Rabu, 29 Oktober 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bukti yang diperolehi secara haram diterima di Malaysia - Hakim Arifin

Posted: 29 Oct 2014 05:16 AM PDT

Hakim Arifin berkata bahawa bukti yang diperolehi secara haram juga diterima di Malaysia. Tidakkah ini akan membuka ruang kepada lebih banyak pelanggara hak perlembagaan seseorang tetapi boleh diterima pakai di sisi Undang-undang negara? Beritanya :

Rayuan Kes Liwat II Anwar Ibrahim hari ini  diteruskan dengan peguam Sangeet berkata bahawa tiga item telah diperolehi secara haram melalui tipu daya dan penipuan dan dengan itu penangkapan ketua pembangkang itu adalah menyalahi undang-undang. 

 Beliau berkata penangkapan itu telah dibuat tanpa waran. 

   Namun, Hakim Arifin berkata bahawa bukti yang diperolehi secara haram juga diterima di Malaysia. 

 Sangeet berkata Anwar enggan memberikan DNA beliau di hospital itu dan dia menggunakan hak perlembagaan untuk tidak berbuat demikian. 

 Polis, Sangeet berkata, telah menahan Anwar semalaman setelah mengetahui bahwa mereka berada di sana hanya untuk merakam keterangannya.~ Rakyat Times

Bakar bible ikut konteks.Kalau Al-Quran?

Posted: 29 Oct 2014 04:21 AM PDT

''Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah, sebelum sesuatu kenyataan itu dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut, kenyataan itu hendaklah dilihat secara keseluruhan dan tidak boleh dipisahkan daripada konteks di mana ia dibuat.''

Itu adalah alasan mengapa Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan.

 Kenyataan Ibrahim Ali agar Bible dirampas dan dibakar perlu dibaca secara keseluruhan atau mengikut konteks kejadian yang berlaku di SMK Jelutong.

Apa yang terjadi di SMK Jelutong?

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada 27 Oktober 2014, pengedaran Bible telah dilakukan kepada pelajar-pelajar SMK Jelutong. Hasil siasatan mendapati:
1. Tiada keterangan kukuh bahawa Bible tersebut diedarkan kepada pelajar Melayu sahaja.
2. Sesiapa sahaja boleh mengambil Bible tersebut daripada suspek-suspek berkenaan.
3. Suspek-suspek tidak mempunyai niat untuk mengedarkan Bible kepada pelajar Melayu sahaja.
 Saya berasa takjub dengan pendekatan yang diambil dalam mendepani kes Ibrahim Ali kerana ianya perlu dilihat dari segi konteks dan secara keseluruhan. Tetapi bagaimana pula dengan kes hasutan Prof.Azmi Sharom?

 Mengapa kenyataan Prof. Azmi : "I think what happened in Perak was legally wrong. The best thing to do is do it as legally and transparently as possible" yang dikira sebagai mempunyai kecenderungan menghasut ini tidak dibaca dari segi konteks dan keseluruhan? Bukankah kenyataan ini adalah berdasarkan fakta kes dan wajar dianggap sebagai legal opinion? Mengapa kenyataan sebegini dianggap menghasut?

 Maka, logik yang wujud ketika ini di Malaysia ialah: 

      Bakar Bible - Bukan menghasut 
Legally wrong - Menghasut 

 Apakah pendekatan yang sama akan digunapakai sekiranya Bakar Bible itu ditukar kepada Bakar Al-Quran? 

Nanti ada yang menjawab " Kalau bakar Al-Quran wajar dianggap menghasut sebab agama Islam agama rasmi negara ini!" 

 Saya setuju Islam adalah agama rasmi negara ini tetapi peruntukan yang sama (Perkara3 Perlembagaan Persekutuan) juga menyatakan "tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan."

 Apakah seruan merampas dan membakar Bible itu selari dengan peruntukan bahawa agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini? 

Pada masa yang sama, kenyataan media tersebut juga menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali jelas mempertahankan kesucian agama Islam. Menurut kenyataan media itu lagi "Tindakan pengedaran Bible secara percuma dan terbuka di luar perkarangan SMK Jelutong boleh menggugat akidah pelajar-pelajar Islam yang kurang pengetahuan agama mereka jika mereka membaca Bible tersebut...''
Ini memberi 3 petanda :
Pertama, pelajaran agama Islam di sekolah masih tidak mampu untuk menguatkan akidah pelajar Islam dan ibu bapa gagal memberikan pendidikan Islam yang secukupnya.
Kedua, Orang Islam sangat lemah dan cepat terpengaruh dengan hanya membaca.
Ketiga, membaca Bible yang diedarkan adalah jalan untuk menggugat akidah pelajar Islam.
 Merampas atau membakar Bible bukanlah jalan untuk mempertahankan kesucian agama Islam, jauh sekali untuk menyelamatkan akidah umat Islam. Bahkan, umat Islam boleh sahaja membaca Bible menerusi internet yang tidak boleh dirampas atau dibakar dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk pelajar sekolah.

 "Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau(wahai Muhammad) telah bersikap lemah-lembut kepada mereka dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu'' Ali-Imran :15999

 "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik'' An-Nahl:12599 

 Dan sesungguhnya, merampas serta membakar Bible tidak akan mendekatkan masyarakat kepada agama Islam sebaliknya akan terus memberi persepsi negatif yang mencemar kesucian agama Islam! ~ 29 October 2014 Written By Mohd Zharif Badrul

Dua tamparan hebat ke muka PM Najib!

Posted: 28 Oct 2014 04:44 PM PDT

Allah maha berkuasa, siapa dapat menyangka apa yg Allah rancangkan. 

Siapa Tan Sri Gopal Sri ram (kiri) , beliau adalah bekas hakim kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dulu. Hakim yg tidak dapat membebaskan Anwar Ibrahim kerana terikat, dengan kuasa Allah kini beliau tampil ke hadapan untuk menjadi ketua pembela Dato seri Anwar Ibrahim secara percuma...

 Siapa sangka, satu persatu manusia yg dipaksa menjatuhkan Anwar Ibrahim tampil ke hadapan membela manusia bernama Anwar Ibrahim. 

Dan lihatlah kebanyakan manusia yg bukan Islam, Bukan Melayu tampil membela Anwar tetapi masih banyak melayu melayu bodoh yg mengaku Islam menghina, menfitnah, mengutuk mencaci beliau.

 Orang yang terpaksa menghukum Anwar sekarang menjadi ketua membela Anwar , Kuasa Allah. Wama karu wama karrallah wallahhu khairun ma kirin ( Kamu boleh merancang apa sahaja tetapi perancangan Allah tiada siapa pun tahu )~ Kredit kpd : En Jamil Bin Ismail (Jamil Kucing).


Sebelum ini seorang lagi bekas majistret dan hakim Mahkamah Sesyen yang merupakan pendakwa utama dalam kes liwat II perbicaraan Anwar, Datuk Yusuf Zainal Abidin (gambar kiri) telah memihak mewakili pasukan pembelaan Anwar dalam kes Bersih 3.0.

Penglibatan Datuk Yusuf dalam mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1998 lagi, ketika itu DSAI dituduh buat pertama kalinya setelah keluar dari lokap polis dengan mata lebam. 


Ini semua menunjukan bantahan mereka yang berotoriti dalam perundangan Negara tidak bersetuju dan membenarkan caj bermotifkan politik oleh kerajaa.

 Pada 9 Dec 2011 lalu, Datuk Yusuf dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima.

Sebelum ini beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: 

Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.

Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut. 

Dua  tamparan hebat terhadap kerajaan zalim pimpinan Najib Tun Razak dari dua orang ahli perundangan - seorang bekas hakim yg menghukum Anwar dan seorang pula bekas peguam pendakwa  utama dalam kes liwat II perbicaraan Anwar.

Tiada ulasan: