Jumaat, 14 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ruwaibidhah : Manusia Jahil Di Angkat Jadi Ulama’

Posted: 14 Nov 2014 08:00 AM PST

Rasulullah telah mengingatkan kita tentang kehadiran mereka pada zaman ini apabila matinya para ulama' rabbani.

 "Sesungguhnya Allah tidaklah mengangkat ilmu dengan sekaligus dari para hamba. Namun Allah akan mengangkat ilmu dengan mewafatkan para ulama'. Hingga bila tidak tersisa seorang pun ulama', manusia mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Mereka ditanya lalu berfatwa tanpa ilmu. Mereka pun sesat dan menyesatkan." (HR Bukhari & Muslim)

 Maka para ulama' dan para tukang fatwa yang bodoh ini mula berfatwa dalam masalah manusia, dari masalah sekecil hinggalah kepada masalah yang besar. Hati-Hati dengan Ruwaibidhah. Imam Ibnu Majah meriwayatkan di dalam Sunannya :

 حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

 Abu Bakr bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami. Dia berkata; Yazid bin Harun menuturkan kepada kami. Dia berkata; Abdul Malik bin Qudamah al-Jumahi menuturkan kepada kami dari Ishaq bin Abil Farrat dari al-Maqburi dari Abu Hurairah -radhiyallahu'anhu-, dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

 "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara." Ada yang bertanya, "Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?". Beliau menjawab, "Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas." (HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah).

 Hadits yang agung ini menerangkan kepada kita:

 1. Hadits ini menunjukkan pentingnya kejujuran dan mengandung peringatan dari bahaya kedustaan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Wajib atas kalian untuk bersikap jujur, karena kejujuran akan menuntun kepada kebaikan, dan kebaikan itu akan menuntun ke surga. Apabila seseorang terus menerus bersikap jujur dan berjuang keras untuk senantiasa jujur maka di sisi Allah dia akan dicatat sebagai orang yang shiddiq. Dan jauhilah kedustaan, karena kedustaan itu akan menyeret kepada kefajiran, dan kefajiran akan menjerumuskan ke dalam neraka. Apabila seseorang terus menerus berdusta dan mempertahankan kedustaannya maka di sisi Allah dia akan dicatat sebagai seorang pendusta." (HR. Muslim dari Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu'anhu).

 2. Hadits ini juga menunjukkan pentingnya menjaga amanah dan memperingatkan dari bahaya mengkhianati amanah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah datangnya hari kiamat." Lalu ada yang bertanya, "Bagaimana amanah itu disia-siakan?". Maka beliau menjawab, "Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamatnya." (HR. Bukhari dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu). 

 Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda, "Tidak lengkap iman pada diri orang yang tidak memiliki sifat amanah." (HR. al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman dari Anas bin Malik radhiyallahu'anhu, dihasankan al-Albani dalam Takhrij Misykat al-Mashabih [35] as-Syamilah) 

 Rumusan ringkas:

 Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

 Pemimpin yang berpura-pura hebat dan menjalankan integriti sedangkan dialah yang melakukan pelbagai penyelewengan.Sungguh menyedihkan. ~ sumber TGST

'Kalau Ibrahim telanjang, tiada siapa nak tengok'

Posted: 14 Nov 2014 03:58 AM PST

Aktivis siswa Universiti Malaya Fahmi Zainol membidas bekas naib canselor Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Ibrahim Abu Shah berhubung kebebasan akademik dan kewajaran mematuhi undang-undang.

 Fahmi berkata ulasan Ibrahim mengenai perkara itu dengan memberi contoh kebebasan beliau untuk bertelanjang "tidak ilmiah, sangat memalukan dan menunjukkan akhlak dan sikap yang tidak baik sebagai seorang akademik".

 "Kalau dia (Ibrahim) telanjang, tak ada siapa pun yang mahu tengok dan dia harus komen secara ilmiah yang menunjukkan dia seorang pensyarah yang baik. Dan dia langsung tak faham apa itu kebebasan akademik.

 "Tapi pandangan yang diberikan tidak menunjukkan pembacaan dan penilaian mengenai kebebasan akademik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi.

 "Dia sebagai seorang pensyarah dan bekas VC UiTM, dia seharusnya menunjukkan akhlak yang baik," katanya yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) lagi.

 Fahmi mengulas kenyataan Ibrahim tentang kebebasan siswa menganjurkan aktiviti tanpa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dengan menyamakan kebebasan melakukan sesuatu sesuka hati seperti bertelanjang.

 "Apabila saya berbuat sesuka hati saya ini adalah kebebasan saya. Waima kalau sekarang ini saya telanjang depan ni, jangan tangkap. Ini kebebasan mutlak saya. Baca lagi di sini

Tuang Presideng dah bengkeng....siaplah korang!

Posted: 13 Nov 2014 05:24 PM PST

Ahli PAS jangan langgar dasar parti dalam isu Mak Nyah, kata Hadi 

Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada ahli PAS supaya tidak melanggar dasar dan peraturan parti berhubung isu lelaki berpakaian seperti wanita dan sebaliknya, termasuk berkaitan golongan Mak Nyah.

 Mereka yang mengambil pendirian bertentangan pendirian parti akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin, kata Presiden PAS itu dalam satu temu bual dengan akhbar Harakah.

 "PAS ada dasar. Saya beri peringatan kepada ahli PAS. Jangan terlajak lebih daripada dasar parti. Kalau terlajak, kita tidak teragak-agak membawa kepada Jawatankuasa Disiplin. Itu saya tegaskan," kata Hadi dipetik daripada Harakah.

 Beliau juga mengingatkan pemimpin PAS turut menjalankan tanggungjawab sewajarnya dalam mengatasi masalah berkaitan Mak Nyah selain mendakwa kerajaan pusat tidak bersungguh-sungguh memainkan peranan mengatasi keadaan tersebut. 

 "Bukan kerajaan saja. Kita sendiri pun, termasuklah orang PAS sendiri. Saya tahu, di kalangan orang PAS pun ada yang ikut juga. Itu tidak boleh.

 "Saya terang-terang kena sebut juga, PAS ada Jawatankuasa Disiplin. Kalau ada orang PAS yang terikut-ikut, saya tidak teragak-agak bawa ke Jawatankuasa Disiplin," katanya mengulangi amarannya seperti dilaporkan akhbar rasmi parti itu.

 -  Baca sepenuhnya di sini

Komen : Masa Pemuda buat kuang ajaq kat Timbalan Presiden, ada tak Tuang Presideng bengkeng? Cuma nak ngingatkan Tuang Presideng jer!

Nak tau sungguh, siapa dia Jawatankuasa Disiplin PAS yang Tuang Presideng sebutkan itu...semua orang tentu nak tahu juga.

Hj Hadi adalah kappala, buat kenyataan diakhbar apa guna? Panggillah mereka yg terlibat dan belasahlah cukup-cukup.

Ada baiknya Hj Hadi buat muzakarah antara LUHAM dan MSU bincang kedudukan perkara untuk mencari solusi yang berfaedah.

Tiada ulasan: