Rabu, 5 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Projek melahirkan manusia yang mengikut acuan Allah....masuh fasa tahun ke-5

Posted: 05 Nov 2014 01:40 PM PST

Hebat sungguh Setiausaha Dewan Majlis Syura Ulama ni - Ust Wan Zawawi bin Salleh. Beliau telah begitu lama memulakan usaha suci lagi murni berjuang untuk membetulkan kehidupan manusia dimana kebanyakan projek pembangunan pendidikan gagal berperanan sebagai kilang untuk melahirkan manusia yang mengikut acuan Allah.... (Sudah hampir masuk tahun ke-5 sekarang ni....tabah dan teruskan kutip derma....)

Justeru itu, Nik Zawawi telah berusaha untuk mewujudkan pusat pendidikan Islam bagi membetulkan kehidupan manusia....Syabas! Meh korang baca dan berilah derma lepas ni. Sebelum itu dengan dulu pesan Duta Projek yang didatangkan khas dari Kesatuan Ulama Dunia , dengar elok-elok pada minit 4:34 -

Latar Belakang: 
Kompleks ini dibina di atas sekeping tanah seluas 3 ekar yg terletak di Kg Tok Has kira2 2KM dari Bandar Jertih. Tanah tersebut diwakafkan di bawah satu pihak pemegang amanah. 

Kompleks 3 tingkat ini dibina berasaskan kp SUMBANGAN derma org ramai dan dianggarkan menelan belanja RM3,000,000.00 serta akan mengambil masa selama 3 tahun utk disiapkan

Bangunan yg mempunya berbagai kemudahan ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yg sebaik-baiknya kp masyarakat serta pembangunan Islam 

Kemudahan: 

Masjid Al Hidayah 
- Berada ditingkat paling bawah dan dianggarkan dapat memuatkan makmum seramai 1,500 org dalam satu2 masa. Juga merupakan temapt halaqat menghafal al quran dan al hadis.   

Qa'ah Kuliah 
Di tingkat 2. Bilik2 kuliah memuatkan 40 org bagi setipa bilik 

Dewan Tertutup 
Ditingkat 3. Memuatkan 3,000 dalam satu2 masa dilenkapi pentas dan ruangan tetamu vvip. Ia juga memuatkan 4 gelanggang badminton dan juga sukan2 lain. Ditempatkan ditingkat 3 utk kemudahan para muslimat beriadah.

Maktabah 
Terletak bersama masjid, akan menempatkan berbagi jenis kitab dan kemudahan internet, e-kitab, peralatan akwah kp non muslim.

Sebagai pusat sumber dan kelengkapan Dakwah Islamiah kp non muslim. 

Progam2
1. Kulian terbuka berkala dan bersempena 
2. Kolej Tahfizul Quran dan Hadith 
3. Pusat riadah 
4. Simposium, kolokium, kursus2 dan seminar 
5. Kelas2 bimbingan saudara baru secara intensif 

Matlamat 
1. Mengembalikan Keagungan Keilmuan Islam 
2. Mewujdkan Sebuah Pusat DAKWAH Islamiah Kepada NON MUSLIM 
3. Memperkenalkan Biah Islamiah sbg satu cara hidup 
4. Melahirkan generasi Al Quran dan Hadith 
5 Mewujudkan medium dakwah yg baru bg pengembangan Islam Alamat: 

Lot 43, Jalan Sepakat, Tok Has 22000 Jertih Terengganu tel: 09- 697 8684 , Fak: 09-697 4361 Email: kpibesut@gmail.com Cara Menyumbang 

Bank: 
BIMB : 1303 501 00 44424 
Maybank: 56304 6101 804 

Penaung: TG Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 
Pengerusi: Ust Hj Nik Mohd Zawawi Salleh (019-934 7888) 

p/s: pusat ini juga memainkan peranan utama utk lahirkan pendakwah bagi mendakwah org bukan islam...   Thu Sep 02, 2010 11:02 pm SUMBER

Ulasan : Katanya mengambil masa 3 tahun projek ni siap. Kalau tengok pada tarikh berita diatas adalah 2 Sept 2010 ....dah nak masuk tahun ke-5....apa ceritanya sekarang nih? Dah siap atau belum projek ni wahai Ust. Wan Zawawi.....? Berita selanjutnya akan bersiaran dalam masa terdekat...!Tunggu pendedahannya nanti.Kita tumpu pada kes Anwar dulu hari in!

Kalau dah asyik menyalak hobinya.....

Posted: 05 Nov 2014 03:30 AM PST

Kol Saadon Hasnan ini rasanya lebih layak untuk ditempatkan bersama unit askar di Rantau Panjang 

Perangainya menghentak meja ketika marah itu adalah tidak manis sama sekali; lainlah sekiranya dia adalah seekor anjing yang bersifat ganas yang hanya tahu menyalak dan mengokak sesiapa yang tidak disukainya.....

Mahkamah tentera yang mendengar perbicaraan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa membuat kenyataan terbuka berkenaan dakwat kekal digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus dibubarkan, kata pihak pembelaan hari ini.

 Ini kerana, ketua panelnya, Kol Saadon Hasnan, menunjukkan sifat berat sebelah terhadap tertuduh dalam satu komentar yang dibuatnya di Internet melalui satu artikel di portal berita.

 Peguambela Mohamed Hanipa Maidin berkata, Saadon bersikap prejudis terhadap Zaidi.

 "Keadilan sudah terjejas. Anak guam kami tidak mahu beliau terus mempengerusikan perbicaraan ini," katanya.

 Saadon didakwa mengulas satu laporan berita dengan menulis yang Zaidi sepatutnya menjadi penoreh getah sekiranya beliau tidak suka berada dalam tentera.

 Kamar mahkamah bertukar kecoh apabila Hanipa membentangkan kesnya berhujah menggesa panel dibubarkan, dan Saadon menghentak meja.

 "Sudahlah, duduk," kata Saadon.

 Beliau dikatakan membuat komen tersebut melalui akaun Facebooknya menggunakan nama Saadon Tson.

 Ia sebagai respons kepada artikel "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani" dikeluarkan Malaysiakini pada 20 Oktober lalu.

 Pengguna Facebook bernama Saadon Tson itu menulis: "klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah je"

 Hanipa berkata, pasukan pembela membuat carian di Internet malam tadi tetapi mendapati komen itu kini 'hilang' bersama dengan akaun Facebook tersebut.

 Hanipa berkata, komen itu disedari selepas Zaidi membuat laporan dengan komander nombor satu Bahagian Tentera Udara di ibu pejabat tentera udara di Sungai Besi pada hari sama artikel itu disiarkan.

 Pihak pembela boleh memanggil Saadon memberi keterangan sekiranya panel mahkamah tentera itu enggan melucutkan kelayakannya, kata Hanipa. "Kita dibenarkan memanggil sesiapa pun memberi keterangan sebagai saksi," kata peguam itu.

 Hanipa berkata, dalam keadaan biasa, seorang hakim boleh dilucutkan kelayakannya, tetapi dalam kes ini, Saadon membuat komen itu sebelum mahkamah tentera memanggil Zaidi membela diri.

 Oleh itu, panel tersebut sudah berprasangka dan perlu dibubarkan, katanya.

 Mahkamah pada 27 Oktober menetapkan hari ini bagi Zaidi, 45, membela diri.

Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera mengenai penggunaan dakwat kekal semasa PRU13.

 Mahkamah sebelum ini menggugurkan lima daripada tujuh pertuduhan ke atasnya kerana kekurangan bukti.

 Zaidi kemudian diminta membela diri atas tuduhan membuat kenyataan media menyuarakan kekecewaannya berkenaan dakwat kekal itu, dan membocorkan surat pekeliling mengenai penggunaan dakwat itu kepada media tanpa kebenaran daripada Majlis Angkatan Tentera.

 Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Bertam Indah di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 3 Mei 2013.

 Dalam kenyataan medianya, Zaidi mengatakan dakwat kekal itu – bertujuan mengelak undian berulang – boleh dibersihkan dengan mudah .

 Beliau dipuji sebagai pemberi maklumat oleh kumpulan reformasi pilihan raya yang sekian lama curiga dengan proses pengundian melibatkan anggota tentera.

 Di mahkamah hari ini, panel juga mengarahkan pasukan pendakwaan menarik balik kenyataan mereka menuduh pembelaan melambatkan prosiding mahkamah dengan membuat satu afidavit bersumpah baru tentang komen berat sebelah Saadon.

 Pihak pendakwa berkata, permohonan membubarkan panel dan afidavit bersumpah itu tiba pada saat akhir dan mengejutkan semua orang. – 5 November, 2014. - SUMBER

Hujahan yang rapuh dan lucu dari Shafee....

Posted: 04 Nov 2014 05:39 PM PST

Sila klik di sini

Mohd Fitri Bin Asmuni :

 Shafee kata dlm penghujahannya tadi bhw DNA tersebut ditanda sbg "lelaki Y" mungkin kerana semasa pemeriksaan perubatan, Dr Osman telah memasukkan DNA beliau sendiri ke dlm rektum Saiful kerana tidak memakai sarung tangan semasa membuat pemeriksaan.

 Hujahan balas aku:

 Pertama: Hujahan Shafee tersebut hanyalah sekadar andaian yg tidak realistik kerana menjadi SOP kpd pengamal perubatan utk memakai sarung tangan ketika sedang melakukan pemeriksaan terhadap tubuh badan pesakit atas faktor kebersihan dan mengelak jangkitan kuman.

 Kedua: Tak ada org yg waras yg sanggup nak gi selak, jolok atau sentuh lubang pungkok org tak pakai sarung tangan.

 Kalau nak jadi A-G sekalipun, tak payah la berhujah sampai tahap tu.

Tiada ulasan: