Selasa, 14 Oktober 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PAGI ESOK DATARAN

Posted: 14 Oct 2014 06:30 PM PDT





 DATARAN 

KE 

PARLIMEN
orang ramai
dijemput  datang bersama
menyokong demonstrasi peguam
pada khamis 16 oktober 2014
jam 10:30 pagi
berarak  ke parlimen
menentang
akta hasutan 1948

PEGUAM TURUN BERDEMO






-----------

MUNCUL MAT CENDOL

Posted: 14 Oct 2014 06:01 PM PDT







KOMENTAR


setiap awal tahun
tukar tiub akan 
mensenaraikan nama nama
sosok yang cool dan poyo

pada 14 febuari hari valentine
tukar tiub akan mensenaraikan
sosok sosok gagalis

tahun ini tukar tiub
akan mengadakan satu tambahan
tt labcar anugerah hasan malik

saperti biasa pembaca tt
akan membuat semua keputusan

NOTA
maklumat teperinci
akan diumumkan tidak
lama lagi




Hasan Malek gesa contohi pengusaha cendol, turun harga selepas minyak naik


Datuk Seri Hasan Malek meminta peniaga agar mencontohi pengusaha cendol di Kuala Selangor yang menurunkan harga sebanyak 20 sen selepas kerajaan mengurangkan subsidi bahan api baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, perkara ini dikesan semasa pihaknya mengadakan 75,851 pemeriksaan di seluruh negara untuk memantau harga barangan bermula 2 hingga 12 Oktober lalu.

"Pengusaha ini menurunkan harga cendolnya 20 sen. Tindakan itu sepatutnya dicontohi pengusaha atau peniaga lain dan bukan mengambil kesempatan di atas pengumuman pengurangan subsidi berkenaan," katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hasan-malek-gesa-contohi-pengusaha-cendol-turun-harga-selepas-minyak-naik#sthash.eWv6ClmV.dpuf

KAH KAH KAH

ado lagi
den buleeh tambah
untuk mat cendol ni
tergolek dog den
kah kah kah

KAH KAH KAH

-------------

CAKAP SENANG BUAT DULU

Posted: 14 Oct 2014 06:00 AM PDT







Selepas Oktoberfest, Presiden PAS mahu kawalan ketat 'aktiviti tak berakhlak'


Susulan kontroversi pesta Oktoberfest, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan perlunya kawalan ketat untuk "aktiviti tidak berakhlak" tidak kira untuk apa agama sekalipun.

Hadi berkata agama Islam dan semua agama lain tidak membenarkan penganutnya berfoya-foya, merujuk kepada pesta Oktoberfest baru-baru ini yang diadakan di Selangor.

"Tanya sami, tanya paderi, saya rasa mereka pun tidak bersetuju. Sebab itu perlu tapis," kata Hadi ketika menghadiri program "Sembang Santai Tok Guru" di Gombak, Selangor malam tadi.














- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-oktoberfest-presiden-pas-mahu-kawalan-ketat-aktiviti-tak-berakhlak#sthash.ScyXypNo.dpuf
KAH KAH KAH

setuju
sokong
tapi bagaimana dengan
akhlak menantu
bagaimana dengan
akhlak diri sendiri
yang cakap klok kleek
tok cip
tok ezi
do laaa

KAH KAH KAH

DARI DATARAN 
ke
PARLIMEN

-----------

ANAK MUDA TURUN BERDEMO

Posted: 14 Oct 2014 05:00 AM PDT




KOMENTAR

hanya jalan raya
membuka jalan
hanya jalan raya
satu jawapan


Pemuda PKR gerakkan 

#RakyatHakimNegara

bantah Anwar ke penjara 


Pemuda PKR menggerakkan kempen #RakyatHakimNegara bermula hari ini, sebagai tanda solidariti terhadap Ketua Umum PKR  Anwar Ibrahim yang berisiko menghadapi hukuman penjara ekoran kes liwatnya yang akan diputuskan hujung bulan ini.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kempen akan berterusan selama 14 hari sehingga tarikh perbicaraan Anwar pada 28 Oktober ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pkr-gerakkan-rakyathakimnegara-bantah-anwar-ke-penjara#sthash.pbD3Vdcg.dpuf



INI CONTOH 

RAKYAT HAKIM NEGARA
---------

JENG JENG JENG

Posted: 13 Oct 2014 09:53 PM PDT







KOMENTAR
selagi najib ada
kes bunuh altantuya ini
akan terus menghantui najib
kes ini juga terus jadi
beban pada najib
malah kes altantuya ini
dijadikan senjata
untuk peras ugut najib


Najib dan 8 lain berusaha halang pendedahan PI Bala


Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor merupakan antara sembilan defendan yang cuba membatalkan saman yang difailkan oleh keluarga mendiang P Balasubramaniam yang akan mendedahkan peranan mereka yang didakwa menyebabkan penyiasat persendirian, isteri dan anak-anak beliau, terpaksa berada dalam buangan 

Selain Najib dan Rosmah, defendan lain ialah adik-beradik Najib, Ahmad Johari dan  Mohd Nazim, peguam kanan Cecil Abraham, anaknya Sunil Abraham, Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, peguam M Arunapalam dan peniaga permaidani Deepak Jaikshan. 


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-dan-8-lain-dalam-usaha-halang-pendedahan-bala#sthash.6JQqX2wR.dpuf

KAH KAH KAH

keluarga sewelasi cekai
dah entot tak nak bayar
dah suruh buat kerja jahat
tak nak bayar
padan muka
KAH KAH KAH

-----------

MAKAN MALAM DEMOKRASI

Posted: 13 Oct 2014 08:09 PM PDT







MAKAN

 MALAM 

DEMOKRASI


pusat penggerak demokrasi
bersama
gerakan hapus akta hasutan
akan mengadakan
jamuan makan malam
pada isnin 8:00 malam
27 oktober 2014
di dewan sivik petaling jaya

makan malam ini
bertujuan mengumpul dana
untuk gerakan menghasut rakyat
untuk hapuskan akta hasutan
TEATER
teater bilik kabinet
akan dibuka sedunia 
world premier
dalam jamuan ini

---------

PEMBUKAAN SEDUNIA

Posted: 13 Oct 2014 08:00 PM PDT








BILIK 

KABINET


pembukaan sedunia
world premier
teater bilik kabinet
akan dibuka
pada 27 oktober 2014
di dewan sivik 
petaling jaya

bilik kabinet dari tim
teater bukan teater

dapatkan tiket sekarang
dana tiket untuk
hapuskan akta hasutan
talipon:

011-321-93-393



---------

PILIHAN COOL DAN KLASIK

Posted: 13 Oct 2014 07:28 PM PDT






KOMENTAR

hamim buat keputusan
ada prima facie kes
maka hakim beri pilihan

1- duduk kandang orang salah
tanpa menjawab
2 - duduk kandang oranf salah
menjawab
3 - duduk kandang saksi
disoal oleh pendakwa dan pembela

hishamuddin rais
memilih untuk duduk
menjawab di kandang saksi
dan sedia disoal oleh pendakwa
dan pembela



NOTA
ini kes culk klasik
dalam sejarah pendemokrasian
jemput datang buat ramai



Mahkamah arah Hishamuddin Rais bela 

diri tuduhan menghasut 

Mahkamah Sesyen hari ini mengarahkan aktivis Hishamuddin Md Rais untuk membela diri di atas tuduhan kerana mengeluarkan ucapan berunsur hasutan pada satu perhimpunan di Kuala Lumpur tahun lepas.

Hakim Mahkamah sesyen Azman Mustapha berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapatnya kes terhadap tertuduh.

Hishamuddin yang diwakili peguamnya Syahredzan Johan berkata, beliau akan memberikan bukti daripada kandang tertuduh, satu pilihan yang diberikan kepada tertuduh.

Azman menangguhkan perbicaraan itu pada 13 November.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahkamah-arah-hishamuddin-rais-bela-diri-tuduhan-menghasut#sthash.RiOba4SI.dpuf

KAH KAH KAH

i have nothing
to say
my lord
i rest my case

KAH KAH KAH

-----------

Tiada ulasan: