Isnin, 20 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kenaikan Harga Rumah Naik Teruk di Johor Bahru, Penang, KL. Gaji RM7,000 Tinggal Sedikit Sahaja Hujung Bulan. Bagaimana Pendapatan RM1,500 Pula?

Posted: 20 Oct 2014 06:56 AM PDT




harga rumah



Kenaikan Harga Rumah Naik Teruk di Johor Bahru, Penang, KL. Gaji RM7,000 Tinggal Sedikit Sahaja Hujung Bulan : Hari ini, mungkin ada yang merasakan kalangan yang berpendapatan RM5,000 sudah cukup selesa untuk memiliki dan membeli rumah sendiri yang terdiri daripada golongan profesional antaranya ialah pengurus syarikat, pensyarah, peguam contohnya. Betulkah?

Walaubagaimanapun, pastinya yang terkesan untuk membeli dan memiliki rumah sendiri pastinya kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan dan gaji RM1,500 sebulan kerana terus dihimpit teruk dengan kos sara hidup di Malaysia hari ini.

Realitinya berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar mendedahkan rakyat malaysia yang gaji dan pendapatan di Malaysia lebih RM7,000 sebulan pun, bukannya jaminan untuk memiliki rumah sendiri? Setujukah anda?

KLIK JUGA SINI : Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Pada Tahun 2020!!

Trend Kenaikan Harga Rumah diMalaysia : Kajian Dr Nor Malina Malek & Dr Azrina Husin


Hasil kajian Dr Nor Malina Malek, Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dan dan Dr Azrina Husin
  1. Harga rumah di Malaysia telah melonjak kepada peras yang tidak masuk akal
  2. Trend kenaikan harga rumah mula diperhatikan naik mendadak sejak tahun 2012 lagi
  3. Contoh : tiga bilik apartmen dengan dua bilik mandi yang tidak melebihi 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) di pinggir bandar hari yang dijual hari ini RM245,000.
  4. Dengan pinjaman bank 90% daripada jumlah harga rumah, natijahnya peminjam terpaksa berhadap kadar insuran yang lebih RM1,000 sebulan sekaligus merosakkan "pendapatan boleh guna" rakyat Malaysia
  5. Trend kenaikan harga sangat teruk di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang sekaligus hampir mustahil untuk mencari sebuah rumah dengan harga seperti itu di bandar-bandar besar
  6. Sedangkan 40% daripada penduduk banda-bendar besar ini hanya golongan yang berpendapatan serdahana
  7. 85.1% daripada responden hanya mampu beli rumah dalam lingkungan RM50,000 hingga RM200,000
  8. REDHA menganggarkan permintaan purata bagi rumah di Malaysia adalah 150,000 unit setahun. Ini adalah berdasarkan kepada pertumbuhan penduduk dan pembentukan isi rumah yang berlaku sekarang ini
  9. Responden dilihat lebih suka menyewa daripada menghadapi tekanan dari perjalanan yang panjang dan menyusahkan (kesesakan lalulintas) dan kos bahan api yang tinggi setiap hari dan setiap bulan
  10. Bantuan PR1MA tidak yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana yang dijual antara di antara RM100,000 dan RM400,000 sekaligus tidak lagi mampu menyelesaikan masalah sebenarnya yang membelengu rakyat Malaysia
RM7000 dilihat tidak cukup apabila melihatkan kos perbelanjaan seperti di bawah ini :
  • Harga rumah RM340,000 : Bulanan RM1450
    kos penjagaan kanak-kanak di bandar adalah sekurang-kurangnya : RM250 sebulan dan ke atas
  • Jika seseorang itu mempunyai tiga kanak-kanak, dan kemudian perlu membayar yuran pengangkutan RM90 setiap kanak-kanak : (250×3) + (90×3) bersamaan : RM1020
  • Mereka ini tidak layak menerima BR1M
  • Mereka ini juga terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup sendirian termasuk kenaikan harga minyak
  • Pinjaman kereta Nissan Almera : RM800 sebulan
  • Minyak Kereta : RM400 sebulan
  • Susu + pampers anak : RM300
  • Barang Dapur : RM500 sebulan
    pinjaman pendidikan, sumbangan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) RM770 sebulan dan perbelanjaan harian.
  • Selepas semua kos telah ditolak, pendapatan boleh guna yang bersih telah jatuh lebih sedikit? Daripada tahun ke tahun….
Itu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia berpendapatan RM7,000 sebulan. Bagaimana pula yang berpendapatan RM1500, RM2000, RM3000?

[VIDEO] Tak Malukah Kita, Malaysia Nombor Satu Korup? Soal Ku Li

Posted: 20 Oct 2014 06:50 AM PDT

KELAB GREENBOC


Ku Li: Kaji semula OSA, Akta Prosedur Kewangan


Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dikaji semula bagi menangani masalah rasuah di negara ini.

Tokoh Umno itu juga berkata Akta Prosedur Kewangan 1957 juga perlu dikaji semula memandangkan akta tersebut memberikan kuasa mutlak kepada menteri kewangan.

"Saya minta supaya semak semula kerana OSA ada menyembunyikan ribuan dosa. Kalau benda itu melibatkan pembiayaan rasuah, saya rasa sesiapa boleh dedahkan.

"Kalau pendedahan tak betul, boleh dakwa. Janganlah segala-galanya mesti dirahsiakan.


"Saya tak marah kerajaan tapi ini adalah kelemahan yang ada dalam sistem kita, kerana kita salah guna kuasa yang ada. Saya tahu akta ini (Akta Prosedur Kewangan) kerana saya gunakan kuasa ini semasa saya di Kementerian Kewangan dulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada forum 'Barah Ali Baba Di Bumi Malaysia' di Kuala Lumpur hari ini.

MP Gua Musang lebih kenali sebagai Ku Li berkata beliau pernah menjadi menteri kewangan selama lapan tahun, mengetahui bahawa wujudnya kelemahan dalam sistem kewangan negara.

Masalah rasuah, kewangan

Beliau yang pernah menjadi pengerusi bank dunia turut mencadangkan supaya tender secara terbuka diamalkan bagi memastikan masalah rasuah dan kewangan negara dapat diatasi

"Kalau kita nak kawal soal rasuah, kita kena lihat pada Akta Prosedur Kewangan. Semak. Saya tahu ini kerana pernah jadi menteri kewangan. Sebab itu bukan sebarang orang yang boleh menjadi pemangku menteri kewangan kalau dia bercuti.

"Jadi, banyak kelemahan di situ. Contohnya, menteri kewangan mempunyai kuasa dalam rundingan terus. Tanggungawab kita kepada rakyat besar. Ini bukan harta mak bapa kita.

"Ini harta rakyat. Yang kita nak guna duit ini, duit rakyat. Yang kita nak kumpul macam-macam cukai, kita tak boleh guna sewenangnya duit yang kita kutip daripada rakyat," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada supaya kerajaan menggunakan cara yang betul dan adil dengan membuat tender terbuka kepada pihak yang layak.

"Kalau ada yang bida rendah tetapi bermanfaat kepada rakyat, kita beri sahajalah. Saya bukan marah kerajaan tapi inilah kelemahan yang ada dalam sistem kita. Jangan kita salah guna kuasa yang kita ada," katanya lagi. -mk 


LIHAT VIDEO DI SINI


S.H. Alattas: Sampai Bila Najib Nak Membohongi Rakyat?

Posted: 20 Oct 2014 06:47 AM PDT

KELAB GREENBOC



 

Akhbar The EDGE pada keluaran 28 April 2014 telah meletakkan satu tajuk besar yang cukup sayu menyentuh hati kita, akhbar tersebut merayu 'BRING BACK THE MONEY" (Bawa Pulang Wang Kita)

Akhbar ekonomi ternama di Malaysia itu membongkar urusniaga 1MDB berjumlah RM18 billion yang diletakkan di luar negara.

Membaca laporan kewangan tahunan syarikat yang berakhir 31 Mac, memang membuatkan kita urut dada tanda lega kerana jumlah aset untuk tahun 2013 bertambah kepada 44.6 billion. Itu semua 'on paper' bro! Kita terlupa bahawa 1MDB perlu menanggung bayaran hutang tahunan berjumlah RM 1.6 bilion kerana meminjam sebanyak 36 billion pada tahun 2013. Tak cukup dengan hutang sebanyak itu, pada 28 April 2014, akhbar ekonomi dunia Wall Street Journal membuat laporan 1MDB sedang berunding dengan beberapa buah bank lagi untuk meminjam RM2 billion.

Suara Keadilan keluaran 6 Mei 2014 dalam satu artikel yang ditulis oleh Lyn Nasir mengesahkan dengan laporannya:

'Negara mungkin menghadapi masalah keberhutangan lebih tinggi sekiranya beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) gagal dalam pelaburan mereka, Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata kemungkinan GLC 1 Malaysia Development Berhad akan meningkatkan lagi hutang negara dalam usaha syarikat itu menampung kos projek mega seperti Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia dengan anggaran kos RM45 billion....

Pada asalnya dana 1MDB ini adalah dari dana tabung Negeri Terengganu, iaitu duit royalti minyak yang disimpan dalam satu dana yang dinamakan TIA (Terengganu Investment Agency) dana negeri Terengganu kemudian ia dinamakan 1MDB. Apakah Ahmad Said mantan MB Terengganu, tak tahu tentang selok belok serta cerita disebalik tabir tentang dana Terengganu yang TIA diubah menjadi 1MDB itu.

1MDB (1 Malaysia Development Berhad) juga membawa maksud lain iaitu 1 Malaysia Di Bodohkan. Kenapa dikatakan begitu? berikut adalah alasannya....

Negara kita memang beraspirasi untuk menjadi 'negara maju kelas satu', malang sekali kewibawaan pemimpin kita tidak membawa Malaysia ke arah itu.

Satu ukuran yang paling mudah, tahukah kita bahawa tahap ketelusan negara kita amat rendah berbanding dengan kriteria negara maju.

Kepimpinan Najib memang terus mendakwa Malaysia negara maju dan sememangnya kita maju pun. Hanya memajukan kelompok tertentu saja. Negara maju kelas berapakah ini?

Antara perbuatan tidak telus pemimpin ialah tentang Tabung dana 1MDB yang ditubuhkan dalam tahun 2009 dengan suntikan modal RM5 billion, modalnya dijamin oleh Kerajaan. Tetapi kenapa sebanyak US 2.3 billion di letakkan di sebuah bank di Switzerland. Dana sebanyak itu telah diurus oleh syarikat pengurus dana kewangan di Hong Kong.

Pengurus dana telah melabur wang tersebut di enam tabung dana berlainan yang terlibat dalam sektor tenaga.

Profail pelaburan keenam enam dana ini atau nilai asetnya juga tidak diketahui.

Mengapa sejumlah besar wang itu di letakkan di dalam satu syarikat pengurusan dana, tindakan pengurusan 1MDB itu memang membingungkan atau pun sengaja mahu membuat rakyat Malaysia menjadi bingung. Apabila dipersoalkan tindakan itu, 1MDB tidak pula memberikan jawapan. Cukup pelik, satu GLC kerajaan yang Pengerusinya Perdana Menteri boleh mendiamkan diri.

Orang yang tidak ada asas pengetahuan kewangan pun tahu 'don't put all your egg in one basket'. Dalam kes 1MDB ini, sudah lah put all in in one basket, tetapi not his own basket pulak. Kata P. Ramlee, 'unta padang pasir pun tak sebodoh itulah!'

Kenapa dana yang ditaja kerajaan, dengan jumlah dana yang besar itu diletakkan di luar negara sedangkan objektif utama penubuhan dana itu untuk merancakkan ekonomi domestik.

Habis semua wang yang sepatutnya berlegar legar di dalam negara telah menyusup ke luar negara.

Sudah lah selama ini berbillion ringgit mengalir keluar setiap tahun dari sektor pekerja asing yang bekerja di Malaysia.

Secara minimanya, jika seramai 2 juta pekerja asing di Malaysia, setiap orang menghantar minima RM100 setiap bulan, ini bererti 200 juta ringgit mengalir keluar setiap bulan, tetapi kita bertanya semula adakah pendatang asing hanya 2 juta, memang yang berdaftar lebih kurang 2 juta, PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) boleh dikatakan sama ramai atau mungkin lebih ramai dari yang ada permit. Kiralah berapa banyak wang keluar negara setiap bulan, tidak cukup dengan itu. Kini berbillion billion wang dalam negara di bawa 1MDB keluar negara atas nama pelaburan.

Pada 12 September 2012, 1MDB telah meletakkan US2.3 billion (RM7.42 billion) dalam beberapa portfolio berasingan di Cayman Island.

Pada 22 February 2014, Akhbar Star dalam ruangan StarBiz Week melaporkan

1MBD had places US$2.32 Bil (RM7.42 bil) in a segregated portfolio fund based in Cayman Islands on Sept 12, 2012.

Selepas kumpulan pertama sebanyak US2.3 billion dilaburkan pada bulan September 2012 itu, diikuti pula US3 billion ringgit diletakkan di tangan bank pelaburan luar negara pada bulan Mach 2013.

Jumlah kesemua, 1MDB sudah melabur sebanyak US 5.3 billion di tabung dana luar negara. Yakni dalam masa enam bulan dari bulan September 2012, wang sebanyak itu telah berada di tangan bank asing. Apakah Najib boleh menjawab "ask me no question, I will tell you no lie." Dah banyak sangat pembohong, kesian yang kena tipu cerdik pandai, orang kita yang tak berani cegah kemungkaran. Kalau tanya pun, Najib suka buat bodoh. Dia takkan jawab apa pun orang kata dia. Akhirnya gambar dia kena pijak. Orang tampal kasut saja di mukanya. Itulah nilai Perdana Menteri Malaysia hari ini. Muka serupa tapak kasut je.

Soalan yang selalu menjadi pertanyaan utama, kenapa wang itu diletakkan di luar negara, namun tiada sebarang jawapan.

Bukankah 1MDB ditubuh untuk memberangsangkan projek yang mampu memberi impak tinggi kepada ekonomi dalam negeri. Ia bukan ditubuh untuk mengumpul wang dengan jaminan kerajaan dan kemudian wang tersebut dilabur di luar negara. Untuk kepentingan siapa? Duit sekarang siapa punya?

Persoalan yang serupa telah ditanyai dalam ruangan 'The Alternate View' akhbar Starbiz Week 22 February 2014 oleh penulis kolumn M. Shanmugam.

'Nevertheless, questions will still persist as to why the money is parked in a fund in Cayman Islands because that was not the objective of 1MDB when it was established in 2009. What is the investment strategy, horizon and recoverability of the money?

The money parked in Cayman as a major portion on the RM5 bil seed capital 1MDB raised by issuing government guarantee bonds. It was supposed to be used to lure investments that would cause a high impact in local economy.'

Setakat ini jawapan yang diberi oleh 1MDB ialah wang tersebut telah dilabur dengan baik, ditadbir urus dengan selamat dan akan dibawa pulang semula. Bila dah pulang, masuk ke bank siapa? Di dalam atau di luar negara?

Jawapan seperti itu tidak memadai, kerana ia melibatkan tadbir urus dana awam. Sampai bila kita nak kena bodoh oleh Najib? Apa yang menyebabkan dia begitu berkuasa sekali? Sampai bila UMNO nak simpan dia jadi Presiden? Dan rakyat Malaysia nak simpan dia jadi Perdana Menteri?

Kalau badan GLC lain buat sepertimana yang 1MDB lakukan ini, sudah tentu mereka akan diserang dan diasak oleh pihak media, akan dikritik seteruk-teruknya dan mungkin akan diambil tindakan. Kenapa Najib boleh buat sesuka hati? Media dah kena sihir ke oleh tukang sihir Najib?

Lupakah kita bagaimana Lembaga FELDA terpaksa berhempas pulas memberi penjelasan dan penerangan kerana membeli hotel di London dengan harga 98 juta paun (RM497 juta) pada bulan Oktober tahun lepas. Padahal pembelian itu memang ekonomik dan boleh mendatangkan keuntungan. Kenapa 1MDB tidak dipersoalkan seperti mana FELDA kena? Adakah semata mata kerana 1MDB Pengerusi nya Najib, maka mereka terpaksa mengunci mulut, sebab jika ada sesiapa yang berani menentang atau bertanya maka akan terpelanting keluar dari gerabak. Lu Fikirlah Bro.

Apabila beberapa orang atasan Sime Darby menyalahguna kuasa dan salah guna wang , mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa, kini dalam proses pendakwaan. Kenapa 1MDB masih bernyawa pengarah pengarahnya. Apa beza status Sime Darby dan 1MDB?

Perbuatan atau cara yang dilakukan 1MDB ini iaitu meletakkan wang yang dikumpul dari sumber dalam negara ke luar negara adalah satu contoh yang amat bahaya. Ia juga membuatkan legaran atau pusingan wang dalam negara menjadi tambah berkurangan. Sekaligus membuatkan ekonomi negara bertambah muram dan tidak rancak kerana tidak banyak transaksi jual beli berlaku. Apakah tak mustahil negara akan bankrup selagi Najib kekal sebagai Perdana Menteri?

Ini adalah antara sebab para peniaga mengeluh. Apa akan jadi jika GLC lain pula akan mengikut jejak langkah 1MDB, dengan mengumpul dana dalam negara dan meletakkannya kepada pengurus dana luar negara. Sebagaimana yang kita semua maklum, CEO GLC memang sentiasa memerhati 'contoh utama' . Mereka hanya menunggu masa untuk mengikutinya. Sampai bila kera di hutan di susukan, anak sendiri dibiar kelaparan? Keruh air dihulu, akan keruh juga air yang dihilir. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Seperkara lagi, siapa yang harus dipertanggung jawab jika wang itu tidak dapat dibawa pulang semula atau pun jika jumlah dibawa pulang lebih rendah dari yang dilabur? Maklum sajalah wang di tangan orang, bukan mudah hendak diminta semula. Dalam dunia ekonomi sekelip mata pasaran boleh naik dan sekelip mata juga pasaran boleh merudum. Apakah nasib Najib tak akan jadi serupa itu? Seperti yang telah berlaku pada para pemimpin dunia yang jauh lebih berkuasa dari Najib? Apakah kita tak percaya pada hukum karma?

Setakat ini, dana itu mencatat pulangan 5.76 peratus saja, jauh lebih rendah dari jumlah pulangan yang pernah mereka dapat ketika melanggan bon Islam yang dikeluarkan PetroSaudi International Ltd di antara 2010 hingga Jun 2012 iaitu sebanyak 8.25 peratus.

Pada 1 March 2014, Starbiz week akhbar The Star dalam satu rencana yang ditulis Risen Jayaseelan dengan jelas mendedahkan

1Malaysia Development Bhd (1MDB) has issued RM1.5 bil worth of 7 year and 10 year Islamic Bonds at an indicative yeild of 6% which works out to around 180 basis points above current Malaysian Government Securities (MGS) rates. The buyers of the bonds are Lembaga Tabung Haji (LTH) and Permodalan Nasional Bhd (PNB)

.... The bonds do not carry a government guarantee and are not rated. But the papers are backed on 495 acres of land in Sungei Besi that 1MDB plas to develop into the iconis Bandar Malaysia, a high-end mixed development project.

Pada tahun 2011 seorang jutawan Taek Jho Low telah cuba membeli saham sekumpulan hotel terkemuka Coroin, iaitu Hotel Claridges, The Connaought dan The Berkeley di United Kingdom melalui syarikatnya The Wynton Group bernilai RM5.7 billion dengan bantuan dari dana 1MDB. Apabila perbuatan mereka itu telah dapat dihidu. Najib sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB terus menafikan bahawa beliau tidak ada kaitan dan tidak mendanai urusniaga Taek Jhow Low. Najib pun pernah sumpah Al - Quran bahawa dia tidak ada kena mengena dengan Altantuya. Betul ke?

Akhirnya terbukti Najib berbohong, apabila kes pembelian saham hotel itu menjadi perbalahan dan dibawa ke Mahkamah Tinggi United Kingdom, maka terbukti pada 15 Januari 2011 1MDB telah menghantar surat bagi pihak Jho Low untuk membeli saham hotel tersebut.

Siakap senohong, gelama ikan duri, suka cakap bohong itu lah kerja Perdana Menteri. 3 tanda untuk mengenal seorang yang munafik, cakap bohong, mungkir janji, mengkhianati amanah. Sampai bila Najib nak membohongi rakyat? Dan sampai bila rakyat nak simpan seorang yang bersifat munafik. Bukankah tanggungjawab orang Islam mengajar kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jangan salahkan Tuhan jika Tuhan turunkan bala ke negara kita, kerana kita sudah tidak dengar cakap Tuhan lagi.

Kisah transaksi ini dilaporkan dengan menyeluruh dan ekslusif dalam Laman Web 'Sarawak Report 'pada 2 Mei 2014.

Di kalangan ahli perniagaan semua tahu Taek Jho Low ini adalah rakan niaga Rosmah. Memang kena dengan konsep 1 Malaysia, Rosmah hanya berurus niaga besar dengan usahawan bukan Melayu seperti Deepak dan Taek Jho Low...

Sampai bila Najib hendak membohongi rakyat. Apakah Najib fikir rakyat Malaysia masih tinggal di dalam gua dan tidak mengetahui segala perbuatannya yang menderhaka pada bangsanya sendiri dengan membiarkan Rosmah bermaharaja lela. Siapa sebenarnya Perdana Menteri? Najib atau Rosmah? Betul ke Najib ini bini Rosmah? Dan Rosmah yang menjadi Perdana Menteri bukan Najib


 -bersambung

[VIDEO] Ghapur: "Saya Sudah Di Parlimen 35 Tahun, Saya Bukan Bodoh.."

Posted: 20 Oct 2014 06:45 AM PDT

KELAB GREENBOC



 
Pendapatan purata keluarga di Sabah RM4,000 tidak benar

Bagi bertindak adil, saya mencadangkan kita membuat Jawatankuasa Khas Parlimen dan ia boleh disertai pembangkang.

Ahi Parlimen (MP) Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dan menentukan purata pendapatan isi rumah sesebuah keluarga di Sabah.

Gesaan oleh Ghapur berikutan desakan oleh MP pembangkang yang mempersoalkan purata pendapatan isi rumah seorang penduduk di negeri tersebut.

"Saya sudah berada di Dewan ini 35 tahun, saya bukan bodoh, mana boleh pendapatan isi rumah boleh bercampur dengan seorang individu kaya berpendapatan RM50,000 ke atas dan menentukan purata pendapatan isi rumah.

"Bagi bertindak adil, saya mencadangkan kita membuat jawatankuasa Khas Parlimen dan ia boleh disertai pembangkang. Cadangan ini bagi melihat sendiri dan sama-sama turun ke setiap rumah bagi mendengar masalah dan mengira purata pendapatan isi rumah rakyat di Sabah," katanya di Parlimen hari ini.

Tambahnya, MP Kinabatangan Bung Mokhtar juga boleh mempengerusikan jawatankuasa tersebut.

"Saya cadangkan kita pergi rumah ke rumah ambil pengiraan dan dapatkan beberapa pendapatan isi rumah di Sabah. "Tindakan ini bagi memastikan rakyat di Sabah tidak diselubungi keraguan berhubung isu pendapatan tersebut," jelasnya.

MP Segambut, Lim Lip Eng sebelum itu meminta kepastian sama ada statistik perangkaan Malaysia menunjukkan pendapatan isi rumah sebuah keluarga di Sabah secara purata RM4,000.

"Soalnya adakah benar perangkaan pendapatan tersebut dan jika salah beliau meminta penjelasan kenapa perangkaan itu dikeluarkan," ujarnya. -FMT


LIHAT VIDEO DI SINI

Bukan PAS saja penghalang mengambil Putrajaya

Posted: 20 Oct 2014 04:41 AM PDT




Oleh Subky Latif


JIKA PAS khususnya Presidennya, TG Haji Abdul Hadi dikatakan menyebabkan penyingkiran dan pengantian Menteri Besar Selangor tidak berjalan lancar, boleh diterima, tetapi jika parti itu dan pemimpinnya dijadikan alasan Putrajaya tidak akan dapat dicapai, maka ia adalah satu anggapan yang berlebihan.
    
Pandangan itu, seperti yang dinyatakan oleh seorang penganalisis dari Austrsalia, Chin, adalah seperti kesimpulan sang musang yang melompat beberapa kali untuk mengambil anggur, tetapi gagal, lalu dikatanya anggur itu masam dan ia pun pergi. 

Krisis di Selangor itu bukan kerja satu pihak saja tetapi kelemahan semua pihak. Maka meletakkan kesalahan pada satu pihak bukan langkah yan bijak.
    
Saya tidak bercadang untuk memanjang krisis MB Selangor yang sudah pun selesai. Meneruskan bising tidak menguntungkan sesiapa. Diam adalah bijaksana.
    
Jika benar semuanya mahu Pakatan Rakyat jadi pemangkin mengambil Putrajaya, bukan sekadar hendak kuasa, tetapi mahu menyekat kerja merosakkan di bumi  - Malaysia – berterusan, maka semua pihak tampil ke depan, menyambung  semula kerja-kerja  menjelang PRU13 dulu, seolah-olah krisis di Selangor itu tidak pernah berlaku.
    
Tiada  bijaknya untuk berkata, selagi PAS dipimpin oleh TG Haji Hadi yang dikatakan amat konservatif, dan selagi PAS tidak menukar pemimpinnya, maka jangan fikir ia boleh menyumbang kepada masa depan Pakatan yang cerah.
    
PAS tidak boleh diatur oleh pihak luar. PAS diatur oleh ahli-ahlinya dan parti itu saja yang tahu siapa patut jadi pemimpinnya dan siapa tidak patut jadi pemimpinnya. Jika PAS rasa perlu menukar pimpinannya, ia  sendiri menukarnya, bukan mendengar suruhan orang lain.
    
Setakat ini tiada kebijaksanaannya bagi Pakatan menerima PAS tanpa TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz. Parti sekutu wajar terima PAS dengan pekej yang di dalamnya ada tok gurunya. Tiada mungkin parti itu diterima, pemimpinnya tidak diterima. Sama seperti PAS tidak boleh ajar PKR mesti dipimpin oleh orang itu dan orang ini, dan tidak mungkin PAS boleh suruh DAP tukar pemimpinnya.
    
Mungkin TG Haji Hadi dilihat terlalu konservatif kerana tidak sekata tentang isu Menteri Besar itu. Tetapi  mengapa semua tidak melihat apa yang TG Haji Hadi buat mengajak sekalian pak lebai dalam PAS menerima Lim Kit Siang dalam bentuknya ada dan membawa DAP ke kampung-kampung dengan perjuangannya yang ada? Mengapa semua tidak melihat kesediaan TG Haji Hadi pergi ke gereja yang diceroboh dan berjumpa dengan paderinya?
    
Mengapa semuanya tidak melihat tentang pencerahan TG Haji Hadi dalam isu-isu yang membabitkan agama Islam dan lain-lain agama seperti kalimah Allah, kehadiran bukan Islam ke kawasan masjid yang jauh lebih ke depan dibandingkan dengan imam-imam Umno.
    
Jika dibandingkan TG Haji Hadi dengan setengah ulama di luar PAS termasuk sekalian para mufti, dalam hubungannya dengan masyarakat berbilang kaum, maka jelaslah beliau seorang yang terbuka dan keterbukaannya adalah luar biasa yang sesetengah ahli PAS tidak terfikir keadaan yang begitu.
   
Jika dia konservatif adalah dalam  urusan peribadatan dan menjaga kesucian Islam tetapi tidak pula sampai tidak boleh berkawan dan bertahaluf dengan  orang bukan Islam. Kita sukar bertemu ulama yang lebih terbuka selain daripada beliau. Kita boleh lihat hampir setiap bulan beliau berasa sepentas dengan Kit Siang atau Guan Eng.
    
Ketika ROS cuba menghalang DAP menggunakan lambang Roket dalam  pilihan raya, TG Haji Hadi dan Majlis Syura membenarkan lambang PAS diguna DAP.
   
Cuma TG Haji Hadi berbeza pandangan dalam isu MB Selangor. Jika itu alasan beliau tidak boleh diterima oleh sekalian penyokong Pakatan, maka semuanya marahkan pijat-pijat, bakar kelambu dan kail.

Anjing dan isunya dalam masyarakat M'sia

Posted: 20 Oct 2014 04:07 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul.

Sememang inilah realiti masyarakat era baru kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut:

Samakan dengan anjing


Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan.

Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap 'a dog is a man's best friend' namun jika kita berkata 'you are like a dog' ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." (Surah al-'Araf ayat 175-176)

Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya.

Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam benci anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka." (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu 'qidmir'. Sementara dalam hadis pula, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu." (Riwayat al-Bukhari)

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing? Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?


Dalam al-Quran, Allah menyebut yang bermaksud:

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisab-Nya." (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan 'mukallibin' dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah muslim sentuh anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya.

Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini.

Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis:

"Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah." (Riwayat al-Bukhari)

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara anjing dalam rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurangan pahala sahaja.

Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang.

Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak penyelidikan yang telah dibuat tentang hal ini.

Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing.

Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi SAW: "Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah." (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

(*) PROF DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis.
 

Acara sentuh anjing: Jakim siasat penganjuran

Posted: 20 Oct 2014 03:56 AM PDT

SINAR HARIAN

Othman Othman


KUALA TERENGGANU - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.
  
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
  
Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).
  
"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
  
"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan-peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.

Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di sini, malam tadi.
  
Beliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.
  
Penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
  
Program selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.
  
Sementara itu, ketika ditanya tentang kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusyiklan berkaitan anjing dalam acara tersebut, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.
  
"Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (berpenampilan alim) pun sudah boleh jadi ustaz," katanya. - Bernama

Ustaz Kazim: Kempen sentuh anjing agenda liberal

Posted: 20 Oct 2014 03:55 AM PDT


Mohammad Kazim Elias Mohammad Kazim Elias


SHAH ALAM - Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.

Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.

"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.

"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

[ARTIKEL BERKAITANIzzah: Tahniah penganjur acara sentuh anjing]

[ARTIKEL BERKAITANAcara sentuh anjing: Jakim siasat penganjuran]

Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim turut mempersoalkan penganjuran kempen tersebut dan kesal segelintir penganut Islam mudah terpedaya tanpa usul periksa.

"Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti....

"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?

"Jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegasnya.

Mengulas lanjut, Mohd Kazim menegaskan hukum memegang anjing sama seperti memegang babi yang telah diharamkan oleh ALLAH kepada orang Islam kerana kedua-dua haiwan itu bersifat 'mughallazah'.

"Mana boleh saja-saja bela, saja-saja hendak pegang. Sebab apa hendak pegang? Isu apa? Hendak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang, lepas itu bela, lepas itu masuk dalam rumah!

"Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pula pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.

"Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tidak buat kempen ke masjid, kempen menerima hudud atau kempen menerima konsep kalimah ALLAH," soalnya lagi.

PKR dakwa sepanduk mesej ganti Azizah sabotaj

Posted: 20 Oct 2014 03:50 AM PDT


Fahmi mengirimkan gambar yang menunjukkan sepanduk lain dipasang semalam. Fahmi mengirimkan gambar yang menunjukkan sepanduk lain dipasang semalam.
 
 
SHAH ALAM - PKR mendakwa perbuatan menaikkan sepanduk yang mahukan agar Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diganti dengan timbalannya, Mohamed Azmin Ali semalam sebagai sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, dakwaan itu ekoran wujud juga beberapa sepanduk lain yang dinaikkan hampir serupa.
"Rasa betul sabotaj sebab baru dimaklumkan ada beberapa sepanduk lain yang dinaikkan.

"(Ini) tindakan pihak tidak bertanggungjawab. Kemungkinan besar pihak yang sama yang menaikkan sepanduk semalam," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Azmin digesa ganti Presiden PKR?]

Beliau merujuk kepada satu lagi sepanduk yang dinaikkan di sekitar Seksyen 9, Shah Alam, semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian Online melaporkan satu sepanduk dipasang dekat bulatan Seksyen 15 yang mahukan Wan Azizah diganti dengan Azmin.

Dalam pada itu, PKR turut menegaskan tindakan itu bukan kerja orang dalam dan tindakan lanjut akan dibincangkan dengan pimpinan tertinggi.

"Ini bukan kerja PKR. (Perkara itu) akan dibangkit dengan pimpinan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pemuda Pas sindir penganjur kempen sentuh anjing

Posted: 20 Oct 2014 03:47 AM PDT


Muhammad Khalil Abdul Hadi Muhammad Khalil Abdul Hadi
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abd Hadi menyindir penganjur kempen sentuh anjing 'I Want to Touch a Dog'.

Katanya, daripada sibuk mengajak umat Islam menyentuh anjing, lebih baik penganjur membuat kempen menyapu kepala anak yatim.

"Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana ALLAH SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap.

"Daripada sibuk berkempen sapu atas belakang anjing, lebih baik juga buat kempen belajar macam mana cara hendak sapu atas khuf sebagai ganti untuk basuh kaki dalam berwuduk," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing 'I Want to Touch a Dog' anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Acara tersebut dianjurkan kononnya bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Mengulas lanjut, Muhammad Khalil berkata lagi, walaupun dalam al-Quran, ALLAH menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang bersama-sama dengan anjing peliharaan mereka, namun ia tidak sepatutnya disalahtafsirkan.

"Pengajarannya bukan supaya kita membelai anjing dalam kehidupan kita tetapi anjing pun membantu perjuangan Islam dengan caranya tersendiri.

"Nabi SAW ada menceritakan kisah perempuan pelacur dimasukkan ke dalam syurga kerana memberikan minum kepada anjing yang dahaga.

"Menunjukkan anjing tidak boleh disakiti dan berhak untuk dirahmati dalam keadaan yang memerlukan," ujarnya.

Dengan nada sinis beliau berkata, mungkin kempen seperti itu untuk mengatasi masalah rakyat yang tertekan akibat kenaikan harga minyak RON95 dan diesel baru-baru ini.

UPSR bocor: Murid dyslexia saman kerajaan

Posted: 20 Oct 2014 03:44 AM PDT

SINAR HARIAN

UPSR Bocor UPSR Bocor
 
 
KUALA LUMPUR - Seorang murid lelaki penghidap dyslexia memfailkan saman terhadap pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kerajaan yang didakwanya cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, yang menyebabkannya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran.
  
K Mangala Bhavani memfailkan saman itu bagi pihak murid berkenaan Ananda Krishnan Menon, 13, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 13 Oktober melalui firma guaman Messrs Rajadevan & Associates.
  
Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 12 November.

Dalam penyata tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 itu berkata, defenden gagal melaksanakan suatu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan.
  
Katanya defendan juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka - wakil sah - dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan mulai proses awal penyediaan soalan, hinggalah proses pengedaran kertas soalan ke semua sekolah di Malaysia.

Peperiksaan UPSR dijadual diadakan dari 9 hingga 11 September, tetapi berikutan kebocoran kertas soalan, murid perlu menduduki semula ujian bagi kertas Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 September dan 9 Oktober.
  
Ananda Krishnan mendakwa sebagai penghidap dyslexia dengan keperluan khas, dia mengalami stres, tekanan yang tidak sepatutnya dan kekecewaan serta hilang motivasi untuk menduduki semula peperiksaan UPSR.
  
Murid ini menuntut ganti rugi khas, am dan kos saman itu.  - Bernama

Bajet 2014 belum guna untuk lapangan terbang Miri?

Posted: 19 Oct 2014 05:06 PM PDT

JOFRI JARAIEE PAS SARAWAK


BAJET 2014 yang lalu seperti menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta masih belum digunakan sepenuhnya terutama di Miri.

Lapangan terbang Miri masih belum ada banyak perubahan yang sepatutnya dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa dengan diberi kemudahan yang setaraf dengan standard lapangan antarabangsa.

Antara masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbiran lapangan terbang Miri ialah memudahkan penumpang tempatan untuk masuk tanpa perlu melalui pemeriksaan imigresen.

Sepatutnya pihak lapangan terbang Miri memberi kemudahan dan lorong khas untuk penumpang tempatan yang balik dari Kuala Lumpur atau dari luar Sarawak untuk memudahkan pemeriksaan MyKad tanpa perlu beratur panjang bersama penumpang yang bukan penduduk tempatan.

Dengan adanya lorong khas untuk penumpang tempatan akan memudahkan proses pemeriksaan tanpa perlu beratur terlalu panjang sehingga menyusahkan penumpang yang membawa keluarga yang ramai terutama yang mempunyai anak-anak kecil dan juga warga tua.

Pihak pentadbiran lapangan terbang Miri dan juga pihak Imigresen sepatutnya menaikkan taraf sistem pemeriksaan penumpang dengan menggunakan sistem yang lebih canggih lagi memandangkan peruntukan untuk lapangan terbang Miri masih belum digunakan sepenuhnya.

Standard keselamatan dan kecekapan yang perlu dipatuhi oleh pemilik lapangan terbang dan/atau pengendali diletakkan sebagai Piawaian dan Amalan Disyorkan [SARPS] Lampiran 14 kepada Konvensyen tentang Penerbangan Awam Antarabangsa dan Arahan Aerodrome diterbitkan oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Peranan utama Bahagian Piawaian Lapangan Terbang adalah untuk mengatur aktiviti lapangan terbang dalam memastikan keselamatan dan kecekapan operasi untuk keselamatan awam di kawasan aerodrom.

Di antara nasihat dari operasi lapangan terbang @ Aerodrome adalah untuk memberikan panduan dan nasihat tentang perkara-perkara operasi lapangan terbang selaras dengan piawaian antarabangsa dan amalan yang disyorkan, dan keperluan keselamatan yang lain.

Kita menggesa agar pihak kerajaan segera menaikkan taraf lapangan terbang Miri menjadi lapangan terbang antarabangsa selaras dengan piawaian antarabangsa seperti yang disyorkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (JPA).

Peruntukan Bajet 2014 yang lalu sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk menaik taraf  lapangan terbang Miri agar bandaraya Miri menjadi antara sebuah pusat pelancongan bertaraf antarabangsa di utara Sarawak.

Kita berharap perkara ini mendapat perhatian yang sewajar dari pihak kerajaan kerana lapangan terbang Miri masih lagi kekurangan dari segi kemudahan asas yang setaraf dengan standard lapangan terbang antarabangsa.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menaikkan taraf lapangan terbang Miri amat dihargai. - HARAKAHDAILY

30,000 belum selesai urus pindah milik hartanah

Posted: 19 Oct 2014 05:05 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 30,000 pemilik hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) belum menyelesaikan urusan pindah milik hartanah mereka.
 
Sehubungan itu, Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah menyeru semua pemilik terlibat berbuat demikian sempena Program Pindah Milik Mega PKNS yang berlangsung sehingga Januari tahun hadapan.

"Kita ingin pastikan setiap pemilik terlibat dapat hak milik mereka. Ini bagi mengelakkan masalah yang lebih berat di kemudian hari," ujarnya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata, sekirannya pemilik meninggal dunia, ia akan memberi masalah kepada pewaris untuk menukar hak milik.

"Ia juga memberi masalah kepada cukai pintu dan cukai tanah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Mesra Pelanggan 2014 PKNS di Shah Alam City Center (SACC) Mall, semalam.
Program Pindah Milik Mega 2014 bermula 18 Oktober lalu dan dijadualkan berakhir pada 15 Januari 2015.

Program tersebut diadakan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi dan Kompleks PKNS Kota Damansara sebagai kempen besar-besaran bagi memastikan urusan pindah milik hartanah setiap pemilik diselesaikan.

Pantai Tok Jembal kritikal, peruntukan RM70.5 juta

Posted: 19 Oct 2014 05:02 PM PDT

BERNAMA


 


KUALA LUMPUR: Berikutan kebimbangan mengenai masalah hakisan pantai di Kampung Tok Jembal, Terengganu, kerajaan memperuntukkan RM70.5 juta bagi projek pengurusan pantai di kawasan itu bagi mengatasi masalah itu.
  
Pengarah JPS Terengganu Ir C Poobalan, berkata projek yang diberikan tahun ini, merupakan projek dua tahun dan dijangka selesai pada 2016.
  
"Kami juga mendapati hakisan pantai Tok Jembal dalam keadaan yang kritikal dan langkah pencegahan sedang dijalankan," katanya kepada Bernama.
  
Semalam, Bernama melaporkan kajian simulasi kelautan yang dijalankan empat tahun lalu oleh penyelidik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), mendapati 42.6 meter kawasan darat itu telah terhakis.
  
Kawasan yang teruk terjejas adalah sepanjang 3.4 kilometer yang bermula dari utara Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke UMT dan turut melibatkan Kampung Tok Jembal.
  
Poobalan berkata rancangan mereka untuk mengatasi masalah hakisan itu ialah dengan membina empat pemecah ombak luar pesisir, benteng hakisan terminal dan rawatan penyuburan pantai.
  
Beliau berkata benteng pemecah ombak adalah sebahagian daripada sistem pertahanan pantai bagi mengurangkan intensiti tindakan ombak di kawasan pantai dan dengan itu mengurangkan hakisan pantai atau menyediakan tempat perlindungan yang selamat.
  
"Bagi benteng hakisan pula, ia adalah satu struktur kejuruteraan pantai bagi membentuk satu tebing yang dapat menghalang aliran air dan mengehadkan pergerakan mendapan.
  
"Rawatan pantai pula digunakan dengan menambah pasir atau mendapan dalam jumlah yang banyak di pantai untuk menangani hakisan dan melebarkan kawasan pantai," katanya.
  
Poobalan berkata pada masa ini perkembangan projek pengurusan pantai itu kini sudah mencapai 15 peratus dan berikutan musim monsun bulan ini, pembinaan benteng pemecah ombak ditunda berikutan ombak besar.
  
Katanya selain Tok Jembal, beberapa kawasan lain di Terengganu juga menghadapi masalah hakisan tetapi tidak seteruk di kampung itu pada masa ini. - Bernama

Awang Selamat: DAP akan heret Utusan ke mahkamah

Posted: 19 Oct 2014 05:00 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: DAP tidak akan teragak-agak untuk mengheret Utusan Malaysia ke mahkamah sekali lagi sekiranya meneruskan fitnah terhadap kredibiliti pimpinan pusat, tegas Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook.

Ini, ujarnya kerana Utusan Malaysia melalui ruang "Awang Selamat" meneruskan siri pembohongan dan fitnah berterusan terhadap DAP khasnya mengenai status pemilihan semula DAP pada 29 September 2013 lalu.

"Perlu ditegaskan bahawa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sedang menyaman Utusan Malaysia di atas fitnah yang dilemparkan dalam laporan Utusan kononnya Kit Siang memanipulasi pemilihan semula DAP," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kes tersebut masih dalam pertimbangan mahkamah dan akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Disember depan.

Katanya, dalam kolum "Awang Selamat" di Mingguan Malaysia hari ini, sekali lagi fitnah yang tidak berasas dilemparkan kononnya 120 cawangan yang belum mendaftar telah hadir dan mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP pada 29 September 2013.

"Selaku Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tersebut," tegasnya.

Beliau telah menyatakan berkali-kali bahawa senarai perwakilan yang layak untuk mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan dalam Kongres Khas pada 29 September 2013 adalah senarai yang sama yang digunapakai dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP pada 15 Disember 2012.

Tambahnya, tidak ada sebarang perubahan dalam senarai perwakilan tersebut dalam pemilihan semula pada 29 September 2013 yang diarahkan oleh ROS.

"Malah, semua persoalan ini dan semua laporan yang dikehendaki oleh ROS telah pun dihantar kepada pegawai penyiasat ROS yang bertanggungjawab dalam kes ini," ujarnya lagi.

Katanya, angka 120 cawangan yang belum mendaftar yang dilemparkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab sebenarnya adalah jumlah permohonan cawangan baru yang telah dihantar kepada ROS secara berperingkat sejak bulan Mei 2013 yang masih belum diluluskan oleh ROS.

"Cawangan-cawangan ini langsung tidak terlibat dengan pemilihan semula yang telah dijalankan pada 29 September 2013!" jelasnya yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Beliau berkata, taktik Utusan Malaysia ialah mengulangi pembohongan dan fitnah mereka secara berterusan dengan mengharapkan apabila sesuatu pembohongan diulangi 100 kali, maka ada orang yang akan mempercayai bahawa tuduhan liar tersebut adalah benar.

"DAP tidak akan teragak-agak untuk mengheret Utusan Malaysia ke mahkamah sekali lagi sekiranya mereka meneruskan pembohongan dan fitnah terhadap kredibiliti pimpinan pusat DAP," tegas beliau. - HARAKAHDAILY

579 belia bawah 25 tahun diisytihar muflis

Posted: 19 Oct 2014 04:58 PM PDT

BERNAMA 


JOHOR BAHARU: Kadar belia berumur 25 tahun ke bawah yang diisytiharkan bankrap di negara ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 579 individu direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding keseluruhan 208 individu pada tahun lepas dan 130 individu pada tahun sebelumnya.

"Jumlah 579 individu berkenaan merupakan sebahagian daripada keseluruhan 12,381 individu yang diisytiharkan bankrap di negara ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini," katanya pada program 'Memperkasa Informasi Generasi Muda' anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Perdana Menteri, di sini, Ahad.

Nancy berkata bagi belia berumur 25 hingga 34 tahun pula, sebanyak 2,491 individu diisytihar bankrap bagi tempoh Januari hingga Jun ini manakala belia berumur 35 tahun hingga 44 tahun pula adalah 4,121 individu.

Beliau berkata kebanyakan punca individu berkenaan mengalami bankrap adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan bayaran kad kredit.

Nancy berkata kerajaan menerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) ada menganjurkan program kepada masyarakat khususnya belia untuk menguruskan wang dengan bijak sekali gus mendidik mereka menangani bankrap.

Sehubungan itu, beliau berkata mana-mana individu mahupun belia disaran supaya mendapatkan nasihat agensi berkenaan ataupun bantuan awal sekiranya diisytihar bankrap.

"Berdasarkan maklum balas penganjuran beberapa program sebelum ini, kita dapati kebanyakan belia tidak mempunyai kesedaran tentang perkhidmatan dan bantuan oleh kerajaan sehingga menyebabkan mereka bankrap pada usia muda.

"Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya mereka tampil ke AKPK atau MdI dan dengan mengambil tindakan awal, mereka juga sekurang-kurangnya tidak mengalami masalah dihalang ketika hendak ke luar negara," katanya.

Sementara itu, mengenai penganjuran program 'Memperkasa Informasi Generasi Muda' tersebut, Nancy berkata ia amat wajar dalam menyalurkan maklumat usaha dan kemudahan yang disediakan kerajaan dengan tepat kepada belia.

Menurutnya, ilmu yang diperoleh daripada program itu dapat menangkis penyebaran maklumat tidak sahih yang diperoleh masyarakat lebih-lebih lagi pada zaman penggunaan media sosial yang semakin meluas ketika ini. - Bernama

'27sen saham MAS atau tiada apa-apa'

Posted: 19 Oct 2014 04:47 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) mungkin tidak akan memperoleh apa-apa jika mereka menolak tawaran 27 sen sesaham pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual pada 6 Nov, kata pakar ekonomi terkemuka hari ini.

Dr Yeah Kim Leng, Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia memberikan nasihat ini kepada pemegang saham tersebut -- Lebih baik "menerimanya walaupun sukar" dan sekurang-kurangnya mendapat semula sebahagian daripada pelaburan itu.

Dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Bhd pada 30 Ogos telah mengumumkan satu pelan yang radikal untuk memulihkan MAS yang memerlukan pengurangan pekerjaan, suntikan modal sehingga RM6 bilion dan penubuhan sebuah syarikat baharu (Newco) untuk menjalankan perniagaan syarikat penerbangan itu.

Selain itu, ia menawarkan 27 sen sesaham kepada pemegang saham minoriti dan selepas memperoleh kelulusan pemegang saham, MAS akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula yang bertujuan mengembalikan keuntungan syarikat penerbangan negara itu dalam tempoh tiga tahun dinyahsenarai.

Dr Yeah berkata jika MAS menjadi entiti swasta sekarang, pemegang saham minoriti sedia ada akan kehilangan semua pelaburan mereka.

"Mereka akan memperoleh nilai sifar daripada pelaburan mereka. Mujurlah, Khazanah campur tangan sekurang-kurangnya jalan keluar itu dianggap munasabah dengan keadaan semasa di MAS. Justeru, tawaran 27 sen itu tidak perlu dilihat sebagai terlalu rendah kerana sekurang-kurangnya suntikan modal dan diambil alih oleh Khazanah, mereka akan mendapat semula sebahagian daripada pelaburan mereka," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata memandangkan kepada hakikat bahawa tiada wira lain yang muncul dan mampu untuk menyelamatkan MAS, tiada asas yang kukuh bagi pemegang saham minoriti untuk menolak tawaran tersebut.

"Sudah tentu, mereka boleh tawar-menawar bagi nilai yang lebih tinggi tetapi berdasarkan masalah yang dihadapi oleh MAS, sukar untuk mempertikaikan untuk nilai yang lebih tinggi bagi saham mereka," katanya.

Bersetuju dengan pendapat Dr Yeah, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat (bawah) berkata pemengang saham minoriti sebenarnya tidak mempunyai pilihan kecuali menerima tawaran tersebut.

"Apabila syarikat dinyahsenarai, apa pilihan yang kita ada? Anda perlu menerimanya," katanya.

Ong berkata kerajaan yang bertanggungjawab kepada pembayar cukai dalam apa keadaan sekali pun, menambah: "Anda tidak mampu untuk memuaskan hati pemegang saham minoriti dengan mengorbankan kepentingan pembayar cukai. Saya kira ini merupakan keseimbangan yang kerajaan perlu laksanakan".

Beliau berkata jika MAS gagal dan tanpa bantuan daripada Khazanah, pemegang saham minoriti tidak akan mendapat apa-apa.

MAS dalam pekelilingnya bertarikh 15 Okt, 2014 menggesa pemegang saham minoritinya untuk menerima harga tawaran 27 sen oleh Khazanah untuk penswastaan syarikat penerbangan itu bagi memberi laluan kepada pelan pemulihannya.

Pelan pemulihan komprehensif MAS yang diumumkan oleh dana negara tersebut pada 29 Ogos adalah bergantung kepada penerimaan penswastaan MAS bernilai RM1.38 bilion.

Syarikat penerbangan negara, yang menanggung kerugian bagi tiga tahun kewangan yang lepas, menghadapi tekanan yang besar untuk meningkatkan prestasi kewangannya. Dan dua tragedi MH370 dan MH17 telah menjadikan proses pemulihan lebih sukar.

Berdasarkan persekitaran yang mencabar dalam sektor penerbangan, prestasi kewangan MAS dijangka terus lemah.

Dalam pekelilingnya kepada pemegang saham, yang akan mengadakan pertemuan pada 6 Nov, MAS memberi penekanan bahawa ia perlu melaksanakan penstrukturan semula yang komprehensif dengan segera untuk menangani keadaan perniagaan yang kurang baik, justeru syarikat penerbangan negara memerlukan pembiayaan untuk mengekalkan perniagaannya.

MAS dikatakan membelanjakan RM4 juta sehari untuk memastikan operasinya terus berjalan.

Jika MAS terus menanggung kerugian yang besar, ditambah dengan pengurangan simpanan tunai, tanpa sebarang bantuan kewangan mungkin akan terus memburukkan keadaan kewangannya dan membawa kepada Syarat-Syarat Penyenaraian PN17.- Bernama

Mah: Saya undur jika Gerakan tak lebih baik

Posted: 19 Oct 2014 04:44 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata, beliau akan berundur jika parti itu tidak mencapai keputusan lebih baik dalam pilihan raya umum ke-14 yang akan datang.

Katanya, oleh kerana tidak mahu menjadi presiden penggal pendek, beliau akan memberi komitmen bagi membariskan calon terbaik bagi berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Mah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam mesyuarat agung tahunan Gerakan di Shah Alam hari ini.

Katanya, Gerakan akan mula memilih 45 orang calon anggota parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menang hujung tahun ini.

Pemilihan itu dijangka selesai tahun depan.

Dalam pilihan raya umum 2008, sokongan pada Gerakan merosot teruk apabila mereka hilang kerajaan di Pulau Pinang.

Sejak itu, parti itu berhempas pulas bagi merampas kembali penguasaan daripada musuh utamanya di peringkat negeri, iaitu DAP.

Masa depan Pakatan S'wak bergantung pada PAS

Posted: 19 Oct 2014 04:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Masa depan Pakatan Rakyat Sarawak akan diketahui pada Jun tahun depan apabila PAS mengadakan muktamar pemilihannya, kata Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Dalam muktamar itu, dijangka berlaku pertarungan mendapatkan tempat antara golongan ulama dan kumpulan progresif.

"Jika kumpulan progesif menang menguasai parti, ia bermakna parti itu tidak akan melaksanakan hudud dan tidak akan condong kepada Umno," katanya.

"Tetapi jika kumpulan ulama menang menguasai parti, mereka pasti melaksanakan hudud dan bekerja rapat dengan Umno.

"Ini inilah senarionya, DAP Sarawak akan tarik diri daripada Pakatan," kata Chong, yang juga wakil rakyat parlimen Bandar Kuching dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa.

Buat masa ini, tambahnya lagi, DAP Sarawak akan kekalkan pendirian tidak terlibat dengan sebarang aktiviti dan bekerjasama dengan PKR dan DAP Sarawak ekoran dakwaan pendirian kaburnya berkaitan hudud.

Menurutnya lagi, keputusan itu dibuat di Sibu pada 20 Julai 2014 dan masih kekal kecuali PAS kembali kepada manifesto bersama Pakatan.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat DAP negeri.

Kerajaan Digesa Tangguh Hasrat Mansuh Atau Pinda Akta Hasutan 1948

Posted: 19 Oct 2014 04:36 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
PARIT BUNTAR: Kerajaan hari ini digesa supaya menangguhkan hasrat untuk memansuhkan atau meminda Akta Hasutan 1948 sehingga sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di negara ini benar-benar matang.

Gesaan itu terkandung dalam usul Umno Bahagian Parit Buntar, yang diluluskan sebulat suara pada persidangan perwakilan bahagian itu di sini, pada Ahad.

Usul sama juga meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjalankan penyiasatan dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang melanggar akta itu demi memelihara keamanan dan melindungi kepentingan majoriti rakyat Malaysia.

Wakil Jawatankuasa Bahagian itu Datuk Abdul Rahman Sulaiman ketika membentangkan usul itu berkata walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 menjelang pilihan raya umum lepas, namun janji itu tidak perlu dipatuhi kerana apa yang berlaku akhir-akhir ini adalah jelas bahawa hasrat murni kerajaan itu tidak dihargai oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau menarik perhatian tentang kecenderungan semasa kalangan tertentu yang sering mempersolkan pelbagai peruntukan khusus dalam Perlembagaan Persekutuan terutama yang berkaitan dengan isu-isu sensatif.

"Ini termasuk kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak serta hak-hak kaum lain serta kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 152 dan 181 Perlembagaan," katanya.

Datuk Abdul Rahman berkata oleh kerana suasana politik di Malaysia jelas belum cukup matang, maka negara masih memerlukan peraturan tertentu bagi mengawal, mengelola dan membimbing perilaku, tindakan, perbuatan, ucapan dan kenyataan pemimpin dan anggota parti politik.   

Beliau bimbang sekiranya kecenderungan negatif itu tidak dibendung, ia mampu menjejaskan hubungan harmoni antara kaum yang telah wujud di negara ini sejak sekian lama.

"Selain itu, ia juga boleh mencetuskan keadaan huru hara atau pergaduhan kaum," katanya.

Terdahulu, persidangan itu dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri DrZambry Abdul Kadir.

Tiada ulasan: