Khamis, 9 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Zunar menang kes lawan K’jaan Malaysia, buku kartun sah

Posted: 09 Oct 2014 05:57 AM PDT

Oleh Ermizi Muhamad


PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini menolak pengharaman buku kartun 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun karya kartunis politik Zunar.

Dalam perbicaraan mahkamah di Kompleks Putrajaya itu, panel hakim Muhammad Ariff Yusof, Tengku Maimun Tn Mat dan Varghese Varughese sebulat suara berpendapat, buku kartun itu tidak mengandungi sebarang ancaman yang boleh menggugat keharmonian negara.

Zunar

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar yang diwakili peguam Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga, Aston Paiva dan Fahri Azza bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah kerana berada di Amerika Syarikat bagi menjayakan program jelajah Amerika menerusi filem pendek, "To Fight Through Cartoon".

Menurut peguamnya, pengharaman terhadap karya tersebut tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan hak dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kami berpuas hati dengan keputusan ini, kerana pengisytiharan pengharaman ini tidak boleh diterima pakai dan tidak sah serta tidak boleh dikuatkuasa kerana ia bersifat ultra vires bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan bertentangan dengan hak yang dijamin dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan," jelas mereka.

Zunar

Buku 1Funny Malaysia adalah koleksi karya-karya pilihan kartun Zunar yang disiar di portal MalaysiaKini antara 2005 hingga 2009 manakala Perak Darul Kartun adalah buku terbitan syarikat yang dimiliki Zunar sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd menampilkan karya-karya Zunar bersama beberapa kartunis dan penulis tempatan.

Sementara itu, Zunar dalam kenyataan menyifatkan kemenangan tersebut membuktikan karya milik beliau tidak menggugat ketenteraman awam yang mengundang kekacauan seperti yang dinyatakan kerajaan.

"Saya bersyukur dan berpuas hati atas keputusan ini. Ia memberi semangat baru kepada saya untuk meneruskan agenda "Berjuang Melalui Kartun".

"Keputusan mahkamah membuktikan bahawa yang membahayakan ketenteraman awam bukan karya kartun, tetapi kerajaan yang takut kepada kartun," katanya.

Beliau menggesa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghormati keputusan mahkamah secara menyeluruh dengan menghentikan sebarang bentuk tekanan dan ugutan terhadap karya miliknya.

"Saya dengan ini mendesak kerajaan menghormati keputusan mahkamah secara menyeluruh dengan menghentikan tekanan dan ugutan kepada kilang pencetak dan pekedai-pekedai yang menjual buku-buku kartun saya.

"Saya juga mendesak kerajaan, khususnya KDN memulangkan ratusan naskah buku-buku saya yang dirampas sejak beberapa tahun lalu," tegas Zunar.

Harga Barang Dan Ulama Salahkan Tuhan

Posted: 09 Oct 2014 05:23 AM PDT


Oleh DrMAZA.com




Salah guna agama yang sangat buruk ialah apabila seseorang ingin membela pihak yang dia ampu sehingga sanggup membiarkan manusia menyalahkan Allah.

Ini seperti dalam membela kenaikan harga barang mereka sanggup menyandarkan kesalahan kepada Allah dengan menyebut "Allah yang menaikkan harga barang".

Inilah buruknya apabila agama digunakan untuk kepentingan. Lebih baik ahli-ahli ekonomi yang memberikan angka dan alasan mengapa harga barang patut dinaikkan ataupun subsidi patut dipotong.

Itu semua perbahasan antara kita tanpa meletakkan kesilapan insan kepada Tuhan.Kita boleh memberi pandangan setuju ataupun tidak atas alasan-alasan fakta ekonomi.

Namun apabila disebut Tuhan yang tentukan, maka ia menutup ruang perbincangan. Itu satu cara yang amat salah.

Mungkin nanti akan ada berkata pengeboman Gaza, kemasukan filem Dracula Untold dll juga ketentuan Allah maka jangan persoalkan. Begitulah seterusnya kesan perkara yang seperti ini.


Dedah pertemuan Umno-peguam negara

Posted: 09 Oct 2014 05:19 AM PDT


DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa perbincangan antara ketua bahagian Umno dalam satu pertemuan dengan peguam negara dan ketua polis negara pada 14 Ogos lalu didedahkan.

Dilaporkan satu pertemu an diadakan melibatkan 60 ketua bahagian Umno dengan peguam negara dan ke tua polis negara, pada 14 Ogos lalu sejurus sebelum tangkapan dan tindak an mengikut Akta Hasut an dimulakan oleh pihak berkuasa.

"Pertemuan yang dilapor kan itu membawa satu implikasi serius berhubung hubungan dan kerjasama antara Umno dengan pihak berkuasa dalam memulakan tindakan di bawah Akta Hasutan, yang sasarannya mereka yang kritikal terhadap kerajaan Barisan Nasional," kata Mohamad kepada Harakah.

Jelasnya lagi, pertemuan yang masih tidak dinafikan atau dijelaskan oleh kerajaan itu menimbulkan persoalan tentang bentuk pertemuan itu, seperti sama ada pihak peguam negara dan polis dipengaruhi oleh Dedah pertemuan Umno-peguam negara Umno untuk memulakan tindakan.

Kata Mohamad, ini kerana banyak laporan terbabit telah lama dibuat oleh Umno, tetapi tindakan-tindakan pihak berkuasa itu mula diambil selepas pertemuan itu.

"Persoalan ini perlu dijawab segera oleh pihak pe guam negara dan ketua polis untuk tidak memburukkan lagi persepsi ramai terhadap institusi terbabit," tegas Mohamad.

Pihak berkuasa memulakan tindakan terhadap beberapa individu mengikut Akta Hasutan, termasuk akti - vis politik dan ahli aka demik, tindakan yang mengejutkan dan mengundang kritikan keras daripada banyak pihak yang melihat tindakan itu berdasarkan pertimbangan politik pemerintah.

Kempen mendesak Akta Hasutan 1948 dimansuhkan digerakkan dengan agresif oleh Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan sejak tangkapan bermula, dan turut mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin Umno dan BN.

Najib perlu berani lakukan transformasi

Posted: 09 Oct 2014 05:15 AM PDT






























Oleh AZIZ MUDA


PENTADBIRAN Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak kelihatan kehilangan arah kembali apabila undangundang lapuk, Akta Hasutan 1948 digunakan kembali ke atas rakyat negara ini mulai Mei lalu.

Sebelum itu, Najib yang begitu lantang bersuara untuk melakukan transformasi di dalam pentadbirannya dilihat sudah mula melangkah dengan baik ke arah perubahan yang ingin dilakukannya, dengan melakukan beberapa tindakan yang tidak sanggup dilakukan oleh perdana menteri lain sebelumnya di negara ini.

Antaranya termasuklah dengan mengemukakan cadangan yang telah didesak sekian lama oleh PAS dan Pakatan Rakyat agar memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Walaupun terpaksa menempuhi pelbagai halangan terutama daripada beberapa orang pemimpin Umno-BN sendiri, akhirnya hasrat beliau untuk memansuhkan akta itu terlaksana juga pada 16 September 2011.

Walaupun pemansuhan ISA digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 atau SOSMA yang juga mengekalkan ciri-ciri ISA, tetapi kepada rakyat, tindakan Najib itu setidak-tidaknya sudah memperlihatkan hasrat beliau untuk melakukan perubahan seperti yang dilaungkan, sekali gus sebagai awalan yang baik ke arah perubahan lebih besar yang akan menyusulinya secara berperingkat-peringkat.

Ketika rakyat sedang menaruh harapan besar kepada beliau untuk melakukan perubahan lebih jauh sejajar dengan status negara ini yang sedang menuju negara maju menjelang tahun 2020, Najib tiba-tiba mengejutkan seluruh rakyat negara ini dengan perubahan di sebaliknya, dengan kembali menggunakan Akta Hasutan

Perubahan sikap Najib itu menyebabkan bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM) yang juga Pengarah Eksekutif Lensa, Muhammad Safwan Anang @ Talib, 25, muncul sebagai mangsanya yang pertama.

Beliau didakwa di bawah Akta Hasutan kerana ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada malam 13 Mei lalu yang dikatakan menghasut orang awam untuk mengubah kerajaan secara tidak sah

Pada hal sekiranya diteliti ucapan keseluruhannya hanyalah berkisar tentang salahguna kuasa oleh SPR dan isu politik perkauman yang masih dimainkan oleh Umno-BN.

Dalam perbicaraan 5 September lalu, beliau dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Turut didakwa bersama beliau, Naib Presiden KeADILan, Chua Tian Chang atau Tian Chua, 51; aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim, 25; aktivis Hishamuddin Rais, 63; ahli PAS, Mohd Tamrin Abdul Ghafar, 64, dan peguam Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 55.

Umum akan mansuhkan Akta Hasutan

Banyak pihak beranggapan, Dato' Seri Najib pada dasarnya sememangnya menyimpan hasrat besar untuk melakukan transformasi di negara ini, khususnya yang membabitkan pemansuhan undang-undang drakonian yang tidak lagi relevan dengan perkembangan zaman seperti ISA dan Akta Hasutan.

Kesediaan untuk melakukan perubahan itu diumumkan sendiri oleh Najib pada 11 Julai 2012 dengan mengatakan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya.

Najib juga berkata, kerajaan mengambil keputusan menguatkuasakan sertamerta semua akta baharu dan pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang yang diumumkan dalam Pelan Transformasi Politik termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkahlangkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Malah lebih jauh dari itu, Najib juga turut mengiringi pengumumannya itu dengan persetujuannya menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji cadangan penggunaan Akta Keharmonian Nasional yang membabitkan semua parti di negara ini. PAS sendiri diwakili Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa bagi menganggotai jawatankuasa itu.

Di luar jangkaan orang ramai, Najib yang dikatakan begitu berkarisma dan hebat di luar negara tibatiba boleh berubah pula pendiriannya dengan menguatkuasakan kembali Akta Hasutan, sehingga menyebabkan lebih ramai lagi rakyat negara ini yang akan menjadi mangsanya selain daripada yang disenaraikan itu.

Turut menjadi mangsa termasuklah pelajar institut pengajian tinggi swasta, Ali Abd Jalil; ahli Parti Reformasi Negeri Sabah, David Orok; Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Azmi Sharom; Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat yang turut didakwa di bawah akta itu termasuklah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Adun Changkat Jering, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, Adun Seri Delima, RSN Rayer, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Tindakan tersebut dilihat dilakukan oleh Najib bagi melumpuhkan Pakatan Rakyat walaupun dengan cara yang boleh menjejaskan imej negara di mata dunia, sehingga menyebabkan Malaysia kembali bermahajarela dengan penggunaan undang-undang lapuk di negara ini selepas era 22 tahun pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perubahan Najib itu juga dilihat oleh pelbagai pihak akibat tekanan Mahathir ke atas beliau akibat tindakannya memansuhkan ISA yang disifatkan oleh Mahathir sebagai satu tindakan yang boleh mendatangkan kerugian besar kepada Umno-BN untuk terus memerintah di negara ini.

Wajarkah Najib tunduk dengan tekanan Mahathir?

Persoalan besar kepada seluruh rakyat negara ini, wajarkah Najib tunduk dengan tekanan Mahathir? Sedangkan dengan tindakannya itu, di manakah karisma dan kehebatan Najib sebagai seorang Perdana Menteri?

Apatah lagi Najib sendiri sebelum ini sudah begitu lantang bersuara untuk melakukan transformasi dalam pentadbirannya?

Dengan begitu mudah tunduk kepada tekanan Mahathir, apa akan jadi dengan transformasi yang ingin dilakukannya?

Sedangkan gagasannya untuk melakukan perubahan itu cukup besar.

Ia akan menaikkan imej negara dan imej Najib sendiri sebagai Perdana Menteri, sehingga mampu mentadbir negara dengan cara terbaik seperti juga yang dilakukan di negaranegara lain di negara ini, terutama negara-negara maju.

Sesuai dengan perkembangan zaman, sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi sudah tidak sewajarnya diperintahkan dengan cara kuku besi. Malah demokrasi itu sendiri amat perlu disuburkan bagi membolehkan rakyat turut mencapai kemajuan yang selari antara pembangunan jasmani dan rohani, dengan pemikiran-pemikiran yang kritis bercambah di setiap penjuru bagi memacu negara ke arah yang lebih baik.

Di sinilah perlunya najib memiliki keupayaannya sendiri dalam bertindak. Sebagai Perdana Menteri yang sudah berkeupayaan melakukan sedikit perubahan di peringkat awalnya, Najib tidak sepatutnya berundur ke belakang kembali, tetapi sewajarnya terus maju dengan tindakan-tindakan yang lebih berani untuk mencapai perubahan yang lebih baik selaras dengan kehendak rakyat dan keperluan negara.

Jika berundur, bererti Najib sendiri sudah menyerah kalah. Dengan itu, Najib pada pandangan rakyat sebenarnya tidak mempunyai keberanian untuk melaksanakan gagasannya sendiri, sehingga menjadikan slogan beliau yang diharapkan akan membawa perubahan yang lebih baik kepada negara hanya tinggal harapan dan Umno- BN tetap kekal dengan corak pemerintahannya yang lalu, meskipun era pemerintahan Mahathir sudah lama berlalu.

Dalam masa yang sama, Najib juga perlu sedar, tindakannya menggunakan Akta Hasutan kembali tidak juga akan menakutkan rakyat. Malah semakin ditekan dan semakin ramai yang dikenakan akta itu, semakin ramai rakyat yang akan bangkit menentangnya. Realiti ini boleh dilihat kepada kebangkitan anak-anak muda sendiri setelah Akta Hasutan digunakan kembali.

Anak muda tetap gigih berjuang hapus Akta Hasutan

Muhammad Safwan Anang sendiri yang juga bapa kepada anak berusia lapan bulan dalam kenyataannya 7 September lalu menegaskan, beliau tidak gentar dengan hukuman penjara 10 bulan yang dikenakan terhadapnya dan akan meneruskan kempen bantahan terhadap Akta Hasutan 1948.

Malah beliau dan beberapa penggerak pertubuhan bukan kerajaan anak muda dan mahasiswa telah menjelajah seluruh Lembah Klang bermula tarikh itu bagi menyampaikan mesej bantahan tersebut.

Selain itu, beliau dan rakan-rakannya turut mengambil inisiatif menggabungkan 11 NGO mahasiswa dan anak muda dalam gerakan mereka menerusi Gerakan Anak Muda Hapuskan Akta Hasutan (Hasut) yang dilancarkan pada 9 September lalu.

Antara NGO-NGO yang menyertainya terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia (APBM), Kelab Bangsar Utama, Geng Kotak, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Malaysia Youth and Student Democratic Movement, Mahasiswa Keadilan Malaysia dan Pro Mahasiswa Nasional.

Antara lain, mereka menuntut tiga desakan yang dipersetujui bersama. Pertama, mereka mahu Perdana Menteri menunaikan janji pada Julai 2012 untuk menghapuskan Akta Hasutan. Kedua, menggugurkan semua pertuduhan dan siasatan yang dibuat terhadap mangsa mengikut akta tersebut.

Tuntutan terakhir mereka, tiada akta baru diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan yang dihapuskan.

Wanita Maut Kereta Rempuh Belakang Treler

Posted: 09 Oct 2014 05:08 AM PDT

Oleh: CHAN LI LEEN 
 
 
Sebuah kereta remuk selepas merempuh sebuah treler di KM367 Lebuhraya Utara Selatan di Bidor, awal pagi Rabu. Foto twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat @bombaJBPM
 
 
 
IPOH: Seorang wanita maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Km367 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Bidor, awal pagi Rabu.
Mangsa, Wan Markiyah Wan Hamid, 35, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, seorang lelaki dan lima kanak-kanak yang turut menaiki kenderaan yang sama mengalami kecederaan.
Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, orang ramai membawa kesemua mangsa yang cedera ke Hospital Slim River sebelum pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.
"Kita telah mengeluarkan mayat daripada kenderaan itu.
"Mayat wanita itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan sedang menuju ke arah selatan di lebuh raya itu.

Polis Nafi Letupan Bom Di Bukit Bintang Ada Kaitan Dengan IS

Posted: 09 Oct 2014 05:06 AM PDT



MSTAR ONLINE
 
 


Seorang anggota pemusnah bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang salah sebutir bom di Sun Complex, Bukit Bintang. - foto AZHAR MAHFOF/The Star


KUALA LUMPUR: Polis menafikan kejadian letupan bom di Bukit Bintang pada Khamis mempunyai kaitan dengan militan Negara Islam (IS), sebaliknya kejadian itu berpunca daripada aktiviti kumpulan gengster.

Ketua Polis Kuala Lumpur DatukTajuddin Md Isa berkata kejadian itu dipercayai berpunca perebutan kawasan perniagaan antara kumpulan kongsi gelap.

"Fokus siasatan masih lagi awal, namun ia dipercayai lebih kepada kumpulan kongsi gelap yang cuba merebut kawasan dan berkaitan dengan bisnes.

"Pihak polis juga memberi jamiman secara keseluruhan kawasan ini telah selamat," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian.

Seorang joki kereta maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom 'molotov cocktail' yang dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap, di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex pada pukul 4.20 pagi.

Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.

Pekerja joki itu ialah Tiong Kwong Yie, 36.

Tajuddin berkata orang ramai tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan di kawasan berkenaan dan boleh menjalankan aktiviti seperti biasa.

"Polis akan mempertingkatkan tahap keselamatan terjamin dengan membuat rondaan secara kerap di sini," katanya.

Pada masa sama, beliau menyeru supaya orang ramai jangan mudah percaya tentang berita yang mengatakan terdapat lapan butir bom di sekitar sini.

"Hanya dua butir bom sahaja setakat ini. Seperti laporan dalam media sosial sebelum ini ada lapan, jangan percaya," katanya.

Tajuddin berkata sekiranya orang ramai mahu mendapatkan keterangan lanjut berhubung kes itu, mereka boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Sementara itu, jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata tiga daripada 11 mangsa letupan yang dirawat di HKL telah dipindahkan ke Hospital Ampang dan dua lagi masih dirawat di Hospital Gleneagles.

Sehingga kini katanya, mangsa yang cedera merupakan enam rakyat tempatan, seorang lelaki Thailand, seorang lelaki Singapura dan empat wanita (China).

'Tiada peruntukan SJK dalam perlembagaan'

Posted: 09 Oct 2014 04:59 AM PDT



MALAYSIAKINI


Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berkata memang tiada peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Menurutnya lagi, tiada juga peruntukan yang melarang kerajaan membantu, mewujudkan atau membenarkan penubuhan sekolah itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Dalam temubualnya dengan akhbar itu, Mohd Noor menjelaskan jika penubuhan sekolah itu dibuat oleh kerajaan maka ia dikira "secara ihsan" dan tidak boleh ada pertubuhan mendesak kerajaan bantu SJK.

"Sekolah persendirian, sekolah Cina, Tamil dan sekolah apa bangsa sekalipun di negara ini, yang nak belajar bahasa ibundanya, buatlah, teruskanlah tapi kena tanggung sendiri.

"Katakan orang Cina nak belajar bahasa Cina, mereka boleh buat sekolah tanggungan sendiri. Jadi sekarang ini hanya ada dua jenis sekolah iaitu sekolah ditanggung kerajaan dan sekolah dibiayai masyarakat.

"Jadi mana kita nak letak SJK kalau merujuk kepada perkara 152? Memang tiada peruntukan membenarkan penubuhan SJK menurut Perlembagaan," katanya dalam temubual itu.

Beliau menjawab soalan berhubung kedudukan SJK mengikut Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan susulan cadangan Timbalan Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu isu sekolah itu dibahas dalam Perhimpunan Agung Umno.

Dalam temubual itu juga, Mohd Nor menegaskan dalam perlembagaan bahasa Melayu ada bahasa kebangsaan tetapi tiada siapapun boleh disekat dan dihalang dari menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain.

"Dari satu sudut, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk perkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menyediakan sekolah untuk mengajar dan belajar bahasa Melayu.

SK bukan sekolah Melayu

"Malah bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi bagi memudahkan semua orang belajar bahasa Melayu. Kerana itu, kerajaan sediakan sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu," katanya dipetik.

Dari sudut yang lain pula, Mohd Noor berkata tidak boleh dihalang terus dan disekat sesiapa sahaja yang mahu mengguna, belajar atau mengajar bahasa ibundanya pada bila-bila masa atau di mana sahaja kerana ia adalah hak individu.

"Siapa individu ini? Boleh jadi mereka adalah warga negara Malaysia, permastautin atau pelancong di sini. Yang kebanyakan orang tidak faham ialah guna, belajar dan mengajar secara sendirian.

"Kerajaan tidak campur dan kerajaan tidak (perlu) sediakan sekolah atau kelengkapan. Ini urusan peribadi individu tersebut. Itu yang kita kena faham," katanya.

Ditanya mengenai cara penyelesaian isu sekolah vernakular, Mohd Nor mencadangkan sekolah jenis kebangsaan dijenamakan sebagai sekolah kebangsaan berbanding dihapuskan untuk mengelak rasa "sakit hati" orang ramai.

"Tetapi siapa nak belajar bahasa ibunda masing-masing, sediakan kemudahan itu. Keperluan untuk pelajari bahasa ibunda tidak akan memakan masa lama.

"Dalam tempoh tiga tahun dah boleh fasih. Kita masih pelihara tradisi setiap masyarakat dan dalam masa yang sama tidak jejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

"Tapi kalau masing-masing bergaduh, ada yang nak pertahan SJK, ada yang nak mansuhkan, musnahlah negara kita," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mencadangkan supaya kerajaan menyediakan sekolah kebangsaan itu di mana semua pelajar tak mengira bangsa belajar bawah satu bumbung, berkongsi padang dan kantin yang sama.

"Ketika itu tiada siapa mempersoalkan. Di Singapura, hanya ada satu sekolah, semua pelajar bahasa pelbagai bahasa di situ. Kalau mereka boleh terima sistem begitu, kenapa kita tidak?" soal Mohd Noor.

Dua murid di Kudat cedera ketika duduki UPSR

Posted: 09 Oct 2014 04:56 AM PDT

MALAYSIAKINI


Dua pelajar lelaki tahun enam, Sekolah Kebangsaan Panudahan dekat Kudat, cedera ringan selepas  bumbung kelas mereka diterbangkan angin kencang ketika sedang menduduki peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pagi tadi.
  
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip berkata murid berkenaan, Jil Muin cedera di bahagian peha terkena kipas siling yang jatuh manakala Danielson Danius cedera ringan terkena siling papan lapis.
  
Turut cedera dalam kejadian pukul 8.30 pagi berkenaan kata Jame ialah seorang guru lelaki pengawas peperiksaan, Jamil Totong yang cedera di bahagian belakangnya terkena beluti.
  
"Semasa kejadian, peperiksaan ulangan UPSR bagi kertas Matematik sedang dijalankan. Pada ketika itu, 37 murid sedang menduduki peperiksaan dengan tiga orang guru pengawas di dalam dua kelas," katanya dalam kenyataan  di Kudat hari ini.
  
Bagaimanapun, kata Jame semua calon peperiksaan UPSR sekolah berkenaan dapat menyempurnakan peperiksaan  mereka selepas dipindahkan ke blok bangunan bersebelahan bilik guru yang tidak terjejas dengan kejadian  ribut  berkenaan.

Dalam kejadian itu, empat kelas dan bilik pentadbiran terjejas manakala kereta milik guru besar  sekolah itu turut rosak dihempap kayu.
  
Menurut Jame, semasa kejadian guru besar dan sembilan guru berada di dalam  bilik guru sekolah itu. - Bernama

CFM berang dengan jawapan Nancy

Posted: 09 Oct 2014 04:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) berang dengan pengumuman kerajaan bahawa ancaman untuk membakar Bible bukan satu jenayah kerana ia dilakukan demi mempertahankan Islam.

Pengerusi CFM, Eu Hong Seng dalam kenyataannya berkata, pengumuman itu memberi "kebebasan penuh" kepada golongan ekstremis untuk terus memberi ancaman kepada orang Kristian atau mana-mana penganut fahaman lain.

"CFM berpendapat bahawa kedudukan ini sangat tidak bertanggungjawab kerana ia memberi kuasa penuh atau kebebasan penuh kepada ekstremis lain untuk mengambil tindakan serupa, bukan saja pada Kristian tetapi mana-mana kumpulan agama yang bukan Islam," katanya.

Katanya, alasan menteri kabinet berhubung tindakan ganas itu tidak boleh dijelaskan mengikut apa-apa logik, kewajaran atau keadaan.

"Kami membantah dengan keras kedudukan yang jelas tidak boleh dipertahan oleh kerajaan," katanya lagi yang meminta para MP mengemukakan usul untuk menegur menteri di jabatan perdana menteri, Nancy Shukri atas kenyataan tersebut.

Ia berhubung penjelasan Nancy dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam mengenai tindakan ke atas presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berhubung seruan pada orang Islam untuk "merampas" dan "membakar" naskhah Bible berbahasa Melayu.

Nancy semalam menjelaskan tiada tindakan pendakwaan akan diambil terhadap Ibrahim kerana bekas MP tersebut "hanya mempertahankan kesucian agama Islam".

"Kenyataan yang dibuat oleh beliau tersebut tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya untuk mempertahankan kesucian agama Islam

"Oleh yang demikian, tiada pendakwaan dilakukan," kata Nancy.

Menurutnya, kata-kata yang diucapkan oleh Ibrahim ditujukan kepada individu yang telah mengedar naskhah Bible mengandungi kalimah Allah dan juga tulisan Jawi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang, termasuk pelajar Melayu.

PTPTN: Peminjam culas ke senarai CCRIS

Posted: 09 Oct 2014 04:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Para peminjam yang culas membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Laporan Berita Harian menyebut, langkah terbaru itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Tindakan senarai hitam dalam sistem yang ditubuhkan oleh Bank Negara itu akan menyekat peluang peminjam terbabit untuk memohon pembiayaan dengan agensi kewangan lain.

Langkah berkenaan akan dimulakan dengan usaha mengutip semula dana berjumlah kira-kira RM1.2 bilion daripada 170,000 peminjam yang dilaporkan langsung tidak pernah membuat bayaran sejak 1998 hingga 2010.

Ia bagi menampung dana perbadanan tersebut yang dilaporkan mengalami penyusutan serius.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan semalam mendedahkan lebih setengah juta peminjam tidak melunaskan pinjaman sejak tabung itu diwujudkan pada Julai 1997.

Seramai 552,000 peminjam tidak membayar walau satu sen kepada PTPTN selepas menamatkan pengajian mereka, katanya

MB: Octoberfest belum diluluskan polis, kastam

Posted: 09 Oct 2014 04:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, penganjur pesta arak Oktoberfest masih lagi belum mendapat kebenaran daripada pihak polis dan Jabatan Kastam.

"Belum. Kita belum terima kelulusan daripada beberapa agensi.

"Sebab dalam perayaan seperti ini mengikut garis panduan yang sedia ada. Pihak polis dan kastam akan memberikan kelulusan.

"Dan selepas itu pihak penganjur perlu mematuhi garis panduan yang akan dikeluarkan oleh PBT (pihak berkuasa tempatan)," katanya ketika ditemui pemberita selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Pemberita: Apakah pendirian YB (terhadap Octoberfest) sebagai menteri besar?

Azmin: Pendirian semalam adalah pendirian kerajaan negeri.

Macam mana YB lihat? Adakah kerajaan negeri berpandangan (ia) perlu tarik balik?

Well, ia tertakluk kepada garis panduan.

Kalau semua dah lulus boleh diadakan?

Belum. Kita belum terima kelulusan daripada beberapa agensi. Sebab dalam perayaan seperti ini mengikut garis panduan yang sedia ada, pihak polis dan Kastam akan memberikan kelulusan.

"Dan selepas itu pihak penganjur perlu mematuhi garis panduan yang akan dikeluarkan oleh PBT. Jadi, dia akan patuhlah.

(Penganjur) belum cukup syarat lagi untuk diluluskan?

Belum. PBT, MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) akan pertimbangkan permohonan ini yang tertakluk kepada kelulusan awal.

Permohonan sudah dibuat ke?

Kena tanya penganjur. Saya bukan penganjur.

PAS minta supaya batal?

Itu pandangan parti. Ini kerajaan negeri yang juga diwakili semua parti .

Mengenai papan iklan yang dipasang di Shah Alam?

Itu tak dapat kelulusan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam)

Adakah kerajaan negeri kesal?

Ya, dan sudah ambil tindakan kepada pemilik papan iklan dan sudah menggantung permitnya selama tiga bulan.

MP 'berperang' isu warden penjara sokong siapa

Posted: 09 Oct 2014 04:13 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dua orang MP dari BN dan Pakatan Rakyat hari ini bertikam lidah tentang kecenderungan politik warden penjara.

Pertikaian tersebut berlangsung antara MP Sepang, Hanipa Maidin dan MP Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) (No. 2) 2014.

Ia bermula apabila Hanipa (bawah) mendakwa beliau didatangi warden penjara yang memintanya agar membawa isu kenaikan gaji mereka ke Parlimen.

"Ini permintaan dari warden-warden penjara ini mereka minta supaya mereka juga diberi kenaikan gaji.

"Saya ini MP yang selalu bercakap pasal naik gaji orang lain," katanya.

Kenyataan beliau itu kemudian dicelah oleh Shahidan Kassim.

"Saya tercabar dengar dari luar jadi saya masuk.

"Yang pertama kenapa warden ini jumpa YB kenapa tak jumpa kami - di antara orang yang boleh mempertimbangkannya dengan lebih cepat lagi.

"Mereka ini sebenarnya jumpa Yang Berhormat, pada anggapan Yang Berhormat sahaja," bidas Shahidan disambut gelak ketawa dari anggota-anggota Parlimen BN.

Menyambung perbahasannya, Hanipa menegaskan bahawa Shahidan perlu menyiasat sendiri sebab warden penjara cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat.

"Yang pertama dia (Shahidan) tanya kenapa warden jumpa saya tak jumpa mereka.

"Dia kena tanyalah kenapa dia orang suka sangat dengan Pakatan Rakyat tak suka dengan yang sana (BN).

"Kena tanya diri sendirilah.

"Mungkin kerana keburukan orang-orang di sana.

"(Mereka) tak percayalah dengan orang-orang di atas.

"Itu kena tanya merekalah. Hakikat, yang mereka nak jumpa kita, menunjukkan mereka tahu yang kita inilah yang menjuarai masalah rakyat," kata Hanipa.

Enggan mengalah, Shahidan (kanan) memohon untuk mencelah dan diberikan laluan oleh Hanipa.

"Walaupun saya dan rakan-rakan tak pernah ditahan dalam penjara, tetapi saya dan rakan juga memberi perhatian kepada penjara.

"Kita kalau ada upacara-upacara Hari Merdeka atau hari korban kita sentiasa ada di sana," katanya.

RUU Penjara (Pindaan) (No.2) 2014 ini mula dibaca untuk kali kedua hari ini selepas Rang undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan 2014) selesai dibaca tengah hari ini.

Harapan Rara untuk exco muda S'gor

Posted: 09 Oct 2014 12:48 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Segmentasi Wanita Muda SAMM (Wanita Muda) mengucapkan tahniah kepada menteri besar (MB) Selangor yang baru, Azmin Ali dan juga barisan exco negeri Selangor yang baru.

Sepertimana yang pernah dinyatakan SAMM sebelum ini, krisis pertukaran MB Selangor harus ditamatkan dengan segera.

Wanita Muda menghargai sikap Azmin Ali yang melantik lebih ramai barisan exco dari kalangan anak muda seperti Nik Nazmi Ahmad, Amiruddin Shari dan Zaidy Abdul Talib.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Langkah Kajang dicaturkan bagi menukar MB Selangor selepas MB terdahulu dilihat gagal untuk terjemahkan manifesto yang diumum Pakatan Rakyat.

Antara slogan 'Langkah Kajang' ialah untuk melangkah ke Putrajaya. Sebagai NGO yang mesra Pakatan, suka kami mengingatkan tentang salah satu janji pilihan raya Pakatan ialah pendidikan percuma.

Isu yang melibatkan anak muda khususnya golongan mahasiswa ini wajar diambil perhatian.

Walaupun Pakatan tidak berjaya menguasai kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum lalu, tetapi Pakatan masih mengekalkan penguasaan besar terhadap kerajaan Selangor, sebuah kerajaan maju, kaya dan sangat mirip dengan persekutuan Malaysia dari segi komposisi kaumnya.

Sehubungan itu, besar harapan Wanita Muda mahu melihat Nik Nazmi selaku pengerusi tetap pendidikan melakukan sesuatu untuk melaksanakan manifesto Pakatan bersesuaian dengan kemampuan kerajaan negeri.

Wanita Muda Mencadangkan:

  • Pendidikan percuma kepada semua pelajar institusi Selangor ialah Universiti Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Inspens, atau;
     
  • Pendidikan percuma kepada pelajar anak Selangor di institusi Selangor, atau;
     
  • Pendidikan percuma kepada pelajar miskin di institusi pendidikan Selangor atas inisiatif mengesan golongan ini dengan lebih tepat.
Jika pendidikan percuma dapat dilaksana, Unisel contohnya boleh menjalankan temuduga terbuka bagi memilih pelajar terbaik dari seluruh negara.

Namun sebagai menghormati dasar hak belajar dan pendidikan percuma untuk semua, Wanita Muda mencadangkan supaya ditetapkan kuota bagi memberi keadilan sewajarnya seperti 40 peratus untuk anak Selangor.

Sebanyak 30 peratus pelajar-pelajar pintar dari seluruh negara, 20 peratus pelajar pertengahan dari keluarga miskin dan 10 peratus pelajar antarabangsa.

Wanita Muda SAMM percaya Nik Nazmi mempunyai idea yang lebih baik, bagaimana cadangan ini mampu dilaksanakan.

Program ini jika berjaya dilaksanakan, mampu melonjak institusi pendidikan Selangor dengan cepat dan membuka mata rakyat Malaysia bahawa pendidikan percuma bukanlah mustahil.

Masalah seterusnya yang membelenggu anak muda ialah soal perumahan.

Kini, kawasan-kawasan yang dahulunya dilihat sebagai terkebelakang seperti Puncak Alam, Kundang, Rawang dan lain-lain, telah membangun dengan begitu pesat.

Pembangunan tersebut turut menyebabkan harga rumah melambung tinggi.

Jika dahulu kerajaan melaungkan slogan rumah mampu milik, kini rakyat hanya membaca slogan tersebut sebagai rumah mampu tengok.

Ia langsung tidak mencecah kadar mampu dari sudut pendapatan bulanan.

Kerajaan Selangor perlu segera menyelesaikan permasalahan ini, sama ada dengan membina rumah mampu milik yang boleh dibeli oleh rakyat melalui kaedah sewa beli ataupun membina rumah untuk disewa oleh rakyat dengan kadar yang berpatutan.

Permintaan terhadap perumahan dan permainan dalam industri perumahan boleh juga dikurangkan dengan kaedah waqaf.

Di mana, waqaf Selangor membeli rumah di kawasan strategik dan menyewakannya kepada rakyat dengan syarat-syarat tertentu.

Ini jika dilakukan tentu dapat menyekat nafsu golongan berkemampuan untuk menambah bilangan hartanah untuk disewakan, di mana mangsa sewaan mahal ialah golongan miskin, anak muda dan pelajar.

Jika permintaan terhadap perumahan berkurangan, dengan sendiri harga rumah mampu diturunkan.


YOUNG SYEFURA OTHMAN atau lebih dikenali sebagai Rara, penyelaras Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Putrajaya masih elak jawab soalan jet Najib

Posted: 09 Oct 2014 12:28 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Putrajaya hari ini menutup kemas mulut mereka apabila ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan jet rasmi negara untuk bercuti di Eropah selepas selesai melakukan satu lawatan rasmi ke Netherland.

MP Seremban, Anthony Loke menggesa Putrajaya agar mendedahkan laluan pesawat Airbus A319CJ dikenali sebagai NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA yang terbang di Eropah di antara 1 hingga 15 Ogos lalu.

Anthony (kiri) juga menggesa agar perincian kos serta tujuan pesawat itu terbang di antara tarikh itu didedahkan.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sekadar menjawab penerbangan itu adalah atas urusan rasmi yang membawa Najib dan isterinya serta delegasi rasmi ke Netherland untuk lawatan berkait tragedi pesawat MH17.

"Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan di mana ia digunakan atas urusan perdana menteri.

"Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah di dalam anggaran yang bersesuaian dengan kosnya," jawapan Shahidan dipetik.

Jawapan bertulis Shahidan juga tidak menjawab laluan pesawat itu selepas urusan rasmi Najib selesai dilakukan.

Bajet 2015: Diharap tidak pinggirkan wanita

Posted: 09 Oct 2014 12:18 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Pembentangan Bajet 2015 yang dijadualkan esok oleh menteri kewangan sedang dinanti oleh seluruh rakyat Malaysia. Adakah sama seperti sebelumnya atau ada sesuatu yang baik untuk masa depan rakyat dan negara.

"Menjelang pembentangan belanjawan 10 Oktober 2014, diharap kerajaan tidak mengabaikan golongan wanita pada saat kos sara hidup yang kian meningkat terutama menjelang GST yang bakal dilaksanakan pada April 2015." Ujar menurut Normala Sudirman, Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia yang juga merupakan Timbalan Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pengguna Dewan Muslimat PAS Malaysia juga berkata bahawa dalam suasana tekanan ekonomi yang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat pada hari ini - kenaikan harga barang, tarif elektrik, harga minyak dan pelaksanaan GST bermula pada tahun 2015 - memberi impak bebanan yang besar kepada seluruh rakyat, terutama bagi yang berpendapatan sederhana dan rendah.

"Melalui pembentangan bajet 2015 yang akan dibentang pada 10 Oktober 2014 ini, kami berharap kerajaan akan memberi perhatian juga kepada golongan wanita melalui caruman daripada kerajaan dengan kadar yang ditetapkan, setiap bulan agar kebajikan mereka terbela." Ujarnya lagi.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar diwujudkan Skim Pelindungan Wanita yang ditimpa musibah dan Skim Simpanan Hari Tua  bagi wanita.

Bagi suri rumah yang berpendapatan RM1500 ke bawah, beliau mencadangkan adanya suatu skim khas yang membolehkan wanita berdikari. Kerajaan juga disaran mewujudkan caruman khas minimum RM10 sebulan dari suami kepada isteri bagi membolehkan mereka ada simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 supaya boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan jika kematian suami, misalnya.

Kerajaan juga disaran merancang skim seperti membuat caruman minima RM50 setiap bulan kepada suri rumah sebagai tanda penghargaan terhadap golongan wanita yang mendidik anak-anak dan menjaga kesejahteraan keluarga.

"Suatu skim untuk ibu tunggal yang terpaksa menyara persekolahan anak anak akibat kehilangan suami juga wajar ada di samping menyediakan peluang pekerjaaan yang bersesuaian tanpa perlu bekerja hingga larut malam yang akhirnya menyebabkan keselamatan mereka terancam.

"Saya juga mencadangkan supaya waktu kerja anjal untuk wanita dilaksanakan ditempat bekerja seperti di R&R dan tol lebu hraya serta juru wang di kedai dan premis perniagaan selepas jam 12 malam. Adalah lebih baik jika selepas jam 12 malam, kaum lelakilah bertugas. Hal ini penting demi keselamatan mereka.

Normala juga menegaskan tentang kesan berantai yang akan berlaku akibat jatuhnya harga sawit dan getah, kemudian pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP).

Oleh hal yang demikian, beliau berharap belanjawan 2015 nanti tidak meminggirkan kaum wanita. – HARAKAHDAILY

Letupan: Seorang mangsa meninggal dunia

Posted: 09 Oct 2014 12:16 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Seorang mangsa kejadian letupan bom di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pagi tadi dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Difahamkan mangsa adalah pekerja jockey di bangunan terbabit yang cedera parah dalam kejadian itu sebelum ini.

Dlam insiden kira-kira 4.30 pagi tadi, 14 orang dilaporkan cedera ekoran letupan yang dipercayai daripada bom buatan sendiri.

Difahamkan pihak polis dengan bantuan DBKL telah mengalihan kenderaan bagi memudahkan kerja-kerja pemusnahan bom.
Sementara itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat insiden letupan di Bukit Bintang awal pagi ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, buat masa sekarang pihaknya sedang mengumpul maklumat dan menyiasat berkenaan insiden letupan itu.- HARAKAHDAILY

Isu 'keistimewaan' pinjaman Deepak tidak dijawab

Posted: 09 Oct 2014 12:14 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah enggan menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengenai keistimewaan yang diberikan kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Mahfuz yang bangkit ketika Ahmad Bashah membuat penggulungan pindaan Rang Undang Undang (RUU) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 itu meminta penjelasan kerajaan adakah keistimewaan turut diberikan kepada peminjam yang mengalami masalah untuk membayar balik pinjaman.

"Saya hendak tahu adakah pertimbangan ini diberikan kepada semua peminjam yang mempunyai masalah untuk membayar balik pinjaman atau keistimewaan ini hanya diberikan kepada Deepak sahaja.

"Adakah kerajaan memberi kelonggaran kepada peminjam untuk menstruktur semula hutang peminjam seperti yang Deepak perolehi, bayar melalui cek tertunda dengan struktur hutang yang baru," soal beliau pada sidang Parlimen pagi tadi.

Ahmad Bashah yang enggan menjawab pertanyaan tersebut dengan menyatakan ia akan memberi jawapan kemudian.

Tindakan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Mahfuz yang memberitahu pertanyaan tersebut telah dibangkitkan semalam ketika sesi perbahasan RUU itu.

"Semua itu soalan semalam kenapa tidak mahu jawab, banyak masa yang ada dan saya tahu pegawai-pegawai kerajaan telah ambil nota tentang apa yang dibangkitkan.

"Bila semua cincai ini yang berlaku, kerajaan kena jawab bukan berdalih," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY

Kerajaan sedar gagal letak harga siling getah

Posted: 09 Oct 2014 12:11 AM PDT

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: Kerajaan menyedari gagal untuk meletakkan harga siling getah kerana harga pasaran komoditi itu ditentukan oleh pasaran dunia.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, harga getah ditentukan oleh pasaran dunia serta dipegaruhi oleh persepsi menyebabkan harga menurun.

"Mereka fikir stok kita masih banyak jadi mereka melambat-lambatkan pembelian kerana jangka harga akan lebih turun lagi," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu katanya, harga siling sukar ditentukan kerana wujudnya orang tengah yang turut memanipulasi harga getah.

Malah, katanya senario ini juga berlaku di negara jiran Thailand di mana mereka turut menyatakan masalah yang sama sehingga sukar untuk menetapkan harga siling.

"Saya ikuti persidangan di Thailand baru-baru ini mereka juga kemukakan soalan yang sama. Thailand juga negara yang paling banyak mengeluarkan susu getah," katanya.

Dalam soalan tambahan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan menyatakan kebimbangan kepada nasib pekebun kecil yang sedang berdepan dengan kejatuhan harga getah.

"Apakah kerajaan tidak bersedia menentukan harga lantai yang munasabah iaitu RM4 sekilo kita tidak mahu masih ada penoreh mendapat untung bersih hanya RM2 sekilo," katanya.

Tambahnya, harga siling wajar ditentukan bagi memastikan pekebun kecil tidak menjadi mangsa kepada manipulasi harga oleh orang tengah.

Terdahulu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz meminta Menteri berkenaan menyatakan sejauhmana penetapan harga getah yang tidak lagi bergantung kepada Panel Penasihat Harga namun akan ditetapkan sendiri oleh Lembaga Getah Malaysia mampu menstabilkan harga getah dan sekali gus membantu pekebun kecil di negara ini. - HARAKAHDAILY

Letupan: Pemuda PAS bimbang cubaan wujud ketegangan

Posted: 09 Oct 2014 12:08 AM PDT

HARAKAHDAILY 



 


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menggesa pihak polis membuat siasatan terperinci berhubung punca kejadian letupan di sebuah pub di kawasan Bukit Bintang, awal pagi tadi.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, letupan yang mengakibatkan 14 orang cedera itu dibimbangi bertujuan untuk mewujudkan ketegangan.

"Kita sangat jarang kedengaran berlakunya kes-kes sebegini di negara kita. Saya sangat bimbang jika ianya bertujuan untuk mewujudkan ketegangan.

"Di harap pihak polis dapat membuat siasatan terperinci motif kejadian yang telah berlaku agar rakyat Malaysia dapat hidup aman dan damai," katanya.

Beliau mengulas insiden letupan bom di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Letupan dipercayai daripada dua bom buatan sendiri yang lemparkan ke tempat kejadian dari aras dua bangunan berdekatan.

Difahamkan pihak polis dengan bantuan DBKL telah mengalihan kenderaan bagi memudahkan kerja-kerja pemusnahan bom.

Sementara itu 11 mangsa letupan bom tersebut kini dirawat di Hospital KL iaitu warga tempatan (5), China (4), Singapura (1) dan Thailand (1). - HARAKAHDAILY

Lelaki ditahan rempuh anggota polis

Posted: 08 Oct 2014 04:30 PM PDT

MALAYSIAKINI


Polis menahan seorang pemandu kerana merempuh motosikal seorang anggota yang sedang bertugas di Bukit Goh petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu anggota terbabit cedera di kaki dan leher dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
  
"Kejadian berlaku semasa anggota polis berkenaan hendak menahan kereta dipandu suspek berusia 26 tahun itu untuk tujuan pemeriksaan setelah didapati berada dalam keadaaan mencurigakan.
  
"Mangsa bersama beberapa lagi anggota polis telah mengejar kenderaan itu sehingga ke jalan mati.
  
"Keadaan itu menyebabkan suspek terperangkap dan ketika membuat pusingan U dalam usaha untuk melepaskan diri, dia telah merempuh motosikal yang dinaiki anggota polis berkenaan dan melarikan diri," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Bagaimanapun, katanya hasil maklumat dan risikan, suspek yang berasal dari Pekan berjaya ditahan di kawasan Bukit Goh kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga yang dipandu suspek menggunakan nombor pendaftaran berbeza di bahagian hadapan dan belakang.
  
"Polis percaya nombor pendaftaran kereta itu palsu dan berkemungkinan kenderaan itu adalah kereta curi namun siasatan sedang dijalankan," katanya.
  
Menurutnya, ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah dan dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut.

- Bernama

Gambaran politik Malaysia

Posted: 08 Oct 2014 04:28 PM PDT


POLITIK selalu dibayangkan sebagai suatu alat untuk menaikkan satu-satu kumpulan manusia berparti dan menjatuhkan kumpulan lain. Alasan untuk menaikkan kumpulan A dan menjatuhkan kumpulan B tidak selalu jelas, malah kerap beremosi. Selain itu, alasan selalunya direka-reka. Sebagai contoh, ketika menaikkan seseorang ke tahap menteri besar, dikatakan orang itu amat bagus dalam hal ekonomi dan pentadbiran, manakala ketika mahu menjatuhkannya akan dikatakan orang yang sama mengutamakan kroni.

Gambaran di atas tentulah jelas di mata rakyat Malaysia. Jika kita pergi lebih jauh ke belakang, kita akan faham dengan lebih jelas. Orang yang mengetuai pembangkang Malaysia pada masa ini, ialah orang yang menjadi tokoh nombor dua dalam kerajaan pada masa lalu. Tokoh ini berjaya mengajak rakyat mencintai parti kerajaan untuk selama 16 tahun, iaitu bermula pada 1982 hingga 1998. Beliau bukan saja amat menyayangi parti kerajaan, malah berjaya menjadi orang nombor dua parti itu.

Bagi rakyat 'terhasut', segi ini amat sukar difikirkan dengan tenang. Perkataan terhasut dalam konteks ini bukanlah berkaitan hasutan yang ada dalam Akta Hasutan, tetapi 'hasutan' dalam bentuk memperlekeh pihak lain secara yang melampau hingga menimbulkan kebencian. Jika Umno mengatakan Pas ialah parti pemfitnah misalnya, itu ialah hasutan kerana imej Pas dijatuhkan dengan sifat itu.

Demikian juga jika Pas mengatakan Umno ialah parti yang bertentangan dengan Islam. Tidak mungkin Umno anti-Islam.

Apabila PKR ditubuhkan, hasutan bertambah-tambah, kerana Umno dianggap perampas, hipokrit dan pelbagai gelaran lagi. Jika orang yang membuat tuduhan itu dulunya pemimpin Umno, maka tuduhan itu lebih-lebihlah tidak patut. PKR pula dituduh penderhaka bangsa. Ini pun satu tuduhan yang tidak wajar juga. PKR hanyalah parti biasa, sama seperti Semangat 46, Hamim dan lain-lain, cuma Ketua Umum PKR bijak berpidato, hingga menyebabkan beliau jadi terlalu membimbangkan.

Gambaran politik Malaysia akan lebih terang apabila parti-parti MCA, DAP, MIC, Gerakan dan beberapa lagi diberi perhatian. Jumlah parti dalam BN kini sudah cukup banyak. Secara sedar atau tidak, peniruan gabungan BN dilakukan oleh tiga parti pembangkang, iaitu Pas, PKR dan DAP.

Kita dapati dalam PKR ada sejumlah kecil orang bukan Melayu, dan dalam DAP ada sejumlah kecil orang Melayu. Kedua-dua parti itu dari segi praktiknya berasaskan kaum, tetapi dalam perlembagaannya tidak demikian. Parti-parti itu bukan untuk satu-satu kaum. Terpulanglah kepada rakyat sama ada mahu menyokong DAP yang dari segi sejarahnya berakarkan PAP. Seterusnya terpulang kepada rakyat untuk menyokong Pas yang berkeras memperjuangkan hukum hudud.

Apabila pilihan raya akan dilaksanakan, semua parti akan berjanji, melalui manifesto. Rakyat akan memilih parti yang disukainya berdasarkan manifesto masing-masing. Pada masa itu, pelbagai tuduhan mula dilemparkan. Ada pihak yang mengatakan undi hantu bermaharajalela, ada yang mengatakan dakwat kekal sebenarnya tidak kekal, dan pelbagai perkara yang dapat mencacatkan pilihan raya.  Perkara ini bukannya tiada kemungkinan berlaku, tetapi jika sesebuah parti itu kuat betul, usaha manipulasi melalui undi hantu dan dakwat boleh padam akan sia-sia saja.

Bukti kenyataan di atas ialah kekalahan Umno di Terengganu pada 1999, dan di Kedah 2008. Tidak perlu dibisingkan undi hantu dan pelbagai cara penipuan, kerana jika sesuatu parti itu kuat betul, kemenangan akan berpihak kepadanya. Saya kira, dapat dikatakan, kebisingan dan kehebohan hanyalah cara gaya untuk membawa pilihan raya ke arah ketidakpercayaan rakyat.

Bukanlah tujuan makalah ini untuk membiarkan penipuan, jika ada. Saya sebenarnya ingin memaparkan keindahan demokrasi dan kelangsungan cara memilih parti dan pemimpin. Dalam politik kita, Umno, MCA dan MIC telah terbukti dapat berbaik-baik dalam jangka masa panjang. Pas, DAP dan PKR juga berbaik-baik, cuma ada beberapa masalah yang sukar dipersetujui, kerana ketiga-tiga parti itu terlalu berbeza: ada sosialis, ada liberal dan ada yang kukuh segi keagamaannya.

*Datuk Rahman Shaari penerima Sea Write Award daripada Kerajaan Thailand (2007), dan penerima Anugerah Penyair Gapena (2013). Beliau ialah mantan profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

Aedes: 137 tapak binaan diarah tutup

Posted: 08 Oct 2014 04:26 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sebanyak 137 buah tapak pembinaan di seluruh negara telah diarah tutup setelah kawasan itu didapati menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.
  
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dalam satu kenyataan berkata, kesemua tapak projek pembinaan yang diarah tutup itu adalah antara 341 kawasan yang ditakrif sebagai berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes.
  
Katanya kesemua tempat pembiakan nyamuk aedes itu dikesan hasil pemeriksaan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kesihatan.
  
"Sejumlah 100 kompaun telah dikeluarkan dan 137 premis telah diarahkan tutup bagi tujuan pembersihan. Manakala 127 buah premis lagi diarahkan melakukan pembersihan tanpa diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)," katanya.
  
Beliau berkata CIDB akan mengambil tindakan disiplin terhadap kontraktor, jurutera dan arkitek yang melanggar mana-mana undang-undang bertulis berkaitan pembiakan Aedes di tapak bina.
  
Kementerian juga akan terus memantau dan mengesan tapak bina berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes dan akan menyalurkan maklumat tersebut kepada Jabatan Kesihatan.- Bernama

Kawalan longgar: Semua perlu bertanggungjawab

Posted: 08 Oct 2014 04:22 PM PDT


Kawalan longgar: Semua perlu bertanggungjawab
 
 
LAMAN Penyokong Selangor FC.Com menganggap kawalan di Stadium Shah Alam membabitkan pertemuan Selangor dengan Felda United pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2014, Jumaat lalu , longgar dan gagal memenuhi peraturan ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Moderatornya, Mohd Firdaus Abdul Mutalib berkata, kelemahan sistem kawalan itu yang membuka ruang kepada berlakunya pembakaran suar oleh penyokong selepas perlawanan.

"Bukan salah penyokong 100 peratus. Kita tahu mereka akan bawa benda terlarang ini ke stadium, dan ia sering terjadi setiap perlawanan. Tapi persoalannya kenapa kawalan di pintu masuk longgar sehingga bahan terlarang dibawa masuk.

"Sebenarnya Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) acuh tak acuh dalam hal ini, mereka tidak sungguh-sungguh untuk atasinya. Saya tak nafikan mereka ada lakukan pemeriksaan, tapi hanya di bahagian pintu masuk.

"Sedangkan pintu lain terbiar begitu sahaja. Bila suar dibakar, nak salahkan penyokong dan ultras, tapi salah sendiri tidak fikir," katanya ketika dihubungi semalam.

Firdaus juga sempat mempersoalkan kelemahan Jawatankuasa Keselamatan persatuan terbabit mengendalikan perkara tersebut.

"Kalau mereka buat kerja dan serius, hal sebegini tak akan berlaku," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembakaran suar yang didakwa Ultras Selangor selepas berakhirnya perlawanan The Red Giants dengan The Fighters.

Katanya, sebagai kelab penyokong sememangnya dukacita dengan keadaan tersebut dan pihaknya mahu FAS, MBSA serta PDRM memandang serius hal ini dan berbincang meningkatkan kawalan keselamatan setiap kali berlangsung perlawanan bola sepak.

"Peningkatan kawalan keselamatan penting bagi memastikan tidak ada bahan seperti suar, bom asap atau mercun dibawa masuk ke dalam stadium sehingga boleh mengganggu perlawanan serta mengancam keselamatan," jelasnya.

Sementara itu, diminta mengulas kekalahan memalukan Selangor 0-4 kepada Felda yang dikaitkan isu pemberian bonus RM20,000 masih belum diberikan FAS kepada pemain selepas berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, Firdaus tidak menolak itu mungkin salah satu faktornya.

Kastam tak pernah lewat bayar pemberi maklumat

Posted: 08 Oct 2014 04:20 PM PDT

SINAR HARIAN

Khazali Ahmad Khazali Ahmad
 
 
KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak pernah sengaja atau bertindak melewatkan urusan pembayaran saguhati atau 'reward' kepada Ampoma.

Ampoma (Informer) ialah pemberi maklumat mengenai penyelewengan, penyeludupan dan segala aktiviti yang menyalahi undang-undang yang ditadbir oleh Kastam.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, pembayaran saguhati kepada Ampoma merupakan penghargaan kepada mereka yang bekerjasama dengan JKDM dalam menjaga hasil negara.

Beliau berkata pembayaran saguhati akan diberikan dengan segera mengikut peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan.

"Sebarang kelewatan yang didakwa berlaku, (mungkin) disebabkan oleh beberapa perkara yang perlu diselesaikan berdasarkan prinsip pembayaran saguhati.

"Antaranya apabila berlaku pertikaian tentang amaun saguhati yang dituntut oleh Ampoma berbanding amaun yang dibenarkan oleh peraturan semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas mengenai isu kelewatan pembayaran kepada pemberi maklumatnya seperti yang dibangkitkan oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Sementara itu, berkenaan isu pemansuhan saguhati kepada pegawai Kastam, Khazali berkata, mulai 29 April lalu, kerajaan telah memutuskan pemberian saguhati atau 'reward' kepada pegawai JKDM dimansuhkan.

Katanya, sebagai ganti kerajaan telah meluluskan satu dana yang dinamakan 'Peruntukan Rahsia Pencegahan' atau PRP bagi membiayai perbelanjaan pegawai JKDM yang melaksanakan tugas risikan, siasatan atau penguatkuasaan undang-undang dalam mencegah penyeludupan.

"Walau bagaimanapun pegawai-pegawai perlulah membuat permohonan untuk menuntut wang PRP ini bagi tugas tersebut," katanya. - Bernama

Bincang isu larang Malaysia masuk Gaza

Posted: 08 Oct 2014 04:18 PM PDT

SINAR HARIAN

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
 
 
KUALA LUMPUR - Aktivis badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini berharap kerajaan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Mesir berhubung tindakan negara itu menyenarai hitam Malaysia daripada memasuki Gaza menerusi pintu Rafah untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Katanya dakwaan Mesir kononnya Malaysia membantu melatih tentera Al-Qassam adalah tidak berasas dan tanpa memberikan sebarang bukti.

"Selama ini, Malaysia menghulurkan bantuan bekalan perubatan dan makanan atas dasar kemanusiaan dan bukannya menerusi platform politik.

"Saya melihat Malaysia dijadikan kambing hitam (mangsa keadaan) kerana pemerintahan Mesir sekarang mungkin sedang cuba mengambil hati pihak Israel untuk kepentingan diri mereka sendiri (pihak kerajaan Mesir)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Abdul Aziz Abu Bakar bahawa Malaysia antara enam negara disenarai hitam oleh Mesir daraipada memasuki Gaza menerusi Rafah.

Lima lagi negara ialah Turki, Qatar, Iran, Maghribi dan Sudan, katanya.

Abdul Aziz berkata, mengatakan sokongan diberikan Malaysia kepada penduduk Palestin yang ditindas rejim Zionis telah disalah anggap sebagai membantu keganasan.

Sehubungan itu, Nasaruddin yang juga bekas timbalan presiden Pas berkata, kerajaan Malaysia harus mengeluarkan kenyataan untuk membalas dakwaan yang tidak berasas itu. - Bernama

Tiada ulasan: