Khamis, 16 Oktober 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mat Sabu tidak ikut prinsip-prinsip Islam?

Posted: 16 Oct 2014 02:42 AM PDT

Hilang selera kawan nak makan...kesian Mat Sabu...

Mat Sabu kena denggi hari tu besar kemungkinan kerana tak ikut prinsip-prinsip Islam....Bukan aku kata, ada orang lain yang kata : Malaysiakini

Seorang ADUN PAS Kelantan telah memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri bahawa wabak demam denggi semasa di negeri ini adalah kerana kerajaan tidak mengikuti prinsip-prinsip Islam. 

   Walau bagaimanapun, wakil Tawang Hasan Mahmood tidak menyatakan sama ada beliau merujuk kepada negeri atau kerajaan persekutuan, tetapi ia dipetik oleh The Star sebagai berkata wabak itu tidak berlaku kerana kekurangan kebersihan. 

   "Ia adalah satu musibah dari Allah. Selama berabad-abad, Tuhan telah membawa bencana kepada orang-orang yang melanggar hukum-Nya dan ia adalah sama pada masa-masa ini, jika apa-apa penyebaran penyakit yang berpunca daripada tidak mematuhi hukum-hukum Allah, "Hasan memberitahu badan perundangan Kelantan semalam.~Berita sepenuhnya di sini

Tuang Presideng atau Presideng Tuang?

Posted: 15 Oct 2014 05:41 PM PDT


Reaksi dari seorang pembaca mengenai komen Tuang Presideng mengenai pembentangan Bajet 2015 beberapa hari lalu:
" Saya mendengar dan menekuni pembentangan Bajet 2015 oleh Menteri Kewangan Pertama yang juga YAB Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat 10 Oktober 2014" 
 Soalan: Mendengar depan TV atau mendengar sendiri di parlimen? Yang nampak hanya papan tanda nama Marang sahaja....
Hari tu pun tuang, tapi nak komen juga pasal bajet konon nak beri gambaran dia ada bersama dalam dewan...tapi semua orang tau...komennya itu pun orang lain tolong buatkan...

Dalam komennya itu, Tuang Presideng berkata, "Respon awal saya ialah ......." Maknanya akan ada respon selanjutnya dari beliau.

Sepatutnya, Tuang Presideng akan membentangkan hujahnya berbahas di parlimen.Takanlah nak diharapkan Nik Abduh atau Tantawi berdua tu...depa orang baru bukan boleh nak berhujah pun...

Malanglah kita semua, kerana tak berpeluang nak dengar hujah tuang Presideng.... Kerana dia ada urusan yang lebih penting dari menghadiri sesi perbahasan Bajet 2015 yang sedang berlangsung.Korang tak ngaji Fiqh Awlawiyyat mana tahu ... Maslahat berdakwah keluar lebih diutamakan dari maslahat isu semasa melibatkan kepentingan rakyat?


Beberapa komen di face book mempersoalkan kewajaran Tuang Presideng yang tuang:
Takwim Dewan Rakyat untuk Tahun 2014. Takwim ni bkn baru keluar. Jadi kalau ada Ahli Parlimen yang nak keluar negara atas urusan peribadi atau urusan rasmi sekali pun, mesti pandai2 untuk susun jadual. Tambah sekarang ni waktu perbahasan BAJET 2015, sepatutnya tidak ada Ahli Dewan Rakyat yang ponteng ke luar negara atau ke mana-mana atas urusan peribadi. Kalau rasa tak suka masuk Dewan, tak payah kalot nak jd Ahli Dewan. Jangan hanya kerana kita tu ketua parti, kita boleh buat suka hati.
 Kalau elaun yg kita dapat tu untuk tujuan berada di dalam Dewan, kita tak pergi dewan, agak2nya elaun tu halal ke haram ke makruh? Sendiri mau ingat la.~ 
ذوالحزم شاريف
Tugas utama seorang ahli Parlimen adalah menghadiri dan melibatkan diri secara aktif di dalam sidang dewan rakyat yang akan menentukan dasar serta polisi negara. Itulah juga harapan pengundi apabila memilih mereka di dalam pilihanraya. Malangnya ketika sidang dewan rakyat bersidang bagi penggal-penggal yang telah ditetapkan ramai ahli parlimen tidak hadir atau hanya datang untuk tidur, bermain telefon, update status fb, jadi tukang sorak, merasmikan majlis sana sini dan trend terbaru melakukan lawatan ke luar negara semasa dewan rakyat sedang bersidang. Kita rakyat mahu melihat sajahkah atau kita perlu menukarnya?~Haris Alimudin
Nak tanya puak UG dan GU : Ini Tuang Presideng atau Presideng Tuang??

Tiada ulasan: