Khamis, 9 Oktober 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Datuk Bandar pun kena kelentong Isma!

Posted: 09 Oct 2014 08:32 AM PDT



Isu ini sengaja diperbesarkan dengan fitnah billboard hasil gambar edit dari cybertrooper UMNO. Bahawa kononnya billboard ini dipasang di Shah Alam; sedangkan  tidak ada oktoberfest dianjurkan di Shah Alam! 

Billboard diedit sedemikian rupa semata-mata bertujuan mahu menyerang MP Shah Alam,Khalid Samad yang sangat dibenci dan dimusuhi oleh Isma dan UG.

Realiti billboard ini tidak pernah wujud di situ. Sayangnya ramai orang Melayu dah termakan fitnah tersebut.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan sendiri pun tertipu dan percaya mengenai adanya billboard tersebut. Tanpa usul periksa beliau pun buat kenyataan :
Meanwhile, Shah Alam Mayor Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan said the installation of the Oktoberfest billboard was done without the approval of Shah Alam City Council (MBSA). 
 The billboard installed was not owned by MBSA and action has been taken against the advertising company, he said in a statement today.
SUMBER
Billboard tersebut adalah fitnah semata-mata.Tidak pernah ujud di situ. Takkan ada billboard di tempat awam dengan hanya mencatat "at RP Centre". Kerana jelas ia adalah billboard persendirian daripada Saujana Hotel & Resort. Carcosa Negara.Kalau di tempat awam, awal2 dia mention at Saujana Hotel & Resort. 

'Oktoberfest' atau perayaan bir dianjurkan oleh Carlsberg Malaysia dari 24 Sept di pelbagai lokasi, termasuk Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square Hotel. Acara itu akan berakhir dengan festival luar dari Oktober 10-12 di 1 Utama Shopping Centre di Petaling Jaya.Tetapi tidak di Shah Alam!


Semua orang termakan dengan fitnah dari web ISMA ini. Dato' Bandar pun main jawab jer.. kerana itu cara mudah nak menjawab sebenarnya.. Benda tu tidak wujud pun.. 

Menteri yang tiada maklumat....hanya makan gaji buta?

Posted: 09 Oct 2014 12:13 AM PDT

MP Puchong, Gobind Deo Singh semalam bertanya jika Putrajaya sengaja melengah-lengahkan ekstradisi Rizalman sejak tuduhan ke atasnya diketahui umum, kira-kira lima bulan lalu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tiada maklumat baru tentang bila Rizalman akan diekstradisi.

 Hishammuddin menuding jari kepada New Zealand dalam kelewatan untuk mengekstradisi bekas atase, Muhammad Rizalman Ismail ke New Zealand atas tuduhan jenayah seks.

 "Terakhir yang saya tahu, ia di pihak mereka," katanya ringkas pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.Baca sepenuhnya di sini

Aku sebelum ini pun ada timbulkan persoalan ini di sini. Aku tumpang gembira bila isu ini ditanyakan oleh MP Govind Deo. Maka aku berharap sangat akan adalah sesiapa yang kat KL tu pi tanya kat kedutaan New Zealand untuk mengesahkan perkara ini. Mintalah sangat adalah wartawan yang akan melakukannya.

Patut pun orang gelar dia Zahid Komidi!

Posted: 08 Oct 2014 05:15 PM PDT


DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI/ MENTERI DALAM NEGERI Saya mohonlah kepada Menteri Besar yang baru Selangor, dia tidak ada, supaya PSK ini pusat hiburan keluarga yang lesennya dikeluarkan oleh Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, dihapuskan,dibatalkan inilah puncanya, sebab ketika mesin judi dioperasikan hadiah berbentuk in kind ditukar dengan wang, seolah-olah pusat hiburan keluarga, tetapi sebenarnya pusat perjudian, ini tanggungjawab kerajaan negeri. Berita dan Video ucapan Zahid

Yob, kat negeri miker yang MBnya ada kelulusan agama tu udah ke hapuih? Kot belum, toksah riuh di Selangor... Miker dengan MB negeri miker tu dulu duduk dalam ABIM. Takkan tak faham kot? - Yong Intan Noor 



Yong, Mungkin dia ni dah lupa atau sengaja nak buat komidi? Bahawa negara kita ada pusat perjudian terbesar di Genting Highlands...

Dan dia ingat kedai TOTO  tu jual TOTO NARITA ke apa..... Patut pun orang gelar dia Zahid Komidi!

Tiada ulasan: