWS KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemui tanpa kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki di dalam tangki kumbahan di sebuah rumah banglo di Jalan Seri Murni 11, Bukit Damansara, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mayat mangsa, dipercayai warga Indonesia, ditinggalkan di dalam tangki tersebut kira-kira dua hingga tiga minggu. "Kita menerima laporan daripada orang awam yang tinggal berdekatan kerana terdapat bau yang busuk dari rumah berkenaan. "Hasil siasatan awal polis mendapati, wanita itu dipercayai dibunuh." katanya. Beliau berkata ekoran penemuan itu, polis menahan lapan lelaki, enam daripadanya warga Nepal dan dua lagi warga Bangladesh bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih disiasat. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata sebuah jentera dan enam anggota bomba dari Balai Bomba Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian. "Pada pukul 9.37 malam, penyelia operasi melaporkan telah menyedut air menggunakan pam angkut dan mendapati mayat seorang wanita tanpa kepala, tangan dan kaki. "Hanya tinggal badan dan diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan media. |
Lapor jika ada diskriminasi peniaga Posted: 13 Nov 2014 07:55 PM PST Tee Yong Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, perbuatan itu dianggap serius kerana hanya peniaga yang memperoleh nilai jualan lebih RM500,000 setahun diwajibkan untuk mendaftar. "Jika ada maklumat bahawa ada peniaga (dengan nilai jualan di bawah RM500,000) yang dipaksa mendaftar, maklumkan kepada pihak kastam kerana ia perbuatan yang serius. "Peniaga ini mendaftar secara sukarela, keputusan di tangan mereka," katanya menjawab soalan tambahan Rafizi Ramli (PKR- Pandan) di Dewan Rakyat, semalam. Rafizi meminta penjelasan timbalan menteri berhubung dakwaan syarikat yang tidak mendaftar GST tidak boleh membeli atau mendapatkan bekalan barangan daripada syarikat berdaftar GST. |
SPRM Tahan Pegawai Kerajaan Didakwa Minta Habuan Seks Daripada Janda Posted: 13 Nov 2014 07:47 PM PST KELAB GREENBOCAlor Setar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tadbir yang menjawat jawatan penolong pengurus di sebuah jabatan kerajaan kerana didakwa meminta habuan seks daripada pemohon rumah bantuan berstatus ibu tunggal. Menurut sumber, pegawai kerajaan berusia 50-an itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada pukul 2 petang Khamis selepas didakwa meminta habuan seks daripada seorang ibu tunggal berusia 20-an. Difahamkan, suspek memilih mangsa menerusi gambar pada borang atau surat pemohonan yang dihantar pemohon sebelum menghubungi mereka. "Dia kemudian mendakwa mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan dalam permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). "Bagaimanapun untuk mendapat rumah tersebut, pemohon berstatus janda perlu memberi habuan seks kepadanya. Suspek dikesan mendapatkan suapan seks di hotel pada waktu tengah hari," dedah sumber itu. Tambahnya, terdapat ibu tunggal yang tidak berjaya dalam permohonan itu walaupun telah memberi habuan seks bertindak membuat laporan terhadap majikan suspek. Berdasarkan maklumat dan risikan SPRM sejak beberapa bulan lalu, akhirnya suspek berjaya ditahan SPRM. Jelas sumber itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 kerana meminta suapan dalam bentuk seks. -mstar |
[VIDEO] Rosmah Kelam Kabut Tak Tahu Posisinya Masa Bergambar... -updated Posted: 13 Nov 2014 07:45 PM PST KELAB GREENBOCVisual CCTV yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa menghadiri Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Beijing menjadi bahan lawak di media sosial. Video 50 saat yang dimuat-naikkan di Youtube dengan suntingan memaparkan 'kekekokan' Rosmah yang tidak pasti posisi atau kedudukannya ketika mahu bergambar dengan Presiden China Xi Jinping dan isterinya. -mk ULASAN GB Nampak macam Najib yang dah kelam-kabutkan Rosmah. Balas dendam kot..hehehe... terhadap peristiwa yang ini Yang ini pulak satu hal lagi. Siapa yang jadi PM ni? |
SUARAM: Ketawalah, bukan siasat Zunar Posted: 13 Nov 2014 07:42 PM PST NADIA OTHMAN Pengarah eksekutif NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Yap Swee Seng mengutuk tindakan pihak berkuasa yang menyiasat kartunis politik Zunar bawah Akta Hasutan 1948. Menurut Yap, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ulhaque, dituduh menghasilkan karya kartun yang boleh memudaratkan ketenteraman awam. Katanya lagi tindakan ke atas Zunar melanggar hak kebebasan dalam perlembagaan. "Kami menuntut pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk menegakkan hak Zunar seperti yang dijamin dalam perlembagaan. "Hentikan semua gangguan terhadap Zunar, pembantunya, para pencetak, dan semua pemilik kedai buku (menjual buku tersebut)," katanya dalam sidang media di pejabatnya di ibu negara hari ini. Semalam peguamnya Latheefa Koya berkata, polis memulakan siasatan terhadap Zunar disiasat bawah Seksyen 4 Akta Hasutan, yang sebab siasatannya didakwa masih belum jelas. Seorang pengendali laman web Zunar, yang enggan namanya disebut, juga dilapor dipanggil ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk memberikan keterangan. Siasatan itu dibuat selepas tiga orang ditahan tiga minggu lalu kerana menjual buku Zunar di Istana Kehakiman Putrajaya, tempat rayuan akhir kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung. Mereka bertiga disiasat bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan. Sementara itu, Zunar berkata, kerajaan Malaysia takut dengan kartun walaupun negara maju seperti Amerika Syarikat dan Kanada sangat terbuka terhadap kartun politik. "Jadi kenapa kerajaan Malaysia takut sangat kepada kartun?" soalnya. "Ketawalah macam di Amerika, pemimpin mereka ketawa melihat apa yang dilukis mengenainya. Jadi ketawa sajalah." NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini. |
S'gor serah kembali Bible yang dirampas Posted: 13 Nov 2014 07:37 PM PST MALAYSIAKINI Hampir setahun, kerajaan Selangor akhirnya menyerahkan kembali kitab Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia. Kitab suci bagi penganut Kristian itu diserahkan di Istana Alam Shah dalam satu majlis pagi ini. |
Tian Chua dibebaskan dari tuduhan hasutan Posted: 13 Nov 2014 07:35 PM PST MALAYSIAKINI Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan naib presiden PKR, Tian Chua dari tuduhan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataannya mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu. Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang berkata pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. "Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
1 ulasan:
nike hyperdunk
nike vapormax
paul george shoes
balenciaga
moncler outlet
jordan retro
golden goose outlet
canada goose jacket
balenciaga
longchamp
Catat Ulasan