Khamis, 30 Oktober 2014

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


[KETAWA] RUGI DUNIA n AKHIRAT SIAPA YANG TAK TENGOK

Posted: 08 Apr 2013 09:26 AM PDT

APA ISI PERBUALAN JUANDAJAYA DENGAN RAJA PERLIS?

Posted: 08 Apr 2013 03:01 AM PDT


            Mengikut ceritanya, malam tadi Anwar Ibrahim sepatutnya isytiharkan Dr Juandajaya sebagai calon Parlimen Kangar. Tetapi, kehadiran pengundi Parlimen Kangar yang begitu ramai untuk mendengar pengisytiharan Ulama Progresif sebagai calon pilihan mereka itu hampa, apabila Anwar terpaksa tangguhkan kerana kononnya menghormati pihak istana  bahawa hari ini, selepas zohor, Raja Perlis mahu Dr Juandajaya datang mengadap.

            Diberitahu juga bahawa dalam pertemuan antara Juandajaya dengan Raja Perlis, banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi, dimaklumkan bahawa perbualan lebih banyak berkisar tentang perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh BN menjadi perbualan yang menarik minat Raja Perlis.

            Semenjak isu penarikkan diri dari menjadi "orang besar" dalam Baitul Mal oleh Juandajaya, sebarang perkara yang melibatkan perlis, boleh dikatakan bahawa Juanda adalah tempat utama Raja Perlis mengadu dan meluahkan perasaan.

            Maklumat terkini pula, Dr Juandajaya sejak dari sabtu baru-baru ini, sering dikunjungi, ditelefon dan dihubungi oleh "orang-orang Mahathir" memujuk agar beliau tidak bertanding dalam PRU di parlimen Kangar, malahan di mana-mana parlimen sekalipun.

            Apa pula dilema yang sedang bermain di fikiran Raja Perlis terhadap BN Perlis?
            

JUANDA DAN PKR

Posted: 04 Apr 2013 12:51 PM PDT

BN Rancang 13 Mei?

Posted: 01 Apr 2013 01:49 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) sedang merangka satu percaturan untuk menimbulkan huru-hara ala 'Peristiwa 13 Mei' sekiranya gagal mendapat mandat untuk membentuk kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa, BN akan menggunakan sentimen tersebut untuk menakut-nakutkan rakyat kerana mereka kini sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada pengundi.
"Saya yakin ini yang sedang dirancang untuk membolehkan PRU diadakan menjelang 13 Mei untuk menyuntik satu jarum pemikiran ketakutan yang kemudiannya akan ada satu provokasi daripada BN yang sedang menaja kumpulan pengganas politik di negara ini untuk timbulkan huru-hara," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.
Beliau percaya indikator itu boleh berlaku kerana melihat kerajaan sehingga sekarang masih belum membubarkan Parlimen, sebaliknya sengaja melengahkan tarikh PRU sehingga diadakan pada sekitar hujung April sehingga Mei ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendakwa, provokasi itu akan berlarutan sehingga rakyat dan ahli politik pembangkang dijadikan mangsa tahanan pihak berkuasa dengan merujuk kepada Operasi Lalang 1987.
"Saya percaya BN sedang rancang sesuatu untuk timbulkan huru-hara berasaskan beberapa keadaan politik apabila BN sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat seperti mana saya dimangsakan Ops Lalang 1987 iaitu isu ketegangan kaum pada waktu itu yang diketuai Najib Tun Razak (Umno) dan Datuk Lee Kim Sai (MCA).
"Walaupun Akta Keselamatan Negeri (ISA) sudah tiada, kali ini mereka akan gunakan apa saja undang-undang yang ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012)," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kewujudan konspirasi tersebut dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menghalang perkara itu terjadi.
"Saya sedia bekerjasama untuk menyelamatkan negara kita daripada terjebak dalam suasana yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat dan rakyat.
"Sekarang ni rakyat pelbagai kaum kena lebih berhati-hati dengan tindakan Umno-BN dan tidak terperangkap dengan adu domba politik yang akan merosakkan negara kita,"
katanya.

sumber : link

BERLAKUKAH NASAKH DAN MANSUKH DALAM AL-QURAN?

Posted: 30 Mar 2013 12:02 PM PDT


Dalam perbincangan ini terdapat beberapa fasal. Ia adalah seperti berikut;

            FASAL SATU : PENGENALAN
            Dari sudut bahasa, nasakh bermaksud al-Ibtal atau membatalkan dan al-Izalah atau menghilangkan. Dari sudut yang lain pula, Nasakh bermaksud al-Naql dan al-Tahwil yang kedua-dunya memberi maksud perpindangan dan pemalingan[1].
            Adapun dari sudut istilahnya pula, Ibn al-Hajib mendefinisikannya sebagai terangkat hukum syarak berdasarkan dalil syarak yang datang terkemudian. Al-Qadhi al-Baqalani pula mendefinisikannya sebagai terangkat hukum syarak dengan syarak yang datang kemudian[2].
            Ulama sepakat menyatakan wujud nasakh antara syariat Nabi Muhammad Saw dengan syariat nabi-nabi terdahulu. Ini berdalilkan kepada firman Allah SWT dari surah al-Baqarah, ayat 106. Iaitu, Allah SWT menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan menasakhkan atau melupakan sesuatu ayat kecuali akan didatangkan dengan ayat yang lebih baik atau setara dengan ayat tersebut. (Surah al-Baqarah, ayat 106)

مَا نَنْسَخْ مِنْ آَيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

            Adapun nasakh yang berlaku dalam syariat Nabi Muhammad SAW, berlakunya nasakh itu dikhilafi oleh ulama. Jumhur Ulama menyatakan bahawa wujud nasakh antara ayat al-Quran dengan ayat yang lain, tetapi seorang ulama tafsir terkemuka pada kurun ke-4 Hijrah yang meninggal pada tahun 322 Hijrah bernama Abu Muslim al-Asfahani pula menyatakan bahawa tiada nasakh sesama ayat al-Quran.

            FASAL KEDUA : PENGHUJAHAN
            Penghujahan dari semua pihak adalah seperti berikut;
           
            JUMHUR ULAMA
            Di sisi jumhur ulama, nasakh sesama al-Quran itu berlaku dengan alasan-alasan berikut;

            Satu:
            Merujuk kepada umum ayat al-Quran dari surah al-Baqarah, ayat 106 yang menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan menasakhkan sesuatu ayat kecuali didatangkan kepada mereka ayat yang lebih baik dan setara.

            Dua :
            Melihat banyak kes-kes yang berlaku di zaman nabi SAW yang merujuk kepada kewujudan pengamalan nasakh ini. antaranya adalah seperti kesepakatan Ulama pemalingan Kiblat bagi Umat Islam dari Baitul Maqdis kepada Baitullah al-haram berdasarkan firman Allah dari surah al-Baqarah, ayat 144;

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

            Juga merujuk kepada penantian iddah bagi perempuan kematian suami dari cukupkan bilangan setahun penuh kepada empat bukan sepuluh hari. Ini berdasarkan ayat 240 dari surah al-Baqarah (iddahnya selama satu tahun penuh);

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِأَزْوَاجِهِمْ مَتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ

            Dan ayat 234 dari surah al-Baqarah (iddah empat bulan sepuluh hari);

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا
           
Juga seperti kisah proses pengharaman arak dalam nas al-Quran, iaitu bermula dari surah al-Baqarah, ayat 219[3]bahawa Allah SWT menyatakan kebaikan yang sedikit, dan dosa yang banyak dengan minum arak, kemudian ayat 43 dari surah al-Nisa'[4], bahawa larangan solat dalam keadaan mabuk. Lalu diharamkan terus dengan turunnnya ayat ke 90 dari surah al-Maidah[5].
            Dan berbagai-bagai lagi contoh yang banyak terdapat dalam kitab-kitab tafsir dan usul fiqh.

            HUJJAH AL-ASFAHANI
            Adapun hujjah al-Asfahani, beliau menyatakan tidak berlaku nasakh dalam al-Quran kerana ayat al-Quran yang menyatakan nasakh itu adalah merujuk nasakh antara syariat nabi Muhammad SAW dengan syariat terdahulu.
            Ditambahi lagi, pada beliau berlaku nasakh dalam al-Quran itu sendiri sifatnya adalah batil dengan merujuk kepada ayat 42 dari surah Fussila yang menyatakan bahawa tidak datang kebatilan, sama ada dari depan, juga dari belakang. (Surah Fussilat, ayat 42)

لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ
           
            FASAL KETIGA : MELIHAT NASAKH DARI SUDUT MAQASID
            Sepertimana diketahui ramai, dalam perbincangan maqasid, semua kandungan syariat itu, sudah pasti tertakluk kepada masolih al-'Ibad, iaitu memastikan semampu mungkin tercapai maslahah kepada manusia, juga semampu mungkin membuang mafsadah dari terkena kepada manusia.
            Didapati dalam perbincangan nasakh juga, objektif atau tujuan disebalik berlakunya nasakah adalah kemaslahatan kepada hamba. Perkara ini dinyatakan oleh al-Zuhaili dengan beliau menyatakan perkara yang paling penting disebalik hikmah bagi nasakh adalah pemastian maslahah manusia itu merupakan tujuan asal dalam pensyariatan hukum-hukum, sedangkan semua maslahah-maslahah ini berberbeda dengan sebab berbeda-bedanya keadaan dan masa[6].

أن أهم حكمة للنسخ هي تحقيق مصالح الناس التي هي المقصود الأصلي من تشريع الأحكام, تلك المصالح التي تختلف بإختلاف الأحوال و الأزمان

            Ibn al-Qayyim pula ada menyatakan bahawa perubahan hukum syarak dengan sebab nasakh adalah kerana maslahah nasakh itu sendiri, iaitu pembinaan hukum atas perakuan terhadap masalah dan mafsadah dalam hukum[7].

وكذلك يتبدل الحكم الشرعي بنسخه لمصلحة النسخ فإنكم إن بنيتم على إعتبار المصالح و المفاسد فى الأحكام
           
            Didapati juga, pengistilahan nasakh itu sendiri disisi ulama-ulama usul terawal, ada berbagai-bagai maksud bila diungkap nasikh dan mansukh itu. Ada dari kalangan mereka memaksudkan nasakh sebagai mentaqyidkan mutlaq, mentakhsiskan yang umum dengan dalil muttasil dan munfasil, penjelasan terhadap mubham dan mujmak dan sebagainya. perkara ini ditegaskan oleh al-Syatibi dalam al-Muwafaqat[8].

وَذَلِكَ أَنَّ الَّذِي يَظْهَرُ مِنْ كَلَامِ الْمُتَقَدِّمِينَ أَنَّ النَّسْخَ عِنْدَهُمْ فِي الْإِطْلَاقِ أَعَمُّ مِنْهُ فِي كَلَامِ الْأُصُولِيِّينَ؛ فَقَدْ يُطْلِقُونَ عَلَى تَقْيِيدِ الْمُطْلَقِ نَسْخًا، وَعَلَى تَخْصِيصِ الْعُمُومِ بِدَلِيلٍ مُتَّصِلٍ أَوْ مُنْفَصِلٍ نَسْخًا، وَعَلَى بَيَانِ الْمُبْهَمِ وَالْمُجْمَلِ نَسْخًا، كَمَا يُطْلِقُونَ عَلَى رَفْعِ الْحُكْمِ الشَّرْعِيِّ بِدَلِيلٍ شَرْعِيٍّ مُتَأَخِّرٍ نَسْخًا؛ لِأَنَّ جميع ذلك مشترك في معنى واحدًا، وَهُوَ أَنَّ النَّسْخَ فِي الِاصْطِلَاحِ الْمُتَأَخِّرِ اقْتَضَى أَنَّ الْأَمْرَ الْمُتَقَدِّمَ غَيْرُ مُرَادٍ فِي التَّكْلِيفِ، وَإِنَّمَا الْمُرَادُ مَا جِيءَ بِهِ آخِرًا؛ فَالْأَوَّلُ غَيْرُ مَعْمُولٍ بِهِ، وَالثَّانِي هُوَ الْمَعْمُولُ بِهِ

            Perkara yang sama juga pernah diungkapkan oleh al-Qaradawi, beliau menyatakan bahawa banyak perkara yang diungkap nasikh dan mansukh, termasuk dibawah bab umum dan khusus, mutlaq dan muqayyad, mubham dan mubayyan dan seumpamannya. Wajib bagi para mujtahid mengetahui perkara ini[9].

إن أكثر ما أطلقوا عليه "الناسخ والمنسوخ" يدخل في باب: العام والخاص، أو المطلق والمقيد، أو المبهم والمبين ونحو ذلك، فيجب على المجتهد أن يكون على علم به
           
            Makanya dengan itu, sebilangan ulama-ulama maqasid menyatakan bahawa tiada unsure nasikh dan mansukh dalam nas, tetapi perubahan hukum itu berdasarkan kepada maqasid syariah.
            Alasan-alasan mereka sedemikian adalah seperti berikut;

            Satu :
            Sepertimana kita ketahui bahawa al-Quran sendiri mengatakan bahawa Nabi SAW itu hadir untuk menerangkan tentang al-Quran[10], sedangkan menasakhkan ayat al-Quran ini tidak pernah diungkapkan secara terang di zaman wahyu oleh Nabi SAW, tetapi diiktibarkan ia sesuatu ayat itu sebagai mansukh atau tidak berdasarkan ijtihad para ulama. Sekiranya perkara nasakh ini adalah perkara penting, sudah pasti ia akan tersebut dalam hadis, sedangkan hakikat perkara ini tidak pernah diungkap oleh Nabi SAW berdasarkan hadis yang saheh, lagi sareh.  Ekoran itu, para ulama tidak sepakat dalam menentukan bilangan ayat-ayat yang dimansukhkan, seperti al-Imam al-Dihlawi menyatakan sebanyak 5 ayat sahaja, al-Imam al-Sayuti menyatakan sebanyak dua puluh ayat dan ada pula menyatakan lebih dari itu lagi[11].
            Dalam al-Kitab al-Nasikh wa al-Mansukh fi al-Quran al-Karim, karangan Abu al-Qasim Hibah Allah Salamah pula menyatakan bahawa dalam surah al-Baqarah sahaja, ayat yang dinasakhkan sebanyak 30 ayat[12], dalam surah ali-Imran sebanyak     10 ayat[13], dalam surah al-Nisa' sebanyak 24 ayat[14]dan begitulah seterusnya

            Dua :
            Apabila ia adalah perkara diijtihadkan oleh ulama, ia memungkinkan berlaku penafian terhadap kewujudan beberapa ayat al-Quran. Apabila ini berlaku, sudah pasti ia menyalahi firman Allah SWT yang menyatakan bahawa al-Quran itu diturunkan Allah, dan sudah pasti dijaga oleh Allah SWT. (Surah al-Hijr, ayat 9)

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

            Ketiga:
            Dalam kitab al-Halal wa al-Haram, karangan al-Qaradhawi ada menyatakan;

أن الأصل فيما خلق الله من أشياء و منافع هو الحل و الإباحة , ولا حرام إلا ما ورد نص صحيح صريح من الشارع بتحريمه

            Maksudnya;
            "Sesungguhnya asal pada perkara yang Allah SWT ciptakan dari sesuatu atau perkara yang mendatangkan manfaat adalah halal dan harus. Ia tidak haram kecuali ada nas yang saheh sareh dari syarak dengan pengharamannya[15]"
            Sesuatu perkara itu tidak boleh dikatakan haram sekiranya;
            Satu : ada nas tetapi doif
            Dua : ada nas tetapi tidak sareh menyatakannya haram (tidak jelas menyatakan pengharamannya)
            Dengan erti kata yang lain, sesuatu perkara itu boleh dikatakan haram apabila ada nas yang saheh, disamping ia sareh pula atas menyatakan perkara tersebut adalah haram.
            Ada pula, beberapa nas yang saheh itu dilihat seperti sareh terhadap pengharamannya, tetapi sebenarnya tidak sareh. Antara contoh perkara ini adalah satu hadis bahawa Nabi SAW ada bersabda;

ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَنَّانُ الَّذِي لَا يُعْطِي شَيْئًا إِلَّا مَنَّهُ وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْفَاجِرِ وَالْمُسْبِلُ إِزَارَهُ

            Maksudnya;
            "Tiga golongan yang Allah SWT tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat nanti; 1- dermawan yang tidak memberi sesuatu kecuali orang mahu dia berikan sahaja. 2- orang yang hendak memberikan sesuatu barangnya dengan sumpah yang buruk. 3- orang yang melabuhkan kainnya[16]"
            Juga hadis;

مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ

            Maksudnya;
            "Pakaian yang rendah dari dua buku lali dari pakaiannya, maka ia dalam neraka[17]"
            Dari zahir hadis-hadis ini, kita akan dapati bahawa Nabi SAW melarang melabuhkan pakaian sehingga menutup buku lali. Namun begitu, apabila diteliti lagi, didapati bahawa hadis ini tidak sareh, ekoran itu perlu diperhatikan sama pada hadis yang lain pula, iaitu larangan melabuhkan itu mempunyai sebab, iaitu mendatangkan sombong. Ini dilihat pada hadis yang lain, iaitu Nabi Muhammad SAW bersabda;

مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

            Maksudnya;
            "Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana Khuyala' atau sombong, pasti Allah SWT tidak akan melihat (wajahnya) pada hari kiamat nanti[18]"
            Khuyala' merupakan sifat bagi pengharaman berpakaian labuh sehingga menutup buku lali. Sekiranya tidak mendatangkan khulaya', maka ia tidak jadi haram.
            Makanya di sini, sesuatu perkara yang hendak dihukumkan haram pun, memerlukan kepada nas yang saheh dan sareh. Makanya, adalah pelik jika dianggap sesuatu nas itu nasakh dan mansukh dengan ijtihad ulama sahaja; tanpa ada nas yang sareh menyatakan sesuatu itu nasakh atau mansukh.

HUKUM NASAKH DARI KACAMATA MAQASID
           
            Melihat perbahasan ini, sudah pasti akan tertimbul satu persoalan tentang beberapa hukum yang dianggap sebagai mansukh. Bagi menjawab persoalan ini, ia hendaklah dilihat dalam kerangka maqasid, iaitu dengan melihat dari sudut masa, tempat dan kondusif; dilihat factor maslahah dan mafsadah.
            Ekoran itu, hukum nikah mut'ah itu dari sudut maqasid, hukum asalnya adalah haram, tetapi diizinkan di awal islam ekoran dharurat, ekoran bilangan umat Islam yang sedikit. ini dibuktikan dengan satu cerita bahawa ada tuduhan mengatakan bahawa Ibn Abbas telah halalkan nikah mut'ah. Mengetahui tentang tuduhan tersebut, Ibn Abbas telah mencelakakan terhadap penuduh tersebut lalu berkata bahawa dia tidak halalkan itu secara mutlaq, tetapi dihalalkan ekoran dharurat, seperti hukum bangkai, darah dan daging babi[19].

قال ابن عباس : قاتلهم الله إني ما أفتيت باباحتها على الاطلاق ، لكني قلت : إنها تحل للمضطر كما تحل الميتة والدم ولحم الخنزير له

            Kupasan ini dikukuhkan perbahasannya oleh al-Qaradawi[20].
            Ini dapat dilihat bahawa Ibn al-Arabi pernah menyatakan bahawa Nikah Mut'ah ini pernah dihalalkan di awal Islam, kemudian diharamkan pada hari Khaibar, lalu diharuskan balik pada peperangan awtas, kemudian diharam selepas itu dan kekal pengharamannya[21].

وأما متعة النساء فهي من غرائب الشريعة، لانها أبيحت في صدر الاسلام ثم حرمت يوم خيبر، ثم أبيحت في غزوة أو طاس، ثم حرمت بعد ذلك واستقر الامر على التحريم

                       
            Juga pengharaman menziarahi kubur di awal Islam, tetapi dihalalkan di kala keimanan sahabat sudah kuat, iaitu setelah terhapusnya pembudayaan dalam diri para sahabat terhadap amalan jahiliah di kala menziarahi kubur.


[1]Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, jld 2, hlmn 961.
[2]Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, jld 2, hlmn 962
[3]Surah al-Baqarah, ayat 219

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

[4]Surah al-Nisa', ayat 43;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ

[5]Surah al-Maidah, ayat 90;

ا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

[6]Al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, jld 2, hlmn 966.
[7]Dau' al-Munir 'Ala Tafasir, jld 2, hlmn 82.
[8]Al-Syatibi, al-Muwafaqat, jld 3, hlmn 344.
[10]Surah al-Nahl, ayat 44

وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
[12] Al-Nasikh wa al-Mansukh fi al-Quran al-Karim, hlmn 3.
[13] Ibid, hlmn 9
[14] Ibid, hlmn 10.
[15]Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlmn 25
[16]Muslim : hadis no, 155.
[17]Al-Bukhari : hadis no, 5341.
[18]Al-Bukhari : hadis no, 3392.
[19]Al-Razi, Mafatih al-ghaib, jld 5, hlmn 155.
[20]http://www.qaradawi.net/fatawaahkam/30/1707.html
[21] tafsir al-Qurtubi, jld 5, hlmn 131

MAZA JUMPA NAJIB, NAJIB JUMPA MAZA?

Posted: 19 Mar 2013 01:57 PM PDT



aku tahu awal lagi Dr MAZA berjumpa dengan PM. itupun atas kehendak PM. tp, aku dok fikir, kenapa Najib nak jumpa Dr MAZA. Takkan PM tak tahu bahawa MAZA ni "kaki sound". dia bukan kira orang. tak kira sapa.

yg kita tahu, MAZA agak baik dengan Tun Dr M'thir. Semasa kami bersembang di PJ dulu pun, ada gak cerita2 kami tentang bekas PM itu. Aku rasa, Najib panggil MAZA tu, mungkin nasihat dari M'thir.

kenapa M'thir suruh Najib panggil MAZA? tambahan lagi, mengikut ceritanya, jadual MAZA berjumpa dengan Najib itu adalah jadual Najib kena pergi ke Lahad Datu. 

aku rasa, ada beberapa sebab; 
1- nak tawar MAZA bertanding kerusi BN. 
2- Najib dah tahu bahawa MAZA tak akan terima tawaran punya. makanya, Najib nak kurangkan serangan MAZA terhadap BN dalam PRU akan datang. (?)

pengaruh MAZA di M'sia pun boleh tahan juga. sebenarnya ramai yg tak sangka, bahawa pengaruh itu menjadi tajuk perbincangan di kalangan pimpinan PAS, UMNO, DAP dan PKR.



LAHAD DATU : PELUANG LANUN DI KALA KELEMAHAN PEROMPAK

Posted: 04 Mar 2013 11:28 AM PST


lahad datu : tentera raja sulu itu ada IC. Mereka dapat IC, walaupun kesetiaan mereka pada Raja Sulu. 

Apabila ada pengikut mereka dah jadi rakyat Malaysia, mereka menjadikan sebagai peluang untuk mendapatkan wilayah tertentu sebagai kepunyaan mereka. makanya, antara game yang mereka buat adalah masuk UMNO.

Mereka mahu keluar dari Filipina dengan alasan kerajaan itu tidak Islam. Mereka mempunyai mindanao sebagai rakan jika mereka boleh bentuk kerajaan. mereka beralasan bahawa mereka mahu buat Wilayah Islam yang tidak berada dibawah kekuasaan Filipina dan Malaysia.

Mungkin mereka sudah analisa kelemahan sempadan Malaysia untuk memastikan Lahad Datu itu menjadi kepunyaan mereka. Persoalannya, di sempadan mana di Malaysia ini yang tidak "bocor"?

Secara asasnya, isu ini adalah kelemahan pemerintahan BN. Isu IC mudah yang mahu dijadikan sebagai alat untuk kemenangan BN, tetapi telah termakan diri dengan dijadikan sebagai peluang Sultan Sulu untuk membina Kerajaan mereka sendiri.

apa kesudahannya? 

entahlah....

Mahathir perlu bertanggungjawab tentang hal ini, kerana kemasukan pendatang dengan diberikan IC ini bermula di era beliau.

KES LAHAD DATU

Posted: 02 Mar 2013 04:07 PM PST


kes satu :

Muhammad berkenan kepada aminah. Muhammad minta tolong kawannya bernama Musa untuk pinang. Tahu-tahu, Musa telah pinang Aminah untuknya, bukan untuk Muhammad. 

BN mudahkan sempadan lahad datu untuk peluang IC. harapannya menang dalam PRU nanti. tiba2, Raja Sulu pula ambil peluang untuk membuat pemberontakan.

kes dua :

Zaid nak beli sebuah HP. harga yang ditulis 100 ringgit. dia nakharga HP itu sebanyak 50 ringgit, tetapi minta tawaran sehingga 40 ringgit. 

pada Zaid, jika dapat 40 ringgit, itu sudah kredit baginya. tp kalau dapat 50 ringgit pun, itu pun ok dah, sbb itu yang dia kehendaki pun.

Raja sulu bukan nak tanah, tapi nak duit. dia minta tanah. kalau dapat tanah, itu kredit. kalau tak dapat tanah, dpt duit pun dah ok dah.

raja ni selalunya lanun. BN pula, perompak jalanan. lanun sedang bermain dengan perompak. akhirnya, rakyat jadi susah.

[kemaskini] SULTAN KELANTAN REMBAT TANAH?

Posted: 01 Mar 2013 10:15 AM PST

Lot Tanah ini adalah lot pembangunan milik rakyat/kerajaan di Taman Damar, Gua Musang. Ia dipohon oleh Sultan kelantan, mat Faris bin ismail petra. Ramai kata, Sultan kelantan ini bagus sebab pakai Jubah, tetapi pakai jubah pun merembat tanah rakyat ker?


peliknya, tanah untuk rakyat ini diluluskan permohonannya oleh JawatanKuasa Hal Ehwal Tanah Gua Musang dalam mesyuaratnya pada 20 Feb tahun 2012....


Jom tengok nama-nama yang hadir dalam mesyuarat tersebut;



Persoalan yang tidak terjawab;
1- Benarkah Sultan Kelantan yang mohon dan memberi tandatangan dalam borang permohonan ini?
2- ataupun, Tandatangan Sultan itu ditiru oleh pihak berkepentingan?

Jika Benar Sultan Kelantan mohon, ini tandanya Sultan Kelantan berlagak alim disebalik jubah, tetapi sebenarnya "kaki rembat" tanah kepunyaan Rakyat.

Dalam Hal ini, MB kelantan perlu berkeras tentang tanah rakyat ini. MB diamanahkan tuhan untuk menjaga tanah rakyat, bukan di"gelapkan" untuk kepentingan Sultan Kelantan.

Sultan kelantan kena jawab tentang dokumen ini.


komen orang dlm blog MSO ttg ulama PAS

Posted: 24 Feb 2013 08:04 AM PST



john said...
Salam pak mso...

Ambo napok macam bersetuju dengan pengomen ni. Harap buke strategis dari perang saraf umno!. Bukan apa dengan bahasa kasar terhadap ulama ni rasa macam keterlaluan pulak. Setahu ambo Dr. Harun Din salah seorang yang pernah bermimipi bertemu Rasullullah S.A.W! Mungkin tindakannya ada juga hikmahnya.
Maaf Sebut said...
Saya ada soalan.

Siapa sebenarnya ulama ? Kenapa ramai sgt terutamanya dalam politik dilabelkan sebagai ulama ?

Dan adakah mereka layak digelar ulama sbb nampak mudah sgt seseorang itu digelar ulama.
basri bin omar said...
Salam Tuan!

Amat setuju dgn paparn ni....cepat latah dgn permainan musuh....kdg2 terkenang ucapkan akhir Almarhum Prof Zulkifli Muhammah ttg perjuangan tapi berapa kerat sgt Pemimpin dok telaah......Wallahu akllam
Unknown said...
Salam,

Menarik juga komentar yg diberi, tetapu pada pendapat saya tidak perlulah sampai hingga menghina golongan ulamak sampai ke tahap yang bukan-bukan. Semua kita sebagai manusia, termasuk ulamak mempunyai kelemahan dan pendapat masing2 dalam setiap isu. Pertembungan idea dan cita-cita perlulah ditangani dengan terbuka. Dalam Islam begitu banyak teladan dan panduan menangani perbezaan pendapat, tetapi tidak perlu sampai menghina, seolah-olah semua ulamak begitu keji sifat dan sikapnya. Berpada-padalah dalam berbicara tentang ulamak..mungkin sebahagian tindakan2 mereka seperti menongkah arus, tetapi keikhlasan mereka tidak perlulah dipertikai. Wallah hu'alam.

Abu Ihsan
karami said...
Kebelakangan ini, aku sering bercakap dgn kawan2 ttg pas trengganu. Rata2 mengucap benda yang sama iaitu sombong, bongkak atau arrogant. Nada berckp mereka bongkak, cara pembawakan juga bongkak. Imbas kembali cara berpidato hadi awang, keras dan kasar dan ada yang berkata itu lah style org berfahaman wahabi berckp. Bila dah tua dan berpengalaman lentok berckp juga berubah. Macamana berubah pun, pemimpin2 pas terengganu tetap perasan dan otak kemetot. Cair ayat alquran dan hadis bukan bermakna kita pandai semua.
muazzam ab majid said...
Di mana ahli2 majlis syura dlm menggerakkan parti selama ni?apakah hanya menunggu isu2 tertentu shj spt kalimah Allah dan Tahalluf Siyasi br berfungsi.Sekurang2nya utk mentarbiah ahli2 parti xkan nk hrp para aktivis spt mat sabu,salahudin atau mazlan....atau profesional2 mcm husam, dr zul dll....mereka ada tugas sesuai dgn bidang mereka.habis yg ulamak2 ni?tak ckp pasal nk dakwah pd yg bkn Islam lg,yg ahli2 ni dulu....bila org dh buat kerja turun ke jln2,ceramah siang mlm,ada yg ke lokap,ada pulak yg sibuk nk buat pakatan lain.betullah,nk bina tu payah,tp nk runtuhkan tu senang je......
1 melayu said...
salam saudara, saya setuju dengan tulisan ini. Seharus nya ulamak wajib tahu hal hal perang saraf dari umno ini. Ulamak yang bijak wajib beristikharah bilaman satu satu isu itu timbul.

Seharus nya ulamak wajib diberi kursus perang saraf. saidaina Ali ra pernah berpesan katanya gerakkan musuh yang tersusun bole mengalahkan gerakan islam yang tidak tersusun walaupun yang walaupu mereka berada di pihak yang benar.

Oleh itu saya gesa supaya kursus perang saraf diadakan dengan silibus yang baku. sekia , Allahuakbar 3 x.
buah kerdas said...
Saya setuju benar dengan pendapat ANAK NUJUM PAK BELALANG Bangi. Seperti yang Sdr MSO tulis sebelum ini, ada "Jibrail" disebalik "Jibrail".

PAS dengan imej ulamak semata-mata tidak akan kemana kerana majoriti orang Melayu hari ini adalah golongan yang tidak menjadikan ulama sebagai idola. Jangankan ulama, Rasululah pun bukan idola majoriti Melayu. (Ramai yang akan marah saya kerana menulis begini, tetapi tanyalah diri kita, ahli keluarga dan kawan-kawan kita, apakah jenis pakaian yang Nabi suka, buah-buahan apa yang digemarinya, nama anak-anaknya dsb, pasti ramai yang tiak mengetahui). Dalam keadaan begini, kalau kita mahu menegakkan Islam secara politik, kita perlukan sokongan majoriti Melayu. Pada ketika ini, Anwar Ibrahim adalah tokoh politik yang boleh menggamit citarasa Melayu, akan datang kita tak tahu.
Mangkuk Dalca said...
Kemelut yang dicipta oleh Majlis Syura telah menguntungkan UBN. Sikap Majlis Syura yang boleh dianggap tidak profesional, menuntut satu penjelasan yang konkrit. Semua pendokong PR mahukan penjelasan yang sebenar daripada Majlis Syura.

Di harap Majlis Syura menjelaskan tindakan sedemikan rupa, pada saat-saat kritikal sebegini. Tidak perlu bersikap seperti kebudak-budakan. Kami menanti alasan yang sepatutnya tidak berbangkit sama sekali.

Jika tidak ada sebarang penjelasan, jangan salahkan persepsi orang ramai terhadap Majlis Syura.

Hendaknya tidak ada ahli Majlis Syura yang dipilih sebagai wakil rakyat kerana golongan inilah yang berperatus tinggi untuk berpaling tadah sekiranya apa yang dilaporkan itu benar.

Kami, penyokong PR menantikan penjelasan sekarang!
Najwan said...
Salam Tuan,

Memang betul pandangan saudara penulis ini. TGNA, TGHH dan rakan yang seangkatan dengannya adalah contoh yang baik ulama' yang bersusah-payah mengimplimentasikan agama dalam politik tanahair. Diharapkan para ulama' yang masih dikira baru dalam perjuangan politik, muhasabah diri mereka mengikut realiti semasa. Satu-satu amanah itu hanya layak dipikul oleh ahlinya, kalau tidak hancurlah ummah nanti. Didoakan agar para pemimpin PAS bersatu hati dan tidak memandai-mandai dalam membuat sesuatu keputusan. Selamat berjuang, sedarlah sebelum terlambat.
Halim said...
Well said!! A+++ article.
Wan Nasruddin said...
Btul sgt...xsedar dek untung org mcm ni...siapa yg cetus gelombang....
Wan Nasruddin said...
Btul sgt...xsedar dek untung org mcm ni...siapa yg cetus gelombang....
baeyu said...
Assalamualaikum MSO,
Nampaknya Cucu Nujum Pak Belalang telah pun membuat research atau telah lama berada dalam lingkungan jamaaah PAS.Beliau berupaya untuk menceritakan susur galur kejadian secara teratur mengikut kronologi dan terserlah persamaan dengan apa yang telah berlaku dan yang sedang berlaku didalam PAS.

Walau bagaimana pun sedikit sebanyak beliau berjaya menggambarkan sudut pandang oleh golongan-golongan seperti diri saya yang boleh dikatakan bukanlah berada didalam jamaah PAS, tidak juga berada didalam PKR atau pun DAP akan tetapi yang pasti akan mengundi dan menyokong asas perjuangan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan di Malaysia.

Percaya atau tidak, setelah 14 tahun saya masih lagi merupakan penyokong Pakatan Rakyat dan masih belum terbuka untuk menghuni dimana-mana parti yang ada. Itulah yang berlaku setelah tiga pilihanraya berlangsung.Sebagai seorang yang secara asasnya berasal dari golongan ultra Malay saya tidak betah untuk berada dalam DAP. Walaupun merupakan penyokong kuat DSAI saya tidak selesa untuk berada di dalam PKR yang bercampur gaul kerana dah memang asal dari kelumpuk ultra Malay. Saya mengambil masa yang lama meneliti PAS kerana persepsi asal saya terhadap PAS masih lagi banyak dipengaruhi oleh sudut pandang terhadap ustaz-ustaz PAS yang saya kenali dan dengari yang banyak menjengkelkan saya.

Saya tidak melihat PAS sebagai satu batu asas yang silap, saya melihat 'orang PAS' yang banyak melakukan kesilapan dalam cara mentarbiah masyarakat disekelilingnya. Saya melihat perkembangan polemik ini merupakan sesuatu yang kurang sihat dalam PAS. Walaupun para pemimpin mula goyah, bagi saya para penyokong masih teguh dengan keyakinan terhadap Pakatan Rakyat. Cuma bagi para penyokong biarlah perjuangan ini kita lalui dengan tekad yang teguh dan tidak remuk rendam didalamnya. Saya mengkritik bukan kerana benci tetapi lebih kepada sayang, walau pun tidak secara rasmi bersama PAS tapi hati telah lama bersama PAS dan Pakatan Rakyat.Kalau tidak masakan saya namakan Anak ketiga saya sebagai 'Anwar Abdul Aziz' bersempena dua teraju PR yang saya kagumi iaitu DSAI dan TGNA.Saya berimpian, suatu hari nanti akan saya khabarkan kepada anak saya tersebut, bahwa namanya dicetuskan oleh dua insan hebat yang berjuang mempertabatkan bangsa dan agamanya dan hasilnya akan dinikmati oleh generasinya kelak. Walaupun sokongan saya terhadap PAS banyak dipengaruhi oleh Ustaz Haron Din berasaskan keyakinan beliau terhadap kebenaran DSAI ketika awal reformasi dulu, namun jika kali ini Ustaz Haron Din keluar sekalipun saya masih TATAP bersama 'Anwar Abdul Aziz'.
Saya banyak bersetuju dengan sudut pandang Cucu Nujum Pak Belalang kerana begitulah momokan yang sentiasa diberikan oleh orang luar terhadap ulamak dalam PAS. Saya masih berharap bahawa kemelut yang ada ini masih lagi berada ditahap spekulasi, walaupun sejarah menunjukkan cakap-cakap berkaitan orang-orang PAS ini seringkali berakhir dengan hakikat semata-mata yang hanya menunggu pengumuman rasmi sahaja.

emaswarisan said...
Salam..
Persetujuan dan persepakatan bersama yang asal Dsai sbg PM tu..cantik molek dah.Terus terang cakap،Pas naik imej sejak sedekad ini pun atas isu Dsai dan meluatkan Umno.Marilah kita pakat martabatkan PR di Putrajaya dahulu،sebab waktu dah hampir senja dah.Diharap PKR pula tidak tamak membolot byk kerusi yg akan dipertandingkan nanti.Harus diingat،bkn semua penyokong PR sukakan Pas،Pkr،Dap..mereka hanya mahu Umno jatuh.Mereka mahu Umno diadili sebaiknya selepas Pru13 nanti.
Taktik BN yg menyimpan sakibaki tenaga sehingga di pusingan terakhir juga harus cekap dihidu oleh PR.Jgn nanti menang sorak shj...utamakan agenda resolusi HKR112.
pok amid littor said...
Assalam tuan MSO. Saya amat tertarik dengan tulisan Cucu Nujum Pak Belalang yang dipaparkan di atas. Rata-rata pengomen nampaknya memberikan pandangan betapa kurang mantapnya golongan agama dalam PAS berpolitik. Pemberi2 komen semua sayangkan PAS, tapi rasa terkilan dengan tindakan MSU. Saya pun merasakan begitu. Bila mendengar ucapan mereka menerusi kuliah dan ceramah, ya hebat!!! Tapi bila mereka berpolitik, tak sehebat ucapan. Kadand-kadang saya terfikir juga, boleh kah golongan agama ni berpolitik, bersepak-terajang padahal tindak-balas mereka slow dan lembab? Sungguh, kami sayangkan PAS, tapi jangan lah biarkan puak ini hanyut dengan syok sendiri mereka.
abusalam said...
UMNO PENING!!! "Anwar kawan lama saya" - Dato' Harun Din

Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din mengesahkan beliau didatangi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di rumahnya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Haron seperti dipetik menerusi portal berita http://antarapos.com menafikan pertemuan itu bagi membincangkan kesesuaian Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihanraya Umum Ke-13.

Sebaliknya, Haron ketika bercakap kepada portal berita berkenaan menyatakan, pertemuan itu hanya sebagai perjumpaan biasa antara dua individu dan tiada perkara kepartian dibincangkan.

Dalam masa sama, Haron turut melahirkan kekesalannya apabila ada pihak menjadikan pertemuan tersebut sebagai modal politik.

"Pertemuan (dengan Anwar) saya tidak fikir itu yang menjadi isu, saya berjumpa dengan semua orang.

'Nature' hidup saya, orang datang minta nasihat dan pertolongan," katanya lebih lanjut kepada portal berita tersebut.

Haron berkata, pada Selasa lalu, terdapat 200 orang berjumpa dengannya tanpa mengira latar belakang politik.

"Pertemuan dengan saya tidak sepatutnya dijadikan isu sebab saya dengan Anwar kawan lama, dulu masa di ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) kami sudah kenal, semasa beliau dalam Umno kami masih berkawan.

Dia datang ke rumah saya, semasa dia dalam penjara saya pergi melawat dia.

"Pertemuan dengan saya adalah sebagai sahabat, tiada agenda berasingan. Pertemuan itu (dengan Anwar) sering berlaku dan itu betul, pertemuan itu tiada agenda berasingan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Haron menegaskan, dakwaan yang menyatakan Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar daripada memegang jawatan Perdana Menteri adalah tidak benar.

Beliau berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat badan tertinggi parti tersebut yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bila saya kata kami kawan biasa, perjumpaan itu tiada perkara khusus dalam berbincang atau memutuskan apa-apa mengenai parti, tiada kaitan dengan parti, ia perjumpaan biasa.

"(Majlis Syura Ulama) tidak pernah bincang isu itu, mungkin pertemuan saya dengan Anwar dikaitkan dengan itu tapi ia hanya pertemuan biasa," katanya.

Pengakuan Haron itu sekali gus menolak dakwaan sebuah blog pro-Pakatan Rakyat yang kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS berkenaan yang datang menemui Anwar dan bukan sebaliknya.

Bagaimanapun, blog pro-Umno cuba mensensasikan isu pertemuan tersebut kononnya Anwar 'meminta nyawa politik' dan 'merayu kepada Haron supaya keputusan Majlis Syura PAS tidak diteruskan'.

Malah, ada blog Umno yang biadap menganggap Anwar sengaja 'memalukan diri menghadap Haron sebaik menerima keputusan mesyuarat tersebut'.
mamat dogok said...
dalam fikiran(hipotesis) ambo sblum ni, TGHD jupa DSAI adalah spt duta negara islam yang bimbang tentang islam dgn sedikit kecurigaan terhadap arah tuju DSAI sebagai PM, bertukar pendapat, minta kepastian dan jaminan. tapi ambo silap, TGHD ada hajat lebih daripada tu, mungkin atas kecurigaan/was-was dan sayangkan perjuangan Islam(mengikut kefahaman TGHD). bagi saya keikhlasan perjuangan TGHD tehadap agama tak dapat dinafikan tetapi silap percaturan (pada pandangan majoriti)

yang masaalahnya TGHD kata kehendak MSU, tetapi TGNA tak tahu, kalau mengikut komen TGNA ari tu, (MSU dalam gelap) klu boleh PAS(TGNA) pejelas hal ni atau buat pendirian untuk kurangkan panas.

sebab ambo tengok "PAS" terlalu "berlapik" untuk menyatakan pendirian, senang, biar menang, dulu buat undian@pakatan dalam PR, tetapi "PAS" kena beri jaminan sekarang bahawa tiada agenda UG selepas menang.
rosmahs othman said...
aku pon rasa ada beberapa isu yang berbangkit.....untuk komen di atas aku setuju.....mereka mengaku ulamak.....namun ilmu ketuhanan mungkin sepruh2.....merekamngkin hafiz2....namun syaitan itu hanya tak boleh mengoda MUHAMMAD......adakah mereka ni kenal....sebagaimana tok guru nik aziz kenal....?????
banyak yang jual air liur.....
bangi lama said...
satu pandangan dgn hujah2 bernas!!!

cuma ade satu isu yg perlu ditengahkan berkenaan kisah geng2 yg persoalkan anwar (geng perpaduang). isu dia ialah KuLi - bukan masalah sejarah die, watak @ pribadi dia tetapi hakikatnya dia adalah ahli UMNO, titik nokhta!!!

ini bukn shj menunjukan sifat 'mangkuk' tetapi juga mengambarkan sifat hasad and niat yg tidak baik dari kalangan org2 tertentu dari PAS. sebab buat camna pun, selagi Kuli masih ahli umno, tak guna - malah mengambarkan ketidak cerdikan Pas secara amnya. kalau dah pilih org umno baik tak payah tanding terus, buang masa jea sebab ending dia dah tau. tak pun, kalau dah nak kuli sgt jadi pm sebab anwar tak sesuailah ke apa ke, baik cepat masuk BN ke tak pun masuk umno - senang cite supaya nanti kuli nak lantik ahli cabinet ade peluang.

kalau justifikasi tak mau anwar sebab macam, sekarang nak pulak dgr ape dia justifikasi pilih kuli. apa dia bagus sgt kuli nie - selama ni duk goyang kaki (tak salah dia, udah dia org umno, ape hal nak sibuk2 dgn PR). ape dia sumbang die.. pendek kata, ini gile punya keja.
ExPet said...
Ku Li secara terang-terang menyokong penggunaan perkataan "Allah" oleh orang bukan Islam. Tetapi "ulamak" Pas tiada masalah dengannya. Kalau dengan Anwar, semua tak kena. Memang nampak sangat hasad dengki sebab Anwar dipuja dan disanjung oleh rakyat melebihi Harun Taib, Nik Zawawi dan Azman Sapawi. Wahai 'ulamak' Pas, cukuplah cubaan untuk memperbodohkan orang Melayu dengan istilah bahasa Arab seperti 'tahaluf siasi'. Budak sekolah pun boleh Google Translate maksudnya ialah 'political coalition' atau 'political alliance'. Orang Arab yang sedang bercakap dalam bahasa Arab pun terkeluar perkataan 'coalition' dan 'alliance' ini sebab dalam konteks politik moden, ia lebih tepat dan jitu. Hentilah 'qada hajat' (kencing) kami semua. Kami tak sebodoh yang kamu sangka walau pun kami tidak ke al-Azhar atau Madinah.
Izazulzilati said...
Tuan Haji MSO,

Penolakan ke atas UMNO (dan pemimpinnya) sebagai sebuah parti yang korup, menyalah-guna kuasa dan mengamalkan kronisme yang kronik adalah suatu hakikat majoriti rakyat telah faham dan terima.

Memilih pemimpin (umara') tidak semestinya dari kalangan alim ulama' atau orang yang wara', apa yg penting ialah dia seorang yang soleh/beriman dan memiliki ilmu pengurusan dan pentadbiran negara yang tinggi.

Jika dia seorang yang alim dan/atau wara' itu cuma bonus. Mereka yang alim dan wara' belum tentu dapat memerintah negara dengan berjaya.

Ilmu pengurusan garapan Ibnu Khaldun wajar disandarkan sebagai asas kemelut ini.
karami said...
Membawa nama ku li seolah2 menikam tG nik aziz dari belakang. Pukul anak sindir menantu ker?
Lebai Malang said...
Setuju sangat dengan ulasan Cucu Nujum Pak Belalang. Memang benar ulamak Pas tidak ada aura dan kemesraan malahan ramai pemimpin UMNO yang lebih mesra dan mudah didampingi berbanding dengan para ulama Pas. Banyak pengalaman cuba menegur ulama Pas bila berjumpa seperti di atas kapal terbang tapi tindak balas atau responnya tidak ada kemesraan langsung dan tidak akan melakukannya lagi untuk kali ke-2. Mungkin kerana yang menegurnya itu tidak berjubah atau berketayap serta tidak pandai menggunakan istilah2 Arab sekurang-kurangnya ana atau anta. Walaupun tidak menyukai UMNO tapi hati tidak pernah terbuka untuk bersama PAS.

sumber:

http://msomelayu.blogspot.com/2013/02/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html

WACANA POLITIK : UNDI CALON NON MUSLIM DAN MENTERI NON MUSLIM

Posted: 18 Feb 2013 12:19 PM PST


PERTAMA : UNDI CALON NON MUSLIM

            Perkara yang paling penting diketahui, dalam kerangka pengamalan negara demokrasi di Malaysia, penentuan sesuatu dasar dan system pemerintahan tidak akan berlaku berpuncakan calon, tetapi kebersamaan antara parti-parti yang memerintah. Menang seseorang calon PR di sesuatu DUN atau Parlimen, ia tidak dapat menentukan dasar pemerintahan Negara berubah. Tetapi, perubahan pada system pemerintahan akan berlaku, apabila PR mentadbir Negara. Begitulah juga BN.
            Ekoran itu, penentuan pemilihan calon dalam Pilihanraya di Malaysia, bukanlah terletak kepada factor calon, tetapi terletak kepada factor parti mana yang mendominasi dalam pemerintahan. Dengan pendominasian itu, sesuatu system dan dasar pemerintahan boleh dirobah seperti yang dimahukan.
            Makanya, disini lahir satu perbincangan, iaitu seseorang muslim yang mengundi di sesuatu DUN atau Parlimen yang bertanding ditempat tersebut adalah orang bukan Islam. Ia menjadi satu wacana yang perlu diperbincangkan bagi memastikan kejayaan melaksanakan bentuk pemerintahan yang baik.
            Perbincangan itu adalah seperti berikut;

            Satu :
            Kemenangan Islam adalah apabila manusia masuk Islam, juga mendekatkan diri mereka dengan Islam. Perkara ini, dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran bahawa apabila datang kemenangan dan pertolongan, maka didapati orang akan masuk Islam beramai-ramai. (Surah al-Nasr, ayat 1-2)

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ * وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

            Kemenangan tidak tercapai kecuali dengan pertolongan. Ini kerana, hakikat hidayah itu adalah hasil dari pilihan Allah, bukan pilihan kita. (Surah al-Qasas, ayat 56)

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

            Pertolongan Allah SWT akan diberikan kepada mereka yang melaksanakan keadilan. Ibn Taimiah ada menyatakan, bahawa Allah SWT akan tolong Negara yang adil, waima ia kafir sekalipun. (Ibn Taimiah, Hisbah, hlmn 4)

ان الله ينصر دولة عادلة وإن كانت كافرة , ولا ينصر دولة ظالمة وإن كانت مؤمنة

            Perkataan ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran, bahawa Allah SWT tidak akan membinasakan ahli sesebuah negara secara zalim, jika rakyat dan pemerintahnya saling melakukan Islah atau pembaik pulih. (Surah Hud, ayat 117)

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

            Al-Qaradawi menukilkan dari kupasan Imam Fakhr al-Din al-Razi dalam kitab "Duar al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-Islami", yang dimaksudkan secara zalim ini merujuk kepada Negara yang diperintah tidak berasaskan kepada ajaran Islam, tetapi Negara itu adil. (Fakhr al-Din al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, jld 8, hlmn 486; al-Qaradawi, Daur al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-Islami, hlmn 356)

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ , اي لا يهلكهم بمجرد شركهم إذا كانوا مصلحين يعامل بعضهم بعضا على الصلاح و السداد

            Dua:
            Kaedah Fiqh ada menyatakan bahawa berlaku antara dua mudharat, hendaklah dilakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar. Mengundi calon non Muslim, memang merupakan satu mudharat, tetapi dengan tidak mengundi itu akan menjadikan sesuatu pemerintahan yang merosakan. Ketika itu, dibenarkan mengundi calon bukan Islam untuk menolak kemudharatan yang lebih besar, iaitu system pemerintahan yang tidak adil dan tidak baik.

KEDUA : NON MUSLIM SEBAGAI MENTERI

Apabila menang dalam PRU, yang menang itu bukan sekadar PAS dan PKR sahaja, tetapi disana ada beberapa orang yang menang dari kalangan mereka yang tidak beragama Islam, sama ada individu non Muslim dari parti DAP; dari PKR; dari PAS. Makanya, sudah pasti, mereka akan diberikan hak memegang beberapa jawatan dalam menteri.
            Orang yang tidak melarang memberikan jawatan menteri kepada non Muslim beralasan dengan firman Allah SWT yang melarang orang Islam menjadikan orang bukan Islam sebagai wali, atau penguasa. (Surah al-Imran, ayat 26)

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ

            Juga ayat 118 dari surah al-Imran bahawa Allah SWT melarang mengambil orang selain Muslim sebagai Bitanah atau teman kepercayaan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ

            Penjelasan terhadap pemahaman terhadap ayat ini adalah seperti berikut;
            Satu :
            Ayat ini bersifat Sad al-Zaraie, iaitu menutup pintu-pintu haram. Ia sama seperti larangan Allah dari mencela sembah-sembahan selain Allah, kerana bimbang berlaku Maalat atau implikasi yang buruk, iaitu celaan non Muslim terhadap Allah tanpa ilmu dan prejudis. (Surah al-An'am, ayat 108)

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

            Ibnu Kathir menyatakan bahawa Allah SWT melarang Rasulullah SAW dan orang-orang mukmin dari memaki sembah-sembahan musyrikin, waima ia boleh mencapai maslahah. Namun, sebenarnya ia boleh membawa kepada mafsadah yang lebih besar, iaitu makian balas dari orang Musyrikin terhadap tuhan orang mukmin, iaitu Allah yang tiada tuhan kecuali Dia. (Ibni Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim : jld 3, hlmn 314)
            Menurut Ar-Raisuni pula, hukum asal bagi celaan terhadap sembahan musyrikin adalah harus, malahan dalam beberapa ketika ia menjadi wajib. Ini kerana, menyembah selain Allah merupakan jenayah dan penyelewengan yang cukup besar. Namun, melihat kepada implikasi menyebabkan tercapainya mafsadah yang lebih besar, iaitu mereka mencela Allah dalam keadaan hati mereka ada permusuhan, zalim dan kejahilan, menyebabkan mencela sembahan selain Allah itu dilarang. (Dr Ahmad al-Raisuni, Muhadharat fi Maqasid al-Syariah : 219)
            Jadi, larangan celaan ini bersifat sad al-Zaraie. Dengan maksud, jika tidak mendatangkan implikasi yang buruk, maka ia tidak dilarang. Maka keadaan yang sama juga pada ayat larangan mengambil non Muslim sebagai pemimpin berdasarkan ayat ke 26 dan ayat 118  dari surah ali-imran.

            Dua:
            Maksud sad al-Zaraie adalah menutup pintu-pintu haram. Ia berasaskan kepada kaedah fiqh yang menyatakan, "perkara yang membawa kepada haram, maka hukumnya juga turut haram"

ما أدى إلى الحرام فهو حرام

            Ia membawa maksud, sesuatu yang boleh membawa kepada haram, maka ia juga turut haram. Contohnya seperti nas melarang meminum arak, maka menjual arak juga adalah haram. Juga, hukum asal menjual anggur adalah harus, tetapi menjadi haram jika dijual kepada pembuat arak.
            Juga penting diambil perhatian, menutup pintu haram itu tidak semestinya diharamkan terus, tetapi dengan meletakkan syarat-syarat yang ketat, sudah tercapai maksud Sad al-Zaraie. Ini seperti ulama-ulama Islam tidak terus mengharamkan system perbankan secara mutlak, waima asalnya bank itu terlibat dengan riba. Makanya, mereka benarkan perjalanan bank dengan diletakkan syarat bahawa tidak terlibat dengan riba, gharar dan sebagainya.
            Ia sama seperti penderiaan PAS yang mengizinkan perempuan menjadi calon dalam Pilihanraya dengan dikenakan syarat-syarat yang ketat, sedangkan di sana wujud hadis yang menyatakan larangan perempuan menjadi pemimpin[1]. (Haji Harun Taib, Muslimat pembangun ummah, hlmn 181)
            Makanya, dalam negara yang mengamalkan system demokrasi, kerenahnya tidak sama seperti negara yang mengamalkan system monarki. Ini kerana, dalam system monarki, pemerintah itu umpama tuan kepada rakyat, sedangkan dalam system demokrasi, pemerintah umpama pekerja bagi rakyat. Dalam erti kata yang lain, pemerintah melaksanakan kehendak rakyat, dan rakyat boleh gugurkan sesuatu pemerintah berdasarkan pemilihan rakyat yang dikenali sebagai Pilihanraya atau referendum rakyat.
            Disamping itu juga, dalam Negara demokrasi, seseorang yang memegang jawatan dalam negara tidak boleh melakukan tindakannya sewenang-wenangnya. Sebaliknya, ia tertakluk dengan undang-undang bertulis yang disepakati ramai. Dengan maksud, individu menteri yang melakukan tindakan menyalahi undang-undang bertulis, ia boleh dikenakan hukuman.
            Ekoran itu, dalam kerangka demokrasi, melantik menteri dari kalangan orang bukan Islam tidak menjadi masalah untuk perlantikan non Muslim sebagai menteri, selama perlantikan itu mendatangkan kebaikan yang banyak, juga tidak mendatangkan kerosakan yang lebih besar berbanding kebaikan.



[1]Dari teks dari buku;
"maka majlis syura Ulama PAS di dalam mesyuaratnya di Kota Bharu pada 30hb. Disember 2001 berhubung dengan muslimat menjadi calon dalam pilihanraya dan seterusnya menjadi wakil rakyat telah membuat keputusan seperti berikut:-
"bahawa mesyuarat majlis syura Ulama PAS pada 15hb. Syawal 1422/30hb. Disember 2001 telah membuat keputusan bersetuju mengekalkan amalan PAS sebelum ini iaitu mengharuskan muslimat menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya dengan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu" (Haji Harun Taib, Muslimat pembangun ummah, hlmn 181)

‘UQBAH BIN ‘AMIR AL-JUHANI : DEMI ILMU, TINGGALKAN KERJA

Posted: 29 Dec 2012 12:19 PM PST


Semasa Nabi Muhammad SAW sampai di Yastrib, beliau berada di padang pasir untuk mengembala kambing. Berita kehadiran Nabi SAW, menyebabkan beliau bersegera meninggalkan gembalaannya yang merupakan sumber rezekinya, semata-mata mahu bersua-muka, bertemu-mata dengan Baginda SAW.

Setelah berjumpa, beliau memeluk Islam dan berbaiah dengan Nabi SAW. Baginda SAW bertanya, apakah beliau mahu berbaiah hijrah atau berbaiah Badwi. Beliau mahu berbaiah sebagai Hijrah.

Setelah berbaiah, beliau pulang semula ke padang pasir untuk meneruskan kerja hariannya, mengembala kambing. Bersama rakan-rakan di padang pasir seramai 12 orang. Mereka bergilir-gilir mengembala kambing di padang pasir dan berulang alik untuk mendapatkan ilmu dari Nabi SAW. Kemudian sesame mereka, berkongsi balik ilmu itu. 'Uqbah merasa rugi, menyebabkan beliau berhenti terus dari menjadi pengembala kambing untuk sentiasa berdampingan dengan Nabi SAW demi khidmat dan ilmu.

Ke mana sahaja Nabi SAW bermusafir, dia akan ambil peluang untuk berkhidmat dengan Nabi SAW. Ternyata, beliau kagum dengan diri Nabi SAW yang mempunyai semangat persahabatan yang kuat. Walaupun 'Uqbah berkhidmat dengan Nabi, tetapi Nabi SAW tidak pernah menganggap ia sebagai khadam, sebaliknya menganggap 'Uqbah sebagai teman yang wajar dihormati.

Dalam permusafiran, baginda SAW di atas unta, sedangkan 'Uqbah berjalan kaki memegang tali unta Nabi SAW. Dalam perjalanan, Nabi SAW bertanya kepada 'Uqbah, apakah beliau keletihan? Tanpa sempat beliau memberi jawapan, Nabi SAW menyuruh beliau naik atas unta, dan Nabi SAW pula berjalan kaki dan memegang tali unta itu.

Memandangkan ia suruhan Nabi SAW, 'Uqbah tidak tergamak untuk menolak, menyebabkan beliau naik sejurus Nabi SAW turun dari unta. Semasa dalam perjalanan yang tidak jauh, 'Uqbah minta untuk berjalan kaki semula, dan meminta agar Nabi SAW pula menaiki balik unta  tersebut.

Ketika itu juga, Nabi SAW menyatakan kepadanya bahawa Baginda SAW mahu ajarkan kepadanya dua surah, dan 'Uqbah bersedia untuk belajar, iaitu surah al-Falaq dan surah al-Nas.

Kelebihan yang ada pada 'Uqbah adalah, kemahirannya dalam memanah. Dalam peperangan Uhud, beliau ditugaskan sebagai pemanah. Disamping itu juga, suara beliau cukup merdu. Ia menjadi ingatan bagi para sahabat yang berjumpa dengan beliau, bahawa mahu mendengar bacaan al-Quran dari 'Uqbah.

Ketika Umar bin al-Khattab menjadi khalifah, beliau sering menyuruh 'Uqbah menuturkan ayat-ayat suci ilahi. Bacaan al-Quran itu menyebabkan air mata umar menitis lebat membasahi janggutnya.

Di era pemerintahan Abu Bakar, beliau tinggal di Syam. Di era Umar, beliau berpindah di Damsyiq. Di era Muawiyah menjadi khalifah, beliau berpindah pula ke mesir dan meninggal di sana pada tahun ke 58 Hijrah.

Sebelum beliau meninggal, sempat juga beliau berpesan kepada anak-anaknya dengan tiga pesanan penting, iaitu agar tidak mengambil hadis kecuali dari orang kepercayaan, agar tidak berhutang walaupun terpaksa memakai pakaian compang camping dan agar tidak terlalai dari membaca al-Quran walaupun sebuk dengan syair-syair indah.

Wallahu 'Alam




HUZAIFAH BIN AL-YAMAN : PENJAGA RAHSIA YANG BERANI

Posted: 16 Dec 2012 09:10 AM PST


Hadis-hadis akhir zaman banyak diriwayatkan oleh Huzaifah. Beliau dilantik sebagai penjaga rahsia-rahsia Nabi SAW, menyeabkan beliau sentiasa di perhatikan oleh Umar al-Khattab apabila berlaku sebarang kematian. Apakah si mati itu disolatkan jenazah oleh Huzaifah atau tidak. Jika tidak dihadiri oleh Huzaifah, Umar juga turut tidak akan tunaikan solat jenazah terhadap si mati tersebut kerana beranggapan bahawa individu terbabit adalah munafiq.

Bapa Huzaifah berasal dari Mekah, sedangkan ibunya berasal dari Madinah. Awal hijrah, para sahabat dari mekah mendapat gelaran muhajirin, dan para sahabat dari Madinah mendapat gelaran ansar, sedangkan Huzaifah mendapat gelaran  kedua-duanya sekali.

Bapanya bernama Husal bin Jabil al-Yamani. Sebilangan ulama tarikh menyebut dengan Husail. Seorang yang di zaman Jahiliah telah meninggalkan Mekah ekoran pergaduhan, lalu melarikan diri ke Yasrib dan bertemu dengan al-Rabbab binti Ka'ab al-Asyhaliyyah. Pertemuan membuahkan percintaan seterusnya berkahwin dan mendapat seorang anak yang hebat bernama Huzaifah.

Bapanya telah syahid dalam medan uhud. Terbunuh ekoran kesilapan sebilangan sahabat yang menyangka bahawa Husail itu adalah seorang musyrik, walhal beliau seorang muslim yang tegar imannya. Ketika sebilangan sahabat yang tidak kenal husail mahu membunuh beliau, Huzaifah perasan dan menjerit sambil mengatakan "Dia adalah bapaku.. dia adalah bapaku… dia adalah bapaku"

Kematian Husail ditangisi oleh Huzaifah. Perkara itu diketahui oleh Nabi SAW dan disabarkan oleh Baginda. Setelah berbincang, akhirnya para sahabat bersedia untuk mengumpul wang untuk dibayarkan diat kepada Huzaifah ekoran kesilapan terbunuhnya bapanya, Husail. Setelah cukup kutipan wang, lalu diberikan kepada Huzaifah. Beliau menerimanya, kemudian menyerah kembali kepada Nabi SAW untuk digunakan dalam peperangan untuk memenangkan islam di masa akan datang. Tindakan beliau itu semakin menambah lagi perasaan sayang Rasulullah SAW kepada Huzaifah.

Dalam peperangan Khandak atau dikenali juga sebagai peperangan Ahzab. Didapati dengan galinya parit keliling Madinah menjadikan pihak musuh-musuh Islam mati kutu untuk bertindak. Mereka berkhemah di luar Madinah untuk mencari jalan untuk melakukan serangan. Keadaan mereka yang duduk beberapa ketika di luar Madinah itu mahu diketahui oleh Nabi SAW. Makanya satu malam, setelah menunaikan solat, Nabi SAW bertanya; "siapakah di kalangan kalian yang boleh pergi siasat keadaan musuh, lalu kembali. Aku akan memhon dengan Allah agar dia akan menjadi teman karibku dalam syurga nanti?"

Semua tidak menjawab, lalu Nabi SAW pun terus mengarahkan kepada Huzaifah pergi. Tanpa bertanya dan memberikan alasan, Huzaifah terus bangun dan pergi sepertimana yang diarahkan.

Secara senyap-senyap Huzaifah menyusup masuk ke kawasan khemah musuh. Dengan bantuan Allah, ketika itu datang angin agak kuat yang menyebabkan api nyalaan yang menjadi suluhan mereka terpadam. Ketika itu, kedengaran suara Abu Sufyan mengarahkan agar para tenteranya memegang tangan sesama mereka. Dengan arahan itu, cepat-cepat Huzaifah memegang tangan dua orang tentera Quraish. Kemudiannya pula kedengaran suara Abu Sufyan menyuruh agar sesama mereka bertanya nama temannya sebelah, agar didapati bahawa musuh tidak menyelinap masuk ke kawasan khemah mereka. Mendengar arahan itu, tanpa sempat dua orang tentera di tepi Huzaifah bertanya, Huzaifah memulakannya terlebih dahulu. Ia menjadikan mereka tidak pula bertanya nama Huzaifah dalam kegelapan itu.

Tidak lama kemudian, kedengaran Abu Sufyan bersungut dengan menyatakan bahawa yahudi yang asalnya bergabung dengan mereka telah mengkhianati mereka. Pihak yahudi telah lari meninggalkan mereka. Maklumat itu menjadikan Huzaifah seronok untuk dilaporkan kepada Nabi SAW.

Dalam keadaan tidak disedari Quraish, Huzaifah telah lari meninggalkan Khemah musuh dan masuk ke Madinah dan melaporkan maklumat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW.

Inilah kehebatan seorang sahabat bernama Huzaifah. Kehebatannya dimanfaatkan sehingga pada era pemerintahan Umar bin al-Khattab. Ini kerana, disamping ketaqwaan, beliau juga terkenal dengan kehebatan dalam berfirasat.

Semasa Umar menjadi Khalifah, dilema Umar adalah apabila rakyat Madyan yang kini dikenali sebagai Lubnan berhadapan dengan masalah penyakit wabak. Kemana sahaja mereka berpindah, didapati mereka terkena penyakit wabak tersebut. Dalam keadaan begitu, Umar telah mengarahkan Huzaifah agar pergi ke kawasan yang selamat untuk difirasatkan. Semasa sampai satu kawasan padang pasir, dengan kekuataan firasat Huzaifah bahawa tempat itu sememangnya tidak akan tersebar penyakit, maka menyebabkan rakyat Madyan telah berpindah di tempat tersebut. Dengan perpindahan itu, menyebabkan padang pasir yang lapang itu dikenali sebagai Kufah pada hari ini.

Huzaifah meninggal pada tahun 36 Hijrah di Madyan, walaupun dilahirkan di Makkah dan tinggal di Madinah. Selama hayat Rasulullah SAW, beliau hadir pada semua peperangan kecuali peperangan Badar sahaja. Itupun, ekoran beliau tidak ada di Madinah pada ketika itu.

Wallahu 'Alam

Sekian


POLITIK ISLAM MESIR – MALAYSIA

Posted: 04 Dec 2012 12:57 PM PST


"Itu Ikhwan sudah menang memang diktator. Dulu cakap, mahu buat demokrasi", satu ungkapan dari seorang rakan berbangsa cina dan tidak beragama Islam yang menyebabkan aku berfikir panjang. Ia diungkapkan selepas berlaku kebangkitan rakyat mesir buat kali kedua yang tidak setuju dengan deklarasi mursi, Presiden Mesir dari mazhab Ikhwan muslimun.

Aku berusaha mencari maklumat lagi. Membaca dan bertanya kepada rakan-rakan yang selalu memberikan analisa yang tepat. Kalau tidak tepat pun, ia hampir-hampir tepat. Berbagai ungkapan mereka. Cuma ayat yang paling terkesan padaku, "habisla PAS. PAS agung-agungkan sangat ikhwan. Kononnya tarbiah ikhwan. Demokrasi sebelum memerintah, tapi diktator selepas memerintah. Kalau Ikhwan boleh buat, takkan anak buah ikhwan (iaitu) PAS tak boleh buat?".

Aku mula berfikir, bahawa kekuatan PAS kini, mendapat kepercayaan penuh dari non Muslim yang melihat PAS berdemokrasi. Cuba bayangkan, jika kepercayaan ini hilang terhadap PAS? Otakku bergerak kuat memikirkan hal ini.

Aku mula memikirkan bahawa penolakan terhadap sesuatu perkara bermula dari prejudis. Perkara ini diakui sendiri oleh al-Quran. Apabila orang mula prejudis dengan PAS, ini memberi gambaran negatif terhadap PAS dalam PRU akan datang. Aku dapati, followers FB aku yang terdiri rakan-rakan yang tidak beragama islam juga ramai. Rata-rata mereka selalu bertanyakan aku tentang PAS, walaupun aku tidak mempunyai sebarang jawatan dalam PAS.

Aku tidak mewakili PAS, tetapi persepsi mereka melihat aku seperti PAS juga menjadi masalah bagi diri aku. Dengan keadaan begini, aku mula bimbang jika mereka prejudis dengan PAS ekoran kejadian di Mesir ini. makanya aku perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan dari terlahirnya prejudis buruk ini. aku mula mengutuk terhadap tindakan mursi yang dilihat seperti diktator tersebut.

Aku berfikir, memang tindakan aku itu akan mencalarkan peribadi aku di mata-mata pro mursi, tetapi ia berjaya menyelamatkan persepsi rakan-rakanku dari kalangan non Muslim yang sedang berjinak-jinak dengan PAS. Padaku, orang  Malaysia yang pro mursi, tidak akan meninggalkan PAS, tetapi rakan-rakanku dari non Muslim, memungkinkan akan tidak menyokong PAS di masa akan datang. Aku bertindak, melakukan mudharat kecil untuk mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar. Juga melakukan tindakan yang boleh hilangkan mudharat yang pasti dengan melakukan tindakan yang melahirkan mudharat yang zann sahaja.

PERSEPSI

Umar bin al-Khattab pernah meminta izin dari Nabi untuk membunuh Abdullah bin Ubai ekoran kejahatannya. Tetapi, ia tidak diizinkan oleh Nabi SAW kerana bimbang persepsi umum menyatakan bahawa muhammad membunuh sahabatnya sendiri. Ini gambaran bahawa Nabi SAW amat pentingkan persepsi.

Isu politik, adalah isu persepsi. Meninggalkan persepsi, akan menatijahkan keburukan dalam politik. Itulah hakikat politik sejak dahulu, lebih-lebih lagi di era langit terbuka ini.

Tindakan Mursi itu, walaupun dilihat benar oleh sebilangan manusia, tetapi sedikit sebanyak, ia memberikan persepsi yang cukup bahaya. Ia bukan kepada Ikhwan sahaja, tetapi terhadap gerakan-gerakan Islam di negara lain yang menjadikan ikhwan sebagai ummu al-Qura dan juga rujukan utama dalam gerakan mereka. Gerakan Islam di dunia yang menjadikan ikhwan sebagai kiblat tarbiah, sudah pasti akan terpalit dengan kesilapan ikhwan.

Apabila mursi ambil sikap "seperti diktator", walhal sebelum naiknya sebagai presiden, ikhwan banyak kali ungkap demokrasi, ia akan memberi persepsi yang buruk kepada gerakan Islam lain yang menggunakan demokrasi yang mereka belum memerintah. PAS di Malaysia, sudah pasti akan terpalit sama dalam persepsi ini jika gagal diurus dengan baik.

REVOLUSI

Sekadar pembacaan aku terhadap politik mesir. Apa yang aku tahu, asal revolusi ini berlaku ekoran dari sebilangan besar rakyat mesir yang tidak mengundi pada tahun 2010. Dikatakan, hanya 40 juta dari 80 juta rakyat mesir yang keluar mengundi, sedangkan yang berbaki tidak keluar mengundi. Dikatakan, sikap yang diambil oleh rakyat mesir ketika itu adalah disebabkan mereka meluat dengan politik.

Tindakan itu dilihat serius oleh seorang tokoh ternama juga di mesir bernama muhammad al-Baradie. Beliau dikenali sebagai orang yang mendapat anugerah nobel keamanan. Keadaan di mesir itu, menyebabkan beliau telah melakukan kritikan terhadap pemerintahan Mubarak dengan bermula dari facebook sahaja, sehinggakan follower Fbnya begitu ramai dan mula membicarakan tentang keburukan pemerintahan Mubarak sehinggakan membawa ke medan tahrir.

Keadaan bertambah semakin hangat, apabila berlaku satu kes terbunuhnya seorang budak lelaki bernama Khalid Said di iskandariah. Dikatakan bahawa beliau terbunuh dalam tahanan polis ekoran tuduhan dadah. Perkara ini dihangatkan dalam FB oleh seorang pemuda yang mempunyai pendidikan agak tinggi di Mesir bernama Wael al-Ghanaim. 

 Semasa mereka berhimpun di tahrir, mereka menuntut mubarak menyelesaikan empat perkara dasar, iaitu kemiskinan ketara, rasuah yang bermaharaja lela, pengangguran yang semakin teruk dan menyelesaikan maslaah inflasi dan gaji rendah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Tuntutan mereka diabaikan oleh mubarak.

Apabila mubarak tidak layan tuntutan tersebut, ia mengundang kemarahan sehinggakan kedengaran khabar angin mengatakan bahawa mubarak bakal meletakkan jawatannya, lalu mahu digantikan dengan anak lelaki mubarak untuk memegang jawatan presiden. Berita angin ini mengundang marah di kalangan rakyat yang sudah sedia berhimpun di medan tahrir sehinggalah terjadinya revolusi.

IKHWAN

Seperti yang diketahui umum, ikhwan tidak mempunyai keputusan semasa revolusi sedang berlaku. Semasa mubarak belum lagi jatuh, ikhwan tidak menghalang ahli-ahlinya untuk terlibat dengan revolusi, tetapi ikhwan sendiri menyatakan bahawa mereka tidak terlibat dengan revolusi. Di pihak salafi pula, mereka agak ketara kerana mereka mengharamkan terus keterlibatan dalam revolusi terbabit.

Namun begitu, selepas kejatuhan mubarak, ikhwan pandai mengambil kesempatan, sehinggakan banyak kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihanraya selepas kejatuhan mubarak. Disamping ikhwan yang tidak terlibat dengan revolusi, geng salafi yang asalnya mengharamkan revolusi juga menjadi teman akrab ikhwan selepas kejayaan Ikhwan dalam pilihanraya.

DEKLARASI

Sebelum berlaku deklarasi, kita mendengar kenyataan erdogan yang mencadangkan sekular sebagai pemerintahan di mesir, tetapi ia ditolak oleh ikhwan. Ternyata ikhwan hendak membuat pemerintahan mereka sendiri. Tanpa berbincang dengan rakan-rakan yang sama-sama menjatuhkan mubarak, seperti al-Baradei mereka membuat deklarasi mereka dengan mencadangkan Islam sebagai asas negara, disamping menjadikan al-Azhar sebagai rujukan dalam perkara syariat di mesir. Ia ditambah lagi dengan satu dekri yang seiras-iras dengan dekri  suharto pada tahun 1966 yang meletakkan kuasa presiden bersifat mutlak, sehingga tidak boleh digugat oleh sesiapa pun, hatta mahkamah.

Tidak dinafikan, memang tujuan menetapkan kuasa presiden bersifat mutlak itu untuk menghalang tindakan sabotaj dari pihak mubarak, tetapi tindakan mereka mengenepikan al-Baradei juga merupakan satu kesan yang agak buruk yang bakal berlaku. Makanya, geng al-Baradie ini bangkit untuk melawan mursi, dan diambil kesempatan oleh geng-geng pro mubarak seperti amru musa.

PAS 1999

Keadaan ini, hampir sama seperti apa yang berlaku pada PAS pada tahun 1999 yang lalu. Ketika itu, PAS berjaya menguasai terengganu dalam Pilihanraya dengan isu Anwar Ibrahim, iaitu apabila beliau dipecat dari jawatan Timbalan PM dan beliau telah diaibkan, dipukul dan dipenjarakan.

Apabila PAS mendapat tampuk pemerintahan, PAS telah melakukan kempen negara Islam, juga menggubal rang undang-undang hudud terengganu, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan  rakan-rakan Barisan Alternatif (BA), seperti PKR dan DAP. Keadaan itu melahirkan kemarahan dari DAP sehinggakan DAP telah keluar dari BA. Kesan dari keadaan buruk itu, menyebabkan PAS dan PKR kalah teruk dalam PRU tahun 2004.

KEBIMBANGAN

Kalau kita melihat seni politik Rasulullah SAW, kita akan dapati sejurus sahaja Nabi SAW mengambil tampuk pemerintahan Madinah, antara tindakan yang Nabi SAW ambil adalah mengurangkan musuh, disamping meramaikan kawan. Ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW melakukan perjanjian persahabatan dengan kaum yahudi di Madinah dengan menubuhkan satu perjanjian bersama bernama piagam madinah. Jika diperhatikan kepada kandungan piagam, kita akan dapati bagaimana unsur persahabatan itu wujud, seperti saling bantu membantu dalam memajukan madinah, penjagaan nyawa antara satu dengan yang lain dan sebagainya.

Seni politik ini diamalkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan di awal beliau memerintah di Kelantan, iaitu dengan tidak meramaikan musuh, tetapi meramaikan kawan. Keadaan ini berbeda dengan terengganu di kala pemerintahan PAS. Ini kerana, pihak JIM dan ABIM yang mempunyai fikrah islam pun boleh dianggap musuh, tetapi keadaan ini tidak berlaku dalam pemerintahan PAS di Kelantan. Makanya tidak hairan, walaupun kelantan pemerintahan PAS penuh dengan berbagai-bagai kelemahan, tetapi berjaya mempertahankan kuasa lebih 20 tahun.

Keadaan ini tidak sama berlaku pada pemerintahan Ikhwan di mesir yang dipimpinan oleh Mursi. Ini kerana, tindakan mursi adalah seperti meramaikan musuh berbanding meramaikan kawan dalam politik. Terutama, musuh-musuh yang diciptakan itu adalah dari kalangan orang yang mula-mula sekali mencetuskan revolusi di mesir. Apabila ini berlaku, mereka tidak akan duduk diam. Sudah pasti, mereka akan memulakan gerakan sekadar yang mampu untuk melakukan gugat terhadap pemerintahan mursi dalam jangka setahun atau dua tahun ini.

RAMAI DALAM HIMPUNAN

Ramai berhimpun mempertahankan mursi di awal pemerintahan tidak boleh menjadi kayu ukur kekuatan pemerintahan mursi. Ini kerana, bagi mereka yang berada dalam kerangka politik pada tahun 1999 sehingga 2004, kita akan dapati bagaimana usrah-usrah PAS ketika itu amat bersemangat. Ceramah-ceramah PAS memang terlalu boleh dibanggakan ekoran kehadiran manusia yang begitu ramai. Walaupun PAS berhadapan dengan DAP dalam isu negara Islam dan hudud, tetapi bilangan orang yang hadir dalam ceramah-ceramah PAS tetap ramai.

Namun begitu, dalam keadaan kehadiran orang ramai mendengar ceramah PAS, pada pilihanraya 2004, ia merupakan pilihanraya yang amat malang bagi PAS. Kerana, ia mengakibatkan kejatuan PAS di terengganu, dan hampir jatuh di kelantan.

KEKUATAN AL-BARADIE

Seorang kawan aku bekerja sebagai pemandu lori. Beliau pernah menyatakan kepadaku bahawa sesuatu yang tidak berat, perlu diangkat dengan tenaga. Tetapi sesuatu yang berat, ia perlu diangkat dengan otak.

Dia menjelaskan lagi contohnya dengan menyatakan bahawa dia telah ke terangganu untuk menghantar tiang-tiang besi yang berat. Sesampai di sana, dia dapati mesin untuk mengangkat tiang-tiang besar yang berat itu tiada. Disamping, pekerja di sana untuk diminta tolong juga tiada. Dia berfikir, bagaimana hendak menurunkan besi-besi yang berat, sedangkan dia tak ada kemampuan dan kuatan untuk menurunkan besi-besi itu dari lorinya. Makanya, dia telah membuka semua pagar-pagar belakang lori, dan dia gostan lorinya laju-laju dan memberhentikannya secara mengejut. Tindakannya itu menyebabkan semua besi-besi yang berat itu boleh diturunkan juga.

Secara teorinya, sesuatu yang terlalu berat itu boleh diturunkan dengan menggunakan akal, walaupun tidak mampu diturunkan dengan tenaga. Teori ini kita dapat lihat dilakukan oleh Israel yang asalnya tidak mempunyai negara.

Namun, dalam keadaan mereka tidak mempunyai negara, mereka telah memanfaatkan akal mereka untuk menguasai ekonomi, seterusnya rata-rata kita mengakui bahawa ekonomi dunia pada hari ini dikuasai oleh yahudi secara proksi. Juga, dengan kebijakan mereka,  mereka telah mendapat penempatan di palestine, walaupun asalnya mereka tidak mempunyai sebarang tempat pun.

Ini yang dibimbangi bakal di lakukan oleh al-Baradie terhadap pemerintahan mursi untuk masa akan datang. Ini kerana, al-Baradie bukan calang-calang manusia. Disamping mempunyai kepakaran dalam atom, beliau juga mempunyai kebijakan politik untuk jangka masa yang panjang. Ini dapat dibuktikan, dengan tindakan beliau di FB menyebabkan berlakunya revolusi di mesir sehingga kejatuhan mubarak.

DENDAM POLITIK

Diberitakan bahawa sejurus selesai revolusi di iran, ramai dari kalangan ulama-ulama sunni yang terlibat sama dengan revolusi menjatuhkan shah iran ditangkap oleh pemerintahan iran pimpinan syiah. Tidak diketahui sejauh mana kebenaran berita ini. namun, berita-berita sebegini amat masyhur di kalangan mereka yang anti-syiah di semua tempat.

Ekoran dari itu, melahirkan dendam dari kalangan orang sunni terhadap syiah di dunia. kesannya adalah, orang sunni amat memusuhi syiah, tidak sepertimana sebelum berlakunya revolusi iran yang dapat dilihat peperangan idea dan takfir antara syiah dan sunni kurang berlaku.
 
Kebimbangan sebegini juga bimbang berlaku di mesir dengan tindakan mursi ini. ia akan melahirkan politik dendam terhadap mursi oleh geng sekular, liberal dan kristian di sana. Kesannya adalah, bimbang kedamaian dalam pemerintahan di mesir tidak akan tercapai. Ia memungkinkan memberi kerosakan yang lebih besar buat masa yang mendatang.

PENUTUP

Secara asasnya, pada pandangan dan pembacaan aku yang lemah ini, aku merasakan suasana politik damai ini wajar dibina di mesir. Aku merasakan, politik di dunia pada hari ini amat sesuai dengan memakai teori think win win atau teori fikir menang-menang yang diungkapkan oleh cowey dalam 7 habitnya.

Aku tidak fikir, ikhwan akan berjaya melaksanakan semua apa yang mereka  mahukan. Ia sama seperti PAS yang mahu membawa idea negara islam dengan DAP yang membawa fikrah negara sekular. Jika semua pihak bertegang urat mempertahankan idealogi masing-masing, sampai bila-bila pun rasuah, penyelewengan wang rakyat di Malaysia tidak akan berjaya diselesaikan. Makanya, setiap parti perlu hormati idealogi parti kawannya, demi menimbulkan unsur kesamaan antara semua pihak. Yang paling penting, bagaimana semua pihak berjaya memberikan hak kepada rakyat, sama ada hak berbentuk metarial, juga berbentuk hak bersuara dalam menyatakan pandangan dan idealogi.

Mungkin kita suka mursi menyekat suara al-baradei (membuat dasar pemerintahan). Namun, sikap kita mungkin lain sedikit jika al-baradie melakukan tindakan yang sama jika dia berada pada tampuk pemerintahan mesir. Jika kita tidak mahu suara kita disekat, sekali-kali kita tidak boleh menyekat suara orang yang tidak seidealogi dengan kita.

Dalam bernegara, rakyat dibawah mempunyai berbagai-bagai fikrah dan idealogi. Ia sejawarnya diraikan dengan suasana demokrasi yang sihat. Tindakan kita menafikan hak rakyat yang tidak sama idealogi dengan kita dari bersuara, bakal memberikan implikasi yang cukup buruk di masa mendatang. Makanya, ia sewajarnya diurus dengan berhikmah.

Sekian

Wallahu 'Alam

POLITIK DALAM KERANGKA UMAT ISLAM

Posted: 20 Oct 2012 12:40 AM PDT


Oleh :
Wan Ji bin Wan Hussin

BAB PERTAMA : FIQH WASAIL DAN POLITIK

Dalam perbincangan Fiqh, hukum tidak boleh lepas dari dua elemen penting, iaitu elemen maqasid dan elemen wasail. Tanpa kedua-dua perkara ini, perkara syariah akan dilihat beku dan jumud. Juga, perbincangan tentang ijtihad juga akan jadi tidak relevan.
Maksud maqasid adalah capaian bagi kemuncak bagi syariat, yang dengannya disyariatkan segala hukum. Maqasid syari' atau tujuan pensyariatan oleh pembuat syariat ialah memberi kemaslahatan kepada hamba pada dunia mereka dan akhirat mereka[1], sama ada dengan cara menarik manfaat atau dengan cara menolak mudharat. (Dr Yusuf al-Alim, Al-maqasid al-'ammah li-al-syariiyyah al-islamiyyah , hlmn 79)
Sekiranya mendatangkan kemaslahatan, maka ia adalah perkara yang perlu diperakui. Adapun mendatangkan mafsadah, maka ia hendaklah ditolak.
Adapun wasail, ia adalah penghubung kepada capaian terhadap maqasid. (Dr Yusuf al-Alim, Al-maqasid al-'ammah li-al-syariiyyah al-islamiyyah , hlmn 79)
Dalam erti kata yang lain, tanpanya, maqasid tidak akan tercapai. Dengan erti kata yang lain, wasail sebagai 'orang tengah' dalam menentukan capaian terhadap keputusan akhir, apakah ia mencapai maslahah atau mafsadah.
            Perkara ini diakui oleh ulama-ulama maqasid sendiri. Antara yang mengakui perkara ini adalah al-Izz bin Abd al-Salam. Beliau menyatakan;

"Tidak syak lagi bahawa melantik Qadhi dan pemerintah adalah sebahagian dari wasail atau elemen penghubung kepada capaian maslahah" (Al-Izz bin Abd al-Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, jilid 1, hlmn 53)

            Kadangkala wasailitu bersifat pelbagai dalam mencapai satu sahaja maqasid. Dalam hal ini, syariat mengiktibarkan atau mengambil kira  pada wasail yang lebih banyak memberi penghasilan kepada capaian maqasidberbanding wasail yang kurang memberi penghasilan kepada capaian maqasid. (Ibn Asyur, Maqasid al-Syariiyyah al-Islamiyyah , hlmn 419)

ADA DALAM NAS DAN TIADA DALAM NAS

Jika diselidiki pada kandungan nas (al-Quran dan al-Hadis), kita akan dapati bahawa setiap kandungan syariah itu, tidak lepas mengandungi dua unsur penting, iaitu maqasid dan wasail. Kadangkala, wasail itu termaktub dalam nas. Kadangkala yang lain, ia tidak termaktub dalam nas, makanya akal digunakan dalam menentukan wasail selama tidak melanggar batasan yang ditetapkan oleh syariah secara umum.
Secara asasnya, wasail itu hendaklah diperhatikan dalam dua keadaan, sama ada mempunyai nas, ataupun tidak mempunyai nas.

ADA NAS;
Wasail yang ada nas ini, tertakluk kepada semua Fiqh, hatta pada Fiqh ibadat sekalipun. Menurut al-Qaradhawi, perkara wasail ini berlaku juga dalam perkara ibadat.
Antara contoh yang beliau kemukakan adalah penerimaan sebilangan ulama besar tentang penggunaan hisab falaki atau kiraan falak dalam menentukan masuknya bulan Ramadhan dan keluarnya. Ia berasaskan kepada satu hadis daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW  ada bersabda;

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ

"Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan, dan berhari rayalah kamu dengan melihat anak bulan. Sekiranya kabur, maka hitunglah/hisablah bilangan dalam syaaban sebanyak tiga puluh (hari)"( Al-Bukhari, bab perkataan Nabi SAW "apabila kamu nampak anak bulan, maka berpuasalah. Apabila kamu nampak anak bulan, berhari rayalah", hadis no : 1776.  Muslim, bab kewajipan berpuasa dan berhari raya dengan tengok anak bulan, hadis no : 1810.)

            Dalam hadis ini, dipaparkan wasail untuk mencapai maqasid (berpuasa dan berhari raya), iaitu dengan melihat anak bulan. Namun begitu, dalam hadis ini juga, Nabi Muhammad SAW menyebut "sekiranya kabur (tidak nampak anak bulan), maka hitunglah/hisablah bilangan dalam syaaban sebanyak tiga puluh (hari)".
Maka dengan itu, ada sebilangan ulama seperti al-Imam Taqi al-Din al-Subki membenarkan penggunaan Hisab Falaki atau kiraan falak sebagai wasail untuk mencapai maqasid (berpuasa di bulan Ramadhan dan penentuan hari raya). (al-Qaradawi, Al-Siyasah al-Syariiyyah fi Dau' Nusus al-Syariah wa maqasiduha, hlmn 123)
Antara contoh lain dalam perkara ini juga adalah firman Allah SWT;

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ

"Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi"(Surah al-Baqarah, ayat 193)
Berperang itu merupakan wasail, sedangkan maqasid dalam ayat ini adalah mengelak dari berlaku fitnah. Dengan maksud, dalam beberapa keadaan, tempat dan masa, berperang itu sendiri boleh mendatangkan fitnah.

TIADA NAS;
            Ada beberapa keadaan, sesuatu wasail itu tidak termaktub dalam nas, tetapi maqasidnya termaktub dalam nas. Apabila wasail itu tidak termaktub dalam nas, maka ia terserah kepada manusia itu memanfaatkan akalnya untuk berijtihad.
Antara  contoh perkara ini adalah seperti maqasid bagi Fiqh Jinayahadalah mendidik umat dari melakukan jenayah, menghilangkan dendam pada diri pada diri mangsa jenayah dan mencegah penjenayah dari mengulangi jenayah. (Ibnu Asyur,  Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, hlmn 516-517)
Namun begitu, dalam beberapa kesalahan tidak termaktub dibawah hudud, makanya ia terserah kepada pemimpin Negara untuk menetapkan hukuman dibawah hukuman ta'zir, sedangkan ta'ziritu tertakluk kepada ijtihad pemerintah[2].

KESIMPULAN

Dalam fiqh politik, al-Qaradawi menyatakan bahawa  maqasidnya adalah memberi kemaslahatan kepada rakyat. (al-Siyasah al-Syariyyah, hlmn 29)

القيام على شيء بما يصلحه

Sebarang keputusan kerajaan, hendaklah memberi kemaslahatan kepada rakyat. Sekiranya mencapai sebaliknya, tindakan kerajaan itu bercanggah dengan kehendak politik dalam Islam. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh yang menyatakan segala pengurusan pemerintah tertakluk dengan memberi kemaslahatan. (al-Asybah wa al-Nazair, hlmn 220[3])

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

Malahan, pemimpin (atau : parti yang memerintah) yang gagal melakukan keadilan kepada rakyat. Dengan maksud, gagal memberi kemaslahatan kepada rakyat, pemimpin itu wajib ditukar dengan pemimpin yang adil. ini kerana, keadilan adalah syarat pada semua kepimpinan (wilayah). (al-Izz bin Abd al-Salam, Qawaid al-Ahkam Fi Masalih al-Anam, jld 2, hlmn 159)

العدالة شرط في كل الولاية

Juga, sekiranya seseorang pemimpin (atau : parti) itu sudah mampu memberi kemaslahatan kepada rakyat, tetapi disana terdapat pemimpin (atau : parti) yang lebih ada kemampuan dan kelayakan memberi keadilan dan kemaslahatan kepada rakyat, maka digalakan (ulang : digalakkan) untuk menukar pemimpin (atau : parti) terbabit dalam pemerintahan.  Ini dibandingkan dengan keperluan mendahulukan faqih berbanding qari untuk dilantik menjadi imam dalam solat, kerana faqih itu lebih mengetahui tentang rukun-rukun dan perkara yang membatalkan solat berbanding qari. (al-Qarafi, al-Zakhirah, jld 2, hlmn 256)

فعلى هذه القاعدة قدم الفقيه على القارئ لأنه أعلم بإقامة أركانها و درئ مفسدتها

Semua ini berasaskan kepada kaedah mendahulukan kemaslahatan umum berbanding kemaslahatan khusus. (al-Qarafi, al-Zakhirah, jld 2, hlmn 256 dan jld 13, hlmn 234)

يجب ضبط المصالح العامة , و لا تنضبط إلا بتعظيم الأئمة في نفوس الرعية , و متي اختلف عليهم أهينوا تعذرت المصلحة

Jika Maqasid bagi politik adalah memberi keadilan dan kemaslahatan kepada rakyat, sedangkan wasailnya pelbagai. Di Malaysia, wasail politik itu antaranya menggunakaan demokrasi, berpilihanraya dan sebagainya. Semuanya bertujuan untuk mencapai tujuan (baca : maqasid politik), iaitu memberi kemaslahatan kepada rakyat.

BAB KEDUA : PERUBAHAN DALAM POLITIK

Secara fitrahnya, manusia itu akan berubah kepada kebaikan. Dalam era kapitalis menguasai ekonomi dunia, rupa paras bagi kapitalis telah berlaku 'tajdid' dengan lahir teori baru bernama ordo-liberalisme; teori yang mengawal beberapa barang-barang keperluan rakyat ekoran menolak monopoli yang merusakan rakyat, walhal secara dasarnya kapitalis itu mengamalkan 'free market'.
            Perkara yang sama berlaku pada negara yang mengamalkan sosialis. Walaupun dasar mereka adalah kawalan terhadap semua ekonomi rakyat, tetapi di China, sudah ada beberapa wilayah mereka telah diberikan kuasa autonomi dalam mengurus ekonomi mereka.
            Secara tidak langsung, kecairan terhadap fikrah ekonomi itu sudah berlaku. Kerana, masing-masing mahu merebut sokongan  rakyat agar mereka ditolak.

POLITIK DI KOTA ATHEN

Perubahan ini bukan sekadar berlaku pada fikrah ekonomi, malahan berlaku pada fikrah politik.  Jika dilihat dalam sejarah Yunani, sebelum Athens mengenal demokrasi[4], bentuk negara kota Athens ialah monarki dan kemudian bertukar kepada oligarki.
            Setelah kegagalan dalam pemerintahan monarki, lahir pula pemerintahan bersama-sama yang disebut sebagai 'Oligarki[5]' Ternyata pemerintahan sebegini kacau bilau, menyebabkan seorang negarawan bijak dari Kota Athen ketika itu bernama Solon meletakkan dasar-dasar demokrasi. Antaranya adalah para petadi dibebaskan dari segala hutang, juga orang Yunani yang dijadikan hamba perlu diberikan hak kemerdekaan kepada mereka. Sejak dari itu, orang Athen dilarang dari mengambil orang sebangsa mereka untuk dijadikan hamba.
            Dengan perubahan sistem Athen yang dilakukan perubahan oleh Solon ternyata mendapat tentangan dari golongan bangsawan yang mempertahankan sistem Oligarki, namun dihadapi beliau dengan berani dengan segala kebijaksanaan yang ada. Ekoran itu, usaha Solon tidak dikatakan sebagai kejayaan pembinaan demokrasi mutlak, tetapi sebagai kejayaan 'memecahkan budaya dan dogma' ke arah kejayaan pembinaan demokrasi.
            Kejayaan demokrasi di Kota Athen adalah di era pemerintahan Cleisthenes. Beliau telah kembangkan apa yang telah dilakukan oleh Solon. Di era beliau, diperluaskan hak-hak warganegara kepada pedagang, pengusaha dan petani.
            Namun begitu, di era Cleisthenes, menduduki jabatan penting dalam pemerintahannya tetap dari kalangan bangsawan dan orang kaya. Wanita dan hamba masih tetap tersisih tanpa memiliki sebarang hak demokrasi.
            Kejayaan memberikan hak demokrasi itu secara melata berlaku pada era Pericles yang membawa kempen rasa cinta dan bangsa dari seluruh warganegara terhadap negaranya.
 
POLITIK DALAM SEJARAH UMAT ISLAM

Dalam kerangka Islam itu sendiri, di era pemerintahan Nabi SAW sehingga era Khalifah yang bentuk, didapati cara perlantikan seseorang khalifah itu tidak sama. 
            Melihat kepada perkembangan semasa, cara perlantikan Abu Bakar al-Siddiq dengan keputusan baiaah di Saqifah Bani Sa'adah yang melibatkan orang-orang besar di kalangan muhajirin dan ansar yang kemudiannya dibaiah oleh seluruh umat islam ketika itu. (al-Imamah al-Uzma 'Ind Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, hlmn 146)
            Perubahan suasana politik di era selepas itu, menyebabkan cara perlantikan Umar adalah dengan dilantik secara terus oleh Abu Bakar al-Siddiq atau diistilah sebagai istikhlaf. Iaitu, semasa Abu Bakar sakit yang hampir kepada kewafatan, beliau telah bertanya pandangan beberapa orang sahabat, seperti Usman bin Affan dan Abd al-Rahman bin Auf, Said bin Zaid dan Abu Al-'Awar dan Usaid bin al-Hudair dan sebilangan sahabat dari kalangan ansar dan muhajirin dalam mencadangkan khalifah. Setelah mereka bersetuju dengan pilihan cadangan Abu Bakar untuk memilih Umar, lalu ditulis satu surat rasmi dan diberitahu kepada rakyat untuk dibaiah. (al-Imamah al-Uzma ind Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, hlmn 150-151) 
            Suasana politik di era selepas itu ternyata agak panas sedikit ekoran pembunuhan terhadap Khalifah Umar disamping islam sudah sampai ke benua selain arab, menyebabkan perlantikan Osman dengan pilihan terhadap seorang dari enam orang calon-calon khalifah yang dicalonkan oleh Umar. Mereka adalah Ali, Usman, al-Zubair, Talhah, Saad dan Abd al-Rahman. Selepas kewafatan Umar, berlaku permilihan pula antara enam orang tersebut sehingga yang berbaki adalah dua orang sahaja; Ali dan Usman. Ekoran itu, Abd al-Rahman bin Auf terus mempamerkan kedua-dua nama ini kepada ketua-ketua kabilah dan seluruh umat Islam untuk dipilih. Proses itu mengambil masa selama tiga hari tiga malam. Keputusannya berbelah pihak kepada Usman bin Affan. (lihat al-Bukhari dalam bab kelebihan sahabat dan bab bagaimana hendak baiah imam)
            Mengulas perkara ini, Imam Ahmad menyatakan bahawa tidak berlaku satu kesepakatan dalam baiah seseorang sepertimana sepakatnya baiah terhadap Usman. (minhaj al-Sunnah, jld 3, hlmn 166)

لم يجتمعوا على بيعة أحد كما اجتمعوا علي بيعة عثمان

Dalam perlantikan Ali pula, lebih sukar berbanding yang lain, kerana ia ekoran kekecamukan politik yang dahsyat yang melibatkan pembunuhan terhadap Usman bin Affan. Dipermulaannya, Ali mengelak dari menerima jawatan, tetapi apabila diminta juga, maka Ali menyatakan bahawa dia akan ke masjid dan terpulang kepada siapa sahaja mahu membaiah beliau. (Tarikh al-Tabari, jld 4, hlmn 434-435)
            Selepas era pemerintahan khalifah, peperangan saudara amat dahsyat, disamping bimbang dengan serangan dari musuh luar, menjadikan pemerintahan di kalangan umat islam itu bertukar pula kepada sistem pemerintahan monarki yang dicetuskan oleh Muawiyah yang dimulai dengan dinasti Umawiyyah. Kemudian disambung dengan dinasti Abbasiah dan berakhir dengan dinasti Osmaniyyah.
            Dalam hadis dinyatakan bahawa Nabi SAW pernah berkata bahawa khilafah selepas Nabi SAW adalah selama tiga puluh tahun, kemudian beraja. (al-Mukjam al-Kabir, hadis no : 6329)

الْخِلافَةُ بَعْدِي فِي أُمَّتِي ثَلاثُونَ سَنَةً , ثُمَّ مُلْكٌ

Begitujuga dalam kitab Ibnu Athir dinyatakan bahawa Ketika Saad bin Abi waqas berjumpa dengan muawiyyah sejurus ditabalkan sebagai khalifah, bahawa saad berkata kepada muawiyyah, "Assalamualaikum wahai raja".
Lalu, Muawiyyah ketawa dan berkata, "apa salahnya sekiranya kamu berkata : wahai Amirul mikminin?"
Saad menjawab, "Demi Allah, aku sungguh-sungguh tidak ingin memperoleh jabatan itu dengan cara yang telah menyebabkan anda memperolehinya" (Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, jld 2, hlmn 109)

ولما استقر الأمر لمعاوية دخل عليه سعد بن أبي وقاص فقال: السلام عليك أيها الملك! فضحك معاوية وقال: ما كان عليك يا أبا إسحاق لو قلت: يا أمير المؤمنين؟ فقال: أتقولها جذلان ضاحكاً؟ والله ما أحب أني وليتها بما وليتها به!

MUTAGHAYYIRAT DALAM POLITIK

Jika kita perhatikan kepada keadaan ini, kita akan faham bahawa  kerangka politik itu tidak bersifat 'sawabit' sebaliknya bersifat 'al-Mutaghayirat'. Makanya perubahan kerangka politik itu tetap akan berlaku.
            Melihat keadaan itu, tidak hairan di awal kejatuhan Osmaniyyah turki, demokrasi dipamerkan sebagai terlarang. Ini kerana, umat Islam di kala itu sedang berhadapan dengan hegemoni sekularisma. Namun, dengan kajian-kajian yang disulami  dengan ijtihad-ijtihad baru ternyata tidak semua kandungan demokrasi itu sekular, malahan sifat demokrasi itu sendiri berubah-berubah sehinggakan eleman islam amat sinonim dalam perkara dasar bagi demokrasi.
Makanya tidak hairan, ulama-ulama Islam sudah mula mengeluarkan pandangan berdasarkan ijtihad-ijtihad mereka tentang keterlibatan umat Islam (baca : gerakan Islam) untuk terlibat dengan demokrasi, seperti ijtihad yang dikemukakan oleh Al-Maududi[6], al-Turabi[7], Ghanoushi[8], al-Qaradawi[9], Syaikh Muhammad al-Ghazali[10]dan seumpamanya.
Ternyata, ijtihad-ijtihad tersebut yang asalnya dilihat janggal di era itu, tetapi sudah diterima ramai pada era ini, malahan ia dianggap satu keperluan dalam melaksanakan tugasan politik yang dikehendaki oleh Islam.

FIQH TAWAQQU' DALAM POLITIK

Perubahan mesti berlaku berdasarkan kepada kehendak rakyat. Sebagai rakyat, mereka lebih mengetahui kemaslahatan mereka, sedangkan pemerintah itu sebagai pihak yang pelaksana amanah yang digajikan oleh rakyat untuk mengurus kemasalahatan mereka.
Makanya, sebagai parti yang membawa suara umat Islam, tidak dapat tidak perlu mempunyai futuristik dalam menjayakan agenda islam untuk dilaksanakan kepada rakyat. Dalam islam itu sendiri, terdapat satu perbincangan yang disebut sebagai fiqh tawaqqu', atau satu kefahaman mendalam dalam membuat ramalan dan membentuk suasana di masa hadapan.
            Asal fikrah fiqh Tawaqqu' adalah berasal dari fikrah Maalat al-Af'al. Dalam al-Muwafaqat, al-Imam al-Syatibi menyatakan maalat al-Af'al adalah melihat kepada implikasi terhadap sesuatu tindakan.
Antara dalil-dalil bersumber dari nas dalam menyatakan bahawa wujudnya fiqh maalat al-'af'al ini adalah seperti berikut;

Pertama:
Dari sudut hukum asal, memaki sembahan-sembahan selain Allah adalah dibenarkan. Namun begitu, dibimbangi ia memberi implikasi yang buruk disebalik memaki sembahan-sembahan itu, iaitu menerima makian balas terhadap Allah SWT dari mereka dengan prejudis, maka perkara itu diharamkan oleh Allah SWT. Firman Allah, "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan" (Surah al-'An'am, ayat 108)

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Kedua;
Dalam hadis ada dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW melarang seseorang memaki ibu bapa temannya. Larangan itu kerana melihat kepada implikasi yang bakal diterima, iaitu seperti memaki ibu bapanya sendiri. Ia disandarkan kepada satu hadis, daripada Abdullah bin Amr berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sebahagian dari dosa besar itu adalah seseorang itu memaki kedua ibu bapanya". Nabi Muhammad SAW ditanya, "Bagaimana mungkin wujud orang yang memaki kedua ibu bapanya?". Berkata Nabi Muhammad SAW, "Seseorang memaki bapa seseorang yang lain, lalu dia memaki balik bapanya dan memaki balik ibunya". (al-bukhari, hadis no : 5516)

إِنَّ مِنْ أَكْبَرِ الْكَبَائِرِ أَنْ يَلْعَنَ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَلْعَنُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قَالَ يَسُبُّ الرَّجُلُ أَبَا الرَّجُلِ فَيَسُبُّ أَبَاهُ وَيَسُبُّ أُمَّهُ

Ketiga;
Daripada Aisyah R.Ha, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW ada berkata kepadanya;
"Apakah kamu tidak melihat sesungguhnya kaum kamu ketika mereka membina kaabah, mereka membataskan pada qawaed Ibrahim". Aku (Aisyah) bertanya, "Wahai Rasulullah SAW, kenapa tidak kamu kembalikannya pada qawaed Ibrahim?". Nabi Muhammad SAW menjawab, "kalaulah tidak kerana baru kaum kamu meninggalkan kekufuran, pasti aku sudah lakukan" (al-Bukhari, hadis no : 1480)

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهَا أَلَمْ تَرَيْ أَنَّ قَوْمَكِ لَمَّا بَنَوْا الْكَعْبَةَ اقْتَصَرُوا عَنْ قَوَاعِدِ إِبْرَاهِيمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَرُدُّهَا عَلَى قَوَاعِدِ إِبْرَاهِيمَ قَالَ لَوْلَا حِدْثَانُ قَوْمِكِ بِالْكُفْرِ لَفَعَلْتُ

Jika diperhatikan kepada jawapan Nabi Muhammad SAW, kita dapati bahawa Baginda tidak terus meruntuhkan kaabah dan membaiki kedudukan balik Kaabah pada tapaknya yang sebenar, kerana bimbang melahirkan implikasi yang lebih buruk, iaitu pandangan arab bahawa Nabi Muhammad SAW mengajar kepada mereka meruntuhkan tempat-tempat suci ini.

Keempat;
Dari Anas bin Malik, bahawa seorang badwi telah kencing dalam masjid. Sebilangan sahabat bangkit (untuk menghalang badwi itu berkencing). Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda, "Jangan kamu halang dia kencing". Kemudian Nabi Muhammad SAW menyuruh mendatangkan satu baldi air, dan baginda SAW sendiri yang tuangkan air itu pada tempat kencing badwi tadi. (al-Bukhari, hadis no : 5566)

أَنَّ أَعْرَابِيًّا بَالَ فِي الْمَسْجِدِ فَقَامُوا إِلَيْهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُزْرِمُوهُ ثُمَّ دَعَا بِدَلْوٍ مِنْ مَاءٍ فَصُبَّ عَلَيْهِ

Nabi SAW melarang para sahabat dari menghalang Badwi itu kencing kerana, jika menghalang ketika badwi itu sedang kencing akan mendatangkan implikasi yang lebih besar buruknya, iaitu tempat yang kena air kencing dalam masjid itu akan menjadi lebih besar. Juga, mungkin apabila menghalang, menyebabkan badwi itu lari. Ketika itu, implikasinya lebih buruk, iaitu air kencingnya akan kena pada pakaian dan badannya.
Dari fikrah itu, ternyata fiqh itu semakin berlaku tajdid dan pembaharuan. Makanya lahir berbagai-bagai teori fiqh yang dapat difahami dalam kerangka kehidupan tanpa menafikan faktor nas-nas syariah.
Fiqh Tawaqqu' atau diterjemah sebagai fiqh futuristik adalah kesan dari perbincangan tentang teori Maalat al-af'al atau implikasi terhadap sesuatu. Ia rentetan dari perbincangan tentang teori sad al-zaraie yang dikemukakan oleh Imam Malik (al-Syatibi, al-I'tisam, jld 1, hlmn 281), juga teori Fath al-zaraie yang dikemukakan oleh imam al-Qarafi (al-Furuq, jld 3, hlmn 46)
Fiqh futuristic ini satu perbincangan tentang kefahaman yang mendalam dalam memastikan sesuatu yang bakal berlaku. Makanya, dari sekarang dilakukan beberapa tindakan supaya kemaslahatan lebih tercapai untuk masa mendatang berbanding kemudharatan, atau sekiranya diandaikan tercapai kemudharatan, dilakukan beberapa tindakan mengurangkan kemudharatan yang bakal berlaku.
Ada sebilangan ilmuan menolak teori fiqh tawaqqu' ini dengan alasan bahawa mengandai sesuatu yang bakal terjadi adalah satu perkara yang tertolak. Mereka berdalilkan dengan perkataan Umar bin al-Khattab di atas mimbar pada suatu hari. Iaitu, Umar menyatakan bahawa orang yang bertanya perkara yang bakal berlaku adalah orang yang meminta bala itu disegerakan berlaku. Makanya ia wajar dibuang. ('Ilam al-Muwaqiin, hlmn 91)

قال عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ : أُحَرِّجُ بِاَللَّهِ عَلَى كُلِّ امْرِئٍ سَأَلَ عَنْ شَيْءٍ لَمْ يَكُنْ ، فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ بَيَّنَ مَا هُوَ كَائِنٌ

Dijawab pendapat ini dengan satu kisah perbualan antara seorang sahabat bernama qatadah bersama Imam Abu Hanifah. Iaitu, Abu Hanifah bertanyakan perkara yang cukup susah dan ia belum berlaku. Soalan itu menyebabkan Qatadah memarahi Abu Hanifah, kerana bimbang mengundang bala. 
Namun begitu, Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa soalan tersebut adalah sebagai cara untuk kita bersedia untuk berhadapan dengan bala yang bakal menimpa. Jika diketahui, maka kita sudah untuk masuk atau keluar dari bala tersebut. (Tarikh Baghdad, jld 6, hlmn 106 )

عن النضر بن محمد قال: دخل قتادة الكوفة ونزل في دار أبي بردة فخرج يوما وقد اجتمع إليه خلق كثير فقال: قتادة والله الذي لا إله إلا هو ما يسألني اليوم أحد عن الحلال والحرام إلا أجبته فقام إليه أبو حنيفة فقال: يا أبا الخطاب ما تقول في رجل غاب عن أهله أعواماً فظنت امرأته أن زوجها مات فتزوجت ثم رجع زوجها الأول ما تقول في صداقها وقال لأصحابه الذين اجتمعوا إليه لئن حدث بحديث ليكذبن ولئن قال: برأي نفسه ليخطئن فقال: قتادة ويحك أوقعت هذه المسألة قال: لا قال: فلم تسألني عما لم يقع قال: أبو حنيفة إنا نستعد للبلاء قبل نزوله فإذا ما وقع عرفنا الدخول فيه والخروج منه

Ia dikukuhkan lagi dengan beberapa keputusan Nabi SAW, seperti dalam sejarah sulh al-Hudaibiyyah. Ini kerana, perjanjian yang dilihat berat sebelah itu dengan berani diterima oleh Nabi SAW kerana menjangkakan kemaslahatan yang lebih besar bakal dikecapi dari pihak umat Islam. Ternyata, keberanian Nabi SAW menerima perjanjian tersebut mendatangkan keuntungan yang cukup gemilang  dari pihak Islam.

SYARAT-SYARAT

Secara asasnya, sesuatu ramalan ini diterima dalam syariah berdasarkan syarat-syaratnya. Jika dipenuhi syarat, maka ia adalah fiqh tawaqqu', tetapi ia tidak mencukupi syarat, maka ia tidak boleh disebut sebagai fiqh tawaqqu'.
Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

Pertama;
Ia mesti berdasarkan kepada ghalabah al-zan, iaitu sangkaan yang menguasai. Dengan maksud, sesuatu sangkaan itu mempunyai bukti penyokong.
Ini sepertimana firman Allah yang menyatakan bagi orang yang berpoligami, jika mereka bimbang bahawa mereka tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah mereka berkahwin seorang sahaja. (surah al-Nisa', ayat 3)

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً

Jika ikut kepada realitinya, kita tidak tahu apakah kita boleh berlaku adil atau tidak, jika kita tidak berpoligami terlebih dahulu. Namun Quran menyatakan jika bimbang dari berlaku, maka hendaklah kahwin satu sahaja. Menunjukkan, ia tertakluk kepada sangkaan yang mendominasi dalam diri orang yang berpoligami tersebut.

Kedua;
Ia perlu melihat kepada qarinah yang TELAH dan SEDANG berlaku, disamping qarinah itu mempunyai kaitan dengan keadaan yang BAKAL berlaku. Semua ini perlu kepada analisa. Ia dilihat pada perjanjian Hudaibiyyah yang dibuat oleh Nabi SAW. Semasa Nabi SAW menerima perjanjian, Nabi SAW sudah melihat suasana ketika itu, dan kaitannya yang bakal mendapat keuntungan di pihak umat Islam di masa akan datang.

Ketiga;
Hendaklah diimbang perkara ini berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah. Iaitu, dengan disenaraikan andaian-andaian yang berbentuk keuntungan yang bakal berlaku. Juga diisenaraikan andaian-andaian tentang kerosakan-kerosakan yang bakal berlaku. Lalu, dianalisa untuk memilih tindakan yang boleh mengurangkan kerosakan, jika disana didapati akan berlaku kerosakan. Atau memilih kemaslahatan yang besar, jika disana dapat menghapuskan kemaslahatan tersebut.
Ini dilihat kepada tindakan Nabi SAW yang menerima untuk tidak menulis 'bismillah al-Rahman al-Rahim' dan 'Muhammad Rasulullah' dalam perjanjian hudaibiah pada tahun ke 6 hijrah, kerana melihat kemaslahatan yang lebih besar, iaitu umat Islam bukan sekadar boleh menunaikan ibadat Umrah qadha' pada tahun ke 7 hijrah, tetapi berjaya mengambil alih kerajaan Makkah pada tahun 8 hijrah.

Keempat :
 Apabila sudah mendapati sesuatu itu bakal mencapai mafsadah atau kerosakan, maka disediakan 'ubat' bagi mengelak dari berlaku kerosakan tersebut. Ia seperti dalam analisa perlaksanaan hudud, didapati bahawa kerosakan yang bakal berlaku adalah penolakan ekoran dari tidak memahami. Makanya disediakan 'ubat' bagi menyelesaikan perkara ini dengan mengadakan kempen berbentuk keilmuan dan sebagainya. Atau misal lain, seperti seseorang doktor itu merasakan bahawa seorang pesakit itu mempunyai tanda-tanda ketika itu bahawa dia bakal ditimpa penyakit kusta, maka disediakan ubat-ubat pencegahan dari tertimpa penyakit tersebut.
Ini dapat dilihat dengan tindakan Nabi SAW menyuruh para sahabat membawa segala makanan dan duit ketika hendak menunaikan umrah qadha' pada tahun ke 7 hijrah (perjanjian hudaibiah pada 6 hijrah) untuk diberikan kebajikan kepada rakyat Makkah yang miskin dan berhutang ketika mereka melakukan ibadat. Tindakan itu, menyebabkan Islam menjadi buah mulut dikalangan rakyat makkah yang mendatangkan gelombang rakyat pada tahun selanjutnya, iaitu dalam sejarah Fath al-Makkah.

Kelima :
Ia mesti adalah plan perancangan yang bersifat 'tadarruj'atau bertahap-tahap. Dengan ertikata lain, ia memerlukan beberapa perkara berikut;
[1] perancangan yang mempunyai jangka masa.
[2] Perancangan yang mempunyi penyelidikan, dan
[3] Mempunyai plan dalam menentukan tahap- tahap, sehingga perlaksaaan islam secara syumul terbukti berjaya.
'Sunnah al-Tadarruj' ini bukanlah satu perkara yang disifatkan sebagai rekaan semata-mata, sebaliknya ia mempunyai sandaran. Iaitu, dilihat penurunan Al-Quran itu sendiri bertahap-tahap, disamping melihat kepada marhalah dakwah Nabi Muhammad SAW yang bertahap-tahap. Di Marhalah Makkiyyah, ia memakan masa selama 13 tahun, sehingga ia digelar sebagai Marhalah Tarbiyyah atau didikan dan pengukuhan.
Amalan ini juga, dilakukan oleh seorang khalifah islam yang adil, iaitu Umar bin Abd al-Aziz. Ketika anak beliau bernama Abd al-Malik bertanya kepadanya tentang banyak perkara yang beliau tidak laksanakan saat sudah berkuasa, Umar bin Abdul Aziz menjawab dengan katanya;

لا تعجل يا بني، فإن الله ذم الخمر في القرآن مرتين، وحرمها في الثالثة، وإنى أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة، فيدفعوه جملة، ويكون من ذا فتنة


 "Jangan kamu gopoh wahai anakku, Sesungguhnya Allah cela arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya Aku bimbang melaksanakan kebenaran terhadap manusia secara total, lalu mereka menolaknya secara total. Sudah pasti, ia merupakan fitnah". (al-Syatibi, al-Muwafaqat, jld 2, hlmn 148)

KESIMPULAN

Teori ini memang agak baru dibincangkan dalam dunia umat Islam, tetapi ia tidak salah dari sudut pengamalannya. Ini kerana, diteliti pada nas-nas dan sirah, didapati ia sudah diamalkan.
Teori ini amat penting dibincangkan dan diamalkan bagi mereka yang terlibat dengan ilmu kedoktoran, business dan sebagainya. ia amat penting dibincarakan dalam kerangka politik masa depan.

BAB KETIGA : POLITIK SAINGAN

Di era ini, PAS tidak sekadar berhadapan dengan lawan tradisinya, UMNO. Tetapi, PAS berkawan dengan PKR dan DAP dalam berusaha hendak melakukan gerakan merampas tampuk pemerintahan dari Putrajaya, disamping melaksanakan agenda politik yang dicita-citakan.
Melihat keadaan ini, budaya politik berasaskan saingan amat penting. Ia bertujuan, PAS lebih diterima berbanding parti kawan-kawannya, PKR dan DAP.
Secara fitrahnya, apabila wujud saingan secara sihat, ia akan mengakibatkan kesan baik, iaitu kreatif, inovasi dan kualiti. Apabila PAS bersaing, sudah pasti PAS akan berinovasi dalam mempamerkan penerimaan rakyat terhadap mereka.
Bagi mempamerkan saingan sihat ini, dicadangkan beberapa perkara, iaitu;

CADANGAN SATU : PEMILIHAN NEO – IBN AFFAN

Kala ini, sesiapa yang dilihat lebih demokrasi, mereka akan diterima oleh rakyat. Gerakan Islam seluruh dunia sudah melihat perkara ini amat penting. Makanya tidak hairan bahawa dahulu gerakan Islam bercakap tentang hudud, tetapi kini gerakan Islam bercakap tentang demokrasi.
            Di Mesir, Ikhwan yang masuk pilihanraya juga mendaftarkan parti mereka dengan menggunakan nama 'hizb al-Hurriyyah wa al-adalah' atau parti kebebasan dan keadilan. Keadaan yang sama berlaku di Tunisia yang meletakkan kepentingan demokrasi di awal pemerintahan gerakan Islam al-Nahdhah.
            Semua pendekatan-pendekatan parti islam ini mempamerkan demokrasi. Ini kerana, sifat asasi bagi demokrasi adalah kebersamaan antara pemerintah dan rakyat.

RAKYAT DIHARGAI

Apabila disebut sebagai demokrasi, ia berkaitan rapat dengan kebebasan, tidak paksaan, memilih dengan rela hati tanpa diikat dengan hukum keagamaan dan kenegaraan. 
Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti setiap parti yang bertanding perlu bersaing secara sihat. Ketika itu, setiap parti akan mempamerkan mereka lebih baik berbanding parti lain, disamping tawaran yang mereka berikan kepada rakyat yang bakal mengundi mereka.
Tawaran yang penting juga diberikan oleh bagi sesebuah gerakan islam adalah bahawa mereka perlu dilihat lebih demokrasi berbanding orang lain.
            Dalam hal ini, dicadangkan kepada PR mengamalkan perkara ini. Bagi jawatan MB, ia tidak sekadar dipilih dalam mesyuarat Pakatan Rakyat atau dalam mesyuarat parti-parti tertentu, sebaliknya pihak parti-parti  sekadar mencalonkan beberapa nama dari adun-adun yang menang untuk dipilih oleh rakyat.
Ringkasannya adalah seperti berikut;

PARTI YANG MENDOMINASI

Bagi sesebuah negeri yang didominasi oleh sesebuah parti seperti PAS di Kelantan dan DAP di Pulau pinang, bahawa mereka mencalonkan beberapa nama untuk jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri. Kemudian calon-calon ini dibentangkan kepada rakyat untuk dipilih dalam pilihanraya yang dikelolakan parti yang memerintah.

TIADA DOMINASI

Bagi negeri yang tidak didominasi oleh mana-mana parti, tetapi semua pihak mendapat kemenangan yang sama-sama banyak, maka setiap parti perlu mencalonkan nama-nama adun-adun yang menang untuk dibentangkan kepada rakyat untuk dipilih oleh mereka sebagai MB atau Ketua Menteri.
            Pengamalan ini disandarkan cara perlantikan yang dicadangkan oleh Umar bin al-Khattab bagi perlantikan Usman bin Affan.  Iaitu, perlantikan Osman dengan pilihan terhadap seorang dari enam orang calon-calon khalifah yang dicalonkan oleh Umar. Mereka adalah Ali, Usman, al-Zubair, Talhah, Saad dan Abd al-Rahman. Selepas kewafatan Umar, berlaku permilihan pula antara enam orang tersebut sehingga yang berbaki adalah dua orang sahaja; Ali dan Usman. Ekoran itu, Abd al-Rahman bin Auf terus mempamerkan kedua-dua nama ini kepada ketua-ketua kabilah dan seluruh umat Islam untuk dipilih. Proses itu mengambil masa selama tiga hari tiga malam. Keputusannya berbelah pihak kepada Usman bin Affan. (lihat al-Bukhari dalam bab kelebihan sahabat dan bab bagaimana hendak baiah imam)
            Mengulas perkara ini, Imam Ahmad menyatakan bahawa tidak berlaku satu kesepakatan dalam baiah seseorang sepertimana sepakatnya baiah terhadap Usman. (minhaj al-Sunnah, jld 3, hlmn 166)

لم يجتمعوا على بيعة أحد كما اجتمعوا علي بيعة عثمان

KEBAIKANNNYA

Setiap perkara baik itu, tidak semestinya baiknya sehingga tidak ada keburukannya. Begitujuga setiap perkara yang buruk, ia tidak semestinya tidak ada kebaikannya langsung. Namun, apabila sesuatu perkara itu mempunyai kebaikan yang banyak berbanding keburukkannya, maka ia adalah perkara yang perlu disokong. Namun, jika sesuatu itu ada keburukkan yang lebih banyak berbanding kebaikan, maka ia adalah wajar ditolak.
            Cadangan ini, dilihat kebaikkannya adalah seperti berikut;

1- Berjaya kurangkan ketidak-puasan hati.
            Memang kita tidak akan mampu memuaskan hati semua manusia. Tetapi, kemampuan yang ada pada kita adalah mengurangkan ketidak-puasan hati manusia. Makanya, kita perlu ada mekanisma untuk melakukan perkara ini.

2- Memberi peluang kepada ahli parti musuh untuk mengundi calon MB dari parti kita. 
Pepatah melayu ada sebut, "belum try, belum tau". Ia seperti Orang yang tidak pernah makan nasi kerabu, lalu makan, mereka mula berminat dengan nasi kerabu.
            Serupajuga mereka tidak pernah mengundi PAS, lalu bila mereka mengundi, kita memberi satu kesan psikologi pada mereka untuk merasa tidak janggal untuk undi PAS dalam Pilihanraya umum mendatang.

3- Kita berjaya pamerkan kepada rakyat bahawa kita terlalu demokrasi berbanding parti-parti kawan dan parti-parti lawan. 
Rata-rata non muslim menganggap bahawa  PAS sebuah parti yang tidak demokrasi, ekoran itu agak takut untuk memilih PAS. Minda ini semakin terhakis dengan keterbukaan PAS dalam menerima keahlian bukan Islam yang tidak pernah dibuat oleh UMNO.

CADANGAN DUA : DARI POLITIK HUKUM KEPADA POLITIK EKONOMI

Dalam "Maqasid hizf Al-Mal" [penjagaan harta], perkara yang ditekankan adalah dua perkara besar, iaitu At-Taawun (saling tolong menolong) dan Ar-Rifqah (kasih sayang)
            Ia terkandung pada firman Allah yang menyatakan bantu membantu dalam melakukan kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan tolong menolong dalam melakukan dosa. (Surah al-Maidah, ayat 2)


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan orang yang penyayang itu disayangi Allah dan makhluk di dunia dan di langit. (abu Daud, Hadis no : 4290)

الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمْ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا أَهْلَ الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Asas dua tujuan inilah, kita dapati pemerintahan Umar bin Abdul Aziz merupakan pemerintahan yang dipuji zaman berzaman. Di zaman itu diceritakan sukar untuk mendapati orang-orang yang layak menerima zakat, sehingga gabenor dari Azarbaijan telah menghantar surat kepada Khalifah Umar melaporkan kesukaran untuk berjumpa dengan rakyat yang layak menerima zakat.
            Surat tersebut dibalas oleh Khalifah. Dalam surat terbabit, Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengarahkan agar dicari anak muda yang ingin berkahwin, lalu diberikan kepada mereka wang zakat untuk meringankan beban mereka untuk berkahwin.
            Kejayaan pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, bukan kejayaan melahirkan orang-orang kaya, tetapi pemerintahan itu berjaya melahirkan masyarakat yang mempunyai dua unsur ini (taawun dan rifqah). Dengan dua unsur ini, rakyat tidak sanggup menjadi golongan yang meminta, tetapi mereka mahu menjadi golongan yang memberi; menjadi tangan diatas berbanding tangan dibawah. Makanya mereka bekerja untuk menjadi masyarakat yang bekerja. 
            Dengan dua unsur ini, mereka menjadi masyarakat yang berdikari. Makanya mereka bersaing secara positif, sehingga lahirnya inovasi yang kejayaan ini dikecapi oleh pihak kerajaan sendiri.
            Pemerintahan itu terjadi kerana model dan tauladan itu ditunjukkan sendiri oleh Umar bin Abdul Aziz dalam pemerintahan beliau. Bagaimana tindakan Umar bin Abdul Aziz yang membedakan antara pelita kerajaan dan pelita peribadi, tidak mengambil kesempatan kekayaan ketika memerintah, beliau menyekat kepentingan anak beranak dan kroni dari berkuasa dalam kerajaan dan banyak lagi.

NEGARA KEBAJIKAN – PERKEMBANGAN ISLAM

Jika diperhatikan kepada sirah, kita akan dapati perkembangan Islam itu mula bertapak di Madinah dan Makkah, bermulanya dengan factor kebajikan. Ulasannya adalah seperti berikut;

MADINAH

Rakyat madinah sedang berhadapan dengan dilema perang saudara; iaitu melibatkan antara Aus dan Khazraj. Peperangan yang berlanjutan ratusan tahun [ada riwayat kata 400 tahun, dan ada riwayat lain pula kata 140 tahun], menyebabkan rakyat Madinah sudah muak dengan keadaan yang berlaku. Keadaan ini menyebabkan rakyat mahukan alternatif.
            Apabila As'ad bin Zurarah sebagai ketua kabilah Khazraj ketika itu telah ke Makkah untuk meminta bantuan kewangan dan ketenteraan dari kerajaan makkah dalam misi menyerang Kabilah Aus, ternyata hatinya terbuka untuk menerima Islam sebagai agama pegangan hidup, apabila terlihat sebatang tubuh yang bernama Muhammad SAW, dan mendengar ulasan nabi SAW dari firman Allah dari surah Al-An'am ayat 151 dan 152 sejurus melakukan tawaf Wida' di Kaabah, iaitu setelah 'frust' tidak dapat bantuan dari Makkah menerusi lidah wakilnya yang bernama 'Utbah bin Rabi'ah.
            Firman Allah dari Surah Al-'An'am itu adalah;

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ * وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّى يَبْلُغَ أَشُدَّهُ وَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا وَإِذَا قُلْتُمْ فَاعْدِلُوا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى وَبِعَهْدِ اللَّهِ أَوْفُوا ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Maksudnya;
"Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya) * Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat" [Al-An'am : 151-152]

Ucapan syahadah terus terpancul dari lidah As'ad bin Zurarah sejurus mendengar firman Allah ini, menandakan keislaman beliau. Ungkapan sastera yang maha indah disamping ajaran kehidupan menerusi Firman Allah SWT itu, ternyata melunakkan hatinya, malahan memujuk-mujuk dirinya agar mencadangkan kepada Nabi SAW supaya ke yasrib untuk menyelesaikan perbalahan antara Aus dan Khazraj dengan ajaran yang maha indah ini.
            Nabi SAW menolak untuk hadir ke Yasrib pada tahun itu, tetapi bersedia ke sana di masa akan datang. Ternyata Nabi SAW dan para sahabat dari warganegara Makkah telah bertolak ke yasrib dalam peristiwa sejarah hijrah yang cukup bermakna, sehinggakan nama Yasrib yang dikenali, sudah berubah kepada Madinah Al-Munawwarah yang dicintai.
            Dengan pulangnya As'ad ke Yasrib pada tahun itu, menyebabkan 12 orang telah memeluk islam. 12 orang ini telah mengadakan pertemuan bersama dengan Nabi SAW di musim haji dalam sejarah Perjanjian Aqabah, seterusnya berlaku pula perjanjian aqabah yang kedua yang sudah mencecah ratusan orang, lantaran terbukti penerimaan terhadap ajaran Nabi SAW itu amat memberansangkan. Ia tidak lain dan tidak bukan, kerana rakyat Yasrib sudah benci dengan kekacauan dalam negara, sehinggakan kehadiran ajaran islam yang membawa kehidupan ini mudah diterima.
           
FATH MAKKAH

Jika kita merenung jauh kepada kejayaan Nabi SAW membawa Islam dalam sejarah Sulh Al-Hudaibiyyah, kita akan mendapati betapa bijaknya Nabi SAW dalam berpolitik.
            Dalam sirah, kita dapati Nabi SAW banyak 'mengalah' ketika melakukan perjanjian Al-Hudaibiyyah, tetapi ternyata 'mengalah awal' bukan bermakna kalah, sebaliknya ia merupakan kemenangan yang nyata selepas dari itu.
            Ia sama seperti yang kita lihat dalam filem tamil dan hindi, sehingga ada orang melayu tua-tua dulu sering berkata, "hero tamil memang kalah dulu".
            Pada tahun kedua selepas berlaku Sulh Al-Hudaibiyyah, baru Nabi SAW dan para sahabat dibenarkan oleh Quraish untuk melakukan ibadat di Kaabah. Dalam tahun kedua itulah, berlakulah sejarah Umrah Al-Qada' [umrah Al-Qada' ini dikenali juga dengan nama Umrah Qadiyyah, Umrah Qishash dan Umrah Sulh], tetapi keizinan menunaikan ibadat itu hanya selama 3 hari sahaja.
            Namun begitu, dalam jangka terlalu pendek, Nabi SAW berjaya membina imej yang cukup baik di mata-mata rakyat makkah terhadap umat Islam yang ditarbiah oleh Nabi SAW.
            Bermula dari kesetiaan terhadap perjanjian, yang bersuaian dengan sabda Nabi SAW;

الْمُسْلِمُونَ عِنْدَ شُرُوطِهِمْ

            Maksudnya;
"orang Islam itu disisi syarat-syarat [perjanjian] mereka [Abu Daud : 3120]

Juga, banyak tindakan yang membawa imej baik dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat, seperti mengerjakan solat dan menghilangkan sama sekali sikap meninggi diri, mana yang kuat akan membimbang yang lemah, mana yang kaya akan membantu yang miskin.
            Rasulullah SAW sendiri dilihat seperti seorang bapa, yang mencintai dan dicintai. Baginda SAW dilihat sebagai seorang yang agak senang diajak ketawa dan bergurau, tanpa menafikan kebenaran ajaran Islam.
            Keadaan ini berlanjutan, menjadi tontonan rakyat Makkah yang belum lagi beragama Islam. Mereka melihat keindahan suasana tersebut; seperti tidak ada minuman keras, tidak melakukan amalan maksiat, tidak mudah tergoda dengan makanan dan minuman dan mereka cukup tidak mudah terpedaya dengan pengaruh duniawi.
            Lebih memberi kesan kepada jiwa rakyat Makkah yang tidak beragama islam lagi, apabila para sahabat yang hadir ke Makkah untuk menunaikan Umrah Al-Qada' itu, dilihat cukup lunak dalam memberi pertolongan kepada orang-orang miskin dan para hamba yang tinggal di Makkah. Waima mereka tidak beragama Islam, tetapi bantuan dari para sahabat hulurkan kepada mereka, seperti sanggup himpun duit untuk membayar hutang bagi mereka yang berhutang dan sebagainya, cukup memberi kesan kepada jiwa rakyat Makkah secara menyeluruh.
            Dengan imej baik inilah, menyebabkan nabi SAW dan para sahabat diterima oleh rakyat Makkah. Waima tindakan Nabi SAW itu dibenci oleh pimpinan Quraish yang kufur, tetapi kejayaan Nabi SAW menarik pengaruh dikalangan rakyat Makkah tidak boleh dinafikan lagi.
            Ekoran itu, Nabi SAW berjaya mencipta satu gelombang rakyat yang cukup hebat; sehingga tidak dapat dinafikan lagi oleh pimpinan Makkah, iaitu apabila majoriti rakyat makkah sendiri telah menerima Nabi SAW dalam sejarah Fath Makkah [pembukaan kota Makkah].

NEGARA BERKEBAJIKAN DALAM AYAT 151-152 SURAH AL-AN'AM

Firman Allah;

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ * وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّى يَبْلُغَ أَشُدَّهُ وَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا وَإِذَا قُلْتُمْ فَاعْدِلُوا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى وَبِعَهْدِ اللَّهِ أَوْفُوا ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Maksudnya;
"Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya) * Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat" [Al-An'am : 151-152]

Dari ayat ini, Allah SWT menyenaraikan kandungan berkebajikan anjuran Islam itu seperti berikut;

1- Tidak syirik kepada Allah [tonggak pemerintahan berasaskan kepada aqidah];
2- Buat baik kepada ibu bapa [akhlak];
3- Tidak bunuh anak kerana bimbang kepapaan [menyediakan bantuan kewangan kepada ibu bapa yang baru melahirkan anak, menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar yang tidak berkemampuan dll]
4- Tidak melakukan perkara dosa secara nyata dan tertutup [didikan akhlak berbentuk tauladan terhadap rakyat];
5- Tidak membunuh orang sesuka hati [member jaminan keselamatan rakyat];
6- Tidak mengkhianati harta anak-anak yatim [amanah dan akauntabiliti dalam pemerintahan];
7- Tidak tipu dalam timbangan [transparansi]
8- Adil dalam pemerintahan;
9- Menunaikan perintah-perintah Allah SWT.

Dari kesembilan perkara yang termaktub menerusi ayat ke 151 dan 152 dari surah Al-An'am ini, ia dirangkumkan kepada perkara berikut;

1- Pemerintahan yang berpaksikan kepada ketaatan kepada Allah SWT;
2- Pemerintahan yang mempunyai kepimpinan yang berakhlak tinggi;
3- Pemerintahan yang beramanah; bertugas memberi kebahagiaan dan kesenangan hidup kepada rakyat, bukan pemerintah berniaga dengan rakyat;
4- Pemerintahan yang mempunyai cirri-ciri transparansi, akauntabiliti, adil dan telus sehingga diyakini rakyat;
5- Kerajaan yang menjamin keselamatan rakyat.

BAB KEEMPAT : POLITIK AKAUNTIBILITI DAN KREDIBLITI

Menurut al-Qaradawi, keadilan itu adalah memberikan hak kepada yang berhak[11]. Maksud keadilan menurut al-Qaradawi ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW yang menyatakan bahawa Allah SWT memberikan hak kepada yang berhak. (Abu Daud, hadis no : 2486)

عَنْ شُرَحْبِيلَ بْنِ مُسْلِمٍ سَمِعْتُ أَبَا أُمَامَةَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Apabila disebut hak, Islam membahagikan hak itu kepada dua, iaitu hak Allah (huquq Allah), dan hak hamba (hak hamba).
Perlu diketahui bahawa Islam tidak memandangkan unsure pertalian antara manusia dengan Allah sahaja, malahan disana terdapat satu unsure yang disebut sebagai pertalian manusia sesame manusia. Dalam awal surah al-Baqarah, disamping Allah SWT menyatakan cirri-ciri orang bertaqwa itu adalah beriman dengan perkara ghaib, dikemukakan juga tentang huquq Allah dan Huquq al-'Ibad. Makanya, dinyatakan bahawa kepentingan mendirikan solat, lalu disebut juga menginfaqkan harta. (Surah al-Baqarah, ayat 2)

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Apabila dinyatakan mendirikan solat, ia adalah penunaian oleh hamba terhadap hak Allah, sedangkan dinyatakan infaq dan sedekah, melibatkan penunaian oleh hamba terhadap hak sesame mereka.

            Maksud dengan hak-hak Allah adalah, perkara yang dilakukan oleh hamba untuk  Allah dengan tujuan untuk taqarrub (menghampirkan diri) dan Ta'zim (untuk mengagungkan) Allah. Ia dilakukan dengan meninggikan syiar-syiar agamaNya atau memastikan manfaat umum itu dikecapi oleh semua manusia tanpa di khususkan pada manusia tertentu.

هو ما قصد به التقرب إلى الله وتعظيمه وإقامة شعائر دينه، أو تحقيق النفع العام لجميع الناس من غير اختصاص أحد

Adapun makna bagi hak-hak hamba adalah; apa yang perlu dilakukan oleh hamba untuk memastilah tercapai kemaslahatan khusus terhadap individu, seperti mengganti balik barang yang dirosakan dan ganti barang yang dirompak.

وهو ما قصد به تحقيق مصلحة خاصة بالفرد، كبدل المتلفات وبدل المغصوب

Secara prinsip, hak Allah terbina atas toleransi, tasamuh dan kemudahan[12]. (Fiqh Islami wa adillatuh, jld 3, hlmn 401), Sedangkan hak-hak hamba terbina atas kesempitan. Makanya, hak-hak hamba perlu didahulukan berbanding hak-hak Allah SWT. (Dr Jamaluddin 'Atiyyah, Nahw Taf'il Maqasid al-Syariah, hlmn 35)

حق الأدمي مرجح علي حقوق الله , لأنه مبني علة الشح و المضايقة , وحقوق الله تعالى مبنية على المسامحة و المساهلة

Antara contoh-contoh perkara ini adalah seperti berikut;

Satu : qasar solat
Allah SWT menyatakan dalam al-Quran bahawa ketika bermusafir, dibenarkan untuk mengqasarkan solat. (surah al-Nisa', ayat 101)

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ

            Solat qasar ini, bukan sekadar berlaku dalam keadaan perang, malahan dibenarkan juga dalam keadaan aman. Perkara ini ditegaskan oleh Umar bahawa beliau sendiri mendengar bahawa Rasulullah SAW menyatakan bahawa qasar solat itu merupakan sedekah yang Allah berikan, maka selayaknya sedekah itu diterima. (Sahih Muslim, hadis no : 1108)

عَنْ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ قَالَ
قُلْتُ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ
{ لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنْ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمْ الَّذِينَ كَفَرُوا }
فَقَدْ أَمِنَ النَّاسُ فَقَالَ عَجِبْتُ مِمَّا عَجِبْتَ مِنْهُ فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللَّهُ بِهَا عَلَيْكُمْ فَاقْبَلُوا صَدَقَتَهُ

Dua : tidak berpuasa bagi yang sakit dan musafir
            Al-Quran sendiri menyatakan bahawa bagi orang yang sakit atau berada dalam permusafiran, dibenarkan kepada mereka untuk tidak berpuasa dalam bulan Ramadan. (surah al-Baqarah, ayat 184 dan 185)

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

Tiga : cara taubat.
Seseorang yang bertaubat dari dosa-dosanya antara dengan Allah SWT, hendaklah dia melakukan tiga perkara, iaitu, 1- meninggalkan kesalahan tersebut, 2- menyesal terhadapan kesalahan, dan 3- berazam tidak akan melakukan kesalahan terbabit.
Namun, sekiranya kesalahan itu sudah melibatkan kepada manusia lain, seperti penafian hak, atau kezaliman, maka hendaklah dia  memberi balik haknya. Jika dia melakukan tuduhan zina, maka hendaklah dia meminta maaf dari orang yang dituduh tersebut. Sekiranya berbentuk umpatan, maka hendaklah dia minta halal dan memohon maaf dari tuduhannya dalam umpatannya tersebut. (al-Fiqh al-Islami Wa adillatuh, jld 7, hlmn 468)

وإن كانت المعصية تتعلق بحق شخصي لإنسان، فشروطها أربعة وهي الثلاثة السابقة، ويضاف إليها الخروج من المظالم بأن يبرأ العاصي من حق صاحبها، فإن كانت المعصية أخذ مال أو نحوه بدون حق رده إليه، وإن كان الفعل قذفاً ونحوه مكن المقذوف منه أو طلب عفوه. وإن كان غيبة استحله منها وطلب مسامحته عن طعنه فيه في غيبته

            Empat :
            Walaupun bagi orang yang mempunyai wang cukup untuk perjalanan untuk menunaikan ibadat haji, menjadikannya wajib pergi ke Makkah, tetapi memandangkan ia didapati berhutang, maka hendaklah wang tersebut didahulukan membayar hutang, berbanding digunakan untuk ibadat haji kecuali, jika dia meminta izin terlebih dahulu dari tuan hutang ataupun hutang itu berbentuk bertempoh pada tarikh tertentu dan dalam tanggapannya yang kuat bahawa dia boleh melunaskan hutang tersebut pada tarikh tersebut. (al-Izz bin Abd al-Salam, Qawaed al-Ahkam, jld 1, hlmn 41)
            Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT yang menyatakan bahawa haji itu dilakukan bagi mereka yang ada kemampuan ke sana. (Surah ali-imran, ayat 97)

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Lima : imej agama didahulukan berbanding jaga agama
            Secara fitrahnya, manusia akan menerima bahawa maslahah ramai perlu didahulukan berbanding masalah individu. Atau dalam erti kata yang lain, tidak boleh diabaikan maslahah orang ramai ekoran hendak menjaga maslahah golongan yang sedikit. Ekoran itu, ulama Hanafiyyah, setengah ulama dalam mazhab Maliki dan pandangan ulama muta'akhirin dalam mazhab Hanbali membenarkan penetapan harga jika tidak penetapan itu boleh membawa kepada monopoli, walhal dalam hadis didapati bahawa Nabi SAW tidak mahu menetapkan harga barang setelah diminta. (al-Tirmizi, Bab penetapan harga, hadis no : 1235)

عَنْ أَنَسٍ قَالَ
غَلَا السِّعْرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ سَعِّرْ لَنَا فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمُسَعِّرُ الْقَابِضُ الْبَاسِطُ الرَّزَّاقُ وَإِنِّي لَأَرْجُو أَنْ أَلْقَى رَبِّي وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْكُمْ يَطْلُبُنِي بِمَظْلِمَةٍ فِي دَمٍ وَلَا مَالٍ

Namun begitu, mengenangkan tidak mahu penafian hak orang ramai dengan monopoli yang diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW , maka dibenarkan melakukan penetapan harga. (Muslim, bab pengharaman monopoli dalam pemakanan, hadis no : 3012)

عن مَعْمَرًا قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ احْتَكَرَ فَهُوَ خَاطِئٌ

Ekoran itu, Abu Walid al-Baji menyatakan bahawa penetapan harga dari pihak kerajaan ini adalah untuk menjaga kemaslahatan umum. Dengan maksud, tidak menetapkan harga itu akan mendatangkan kerosakan kepada rakyat umum. (Abu Walid al-Baji, al-Muntaqa Syarh al-Muwataa', jld 3, hlmn 424)
            Secara dasarnya, maslahah umum itu perlu diutamakan berbanding kemaslahatan individu. Lalu, jika mahu dilihat dalam penjagaan agama yang merupakan maqasid kulliyyah yang pertama, hak hamba perlu didahulukan berbanding hak Allah dalam urusan penjagaan agama. Dengan maksud, dalam kerangka penjagaan agama, iaitu antara menjaga aqidah individu yang murtad, dengan menjaga kemaslahatan agama dari sudut yang lebih luas, seperti kerosakan imej agama, maka menjaga imej agama itu perlu diutamakan.(Dr Ali Jumuah, al-Madkhal, hlmn 126 – 131; Dr Jamaluddin Atiyah, Nahw Taf'il Maqasid al-Syariah, hlmn 38)

HUQUQUL IBAD DAN POLITIK

Dalam politik, factor huququl 'ibad ini amat penting. Ini kerana, politik adalah pengurusan terhadap urusan kemaslahatan manusia. Di samping kupasan tentang huquq al-'Ibad perlu ditunaikan, tetapi ia juga merupakan pengawal dari berlaku  penyelewengan terhadap amanah rakyat.
Alas an-alasan perkara itu adalah seperti berikut;

Pertama : Abu Bakar perangi orang yang ingkar bayar zakat
            Mengenangkan kepentingan terhadap menjaga amanah rakyat, tidak hairan Abu Bakar al-Siddiq boleh mengisytiharkan perang dan bunuh kepada golongan yang tidak membayar zakat di awal pemerintahan beliau. Ini kerana, zakat merupakan sumber Negara, makanya tidak membayar zakat seperti menafikan hak rakyat. (Dr Taha Jabir al-Alwani, tiada paksaan dalam agama (terjemahan), hlmn 144- 145)

            Kedua : Konsep kebebasan
Hak kebebasan merupakan fitrah insani. Ekoran itu, hak kebebasan ini diberikan oleh Islam. Dalam kitab maqasid as-syariah al-islamiyyah karangan Ibnu Asyur, dinyatakan bahawa, kebebasan [al-hurriyyah] mempunyai dua maksud, iaitu; Pertama, tunduk kepada makhluk. dan kedua, manusia itu boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu.
            Menurut Ibnu Asyur, kedua-dua maksud ini merupakan kandungan syariah itu sendiri, kerana kedua-duanya terbit dari kehendak fitrah. bagi mengukuhkan pendapat ini, Ibnu asyur mengungkap perkataan Umar bin Al-Khattab yang pernah berkata, "kenapa kamu mengabdikan diri kepada manusia, walhal ibu kamu melahirkan kamu dalam keadaan merdeka [bebas]" (Maqasid As-Syariah Al-islamiyyah, hlmn 390 – 391)
            Lebih menarik, apabila Ibnu Asyur menyatakan bahawa kandungan syarak itu sendiri membatalkan pengabdian [sesama makhluk] kepada menyebarkan kebebasan. Pun begitu, kebebasan yang ditawarkan oleh Islam itu tertakluk kepada penyusunan sistem. (Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah, hlmn 392)
            Perkataan Ibnu asyur ini, selari dengan perkataan friedrich August Von Hayek yang menyatakan kebebasan itu perlu diikat dengan tanggungjawab (liberalisme : esei-esei terpilih F.A Hayek, hlmn 69 – 90)

KEBEBASAN BUKAN LESEN BUAT ZALIM

Kita mengetahui bahawa Nabi Musa dibesarkan dalam rumah Firaun. Juga diketahui bahawa ketika itu Firaun sudah kufur. Namun, ketika itu tidak kita ketahui bahawa ada usaha melawan firaun yang dilancarkan oleh Musa, sebaliknya ia dilakukan setelah Nabi Musa berada bersama-sama dengan bapa mertuanya, Nabi Syuib.
            Dalam mengulas perkara ini, Ibnu Asyur ada menyatakan, perlantikan Musa adalah untuk menyelamatkan Bani Israel dari kefasadan yang dilakukan oleh Firaun. difahami disini bahawa maksud kefasadan itu, bukan kekufuran, tetapi kefasadan berbentuk perbuatan yang dilakukan dibumi, kerana Bani Israel tidak mengikut firaun dari sudut kekufurannya" (Maqasid As-Syariah Al-islamiyyah : 273)

وأن بعثة موسى كانت لإنقاذ بني إسرائيل من فساد فرعون , فعلمنا أن المراد من الفساد غير الكفر , وإنما هو فساد العمل في الأرض , لأن بني إسرائيل لم يتبعوا فرعون في كفره
.

Jelas, bahawa kebebasan dalam Islam bukan bermakna kebebasan itu dengan maksud boleh melakukan pengkhianatan kepada manusia lain, tetapi kebebasan dalam Islam adalah memberikan hak kebebasan disamping menyediakan sistem hidup yang mampu mengawal manusia dari terjebak kepada kezaliman dan kerosakan pada diri sendiri dan pada orang lain.

HUQUQ AL-IBAD DAN AKAUNTABILITI DAN KREDIBILITI

Era ini, orang lebih mempercayai pemerintah yang mempunyai akauntabiliti atau bertanggungjawab, kredibiliti dan transparansi. Dengan wujudnya perkara ini, sesebuah kerajaan akan dipercayai rakyat.
            Akauntabiliti penting bagi memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan mencapai objektif dan tujuan yang ditetapkan, disamping mengelak dari berlaku sebarang pembaziran. Disamping itu juga, transparensi juga amat penting, supaya ia melahirkan kredibiliti atau kepercayaan rakyat terhadap sesuatu pemerintahan.
            Perkara ini amat penting dalam kerangka Negara yang mengamalkan demokrasi. Terutama penentuan sesebuah kerajaan itu kekal memerintah berdasarkan kepada undian rakyat. Kita tidak perlu banggakan jika kerajaan kita kekal memerintah, tetapi yang perlu dibanggakan apabila kerajaan kita berjaya dipercayai rakyat ekoran sikap kebertanggungjawaban yang telah kita amalkan.
            Dalam islam, perkara ini amat penting dengan beberapa hujjah-hujjah berikut;

            Pertama;
            Sebelum perlantikan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi, baginda SAW mempunyai kredibiliti yang cukup hebat, sehinggakan beliau dikenali sebagai "al-Amin".

            Kedua;
            Pemberian sesuatu jawatan itu sesuai dengan orang yang berkelayakkan. Sepertimana yang Allah SWT nyatakan dalam surah al-Nisa', ayat 58 bahawa Allah SWT menyuruh manusia itu memberikan amanah kepada mereka yang ahli, dan menyuruh melaksanakan amanah itu dengan adil. (surah al-Nisa', ayat 58)

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ

Ketiga:
            Allah memuji Abdullah bin Salam yang ketika itu belum memeluk islam ekoran amanah yang dilakukan oleh beliau yang diberikan amanah oleh seorang lelaki quraish untuk menjaga wang sebanyak 1200 dinar. Apabila diminta balik, wang tersebut tersebut dihantar balik tanpa terlebih dan terkurang. (Surah ali Imran, ayat 75, al-Tafsir al-Kabir, jld 4, 261)

وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ
           
            Keempat;
            Nabi Muhammad SAW mengakui keadilan yang dilakukan oleh Raja Habsyah, waima tidak beragama Islam. Ia sehinggakan Nabi SAW memberikan kepercayaan kepadanya sehingga meminta sebilangan sahabat yang ditindas berlindung dibawah pemerintahannya.

MANUSIA PERLU KAWALAN

Tidak dinafikan bahawa kucing kurang berminat dengan ikan hangus, tetapi tidak ada kepercayaan jika dibiarkan kucing itu bersendiri dengan ikan hangus bahawa kucing itu tidak makan ikan tersebut. Serupajuga dengan seseorang pemimpin yang baik, tidak semestinya pemerintahannya itu akan ada kredibiliti ekoran baiknya seseorang pemimpin itu.
Walaupun Nabi Muhammad SAW seorang yang amanah dan benar, tetapi Nabi Muhammad SAW juga sering dikawal oleh wahyu al-Quran. Penurunan surah abasa sebagai teguran Allah SWT terhadap baginda ekoran memasamkan muka kepada seorang sahabat buta bernama Abdullah bin Ummi al-Maktum merupakan bukti, dalam amanah dan benarnya Nabi SAW, ia juga perlu dikawal. (surah abasa, ayat 1 -2, tafsir Ibn Kathir, jld 8, hlmn 319)

عَبَسَ وَتَوَلَّى * أَنْ جَاءَهُ الْأَعْمَى

Maka dengan itu, dalam pemerintahan juga perlu kepada kawalan ini, terutama melibatkan dengan dana dan kewangan Negara atau negeri. Ia tidak lain, supaya wujud apa yang diistilah sebagai sebagai akautabiliti dan kredibiliti. Kedua-dua ungkapan ini, tidak cukup sekadar ungkapan lidah, atau dialihbahasakan kepada bahasa arab, Jerman atau sebagainya, tetapi yang paling penting adalah pengamalannya.
Bagi menjayakan perkara ini, dicadangkan beberapa perkara begitu;

CADANGAN SATU : BADAN HISBAH

Bagi melahirkan akauntabiliti dan kredibiliti ini, dicadangkan satu badan yang disebut sebagai badan hisbah. Badan hisbah ini, dilihat dalam dua kerangka;
1-      Dari pemerintah kepada rakyat.
2-      Dari rakyat kepada pemerintah.

DARI PEMERINTAH KEPADA RAKYAT

Dari sudut pengamalan hisbah dalam kerangka ini, ia sudah banyak diamalkan dalam sesebuah negara atau negeri. Dirasakan tidak perlu perbincangan hisbah dari kerajaan terhadap rakyat ini dipanjangkan, kerana sudah ada majlis perbandaran, badan cegah mungkar, dan sebagainya melaksanakan perkara ini.
            Namun, dari sudut pengamalan dari sudut sejarah, antaranya adalah seperti Rasulullah SAW pernah melantik Said bin al-'As ibn 'Umayyah untuk mengawasi kegiatan perniagaan di kota Mekah seleas berlakunya peristiwa pembukaan kota tersebut. Uthman bin al-'As telah dilantik bertugas di Taif, sementara Saidina Umar bin al-Khattab telah diberikan kepercayaan menyelia urusan perniagaan di Madinah. Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah menugaskan perempuan, Samra' binti Nahik al-Asadiah untuk menjalankan tugas ini. Diceritakan bahawa ketika itu, Samra' bertugas dengan meronda di pasar dengan menggunakan sebatang tongkat. (Dr Auni bin Abdullah, Hisbah dan Pentadbiran Negara, hlmn 19)
           
DARI RAKYAT KEPADA PEMERINTAH

Di sini, dipaparkan beberapa bukti sejarah umat Islam dari sudut pengamalannya.

Pertama;
Abu Bakar al-Siddiq di awal perlantikan beliau sebagai khalifah, beliau ada menyampaikan ucapan sulungnya agar membetulkan beliau jika beliau melakukan sebarang kesalahan. (al-Bidayah wa al-Nihayah, jld 5, hlmn 269)

أما بعد أيها الناس فإني قد وليت عليكم ولست بخيركم، فإن أحسنت فأعينوني، وإن أسأت فقوموني

Kedua;
Umar bin al-Khattab mempunyai ketelitian dalam pemerintahan, terutama melibatkan kewangan kerajaan. Semasa beliau menjadi khalifah, beliau melantik Abu Hurairah sebagai amir di Bahrain. Dalam dasar pengamalan Umar, seseorang yang dilantik memegang sebarang jawatan dalam keadaan ada dua pasang pakaian, maka hendaklah dia mempunyai dua pasang pakaian juga ketika meninggalkan jawatan tersebut.
Semasa Abu Hurairah menjadi amir di Bahrain, beliau mempunyai dua ekor kuda. Lama kelamaan, kuda itu beranak pinak sehinggakan sebahagiannya dijual dan abu Hurairah menjadi kaya. Melihat kepada keadaan ini, Umar bin al-Khattab telah memanggal Abu Hurairah dan melakukan siasatan terhadap perkara ini. (Rijal Hawl al-Rasul (terjemahan), hlmn 499,  al-Mustadrak 'Ala Sahihain, hadis no : 3285)
           
عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قال : قال لي عمر : يا عدو الله وعدو الإسلام خنت مال الله ، قال : قلت : لست عدو الله ، ولا عدو الإسلام ، ولكني عدو من عاداهما ، ولم أخن مال الله ، ولكنها أثمان إبلي ، وسهام اجتمعت . قال : فأعادها علي وأعدت عليه هذا الكلام ، قال : فغرمني اثني عشر ألفا ، قال : فقمت في صلاة الغداة ، فقلت : اللهم اغفر لأمير المؤمنين فلما كان بعد ذلك أرادني على العمل ، فأبيت عليه ، فقال : ولم وقد سأل يوسف العمل وكان خيرا منك ؟ فقلت : إن يوسف نبي ، ابن نبي ، ابن نبي ، ابن نبي ، وأنا ابن أميمة وأنا أخاف ثلاثا واثنتين قال : أولا تقول خمسا ؟ قلت : لا قال : فما هن ؟ قلت : « أخاف أن أقول بغير علم ، وأن أفتي بغير علم ، وأن يضرب ظهري ، وأن يشتم عرضي ، وأن يؤخذ مالي بالضرب »

Ketiga;
Umar al-Khattab pernah menghantar pegawai-pegawai kerajaan untuk mengajar agama dan sunnah nabi. Sekiranya pegawai-pegawai itu tidak menunaikan tugasan tersebut, Umar meminta pihak rakyat supaya memaklumkan kepada Umar dan beliau akan bertindak mengenakan hukuman kepada mereka. (ibn Taimiah, al-Siyasah al-Syariyyah, hlmn 150)

قال أبو فراس : خطب عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- فذكر حديثاً قال فيه : " لا إني والله ما أرسل عمالي إليكم ليضربوا أبشاركم ، ولا ليأخذوا أموالكم ، ولكن أرسلهم إليكم ليعلموكم دينكم وسنة نبيكم . فمن فعل به سوى ذلك : فليرفعه إلي . فوالذي نفسي بيده إذا لأقصنه منه
                       
KESIMPULAN

            Dalam kerangka negara demokrasi yang mengamalkan pilihanraya dalam penentuan pemerintahan sesebuah negeri atau negara, ia tertakluk dengan undian rakyat. Bagi mengekalkan undian rakyat, hendaklah mendapat kredibiliti dan akauntibiliti. Tidak dinafikan, boleh mengekalkan kemenangan sesebuah parti yang memerintah dengan menyorok atau melakukan penyelewengan dan penipuan, tetapi memandangkan Islam menyeru kepada keadilan dan menolak kezaliman, maka tidak dapat tidak, usaha mengekalkan kemenangan dengan menggunakan keadah hisbah ini amat berkesan.

CADANGAN DUA : PEMIMPIN NEGERI/NEGARA TIDAK DISPONSOR

Satu perkara yang cukup tidak sihat, apabila sesebuah pemerintahan itu dikawal oleh cukong-cukong, taw key-taw key dan pemodal-pemodal. Apabila budaya sponsor ini diamalkan, ia sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap keputusan melibatkan kerajaan.
            Tidak dinafikan, mendapat sponsor bukanlah satu perkara yang salah dari sudut hukum asalnya. Tetapi, memandangkan ia boleh mempengaruhi keputusan kerajaan, terutama melibatkan kepentingan rakyat, perkara sebegini wajar dihapuskan.
            Dari sudut pensejarahan, kita akan dapati adalah seperti berikut;

            Pertama;
            Nabi SAW dan ahli keluarga Nabi Muhammad SAW tidak menerima zakat. Perkara ini dinyatakan oleh Nabi SAW dalam satu hadis bahawa baginda dan ahli keluarga baginda SAW tidak boleh menerima zakat. (Muslim, hadis no : 1784)

إِنَّ الصَّدَقَةَ لَا تَنْبَغِي لِآلِ مُحَمَّدٍ إِنَّمَا هِيَ أَوْسَاخُ النَّاسِ

            Kedua:
            Dalam satu hadis Abu Hurairah ada menceritakan bahawa pernah cucunda Nabi SAW, iaitu Saidina Hasan termakan buah tamar hasil bayaran zakat. Mengetahui itu, Baginda SAW terus menyuruh Hasan mengeluarkan balik tamar terbabit. (Muslim, hadis no : 1778)

أَخَذَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ تَمْرَةً مِنْ تَمْرِ الصَّدَقَةِ فَجَعَلَهَا فِي فِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كِخْ كِخْ ارْمِ بِهَا أَمَا عَلِمْتَ أَنَّا لَا نَأْكُلُ الصَّدَقَةَ

Dalam mengupas tentang hadis ini, Imam al-Syaukani menyatakan bahawa larangan bagi keluarga Nabi SAW dari makan sedekah adalah untuk mengelak dari mereka akan ditohmah oleh orang musyrik. Makanya, ia sebagai cara Allah SWT hendak menutup dari sebarang tohmahan jahat tersebut. (al-Syaukani, Nail al-Awtar, jld 6, hlmn 478)
           
            Ketiga :
            Diceritakan Umar bin Abd al-Aziz terlalu kepingin untuk makan epal, namun di rumahnya tidak terdapat duit untuk membelinya. Lalu, apabila ada yang membawa buah epal untuk diberikan hadiah kepada beliau, tetapi beliau menolak. Apabila ditanya, mengapa dia menolak sedangkan Rasulullah SAW dan Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab menerima hadiah. Mendengar itu, Umar bin Abdul Aziz menjawab bahawa ia adalah hadis bagi mereka, tetapi bagi pegawai selepas mereka adalah rasuah. (Fath al-Bari Syarh al-Bukhari, jld 8, hlmn 82)

اِشْتَهَى عُمَر بْن عَبْد الْعَزِيز التُّفَّاح فَلَمْ يَجِدْ فِي بَيْته شَيْئًا يَشْتَرِي بِهِ ، فَرَكِبْنَا مَعَهُ ، فَتَلَقَّاهُ غِلْمَان الدَّيْر بِأَطْبَاقِ تُفَّاح ، فَتَنَاوَلَ وَاحِدَة فَشَمَّهَا ثُمَّ رَدَّ الْأَطْبَاق ، فَقُلْت لَهُ فِي ذَلِكَ فَقَالَ : لَا حَاجَة لِي فِيهِ ، فَقُلْت : أَلَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْر وَعُمَر يَقْبَلُونَ الْهَدِيَّة ؟ فَقَالَ : إِنَّهَا لِأُولَئِكَ هَدِيَّة وَهِيَ لِلْعُمَّالِ بَعْدهمْ رِشْوَة

Dicadangkan kepada kerajaan bahawa meletakkan satu dasar bahawa pihak pemerintah bahawa tidak menerima sebarang hadiah atau sponsor dari mana-mana pihak, samaada berbentuk tajaan haji, umrah dan seumpamanya.
Dengan sikap sebegini, ia dapat mengelak dari berlaku sebarang kesempatan yang diraih oleh sebilangan pemodal, taw key, cukong dan sebagainya dari mempengaruhi kerajaan dalam sebarang keputusan, terutama dalam perkara yang melibatkan dengan dana rakyat.         

PENUTUP

            Ini adalah sebilangan cadangan-cadangan yang mahu dipamerkan kepada PAS dalam berhadapan dalam era parti moden. Lebih-lebih lagi, PAS dilihat (persepsi) sebagai sebuah parti yang amat sinonim dengan islam. Cadangan-cadangan ini, tidak semestinya diterima, tetapi perlu dinilai dan kaji selidik berdasarkan keperluan yang memberi kepentingan kepada rakyat itu sendiri.
            Mudah-mudahan ia memberi kebaikan yang banyak kepada kita, juga kepada perjuangan dalam melaksanakan tugasan tuhan sebagai khalifah di atas muka bumi Allah SWT ini.

Wallahu 'Alam

Sekian

Al-Faqir ila ribbih,
Wan Ji bin Wan Hussin.
13 oktober 2012, jam 10:20 malam,
Faizul Maju, TSB, Sungai Buloh


[1]Menurut Huraian al-Ghazali, maslahah itu adalah menarik manfaat dan menolak sebarang mudhat, iaitu dari sudut maqasid al-Khalq atau maqasid makhluk. Adapun maqasid dari sudut syari' atau pembuat syariat adalah untuk menjaga lima perkara asas bagi maqasid kulliyyah, iaitu Agama, nyawa, keturunan, nyawa dan harta (lihat al-Mustasfa, jilid 1, hlmn 258, dan Dr Jamal al-Din Atiyyah, Nahw Taf'il Maqasid al-Syariah, hlmn 138)
[2]Kaedah ada menyebut, "urusan pemerintah terhadap rakyat tertakluk dengan maslahah". Menurut al-Qaradhawi, kaedah ini telah disepakati dikalangan para imam syariah. lihat al-Siyasah al-Syariiyyah fi Dau' Nusus al-syariah wa maqasiduha , hlmn 117.
[3] هَذِهِ الْقَاعِدَةُ نَصَّ عَلَيْهَا الشَّافِعِيُّ وَقَالَ " مَنْزِلَةَ الْإِمَامِ مِنْ الرَّعِيَّةِ مَنْزِلَة الْوَلِيِّ مِنْ الْيَتِيمِ " .
قُلْت : وَأَصْلُ ذَلِكَ : مَا أَخْرَجَهُ سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ فِي سُنَنِهِ .
قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ ، عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ : قَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ " إنِّي أَنْزَلْتُ نَفْسِي مِنْ مَالِ اللَّهِ بِمَنْزِلَةِ وَالِي الْيَتِيمِ ، إنْ احْتَجْتُ أَخَذْتُ مِنْهُ فَإِذَا أَيْسَرْتُ رَدَدْتُهُ فَإِنْ اسْتَغْنَيْتُ اسْتَعْفَفْتُ
[4] Monarki berasal dari kalimah 'monos' bermaksud satu, dan kalimah 'arkgein' bermaksud memerintah
[5]Dalam bahasa yunani, olargi berasal dari kalimah 'oligai' yang bermaksud beberapa.
[6]Beliau mencadangkan demokrasi bentuk baru atas istilah "teo-demokrasi". Ia disokong kuat oleh Dr Muhammad Imarah.
[7]Tulisannya berkait dengan demokrasi adalah "al-Syura wa al-Dimokratiyyah".
[8]Tulisannya berkait dengan demokrasi adalah "al-Hurriyyah al-Ammah fi al-Daulah al-Islamiyyah".
[9]Tulisannya berkait dengan demokrasi boleh dibaca dalam "Fi Fiqh al-Daulah" dan "Fatawa Masarah"
[10]Tulisannya berkait dengan demokrasi adalah "al-Islam wa al-Dimokratiyyah"

هذا في العدل السياسي، العدل السياسي هو أساس المُلك، المُلك لا يقوم ولا يعمّر، لاتعمّر الأرض ولا تعمّر الحياة ولا تطيب الحياة ولا يعيش الناس حياة آمنة مطمئنة إلاّ إذا توفَر العدل، ما معنى أن يتوافر العدل؟ أن يقوم كل إنسان بما يجب عليه، وأن يُعطى كل ذي حقٍ حقه، لعلَّ أقوى تعريف للعدل وأضبط تعريف للعدل هو إعطاء كل ذي حقٍ حقه
[12] Wahbah al-Zuhaili;

أما حقوق الله فمبنية على تسامح الكريم الغفور الرحيم.


Tiada ulasan: