Selasa, 14 Oktober 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Orang lain minum, orang lain pula yang mabuk...

Posted: 13 Oct 2014 05:50 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Dewan Ulama Pas kesal dengan tindakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seperti menunjuk-nunjuk 'kemenangan mereka' apabila berjaya menganjurkan pesta minum arak, Oktoberfest di Petaling Jaya, baru-baru ini.

 Lebih dikesalkan jelas Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad ialah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak mengendahkan bantahan dilakukan oleh parti tersebut sebelum ini.

 Tegasnya, bantahan Pas sewajarnya didengari oleh sekutu-sekutu parti itu memandangkan Selangor merupakan sebuah negeri pakatan pembangkang dan bukannya milik mutlak DAP dan PKR terutama apabila melibatkan soal sensitif seperti penganjuran pesta arak.

 "Mereka kena patuhi budaya timur dan Islam yang tidak menggalakkan minum secara pesta sedangkan sebagai komponen pakatan, kita berikan bantahan. Pandangan daripada pihak ulama nampaknya tidak diendahkan pakatan pembangkang, lebih-lebih lagi oleh Menteri Besar baharu. Artikel Penuh: UTUSAN MELOYA

Komen saya : Untuk pengetahuan Dr Mahfoz, acara Oktoberfest ini bukan sahaja disambut di Selangor sahaja, tetapi dilain-lain negeri di Malaysia ni! Jadi adalah tidak adil bila Mahfoz kata "lebih-lebih lagi oleh Menteri Besar baharu". Mengapa hanya hentam Selangor ? Ada udang di sebalik mee kan?

 Bukan tahun ini sahaja ianya diadakan di Malaysia (bukan hanya di Selangor sahaja), tetapi telah berlaku beberapa dekad tanpa banyak kekecohan atau notis. Inilah masalahnya apabila ia didedahkan kepada ramai kerana ada udang di sebalik mee...

Pada tahun 2010, dua pengeluar bir tempatan, Carlsberg dan Guinness Anchor Berhad, memutuskan bahawa mereka akan menaja acara ini setiap tahun.


Tetapi tiba-tiba, ahli politik, kumpulan-kumpulan agama dan kumpulan hak Melayu, ISMA telah memutuskan untuk membuat kekecohan. Persoalannya, mengapa bersusah payah sekarang apabila mereka telah membisu sejak empat tahun yang lalu? Ada udang sebalik mee kan?

Hujah bahawa acara yang diadakan oleh orang bukan Islam mestilah menghormati konteks Islam negara dan sensitiviti orang Islam. Tapi bukankah acara tersebut dibuat ditempat-tempat yang tertutup? 


Mestikah mereka melakukannya hanya dalam satu ruang bilik? Dalam dewan?Dalam stadium? Persoalan ini agak subjektif. 

Kalau nak dilayan tuntutan seumpama ini, maka eloklah kalangan ini juga menuntut supaya perayaan Deepavalee yang bakal disambut pada 23 Oktober nanti dilarang melakukannya di Batu Caves kerana demi menjaga sensitiviti orang Islam dan ianya menganggu lalu lintas awam.

Katakanlah kepada penganut Hindu, "Kamu semua bebas beragama dengan agama kamu, tapi kamu jangan berpesta besar-besaran dengan ugama kamu itu...buat diam-diam dalam kuil kamu sudahlah, jangan berarak-arak melimpah keluar jalan raya..." sila lakukanlah  wahai Dr Mahfoz, Tantawi, ISMA dan UG! 

Tentunya penganut Hindu juga akan kecuh kepada Islam kerana berpesta menyembeleh lembu sewaktu nyambut 'Aidul Adha...Lembu merupakan binatang yang suci bagi Hindu. 

Apakah manusia macam Mahfoz ini hanya mengharapkan agama lain sahaja yang perlu menghormati agama Islam? Apakah kebebasan dan toleransi yang bukan Islam perlu didiktasi (dictation) oleh Islam? 

Mahfoz orang 'alim, bukan calang-calang orang. Aku apalah sangat, cuma nak mengajak supaya kita ada sikap bertolaransi kepada yang bukan Islam sebagaimana maksud ayat berikut: 
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan). (Ash-Shura:15).

Ittaqullah, wallahu a'lam.

Tiada ulasan: