Rabu, 5 November 2014

.

.


Anwar: Pendakwa desperate untuk penjarakannya

Posted: 04 Nov 2014 04:09 PM PST

CATATAN PAGI                                                                                              

Anwar Ibrahim yakin dia akan menang.
Rutin apabila Anwar Ibrahim menghadapi saat-saat genting dalam menghadapi tribulasi politik, rumahnya akan menjadi tumpuan para penyokong setia dan sahabat terdekatnya. Malam tadi untuk kesekian kalinya rakan-rakan terdekat Anwar dan penyokong setia berhimpun di rumahnya di Bukit Segambut untuk bermunajak, berdoa dan solat hajat bagi menyelamatkan Anwar dari dipenjara sekali lagi.


Rayuannya kes liwatnya dijangka akan berakhir esok bermakna keputusan dan penentuan sama ada Ketua Pembangkang itu bebas atau tidak akan boleh ditentukan bila-bila masa sahaja. Amalan munajak, berdoa dan solat hajat diadakan oleh keluarga dan rakan-rakan Anwar sejak 15 tahun lalu.


Azmin turut hadir.
Semasa Anwar menghadapi musibah didakwa di mahkamah pada tahun 1999, rumahnya tidak pernah surut dengan kehadiran orang ramai untuk bersolat hajat. Rumahnya waktu itu di Bukit Damansara bertukar menjadi markaz refomasi dan surau. Pada bulan Ramadhan sepanjang bulan mulia itu diadakan solat terawih.

Malam tadi, penyokong Anwar bukan sahaja datang dari sekitar lembah Kelang, tetapi dari Utara, Pantai Timur dan juga Selatan. Kebanyakan mereka adalah wajah-wajah sama di tahun 1999 lalu. Kehadiran yang agak ramai daripada biasa, memberi gambaran seolah-olah masing-masing ingin bersama Anwar untuk terakhir sebelum bapa reformasi itu digiring ke penjara. Doa dan munajak yang dilafazkan juga persis tembok untuk menghalang Anwar dibawa ke penjara.

Selepas Isyak Anwar seperti biasa memberi ucapan merumuskan perbicaraan yang berlangsung. Menurutnya dia yakin akan menang berdasarkan kepada ketidakupayaan pihak pendakwa mengemukakan bukti berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

Anwar menyifatkan perbicaraan itu dalam bingkai politik. "DNA adalah perkara sais tetapi diulas secara politik. Hujah pihak pendakwa seperti ucapan politik ketua cawangan," begitu kira-kira Anwar menempelak pihak pendakwa terutamanya Muhammad Shafei Abdullah yang dianggap desperate dalam penghujahan untuk memenjarakannya.

Beliau juga rasa pelik dengan sikap pendakwa yang meminta tertuduh (dia) mengemukakan bukti apa yang disabitkan ke atas dirinya. Ini perkara pelik dimana tanggungjawab membuktikan tuduhan diminta kepada orang kena tuduhan. Apa yang sepatut berlaku pendakwa yang kena membuktikan tuduhan mereka.

Anwar juga menceritakan ramai orang bersimpati dan mengambil berat terhadap nasib yang bakal dihadapinya dan keputusan ditetapkan mahkamah. Rakan-rakan rapatnya menghubunginya bertanya khabar dan perkembangan perbicaraan. Rakannya, Tayyib Erdogan sangat mengambil berat dan bimbang dengan nasibnya.

Betapa beratnya perhatian Erdogan sehinggakan Anwar merasakan dia akan dihalang pulang ke Malaysia kalau dia singgah ke Tukri. "Saya sengaja tidak singgah di Turki dalam perjalanan dari London ke Kuala Lumpur. Kerana kalau saya singgah mungkin passport saya akan dirampas untuk tidak membenarkan saya pulang," kata Anwar.

Penyokong Anwar dari Kelantan.
Salah seorang lagi yang sangat prihati kepadanya ialah bekas Presiden Indonesia BJ Habibe dimana ketika ini kurang sihat dan berada di hospital tetapi menghubunginya untuk mengetahuai hasil perbicaran. "Bapak BJ Hahibe menghubungi saya dan dia mengeluhkan serta kesal, katanya apa yang berlaku satu kezaliman yang dia sendiri tidak faham. Habibe menangis..." ujarnya.

Muhamad Taib hadir bersama isteri.
Begitu juga dengan ulama Yusuf al Qardhwi bertanya khabar mengenai hasil perbicaraan. Mereka semua berdoa agar saya mendapat keadilan yang sepatutnya.

Sebahagian rakan dan penyokong Anwar.
Katanya kawan-kawan baiknya di luar negeri juga marah kepadanya kerana sedia untuk menghadapi perbicaraan sedangkan ianya tidak adil dan zalim. Mereka tidak nampak Anwar akan mendapat keadilan sewajarnya berdasarkan kepada apa yang berlaku selama ini.

Tetapi beliau tidak menghiraukan peringatan dan tegahan kawan-kawan itu kerana tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara lebih penting dan diutamakan. Di sinilah kelebihan dan kehebatan yang ada kepada Anwar, dia seorang pemberani demi rakyat.

Mengulas mengenai perbicaraan itu Anwar memberi tahu kali ini agak ada kelainan sedikit apabila hakim yang mendengar rayuan itu mendengar dengan baik dan mencatat apa yang diperkatakan. Hakim tidak mendiamkan diri dan sering bertanya dan menyoal pihak pendakwa.

"Kali ini Hakim tidak diam, tetapi menyoal dan bertanya pendakwa. Saya berpuas hati dengan keadaan ini dan berharap keputusannya juga nanti baik," kata Anwar disambut dengan lafaz InsyaAllah oleh yang hadir.

Sebelum itu Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang turut sama-sama bersolat hajat, munajak dan berdoa, ketika memberi tazkirah mengambil kesempatan menyeru ahli parti memperkukuhkan dan memandukan kerjasama.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memberi dokongan dan kepercayaan kepadanya untuk mentadbir Selangor.

Katanya hari ini sudah 45 hari dia menjadi MB dan telah menyusun pentadbiran di Selangor dengan mengambil pendekatan mengutamakan rakyat. "Terima kasih kpada Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Wan Azizah atas kepercayaan diberikan kepada saya," ujarnya Azmin.

Selain Azmin beberapa pemimpin kanan PKR juga turut hadir. Ada sama Lajim Akim dari Sabah, Azan Ismail dari Terengganu, Abdul Aziz Kadir dari Kelantan dan lain-lain. Merujakan juga bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib juga ada sama. Saya percaya kehadiran Muhammad bukan mewakili Pas tetapi atas kapasitinya sebagai kawan dan rakan politik Anwar Ibrahim khususnya semasa dalam Umno. [wm.kl.7:55 am 05/11/14]

Tiada ulasan: