Khamis, 30 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Chubadak & Kerpan, teguran kepada kerajaan

Posted: 30 Oct 2014 05:29 AM PDT



Oleh Aina Nabilah Bakhor


Setelah 57 tahun Malaysia merdeka dan ditadbir pemerintah daripada parti yang sama iaitu Umno/BN, 'tema' kezaliman dan rasuah sukar sekali dikikis daripada parti tua ini. Selama setengah dekad Umno/BN memerintah, jika mahu dicatatkan satu persatu siri kezaliman dan rasuah mereka, barangkali setinggi KLCC jumlahnya.

Jika rasuah dan kezaliman itu kononnya satu persepsi semata-mata, maka ia adalah persepsi yang diyakini puluhan juta rakyat.


Namun benarkan ianya persepsi dalam keadaan bukti demi bukti terdedah di hadapan mata tanpa Umno/BN berjaya membersihkannya?

Terkini perobohan rumah penduduk di Kampung Chubadak.

Selama puluhan tahun penduduk Kampung Chubadak menetap di situ.

Bahkan ada keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 1998 pemaju yang ingin memajukan kampung tersebut perlu membayar pampasan sewajarnya kerana mereka bukanlah penduduk setinggan tetapi peneroka bandar.

Malangnya bukan sekadar pampasan ditawar terlalu kecil dan tak setanding tanah dan rumah mereka yang hilang, malah proses pengambilan tanah mereka dilakukan secara kejam dan zalim.

Walaupun watak antagonis dalam drama kezaliman ini adalah pemaju dan DBKL, namun tidakkah Kerajaan Umno/BN yang mempunyai kuasa lebih besar daripada pemaju dan DBKL mampu untuk bertindak demi keadilan dan hak penduduk kampung?

Bukankah Umno melabelkan diri sebagai pejuang melayu?

Bukankah rakyat dicandu jangan mengundi parti selain Umno/BN, nanti negara tergadai kepada bangsa lain?

Bukankah penduduk Kampung Chubadak ini sebangsa dengan Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Umno? Tidakkah Datuk Seri sedar apa yang berlaku di tanah air yang diperintah Datuk Seri?

Kemudian Datuk Seri ada hati melaungkan "Hidup Melayu!" ?

Hakikatnya ini bukanlah kezaliman yang pertama.

Penindasan terhadap rakyat bawahan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja selama kita memiliki pemerintah yang hanya menunjukkan cakna dan peduli sewaktu musim pilihan raya.

Jika tragedi penindasan Kampung Chubadak berlaku di Kuala Lumpur, di Kedah juga pernah mencatatkan tragedi air mata di Kerpan.

Apabila penduduk kampung dipaksa menjual tanah mereka tanpa kerelaan untuk projek penternakan udang yang akhirnya terbengkalai.

Penduduk kampung yang berjuang mempertahankan tanah mereka kerana tidak mahu diambil pemaju ditahan di lokap.

Penduduk kampung dihina dan ditindas demi keuntungan beberapa kerat pihak.

Inilah sejarah yang tercatat di mana tanah penduduk kampung diambil secara kejam sewaktu dalam fasa pemerintahan Umno di Kedah.

Dan mereka sehingga hari ini masih tidak malu melaungkan perjuangan Melayu mereka!

Tuntutan untuk berlaku adil bukanlah hanya kepada bangsa Melayu, yang sebangsa dengan Parti Umno yang memerintah negara ini sahaja, tetapi tuntutan berlaku adil mestilah kepada semua rakyat negara ini tanpa mengira agama dan bangsa.

Namun sudah pasti menjadi kepura-puraan yang nyata apabila parti yang mendakwa menjadi pejuang bangsanya, membisu seribu bahasa melihat tanah bangsanya diceroboh secara hina.

Kisah ini hanyalah juzuk kecil dari kezeluruhan juzuk kezaliman Kerajaan Umno/ BN. Kerajaan yang melaungkan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Jawapan terbaik kepada slogan ini adalah sudah-sudahlah menipu dan berpura-pura.
Rakyat punya mata telinga.

Setiap lakonan ada penamatnya.

Semoga penamat kepada lakonan kerajaan yang zalim adalah dihukum dalam pilihan raya!

Tinjauan: Rakyat tak yakin sistem kehakiman

Posted: 30 Oct 2014 05:18 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Satu tinjauan oleh Merdeka Centre menunjukkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia hilang keyakinan ke atas badan kehakiman negara.

Menurut Merdeka Center, tinjauan ke atas 1,500 responden itu dijalankan di antara 11 Oktober hingga 26 Oktober.

"Tinjauan mendapai hanya 38 peratus daripada rakyat Malaysia berasa yakin dengan sistem kehakiman, berbanding 48 peratus yang menjawab sebaliknya," kenyataan badan pengkaji itu dipetik.

Sistem kehakiman Malaysia sering didakwa berat sebelah dalam perkara melibatkan ahli politik pembangkang.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mendakwa tuduhan ke atas Anwar direka-reka dan sabitannya selari dengan cerita yang direka oleh seteru politiknya.

Kerajaan bagaimanapun berulang kali menafikan campur tangan dalam kes mahkamah tersebut, dan mendakwa hakim tidak menerima tekanan politik.

[Baca berita penuh]
 

Kos hidup meningkat menjelang 2020 - Mahathir

Posted: 30 Oct 2014 05:07 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Kos hidup rakyat akan meningkat lebih tinggi jika Malaysia terus memburu status sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Memetik laporan Bernama, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau khuatir jika negara hanya menekankan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi tetapi ketinggalan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

Beliau dipetik berkata, hanya memperoleh pendapatan tinggi tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara maju, tidak seperti kemampuan penyeldikan dan kemahiran boleh melakukannya.

"Pendapatan Malaysia hampir mencapai negara maju tetapi pengalaman dan kemahiran rakyatnya sama seperti mereka yang berada di negara membangun.

"Pada ketika ini, saya khuatir dan tidak begitu menaruh harapan bahawa menjelang 2020, Malaysia akan menjadi negara maju," katanya.

Mahathir juga turut memberi contoh Brunei yang mencapai status negara berpendapatan tinggi tetapi ia bukan negara maju.

Kata beliau, pendapatan tinggi dan produktiviti yang rendah hanya akan menjadikan kos sara hidup meningkat lebih tinggi. - HARAKAHDAILY

Budak perempuan maut terjerut tali buaian

Posted: 30 Oct 2014 05:04 AM PDT


Seorang kakitangan Hospital Jempol mengangkat jenazah ke dalam kereta polis untuk dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Seorang kakitangan Hospital Jempol mengangkat jenazah ke dalam kereta polis untuk dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
 
 
BANDAR SERI JEMPOL - Seorang kanak- kanak perempuan maut selepas lehernya terjerut dekat tali buaian di kediaman datuk dan neneknya di Felda Lui Muda di sini petang semalam.

Ketua Polis daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias berkata, ketika kejadian lebih kurang jam 3.40 petang, mangsa, 5, tinggal bersama bapa saudara yang berumur 21 tahun kerana datuk dan neneknya tiada di rumah.

"Hasil siasatan awal kita dapati mangsa sering bermain dan bergayut dekat buaian itu. Buaian berkenaan diikat di kayu siling bahagian dapur rumah. Mangsa dipercayai memanjat meja berhampiran buaian berkenaan sebelum bergayut dekat tali buai.

"Ketika kejadian bapa saudaranya berada di bahagian hadapan rumah, menonton televisyen. Bapa saudara mangsa bagaimana pun ingin melihat keadaan mangsa, terkejut melihat mangsa yang sudah tergantung akibat lehernya terjerut dekat tali buaian," katanya ketika mengesahkan kejadian hari ini.

Hamzah berkata, bapa saudara mangsa bergegas memotong tali buaian terbabit dan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Felda Lui Muda.

"Namun mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di klinik berkenaan. Jenazah mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar , Seremban untuk proses bedah siasat," katanya.

Anwar puas hati hujah pasukan peguam bela

Posted: 30 Oct 2014 04:59 AM PDT


Datuk Seri Anwar Ibrahim berborak dan memberi reaksi muka yang ceria kepada barisan peguam belanya ketika menunggu keretanya untuk pulang sejurus tamatnya hari pembelaan kes liwatnya di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Datuk Seri Anwar Ibrahim berborak dan memberi reaksi muka yang ceria kepada barisan peguam belanya ketika menunggu keretanya untuk pulang sejurus tamatnya hari pembelaan kes liwatnya di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
PUTRAJAYA - [VIDEO] Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim puas hati dengan hujah-hujah yang dikemukakan pasukan peguam bela beliau dalam rayuan kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar berkata, tidak munasabah untuk mahkamah mensabitkan beliau bersalah terhadap pertuduhan yang didakwanya fitnah jahat dan konspirasi poltik.

Menurutnya, pihak pembelaan yang berhujah sejak hari pertama diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram dan hujahan terakhir oleh Ram Karpal Singh mengemukakan hujahan secara terperinci dan terlalu kukuh.

Sementara itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan akan memulakan hujahannya pagi esok selepas memohon kepada mahkamah agar hujahan ditangguhkan.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Muhammad Shafee berkata, mereka memerlukan lebih masa untuk meneliti hujahan memandangkan banyak hujahan baru dikemukakan pihak pembelaan hanya diterima mereka pada Selasa lalu.

Menurutnya, banyak hujahan dibuat secara tergesa-gesa termasuk pindaan dan petisyen tanpa notis, yang memerlukan pendakwaan.

Hujahan akan dimulakan esok (pagi ini) di mana kami akan menjawab terlebih dahulu isu-isu penting," katanya sambil menambah hujahan balas mungkin mengambil masa hingga Isnin ini.

Hujah peguam buktikan wujud keraguan

Posted: 30 Oct 2014 04:57 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menyifatkan hujah yang dikemukakan Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ram Karpal cukup kuat untuk membuktikan wujudnya keraguan dalam pendakwaan tersebut.

Beliau yang hadir mendengar rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini berkata, hujah peguam secara jelas menunjukkan ada gangguan terhadap bukti yang dikemukakan.

"Peguam telah memberikan hujah-hujan yang kononnya bahan bukti membolehkan Anwar disabitkan bersalah diragui tentang penjagaan bahan-bahan tersebut.

"Peguam berhujah tadi bahawa berdasarkan prinsip kehakiman, jika bahan bukti tersebut diragui tentang ianya telah diganggu atau tidak, maka prinsipnya tidak boleh mensabitkan bersalah terhadap tertuduh," katanya kepada Harakahdaily.

Tahniah peguam

Sementara itu, Anwar ketika bercakap kepada pemberita, yakin dengan hujah yang diberikan oleh peguamnya untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

"Penghargaan kepada peguam dari hari pertama sehingga keterangan terakhir. Kita mengharapkan keputusan yang sebaik mungkin.

"Melihat kepada hujah, tidak munasabah untuk mendapat keputusan sebaliknya," jelas beliau.

Mengulas cadangan peguam negara untuk menambahkan hukuman ke atasnya, Anwar berkata ianya adalah tindakan kotor atas dasar politik semata-mata.

"Tindakan jijik untuk menambah hukuman itu semua pengaruh politik, keterangan yang dibawa ke mahkamah terlalu kukuh.

"Saya cukup yakin mana-mana mahkamah yang mengikuti prinsip undang-undang serta patuh pada prinsip keadilan tidak akan membuat keputusan sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Mahkamah membenarkan penghujahan pendakwaan esok pagi dan pasukan pembelaan akan menjawab pada Isnin. - HARAKAHDAILY

Perak alu-alukan tuan rumah Ulang Tahun PAS ke-63

Posted: 30 Oct 2014 04:54 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: PAS Perak menyambut baik keputusan PAS Pusat menganjurkan Pelancaran Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di negeri itu pada 29 hingga 30 November depan.

"Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan PAS Pusat kepada PAS negeri dalam mengendalikan program besar yang amat bersejarah ini.

"Pihak kami telah memilih Bandaraya Diraja iaitu Kuala Kangsar sebagai lokasi program tersebut dan ianya akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi PAS Pusat serta tokoh-tokoh yang dijemput khas," ujar Ketua Penerangan PAS negeri, Mohd Misbahul Munir Masduki kepada Harakahdaily.

Katanya, para pimpinan tertinggi parti akan berkampung selama dua hari di sana bagi mengisi program-program yang akan diatur termasuklah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan turun merasmikan sambutan itu.

PAS Perak juga, katanya akan menampilkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada hari terakhir program dan jemputan khas tokoh agama negara bagi mengisi slot kuliah.

Menurutnya, antara acara menarik pada program tersebut adalah perbarisan ahli PAS dari seluruh negeri dengan pelbagai gaya ragam pakaian sejak era 60-an hingga sekarang, perarakan basikal, motor dan kereta antik juga akan diadakan.

"Dijangka rumah kediaman tokoh PAS terhebat, Almarhum Prof Dr Zulkifli Muhammad di Kota Lama Kiri akan diisytiharkan sebagai teratak memoir bersejarah bagi tokoh tersebut kerana di rumah itulah beliau dibesarkan dan dikebumikan betul-betul di hadapan rumahnya," jelasnya yang juga pengarah program tersebut.

Bagi PAS negeri, program itu diharapkan menjadi platfom untuk menaikkan imej PAS Perak dalam meneruskan momentum bagi merampas semula  kerajaan negeri daripada BN pada pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat khususnya negeri Perak  datang beramai-ramai pada hari tersebut dan diyakini kehadiran ke sana sangat berbaloi. - HARAKAHDAILY

Adun Sarawak perlu tolak penambahan kerusi

Posted: 30 Oct 2014 04:52 AM PDT

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: Penambahan 11 kerusi baru Dun Sarawak dilihat bertujuan untuk mengukuhkan kuasa BN di negeri 'fix-deposit' mereka, dakwa Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin.

Beliau mengulas Deraf Rang Undang-Undang Persempadanan Semula Sarawak yang akan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Sarawak November ini yang mencadangkan penambahan bilangan Dun Sarawak dari 71 ke 82 kerusi.

Sim berkata, penambahan 11 kerusi DUN itu memperlihatkan SPR seolah-olah mencadangkan jalan penyelesaian secara aman untuk menghentikan pertembungan politik BN Sarawak dengan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) yang mempunyai sembilan Adun.

"Penambahan 11 kerusi atau 15.5% amatlah drastik dan mengejutkan. Selama ini umum menganggap SPR hanya akan menambah paling banyak 6 kerusi DUN Sarawak,"katanya dalam sidang media.

Beliau meminta SPR menjelaskan rasionalnya penambahan mendadak kerusi-kerusi DUN supaya tidak dilabelkan SPR diperalat BN jika gagal menjawab.

Beliau tidak menolak perbahasan RUU pada 11 hingga 19 November itu akan turut berlaku persempadaan kerusi parlimen malah menjangka enam kerusi parlimen akan ditambah.

Jelasnya, penambahan kerusi akan mengurangkan suara para Adun kerana semakin ramai Adun semakin kurang suara, kuasa dan pengaruh merek

Hari berkabung negara tepati Majlis Fatwa Kebangsaan?

Posted: 30 Oct 2014 12:40 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Dungun, Wan Hasan Mohd Ramli meminta Perdana Menteri menyatakan adakah program perkabungan negara dan bertafakur pada 22 Ogos 2014 bertepatan dengan fatwa majlis fatwa kebangsaan.

Beliau mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Kerajaan mengisytiharkan 22 Ogos lalu sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

Soalan ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada hari ini sebagaimana di bawah.

Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Kesihatan menyatakan bagaimana serta apakah pendekatan yang diguna oleh Kementerian bagi mengawal pengamal perubatan tradisional dan perubatan alternatif yang kelihatan begitu meluas pengamalannya dalam masyarakat di Malaysia. Apakah usaha Kerajaan untuk membendung penipuan dalam kaedah pengubatan ini.   

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan apakah langkah-langkah di ambil bagi mengawal pergerakan nelayan warga-warga asing yang menggunakan kemudahan pelabuhan Chendering di Kuala Terengganu supaya aktiviti-aktiviti mereka tidak menimbulkan masalah kepada orang ramai dan rakyat tempatan Malaysia.  

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kriteria pengesahan dan kenaikan pangkat seseorang Pesuruhjaya Kehakiman dan Hakim di Malaysia.    

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah Kementerian telah memikirkan baik buruk dari segi keselamatan negara apabila membuat keputusan untuk menjual tapak-tapak Pengkalan Tentera Darat dan Udara kepada swasta.  

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-  

(a) secara terperinci apakah prosedur dan/atau garis panduan yang ditetapkan dalam penyediaan dan penjagaan soalan-soalan kertas UPSR sama ada sebelum dan selepas penyediaan soalan-soalan tersebut; dan
(b) berapakah kos keseluruhan secara terperinci yang ditanggung oleh Kementerian akibat kebocoran kertas- kertas Sains dan Bahasa Inggeris UPSR tersebut. - HARAKAHDAILY

Dulu Anwar Dikata Takut Dengan Shafee, Kenapa Sekarang Takut Juga Dengan Gopal Sri Ram?

Posted: 30 Oct 2014 12:16 AM PDT

shahbudindotcom


Masuk hari kedua perbicaraan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, pertikaian terhadap kedudukan peguam Gopal Sri Ram tiba-tiba saja mulai kedengaran. 

Isunya cumalah kerana Gopal Sri Ram yang menjadi peguam Anwar ini pernah menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan keadaan itu dikatakan boleh mempengaruhi lima hakim yang mendengar rayuan Ketua Pembangkang itu daripada membuat keputusan yang bebas dan adil.

Tambahan pula, Majlis Peguam pada mesyuarat 15 Mac lalu juga pernah mengemukakan usul agar hakim kanan atau hakim mahkamah lebih tinggi yang bersara dilarang mewakili anak guam mereka di mahkamah atas alasan yang sama.

Dengan kedudukan Gopal Sri Ram mewakili Anwar dalam kes rayuan terakhirnya ini dan barangkali melihat kepada isu-isu kredebiliti Saiful Bukhari yang berjaya dibangkitkannya dengan kemas, teratur dan meyakinkan, mungkinlah kerana itu pertikaian terhadap peranannya sebagai peguam mula dipertikaikan.

Bukan saja Gerakan melalui Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang yang bersuara meminta Majlis Peguam menyatakan pendirian terhadap perkara ini, bahkan sekumpulan peguam pro UMNO turut juga bersuara.

Kumpulan peguam yang diketuai oleh Zulkifli Noordin, bekas calon BN Shah Alam, dalam satu kenyataan turut menuntut Majlis Peguam menyatakan pendiriannya berhubung perkara ini untuk mengelakkan dianggap mengamalkan sikap "double standard".

Adalah dipercayai juga menjelang detik-detik berakhirnya kes rayuan Anwar ini, lebih ramai lagi pihak berkepentingan seperti pemimpin politik dan NGO, akan tampil bukan saja untuk menyatakan bantahan terhadap sikap Majlis Peguam itu tetapi juga tentang kedudukan Gopal Sri Ram yang dianggap boleh mempengaruhi para hakim yang mendengar kesnya

Bantahan terhadap kedudukan Gopal Sri Ram ini sebenarnya agak pelik kerana walaupun Majlis Peguam ada membuat usul berkenaan perkara itu tetapi Mahkamah Persekutuan sebagai responnya kemudiannya memutuskan bahawa hakim-hakim bersara boleh muncul sebagai peguam dalam kes-kes sivil di mahkamah dengan hujah   Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk meraih pendapatan bagi dirinya.

Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria sendiri pada 2013 pula pernah berkata, hakim yang bersara bebas bertindak sebagai peguam kerana mahkamah bertindak berasaskan merit.

Berdasarkan hakikat ini, secara logiknya tiada isu lagi bagi mana-mana bekas hakim untuk menjadi peguam atau dipertikaikan pendirian Majlis Peguam.

Peguam Shafee Abdullah yang menjadi ketua pendakwa dalam kes rayuan Anwar ini bagaimanapun tidak bimbang dengan kehadiran Gopal Sri Ram kerana ia merupakan hak masing-masing serta tiada sekatan daripada berbuat demikian.

Isunya, kenapakah ada pihak lain yang takut dengan kehadiran Gopal Sri Ram sebagai peguam ini?

Adakah ini sebagai persiapan awal mencari helah dan alasan kiranya Anwar didapati bebas nanti?

Jika dulu ketika Anwar mempertikaikan perlantikan Shafee Abdullah yang diketahui rapat dengan UMNO serta didapati berada di rumah Najib ketika Saiful membuat aduan diliwat serta berulangkali cuba menyingkirkannya sebagai ketua pasukan pendakwa, kenapakah beliau ditempelak?

Ketika itu Anwar diselar dan dipersenda kononnya takut kalah dalam kes rayuannya dan menghuni penjara sekali lalu didakwa sengaja mencari helah untuk menyalahkan perlantikan Shafee sebagai alasannya.

Ada juga pemimpin UMNO yang berkata, Anwar tidak seharusnya takut dengan Shafee kerana beliau hanyalah pendakwa tetapi yang menentukan bersalah atau tidak adalah hakim.

Tapi apa sudah jadi sekarang? Mereka yang dulunya seolah-olah terbuka dan meminta Anwar jangan takut dengan Shafee yang menjadi pendakwa, rupa-rupanya turut takut dengan Gopal Sri Ram yang hanya bertindak sebagai peguam.

Bolehkah dipulangkan "paku buah keras"  bahawa yang menentukan bersalah atau bebas adalah hakim dan bukannya peguam daripada kalangan bekas hakim?

Dengan mempertikaikan kehadiran Gopal Sri Ram, apakah mereka ini turut tidak percaya lagi dengan sistem kehakiman kita?

Semua ini bukan saja membuktikan bahawa dunia ini bulat dan kehidupan sebenarnya bagaikan roda, tetapi  inilah juga yang pepatah selalu mengingatkan, "kata dulang paku serpih, mengata orang rupanya diri sendiri yang lebih."

UM diminta henti buru siswa demo

Posted: 30 Oct 2014 12:13 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Umno dan DAP bertelagah dalam isu perhimpunan 2,000 mahasiswa dan penyokong pembangkang di Universiti Malaya (UM) di ibu negara pada Isnin.

DAP menggesa UM menarik balik laporan polis berhubung isu itu dan menumpukan tenaga kepada usaha menaikkan ranking universiti.

Puteri Umno pula menggesa tindakan dikenakan terhadap pihak yang memecahkan kunci di pagar UM untuk memasuki kampus bagi mendengar ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pentadbiran UM patut mengambil sikap bijaksana terhadap apa yang berlaku pada Isnin, mengaku ia membuat kesalahan besar dengan menguncinya dan pemutusan tenaga elektrik di UM," kata Lim.

Puteri Umno pula berkata, tindakan tegas dan adil perlu diambil terhadap pelajar terbabit kerana dibimbangi kepimpinan universiti dilihat atau dianggap lemah.

"Perkara yang menyalahi undang-undang dalam kalangan pelajar tidak seharusnya berlaku kerana mereka hanya pelajar yang pastinya menjunjung peraturan demi masa depan mereka sebagai pelajar," ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin (atas) dilapor sebagai berkata oleh Umno Online.

Isu mendapan di KLIA2 jadi lawak antarabangsa'

Posted: 30 Oct 2014 12:02 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata pihak berkuasa masih tidak bertindak walau isu mendapan landasan, jalan rayap dan tempat letak pesawat di KLIA2 kini menjadi "lawak antarabangsa".

Pua berkata, pemilik KLIA2  Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga gagal menyerahkan laporan penuh mengenai status operasi lapangan terbang itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC).

Dalam sidang media di bangunanan parlimen hari ini, Pua berkata MAHB diminta berbuat demikian sejak empat minggu lalu.

"Masalah ini telah menjadi lawak antarabangsa. Kita sekarang mahu tahu adakah masalah ini kecil seperti yang didakwa mereka (MAHB)," kata Pua.

Katanya, masalah mendapan itu boleh dilihat melalui satu video menunjukkan pekerja KLIA2 mencedok air dari jalan rayap landasan ke parti kerana permukaan tidak sekata

Video dimuatkan di Youtube itu, yang ditunjukkannya kepada para wartawan, menunjukkan masalah di permukaan berkenaan menyebabkan air bertakung di jalan rayap landasan.

Isu komisyen: MP gelar 1MDB 'bodoh'

Posted: 29 Oct 2014 11:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang anggota Parlimen (MP) menggelar 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai firma "bodoh" kerana membayar komisyen berlebihan kepada firma pelaburan Goldman Sachs.

MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, bayaran komisyen berkenaan adalah untuk penganjuran majlis kutipan derma pada 2012 and 2013.

Beliau merujuk kepada satu laporan akhbar The Edge, berhubung wang komisyen bernilai 10 peratus dari RM15.2 bilion yang berjaya dikumpul dalam majlis amal itu.

Pua mempersoalkan mengapa 1MDB membayar komisyen amat tinggi kerana kadar untuk acara sebegini biasanya hanya antara 0.2 hingga 2 peratus daripada dana yang terkumpul.

"Dalam keadaan biasa, pengumpulan RM 15.2 bilion oleh satu entiti tidak akan melibatkan kos lebih RM152 juta.

"Bagaimanapun 1MDB membayar RM1.54 bilion. Pengurusan tertinggi 1MDB adalah sekumpulan orang bodoh yang tidak cekap," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut menyifatkan pengurusan 1MDB sebagai pihak yang tidak tahu bagaimana menjalankan syarikat mereka.

Menurutnya, Goldman Sachs tidak beretika kerana tidak mendedahkan alasan untuk meminta fi terlalu tinggi daripada 1MDB.

Bagaimanapun, 1MDB tetap bertanggungjawab kerana kerana meneruskan tindakan itu.

"Rakyat Malaysia hanya boleh membuat satu kesimpulan. Pengurusan tertinggi 1MDB dianggotai golongan yang terdesak dan bodoh merelakan diri digunakan oleh Goldman Sachs yang tidak beretika," kata beliau.

Justeru, kata Pua, pengerusi pembaga 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada jalan lain selain memecat pengurusan tertinggi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Hazem Abdul Rahman.

Proton: Mengapa terlalu lama untuk keluar kereta elektrik

Posted: 29 Oct 2014 11:44 PM PDT

DR CHE ROSLI CHE MAT


Izinkan saya membaca sepotong ayat pendek Surah Al-Rahman, ayat 60 yang bermaksud, "Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga". 

Merujuk ayat di atas, saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri-menteri kena berlapang dada kerana rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional pun pergi mengambil BR1M atau bantuan lain kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia.

Apa yang penting, Allah akan membalas budi baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang budiman. Sama juga di Selangor, kita memberi bantuan atau kemudahan umpamanya air percuma, Skim Warga Emas, Tabung Warisan Anak Selangor dan Bantuan Masuk ke Universiti kepada semua yang berhak tanpa mengira latar belakang politik.

Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
 
Antara perkara yang saya ingin bincang, pertama, Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk meningkatkan pelajar dalam STEM.

Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan, nisbah pelajar sains dan sastera pada tahun 1981 adalah 30%:61%, tahun 1982 hingga 1992 menurun iaitu 19% sains dan 62% ke 70% sastera. Tahun 2010 – 30%:50% dan selebihnya mengambil bidang vokasional dan teknikal.  Kerajaan Malaysia mensasarkan 60% orang pelajar mengambil jurusan STEM Jadi ini menjadi cabaran kepada kita terutama Kementerian Pendidikan. Sekarang saya difahamkan nisbah pelajar jurusan STEM berbanding bukan STEM adalah 42%:58% yang meningkat berbanding dengan tahun 2000 yang hanya 25%:75%.

Berdasarkan pengalaman kami tahun 1967, ketika itu dipaksa pelajar-pelajar aliran sastera yang mendapat pencapaian terbaik dalam Sains, Matematik dan Geografi peringkat SPM bertukar ke aliran sains semasa Tingkatan 6 rendah.

Nampaknya ramai yang berjaya sampai ke peringkat universiti dalam pelbagai bidang atau memasuki Maktab Perguruan Sains atau Maktab Perguruan Teknik yang menjadi pendidik dalam usaha memperbanyakkan lagi pelajar supaya mereka berminat dalam STEM.

Walaupun pelbagai usaha dibuat untuk meningkatkan pelajar STEM tetapi dorongan daripada ibu bapa dan insentif dalam kerjaya penting bagi menarik minat pelajar-pelajar menjurus dalam STAM.
Sebagai contoh ada di kalangan jurutera Lembaga Lebuhraya (LLM) menceritakan bahawa dia tidak benarkan anaknya mengambil STEM kerana mengenangkan dia sendiri yang bekerja siang dan malam tetapi bosnya dari aliran sastera hanya kerja waktu pejabat sahaja.

Walau bagaimanapun, kita perlu teruskan usaha bagi meningkatkan minat pelajar kita dalam STEM. Pentaksiran ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa - (TIMMS) 2011 pula menjelaskan bahawa pencapaian Matematik pelajar Malaysia adalah pada tangga ke-26 berbanding 42 buah negara yang mengambil bahagian. Hampir 38% orang pelajar berusia 14 tahun di negara ini gagal mencapai skor minimum untuk subjek Matematik dan Sains.

Berbagai-bagai usaha yang dibuat perlu diteruskan bagi menarik minat pelajar dan peluang kerjaya dalam STEM. Antaranya Pameran Sains dan Kejuruteraan di Pusat Sains Negara seperti yang pernah dianjurkan pada 25 hingga 27 April 2014 yang mana antaranya mempamerkan demonstrasi dan eksperimen sains secara hands on, aktiviti uji minda dan matematik, Program Mentoran Sekolah bagi Projek Sains dan Reka Cipta Kejuruteraan di bawah inisiatif Universiti Tunku Abdul Rahman, Projek Pameran STAM Sekolah, Pameran Sains Industri Teknologi dan Kejuruteraan, perkongsian berkaitan STAM oleh penceramah jemputan, poster pameran, video berkaitan dengan STAM.  Kedua, Pameran dan Conference Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko (IGEM) anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan pelbagai agensi.

Pameran baru-baru ini antara 15 hingga 19 Oktober 2014 merupakan kali kelima yang mempamerkan pelbagai produk dan membincangkan daripada tenaga boleh baharu, kereta hibrid elektrik, pengurusan sisa dan rawatan sisa dan banyak produk environmental friendly, dengan izin yang boleh mendedahkan dan menarik minat STEM kepada pelajar di samping memberi peluang pelaburan kepada usahawan-usahawan tempatan.

Ketiga, ceramah STEM bagi meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenal pasti, mengaplikasikan serta mengintegrasikan konsep atau komponen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Keempat, lawatan ke industri-industri yang menggunakan teknologi moden seperti industri cat yang menggunakan bahan biologi, polimer, komposit, automotif dan lain-lain dan lawatan ke institusi penyelidikan sains seperti MARDI, PORIM, SIRIM, Nuklear Malaysia dan lain-lain dan perjumpaan dengan saintis-saintis bagi membuka minda mereka bahawa keadaan sains dan teknologi insya-Allah boleh menyelesaikan banyak masalah kehidupan seharian.

Kelima, penempatan di industri semasa cuti panjang persekolahan bagi mencari pengalaman kerja di industri.

Keenam, televisyen juga perlu memainkan peranan dalam menayangkan filem-filem dokumentasi sains dan teknologi.  Yang penting pendidikan STEM perlu diberi pendedahan awal di peringkat pra sekolah lagi sebagaimana kanak-kanak Korea diberi pendedahan awal kepada teknologi nuklear sehingga apabila mereka dewasa, mereka sudah mempunyai pengetahuan asas mengenai teknologi nuklear.

Persoalan saya, sejauh manakah kita dapat memberi pendedahan ini kepada pelajar-pelajar terutama pelajar-pelajar di luar bandar.

Selangor memperkenalkan tapping sains dan teknikal bagi memberi peluang di samping menghafal al- Quran, mereka juga memahami bahawa al-Quran juga sebagai sumber ilmu sains dan teknologi.

Kereta elektrik

Perkara yang kedua ialah kereta elektrik (EV). Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2015 akan meneruskan pengeluaran kereta elektrik dengan memberi penekanan dalam mengeluarkan lima puluh buah bas elektrik. Apakah syarikat yang akan mengendali pembinaan dan pengeluaran bas elektrik berkenaan atau hanya membeli sahaja dari luar negara?

Dalam rencana greener di TV3 menunjukkan Korea sudah mempunyai bas elektrik tetapi kelemahannya ia perlu dicaj minimum selama 30 minit setiap perjalanan sejauh 80 kilometer. Kenyataan pemandu, 'Menyusahkan mereka'. Oleh itu saya berharap bas elektrik atau kereta elektrik yang akan dikeluarkan nanti di samping dapat memelihara masa depan alam sekitar dan mengurangkan pelepasan CeO2 adalah mesra pelanggan dan petugas.

Dalam pembentangan bajet beberapa tahun lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Proton akan mengeluarkan kereta elektrik. Saya difahamkan dua model kereta elektrik (EV) akan dikeluarkan iaitu Saga EV dan Exora Range Extender (REEV) dan membina 100 ke 150 buah stesen pengecas.

Pada 14 September 2011, tiga buah kereta Proton Saga EV dan Exora REEV diserahkan kepada Perdana Menteri dan empat unit diserahkan setiap satu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan bagi menguji pandu.

Persoalannya, mengapa terlalu lama diambil untuk dikeluarkan secara komersial atau mass production. Apakah masalah yang dihadapi? Adakah Proton juga berhasrat mengeluarkan kereta hibrid sebagaimana Toyota, Honda, Nissan dan lain-lain.

Carbon footprint

Carbon footprint. Gas rumah hijau atau Green House Gas (GHG) dibebaskan daripada aktiviti pengangkutan, kerja tanah, penghasilan dan penggunaan makanan, bahan api, pengeluaran atau pembinaan, perindustrian barangan dan perkhidmatan.

Saya tertarik dengan FRIM yang telah membuat kiraan carbon footprint dalam usaha menjimatkan tenaga. Anggaran jumlah carbon footprint FRIM 2011 sebanyak 5,332 metrik tan CeO2 a covalent. Berdasarkan per kapita iaitu 6.1 metrik tan CeO2 a covalent. Ini termasuk dari GHG, aktiviti R&D, penggunaan elektrik, pengangkutan untuk R&D.

Pembebasan CeO2 dari R&D dan aktiviti pentadbiran FRIM boleh diatasi dengan penyerapan oleh tumbuhan di FRIM iaitu tumbuhan setiap hektar hutan boleh menyerap 638 metrik tan CeO2.

FRIM yang diliputi dengan 420 hektar hutan boleh menyerap total carbon 0.26 juta tan CeO2 a covalent dengan lain perkataan pembebasan CeO2 di FRIM hasil dari R&D adalah 50 kali lebih kecil dari kemampuan penyerapan oleh tumbuhan. FRIM merupakan satu institusi di Malaysia yang mengisytiharkan carbon footprint.

Baru-baru ini TNB membuat kiraan carbon footprint yang dihasilnya. Bagaimanakah jumlah carbon footprint dalam negara kita kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengisytiharkan di Copenhagen akan mengurangkan secara sukarela sebanyak 40% Growth Domestic Product (GDP) carbon footprint, dengan izin menjelang tahun 2020 berbanding paras pada tahun 2005.

Merujuk kepada persoalan Yang Berhormat Parit Buntar dalam soalan lisan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, adakah ada koordinasi antara kementerian- kementerian yang terlibat yang menghasilkan GSG bagi merealisasi pengisytiharan yang dibuat oleh Perdana Menteri di atas.

Saya ingin mencadangkan satu suruhanjaya diwujudkan dengan diketuai oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi menangani masalah pengurangan keamatan karbon.

Saya juga sangat berharap penjelasan kementerian jika ada usaha-usaha lain bagi mengurangkan keamatan karbon.

Keperluan sekolah

Merujuk kepada kawasan saya pertama pembesaran jalan. Saya sekali lagi berharap bantuan dan kerjasama Kementerian Kerja Raya memperuntukkan sebahagian daripada Bajet 2015 ini untuk membesarkan jalan dari Batu 9 ke Batu 18, Dusun Tua dan dari Jambatan Timbang JPJ Semenyih ke Beranang, Semenyih yang mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk hampir setiap waktu bagi memudahkan pegawai-pegawai kerajaan dan swasta sampai ke tempat kerja mereka mengikut jadual yang ditetapkan yang selama ini tidak menentu.

Kedua, keperluan sekolah. Penduduk Bandar Mahkota Cheras yang berjumlah lebih 65,000 orang tidak langsung mempunyai sekolah. Sedangkan pemaju memperuntukkan enam buah tapak sekolah rendah dan menengah.

Saya sangat berharap pertimbangan dari Kementerian Pendidikan agar dapat membina sekurang-kurangnya satu sekolah rendah dan satu sekolah menengah. Begitu juga bagi penduduk sekitar Prima Saujana Kajang yang berjumlah dalam 62,000 memerlukan satu sekolah menengah bagi kesinambungan kepada pelajaran Sekolah Rendah Kantan Permai yang sekarang ini bersekolah di Sekolah Menengah Saujana Impian.

Sekali lagi saya berharap pertimbangan pihak Kementerian Pendidikan mempertimbangkan keperluan kemudahan pendidikan.

Banjir kilat di Kajang

Akhir, banjir kilat. Kita tahu pembangunan Bandar Kajang berjalan dengan pesat. Pembangunan yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan terutama kemudahan longkang dan kolam takungan yang sesuai dengan projek menyebabkan berlaku banjir kilat seperti yang berlaku di Kajang baru-baru ini. Ia menyebabkan kesusahan kepada penduduk yang telah lama mendiami satu-satu taman.

Saya sangat berharap Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat menguatkuasakan peraturan yang ditetapkan oleh PBT dan mengenakan hukuman yang ketat kepada pemaju yang lalai mengikut peraturan yang ditetapkan.- HARAKAHDAILY

Petikan ucapan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 28 Oktober 2014.

Lapor polis hina sultan, rakyat Pahang

Posted: 29 Oct 2014 11:39 PM PDT


Wan Solihi (empat, kanan) bersama ahli Kuantan FA membuat laporan polis di IPD Kuantan di sini, kelmarin. Wan Solihi (empat, kanan) bersama ahli Kuantan FA membuat laporan polis di IPD Kuantan di sini, kelmarin.
 
 
KUANTAN - Kesal dengan tindakan biadab sebuah halaman di laman sosial yang menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, serta rakyat Pahang, Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kelmarin.

Laporan yang dibuat bersama 20 ahli persatuan itu kira-kira jam 9.30 malam turut dihadiri Naib Presiden 1 Persatuan, Datuk Wan Solihi Wan Hassan.

Sebelum itu di laman sosial Facebook menggunakan nama sebuah persatuan memaparkan status yang biadab terhadap Sultan Pahang.

Selain itu, halaman itu juga memuatnaik status berbaur hasutan dan boleh mencetuskan huru-hara terutamanya melibatkan pertemuan Pahang dan Johor Darul Ta'zim pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Bagi Wan Solihi, beliau kesal dengan tindakan biadab halaman itu yang menghina baginda yang dianggap baginya tidak wajar dengan sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Pahang ke-84, baru-baru ini.

Menurutnya, ia tidak wajar dilakukan yang dilihat untuk memecahbelahkan rakyat di negara ini selain menghasut serta menggalakkan keganasan.

"Kami menyedari status ini sejak semalam (kelmarin) dan status yang dimuatnaik sangat melampau dan tidak wajar dilakukan.

Malah saya gusar kerana ia boleh menimbulkan risiko keselamatan dalam aksi final di Bukit Jalil nanti.

"Kita berharap tindakan tegas diambil dan meminta pihak polis supaya segera menyiasat tujuan halaman itu supaya ia tidak berulang," katanya.

Pelekat peti sejuk punca kanser?

Posted: 29 Oct 2014 11:35 PM PDT


Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan dakwaan magnet pelekat peti ais boleh menyebabkan kanser seperti yang disebarkan di media sosial. Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan dakwaan magnet pelekat peti ais boleh menyebabkan kanser seperti yang disebarkan di media sosial.
 
 
AUTA

Satu kajian daripada Universiti Princeton mendakwa pihaknya menemui kesan menakutkan apabila pelekat magnet peti sejuk boleh menyebabkan penyakit kanser.

Laporan itu dikongsikan beberapa blogger  serta fanpage terkenal yang mempunyai jutaan pengikut.

Walaupun sudah lima bulan kajian itu dibuat namun sehingga semalam masih ada pemilik akaun Facebook berkongsikan perihal penemuan kajian tersebut. Sehingga kini lebih 6,000 pengikut laman  Fanpage itu berkongsi laporan mengenai bahayanya pelekat magnet peti sejuk itu.

Laporan itu mendakwa makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk itu akan dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet hasil daripada pelekat magnet yang diletakkan di pintu peti sejuk itu.

Malah, orang yang memakan makanan daripada peti sejuk itu berpeluang menghidap penyakit kanser apabila sel aktif hasil elektromagnet itu akan merebak secara senyap.


FAKTA

Menurut Pakar Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, fakta yang dikemukakan itu adalah palsu.

Beliau berkata, tidak mungkin pelekat magnet itu mampu menembusi pintu sesebuah peti ais dan mempengaruhi keadaan makanan di dalamnya.

"Pelekat hiasan yang hanya diletakkan di luar pintu peti ais, tidak mungkin boleh masuk dalam makanan.

"Apatah lagi keadaan suhunya yang sejuk menyukarkan makanan itu bertindak balas dengan faktor yang lain," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendengar penemuan seumpama itu dilakukan mana-mana universiti setakat ini.

"Saya harap orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan perkara yang tidak sahih," katanya.

AKTIVITI YB: Zaidy turun padang selesai masalah pembangunan Selayang Heights

Posted: 29 Oct 2014 11:25 PM PDT

SELAANGOR KINI


SELAYANG : Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib bersama-sama dengan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Taman Templer turun padang sendiri bagi melawat tapak mempunyai masalah pembangunan di Selayang Heights.

Zaidy1Masalah yang berlarutan sejak dahulu ini mendapat perhatian Zaidy untuk diselesaikan bersama pemaju dan penduduk di situ.

Zaidy juga sempat berbincang dengan pemaju projek tersebut tentang masalah yang sebenarnya berlaku.

Dalam sesi lawatan tersebut, didapati beberapa tapak pembinanan tanpa permit dikenalpasti.

Perkara tersebut akan dipantau dari semasa ke semasa dan akan mengemaskini perkembangan perjalanan projek tersebut.

Zaidy3Sebelum itu Zaidy memenuhi jemputan daripada Ketua Kampung Kepong Ulu, Tok Tommy Lai untuk bersama-sama berada di dalam majlis makan malam bersempena dengan Tahun Baru Cina.

Turut hadir dalam majlis itu, Saudara Chua Wei Kiat, yang merupakan pembantu kepada Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Zaidy juga sempat beramah mesra dan sempat menyampaikan ucapan kepada para pengunjung majlis itu.
EZY

153 peniaga Uptown Shah Alam terima bantuan lebih RM1 juta

Posted: 29 Oct 2014 11:21 PM PDT

Oleh: Naeem Raffi


SHAH ALAM: Seramai 153 peniaga Uptown Shah Alam terjejas perniagaannya ekoran kejadian kebakaran dua minggu lalu menerima bantuan khas dari Kerajaan Negeri hari ini.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata bantuan bernilai lebih RM1 juta itu membabitkan bantuan kewangan bencana dan pinjaman kewangan Skim Mikrokredit Bandar (MiMBAR).

Uptown"Hari ini kita berjaya selesaikan dua perkara penting iaitu penyampaian sumbangan bantuan dari Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejumlah RM76,500 kepada 153 peniaga Uptown terlibat yang mana setiap penerima mendapat sumbangan RM500.

"Kita selesaikan pinjaman MiMBAR berjumlah RM930,000 kepada 89 peniaga dengan seorang menerima bantuan RM5,000 sebagai modal perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media seusai Majlis Penyerahan Bantuan Khas kepada Mangsa Kebakaran Uptown Seksyen 24 di Dewan Bankuet Majlis bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah.

Dalam satu kejadian kebakaran di Uptown Seksyen 24, Shah Alam mengakibatkan 187 lot kedai musnah dijilat api.

Kejadian mengejutkan itu menyaksikan 153 peniaga berputih mata kerana tidak sempat menyelamatkan barang perniagaan mereka.

MBSA kini sedang giat menyiapkan kertas kerja bagi pelan sementara dan projek membaik pulih Kompleks Uptown tersebut.

"Proses ini (baik pulih) akan mengambil sedikit masa sekitar satu ke dua tahun untuk siap. Setakat ini ia kekal di tapak sama tetapi kita perlu menilai banyak pandangan.

"Kita perlu melihat keseluruhan proses pembangunan Shah Alam bergantung kepada kesesuaian masa hadapan," katanya.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata sementara menanti kompleks uptown lebih selesa siap dibina, peniaga dialihkan ke tapak sementara di atas tanah seluas 6.5 ekar di sebelah kawasan kejadian.

Bagaimanapun, pihaknya sedang meneliti kewajaran sama ada mengalihkan kesemua 447 perniaga (Blok A & B) atau mengalihkan peniaga yang terlibat sahaja.

"Dianggarkan lebih RM5 juta akan dibelanjakan untuk pembinaan tapak sementara sekiranya kita mengalihkan semua peniaga ini," katanya.

Uptown peniagaTerdahulu, beberapa peniaga Uptown Shah Alam yang hadir pada majlis itu bertindak mengerumuni Amirudin meminta supaya mereka tidak dialihkan ke tapak sementara.

Mereka antara kelompok peniaga di bahagian tidak terjejas kebakaran dan berhasrat terus berniaga dilot mereka tanpa dialih bersama dengan peniaga terlibat ditapak sementara.

"Kita sedang teliti dari segi kos, kesesuaian dan keselamatan dengan mengambil pandangan semua pihak.

"Kerajaan Negeri sedang memikirkan formula penyelesaian yang lebih menyeluruh agar kejadian sama tidak berulang," jelasnya.EZY

Umno Sabah tolak hujah Dr M pertahan PERKASA

Posted: 29 Oct 2014 11:17 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Hujah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertahankan gesaan membakar Bible berbahasa Melayu oleh Datuk Ibrahim Ali tidak sah, kata timbalan ketua Umno Sabah.

Datuk Seri Salleh Said Keruak menolak hujah Mahathir semalam yang menyamakan dengan tindakan orang Islam membakar al-Quran lama yang tidak boleh digunakan, kerana ia tidak boleh dibuang.

Ini kerana, kata Salleh, membakar untuk memprotes tidak sama seperti membakar kerana menghormati.

"Dalam hal ini, ini bercakap tentang orang Islam membakar Bible untuk memprotes orang Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible.

"Ini bukan bermaksud tanda hormat, seperti orang Islam membakar al-Quran buruk dan lusuh," katanya.

Mahathir semalam mempertahankan kenyataan kontroversi Ibrahim dan berkata ia selari dengan amalan orang Islam membakar al-Quran lama sebagai penyelesaian terbaik melupuskan kitab suci.

Ibrahim pada 13 Oktober lalu berkata beliau hanya menasihatkan ibu bapa Islam mengambil tindakan itu jika anak mereka menerima naskhah Bible berbahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah sahaja

'Kenapa ada air mani tapi tiada tembusan'

Posted: 29 Oct 2014 09:30 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
LANGSUNG

Berikut laporan langsung daripada Putrajaya:


12.05pm: Terdapat sedikit kekecohan apabila Ronnie Liu daripada DAP ditahan daripada memasuki mahkamah kerana tidak mempunyai pas masuk.

Katanya, beliau sudah dua minggu memasuki mahkamah tanpa pas dan justeru tidak harus ditahan.

12.00pm: Ram berkata, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.

"Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.

"Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasal, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan."

11.50am: Ram berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

"Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

"Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful," katanya.

11.40am: Ram berkata, doktor HKL tidak menemui sebarang tanda koyakan atau atau luka akibat mempertahankan diri daripada Saiful.

Justeru, kata Ram, terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Peguam bela juga berkata, Dr Mohd Osman (kanan) mendapat duburnya dalam keadaan normal.

"Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration)," katanya.

Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.

10.50am: Ram berkata terdapat penyalaharahan yang menyebabkan kesilapan mahkamah ketika Mahkamah Rayuan tidak mengambil kira perkara itu.

Beliau kemudian berhujah, doktor Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul Hamid patut dipertimbangkan, dan jika dia tidak bercakap benar dalam kes pembelaan, pendakwaan boleh mengetahui dan mencabarnya.

"Bagaimanapun, keterangan Dr Osman tidak dibantah, walaupun dia menyatakan Saiful mengadu sakit di dubur selama seminggu dan plastik dimasukkan dalam dubur Saiful."

10.45am: Penyokong Anwar semakin bertambah. Kira-kira 100 orang kini berada di perkarangan Istana Kehakiman.

Mereka hanya duduk dan berborak sesama mereka.

Turut kelihatan ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang hadir ke Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan kes rayuan liwat II.

Bagaimanapun, tiada pemimpin PKR kelihatan pada waktu ini.

Selain penyokong, terdapat juga peniaga yang mengambil peluang menjual kemeja-T bertulis "Rakyat Hakim" Negara kepada orang ramai.

10.30am: Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masuk ke mahkamah dan duduk sebelah adik perempuannya.

Ram Karpal teruskan penghujahan dengan berkata apa yang berlaku merupakan isu serius pencemaran bahan.

Katanya, pegawai penyiasat Jude Pereira juga mengaku bahawa IGSO tidak benarkannya membuka eksibit yang sudah ditutup.

"Garis panduan IGSO direka bagi memastikan integriti eksibit tidak dikompromi dengan memastikan ia dilabel berasingan dan tidak bercampur dengan eksibit tidak berkaitan."

Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, salah seorang hakim Mahkamah Persekutuan bertanya sama ada dia mencemarkan keseluruhan sampel atau hanya membuka plastik beg besar.

Ram berkata ia dikira keseluruhan sampel sebagai kesan daripada tindakan itu.

10.20am: Ram berkata, tiada sebab untuk Jude membuka semula spesimen apabila kembali ke pejabat kerana ia ditutup secara berhati-hati oleh doktor HKL.

Jude, tambahnya, membuka P27 (beg plastik mengandungi sampel daripada Saiful).

"Ia (sampel) mungkin dikompromi," katanya.

"Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mempertahankannya dengan berkata Jude mengikuti Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Ram berkata, Jude ditanya berhubung IGSO dan pegawai penyiasat setuju bahawa dia tidak mengikutinya dengan teliti.

"Dia tutup semua bekas dan letakkannya secara berasingan dalam beg plastik berbeza dan tutup setiap beg plastik dan masukkan dalam beg plastik lebih besar (P27), yang ditutup sekali lagi."

10.07am: Ram Karpal berkata, saksi pakar pasukan pembelaan dalam perbicaraan setuju bahawa 18 alel itu patut dilaporkan.

"18 alel itu bukan milik 'Lelaki Y'."

Katanya, sampel-sampel itu mungkin dicemari DNA pihak ketiga yang diuruskan oleh pegawai penyiasat Jude Periera.

Seah, jelasnya, menerima sampel (Saiful) dan juga seluar dan seluar dalam daripada Pereira pada 30 Jun dan 1 Julai 2008, yang kemudian menemui kesan air mani pada B5, B7, B8 dan B9.

9.51am: Peguam bela Ram Karpal berkata 18 alel juga ditemui di tuala yang diambil daripada lokap.

"Kehadiran 18 alel mustahil daripada doktor yang memeriksanya. IO (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya.

"Perkara ini patut disiasat lanjut. Ahli kimia Nor Aidora Saedon juga tidak menyiasat kehadiran 18 alel itu."

Selain tuala, profil DNA 18 alel juga ditemui di dubur Saiful.

"Fakta menunjukkan 18 alel di sini (tuala) dan juga B9 (sapuan pada rektum tinggi Saiful) yang diperiksa Seah, berasal daripada orang yang sama – mungkin IO – yang mencemarkan kedua-dua eksibit."

9.38am: Ram Karpal berhujah berhubung penemuan 18 alel (allele), yang sepatutnya dilaporkan.

"Ini sepatutnya dilaporkan. Ini bermaksud ia tercemar dan dan kita tidak tahu siapa.

"(Ahli kimia) Dr Seah Lay Hong (kiri) gagal ikut garis panduan (dia sepatunya melaporkan)."

9.36am: Prosiding mahkamah bermula selepas Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria dan empat lagi panel hakim kes itu mengambil tempat.

Ram teruskan penghujahannya yang tertangguh semalam.

9.25am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masuk ke dalam mahkamah.
Mahkamah bersiap untuk bermula dan Anwar kelihatan berbincang sesuatu dengan ketua pasukan pembelaan Gopal Sri Ram.

Dewan mahkamah penuh.

9.10am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke mahkamah.

Isteri, anak-anak dan bapa mertunya turut berada di dalam untuk mengikuti perjalanan kes.

8.00am: Setakat ini, hanya 16 orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya pada hari ketiga kes rayuan liwat II.

Berbanding sebelum ini, tiada kumpulan penyokong yang bersorak atau membawa sepanduk bagi menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.

Pada ketika ini, perkarangan Istana Kehakiman hanya dipenuhi oleh para wartawan dan anggota polis.

8.55am: Terdapat wakil daripada pelbagai kedutaan di mahkamah, termasuk Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Kesatuan Eropah.

[Laporan penuh menyusul]


Laporan tambahan Zulaikha Zulkifli.
 

Pembantu Pegawai KPDNKK Didakwa Terima Suapan RM2,000

Posted: 29 Oct 2014 09:26 PM PDT



 
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap pertuduhan menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang pengurus sebuah premis perniagaan tahun lepas.

Zaidi Zainuddin, 31, didakwa menerima suapan itu daripada Ng Lap Ken, 47,sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga VCD/DVD cetak rompak Sim Kit Choon, 37, di sebuah hotel, Jalan Ipoh di sini pada 3.10 petang 22 Oktober tahun lepas.

Zaidi yang bertugas di KPDNKK cawangan Kuala Selangor didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh, yang diwakili peguam Vasudevan Appu, diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang dan menetapkan 19 Nov untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Mohd Asnawi memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth supaya ia dapat disebut semula bersama enam lagi kes lain membabitkan isu sama.

Peguam Bela Anwar Timbulkan Kemungkinan Sampel Rektum Milik Orang Lain

Posted: 29 Oct 2014 09:23 PM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini Rabu diberitahu bahawa terdapat kemungkinan anlisis yang dilakukan dua ahli kimia terhadap sampel palitan yang diserah kepada mereka oleh pegawai penyiasat diambil daripada orang lain, bukan daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Ramkarpal Singh, seorang daripada peguam yang mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan analisis terhadap sampel itu menunjukkan DNA yang diambil daripada tiga palitan daripada rektum pengadu (Mohd Saiful) berada dalam keadaan asli.

Katanya ia bercanggah dengan sejarah sampel selama hampir 96 jam setelah ia diambil tiga doktor Hospital Kuala Lumpur.

Ramkarpal memberitahu panel lima anggota hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bahawa penjelasan saintifik bagi sampel yang boleh mengalami biodegrasi, terutama dari mana sampel berkenaan diambil (rektum), akan menunjukkan bahawa berlaku degradasi sekiranya ia melebihi tempoh 36 jam.

Beliau berkata, malah dua ahli kimia berkenaan sendiri, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, mengaku dalam pemeriksaan balas bahawa 'berlaku banyak degradasi' dalam tiga sampel yang diambil daripada rektum atas dan bawah Mohd Saiful.

Kata Ramkarpal keadaan itu menyebabkan berlaku degradasi DNA dalam sampel berkenaan, sesuatu yang sangat penting.

"Ini tidak konsisten dengan sampel yang diambil daripada PW1 (Saksi Pendakwa 1, Mohd Saiful) yang menimbulkan keraguan serius sama ada sampel yang dibuat analisis itu sebenarnya diambil daripada PW1," kata beliau.

Peguam itu menegaskan bahawa tempohnya melebihi 36 jam dan analisis terhadap sampel berkenaan menunjukkan ia berada dalam keadaan tidak tercemar.

Katanya Mahkamah Rayuan terkhilaf kerana tidak melihat isu itu, yang mewujudkan keraguan serius dalam kes ini kerana pihak pendakwaan gagal memanggil saksi pematah untuk menjelaskannya.

"Satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat tentang isu ini ialah sampel berkenan berkemungkinan tidak sama dengan yang diserahkan kepada Jabatan Kimia," katanya.

Apabila Arifin bertanya kepada ketua pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sama ada beliau bersetuju dengan hujah itu, Muhammad Shafee berkata pihak pendakwaaan mempunyai penjelasan sendiri tentang isu itu dan akan memberi respons dalam jawapan mereka pada Khamis.

Ramkarpal juga menimbulkan isu pencemaran dengan berkata Dr Seah mengaku terdapat satu lagi DNA milik seorang lelaki lain, selain Mohd Saiful, yang dikenali sebagai 'Male Y'.

(Untuk rekod, dalam kes pendawka, DNA 'Male Y' merujuk kepada Anwar).

"Kehadiran satu lagi DNA dalam sampel yang diambil daripada rektum Mohd Saiful menunjukkan kemungkinan telah berlaku pencemaran di mana, kami tidak boleh mengetepikan ia mungkin milik pegawai penyiasat Jude Pereira (Supt Bersara Judy Blacious Pereira), yang mengendalikan sampel berkenaan," katanya.

Beliau menggesa Mahkamah Apex itu meneliti pendapat pakar dua saksi pembelaan iaitu Prof David Lawrence Wells dan Dr Brian Leslie Mcdonald bahawa untuk mengelak uwujudnya kemungkinan itu, sampel berkenaan sepatutnya diserahkan dengan serta merta kepada Jabatan Kimia.

Ramkarpal berkata hingga kini, tiada siapa yang tahu siapakah pihak ketiga itu.

Katanya walaupuan hakim perbicaraan memutuskan bahawa wujud kes prima facie, namun terdapat jarak serius dalam rantaian bukti, tetapi beliau membuat keputusan tepat pada akhir kes pembelaan dengan membebaskan Anwar, terutama setelah mengambil kira pandangan pakar daripada Wells dan Dr Mcdonald.

Ramkarpal berkata Mahkamah Rayuan gagal menilai isu berkaitan degradasi dan pencemaran apabila mensabitkan kesalahan Anwar, dan oleh itu, Mahkamah Persekutuan perlu memperbetulkan keputusan itu.

Perbicaran disambung pada Khamis, dengan Ramkarpal dijadual menyambung hujahnya pada sesi pagi, manakala Muhammad Shafee akan menjawab di sebelah petang.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Prosiding Masuk Hari Ketiga, Giliran Muhammad Shafee Jawab Hujah

Posted: 29 Oct 2014 09:19 PM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 
Bangunan Istana Kehakiman yang menempatkan Mahkamah Rayuan bersama lima hakim yang akan memutuskan kes rayuan terakhir berhubung kes Anwar Ibrahim.
 
 
 
PUTRAJAYA: Prosiding rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan Khamis dengan peguam keempat yang mengemukakan hujah, Ramkarpal Singh dijadual menyambung hujahnya pada sesi pagi.

Pendengaran yang masuk hari ketiga ini juga akan menyaksikan  Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan akan menjawab di sebelah petang.

Muhammad Shafee dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pada hari pertama pendengaran, peguam utama Anwar Datuk Seri Gopal Sri Ram telah memberikan hujahnya yang panjang lebar.

Ia diikuti oleh peguam kedua, N. Surendran yang meneruskan penghujahannya di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.  

Empat lagi hakim yang diberi mandat untuk mendengar rayuan kes ini adalah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop. 

Masuk hari kedua prosiding iaitu pada Selasa, seorang lagi peguam Anwar Sangeet Kaur Deo berhujah mengenai sampel yang diambil daripada sel di mana Anwar ditahan semalaman di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur susulan laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mengenai dakwaan kejadian itu.

Sementara itu, Ram Karpal pula berhujah dengan terperinci mengenai analisis DNA di mana beliau mempertikaikan integriti sampel yang diambil daripada Mohd Saiful.

Walaupun sebelum ini dimaklumkan perbicaraan ini akan berjalan selama dua hari dan berakhir Rabu, prosiding rayuan mungkin berlanjutan sehingga Jumaat.

Mahkamah Apex (mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia) dijadual menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusannya kerana pihak pendakwaan dan pembelaan membuat penghujahan secara menyeluruh mengenai kes itu selain membawa isu-isu baharu untuk dipertimbangkan mahkamah.

Sementara itu, pada Rabu timbul isu apabila sekumpulan peguam mendesak Majlis Peguam menyatakan pendirian berhubung tindakan hakim bersara yang menjadi peguam bela di mahkamah.

Ia ekoran Sri Ram yang muncul di Mahkamah Persekutuan bagi mewakili Anwar dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd Saiful.

Tiada ulasan: