Isnin, 17 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Soalan maut TGNA : Haji Hadi malas atau uzur?

Posted: 17 Nov 2014 08:49 AM PST

Saya rasa ada justifikasinya bila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak Presiden PAS Hj Hadi supaya menghadiri setiap Mesyuarat Kepimpinan Pakatan Rakyat.

 "Ini satu permintaan yang munasabah kerana hanya Abdul Hadi memegang kuasa penuh dalam PAS untuk membuat keputusan dan beliau menikmati kuasa veto penuh itu termasuk ke atas Jawatankuasa Pusat PAS.

 "Maka kehadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat satu kemestian untuk untuk Pakatan Rakyat berfungsi bersama sebagai satu gabungan serta memastikan kepaduan dasar dan perpaduan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.Baca lagi di sini

Saya berharap LGE tidak terasa hati bila Tuan Guru Nik Aziz membuat kenyataan membidas DAP kerana mendesak orang yang uzur hadir mesyuarat.

Biasalah, sebagai adat resam orang Melayu sebagaimana dalam pepatahnya, 'Pukul anak sindir menantu.' Lim Guan Eng kena memahami budaya unik orang Melayu ini.

Secara lahiriahnya kita nampak TGNA begitu marahkan pemimpin DAP kerana mempersoalkan kegagalan Presiden PAS hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

TGNA kata, "Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat..."

 Pastinya TGNA sendiri maklum bahawa Hj Hadi telah ponteng sejak 20 bulan yang lalu...tetapi program parti sendiri ok saja. Hj Hadi boleh pergi kempen Pengkalan Kubor, boleh pergi Muktamar di Parit Raja, Johor untuk berucap walaupun baru kembali dari Jakarta. Ooops pergi berubatkah ke Jakarta tu?

Jakarta tu dekat....Apa halnya lari ke London sewaktu pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, hadir disebelah pagi, sebelah petang terus ponteng.....tahu-tahu saja, Oktober 14 dia  pergi London mengikuti Setpolnya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang menghantar anaknya belajar disana....

Pada saya soalan TGNA yang berbunyi : "Hadi malas atau uzur" sangat bermakna. Seolah-olah TGNA suruh kita sendiri menilainya - Malas atau Uzur?

Terpulanglah kepada korang membuat pilihan....Saya cuma nak tanya korang , dia pergi Jakarta dan London hari tu untuk berubat atau apa? 

Kenapa orang uzur tak duduk berehat kat rumah atau rumah sakit? TGNA tentu senyum ....

'Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat'

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak dipersoalkan kerana Abdul Hadi (kiri) mempunyai alasan tersendiri tidak dapat berbuat demikian.

"Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat.

"Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka semalam.

Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Abdul Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan Pakatan Rakyat, gabungan PKR, DAP serta PAS, berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

Guan Eng secara terbuka turut menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat berkenaan selepas beberapa bulan presiden Pas itu gagal berbuat demikian.SUMBER

Tuang Hj Hadi Harus Berundur..!!

Posted: 16 Nov 2014 11:00 PM PST

Salinan memo ini datangnya dari Dewan Ulama PAS Kedah kepada Tuang Hj Hadi yang mahukan Ustaz Azizan diganti. Tapi memo ini dinyahkan sebegitu sahaja oleh Tuang Hj Hadi. 

Beliau terlalu angkuh dengan keputusan sendiri sehinggakan pendapat dan pandangan orang lain langsung tidak di guna pakai. Keputusan sendirian bukanlah perkara baru.

 Mengikut RIWAYAT SAHIH sejurus mendapat memo ini, Tuang Haji Hadi terus mengoyak, membuangnya dan membakul sampahkan memo itu seolah tiada nilai. Memaparkan betapa barannya beliau di dalam menguruskan kemelut yang berlaku di Kedah.

 Segelintir (bukan semua) PAS Terengganu mengalami budaya sindrom kalah terus menerus lebih baik jika pendapat mereka tidak di guna pakai. Sikap tidak berpuas hati di kesemua hal di dalam PAS memuncak sehinggakan orang lain perlu akur hanya mengikut telunjuk mereka.

 Sikap asobiyah kenegerian yang dangkal cuba di praktikkan kedalam negeri lain yang memiliki struktur budaya sosial yang berbeza. Cuba singkap kembali budaya Takfiri (kafir mengkafir/lebel-melebel). Sembahyang/Solat 2 imam. Semuanya berpunca dari pemimpin Terengganu.

 1985~ Isu CCC yang cuba di perkenalkan oleh Tuan Guru Hj Yusof Rawa/Ust Fadhil Noor mendapat tentangan sengit di dalam Muktamar terutama daripada perwakilan/Jawatankuasa Pas Pusat Terengganu. Tuan Guru Hj Yusof Rawa bingkas mempertahankan tindakan beliau.

 1990~ Sekali lagi pimpinan Pas Terengganu bangkit mempersoalkan soal penyatuan Angkatan Perpaduan Ummah bersama Semangat 46 pada ketika itu. Kekuatan daya hujahan Ust Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya menyangkalkan desakan mereka.

 1999~ Isu ahli bersekutu untuk bukan Islam berada bersama Pas. Pemimpin Pas Terengganu melakukan road show untuk menafikan keperluan kerjasama bersama orang bukan Islam (Non-Muslim). Akhirnya kesungguhan Dr Mujahid Yusof Rawa berjaya di dalam isu tersebut sehingga tertubuhnya Kelab Himpunan Penyokong Pas yang kini bergelar Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

 2008~ Timbul isu Kerajaan Perpaduan yang cuba di sarankan oleh Presiden PAS Tuang Hj Hadi. Beliau sehingga kini cuba untuk membawa keluar Pas keluar dari PR untuk membentuk Pakatan bersama Umno dengan alasan perlunya Kerajaan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam.

 Sikap rasis ini bukanlah perkara baru di dalam Pas malah cubaan untuk mengawal minda golongan bawahan mengikut acuan sendiri masih berleluasa. Politik baru harus segar bahawa keperluan untuk menghadapi Umno-BN memerlukan kerjasama pelbagai parti. Ini cuba di nafikan.

 Sudah tibalah masanya Tuang Hj Hadi berundur sebelum datangnya masa kehancuran yang semakin parah/berluasa di dalam Pas. Pas kini tidak lagi seperti dahulu ketika di bawah pimpinan Ust Fadhil Noor. Tuang Hj Hadi sebenarnya telah gagal membuat penyatuan secara berhikmah di dalam Pas. Hanya retak menanti belah.

 Tuang Hj Hadi Harus Berundur..!! ~ Rakyat Bangkit

Majlis Syura jangan keluarkan arahan begitu.....- Khalid Samad (video)

Posted: 16 Nov 2014 04:00 PM PST

Moderator Wacana Semasa, Sdr. Fitri Asmuni diapit oleh dua panelis, 
YB Khalid Samad (kiri) dan Ustaz Hasrizal Abd Jamil (SaifulIslam)

Satu majlis Wacana semasa telah berjaya dianjurkan oleh sekumpulan Gabungan Anak Muda Perak (GAP), berlangsung pada 15 Nov 2014 di Jade Hall, Medan Istana, Ipoh.

Barisan panelis tediri daripada AJK PAS Pusat, YB Khalid Samad dan pendakwah terkenal, Ustaz Hasrzal Jamil, atau lebih dikenali dengan nama penanya, Saiful Islam telah berjaya memberikan kupasan yang baik terhadap tajuk wacana, Cabaran PAS Mendepani Anak Muda.

Ketua Pemuda PAS, Raja Is tidak dapat bersama pada malam tersebut kerana keudzuran. Walau bagaimana pun, tahniah diucapkan kepada pihak penganjur diatas usaha menghidupkan budaya wacana sebegini bagi percambahan minda.

Sewaktu sessi soal jawab sedang berlangsung

Berikut adalah antara kenyataan YB Khalid Samad pada malam tersebut :

00:06 ~ Majlis Syura dia ada perananya, AJK PAS Pusat ada peranannya.

 Majlis Syura ni dia punya peranan adalah tak tandfidzi iaitu yang menyalahi hukum, mengupas soal nas dan dalil dan menentukan samada sesuatu tindakan adalah syar'ie atau pun tidak syar'ie.

 Dan AJK PAS Pusat dia punya peranan adalah tandfidzi atau pun atau executive, maka dalam retreat itu telah dibincangkan dan disebut bahawa persoalan Pasma ini sepatutnya , Majlis Syura jangan keluarkan arahan dengan begitu sahaja. 

 Tetapi sepatutnya memberikan pandangannya kepada AJK PAS Pusat untuk dikenalpasti AJK PAS Pusat memikirkan samada kaedah yang dicadangkan iaitu untuk melarang ahli-ahli PAS daripada mengikuti program PasMa itu perlu dilaksanakan ataupun telah lulus.

 Sepatutnya ia dibawah bidang PAS Pusat. Kalau boleh adalah perbincangan dan akhirnya apa yg telah diputuskan ialah bahawa Naib Presiden iaitu Saudara Sallehudin Ayub akan bertemu dengan Yang Berhormat Dato Phahrolrazi untuk mendapatkan penjelasan.

 Sebenarnya pengalaman ataupun arahan supaya tidak terlibat dengan PasMa ini adalah atas pandangan bahawa PasMa ini adalah 'Jemaah dalam Jemaah'; ianya untuk menjatuhkan Dato Seri Presiden dan sebagainya ; yang mana ianya merupakan andaian yang perlu kita berikan peluang kepada Yang Berhormat Phahrolrazi untuk memberikan penjelasan.

 Maka Sallahudin Ayub akan berjumpa dengan Dato Razi dan juga telah dipersetujui didalam retreat yg dianjurkan oleh AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama.

 Retreat ini memang adalah suatu benda yang baik tetapi ianya adalah yang pertama dan ianya perlu diadakan lagi.

 Memang kita tidak mampu menyelesaikan semua isu dalam satu sessi pertemuan dan isu yang timbul apa yg saya sebut tadi. Persoalan takwin (pembentukan), Tahaluf Siyasi, kerana ada pandangan bahawa kalau kita Tahaluf Siyasi maka kita terikat. Kalau kita Tahaluf Siyasi maka kita hanya tolong menolong, maka kita tidak terikat…tetapi persoalan itu tidak dapat dibahas dengan sepenuhnya dan sepertimana yg saya sebutkan tadi, soal tahaluf ini ada sebabnya yang kita kena tingkatkan kerana kita nak memerintah bersama.

 Kerana bila kita nak memerintah bersama, mesti ada satu persetujuan berhubung dengan apa yang kita nak lakukan.Tapi kalau sekadar tolong menolong tu, kalau kita sebagai pembangkang; hanya nak menang kerusi, supaya ada bersuara, tetapi belum lagi ke tahap untuk memerintah Negara.

 Isu-isu semacam itu timbul malangnya, dan memang perlu dibincang dan dan perlu dibahaskan.

 Dan soal PasMa ini, secara tak resmilah…kalau saya lihat oleh kerana itulah apa yang telah dibincangkan dalam retreat, maka kita nak tunggu sehinggalah sehingga selepas ada perbincangan, bertemu dengan Phahrolrazi barulah satu keputusan yang muktamad akan dilakukan.

 Pandangan saya, saya telah tulis mengenai persoalan isu itu, ada orang marah, dia kata , Majlis Syura telah keluarkan arahan, kamu keluarkan pandangan yg bercanggah dari Majlis Syura.

 Lalu saya sebut zaman Nabi, dalam Perang Badar, nabi sendiri yg tetapkan kedudukan untuk berada di suatu tempat, datang Utbah bin Uzir, dia berikan cadangan pindak pergi ke tempat lain; yakni cadangan, terpulanglah untuk dipertimbangkan dan dinilai oleh pihak-pihak yang berwajib.

 Ini bukan merupakan satu macam mengeluarkan arahan yang selain daripada arahan Majlis Syura dan sebagainya.

 Bagi saya, rugi kalau kita mempunyai satu pendekatan dimana kita haramkan ahli-ahli kita untuk terlibat dengan program-program PasMa kerana ianya akan memberikan satu gambaran bahawa seolah-olah PAS ini tertutup.

 Dan kalau kita diberikan kuasa maka kita akan haramkan terus. Dan ini akan menjadikan satu masalah. Lebih baik kita (tidak jelas) dan mudah-mudahan, bila PasMa adakan program, dia jemput pimpinan PAS, kita pergi dan kita boleh berikan penjelasan kepada isu-isu dan dinilai.

 Kalau kita tidak pergi, kalau timbul isu-isu yang bermacam-macam, siapa yang nak jawap?

 Lalu kalau kita pergi, kita boleh jawap. Kalau kita dikritik dan kita dipertikai, tu bagaimana dengan kisah Nabi? Kerana kita pemimpin dan pemimpin kenalah mampu untuk menangani pertikaian dan isu-isu yang ditimbulkan.~05:03

Sila klik : Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat'


Tiada ulasan: