Khamis, 13 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nik Zawawi bin Salleh : Benarkah tuduhan penyelewengan ini?

Posted: 13 Nov 2014 02:54 PM PST


Fitnah jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja... 

Sebelum ini saya telah memuatkan entri bertajuk Projek Pendidikan Pondok Moden Besut.

Projek ini telah bermula sejak Sept 2008. Kini sudah hampir masuk tahun ke-7! Ikut jangkaannya, projek ini siap dalam masa 5 tahun sahaja. Sila lihat paparan berikut :

Tarik bermula September 2010. Klik di sini

                       Dijangka siap dalam masa 5 tahun.Klik di sini  

Pengadu yang bernama Suhaimi bin Johan, nombor K/P:670126-11-5501
telah menghantar salinan surat tersebut kepada nama-nama berikut :
 1.Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)  (Dato Seri Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang) 
 2. Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) (Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamed Sabu) 
3. Naib Presiden 1 Parti Islam Semalaysia (PAS) (YB Dato Haji Husam Musa) 4. Naib Presiden 11 Parti Islam Semalaysia (PAS) (Yang Berbahagia Salehuddin Ayub) 
5. Naib Presiden 111 Parti Islam Semalaysia (PAS) (YB Dato Hj Mahfuz bin Omar) 
6. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib 
7. Ketua Dewan Ulama Parti Islam Semalaysia (PAS) (YB Ustaz Dato Hj Harun Taib) 
8. Pesuruhjaya Parti Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Terengganu (YB Abdul Wahid Endut) 

Apakah kandungan isi surat tersebut? Tentu korang pun nak tahu juga. Sememangnya kita semua patut ambil tahu mengenai penyelewengan ini.

 Kali ini saya siarkan surat si pengadu. Terdapat 6 muka surat, tapi kali ini sekadar saya siarkan surat helain 1, yang telah saya taip semula supaya memudahkan korang semua membacanya. Korang boleh semak dengan salinan asal yg saya sertakan dihujung entri ini.

 Tujuan saya supaya PAS segera menyiasat perkara ini dan buatlah kenyataan yang wajar. Samada perkara ini benar atau fitnah semata-mata.

Jangan disapu kebawah karpet dan buat derk saje. Ini adalah perkara besar dan PAS perlu buktikan ianya sebuah jemaah Islam yang mahukan Islam tertegak di bumi Malaysia ini. Jangan nanti orang tuduh PAS ni .....pandai-pandailah korang nak kata apa!

kandungan helain 1

Parti Islam Semalaysia (PAS)
No 318A Jalan Raja Laut
503350 Kuala Lumpur

(untuk Perhatian Mursyidul Am PAS)

 Bismillahir Rahmanir Rahim

PER : MOHON SIASATAN SECARA MENYELURUH KEATAS SETIAUSAHA MAJLIS SYURA ULAMA PAS DIATAS BEBERAPA PERLAKUAN DAN PERBUATAN YANG MEMBOLEHKAN IMEJ MAJLIS SYURA ULAMA TERCEMAR

 1. Merujuk kepada perkara tajuk, adalah saya dengan kesedaran dan rasa rendah diri sebagai seorang ahli PAS yang berdaftar membawa aduan terhadap Setiausaha Majlis Syura Ulama kepada Yang Berhormat Tuan Guru Dato ' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku Al-mursyidul Am PAS untuk perhatian. Aduan ini dibawa ke pengetahuan Tuan Guru Mussyidul Am adalah bersesuaian Dengan kedudukan Nik Zawawi bin Saleh selaku sebahagian dari Majlis Syura Ulama.

2. Berikut adalah beberapa perkara yang dilihat boleh dielakkan tetapi telah berlaku.

 a) Memilikan tanah yang dibeli dari sebahagian derma orang ramai sebagai hatra sendiri dan menjual sebahagian daripadanya kepada individu lain.

 b) Membelanjakan derma orang ramai tanpa ada sebarang pembentangan akaun aliran keluar masuk wang bagi pembinaan Pusat Pengajian Islam Moden dan Tok Has Jerteh.

 c) Menggunakan gelaran pangkat Datuk yang tidak diperolehi secara rasmi didalam Negara atau mana Gabenor / Sultan atau mana-mana yang diPertuan Negeri dan mana-mana negeri dalam Malaysia. Telah secara berleluasa digunakan semasa di media cetak, media elektronik dan Dokumen Rasmi Kerajaan. Perlakuan ini menyalahi Akta Pemakaian Nama dan Gelaran 1963.

kandungan helain 2

3. Adalah menjadi tugas yang bukan mudah untuk membawa hal sebegini ke perhatian Yang Berhormat Dato' Tuan Guru apatah lagi beliau merupakan seorang ilmuan yang berjawatan dan berpengaruh dalam Majlis Syura Ulama selaku Setiausaha. Namun menyedari tujuan saya adalah dengan penuh dengan keikhlasan dan tanpa apa-apa yang terselindung kepentingan serta memenuhi tanggungjawab sebagai seorang Islam yang menuntut kebenaran dan manusia bukanlah makhluk yang perlu ditakuti melainkan Allah, saya dengan rela hati tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak mengambil keputusan untuk mendedahkan satu persatu secara berfakta bagi membolehkan satu siasatan secara terperinci boleh dijalankan. Sungguhpun berpegangn kepada yang benar itu tetap benar, dan yang salah itu tetap salah, saya juga tidak lupa dengan keadaan seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah selagi tidak terbukti bersalah.

 4. Sila rujuk kepada LAMPIRAN 1 dan LAMPIRAN 7. Di lampiran ini , satu Sumpah Berkanun dari semua yang terlibat didalam proses pembelian sekeping tanah seluas hamper 4 ekar serta pelan induk keseluruhan keluasan tanah dikemukakan sebagai fakta PERTAMA.

 5. Tanah ini telah dibeli dengan harga RM170,000.00 bagi tujuan untuk membina Pusat Pengajian Moden. Memandangkan tujuan yang dinyatakan itu, tuan punya tanah telah bersetuju untuk menjualnya apatah lagi pemilik tanah ini adalah juga seorang penyokong PAS yang setia. Sejumlah RM10,000.00 telah beliau dermakan keatas pembelian keseluruhan tanah ini serta untuk Pembinaan Pusat Pendidikan Pondok Moden itu. Keadaan ini menjadikan harga yang perlu dibayar adalah RM160,000.00.

 6. Melalui penjelasan beliau keatas soalan-soalan yang telah saya kemukan sewaktu Mesyuarat Agong PAS Tahunan Kawasan Besut tempohari (soalan-soalan ditandakan sebagai LAMNPIRAN 2), beliau telah menjawab secara terbuka bahawa pembelian tanah dan pembinaan Pusat Pendidikan Pondok Moden telah melibatkan derma dari taukeh-taukeh ikan Kuala Besut dan orang ramai dalam sekitar jumlah dan wang poket beliau sebanyak 80%. Situasi ini juga telah menyebabkan poket hampir kering. Sungguhpun sejumlah soalan yang telah saya kemukakan tidak terjawab, namun di peringkat ini tiada persoalan yang akan dikemukakan.

 7. Sebaik sahaja proses pembayaran yang mengalami 3 peringkat pembayaran dilaksanakan, tanah ini telah dipecahkan kepada 3 lot yang mempunyai geran s.. berasingan. Lot-lot tersebut adalah seperti berikut, GM 3842 (LAMPIRAN 3) GM3843 (LAMPIRAN 4) dan GM 3844 (LAMPIRAN 5)

a. LAMPIRAN 3, GM 3842 seluas 6964 meter persegi dimilikki oleh NIK ZAWAWI BIN SALLEH KP 670137-03- 5387. Tanah ini kemudiannya diwaqafkan oleh ….kepada Parti Islam Semalaysia melalui Akuan Sumpah Waqaf (lampiran 6)

kandungan helain 3

b. LAMPIRAN 4, GM 3843 seluas 4250 meter persegi telah dijual oleh NIK ZAWAWI BIN SALLEH kepada AZBI BIN SALLEH K/P 690206-11-5243 

 c. LAMPIRAN 5, GM 3844 seluas 4416 meter persegi dimilikki oleh persegi dimilikki oleh NIK ZAWAWI BIN SALLEH. Diatas tanah ini dibina Bunglow bagi kediaman beliau.

 d. Bagi GM 3843 (LAMPIRAN 3) dan GM 3844 (Lampiran 4) masing-masing telah digadaikan kepada BANK ISLAM MALAYSIA. Persoalan akan dikemukakan kemudian.

 Berdasarkan semua penjelasan yang telah dikemukakan diatas berikut adalah kepincangan yang perlu dihuraikan dengan siasatan yang teliti agar tiada pihak yang terpalit dengan penganiayaan....... 


(bersambung akan datang....insya'Allah)

SANUSI MD NOR & USTAZ AHMAD YAHYA : Sila Sahut Cabaran Dato Pharolrazi .....

Posted: 12 Nov 2014 11:40 PM PST


Kenyataan saya ( YB Dato Ir Hj Phahrolrazi) dlm whatsApp BPPNK berikutan tulisan2 beberapa ahli2 Perhubungan yg sudah melampaui batas spr di bawah :-

 Saya tidak termasuk dlm pengguna aktif media sosial (Fb, whatsApp dll ) hanya sekadar pemerhati sahaja cuma sekali sekala sahaja keluar kenyataan bila rasa sangat perlu maklumlah ambil banyak masa bila nak menulis ni. Dlm grup whatsApp BPPNK juga begitulah sikap saya sekadar dapat maklumat program dan apa2 arahan BPPN utk tindakan d peringkat kawasan.

 Walaupun terdapat kadangkala komen2 atau sindiran dlm whatsApp ini yg rasanya menyentuh saya, saya x kisah sangat adat org politik bukan semua org setuju/sokong pasti ada yg x sokong. Itu hak masing2. 

 Sejak mutaakhir ni nampak komen dan sindiran meningkat berikutan penubuhan PasMa dan terbitnya buku MSO. Ada kenyataan nampak macam cerca dan tuduhan itu dan ini terhadap saya bukan lagi samar2 tetapi jelas di tunjukan kpd saya oleh ahli2 grup yg menulis secara aktif dan konsisten mengguna medan ini spr Ust Ahmad Yahya, Sanusi, Azam Aziz dan beberapa yang lain ( x payah sebut nama) .

 Mereka cuba mempengaruhi ahli2 lain utk turut serta tetapi setakat ini x dapat sambutan.

 Sekarang masa berdiam diri sudah tamat, saya perlu menjawab apa2 komen melibatkan saya cuma yg menimbul persoalan apakan medan whatsApp BPPNK sesuai dijadikan medan polimik kerana sebahagian besar ahli2 grup termasuk Dt PJ sendiri tidak respon kpd kenyataan2 mereka, walau pun ada ketika kenyataan mereka agak provokatif kpd Dt PJ utk respon tetapi mengambil sikap berdiam diri ya'ani tidak mahu meneruskan isu2 yg dibangkitkan. Mohon respon ahli2 grup.

 Bak kata pepatah : Jika org sedia menjual saya sedia membeli. Medan whatsApp tidak cukup utk membahas isu2 berat, maka saya mencadangkan kpd mereka utk diadakan wacana atas nama apa2 saja forum/debat atas tajuk yg diperselisihkan spr PasMa perosak jamaah, wala' kpd Presiden & MSU atau JKKPP, Diskusi Buku MSO dll tajuk. Penganjur boleh saja pihak ketiga, jika tidak ada PAS KK atau PasMa sedia anjur.

 Harap jangan ada pula yg nak tunjuk smart buat komen pula " buat apa dok bertelagah sama sendiri lebih baik buat kerja hadapi UMNO/BN". Jika begitu nasihat lah mereka ini hentikan buat kenyataan provokatif dan jika ada kemusykilan dipersilakan mereka bertanya atau beri hujjah mereka. Sekian.

           Cabaran terbuka YB Dato Ir Hj Phahrolrazi Mohd Zawawi

Dato Phahrol TELAH menawarkan kepada individu /sesiapa sahaja yg tidak berpuas hati / menyindir beliau didalam Group Whatsapp Badan Perhubungan PAS Negeri kedah terutama SDR. SANUSI MD NOR & USTAZ AHMAD YAHYA utk bersemuka samada dalam pengangjuran forum, wacana dan sebagainya.. Dato Phahrol sendiri telah menawarkan utk menganjur wacana, tapi ditolak oleh 'mereka'...

 Dato Phahrol mahu bersemuka dgn sanusi & mat ya utk menjawab soalan dan tuduhan yg dilemparkan kpd beliau, tp kenapa sanusi & mat ya tak sambut? takkan berani baling batu dari jauh sj?

 Apa tujuan mereka tembak dato phahrol dgn pelbagai tuduhan sedangkan dato phahrol ingin membuat pencerahan didalam forum, wacana dan lain2 medan, mereka tolak. Lama sangat tuduhan demi tuduhan dihala kpd Dato Phahrol sejak pemerintahan pas di kedah hingga kejatuhan kerajaan pas di kedah hingga kini....tanpa henti! Bila si tertududuh ingin membela diri di medan yg betul, hampa x sambut...

 APA TUJUAN DAN MATLAMAT HAMPA SEBENARNYA DOK HENTAM TANPA HENTI TERHADAP DATO PHAHROL TANPA MEMBERI RUANG UTK DATO PHAHROL MENJAWAB SOALAN DAN TUDUHAN DARI HAMPA?

 MAI LA KOLA KEDAH, AKU TAK BUAT HANG AIHHH SANUSI OIII..AKU BKN DOK ZAMAN BATU...JGN BAGI ALASAN! KALAU NK SURUH PI SIK PUN AKU ATOQ BG BOLEH PI...

 YG MAT YA NI PUN X PADAN DGN USTAZ! TAKKAN SINDIR-MENYINDIR TU CARA ISLAM AJAQ SELESAIKAN MASALAH? ~ Ismail Junior 

Tiada ulasan: