Khamis, 16 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Wanita ditemui mati dengan lima tikaman

Posted: 16 Oct 2014 12:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang wanita ditemui mati dengan lima kesan tikaman di badannya di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, di Shah Alam semalam.
  
Wanita berusia 40-an itu ditemui berlumuran darah oleh penghuni pangsapuri pada kira-kira 2.10 pagi.
  
Mangsa yang berbadan gempal dan bertudung, ditemui terbaring di ruang tangga tingkat 6 pangsapuri berkenaan.
  
Difahamkam mangsa masih bujang dan menyewa bersama beberapa rakan di pangsapuri itu, menurut sumber polis ketika dihubungi.
  
Pemeriksaan ke atas mayat wanita itu mendapati terdapat lima kesan tikaman di beberapa bahagian anggota badan termasuk di belakang leher.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.
  
Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berumur 20-an di hadapan bilik mayat HTAR kira-kira pukul 2 petang ini bagi membantu siasatan.
  
Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen302 Kanun Keseksaan.
  
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mencari bukti-bukti lain berhubung kes ini," katanya.  
- Bernama


Buku untuk keluar dari 'monolog' OKU

Posted: 16 Oct 2014 12:21 AM PDT

MALAYSIAKINI



Buta mata tidak melumpuhkan semangat seorang aktivis Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menerbitkan buku memperjuangkan nasib mereka.

OKU, bagi Mohd Rosli Ibrahim, bukanlah masyarakat terpencil dan berstatus picisan untuk terus ditangani dengan pendekatan simpati.

"Saya bukan mahu simpati masyarakat tapi saya mahu memperjuangkan hak OKU," kata Rosli.

Bagi menyatakan suara hatinya, Rosli menulis buku berjudul OKU Bangkit, yang padat dan sangat berguna kepada semua golongan untuk memahami hak-hak golongan itu.

Beliau yang cacat saraf mata sejak kecil berkata, beliau menulis buku itu supaya dapat menjadi rujukan berkenaan masalah golongan itu.

'Jabatan dalam jabatan'

Ini kerana, OKU bangkut memuatkan dokumentasi lengkap perjuangan kumpulan itu daripada pelbagai aspek.

"Niat saya (untuk jadikannya) sebagai rujukan untuk isu-isu OKU, dokumentasi dan reaksi terhadap isu ini," katanya yang mengambil masa sebulan untuk menulis dan menyusun buku itu.

Menurut beliau, selama ini isu OKU hanya berlegar di kalangan NGO sahaja tanpa ada kupasan terbuka di kalangan masyarakat umum.

"Buku ini adalah jawapan kepada persoalan berkenaan OKU. Selama ini isu OKU dipandang remeh dalam tidak sedar, mereka yang cacat anggota makin bertambah dari sehari ke sehari," katanya.

Justeru, katanya, jika isu itu tidak diketengahkan, ia hanya menjadi polemik dalaman dan hanya berlegar dalam komuniti mereka.

Antara isu yang diperjuangkan Rosli termasuk mewujudkan sebuah kementerian khas untuk golongan itu dan bukan hanya berstatus unit dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"...tubuh kementerian yang menjaga hal ehwal OKU. Jadi kami tak perlu melalui banyak birokrasi," katanya yang menggelar situasi itu sebagai "jabatan dalam jabatan".

Akta tiada hukuman

Buku kecil 174 halaman itu juga mengetengahkan masalah tiada peruntukan hukuman dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 untuk pihak yang melanggarnya.

Rosli ketika dihubungi Malaysiakini berharap golongan senasib dengannya turut memberi pandangan dan berkongsi dengan masyarakat agar masalah dihadapi didengari.

"Jangan pendam dan hanya bercakap sesama sendiri. Itu seperti monolog," katanya.

Rosli seorang penulis yang menggunakan sistem braille untuk menterjemah bahan bahan bacaan.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Pendidikan Khas Princess Elizabeth School Johon Bharu.

Sebelum ini beliau bekerja sebagai operator talian di sebuah hospital swasta.

Selain aktif dalam dunia aktivisme OKU, beliau juga aktif di atas talian membincangkan persoalan agama, falsafah selain minat mendalamnya pada dunia perbukuan.

MP cadang kem PLKN dipisah ikut jantina

Posted: 15 Oct 2014 11:47 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang MP PKR, Zuraida Kamaruddin mencadangkan agar kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dipisahkan mengikut jantina.

MP Ampang itu member alasan, ia bagi mengelakkan pergaulan bebas di antara pelatih lelaki dan perempuan serta mengelakkan kes jenayah rogol dan pencabulan.

Cadangan itu diajukannya kepada Kementerian Pertahanan sewaktu giliran beliau membahaskan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat petang semalam.

"Saya cadangkan agar ada pemisahan antara latihan peserta wanita dengan peserta lelaki.

"Kita ada banyak kem. Kenapa tidak dua atau tiga daripadanya disediakan khas untuk pelatih wanita.

"Ia agar tidak ada campur gaul yang sangat tidak terkawal dan (mengelakkan) kes rogol and kes cabul yang telah berlaku," kata ketua wanita PKR itu.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk menyokong agar program PLKN disemak semula untuk menjadikannya lebih khusus pada usaha membina jati diri dan patriotisme.

Bagaimanapun, beliau menolak sebarang usaha untuk menyertakan program indoktrinasi Biro Tata Negara dalam PLKN.

"Yang BTN sugguh nak masuk dalam PLKN ini, tak payah nak masuklah. Biar kita fokus," katanya lagi.

Program BTN sering menjadi sasaran kritikan pemimpin Pakatan Rakyat yang menganggapnya sebagai satu bentuk propaganda untuk mengekalkan status quo politik dalam negara.

'Tinggal 3 kali solat Jumaat boleh dipenjara'

Posted: 15 Oct 2014 11:44 PM PDT

MALAYSIAKINI


Exco Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata lelaki Islam yang berakal baligh yang dikesan meninggal solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut di negeri itu boleh dihukum penjara sehingga setahun.

Katanya, mereka yang tiada alasan munasabah meninggal solat itu boleh didakwa mengikut Seksyen 104 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun, lapor Berita Harian hari ini.

"Hari Jumaat adalah hari yang mulia, tiada sebab golongan lelaki meninggalkan solat Jumaat yang hanya diadakan sekali seminggu.

"Setakat ini hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu," kata exco pembangunan Islam, dakwah dan hubungan seranta Kelantan itu seperti dilapor akhbar tersebut.

Beliau menjawab soalan Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) dalam sidang DUN Kelantan berhubung tindakan kerajaan negeri terhadap remaja yang lalai menunaikan solat fardu dan Jumaat.

Dalam laporan itu juga menyebut, Nassuruddin berkata sesiapa sahaja termasuk imam dan ahli jawatankuasa masjid boleh membuat aduan terhadap individu yang gagal menunaikan solat itu  dengan mengisi borang sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Menurutnya lagi, bahagian penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan JAHAEIK akan menyiasat dan berbincang dengan imam supaya mengarahkan individu itu menunaikan solat di masjid itu dan diberikan sebuah buku kecatatan kehadiran.

"Imam yang dipertanggungjawabkan akan mencatatkan kehadiran individu itu. sekiranya mereka gagal hadir dalam tempoh berkenaan, tindakan (pendakwaan) akan diambil," katanya dipetik.

Laporan itu juga menyebut, Nassuruddin yang ditemui kemudiannya berkata dua faktor yang menyebabkan seorang individu yang didakwa di negeri itu iaitu semua lelaki menunai solat Jumaat atau tiada aduan dibuat.

ADUN Meranti itu juga sedia menimbang cadangan Wwan Ubaidah berhubung jawatankuasa pemantau wanita bagi memantau lelaki yang tidak menunaian solat Jumaat. 

Belanjawan 2015: Defisit, hutang dan perbelanjaan kerajaan

Posted: 15 Oct 2014 11:42 PM PDT



Oleh Amin Ahmad


Jumaat lalu perdana menteri merangkap menteri kewangan membentangkan belanjawan bagi 2015. Sebelumnya, ketua pembangkang mengumumkan belanjawan alternatif yang dicadangkan untuk pertimbangan kerajaan.

Dua peristiwa ini untuk saya penting. Pertama, sejak beberapa tahun lalu, khususnya apabila muncul apa yang kini dikenali ramai sebagai Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia berpeluang melihat persaingan sihat, bukan sahaja dalam konteks undi semasa pilihan raya, tetapi juga dalam aspek idea dan hujah.

Pembentangan belanjawan adalah amalan biasa dibuat pentadbiran yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Menurut Kamus Dewan, belanjawan bermaksud "butiran ringkas anggaran pendapatan dan perbelanjaan". Dalam hal ini, ia merujuk kepada belanjawan kerajaan dalam tempoh setahun, iaitu sepanjang 2015.


Apa yang menarik kali ini ialah PM merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak menegaskan pentingnya langkah berterusan untuk mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan negara mencapai bajet seimbang menjelang 2020.

Beliau menyatakan, "Salah untuk melepaskan beban hutang kepada generasi akan datang. Kita mesti wariskan ekonomi yang lebih kukuh dan hutang yang lebih kecil…"

Defisit dan hutang

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut, eloklah dijelaskan dahulu perbezaan maksud defisit dan hutang.

Defisit bermaksud kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatan (baca: cukai yang dikutip). Hutang pula ialah jumlah pinjaman kerajaan daripada pihak lain bagi menampung belanjawan. Defisit ditunjuk dalam belanjawan setiap tahun tetapi hutang meliputi jumlah defisit terkumpul daripada tahun-tahun sebelumnya.

Sejak 1970 hingga 2014, Malaysia mengamalkan belanjawan defisit sebanyak 43 kali, dan ia meningkat secara ketara sejak 2005. Kesan defisit secara berterusan ini, hutang negara meningkat daripada 36.0% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1998 kepada 52.6% KDNK pada 2013.

Dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2014/2015, dinyatakan hutang domestik negara, sehingga akhir Jun 2014, berada pada kadar RM552.652 billion, sementara hutang luar negeri bagi jangka masa panjang, sederhana dan pendek, sehingga tempoh yang sama, berada pada kadar RM335.572 billion (termasuk hutang swasta).

Sejak 2010, faedah yang dikenakan terhadap pinjaman bersih dalam dan luar negeri berjumlah antara RM15 billion hingga RM22 billion setahun. Kerajaan menjangkakan defisit pada kadar 3.5 peratus bagi 2014 dan menurun pada kadar 3.0 peratus bagi 2015. Persoalan yang wajar ditanyakan ialah berapa banyakkah faedah yang perlu dibayar sepanjang 43 kali belanjawan defisit ini?

Untuk rekod, kerajaan persekutuan belum pernah gagal mengemukakan belanjawan tambahan sejak dipimpin Datuk Sri Najib.

Perbelanjaan kerajaan

Meskipun ada beberapa langkah yang diambil kerajaan wajar disokong dan dipuji, namun masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi.

Untuk tulisan ini, saya hanya akan memberikan fokus kepada perbelanjaan kerajaan.

Ramai yang mahu kerajaan melakukan itu dan ini, namun jarang ditanyakan dari manakah sumber pendapatan kerajaan yang ingin dibelanjakan itu. Ya, jawapannya tepat – orang ramai. Ramai yang menyangka kehidupan mereka ditanggung kerajaan walhal sebenarnya kerajaan yang ditanggung semua orang. Selain itu, kerajaan juga dijadikan alat untuk sesetengah pihak hidup melalui hasil usaha pihak lain.

Berdasarkan rekod yang ada, belanja mengurus terus berada pada paras yang tinggi dan belanja untuk pembangunan pula menyusut.

Pada 2009, perbelanjaan pembangunan berada pada tahap 25.9 peratus. Ia meningkat pada kadar 27.8 peratus pada 2010, sebelum turun pada kadar 23.9% pada tahun berikutnya, 2011. Ia terus menyusut kepada 22.0% pada 2012, 19.1% pada 2013, 16.9% pada 2014 dan menokok sedikit kepada 17.8% pada 2015. Data-data ini tidak mengambil kira tambahan belanjawan yang dikemukakan kemudian.

Perlu diingatkan, peningkatan belanja mengurus dan penyusutan belanja pembangunan ini berlaku dalam situasi belanjawan negara terus meningkat dari tahun ke tahun. Jika dikaitkan dengan defisit dan hutang, ternyata masalah yang perlu diselesaikan ialah nafsu berbelanja kerajaan.

Sudah tentu, perbelanjaan kerajaan boleh dijustifikasi melalui beberapa aspek. Misalnya, menurut Adolph Wegner, ahli ekonomi Jerman (1835-1917), belanja kerajaan meningkat lebih cepat daripada ekonomi kerana tuntutan kian bertambah. Beliau percaya kerajaan perlu memulakan sejumlah inisiatif pembangunan seperti jalanraya dan juga sekolah.

William J. Baumol, Profesfor Emeritus dalam bidang ekonomi pula mengatakan perbelanjaan kerajaan seharusnya meningkat selaras dengan pertumbuhan Keluaran Negara Kasar agar tahap perkhidmatan bagi setiap individu dapat dikekalkan.

Pandangan Wegner dan Baumol dipersoal Gordon Tullock, mantan profesor ekonomi dan undang-undang di Universiti George Mason, juga pengasas bersama Teori Ekonomi Pilihan Awam.
Pandangan Wagner misalnya, dibuktikan sebaliknya dalam tempoh 40 tahun selepas beliau menyatakan pendapat tersebut sekitar dekad 1880-an. Baumol juga tidak dapat menjelaskan situasi sebelum 1929 di mana tidak ada peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan, termasuk dekad awal selepas 1953.

Tullock menyatakan ahli-ahli ekonomi masih tidak dapat menjelaskan secara saksama mengapakah perbelanjaan kerajaan perlu meningkat tinggi. Beliau berpendapat, aktiviti merentir (rent-seeking, antara masalah utama ekonomi Malaysia seperti yang terkandung dalam Model Baru Ekonomi (MBE)) adalah punca utama peningkatan tersebut. Ia merujuk kepada aktiviti sesetengah pihak yang melobi kerajaan untuk memperuntukkan sejumlah kekayaan kepada mereka.

John Maynard Keynes, tokoh besar ekonomi pula berpendapat perbelanjaan kerajaan akan menyuntik kuasa beli dalam ekonomi, terutama ketika ekonomi suram. Ini sering dinamakan sebagai rangsangan ekonomi.

Namun, jarang ada yang menyebut, sebelum kematiannya, Keynes mengingatkan prestasi ekonomi akan terjejas sekiranya perbelanjaan kerajaan melebihi 25% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bahkan, pemuka-pemuka teori Keynesian mengingatkan perbelanjaan kerajaan perlu dikurangkan apabila ekonomi mula berkembang bagi mengelakkan inflasi.

William Arthur Niskanen (1933-2011), mantan profesor ekonomi di Universiti California, disebut sebagai arkitek kepada program ekonomi di bawah Presiden Ronald Reagan, pula menyumbang dalam Teori Pilihan Awam dengan membangunkan Model Memaksimumkan Belanjawan melalui bukunya, Bureaucracy and Representative Government yang diterbitkan pada 1972.

Menurut Niskanen, pertumbuhan perbelanjaan kerajaan didorong kepentingan birokrat yang mahu memaksimumkan utiliti mereka sama ada dalam bentuk gaji, kuasa, prestij, faedah dan sebagainya.

Teori lain yang boleh dilihat ialah Keluk Rahn (Rahn Curve) yang menyatakan ekonomi menguncup sekiranya kerajaan tumbuh terlalu besar (baca: belanja terus meningkat).

Lakukan apa yang betul

Najib, dalam pembentangannya juga turut menegaskan "Kita mesti lakukan apa yang tepat untuk ekonomi Malaysia, bukan yang popular."

Sehingga kini, meskipun ahli ekonomi tidak sepakat mengenai had perbelanjaan kerajaan, umumnya mereka bersetuju peningkatan perbelanjaan kerajaan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi kerana ia mengalihkan sumber produktif ke sumber kurang produktif – sekaligus rantaian kesannya termasuk peningkatan kadar faedah yang boleh menjejaskan pelaburan.

Ini mungkin kelihatan seperti hanya berteori. Namun, jangan dilupakan teori lazimnya hanya akan terbentuk melalui pelbagai ujian di lapangan, di samping pengalaman yang dilalui. Teori bukanlah cakap-cakap kosong tanpa asas seperti mana yang sering ditanggapi ramai.

Jika mahukan bukti, sesungguhnya pengalaman belanjawan berimbang pada dekad 1990-an adalah contoh yang boleh diambil untuk menunjukkan sesebuah ekonomi boleh bertumbuh dengan baik tanpa defisit.

Untuk saya, kita seharusnya mempopularkan yang betul. Kos menanggung sesebuah kerajaan tidak boleh mengatasi manfaat yang patut diperolehi daripadanya.

* Penulis ialah Pengurus di Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives.
* Beliau juga adalah Pengarah Pengasas, Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) dan Founding Associate, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

Najib, ke mana perginya wang saya?

Posted: 15 Oct 2014 11:34 PM PDT


Oleh Ganeshwaran Kana 


Bajet 2015 yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada segenap masyarakat.

Malah, Bajet terbaru itu turut mendapat kritikan daripada tokoh ekonomi Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam.Soalan paling utama yang dipersoalkan ramai, adakah bajet ini benar-benar mesra rakyat?

Nilai Bajet 2015 berjumlah RM273.94 billion, meningkat RM9.74 billion berbanding tahun sebelumnya. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, emolumen atau gaji penjawat awam merupakan komponen terbesar dalam peruntukan Bajet 2015, di mana peruntukan emolumen dianggarkan RM65.6 billion. 

Ini adalah suatu peningkatan yang besar, terutamanya jika dibandingkan dengan tahun 2013 yang hanya mencecah RM61 bilion.

Adakah peningkatan peruntukan emolumen relevan sedangkan kerajaan sedang giat mengawal defisit kerajaan?

Hapuskan jawatan Duta Khas

Kalau sesiapa bertanya saya tentang bidang yang menjanjikan wang sehingga tua, sudah semestinya saya sarankan bidang politik (yang berkait dengan parti memerintah).

Mana tidaknya, walaupun sudah bersara daripada tampuk parti politik atau tidak mendapat jawatan dalam parti, pastinya jawatan lain yang menjanjikan wang lumayan akan diberikan.

Dalam beberapa tahun lepas, Najib mewujudkan jawatan "Duta Khas" untuk beberapa kawasan.

Datuk Seri Samy Velu (bekas Presiden MIC yang terkenal dengan Bahasa Melayunya yang "fasih") dijadikan Duta Khas ke India Selatan untuk Infrastruktur. Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting dijadikan Duta Khas ke China. Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis pula adalah Duta Khas ke Amerika Syarikat. Tidak ketinggalan, Datuk Seri Tiong King Sin sebagai Duta Khas ke Asia Timur.

Para pembaca perlu tahu negara-negara seperti India, China, Amerika Syarikat dan Jepun sudah lama mempunyai duta dan diplomat lain dari Malaysia untuk mewakili negara kita di sana.

Justeru, pembentukan jawatan Duta Khas ini dilihat tidak penting dan hanya membazir wang rakyat. Namun, Najib mungkin akan membantah kenyataan ini dengan mengatakan Duta Khas dilantik untuk membawa masuk peluang pelaburan dan sebagainya.

Misalnya, Samy Velu mempunyai hubungan baik dengan India kerana berjaya membawa syarikat Malaysia untuk membangunkan infrastruktur di sana ketika beliau menjadi Menteri Kerja Raya. Jadi, beliaulah yang paling sesuai.

Bagi saya, idea ini langsung tidak munasabah. Ya, kejayaan Samy Velu membawa syarikat Malaysia melabur di India dahulu perlu dibanggakan tetapi, apakah yang sedang Menteri Kerja Raya sekarang, Dato Fadhillah Yusuf buat?

Tidak mampukah beliau meneruskan legasi atau mencapai pencapaian yang lebih baik? Kalau tidak, kenapa perlu dikekalkan?

Begitu juga dengan semua Duta Khas lain. Sepatutnya, jika menteri dan duta kita yang sedia ada melakukan tugas dengan sempurna, jawatan Duta Khas tidak relevan langsung.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya begitu menekan untuk jawatan ini dihapuskan.

Ini disebabkan setiap Duta Khas dibayar dengan amaun sehingga RM27,000 sebagai gaji sebulan. Ini lebih besar daripada gaji bersih perdana menteri! Dan barangkali, ada juga imbuhan lain.

Andai jawatan Duta Khas dihapuskan, nescaya amaun emolumen negara yang tinggi boleh dikurangkan.

Hapuskan jawatan Penasihat Khas Perdana Menteri

Ketika ini, terdapat empat jawatan Penasihat Khas; Datuk Seri Dr Abdullah Md Zain (Penasihat Agama PM), Datuk Wira Mohd Johari Baharum (Penasihat Khas mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara), Tan Sri Dr Rais Yatim (Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan) dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penasihat Pembangunan Keusahawann dan Ikhtisas Wanita).

Mereka juga dijangka dibayar dengan ganjaran bulanan yang lumayan, yang akhirnya menyebabkan pembayaran emolumen melambung tinggi.

Bukan niat saya mempersoalkan kredibiliti keempat-empat individu tersebut and menabur fitnah, namun soalnya, perlukah Abdullah Md Zain menjadi Penasihat Agama sedangkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom adalah menteri bertanggungjawab atas hal ehwal Islam?

Perlukah Rais Yatim menjadi Penasihat Kebudayaan sedangkan aspek kebudayaan terkandung dalam portfolio Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan? Dan paling penting sekali, perlukah Shahrizat dilantik menjadi penasihat berkaitan pembangunan wanita sedangkan Dato Rohani Abd Karim memegang Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat?

Adakah beliau dipilih hanya kerana Shahrizat merupakan Ketua Wanita Umno walaupun beliau kalah dalam pilihan raya dan dikaitkan dengan "Skandal Lembu"?

Perlukah gaji penjawat awam dinaikkan?

Ya betul, penjawat kerajaan juga memerlukan kenaikan gaji tetapi perlulah diikuti dengan kualiti dan mutu kerja yang turut meningkat. Tetapi, adakah itu berlaku di dalam pentadbiran awam negara kita?

Pekerja awam yang tidak berkualiti dan produktif dikekalkan dalam kerajaan atas rasa takut "kehilangan undi".

Beberapa tahun lepas, Skin Saraan Baru Perkhidmatann Awam (SBPA) pernah diperkenalkan dan mengandungi "Exit Policy" di mana pekerja awam akan dinilai setiap tahun dan bagi sesiapa yang mendapat markah penilaian kurang daripada 70%, akan disingkirkan daripada perkhidmatan awam.

Namun, dek desakan Cuepacs (yang akhirnya setuju dengan markah yang lebih rendah) dan pelbagai pihak lain, SBPA digantikan dengan Skim Saraan Transformatif yang mengekalkan pekerja walaupun kurang produktif.

Malaysia pada ketika ini mempunyai 1.4 juta pekerja awam. Bagi saya, angka ini tidaklah begitu besar berbanding negara lain kerana di Malaysia, pegawai tentera dan polis juga dikira sebagai pekerja awam, tidak seperti di negara lain.

Bagaimanapun, kita tidak dapat dan tidak harus menafikan bahawa adanya pekerja yang kurang memuaskan dari aspek pencapaian dan golongan ini perlu disingkirkan.

Kenyataan rasmi kerajaan menunjukkan hanya 1.1% penjawat awam mendapat markah penilaian kurang daripada 70% setiap tahun. Andai begitu, "Exit Policy" perlu diperkenalkan dalam bentuk baru selepas perbincangan dan penerangan dengan semua pihak yang terlibat.

Untuk kali ini, adalah lebih afdal sekiranya markah yang lebih tinggi iaitu 75%-80% dikenakan.

Kesimpulan

Saya secara peribadi, bersetuju dengan rasionalisasi subsidi tetapi, hanya dengan langkah tersebut tidak akan membantu kerajaan mencapai hasrat "balanced budget" atau bajet seimbang.

Saranan saya, kurangkan perbelanjaan dalam pembayaran emolumen dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai niat utama, dan bukannya untuk memenuhi "nafsu" politik.

Panggil Balik Model Toyota: Hanya 250 Kereta Terjejas Di Malaysia

Posted: 15 Oct 2014 11:26 PM PDT

Oleh: TAN YI LIANG
 
 
 Crown Majesta adalah antara model yang popular di Jepun turut dipanggil balik oleh Toyota kerana masalah kecacatan pada beberapa bahagian yang boleh membawa risiko ketika memandu.
 
 
 
PETALING JAYA: Tidak lebih dari 250 buah kereta jenis Lexus IS dan Lexus LS di Malaysia terjejas ekoran penarikan global akibat kelemahan yang dikesan terhadap kenderaan itu, menurut peniaga tempatan jenama tersebut.

"Kami telah menerima pengesahan daripada Toyota Motor Corporation di Jepun bahawa terdapat kurang dari 250 kereta Lexus IS dan kereta Lexus LS di Malaysia yang dijual oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd yang terlibat dalam kempen perkhidmatan khas ini," kata sumber syarikat kepada Star online, Rabu.

Beliau berkata syarikat itu sedang menyediakan alat ganti yang diperlukan untuk mengatasi masalah yang mungkin berlaku terhadap model-model tersebut.

"Lexus Malaysia akan menghubungi pelanggan kami secara peribadi dan mereka perlu pergi ke pusat perkhidmatan Lexus yang terdekat untuk melaksanakan langkah-langkah pembetulan yang perlu sebaik sahaja bahagian-bahagian alat ganti telah tersedia," katanya.

Ibu pejabat Toyota di Jepun pada Rabu mengumumkan akan menarik balik 1.75 juta kenderaan di seluruh dunia ekoran masalah brek dan gangguan lain yang menimbulkan risiko kebakaran, sekali gus menjadi panggilan balik kenderaan yang terbesar oleh syarikat pembuat kenderaan terbesar di dunia.

Syarikat gergasi Jepun memberikan tiga masalah dalam beberapa modelnya termasuk unit jenama Lexus mewah dan Crown Majesta.

UMW Toyota Motor menjelaskan bahawa model Crown Majesta tidak dijual di Malaysia.

Peguam berarak bantah Akta Hasutan

Posted: 15 Oct 2014 11:16 PM PDT

MALAYSIAKINI




 
 Kira-kira 600 peserta - sebahagian besarnya peguam - mula berarak daripada Padang Merbok, Kuala Lumpur ke bangunan Parlimen untuk membantah Akta Hasutan.

Mereka dilihat berlegar-legar di padang tersebut sejak seawal jam 9.30, iaitu satu jam lebih awal daripada masa yang dijadualkan untuk bantahan bermula.

Antara yang hadir ialah Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, yang kelihatan menyambut ketibaan para peserta, dan bekas pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga; Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dan ahli Parlimen pembangkang - Teo Nie Ching, Nga Kor Ming, dan Gobind Singh Deo.

Kumpulan itu dijadual berarak ke Parlimen yang terletak beberapa ratus meter dari situ, untuk menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan.

Cuaca terik 30 darjah Celsius dengan sedikit tiupan angin dan awan yang bertaburan.

Bagaimanapun, kebanyakan peguam yang hadir memakai kot masing-masing.

'Jangan biar syarikat Sabah kutip serdak saja'

Posted: 15 Oct 2014 11:13 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dua MP DAP dari Sabah menggesa kerajaan supaya agar kontrak membina lebuh raya merentasi Borneo, Pan Borneo Highway dilakukan menerusi tender terbuka.

Jimmy Wong Sze Phin (DAP-Kota Kinabalu) dan Stephen Wong (DAP-Sandakan) membuat gesaan itu pada sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.

Gesaan itu dibuat selepas mereka mendakwa menerima maklumat yang syarikat dari Semenanjung, UEM-MMC merupakan antara syarikat yang dijangka bakal memenangi kontrak itu.

Mereka menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar membuka tender untuk membina lebuh raya itu yang melibatkan negeri Sabah.

Kedua-dua MP itu turut mencadangkan agar syarikat yang mahu membida kontrak itu disyaratkan mestilah syarikat dari Sabah.

"Kami tidak mahu syarikat-syarikat Sabah untuk mengutip serdak dari meja dengan menjadi subkontraktor kepada syarikat Semenanjung Malaysia yang akan mengaut keuntungan dari kontrak itu," kata Jimmy Wong.

'Tak wajar laksana GST jika mahu bayar hutang k'jaan'

Posted: 15 Oct 2014 11:08 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata kerajaan tidak sewajarnya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya ia semata-mata untuk membayar hutang yang ditanggung kerajaan.

"Masalah cukai ini, bukan kita boleh buat keputusan dengan mudah kerana dia menyentuh poket setiap seorang, kemampuan setiap seorang. Jadi kalaulah tujuan kita perkenalkan GST kerana nak kumpul duit, kerana nak mengurangkan hutang yang ditanggung oleh kerajaan, itu salah.

"Tetapi kalau kita perkenalkan GST kerana semata-mata kerana nak mengenakan setiap orang rakyat di Malaysia yang berkemampuan supaya menyumbang kepada pembangunan tanah air saya rasa bagus kerana bukan semua orang di Malaysia ini menyumbang.

"Pokoknya, patut ke kita kenakan GST kerana dalam keadaan sekarang kos hidup meningkat? Bila perkenalkan cukai baru, banyak orang marah, tak senang hati," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi ucaptama di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, anggota parlimen Gua Musang itu turut mempersoalkan sama ada April tahun depan merupakan masa yang sesuai untuk mengenakan cukai tersebut.

Malah, tokoh Umno yang mesra dipanggil Ku Li itu turut menyuarakan rasa kebimbangan orang ramai sekiranya jumlah cukai sebanyak enam peratus itu akan dinaikkan lagi selepas ini.

"Pada April nanti akan dikenakan sebanyak enam peratus. Tetapi entah berapa banyak yang akan dikenakan selepas itu. Itu ramai yang khuatir sebab yang naik tidak semestinya turun. Dia akan naik lagi. Itu yang orang bimbang," katanya.

Pesta Oktoberfest: Pemimpin DAP tiada niat cabar PAS - Hanifa

Posted: 15 Oct 2014 05:02 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanifa Maidin mengambil pendirian berbeza dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap penyertaan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat di pesta arak Oktoberfest, baru-baru ini.
 
Beliau berpendapat kehadiran pemimpin itu ke program berkenaan merupakan hak mereka dan bukan berniat untuk mencabar PAS.
 
"Selagi pemimpin itu bukan beragama Islam, dan dari parti mana pun, apa masalahnya mereka hadir? Kecualilah mereka yang datang itu pemimpin yang beragama Islam.
 
"Saya tidak nampak ia seolah-olah mencabar PAS. Itu hak mereka. Kita di dalam Pakatan Rakyat menghormati mana-mana hak kebebasan agama mana-mana pemimpin," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Isu Oktoberfest mengundang kontroversi apabila penganjurannya didakwa melanggar sensitiviti penganut agama  Islam.
 
Pesta berkenaan tetap berlangsung meskipun mendapat bantahan banyak pihak.
 
Oktoberfest mula berlangsung sejak 24 September lalu di Hotel Subang dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.
 
Sebelum ini, Dewan Ulama PAS juga bertindak membantah keras pesta Oktoberfest di negeri Selangor.
 
Sebaliknya, sekutu PAS, DAP menyokong pesta Oktoberfest dan terdapat di kalangan pemimpin mereka yang menghadirinya sebagai tanda sokongan.
 
Pesta itu dihadiri beberapa pemimpin PR termasuk exco kerajaan negeri Elizabeth Wong; Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang; Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua; Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivarasa Rasiah; ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
 
Bagaimanapun Hadi menegaskan setiap agama melarang penganutnya berfoya-foya serta terlibat dengan aktiviti yang boleh memudaratkan.
 
Justeru tegasnya, pihak berkuasa perlu menapis penganjuran program-program seumpama itu pada masa akan datang.
 
Tambah Hadi, walaupun penganut bukan Islam dibenarkan meminum arak, mereka masih perlu mempertimbangkan sensitiviti penganut agama Islam dan agama lain dalam perkara ini.
 
Bagaimanapun, Hanifa yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat enggan mengulas kenyataan Hadi itu apabila diminta berbuat demikian.
 
"Itu perlu tanya beliau, saya bukan Hadi.
 
"Saya tak mahu komen, sebab saya tidak dengar apa beliau cakap. Saya tidak mahu komen perkara yang saya tidak tahu," ujarnya.

Nik Amar Kata UMNO Jujur, Sekarang Ini Jawapannya!

Posted: 15 Oct 2014 04:55 PM PDT

KELAB GREENBOC



 
Hudud: Empat kali mesyuarat wakil Umno tidak hadir

KOTA BHARU: Sehingga kini Umno Kelantan belum menghantar wakil menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diwujudkan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud berkata, surat jemputan sudah dihantar kepada Umno Kelantan bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

"Setakat ini sudah empat kali mesyuarat diadakan. Begitu juga Majlis Peguam belum menghantar wakil sehingga sekarang," katanya menjawab soalan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dun hari ini.

Jawatankuasa terbabit dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, manakala ahli lain iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Mufti, peguam syarie dan sivil, ahli akademik.

Selain itu wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara.

Roseli sebelum itu mencelah mungkinkah tidak ada calon yang layak daripada Umno sehingga tidak menghantar wakil menghadiri mesyuarat tersebut.

"Atau ada kalangan mereka tidak faham kewajiban pelaksanaan perundangan syariah," ujarnya.

Sebelum itu Zawawi Othman (BN-Semerak) mencadangkan supaya pelaksanaan hudud dikuatkuasa terhadap wakil-wakil rakyat di Kelantan terlebih dahulu.

Nassuruddin berkata, perundangan Islam tidak terhadap terhad golongan tertentu sahaja kerana hukumnya meliputi semua orang yang beragama Islam.

Katanya juga, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai langkah dan usaha bagi merealisasikan perundangan tersebut termasuk mewujudkan Sektretariat Tetap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang dipengerusikan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Selain itu mewujudkan Jawatankuasa Pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 2014 (Taazir) yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Kelantan.

Kerajaan negeri juga menganjurkan forum perdana Hudud Penyelesaian Masalah Ummah pada 27 dan 28 Okktober tahun lepas.

Diskusi perundangan syariah, pembentangan cadangan penambahbaikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, diskusi cadangan penambahbaikan enakmen tersebut,

Bengkel mengenai Qarinah Hamil da Kelahiran Anak sebagai keterangan bagi pensabitan zina.

"Kerajaan negeri turut mempromosi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dengan pengedaran pelekat kereta dan mewujudkan kiosk syariah di bandar Kota Bharu sebagai pusat penerangan dan dokumentasi," katanya. - HARAKAHDAILY 13/10/2014

ULASAN GB

Maka berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.

Dahulu beriya-iya kata UMNO Kelantan akan menyokong cadangan pelaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan.



Sampaikan TMB Kelantan, Nik Amar buat kenyataan supaya ahli PAS tidak perlu meragui kejujuran UMNO.



Sekarang apa jadi?

Memanjang kena tipu dengan UMNO..... bila kita kata golongan pro-ulama (UG) ni bebal, tahu masing-masing nak melenting!

Berkali=kali kita sampaikan hadith Rasulullah s.a.w maksudnya: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Jawapan Perodua Kurang Meyakinkan

Posted: 15 Oct 2014 04:45 PM PDT

KELAB GREENBOC


 
Laporan media sosial: Beberapa keping gambar tersebar di laman sosial menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berwaspada. Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)...sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya pada kualiti kereta anda.

JAWAPAN PERODUA:

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam, menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah daripada bingkai.

Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

"Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel," katanya. -SH

ULASAN GB

Jawapanbalas dari Perodua nampaknya kurang fakta dan kurang meyakinkan.

Benarkah kenderaan-kenderaan tersebut terbabit dengan kemalangan? Sebab tiada kesan perlanggaran di bahagian belakangnya dan tidak pula dimajukan fakta tepat bila, di mana dan siapa yang terlibat jika benar ia kemalangan.

Kedua, menuding bahawa ia rekaan atau fitnah tidak samasekali boleh memadamkan kebenaran. Melihat kepada gambar-gambar berkenaan, sukar untuk menepis dakwaan mengenai kualiti rendah kenderaan berkenaan oleh pengeluarnya.

Kita berharap mereka yang terlibat dengan penyebaran gambar tersebut dapat tampil ke hadapan untuk menjelaskan "hal sebenar" supaya ia dapat mendedahkan kebenaran.

Rasanya sudah sampai masanya Undang-undang Lemon diperkenalkan bagi melindungi pemebeli kenderaan.


'Undang-Undang Lemon' lindungi pembeli kenderaan, kata persatuan pengguna


Adakah pembeli kereta lebih suka mendapat ganti baru bagi kenderaan yang rosak atau cuma membaikinya sahaja sepanjang tempoh jaminan?

Ekoran peningkatan aduan tentang pembelian kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan, satu kumpulan pengguna mahu "Undang-Undang Lemon" diperkenalkan di sini bagi membolehkan pengguna membuat tuntutan terhadap produk rosak yang terjual dalam masa singkat.

Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Ratna Devi Nadarajan berkata, sebanyak 4,915 aduan diterima tahun lalu, kebanyakannya berkait dengan keluaran kereta baru oleh pengilang terkemuka, tempatan dan antarabangsa.

"Daripada aduan, jumlah kerugian daripada industri automobil mampu mencecah kira-kira RM22 juta," katanya kepada The Malaysian Insider sebelum satu seminar membincangkan undang-undang ini diadakan Kuala Lumpur, minggu ini.

Undang-Undang Lemon memberi peluang kepada pengguna menukar produk jika mereka dapat membuktikan kerosakan yang dihadapi berpunca daripada kesilapan pengilang.

Di negara lain, undang-undang itu meliputi produk am seperti barangan elektrik, elektronik serta perabot.

Di Amerika Syarikat, Undang-Undang Lemon membenarkan pengguna menukar pembelian kereta (kemudiannya diguna pakai terhadap barangan pengguna lain) bagi menggantikan produk yang gagal memenuhi standard kualiti dan prestasi.

Singapura, Filipina, China, Jepun, dan Korea Selatan mempunyai undang-undang sedemikian yang melindungi penggunanya termasuk pembelian kenderaan.

Ratna berkata di bawah Undang-Undang Lemon, pengguna berhak mendapat barang ganti, pengembalian wang dan pengurangan harga kerana kerosakan sesuatu produk.

"Buat masa ini, klausa jaminan yang tidak jelas tidak memberi perlindungan sepenuhnya kepada pembeli kenderaan," katanya sambil menambah pengeluar dan agen sering lepas tangan apabila tamat tempoh jaminan.

Katanya, beban kini terletak di bahu pengguna bagi membuktikan kenderaan mengalami kerosakan semasa awal pembelian.

"Jika undang-undang ini diguna pakai, beban akan dipindahkan kepada pengeluar dan ejen mereka," katanya.

Katanya, NCCC mahu kerajaan menggubal undang-undang itu kerana kereta keluaran baru dijual di Malaysia agak mahal kerana dikenakan cukai, malah tidak ada badan kawal selia untuk pengguna membuat aduan kenderaan.

Katanya, NCCC berjumpa dengan beberapa pegawai kerajaan dalam usaha agar Undang-Undang Lemon dilaksanakan tetapi mendapat sambutan hambar.

"Kita akan teruskan mendesak agar undang-undang ini dilaksanakan, sama ada secara berasingan atau dimasukkan dalam undang-undang sedia ada yang berkaitan kepenggunaan," katanya.
-TMI

Bajet 2015: Harap tidak perlu lagi bajet tambahan

Posted: 15 Oct 2014 04:40 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) menegaskan agar tidak berlakukanya pertambahan bajet pada kali ini seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.

Bendaharinya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, PPM menjangkakan ianya akan dilakukan oleh kerajaan kerana kos akan meningkat terutama apabila perlaksanaan sistem cukai GST pada April tahun hadapan.

Ianya juga katanya, turut disuarakan dan dipesan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat di dewan rakyat termasuklah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff dalam ucapan perbahasannya tempoh hari.

"Peruntukan bajet yang agak tinggi (RM273.9 bilion) ini sewajarnya mencukupi untuk menampung pembelanjaan negara dari semua aspek selagi amalan korupsi dapat dibendung daripada ianya berlaku," katanya.

"Kami mengambil maklum bahawasanya penambahan peruntukan adalah salah satu cara untuk terus melicinkan perjalanan pentadbiran namun ianya bukanlah satu tindakan yang rasional selagi mana amalan pemborosan terus bermaharaja lela," tegasnya.

Mengulas hutang negara yang terus meningkat, beliau berkata ianya satu lagi perkara yang sangat mendukacitakan lebih-lebih lagi tiada mekanisme dan usaha serius untuk menyelesaikannya.

Kerajaan katanya perlu lebih serius dalam membendung berlakunya ketirisan di semua peringkat terutama di seluruh agensi-agensi kerajaan.

Kerajaan juga ujarnya perlu mengamalkan pentadbiran yang amanah dan berintegriti oleh kerana ketirisan yang berlaku ini adalah penyumbang besar kepada peningkat hutang negara seterusnya menjejaskan perkembangan kewangan negara.

"Bajet defisit yang menjadi 'rutin' tahunan kerajaan perlu diambil perhatian serius oleh kerana ianya tidak menampakkan perubahan ke arah positif saban tahun.

"PPM menggesa agar kerajaan lebih serius dalam mepertingkatkan kewangan negara dengan menambah baik perjalanan pentadbiran serta mengurus sebaik mungkin sumber hasil mahsul negara," katanya. - HARAKAHDAILY

3 batu nautika berapa ikan dapat ditangkap - Exco

Posted: 15 Oct 2014 04:38 PM PDT

ASLANI M 


KOTA BHARU: "Kalau benarlah perairan Kelantan hanya sekadar 3 batu nautika berapa ekor ikan yang mampu ditangkap nelayan-nelayan di negeri ini.

"Peliknya ada pemimpin Umno sebut perairan Kelantan hanya setakat 3 batu nautika punca tidak layak mendapat royalti minyak 5 peratus setahun.

"Tetapi apabila disebut nelayan di Kelantan boleh menangkap ikan sejauh 200 batu nautika di Laut China Selatan tidak ada pula orang bantah," kata anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Ketika menggulung perbahasan Belanjawan Kelantan 2015 pada persidangan Dun hari ini beliau mempersoalkan mengapa kaedah ukuran perairan Kelantan hanya dihadkan setakat 3 batu nautika dalam konteks tuntutan royalti.

Sedangkan jarak perairan Kelantan bagi membolehkan nelayan keluar menangkap ikan sehingga 200 batu nautika.

Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Pengkalan Kubor 25 September lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan had perairan Kelantan dan negeri-negeri di Pantai Timur hanya setakat 3 batu nautika.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pemimpin kerajaan pusat mendahului mahkamah dengan merumuskan Kelantan tidak layak mendapat royalti 5 peratus.

Menurutnya juga kerajaan negeri tetap meneruskan tuntutan melalui mahkamah bagi mendapat royalti tersebut sejak 2010.

"Kerajaan negeri menghantar wakil menyertai Jawatankuasa Khas yang ditubuh kerajaan pusat bagi menzahirkan sikap terbuka untuk berunding bagi mendapatkan royalti.

"Kita mahu sama-sama bincang dalam jawatankuasa berkenaan. Namun sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap hak ke atas Kelantan royalti, tiba-tiba ada pemimpin mengeluar kenyataan negeri ini tidak layak," ujarnya.

Beliau juga berkata, Kelantan mengharap diberi royalti 5 peratus terlebih dahulu biar pun kerajaan Sarawak telah menuntut royalti minyak sehingga 20 peratus. - HARAKAHDAILY

Sejauh mana promosi Malaysia pusat pelancongan Islam

Posted: 15 Oct 2014 04:36 PM PDT

\Azmi 


KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan sejauh manakah usaha yang telah digiatkan oleh Islamic Tourism of Malaysia dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai sebuah pusat pelancongan Islam yang mesti dikunjungi.  

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin mengemukakan soalan itu pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini sebagaimana di bawah.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-  
(a) mekanisme yang disediakan bagi pelajar asing memohon kad pengenalan pelajar antarabangsa, i-Card; dan
(b) langkah-langkah yang dibuat bagi memastikan semua pelajar asing memiliki i-Card dan tindakan-tindakan yang akan dikenakan sekiranya pelajar asing didapati tidak memiliki i-Card. 

Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah kawasan ladang getah yang telah diubah kepada kawasan pembangunan hartanah dan komersial sejak tahun 2010 hingga 2013.  

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan berapakah bilangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengikut negeri-negeri dan berapakah peruntukan sejak tahun 2010 hingga 2013.  

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan bilakah Imbalance Cost Past Through (ICPT) akan dilaksanakan dan apakah penambahan tarif hasil dari ICPT tersebut.   

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  menyatakan sama ada kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian TPPA dan sekiranya ya, mengapa. - HARAKAHDAILY

PAS tidak halang sesiapa ingin keluar parti

Posted: 15 Oct 2014 04:33 PM PDT

ANIS NAZRI


KUALA LUMPUR: PAS tidak menghalang mana-mana individu yang ingin keluar dari parti berkenaan atas dasar menghormati hak seseorang itu untuk berbuat demikian.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menegaskan ia berbeza jika seseorang itu memohon untuk menyertai parti, yang mana memerlukan pertimbangan jawatankuasa pusat untuk menerima atau menolaknya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Datuk Tamrin Ghafar untuk keluar dari parti Islam itu, pagi tadi.

"Kita tidak boleh halang mana-mana yang hendak keluar parti.  Jika itu hasrat dia, kita terima. Tak boleh halang.

"Kalau nak masuk (sertai PAS), itu kena dipertimbangkan sama ada nak terima atau tidak. Perlu dibawa ke peringkat jawatankuasa kerja untuk memutuskannya. Itu lain. Tapi, kalau nak keluar, kita tak boleh halang," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Mustafa yang kini tidak berada di Kuala Lumpur mengatakan bahawa beliau belum menerima surat daripada Tamrin.

Bagaimanapun, pegawai di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut, telah memaklumkan kepada beliau berkenaan surat tersebut yang dihantar pembantu Tamrin pagi tadi.

"Saya belum terima surat tersebut sebab saya tidak berada di Kuala Lumpur. Cuma pegawai di pejabat memaklumkan ada surat dari Tamrin yang diserahkan pembantunya, dan telah dicop terima oleh pejabat.

"Bila saya ke Kuala Lumpur nanti, saya akan meneliti surat tersebut. Tapi jika beliau dah umumkan keluar parti hari ini, maka begitulah keadaannya. Kita tak boleh halang," tegas beliau.

Surat 'Menarik Diri Sebagai Ahli PAS' yang ditandatangani Tamrin pada jam 9.10 pagi dan kira-kira sejam kemudian terus dihantar ke pejabat Setiausaha Agung PAS melalui serahan tangan di ibu pejabat parti itu.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak memaklumkan alasan mengapa  bertindak demikian. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: