Khamis, 13 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bekas Pengurus Saman Zizan Razak Lebih RM500,000

Posted: 13 Nov 2014 05:27 AM PST


Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
 
 


Zizan Razak
 


Gambar fail Marina membuat laporan polis terhadap Zizan Razak pada Jun lalu selepas akaun bank syarikat Wire Fame disekat.

 
PETALING JAYA: Kemelut antara Zizan Razak dan bekas pengurusnya sampai ke kemuncak apabila pelawak itu disaman lebih setengah juta ringgit selepas dia didakwa melanggar kontrak pengurusan artis yang ditandatanganinya.

Marina Juki selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap Zizan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dekat sini pada 6 November lalu.

Saman tersebut difailkan selepas Marina dari  Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan perjanjiannya dengan Wire Fame masih belum tamat yang mana ia berakhir pada 5 Mei 2015.

Marina selalu plantif menuntut ganti rugi khas lebih RM500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan (Zizan) daripada syarikat pengurusan lain.

Dalam pada itu, Marina juga menuntut faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan.

Beliau juga turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru memandangkan dia masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama plaintif.

Marina turut membuat tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran kontrak tersebut termasuklah kos dan lain-lain tuntutan munasabah oleh pihak mahkamah.

Terdahulu, Zizan dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi dan perkara itu membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan.

Masalah itu berlarutan sehingga Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat dan Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat.

Bagi kes berkenaan, Marina akan diwakili peguam Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.

Pua alu-alukan tindakan dirujuk ke JK Dewan

Posted: 13 Nov 2014 05:20 AM PST

MALAYSIAKINI


 


MP DAP, Tony Pua mendakwa BN cuba menutup mulutnya daripada terus membangkitkan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melalui usul untuk merujuknya ke jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen.

Pua bagaimanapun menganggap perkara itu sebagai "peluang keemasan" bagi membolehkan beliau mengemukakan kesnya berhubung skandal itu.

"Jika saya diheret ke jawatankuasa hak, saya ada peluang keemasan untuk membentangkan semua bukti relevan mengenai skandal 1MDB," tambahnya.

MP Petaling Jaya Utara itu merujuk kepada laporan berhubung usaha Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan MP Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah untuk mengambil tindakan itu ke atasnya.

MP BN tersebut mendakwa Pua mengelirukan Dewan ketika perbahasan Bajet 2015 untuk Kementerian Kewangan di peringkat jawatankuasa.

Pua yang menangkis tuduhan tersebut berkata, menteri atau timbalan menteri terbabit sepatutnya mengambil peluang untuk membetulkan keadaan ketika perbahasan jika beliau benar-benar membangkitkan fakta mengelirukan.

"Sebaliknya, (timbalan menteri kewangan) Datuk Chua Tee Yong yang ditugaskan menggulung perbahasan Kementeri Kewangan mengelak isu 1MDB seolah-olah ia satu wabak dan enggan menjawab apa-apa soalan yang saya bangkitkan semasa ucapan saya," katanya.

Pua berkata, fakta dan angka yang disebutnya dalam perbahasan itu dipetik dari sumber awam yang disahkan dan boleh dipercayai.

"Maka, saya mempertahankan keseluruhan ucapan saya. Saya mengalu-alukan sebarang usaha dari wakil BN untuk memfailkan usul ke atas saya dengan dakwaan bahawa saya mengelirukan Dewan.

"Usul itu secara asasnya, ada usaha untuk mendiamkan saya dalam isu hutang 1MDB," katanya lagi.

Ibu tangkap anak lelaki jiran lakukan seks oral pada anaknya

Posted: 13 Nov 2014 05:12 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
( Gambar hiasan )
 
 
MELAKA:  Seorang surirumah dari Bukit Rambai, Melaka berang setelah dia menangkap seorang budak lelaki berusia empat tahun melakukan seks oral terhadap anak lelakinya berusia tiga tahun.
 
Ibu berusia 32 tahun itu berkata kini dia terpaksa menjaga anaknya setiap kali masuk tidur atau ke bilik mandi kerana anaknya kini mula melakukan perkara terlarang sendiri.
 
"Saya terpaksa pukul tangannya dan marah dia setiap kali dia berbuat begitu dan saya tertekan melihat dia terdedah kepada perkara sebegitu pada usia yang sangat mentah.
 
"Apa yang boleh kami lakukan sekarang ialah hantar dia ke kelas agama dan beritahu dia apa yang betul dan salah," katanya yang dipetik daripada The Star.
 
Suri rumah itu menangkap anak jirannya melakukan seks oral di luar rumah mereka pada pukul 5.30 petang pada 7 November.
 
"Saya mula berjaga-jaga setelah beberapa orang jiran berkata budak yang sama juga telah melakukan sesuatu pada anak lelaki mereka."
 
"Pada mulanya saya tak berapa percaya dengan dakwaan jiran-jiran, kemudian saya disaksikan sendiri dengan mata kepala saya," katanya,
 
Suri rumah itu turut memberitahu yang anaknya mengadu alat kelamin sakit sejak bulan lepas tetapi tidak mengesyaki apa-apa yang buruk.
 
"Ketika saya melihat perbuatan yang menjijikan itu baru saya sedar perkara ini sudah berlaku lama dan jiran-jiran menyatakan yang betul.
 
"Saya tak salahkan anak jiran kerana masih kanak-kanak dan dia mungkin meniru perbuatan seperti itu setelah terlihat bahan lucah," tambah beliau.
 
Bagaimanapun, surirumah itu berasa kecewa dengan reaksi ibu bapa kanak-kanak itu.
 
"Kedua ibu bapa mempertahankan anak mereka dan tuduh saya reka cerita.
 
"Saya beritahu amak mereka perlukan bantuan dan perlu dipulihkan tetapi mereka dicabar saya buat laporan polis pula," katanya.
 
Suri rumah itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak keesokan harinya. 
 
Dia memberitahu seorang doktor klinik swasta mengesahkan terdapat kecederaan pada alat kelamin anaknya apabila dibawa untuk pemeriksaan.
 
"Anak saya sukar buang air kecil dan masih memerlukan rawatan," jelasnya.
 
Sumber polis memberitahu  siasatan masih dijalankan dan polis sudah bercakap dengan kedua ibu bapa kedua anak lelaki yang terlibat kerana ia melibatkan kanak-kanak.

Pembangkang boikot sidang DUN P Pinang

Posted: 13 Nov 2014 05:05 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Kumpulan ADUN pembangkang bertindak memboikot persidangan DUN hari ini kerana kecewa dengan tindakan seorang exco DAP, Phee Boon Poh yang didakwa membangkitkan isu remeh-temeh.

Laporan Utusan Online menyebut, ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid berkata perkara itu timbul rentetan daripada perbahasan mengenai isu kandang babi di negeri itu.

"Kelmarin apabila saya bangkitkan isu berkenaan kandang babi di negeri ini, (Phee) Boon Poh bangkit dan menempelak kononnya saya cuba menghalang masyarakat Cina untuk makan haiwan berkenaan.

"Sedangkan, saya mempersoalkan berkenaan kandang babi bukan amalan makan haiwan berkenaan," katanya seperti dipetik dalam laporan media milik Umno itu.

Menurutnya lagi, tindakan ADUN Sungai Puyu itu seolah-olah cuba mengelirukan rakyat berhubung isu kandang babi.

"Tetapi mengapa ketika ADUN Seberang Jaya yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kesihatan di negeri ini mengaitkan wabak penyakit dengan babi, Boon Poh tidak menentang. Mengapa ada pilih kasih dalam soal ini?," soalnya lagi.

Meluat dengan tindakan tersebut, beliau bersama sembilan lagi ADUN pembangkang bertindak memboikot persidangan hari ini, kata Jahara lagi.

Kerajaan sudah tanggung kos RM33.4j bagi SAR MH370, MH17

Posted: 13 Nov 2014 05:03 AM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
  
KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah menanggung kos sebanyak RM33.4 juta bagi menampung kos operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas MH370 dan MH17.
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata seramai 3,732 penjawat awam daripada pelbagai agensi termasuk pasukan keselamatan juga terbabit dengan operasi SAR pesawat MH370 dan MH17 itu.
 
"Sehingga kini kos operasi 'search and recovery' ditanggung sendiri oleh negara-negara terbabit," katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) di Parlimen, hari ini.
 
Wei Aik ingin tahu jumlah kos ditanggung kerajaan dan bilangan penjawat awam terbabit dengan SAR pesawat MH370 dan MH17.

SPR tidak mahu tergesa daftar pengundi automatik

Posted: 13 Nov 2014 04:41 AM PST

SINAR HARIAN

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
 
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan kajian mendalam untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi warga negara yang mencapai usia 21 tahun.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jika pendaftaran automatik itu dilakukan ia akan menyebabkan pertambahan jumlah pengundi secara mendadak di beberapa kawasan.

"Walaupun terdapat desakan parti politik untuk melaksanakan kaedah pendaftaran secara automatik itu, SPR tidak mahu menjadi 'karung tinju' pihak tertentu.

"Jika ia dilaksanakan, SPR akan bergantung 100 peratus dengan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ia akan menjadi sukar kepada pihak SPR jika terdapat masalah pada data itu seperti alamat tidak lengkap atau maklumat silap," katanya.

Kami kena berhati-hati. Bila bercakap, ia kedengaran senang tapi susah untuk dilakukan. Misalnya ada pertambahan akibat pendaftaran secara automatik melibatkan 500,000 pengundi, SPR akan dianggap tidak bersih pula," katanya.

Abdul Aziz berkata, demikian semasa merasmikan Seminar Pilihan Raya Kecil bertemakan 'Peranan Media, Isu dan Parti Politik' anjuran bersama Projek Nasional Khas (Media, Demokrasi dan sistem Elektoral), Majlis Profesor Negara (MPN) dan  Unit Penyelidikan Elektoral Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Pemuda Pas sebelum ini pernah dilaporkan mendesak supaya kerajaan melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi warga negara yang
mencapai usia 21 tahun, malah melancarkan kempen Auto21 pada Julai lepas bagi tujuan itu.

Selain itu Abdul Aziz menambah pihaknya masih berhadapan dengan kesulitan berhubung alamat pengundi kerana ramai pengundi yang membuat permohonan pertukaran alamat baharu kepada JPN tidak mengemaskinikan perubahan alamat mereka dengan SPR.

Beliau juga memberitahu pihaknya juga meneliti kesesuaian melakukan pendaftaran pengundi secara dalam talian kerana pelaksanaan secara manual dengan mengisi borang juga masih berlaku banyak kesilapan.

Abdul Aziz berkata, pihaknya terbuka menerima cadangan dan idea daripada sebuah badan profesional bebas seperti MPN supaya proses penambahbaikan sistem SPR boleh dilakukan dengan lancar.

Berhubung isu persempadan semula, Abdul Aziz berkata ia perlu dilakukan kerana pertambahan pengundi yang dijangkakan menjadi 18 juta orang pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. Persempadan semula yang merupakan kali keenam dilakukan adalah bagi memudahkan wakil rakyat untuk berkhidmat dengan lebih baik dan mendekati pengundi, tambah beliau. - Bernama

Desakan DAP ada niat lain, dakwa Nik Abduh

Posted: 13 Nov 2014 03:10 AM PST


Nik Abduh Nik Abdul Aziz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
 
 
KUALA LUMPUR - Desakan DAP yang berulang-ulang terhadap kehadiran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Mesyuarat Majlis Pimpinan PR dilihat seolah-olah mempunyai niat lain.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan ketidakhadiran bosnya itu dalam beberapa mesyuarat lalu mempunyai sebab tertentu dan tidak boleh dielakkan.

"Isu kehadiran mesyuarat itu semua orang tahu, kewajipan hadir, tidak hadir itu mesti ada sebab, jadi bila desak-desak itu, saya fikir sudah lain (niat)," katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Terdahulu, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat kelmarin sebulat suara menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, memandangkan Abdul Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam Pas, maka kehadiran beliau penting untuk mengukuhkan gabungan PKR dan DAP dalam PR.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh memberi jaminan isu kehadiran itu akan dibincangkan oleh pimpinan PR dan perkara lalu tidak wajar diulang dan diungkit.

"Saya fikir pihak pimpinan PR akan bincang benda ini, yang lepas itu, lepaslah," katanya lagi.

Tidak perlu desak Hadi letak jawatan

Posted: 13 Nov 2014 03:08 AM PST


Ahmad Fadhli Ahmad Fadhli
 
 
KOTA BHARU - Tidak perlu desak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melepaskan jawatan, demikian ditegaskan oleh  Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Sebaliknya beliau berkata, Pas mempunyai mekanisme sendiri untuk menentukan barisan kepimpinan parti itu dan tidak memerlukan desakan mana-mana pihak.

"Pas ada muktamar sebagai kuasa memilih presiden, jadi mana-mana pihak yang berhasrat untuk menukar pimpinan tertinggi boleh mengemukakan calon semasa pemilihan (muktamar) itu nanti," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Ahmad Fadhli berkata demikian ketika mengulas tentang khabar angin mendakwa Abdul Hadi sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan Pas dalam PR, selain masalah kesihatan yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti itu.

Difahamkan, jika Abdul Hadi bersetuju (berundur), parti  itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden Pas itu.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menerajui Pas pada 2005 menggantikan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor selepas 41 tahun (1964) melibatkan diri dalam arena politik.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Pas cawangan Rusila dan pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Pas Terengganu sebelum menjadi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Pada 1983, Abdul Hadi dilantik menjadi Naib Presiden Pas, dan dipilih menjadi Timbalan Presiden parti itu ketika Allahyarham Fadzil menerajui parti itu.

Kaji cara urus perbezaan pendapat dunia Islam

Posted: 13 Nov 2014 03:06 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad
 
 
KUALA LUMPUR - Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk menguruskan secara baik perbezaan dan kepelbagaian pandangan serta ijtihad dalam pelbagai aliran umat Islam.

Perkara itu dirumuskan selepas perbincangan pemikir dan pemimpin dari 14 negara Islam dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi sidang itu berkata, selain itu, penegasan perlu diberikan kepada fleksibiliti pandangan Islam dalam masalah pemerintahan sesebuah negara.

"(Perbincangan dalam sidang itu memberi) pengiktirafan terhadap kepelbagaian gaya pemerintahan yang diasaskan atas pandangan Islam, bergantung pada faktor zaman, tempat dan ketamadunan yang lahir daripada pelbagai pengalaman.

"Ia adalah suatu keistimewaan yang memastikan keupayaan umat Islam dalam mendepani cabaran di dalam pelbagai masa dan tempat,"

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014. di Pusat Konvensyen Matrade, di sini, hari ini.

Persidangan itu menumpukan kepada perbincangan negara sivil dari sudut pandangan Islam terhadap kebebasan, keadilan, syura dan kemuliaan insan yang dianggap nilai-nilai utama dalam sistem pemerintahan Islam.

Tun Mahathir berkata, perbincangan pemikir Islam dalam sidang itu juga mendapati wujud keperluan untuk memperjelaskan definisi bagi istilah dengan memperbetulkan dan memperdalamkannya berdasarkan hujah dan perkaitan dengan persekitaran tamadun semasa istilah itu dibuat.

"(Sidang ini juga) meraikan dan menyokong pergerakan Islam yang berusaha membebaskan diri daripada kediktatoran dan membentuk pemerintahan adil dan tersusun," katanya.
Beliau berkata, persidangan itu turut bersetuju bahawa isu ummah seperti masalah di Palestin menjadi antara isu yang perlu difokuskan dalam sidang akan datang.

Menurutnya, antara resolusi yang dicapai dalam sidang itu adalah menggalakkan lebih banyak kajian dalam teori politik Islam serta teori sosial dan ekonomi mengikut pandangan Islam.

Zahid: Guan Eng setuju ganti PPS

Posted: 13 Nov 2014 03:02 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah bersetuju untuk menggantikan unit Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dengan unit kepolisan komuniti.

"PPS akan digantikan dengan (unit) kepolisan komuniti sama seperti di negeri lain," katanya kepada pemberita.

Katanya, Lim bersetuju dengan langkah itu selepas satu pertemuan di bangunan Parlimen semalam.

Operasi PPS dihentikan selepas anggotanya ditahan pada Ogoso lalu dan pasukan tersebut diisytiharkan sebagai haram oleh Kementerian Dalam Negeri.

'Tanah di JB cuma dibayar pampasan RM500'

Posted: 13 Nov 2014 02:47 AM PST

MALAYSIAKINI


 


NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak pejabat menteri besar Johor segera menangani isu bayaran pampasan yang "tidak munasbah" daripada pemaju ekoran pengambilan tanah pada 1997.

Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal berkata, pihaknya difahamkan, pampasan terhadap tanah pengadu di Kampung Bakar Bata, Plentong di Johor Bahru hanya dibayar RM500, setelah 17 tahun cuba mendapatkannya.

"Tidakkah menteri besar Johor juga memahami tidak mungkin pengadu dapat mencari tanah yang baru dengan nilai pampasan RM500 itu?" soal Hadzril.

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, Hadzril berkata, bayaran melalui cek pada 25 April lalu dipulangkan kembali kepada pemaju, sebuah firma milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Dalam kenyataannya hari ini, Hadzril menggesa pejabat Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin segera mengarahkan pemaju memberikan pampasan setimpal.

Hadzril juga menyatakan kekesalannya terhadap tindakan pejabat menteri besar bagi menangani isu itu.

Dakwanya, setelah pengadu menulis surat dua pucuk surat, terakhir pada 21 Oktober lalu, barulah pejabat menteri besar memberi maklum balas dengan mengarahkan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru memberi respon.

"Seharusnya, menteri besar Johor tidak perlu menunggu untuk surat kedua sebelum tindakan diambil kerana ini melibatkan penindasan terhadap hak pengadu oleh pemaju," katanya.

Kerajaan tiada kuasa kawal harga rumah

Posted: 13 Nov 2014 02:44 AM PST


Datuk Abdul Rahman Dahlan Datuk Abdul Rahman Dahlan
 
 
PUTRAJAYA - Kerajaan tiada kuasa untuk mengawal harga rumah yang ditentukan pasaran, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya berusaha menawarkan pelbagai insentif bagi memastikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah.

Abdul Rahman berkata, fenomena kenaikan harga rumah bukan berlaku di negara ini sahaja, tetapi di seluruh dunia.

"Kerajaan tiada kuasa menentukan harga pasaran. Kita hanya boleh bantu kurangkan harga rumah dengan insentif.

"Walaupun harga rumah meningkat, kerajaan tetap respons dengan mewujudkan banyak program seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia. (PR1MA) dan MyHome," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negara (JPN), semalam.

Mengenai kenaikan harga rumah menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Abdul Rahman berkata, menerusi kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), harga rumah dijangka meningkat antara dua dan tiga peratus sahaja.

"Kalau lebih tiga peratus, mereka boleh dikenakan tindakan Akta Pencatutan," katanya.

Beliau, bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan pemaju menggunakan alasan lain bagi menaikkan harga rumah.

"Saya risau harga itu dinaikkan bukan kerana GST, tetapi kerana mahu untung lebih. Mengikut perkiraan kita, hanya lebih kurang tiga peratus sahaja kenaikan setelah mengambil kira kenaikan harga barang pembinaan.

"Kalau harga naik, laporkan kepada Jawatankuasa Pemantauan Harga GST Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," katanya.

Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak berhasrat mewajibkan konsep bina kemudian jual (BKJ) seperti yang pernah diumumkan sebelum ini.

"Kita tidak berhasrat mewajibkan konsep BKJ kepada semua pemaju, kerana kita khuatir jika diwajibkan pada masa GST dilaksanakan harga rumah semakin melambung," katanya.

Beliau meminta kerajaan negeri bekerjasama dengan syarikat milik kerajaan seperti PR1MA bagi membolehkan mereka membangunkan rumah mampu milik di negeri-negeri terlibat.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya tidak merebut dengan Kerajaan Pusat berhubung senarai nama bakal penghuni kediaman mampu milik itu.

'Risau kahwin sejenis pun diminta'

Posted: 13 Nov 2014 02:42 AM PST


Tun Abdul Hamid Mohamad Tun Abdul Hamid Mohamad
 
 
KUALA LUMPUR - Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas implikasinya, termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.

"Alasan penghakiman itu memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara sekular.

"Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang hakim, termasuk yang bukan Islam, hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar kepada Bernama bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga juru mekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan dan undang-undang.

"Apa yang merisaukan saya ialah alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.

"Bagi saya, jika mereka menerima kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan.

''Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu," katanya.

Abdul Hamid berkata, sebaliknya hakim itu merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.

"Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu nampaknya terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan," katanya.

Menurutnya, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang
memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.

"Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku," kata beliau.

Abdul Hamid berkata, setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes itu beliau mendapati peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia 'undang-undang jenayah' yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5 (1) (kebebasan diri), 8 (1) (kesamarataan), 8 (2) (diskriminasi), 9 (2) (kebebasan bergerak) dan 10 (1) (a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Seksyen 66 Enakmen itu memperuntukkan adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian wanita  atau berlagak seperti wanita  di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pada 7 November lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan kerana ia mendiskriminasikan lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan identiti jantina (GID).

Dalam penghakiman ringkas setebal 33 muka surat itu, Mohd Hishamudin berkata, penguatkuasaan Seksyen 66 itu akan meletakkan perayu-perayu yang mengalami GID terus hidup dalam ketidakpastian, kesengsaraan dan rasa malu.

"Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu untuk hidup secara bermaruah seperti yang dijamin Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat," katanya.

DAP perlu hati-hati keluar kenyataan

Posted: 13 Nov 2014 02:40 AM PST


 Mahfuz Omar Mahfuz Omar
 
 
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP khususnya Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sama ada untuk menegur atau mengkritik rakan komponen PR pada masa akan datang.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan ketidakhadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam beberapa mesyuarat Majlis Pimpinan PR sebelum ini kerana masalah kesihatan tidak perlu dipertikaikan.

"Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak begitu cermat dan DAP tidak boleh melakukan secara terbuka kepada umum.

"Ini bukan isu gesaan... mereka tak boleh menggesa sebab dia tak hadir itu ada alasan kesihatan dan sebagainya.

"Tak akan kita nak dia hadir dalam keadaan dia tak sihat, kami tak pernah buat mesyuarat pun menggesa Lim Guan Eng untuk datang mesyuarat kerana dia pun ada juga yang tak datang," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Terdahulu, CEC DAP yang bermesyuarat kelmarin sebulat suara menggesa Presiden Pas itu untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang.

Guan Eng berkata, memandangkan Abdul Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam Pas, maka kehadiran beliau penting untuk mengukuhkan gabungan PKR dan DAP dalam PR.

Sebelum itu juga, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada Pas ‎yang mahukan Presiden Pas itu menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama.

Malah DAP juga menafikan parti itu mempunyai agenda tertentu apabila dilihat kerap membangkitkan isu kehadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat PR sekaligus mempersoalkan komitmen bersama rakan sekutu mereka.

Tiada ulasan: