Isnin, 13 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Harap Tamrim tidak tinggalkan Pas

Posted: 13 Oct 2014 05:32 AM PDT



Sewaktu berkhalwat di Tanah Suci Makkah saya menerima SMS daripada sahabat saya Mohd Sobree Shafei yang memaklumkan yang sahabat bernama Tamrim Ghafar (foto) hendak keluar Pas. SMS Sabree itu juga menyatakan Tamrim "marah-marah" kepada saya kerana ke Makkah tanpa memberi tahunya. Memang saya mengaku, saya ke Makkah tanpa memberi tahu sesiapa secara rasmi kecuali meminta restui ibu di kampung.
Apa hendak saya tarik perhatian di sini bukan soal ke Makkah tidak memberi tahu kawan, tetapi desas desus mengatakan anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu hendak keluar Pas. Kenapa dan apakah beliau serius? Atau pun sekadar acahan sahaja kerana kurang berpuas hati dengan sesuatu yang berlaku muasir ini dalam Pas.

Sebenarnya sebelum berangkat ke Makkah, Tamrim sudah meluahkan rasa kurang senang dia dengan Pas. Beberapa catatannya dalam whasaap dan SMS memberi gambaran dia sudah serabut dengan Pas. Dia terejut dan tidak sangka dengan yang berlaku bila dipadankan Pas sebagai parti Islam. (Sebenarnya parti agama).

Antara yang dikesalkan Tamrim ialah dengan sikap Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang tidak istiqamah dengan keputusan Pas Pusat dan bersikap tidak profesional khasnya dalam soal menentukan MB Selangor. Sikap dolak dalih Abdul Hadi menyebabkan keyakinan Tamrim kepada Pas dibawah pimpinan Abdul Hadi terganggu. "Presiden apa kalau macam ni, Sayuti?" Adunya kepada saya menerusi satu percakapan melalui telefon.

Gara-gara tidak setuju dengan tindak tanduk presiden, Tamrim juga tidak hadir ke muktamar Pas di Batu Pahar Johor.

Kekecohan muktamar Pas dan ucapan presiden yang dilihat tidak menggambarkan sebagai ucapan seorang ketua kepada parti agama, juga turut menjadikan Tamrim tidak betah untuk bersama Pas. Bagaimana luahan peribadi itu, saya tidak merasakan dia akan bertindak sampai memaling punggung kepada Pas. Saya sangat berharap Pas adalah parti terakhir Tamrim selepas dia hilang kepercayaan dan kesukaan dengan Umno.

Bila balik dari Makkah, saya membaca ada laporan dalam portal mengenai hasrat Tamrim itu yang dikaitkan sama dengan beberapa orang lain yang ingin meninggalkan Pas. Apapun beritanya masih belum sah. Tidak ada pengesahan daripada Tamrim, melainkan ia hanya gossip semata-mata. Saya tidak fikir Tamrim yang baru menyertai Pas, baru sekali melalui pilihan raya umum bersama (sokong) Pas. akan membuat keputusan itu, berundur daripada Pas dan politik.

Tamrim harus mengambil kira yang ada orang-orang Pas masih sayang dan syokkan kepadanya. Beliau juga perlu faham bahawa kedut dalam Pas adalah sesuatu yang normal. Tidak ada parti yang sempurna seperti mana tidak ada gading yang tak retak. Kalau Pas kini bermasalah hanya oleh beberapa kerat sahaja, tetapi tidak semua sehingga beliau harus merasa cuak dengan Pas. Ibarat sebuah rumah yang rosak hanya dua tiga keping lantai, manakala strukturnya masih kukuh. Apa yang wajar dilakukan Tamrim ialah memperkemaskan dengan menggunakan pengalaman keukangan politik yang ada.

Siapa pun dan apa yang orang katakan kepada Tamrim, tetapi bagi saya beliau tetap masih ada nilai politik tersendiri. Suara dan pandangannya masih diperlu atau pun boleh diambil peduli untuk memasakkan dunia politik. Tamrim seorang tokoh politik lama yang banyak pengalaman. Dia sudah sudah lama dalam politik dan sangat masak dengan politik Umno. Kelebihan ini sepatutnya digunakan Pas untuk memperkuatkan parti tersebut. Banyak rahsia dan kerencaman Umno dalam pengetahuan Tamrim dan boleh dijadikan kayu ukur kepada Pas.

Walau baru bersama Pas beliau sudah meranyai ke seluruh negara bersyarah membela Pas. Kemucak atau harga paling mahal yang dibayar Tamrim ialah sehingga dia meringkuk dalam penjara gara-gara bersyarah kemudian ditangkap di bawah akta hasutan. Khabarnya dia akan didakwa di Mahkamah di bawah akta berkenaan.

Kandati itu, pendakwaan dan lokap yang ditumpanginya hanya beberap jam sahaja, tetapi itulah harga yang terpaksa Tamrim kena bayar apabila dia menyertai Pas, atau pembangkang. Sekiranya dia tidak mengambil keputusan menentang Umno dan mengkritik kepimpinan Umno mungkin dia tidak merasai bau harum penjara dan terpaksa masuk ke kandang OKT di mahkamah.

Ertinya Tamrim sudah ada budi dan jasa kepada Pas atau Pakatan Rakyat. Makanya budi dan jasa Tamrim itu perlu dihargai. Pas sendiri harus belajar untuk menilai budi orang dan tahu pula untuk mentarbiahkan seorang mualaf politik dalam konteks Pas seperti Tamrim dan tokoh-tokoh sewaktu dengannya. Jangan kerana melihat seseorang itu tidak dapat menyumbangkan harta benda dan kekayaan maka ia ditinggalkan persis budak-budak yang diminta untuk mendorong kereta mampus.

Dan kepada Tamrim sendiri, bila anda menyertai Pas, anda harus merasai yang Pas jauh beza dengan Umno. Pas adalah Pas yang tidak sama dengan Umno. Kekayaan dan keistimewaan (posisi) dalam Umno tidak akan diperolehi dalam Pas. Pas parti politik yang ada kalanya menjelma menjadi gerakan agama yang menuntut pengorbanan ahli tanpa dinilai.

Dan sekiranya Tamrim berhajat untuk menggayangkan Pas dengan tindakannya itu, ia tidak akan memberi apa-apa kesan. Pas akan tetap utuh dengan prinsip perjuangannya. Yang mungkin berubah hanya uslub dan ulah pucuk pimpinannya, tetapi Pas seagai sebuah organisasi yang diperlembagaan tidak akan berubah kecuali ianya dipinda.

Saya berharap Tamrim tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan Pas, sebaliknya harus jimat menutur kata dan bertindak seperti mana dia mengambil masa terlalu lama untuk menyertai Pas dahulu.

Najib Ditempelak: "Jangan Kutip Cukai Dari Kami..."

Posted: 13 Oct 2014 05:14 AM PDT

KELAB GREENBOC



Ramai marah dengan kenyataan Najib, minta beliau buktikan 'PM untuk semua'


Kenyataan Datuk Seri Najib Razak awal hari ini mengingatkan masyarakat Cina tidak membuat tuntutan kepada kerajaan sekiranya mereka tidak menyokong Barisan Nasional (BN) menerima kritikan hebat pemimpin pembangkang, ahli akademik dan pengguna Internet.

Mereka berkata, sebagai perdana menteri bagi sebuah negara, Najib seharusnya mewakili semua rakyat Malaysia dan mendengar permintaan semua pihak, baik yang menyokong partinya mahu pun yang menentang.

Pengguna media sosial pula, sesetengahnya melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Najib yang dibuat semasa berucap di Perhimpunan Agung MCA itu, mengatakan beliau sendiri tidak berpegang kepada slogan 1Malaysia yang diilhamkannya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis di dalam akaun Twitternya: "Masih terus dgn nada angkuh..." Manakala, pengerusi DAP Selangor Tony Pua menulis di status Facebook: "Memandangkan kami tidak menyokong kerajaan BN dan Najib tidak mahu dengar permintaan kami, mungkin dia tak perlu kutip cukai dari kami juga?"

Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan ucapan Najib itu satu kesilapan besar dan tidak seharusnya dibuat oleh seorang perdana menteri.

"Dia lupa yang dia selalu berkata dengan bangga yang 'saya akan menjadi perdana menteri untuk semua. 'Sekarang dia bercakap sebagai seorang perdana menteri yang berpihak kepada satu kumpulan," katanya sambil mengharapkan agar Najib menarik balik kenyataannya.

Setiausaha DAP Anthony Loke bertanya adakah Najib sedar yang konsep utama demokrasi ialah memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin mereka melalui proses pilihan raya.

"Oleh itu, menjadi tanggungjawab parti yang membentuk kerajaan mentadbir negaranya selepas pilihan raya dan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa berdendam terhadap sesiapa yang tidak menyokongnya," katanya.

Felo Institut Pulau Pinang Dr Wong Chin Huat, berkata kenyataan Najib itu menunjukkan beliau melihat dirinya hanya sebagai perdana menteri kepada 47% rakyat Malaysia.

"Kalau sesuatu komuniti atau individu terpaksa melepaskan hak mereka sebelum boleh membuat tuntutan yang sah kepada kerajaan, maka mereka patut lepaskan tanggungjawab untuk membayar cukai.

"Lagipun, menjadi kerajaan ialah tentang mengutip cukai dan membekalkan perkhidmatan. Membekalkan perkhidmatan tanpa mengutip cukai ialah kerja amal. Dan mengutip cukai tanpa membekalkan perkhidmatan ialah rompakan," katanya.

Dr Lim Teck Ghee dari Centre for Policy Initiatives (CPI) berkata Najib nampaknya tidak belajar dari kesilapan lalu apabila membuat sesuatu kenyataan yang kasar.

"Beliau selalu berkata begitu kepada masyarakat Cina, dan ia tak pernah berkesan. Beliau sebenarnya lebih memburukkan lagi keadaan bagi MCA apabila dengan kasar berkata, kalau kamu tak undi kami, kami tak akan jaga kamu."

Katanya, mengeluarkan kenyataan begitu di khalayak ramai sama seperti satu ugutan politik, dan ia berkemungkinan besar akan memakan dirinya sendiri.

Antara pengguna media sosial yang memberi komen di portal The Malaysian Insider ialah seorang yang menamakan dirinya Going_bananas, mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana mengaku BN tidak berlaku adil terhadap masyarakat Cina.

"Anda sepatutnya seorang PM sebuah negara berbilang etnik. Anda sepatutnya adil kepada semua, bukan hanya kepada penyokong anda sahaja," katanya sambil menambah ucapan Najib itu hanya akan menggalakkan kewujudan lebih ramai orang seperti Datuk Ibrahim Ali yang tanpa segan silu menyerang orang bukan Melayu.

Seorang lagi pembaca D1_Only menulis: "Betulkah ini, Najib? Bukankah kita tinggal di negara demokrasi?" dan beyondthefence mengatakan: "Saya rasa sepatutnya beliau kata, jangan harap orang Cina akan sokong BN sekiranya BN tidak memperbaiki dirinya."

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pada satu sidang media menyalahkan portal berita kerana 'memutarbelit' ucapan Najib dan memberi imej negatif terhadap kerajaan.

Beliau menafikan laporan awal hari ini dan mengatakan Najib hanya melahirkan harapan agar komuniti Cina menyokong BN dan bukan Pakatan Rakyat. – TMI

SJK tiada dalam Perlembagaan

Posted: 13 Oct 2014 05:10 AM PDT


Datuk Mohd Noor Abdullah Datuk Mohd Noor Abdullah
 
 
ISU sekolah vernakular atau sekolah jenis kebangsaan (SJK) kembali hangat diperkatakan susulan cadangan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu isu tersebut dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno, November ini.

Cadangan tersebut mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mengatakan parti itu akan terus mempertahankan hak masyarakat Cina kerana menurutnya, mempelajari bahasa ibunda merupakan hak di bawah Perlembagaan.

Susulan itu, Sinar Harian menemubual bekas Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kedudukan sebenar sekolah vernakular mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sering dijadikan alasan untuk pertahan SJK. Boleh Datuk terangkan kedudukan SJK mengikut Perkara 152 ini?

Dalam Perlembagaan telah menyatakan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Tetapi tiada seorang pun boleh disekat dan dihalang dari menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain seperti terkandung dalam klausa (a) Perkara 152.

Dari satu sudut, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk perkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menyediakan sekolah untuk mengajar dan belajar bahasa Melayu.

Malah bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi bagi mudahkan semua orang belajar bahasa Melayu. Kerana itu, kerajaan sediakan sekolah sekolah kebangsaan, bukan sekolah Melayu.

Dari sudut lain pula, tidak boleh dihalang terus atau disekat sesiapa saja  di negara ini yang mahu guna, belajar atau mengajar bahasa ibundanya di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ini hak individu yang tidak boleh dilarang. Siapa individu ini? Boleh jadi mereka adalah warganegara Malaysia, pemastautin atau pelancong di sini. Yang kebanyakan orang tak faham ialah guna, belajar dan mengajar secara sendirian.

Kerajaan tidak campur dan kerajaan tidak (perlu) sediakan sekolah atau kelengkapan. Ini urusan peribadi individu tersebut. Itu yang kita kena faham. Sekolah persendirian, sekolah Cina, Tamil dan sekolah apa bangsa sekalipun di negara ini yang nak belajar bahasa ibundanya,  buatlah, teruskanlah tapi kena tanggung sendiri.

Katakan orang Cina nak belajar bahasa Cina, mereka boleh buat sekolah tanggungan sendiri. Jadi sekarang ini hanya ada dua jenis sekolah iaitu sekolah ditanggung kerajaan dan sekolah dibiayai masyarakat. Jadi mana kita nak letak SJK kalau merujuk Perkara 152? Memang tiada peruntukan membenarkan penubuhan SJK menurut Perlembagaan.

Bagaimana pula dengan klausa (b) Perkara 152 yang menyatakan kerajaan Persekutuan dan manamana kerajaan negeri ada hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain. Adakah ini termasuk penubuhan SJK?

Dalam klausa (b), ia bukan merujuk kepada sekolah. Sekolah menggunakan istilah 'mengajar' dan 'diajar', tetapi di bawah klausa (b) istilahnya ialah 'menggunakan' dan 'mengkaji'. Sudah tentu istilah yang berbeza ini membawa maksud berlainan. Istilah 'menggunakan' dalam klausa (b) itu bermaksud bahasa lain boleh digunakan di pintu keluar masuk negara, di tempat berbahaya atau larangan seperti kem askar yang perlu memberi notis kepada orang awam, di tempat pelancongan atau  bersejarah di mana kerajaan ada budi bicara untuk guna bahasa lain. Perkataan 'pengajian' pula merujuk kepada kajian bahasa di pusat atau sekolah bahasa di universiti.

Kajian ini termasuk mengetahui asal usul dan perkembangan tamadun sesuatu bahasa. Jadi klausa (b) tidak boleh digunakan untuk pertahan SJK.

Begitu juga dengan mengajar subjek lain dalam bahasa ibunda. Itu memang saya tidak setuju kerana yang dibolehkan ialah mengajar bahasa. Kalau mahu ajar subjek lain dalam bahasa ibunda, ia sudah terkeluar. Perkara 152 sebut ada tiga jenis bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa lain, dan bahasa komuniti atau bahasa masyarakat lain. Bahasa Melayu tanggungan kerajaan, bahasa lain tanggungan masing-masing manakala bahasa komuniti atau bahasa masyarakat lain itu
yang boleh digunakan untuk kajian.

Jadi adakah penubuhan SJK ini salah di sisi Perlembagaan?

Begini, tiada peruntukan melarang kerajaan membantu atau mewujudkan SJK. Tetapi tidak ada juga peruntukan membenarkan kerajaan menubuhkan SJK. Maknanya, kalau nak buat SJK itu dikira secara ihsan oleh kerajaan.

Dalam erti kata lain, tidak boleh ada pertubuhan mendesak kerajaan bantu SJK. Berbeza dengan sekolah kebangsaan yang memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengajar bahasa Melayu.

Bagaimana pula dengan sekolah agama Islam?

Dalam Perlembagaan, ada menyatakan kerajaan Persekutuan dan negeri boleh sediakan sekolah agama Islam atau membantu menyediakan sekolah agama Islam dan perbelanjaan sebanyak mana diperlukan.

Ini kerana Perlembagaan telah letakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Tapi perlu  diingat, sekolah agama bukan milik bangsa Melayu kerana Islam agama
universal. Jadi apabila kerajaan sediakan sekolah agama Islam, ia untuk semua bangsa bukan Melayu saja.

Sejauh mana SJK dilihat menjadi penghalang perpaduan kaum?

Sekolah kebangsaan, sekolah swasta dan SJK sudah wujud selepas merdeka. Jadi mereka yang pertahan SJK anggap mengapa perlu ditiadakan benda yang sudah ada?

Soalnya marilah kita bercakap pasal perpaduan negara, keharmonian rakyat masa kini INFO dan masa depan. Kalau yang dahulu itu ada tetapi tidak menjurus kepada perpaduan, maka perlu kaji balik dan tengok apa yang boleh diperbaiki agar anak cucu kita boleh hidup aman.

Cuba lihat sekarang, siapa pergi sekolah kebangsaan? Kebanyakannya orang Melayu, jumlah India dan Cina pula sangat sedikit. Tetapi kita tidak boleh salahkan orang Cina dan India kerana mereka ada pilihan.

Adakah ini menjurus kepada perpaduan? Jadi kerajaan dah sediakan platform untuk pecah belah. Ini yang sedih kerana sejak darjah satu kita dah didik anakanak kita berasingan sekolah. Sekarang sudah ada sekolah kebangsaan, tetapi pertama, ia tidak menarik.

Kedua, ada alternatif belajar di sekolah lebih baik atau setaraf sekolah kebangsaan. Maknanya pelajar berkelulusan  sekolah Cina swasta atau SJK Cina ada peluang sama untuk masuk universiti.

Jadi kenapa perlu pergi sekolah kebangsaan?

Apatah lagi ada stigma sekolah kebangsaan lebih mementingkan agama Islam. Saya tidak kata mari kita hapuskan SJK. Saya cuma kata tiada peruntukan yang membenarkan kewujudannya.

Jadi, apa penyelesaian terbaik dalam isu sekolah vernakular ini?

Benda dah ada kalau kita hapuskan  pasti sakitkan hati orang. Jadi apa kata kita jenamakan semula SJK sebagai sekolah kebangsaan, mata pelajarannya ikut sekolah kebangsaan.

Tetapi sesiapa nak belajar bahasa ibunda masing-masing, sediakan kemudahan itu. Keperluan untuk pelajari  bahasa ibunda tidak akan memakan masa lama. Dalam tempoh tiga tahun dah boleh fasih.

Kita masih pelihara tradisi setiap masyarakat  dan dalam masa sama tidak jejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Tapi kalau masing- masing bergaduh, ada yang nak pertahan SJK, ada yang nak mansuh  SJK, musnahlah negara kita. Alangkah cantiknya kalau kerajaan adakan sekolah kebangsaan ini sebagai pengganti sekolah kerajaan Inggeris sebelum  merdeka di mana semua pelajar tidak kira bangsa belajar di bawah satu bumbung, bermain di padang yang sama dan makan di kantin yang sama.

Ketika itu tiada siapa mempersoalkan. Di Singapura, hanya ada satu sekolah, semua pelajar bahasa pelbagai bahasa  di situ. Kalau mereka boleh terima sistem
begitu, kenapa kita tidak?

Selain SJK, adakah masalah penyatuan kaum berlaku di peringkat  institusi pengajian tinggi?

Kalau ada orang kata saya rasis kerana persoalkan SJK, saya nak beritahu tentang diskriminasi atau pilih kasih.

Perlembagaan tetapkan institusi pelajaran yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tidak boleh amalkan diskriminasi berdasarkan keturunan, bangsa, warna kulit dan kepercayaan.

Saya ingin tanya, apa kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Mara dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)? Jika ia hanya dihadkan untuk orang Melayu atau Cina, maka ia bertentangan dengan Perlembagaan.

Jadi, sepatutnya kerajaan buat dasar pastikan institusi pengajian ada penuntut kaum lain melebihi 30 peratus. Jika tidak, institusi itu boleh dianggap diskriminasi.

Sekiranya masih ada pihak berdegil tidak mahu terima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

Kalau begitu, kita perlu paksa semua orang guna bahasa Melayu dengan meminda Akta Bahasa  Kebangsaan agar semua urusan rasmi hanya boleh gunakan bahasa Melayu.

Tapi saya harap janganlah sampai ke tahap itu kerana sesuatu yang dipaksa pasti akan dapat tentangan.

PKR: Lebih baik cukaikan 15% orang kaya

Posted: 13 Oct 2014 05:04 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kira-kira10 peratus orang terkaya di Malaysia mengawal lebih 77 peratus nilai saham di negara ini, dakwa Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata hal ini menyebabkan cadangan cukai keuntungan modal (CGT) yang dicadangkan belanjawan alternatif mereka jauh lebih relevan dan tidak menyusahkan sebahagian besar rakyat miskin yang terjejas dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Justeru beliau bertegas sekiranya CGT dilaksanakan hanya kira-kira 15 peratus rakyat yang memperoleh keuntungan dari segi penjualan aset kewangan dan mampu memberi pendapatan baik tanpa mengusik rakyat majoriti.

"Adalah baik sekiranya hanya mereka yang menguasai kekayaan perlu membayar cukai ini.

"Lebih baik kita cukaikan paling ramai ikut statistik kita, 15 peratus yang kaya ini dulu sebelum kita kutip cukai dari semua orang miskin," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa tidak mesra perniagaan dan merugikan negara.

Media arus perdana melaporkan Najib dalam ucapan ketika merasmikan Konvensyen MCA semalam berkata CGT lebih baik dari GST kerana cukai alternatif itu akan mendatangkan impak negatif terhadap ekonomi negara dan menjadikan Malaysia kurang kompetitif.

Sementara itu MP Kelana Jaya Wong Chen turut menafikan dakwaan Najib  bahawa pelaksanaan CGT akan meruntuhkan pasaran modal dan saham serta membuat pelabur lari.

Beliau yang juga pengerusi biro pelaburan dan perdagangan PKR berkata pasaran saham runtuh bukan kerana CGT sebaliknya kerana spekulasi terhadap modal.

Manakala pelabur pula tidak yakin dengan pasaran saham bukan kerana cukai sebaliknya ketirisan, rasuah dan campurtangan politik, tambahnya.

"Kita tahu banyak negara termasuk Amerika Syarikat serta Jepun sudah melaksanakan CGT dan pelabur tidak lari malah bertambah.

"Ini kerana CGT mampu mengurangkan permainan spekulasi dan menggalakkan pelabur melabur dan membeli saham untuk jangka panjang," katanya.

Perbicaraan presiden ISMA ditangguh

Posted: 13 Oct 2014 05:02 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Perbicaraan kes hasutan Presiden ISMA, Abdullah Zaik ditangguhkan selepas peguamnya memohon mahkamah menunggu keputusan cabaran Prof Madya Azmi Sharom terhadap kesahan tuduhan hasutan terhadapnya.

Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah membenarkan pemohonan peguam Salim Bashir untuk penangguhan perbicaraan dan menetapkan 22 Disember sebagai tarikh sebutan, sementara menunggu keputusan cabaran Azmi itu.

Perbicaraan terhadap Abdullah pada mulanya dijadualkan selama tiga hari.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abbas tidak membantah penangguhan itu.

Sementara itu, di luar mahkamah, kira-kira seramai 100 penyokong Abdullah Zaik menunggu di luar mahkamah untuk memberi sokongan kepada Abdullah Zaik.

Mereka memegang sepanduk "hormati perlembagaan Malaysia", "sejarah bukan menghasut" dan "jangan lupa sejarah Malaysia" sebelum mereka bersurai secara aman pada 10 pagi.

Sementara itu, Abdullah Zaik memberitahu kepada pemberita bahawa beliau akan tetap besama Islam dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

"Itu darah daging saya dan tidak mungkin bertolak ansur atau pun kita meninggalkan perjuangan kita kerana itu adalah matlamat hidup kita," katanya selepas prosiding mahkamah.

Suhaizan: Rombakan kecil mantapkan Pemuda Pas

Posted: 13 Oct 2014 04:53 AM PDT


Suhaizan Kaiat Suhaizan Kaiat
 
 
 
SHAH ALAM - Selepas PKR mengumumkan pelantikan baharu kepimpinan parti itu hari ini, Pemuda Pas Pusat juga tidak ketinggalan berbuat demikian selaras dengan kehendak dan cabaran semasa.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata usaha itu untuk memantapkan organisasi Pemuda itu dengan melakukan sedikit rombakan secara demokrasi membabitkan beberapa portfolio exco dan ketua jabatannya.

"Rombakan ini merupakan satu penegasan yang telah dikemukakan kepada pewakilan dalam muktamar yang lepas.

"Mesyuarat PPM pada 11 Oktober 2014 merealisasikan tuntutan dan kehendak semasa dengan menyaksikan perubahan kepada beberapa portfolio penting," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Rombakan kecil itu menyaksikan jawatan Setiausaha yang disandang Mohd Nasaie Ismail, kini digantikan oleh Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang sebelum ini merupakan Penolong Setiausaha 3.

Mohd Nasaie pula bertukar portfolio baharu iaitu menjadi Ketua Penerangan merangkap Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Baru.

Selain itu, bekas Ketua Penerangan pula iaitu Zaharuddin Mohamad diamanahkan jawatan baharu itu sebagai Pengerusi Lajnah Pendidikan.

Manakala kekosongan jawatan Penolong Setiausaha 3 yang ditinggalkan oleh Abang Kerdee pula diisi oleh Mohd Hakim Mohd Nor yang juga Pengarah Akademi Pembangunan Remaja (AKR).

"Mesyuarat juga membuat pelantikan Exco baru, Salman Saleh merangkap Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) bagi menggantikan Zulkarnain Zaki yang ditukar sebagai Timbalan Pengarah Mobilisasi.

"Hasbie Muda pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Politik manakala penyandangnya Mohd Fadli Ghani diberi tugas sebagai Pengerusi Lajnah Tugas-Tugas Khas," katanya lagi.

Jawatankuasa negeri, Persekutuan kaji hudud

Posted: 13 Oct 2014 04:51 AM PDT

SINAR HARIAN

 Mohd Nassuruddin Daud Mohd Nassuruddin Daud
 
 
KOTA BAHRU - Sidang Dun Kelantan hari ini diberitahu beberapa langkah telah diambil untuk merealisasikan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II iaitu hukum Hudud di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, beberapa jawatankuasa tertentu membabitkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan juga telah ditubuhkan untuk mengkajinya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) yang mempersoalkan kerajaan negeri kerana masih mempolitikkan isu itu pada sesi soal jawab.

"Kanun ini telahpun diluluskan dalam dewan ini lebih 20 tahun lalu...saya ingin bertanya apakah kerajaan negeri lebih takutkan DAP atau siapa sebenarnya untuk melaksanakan undang-undang ini," soal Mohd Adhan.

Sementara itu, dewan juga dimaklumkan sebanyak 17 kes kematian akibat demam denggi dilaporkan di negeri ini dengan 12 lagi masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan  Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, sebanyak 13,200 orang telah dijangkiti demam denggi itu sejak Januari lalu.

Katanya, pelbagai usaha telah dilakukan  kerajaan negeri antaranya mengadakan gotong royong perdana di lokaliti wabak selain mengadakan khutbah khas Jumaat tentang aspek kebersihan untuk mengelak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menyebabkan demam denggi.

"Kerajaan negeri bekerjasama dengan semua pihak demi menyedarkan rakyat untuk menjaga kebersihan," katanya ketika menjawab soalan Dr Md Yusnan Yusof (Pas-Melor). - Bernama

MP BN ditertawa bangkit 'kereta perisai' Lim

Posted: 13 Oct 2014 04:42 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) diketawakan sebilangan MP Pakatan Rakyat kerana menyoal tentang berita olok-olok membabitkan kenderaan rasmi ketua menteri Pulau Pinang.

Zahidi bertanya tentang perkara itu sewaktu mencelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membahaskan Belanjawan 2015 tengah hari ini.

Zahidi (kanan) bertanya tentang pembelian kereta rasmi Lim Guan Eng yang menurutnya dilengkapi perisai kalis peluru.

Pertanyaan itu membuatkan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berdiri dan mula ketawa pada beliau.

Menurut Khalid, berita olok-olok itu mula disebarkan oleh blog pro-Umno dan Zahidi kini mempercayainya.

"Padang Besar (Zahidi) ini tertipu dengan propaganda Umno sendiri yang mengatakan ketua menteri beli kereta harga RM2 juta.

"Ini bila dah cukup banyak sangat penipuan, dia sendiri pula percaya.

"Inilah satu kes yang agak kelakar bila dah banyak sangat penipuan, yang menipu itu pun percaya dengan penipuan mereka sendiri.

"Jangan percaya sangat tentera siber Umno ini semua. Tak ada gunalah," kata Khalid mengundang kemarahan dari seorang lagi MP Umno.

Kenderaan Lim RM300,000

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) bangkit dan membidas Khalid.

"Permatang Pauh (Anwar), tak usik Umno langsung. Hujah itu baik. Janganlah kacau daun," katanya.

Khalid membalas, "Cara Shah Alam, cara Shah Alam. Cara Permatang Pauh, cara Permatang Pauh".

Anwar (kiri) kemudian menegaskan bahawa tuduhan pembelian kenderaan bernilai RM2 juta itu tidak benar.

Menurutnya, Lim tiada apa-apa yang mahu disorokkan tentang pembelian kenderaannya yang bernilai RM300,000.

Beberapa blog pro-Umno minggu lepas mengedarkan gambar Conquest Knight IV yang didakwa dibeli Lim pada harga RM2,298,263.75.

Berita itu pada mulanya muncul di Facebook dengan penafian yang ia adalah satu berita olok-olok - namun perkara itu gagal difahami oleh blog yang menyebarkannya.

Pakatan gesa SPRM siasat PERMATA Rosmah

Posted: 13 Oct 2014 04:33 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pakatan Rakyat terus mempersoalkan jumlah peruntukan yang diterima program pendidikan awal kanak-kanak yang diilhamkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dua MP Pakatan hari ini menggesa menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat Program Permata Negara (PERMATA).

Manivanan Gowindasamy (PKR-Kapar) berkata, peruntukan yang disalur kepada program itu dalam Belanjawan 2015 tidak sepadan dengan 82 buah jumlah pusatnya di seluruh negara yang melibatkan 1,780 orang pelajar.

Menurutnya, angka itu mewakili hanya 0.074 peratus daripada jumlah semua kanak-kanak di Malaysia.

"Adakah ini satu lagi ketirisan wang rakyat?" tanya Manivanan yang mencelah perbahasan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di Parlimen hari ini.

Sekolah pondok hanya RM25 juta

Sementara itu, menyahut kenyataan Manivanan, Siti Zailah (bawah) kemudian menggesa SPRM agar menyiasat program itu jika berlaku penyelewengan.

"Saya ingin SPRM bertanggungjawab menyiasat.

"Jika betul berlaku penyelewengan, Insya-Allah rakyat akan menghukum kerajaan BN," kata Siti Zailah sewaktu membahaskan Belanjawan 2015.

Beliau sebelum itu membandingkan jumlah peruntukan itu berbanding hanya RM25 juta untuk sekolah-sekolah pondok.

"Kita alu-alukan (PERMATA) untuk kebaikan negara tetapi kita tidak mahu dalam negara kita ada sistem pendidikan dua darjat," katanya.

Tengah hari tadi, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menempelak pihak yang menuduh Rosmah mendapat manfaat menerusi peruntukan (PERMATA).

Menurut beliau PERMATA tidak menerima RM711 juta didakwa sebaliknya hanya sebahagian daripadanya.

Belanjawan 2015 Jumaat lalu, bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak,  memperuntukan RM711 juta kepada PERMATA, Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas dan Tabika Perpaduan.

Pecahan belanjawan itu menyatakan anggaran RM42,831,500 pada 2014 dan 30,690,100 pada 2015 untuk PERMATA.

Perinciannya juga menyebut, PERMATA bertindak sebagai urus setia kepada Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara dan jawatankuasa bawahnya.

Ia juga memberikan khidmat pengurusan, operasi, penyelarasan, pemantauan dan sokongan dalam pelaksanaan program PERMATA Negara.
 

Nik Aziz sokong gantung dua Adun Pas Selangor

Posted: 13 Oct 2014 04:12 AM PDT

SINAR HARIAN


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyokong penggantungan keahlian dua Adun Pas Selangor dari parti itu atas kesalahan  mengkhianati keputusan Majlis Ulama Pas.

Majlis itu mengambil pendirian menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor semasa berlaku kemelut jawatan itu.

Namun mereka berdua membuat pendirian bercanggah menyokong presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan itu.  

Nik Abdul Aziz berkata, penggantungan itu selama setahun berkuat kuasa semalam terhadap Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin adalah tepat dan bersesuaian dengan kesalahan.

"Mana-mana persatuan berbentuk politik, dalam sekolah dan kerajaan sekalipun, mesti patuh pada peraturan, tidak boleh suka-suka hati," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini.

Ditanya tentang kemungkinan kedua-dua Adun itu keluar parti ekoran penggantungan itu, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata itu adalah hak individu untuk berbuat demikian.

"Kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat. Dulunya dia berkempen Pas, lepas tu parti lain pula, ini orang yang tidak siuman. Orang yang akil baligh, mesti jaga lidah," katanya.

Pengumuman mengenai penggantungan keahlian itu dibuat Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam.

"Kedua-dua Adun itu masih lagi ahli parti dan mereka bukanlah dipecat malah masih menjadi Adun kita," katanya. - Bernama

Tidak salah Rafizi pegang dua jawatan

Posted: 13 Oct 2014 04:09 AM PDT

SINAR HARIAN

Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADLI ZAKI Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADLI ZAKI
 
 
KUALA LUMPUR - Pelantikan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung tidak bercanggah dengan perlembagaan parti yang membenarkan mana-mana anggota memegang dua jawatan, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini adalah keputusan presiden yang melantik Rafizi sebagai setiausaha agung. Ia satu keputusan baik dan tiada peraturan menghalang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam PKR mengumumkan pelantikan Rafizi sebagai setiausaha agung parti bagi menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Pengarah Bersama Pilihan Raya bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Pengarah Bersama Pilihan Raya PKR sebelum ini disandang Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali yang kini Menteri Besar Selangor.

Dalam pada itu, mengulas keputusan Pas menggantung keanggotaan dua Adun Selangor, Anwar berkata itu bukan satu masalah kerana mereka masih anggota Pas.

Dua Adun daripada Pas - Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin -, digantung selama setahun berkuat kuasa semalam kerana mengkhinati keputusan Majlis Ulama Pas yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagi Menteri Besar Selangor.

Kedua-dua wakil rakyat Pas itu pula menyatakan pendirian menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor sebelum pelantikan Azmin. - Bernama

1MDB: Apabila labur jadi lebur

Posted: 12 Oct 2014 10:57 PM PDT


Oleh SHIRZAD LIFEBOAT 


APABILA Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan buka mulut bertemberang tentang pelaburan, dia melakukan demikian seolah-olah dialah raja segala raja dalam soal dan selok belok pelaburan.

Jika Najib Razak hidup pada abad ke-17, mungkin dialah yang dicari oleh para ahli kimia zaman itu kerana dikatakan memiliki kebolehan luar biasa menukarkan logam asas sehingga menjadi 'emas'

. Dan sekiranya beliau wujud di zaman Greek purba, Aristotle mungkin mengumumkan 'sentuhan Midas' (sentuhan yang boleh menukarkan apa sahaja menjadi emas) sebenarnya bukanlah satu mitos kerana Najib sesungguhnya memiliki kehandalan melakukannya.

Malangnya, cakap-cakap Najib mengenai pelaburan 'tak boleh pakai'. Bukan sahaja Najib tidak tahu langsung tentang pelaburan tetapi tidak faham dan dan seterusnya gagal menguruskan aliran wang tunai negara.

Tak tahu daripada mana dia belajar ilmu pelaburan. Mungkin daripada Dr Mahathir Mohamad.
Di zamannya menjadi PM, Dr Mahathir membuang RM100 bilion ke dalam longkang atas nama pelaburan (lihat buku 'Malaysian Maverick – Mahathir Mohamad In Turbulent Times' oleh Barry Wain). Dan bagi Dr Mahathir kesilapan tersebut tidak mengapa.

Justeru tidak ada gunanya Mahathir mengkritik pentadbiran Najib. Seperti peribahasa yang kerap disebut oleh seorang penulis politik veteran dalam bukubukunya, 'jangan marah jika anak murid kencing berlari disebabkan guru kencing berdiri'. Begitulah gambaran yang dapat disimpulkan mengenai dua pemimpin Umno- BN ini.

Pada 2009, setelah bernasib baik dilantik Perdana Menteri (menurut sistem salah-silah yang dipakai Umno) serta dalam keghairahan mencipta itu 1Malaysia ini 1Malaysia, Najib telah mewujudkan sebuah, kononnya, syarikat pelaburan induk yang dinamakan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Secara mudah, sekiranya geran sejumlah RM5 bilion yang disuntik ke dalam 1MDB dilaburkan dalam deposit semalaman pun dan pada kadar faedah KLIBOR (Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur) semasa melebih 3.0 peratus setahun, jumlah pulangan pelaburan terkumpul sehingga kini sudah tentu melebihi puluhan juta ringgit.

Namun Najib selaku Pengerusi 1MDB dengan kapakaran tiada tolok bandingnya mempunyai idea berbeza tentang apa yang harus dilabur oleh syarikat tersebut. Akhirnya kini syarikat pelaburan berkenaan mencatatkan hutang sebanyak RM38 bilion setakat tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.

Sebenarnya banyak kisah menarik pelaburan besar-besaran dengan menggunakan dana awam dilakukan menerusi pelaburan ala- Najib Tun Razak. Misalnya media pernah melaporkan kenyataan juruaudit luar 1MDB mengenai bagaimana wang sejumlah AS$1.8 bilion ( RM4.9 bilion) sepatutnya digunakan bagi pembangunan Tun Razak Exchange telah diletakkan ke dalam institusi pelaburan luar negara. Begitu juga kisah dana sejumlah AS$2.3 bilion yang diletakkan dalam sebuah syarikat portfolio pelaburan berdaftar di Kepulauan Cayman.

Selain daripada cerita tersebut, terdapat juga cerita 1MDB menawarkan sokongan kewangan kepada seorang peniaga (terkenal kerana mengadakan majlis untuk aktres kontroversi Paris Hilton) pada nilai sehingga 1 bilion pound sterling bagi membolehkan beliau membida sekumpulan hotel di London, England.

Itu belum lagi kisah dan persoalan bagaimana Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, antara individu terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpene selaku pengarah syarikat Perimekar (sehingga 2010) di mana syarikat tersebut pernah disiasat oleh pihak berkuasa Perancis kerana urus niaga membabitkan komisyen yang mana menyalahi undang-undang negara tersebut, boleh dilantik oleh Najib selaku Pengerusi Lembaga Govenor syarikat yang teramanah untuk menguruskan dana awam yang telah dilaburkan.

Justeru, Najib dan Lodin tak bolehlah marah-marah sekiranya pemantau rasuah Centre to Combat Corruption and Cronyism menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Awam agar memanggil mereka untuk menjelaskan 'apa dah jadi' sehinggakan 'labur menjadi lebur'.

Dan bagi Dr Mahathir, tak perlulah nak tunjuk keprihatinan dengan mengkritik Najib. Ia hanya mengundang kepada pemakaian peribahasa 'kata dulang paku serpih'. Dalam bahasa pasar, Mahathir, Najib, dua kali lima.

Kes Mejar Zaidi bersambung hari ini

Posted: 12 Oct 2014 10:49 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Mejar Zaidi Ahmad berhubung isu pendedahan dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu diteruskan di Mahkamah Tentera hari ini.


Pada perbicaraan 10 Jun lalu, lima daripada tujuh pertuduhan ke atas Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini diketepikan selepas bantahan awal pembelaan, dipinda dan dibaca sebagai pertuduhan baru.

Zaidi yang juga Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

Semua pertuduhan berkait dengan dakwaan beliau memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini, lima pertuduhan yang diketepikan tersebut dibuat mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.

Bagaimanapun kesemua pertuduhan itu hari ini dipinda kepada Seksyen 51 akta sama.

Zaidi dihadap ke mahkamah tentera dengan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 berhubung kesalahan memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 lalu.

Beliau diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan barisan peguam Azhana Mohd Khairuddin, dan Nasar Khan Mirbaz Khan.

Pendakwaan dijalankan oleh Mejar Ahmad Sanusi Ali, Kapten Fadzil Nor Alias, dan Kapten Ross Anuar Aripin. - HARAKAHDAILY

Lebih 900 produk dikenakan GST diwarta hari ini

Posted: 12 Oct 2014 10:48 PM PDT

HARAKAHDAILY


IPOH: Senarai produk yang berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) akan diwartakan oleh kerajaan hari ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata senarai itu mengandungi lebih daripada 900 barang yang berada dalam 'basket of goods' (kumpulan barang).

"Lebih 900 produk yang berada dalam 'basket of goods' akan diwartakan hari ini.

"Kita perlu mewartakannya lebih awal supaya langkah itu membolehkan peniaga menstrukturkan semula sistem perniagaan masing-masing apabila CBP mula dilaksanakan tahun depan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan karnival futsal dan bola jaring Piala Ahli Parlimen Tambun di sini, semalam.

Beliau berkata kementerian berkenaan juga bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi mewujudkan jalinan dengan sektor pengguna supaya dapat memastikan kenaikan harga tidak berlaku sewenang-wenangnya.

Ahmad Husni juga berkata satu badan pemantau secara kerjasama dengan persatuan pengguna di peringkat negeri dan nasional turut akan dibentuk.

"Setakat ini kita mempunyai tujuh persatuan pengguna, kita akan memberi bajet kepada mereka atas kerjasama dengan kerajaan untuk membantu orang ramai memastikan tidak berlaku kenaikan harga sewenang-wenangnya oleh penjual," katanya.

Di bawah CBP, terdapat produk yang tidak dikenakan cukai di semua peringkat iaitu pengilang, pemborong, peruncit dan pembeli, katanya.

"Satu lagi adalah pengecualian CBP atau 'exempt supply' iaitu cukai pada peringkat 'output' tidak perlu dibayar, maknanya rantaian daripada peruncit hingga pembeli tidak perlu bayar, tetapi di peringkat 'input', ia perlu dibayar," katanya.

Mengenai Bajet 2015 pula, Ahmad Husni berkata ia adalah bajet kesinambungan sehingga tahun 2020 dan seterusnya yang memberi penekanan kepada ekonomi keperluan rakyat.

Sebagai contoh katanya, peruntukan untuk pembangunan infrastruktur di Sarawak seperti Lebuh Raya Pan Borneo adalah ekonomi modal fizikal tetapi memberi kesan kepada ekonomi keperluan rakyat, katanya.

"Ia (projek tersebut) membuka kawasan yang tiada hubungan infrastruktur, membuka hubungan rakyat, hubungan kawasan luar bandar-bandar. Untuk capai itu ia mesti datang daripada 'ekonomi modal fizikal'," katanya.- BERNAMA

LUAS giat kesan punca tumpahan hidrokarbon Sungai Selangor

Posted: 12 Oct 2014 10:42 PM PDT

Oleh: NAEEM RAFFI


SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang giat melakukan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar insiden tumpahan hidrokarbon di muka sauk Sungai Selangor, baru-baru ini.

Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat berkata, siasatan Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air (JKPSA) yang dijalankan sehingga awal pagi ini belum menemui punca pencemaran.

"Sampel sudah diambil SPLASH (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd) untuk dianalisa bagi mengenalpasti kandungan kesan minyak itu.

empangan  air lembah kelang"Ujian bau dan analisa minyak secara insitu juga turut dijalankan di setiap jam sehingga kini. Punca kejadian dikenalpasti dan tindakan sewajarnya diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.

Pada 11 Oktober lalu, loji pembersihan air (LPA) Sungai Selangor Fasa I, II, dan III terjejas dan LPA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas selepas menyedari terdapat tumpahan hidrokarbon.

Akibat pencemaran air yang berlaku, 60 peratus pengguna di kawasan Lembah Klang terjejas.

Mengulas lanjut, Md Khairi berkata, operasi kesemua LPA terbabit mengambil sedikit masa untuk pulih sebelum ia kembali beroperasi seperti biasa.

"Perkara ini akan dimaklumkan Syarikat Bekalan Air Negeri Selangor (SYABAS) dari semasa ke semasa.

"Diharapkan orang ramai dan semua pihak untuk memastikan setiap aktiviti yang dijalankan tidak mencemarkan sumber air bagi mengelakkan sebarang gangguan bekalan air kepada pengguna," jelasnya.

PC isu air dicemari diesel-MB (3)Sebelum ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali juga menolak untuk membuat sebarang spekulasi bahawa insiden pencemaran itu mempunyai kaitan dengan unsur sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab sehingga siasatan LUAS selesai sepenuhnya.

Namun, katanya, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit seperti yang dilakukan ketika kejadian pencemaran di Sungai Gong, pada tahun lalu.

"Sesiapa yang bertanggungjawab tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang dan tindakan Kerajaan Negeri termasuk merampas tanah mereka yang kita lakukan sebelum ini," katanya.-NFN-

Bajet 2015 menjarakkan lagi rakyat Malaysia

Posted: 12 Oct 2014 10:37 PM PDT



Oleh Timmy Say


Bajet 2015 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan meluaskan lagi jurang pendapatan antara rakyat Malaysia.Kenaikan harga minyak beserta dengan perlaksanaan GST pada tahun depan bakal menyaksikan inflasi naik sekali ganda pada tahap yang ada sekarang.

Yang miskin akan terus bergantung hidup dengan kerajaan dengan pemberian BR1M secara ansuran dan perlaksanaan GST.

Yang kaya pula menjadi lebih kaya apabila cukai pendapatan individu distruktur semula di mana kadar maksimum akan dinaikkan kepada tahap lebih daripada RM100,000 kepada tahap lebih daripada RM400,000.

Bukan itu sahaja, kadar cukai maksimum 26% akan dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%.
Mari kita melihat contoh dari sudut harga makanan.

Kalau hari ini, sepinggan nasi campur berlauk seketul ayam, sayur dan secawan teh 'O'  di ibu kota berharga RM16, tahun depan dijangka harga itu naik kepada RM8-RM10.

Peningkatan ini bukan sahaja disebabkan kenaikan kos pengangkutan, iaitu kos asas kepada segala perkara. Ia juga disumbang melalui inisiatif peniaga meningkatkan keuntungan bagi menampung kos sara hidup lebih mencabar.

Bukan itu sahaja, para peniaga juga bakal berdepan dengan ekosistem perniagaan yang lebih mencabar apabila pengguna mengambil langkah mengubah cara hidup untuk mengurangkan kekerapan menjamu di luar, dan membawa bekal sendiri ke tempat kerja kerana kenaikan harga barangan.

Kerajaan tidak mungkin dapat mengawal keadaan ini kerana inilah caranya sahaja para peniaga mengekal dan meningkatkan pendapatan yang ada.

Bagaimana pula dengan golongan kaya? Mereka akan ada duit lebih hasil daripada pengurangan cukai perniagaan dan juga cukai persendirian.

Dari sudut makanan, Bajet 2015 bakal menguntungkan mereka. Mereka sudah biasa menjamu di restoran yang mengenakan cukai SST yang mengenakan cukai jualan 6% dan cukai perkhidmatan 10%. Sekarang semua ini akan bertukar kepada GST yang hanya 6%. Ini menjimatkan bagi mereka.

Dari sudut makanan sahaja, kita sudah boleh melihat bagaimana Bajet 2015 membesarkan lagi jurang antara golongan miskin dan kaya di Malaysia – apatah lagi perkara yang lain.

Apabila golongan berpendapatan rendah dan pertengahan terhimpit, segala bantuan yang diberikan kerajaan menjadi berharga dan satu kelegaan.

Pemberian BR1M berkala ini akan menjadi candu bagi golongan ini mengatasi kesakitan yang terhasil daripada kadar inflasi yang meningkat lebih cepat dan mendadak berbanding dengan kadar kenaikan pendapatan mereka.

Keadaan ini secara langsung menambahkan sikap kebergantungan mereka kepada kerajaan.

Dalam kata mudah, Bajet 2015 akan menyebabkan mereka lebih bergantung hidup pada kerajaan.

Apakah ini yang kerajaan mahu secara tersirat demi matlamat politiknya? Diharap bukan.

Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta

Posted: 12 Oct 2014 09:56 PM PDT

Oleh: Nadia Hanafi


KUALA LUMPUR - Belanjawan 2015 yang dibentangkan Jumaat lalu memperuntukkan RM711 juta kepada Program Permata Negara (Permata) yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Haniza TalhaNaib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha berkata tidak sepatutnya subsidi rakyat dipotong hanya semata-mata untuk disalurkan kepada program berkenaan.

"Dalam keadaan ekonomi negara yang agak sukar apabila subsidi dipotong dan rakyat menanggung beban, lebih baik duit yang diperuntukkan itu dibelanjakan pada benda yang lebih berguna," katanya ketika dihubungi.

Haniza mempersoalkan program berkenaan sedangkan menurutnya negara telah mempunyai sistem pendidikan yang baik khususnya untuk kanak-kanak pra sekolah.

Beliau menyifatkan Permata sebagai tidak telus apabila diberikan peruntukan besar di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Peruntukkan ini sangat besar sedangkan program ini tidak duduk di bawah kementerian (wanita) tetapi di bawah JPM. Siapa yang memantau perlaksanaan projek ini? Banyak yang saya tengok tidak telus.

"Ada juga saya dengar bahawa jumlah yang diperuntukkan itu tidak digunakan sepenuhnya untuk tujuan pendidikan," katanya.

Mengulas dakwaan terdapat kakitangan Permata tidak menerima peruntukan dan terpaksa meminta sumbangan pihak luar, Haniza meragui cara pengendalian wang bagi program tersebut.

"Kalau kakitangan Permata sendiri tidak perolehi peruntukan itu jadi mana peginya duit yang disalurkan itu? Itu kena bentangkan laporan prestasi program tersebut,"katanya ketika dihubungi.
Ke mana wang Permata dibelanjakan?

Sementara itu Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail turut mempersoalkan ke mana wang Permata dibelanjakan.

Beliau juga berkata seolah-olah wujud konflik kepentingan memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri Kewangan, adalah suami kepada Rosmah.

Siti Aisyah"Seolah-olah Datin Seri Rosmah ada akses yang penuh di dalam kewangan negara," katanya kepada Keadilan Daily.

Aishah juga mempersoalkan tiada siasatan dan laporan daripada Ketua Audit Negara mengenai penyaluran wang berkenaan.

"Rakyat harus tekan kerajaan untuk menjelaskan perkara ini. Dengan subsidi minyak rakyat ditarik 20 sen, RM700 juta pula dapat pada isteri PM," katanya.

Sejak ditubuhkan, Permata tidak pernah ketinggalan menerima peruntukan semasa pembentangan bajet oleh Perdana Menteri setiap tahun.

Pada tahun 2010 sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi program berkenaan. Jumlahnya meningkat pada tahun 2011 (RM111 juta), 2012 (RM1.2 bilion),  2013 (RM390 juta),  dan 2014 (RM630 juta).

MH17: Jenazah Shaliza akan dikebumikan di Australia

Posted: 12 Oct 2014 09:51 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
  
 
KUALA LUMPUR : Jenazah seorang lagi warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17, Shaliza Zaini Dewa, 45, akan dibawa pulang ke Melbourne, Australia, iaitu negara asal suaminya, 14 Oktober ini untuk dikebumikan.
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata jenazah Shaliza tidak dibawa pulang ke Malaysia atas permintaan keluarganya.
 
"Ya..sepatutnya dibawa ke Malaysia, tapi atas permintaan keluarga mangsa, jenazah akan dibawa pulang ke Australia, iaitu negara suaminya," katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-61, di Wisma MCA, di sini petang tadi.
 
Allahyarham Shaliza, 45, adalah antara 298 orang yang terbunuh dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777 yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
 
Beliau terkorban bersama suaminya Hans Van Den Hende dan anak-anak mereka, Australians Piers, 15; Marnix, 12; dan Margaux van den Hende, 8.
 
Tiong Lai berkata, sehingga kini, jasad 43 daripada 44 warga Malaysia yang terkorban dalam insiden itu sudah dikenal pasti.
 
"Hanya seorang saja lagi belum dikenalpasti, doakan semoga usaha pengecaman (seorang lagi mangsa) dapat dipercepat," katanya.
 
Menyentuh proses penyiasatan MH17, beliau menjangkakan ia akan mengalami kelewatan berikutan lokasi nahas di Donestk masih tidak selamat dimasuki, selain faktor musim sejuk sudah hampir tiba.
 
Katanya, pasukan hanya boleh masuk semula ke lokasi nahas April depan, iaitu selepas berakhir musim sejuk jika dalam masa terdekat ini tidak dapat berbuat demikian.
 
"Namun ia masih bergantung kepada tahap keselamatan di sana," katanya.

36,675 calon duduki PT3 di Kedah

Posted: 12 Oct 2014 09:48 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
ALOR SETAR: Seramai 36,675 calon mencatat sejarah sebagai perintis kepada ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di negeri ini, pagi ini.
 
Menurut Pengarah Pendidikan negeri, Datin Azuyah Hassan, kesemua calon berkenaan mengambil ujian tersebut di 221 buah sekolah di seluruh Kedah.
 
Beliau terdahulu menyertai bacaan Yasin serta memberi kata-kata semangat kepada 207 calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Mohamed Al-Bukhary di sini yang bermula kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.
 
PT3 menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 1 Julai lalu.
 
Pencapaian prestasi pelajar akan diukur mengikut penilaian band 1 (paling lemah) hingga band 6 (paling baik).
 
Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pelaksanaan PT3 akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan lisan manakala Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun hanya ditaksir secara bertulis.

PKR tak mahu campur tangan PAS gantung Saari dan Hasnul

Posted: 12 Oct 2014 09:46 PM PDT

Oleh Nurshakira Buang
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: PKR tidak akan campur tangan berhubung tindakan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam yang memutuskan untuk menggantung keahlian dua ADUN parti itu, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib) selama setahun.
 
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata ini kerana setiap parti mempunyai hak untuk menjalankan proses dalamannya sendiri tanpa campur tangan pihak luar.
 
"Itu adalah proses dalaman PAS, dan saya rasa setiap parti mempunyai hak untuk menjalankan proses dalaman.
 
"Sepertimana yang kalau proses itu berlaku dalam Keadilan, kita menghargai kalau rakan-rakan kita tidak campur tangan, saya rasa tidak wajar kalau parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat cuba campur tangan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
 
Bagaimanapun, beliau berkata PKR tetap menghargai sokongan kedua-dua ADUN PAS itu dan menyifatkan mereka sebagai tokoh pejuang.
 
"Saya menghargai saudara Hasnul sebagai kawan baik saya dan juga saudara Saari sebagai tokoh pejuang yang saya kenal daripada muda yang saya hormati.
 
"Tetapi proses membuat keputusan di dalam PAS itu saya amat hargai dan saya tidak akan bagi komen atau campur tangan, dan saya tak rasa siapa-siapa patut campur tangan," katanya. 
 
Semalam, Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menggantung keahlian dua ADUN parti itu, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib) selama setahun.
 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata tindakan tatatertib itu diambil berdasarkan peruntukan Fasal 82 (6) Perlembagaan PAS.
 
"Laporan berhubung isu itu telah kami bentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini yang dipengerusikan Presiden.
 
"Berdasarkan kepada peruntukan Fasal 82 (6) Perlembagaan PAS, jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan mengenakan tindakan tatatertib ke atas kedua-dua orang ADUN itu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, sebentar tadi.
 
Saari dan Hasnul sebelum ini bertindak melangkaui keputusan parti berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor.
 
Kedua-dua mereka bertindak menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor, sebelum parti mengeluarkan pendirian rasmi. 
 
Namun menurut Mustafa, kedua-dua mereka berpeluang mengemukakan rayuan dalam tempoh 15 hari berkuatkuasa semalam.

Lelaki berjoget lepas dipercayai bakar rumah

Posted: 12 Oct 2014 04:48 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis menahan seorang lelaki tidak siuman dipercayai membakar rumah milik seorang tukang kebun di Kampung Beting Lintang, dekat Besut, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah ketika dihubungi berkata tangkapan dibuat pada kira-kira 12.30 tengah hari, selepas kejadian kebakaran pada 11.50 pagi, semalam.

"Polis yang berada di lokasi kebakaran telah melihat lelaki berkenaan berjoget-joget di hadapan rumah mangsa yang sedang terbakar dan menahannya selepas ia menjerit-jerit apabila melihat api sedang marak," katanya ketika dihubungi di Besut hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui status suspek yang berusia 29 tahun itu, termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan ke atasnya.

Pemilik rumah, Mat Jusoh Daud, 35, tukang kebun di Resort Tok Bali Kelantan berkata rumah kayu berusia 10 tahun tersebut sedang dibaik pulih dan beliau bersama isteri dan empat anaknya merancang untuk berpindah ke situ, pada awal tahun depan.- Bernama

Bertambah jumlah BR1M, bertambah jugalah kemarahan Mahathir

Posted: 12 Oct 2014 04:46 PM PDT



Oleh Shahbudin Husin


Satu-satunya aspek yang masih menjadi bualan masyarakat mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib di Parlimen, 10 Oktober lalu ialah bertambahnya jumlah BR1M yang diterima mulai tahun hadapan.

Melalui bajet kali ini, jumlah BR1M bagi yang berpendapatan di bawah RM3 ribu sebulan dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 manakala yang berpendapatan antara RM3 ribu hingga RM4 ribu pula dinaikkan daripada RM450 kepada RM750. BR1M bagi orang bujang pula ditambah daripada RM300 menjadi RM350.

Kecuali bagi orang bujang, bayaran BR1M kali ini dlakukan secara ansuran tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September.

Bagi pelbagai pengumuman lain, sama ada pembinaan lebuhraya baru, MRT dari Selayang ke Putrajaya, LRT3 yang menghubungkan Bandar Utama ke Shah Alam, insentif cukai, galakan pemilikan harta, pembinaan jalan baru di Sabah dan Sarawak, bonus setengah bulan gaji dan sebagainya, bukan saja sudah dilupakan, malah tidak pun diperbualkan lagi.

Semua orang apabila bercakap mengenai Bajet 2015, hanyalah mengulas mengenai BR1M saja. Tarikan tunai BR1M telah menenggelamkan semua yang lain.

Daripada satu segi, memanglah pemberian tunai ini menggembirakan mereka yang menerimanya tetapi dari segi tanggungjawab kerajaan, apakah ianya mampu menyelesaikan masalah beban kos kehidupan rakyat? Melalui kenaikan petrol dan diesel sebanyak 20 sen baru-baru yang seterusnya menyebabkan berlakunya rantaian peningkatan banyak barangan dan perkhidmatan yang lain, menambah jumlah BR1M amat diragui keberkesanannya.

Apakah lebih lebih baik memberi rakya wang tunai berbanding penyediaan harga barang keperluan  serta perkhidmatan yang lebih terkawal? Apakah dengan menambah jumlah tunai melalui BR1M ini, bermakna akan berlaku lagi pemotongan subsidi minyak, gula, tepung dan sebagainya selepas ini?

Jika tidak memotong subsidi pula, bagaimanakah kerajaan mahu mendapatkan wang untuk membayang BR1M ini? Jika BR1M sebanyak RM650 pada tahun lalu saja, kerajaan dilaporkan memerlukan kira-kira RM4 billion, dengan pertambahan kadarnya mulai tahun depan, tentulah lebih banyak wang diperlukan lagi.

Jika tidak melalui pemotongan subsidi rakyat bagi membayar BR1M, apakah kerajaan akan menambah hutang lagi sedangkan kadarnya sekarang sudah pun melepasi had 55 peratus daripada KDNK negara?

Congak sana, congak sini, tolak campur, bahagi darab - tidak dapat dinafikan,  bertambahnya jumlah BR1M yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib ini bukan saja diragui mampu menyelesaikan beban hidup rakyat, bahkan menjadikan kewangan negara makin tenat.

Di sisi yang lain, langkah pemberian tunai ini juga menjadikan rakyat lebih manja, malas dan kurang berdaya saing. Ia hanyalah langkah populis yang menjadikan kerbergantungan rakyat kepada kerajaan dan parti yang memerintah terus wujud. Dengan rakyat terpaksa mengadap kerajaan tiga sekali setahun untuk menerima BR1M ini, sandaran rakyat kepada "sedekah" itu akan menjadi lebih parah lagi.

Sebab itu, tidak menghairankan pemberian BR1M ini paling ditentang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Sudah acapkali beliau menyebut pemberian tunai kepada rakyat tidak praktikal, tidak menyumbang kebaikan kepada negara, malah ramai juga yang tidak berterima kasih pun dengannya.

Ramai yang menganggap wang BR1M itu adalah wang rakyat yang bermaksud wang mereka juga. Ia bukannya wang daripada poket pemimpin atau daripada tabung parti yang memerintah tetapi wang yang terkumpul dalam perbendaharaan negara.

Dalam dua tulisan terkini di blognya mengenai penarikan balik sokongannya kepada Datuk Seri Najib, Tun Mahathir mengulangi lagi menyebut mengenai pemberian tunai BR1M ini. Jelas bahawa beliau memang tidak berkenan dengan kaedah BR1M ini yang lebih banyak keburukan daripada kebaikannya kepada rakyat dan juga negara.

Dengan meneruskan BR1M, malah menambah lagi jumlahnya, adalah jelas bahawa Datuk Seri Najib tidak peduli lagi dengan Tun Mahathir dan kelihatan tidak bimbang langsung dengan tiadanya lagi sokongan daripada bekas Perdana Menteri itu. Sejarah bagaimana beberapa pemimpin tergolek sebelum ini oleh tindakan Tun Mahathir dengan mangsa terakhirnya ialah Tun Abdullah Badawi, nampaknya tidak menggusarkan Datuk Seri Najib untuk berbuat sesuatu yang tidak menggembirakan bekas Perdana Menteri itu.

Sebagaimana ramai yang terus bercakap mengenai BR1M dalam Bajet 2015 ini, reaksi Tun Mahathir juga tentunya ditunggu-tunggu tetapi kebanyakannya percaya dengan makin bertambah jumlah pemberian tunai yang akan terus membebankan kewangan negara ini,  maka makin bertambah jugalah kemarahan beliau kepada Datuk Seri Najib.

Tidak mustahil, Tun Mahathir akan menjadi bertambah agresif  selepas ini. detik daily

Bajet secubit untuk Sabah, kata Jeffrey

Posted: 12 Oct 2014 04:37 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Parti Reformasi Negeri Sabah (Star Sabah) menyifatkan Belanjawan 2015 tidak banyak memberi manfaat kepada negeri itu.

Star malah menyifatkan negeri itu dijadikan sebuah negeri jajahan Malaya untuk dieksploitasi dan dikawal.

"Ia menguatkan andaian rakyat Sabah bahawa Putrajaya dan kerajaan persekutuan masih mempunyai cara fikir seperti tuan penjajah, pekak dan tuli akan keperluan Sabah dan Sarawak," kata presidennya Datuk Jeffrey Kitingan.

Katanya, ketika negara lain berhati-hati dan berjimat, belanjawan Malaysia berbelanja besar sehingga mencecah rekod defisit RM38.70 bilion.

Beliau juga membangkitkan soal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan menyumbang RM23.2 bilion berbanding Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST) sebanyak RM9.4 bilion yang digantikannya.

Ia juga membangkitkan bagaimana keuntungan itu digunakan untuk meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Ini bermaksud kerajaan ambil dengan tangan kanan dan berikan semula sebahagiannya dengan tangan kiri," katanya.

Berhubung pembinaan Lebih Raya Pan Borneo, Jeffrey berkata, kosnya ditetapkan RM27 bilion tetapi tiada pula peruntukan dinyatakan.

Ambiga selar si liberal jadi 'raksasa penindas'

Posted: 12 Oct 2014 04:33 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas presiden Badan Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menyelar pemimpin negara yang menjadi demokratik dan liberal di luar Malaysia tetapi pulang sebagai "raksasa penindas" di negara sendiri.

Ambiga (kanan) mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan sama berhubung demokrasi dan pluralisme seperti yang dilafazkannya dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.

Beliau juga mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengucapkan semula kenyataan yang didakwanya mempunyai unsur perkauman, di Amerika Syarikat, di mana beliau melawat Najib baru-baru ini.

"Saya jamin pada kamu beliau tidak akan membuat ucapan sebegitu di luar negara ini kerana akan didakwa (di mahkamah)," katanya.

"Tetapi sepulangnya sahaja mereka ke negara ini, mereka bertukar jadi raksasa penindas," sindirnya.

Balik! Aktivis anti-Akta Hasutan dihalau

Posted: 12 Oct 2014 04:29 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perhimpunan anti-Akta Hasutan 1948 anjuran Suaram hari ini diganggu sekumpulan lelaki yang menyokong undang-undang itu, dengan bertempik meminta mereka meninggalkan tempat itu.

"Balik! Balik!" jerit mereka dan menolak peserta himpunan yang jumlahnya lebih besar itu.

Turut kelihatan dalam kumpulan itu seorang anggota Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, yang memakai kemeja-t bertulis "Pertahankan Akta Hasutan".

Antara yang dihalau pula daripada Padang Kota termasuk aktivis Suaram Ong Jing Cheng dan Prema Devaraj serta Toh Kin Woon daripada BERSIH.

Sebelum ini, jurucakap Persatuan Mukabuku Pulau Pinang menggunakan pembesar suara dan berkata "selagi kumpulan itu ada, Akta Hasutan akan tetap diteruskan".

Tiada ulasan: