Isnin, 13 Oktober 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Cinta Nik Abduh sudah bersambut....tunggu apa tunggu?

Posted: 13 Oct 2014 07:38 AM PDT

Annuar Musa ajak PAS sertai BN kerana dibuli

Datuk Seri Annuar Musa (BN-Ketereh) hari ini mengusik PAS dengan mengajak parti itu menyertai BN selepas kerap 'dibuli' sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

 "Saya nak tahu kenapa dalam Pakatan Rakyat, PAS dibuli sedangkan Umno pun tak buli PAS.

 "Kita dengan PAS mungkin berbeza pendapat, (tetapi) bercerai tidak.

 "Malah saya mendoakan kalau PAS banyak-banyak kena buli, marilah duduk bersama BN," kata Annuar sewaktu perbahasan Belanjawan 2015 di Parlimen hari ini.

 Annuar sebelum itu menyebut tentang rungutan MP Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) menerusi Facebook yang menuduh PKR dan DAP membuli PAS.

 Memetik kontroversi sekitar penggantungan anggota majlis PAS di Pulau Pinang, Annuar berkata BN sendiri tidak pernah membuli PAS sedemikian rupa.

Beliau kemudian memuji PAS dan pada masa yang sama, beberapa MP BN menepuk-nepuk meja sebagai tanda sokongan.9 "Kekuatan PKR dan DAP bukan datang daripada DAP dan PKR.

 "Kekuatan DAP dan PKR datang daripada PAS.

 "PAS tidak akan hancur kerana mereka 'istiqamah' dalam perjuangan mereka.

 "Yang akan hancur orang lain," katanya merujuk kepada tema muktamar PAS baru-baru ini. Baca seterusnya di sini

Perbahasan Bajet 2015 Anwar Ibrahim

Posted: 13 Oct 2014 02:48 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memetik pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dalam mempertahankan perselisihan antara Pakatan Rakyat dan Istana Selangor baru-baru ini.

 Katanya, pemimpin itu pernah menegaskan bahawa penubuhan Umno adalah membebaskan Melayu daripada amalan feudalisme.

 Anwar merujuk sindiran Perdana Menteri Datuk Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015, bahawa Pakatan mengundang kemurkaan Istana Selangor apabila tegar menyerahkan satu nama untuk pencalonan menteri besar baru sebelum ini.



Tiada ulasan: