Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Benarkah atau benarkan PAS meninggalkan PR

Posted: 26 Sep 2014 08:32 AM PDT

OLEH: AMIRULMUKMININ








Seusai upacara angkat sumpah MB baharu Selangor sepatutnya parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengalihkan tumpuan ke arah usaha untuk memperkukuh gabungan itu. Pepatah Melayu 'Buang yang keruh ambil yang jernih' wajar diutamakan dalam beberapa bulan mendatang.
Sekurang-kurangnya, jika pemimpin tertinggi Anwar Ibrahim, Guan Eng dan Hadi lambat berbaik-baik, pemimpin yang lebih rendah atau anak muda yang tidak terlibat dengan pertelagahan politik di Selangor sudah boleh memulakan sessi dialog membina dan memperbaharui persahabatan.

Namun perkara sebaliknya ditunjukkan Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khiruddin yang seolah-olah mahu meneruskan keangkuhan pemimpin unity government (UG) PAS seperti Zuhdi, Tantawi, Zaharudin dan lain-lain. Kenyataan Khairil yang disiar oleh Sinar Harian online hari ini amat menyinggung serta mengocakkan kembali suasana reda dan tenang politik Selangor.

"Sejauh mana kesabaran kita, saya yakin dan percaya, apabila tiba masanya untuk kami keluar daripada PR, kami akan keluar," katanya dipetik.

Situasi ini menimbulkan pertanyaan rakyat apakah PAS akhirnya akan meninggalkan gabungan itu. Persoalan sebelum muktamar lalu benarkah PAS akan meninggalkan Pakatan, selepas ini mungkin ditulis dengan perkataan: 'Benarkan PAS pergi!.'

Terdapat tanda-tanda puak UG dalam PAS mahu meneruskan projek mereka untuk membuktikan PAS adalah saudara kembar Hizbollah di Lubnan. Hizbollah walaupun parti berteraskan perjuangan Islam tetapi mendapat undi daripada puak sekular dan Kristian di sana.

PAS dengan 1 juta keahlian, bagi puak ulama, tidak lagi perlu bergabung dengan mana-mana parti untuk memerintah. Kelab penyokong Cina dan India cukup hebat dan mampu menangani pengundi bukan Islam.

Sekurang-kurangnya itulah visi pemimpin puak yang mendapat pendidikan di Mesir dan Jordan. Jangan terkejut sebahagian daripada mereka ini mempunyai garis fikiran ekstrem seperti ISIL di Iraq dan Syiria.

Namun, untuk survive dalam situasi politik Malaysia, ahli PAS wajib mengambil jalan perjuangan Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat yang sederhana dan praktikal. Bukannya mengikut jalan perjuangan ekstrem puak dari Mesir dan Jordan ini.

Nik Aziz juga mengaji di Mesir tetapi beliau sering bertolak ansur dan faham erti persahabatan bersama rakan-rakan politik. Nik Aziz memerhati terlebih dulu perkembangan politik tanah air, realiti dan risiko sebelum memikir bagaimanakah PAS akan bertindak dengan sebaik-baiknya.

Manakala pemikir dari Timur Tengah yang mengelilingi Hadi tidak mengambil pendekatan sedemikian. Mereka tanpa merujuk banyak perkara terus sahaja memutuskan sesuatu isu dengan pandangan agama yang sempit. Kemudian cuba memaksa keputusan yang tidak praktikal itu dengan mencari seberapa banyak hujah agama bagi mensucikannya.

Islam tidak pernah mengajar kaedah penyelesaian sedemikian. Pertentangan pendapat dibenar selagi tidak merugikan jemaah. Begitu juga strategi perkongsian kuasa seperti mana dalam Pakatan. Semuanya berpandukan realiti sekeliling.

Sekiranya ahli dan pemimpin PAS berada dalam perjuangan yang mementingkan hukum praktikal dan realiti maka apa yang berlaku di Selangor tentunya menggembirakan mereka.

Tetapi jika mereka mengambil jalan keras dan menganggap diri mereka sahaja yang betul maka tindakan meninggalkan Pakatan adalah yang terbaik buat PAS.

Malah pemimpin Pakatan pun tidak berminat sekiranya PAS duduk dalam gabungan dan berkhidmat sepenuh masa mencipta huru-hara agar PR gagal menjadi pesaing yang ampuh kepada BN dalam PRU 14.

Rakyat sudah cukup menderita dengan kenaikan harga barang, GST, minyak dan pelbagai lagi. Kini pemimpin PAS pula menambah derita rakyat dengan kerenah mereka.

Inikah parti yang akan menggantikan Hezbollah? Jika PAS di Lubnan pun belum tentu mereka boleh menggantikan Hezbollah dengan perjuangan lebih mengutamakan bangsa berbanding Islam  sebagaimana ditunjukkan dalam perbahasan muktamar lalu.

Perpecahan PAS punca utama kekalahan Pengkalan Kubur

Posted: 26 Sep 2014 08:30 AM PDT

OLEH : AMIRULMUKMININ








PAS menafikan perpecahan dalaman sebagai punca utama kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor. Bagaimanapun, bersetuju faktor utama tidak kembalinya pengundi anak perantau telah menjejaskan peluang parti itu untuk menundukkan Umno.
Kelemahan  itu sewajarnya menyedarkan PAS mengenai realiti perjuangan. Anak perantau tidak merantau dan bekerja di Terengganu yang mana PAS muncul sebagai kuasa terhebat dan tidak memerlukan Pakatan Rakyat sebagai rakan politik.

Sebaliknya anak rantau berada di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Baharu dan Pulau Pinang. Kota-kota ini jelas perjuangan Pakatan jauh mengatasi perjuangan walak sempit PAS. Apabila PAS mengakui anak rantau tidak kembali maka mereka harus sedar sikap berdolak-dalik Presiden Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam kemelut politik Selangor sebagai penyumbang terbesar kehilangan sokongan anak perantau terhadap parti agama itu.

Mungkin pemimpin PAS Pantai Timur apabila turun ke bawah, para pengikut PAS masih lagi berbisik mereka akan walak walau apa pun terjadi. Walaupun Hadi mencaci pemimpin Pakatan, ia tidak menjadi masalah kepada golongan tersebut.

Tetapi sekiranya pemimpin PAS bertanya penyokong mereka di Pantai Barat maka telinga mereka akan panas dengan kritikan pedas, kepimpinan ulama telah merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan yang diharap akan mengganti BN. Maka sudah tentu anak perantau yang lebih terdedah dengan pemikiran politik Pantai Barat tidak bersetuju dengan pemimpin PAS Pantai Timur dan membiarkan mereka bersendirian melawan BN seandainya benar PAS hebat.

Kekalahan di Pengkalan Kubor juga merupakan langkah 'terjun jurang' kepada puak UG. Calon PAS yang bertanding ialah Wan Rosdi Wan Ibrahim, seorang penyelaras DUN dan dikatakan disenangi oleh pengundi di kawasan tersebut melalui perkhidmatannya. Tetapi mengapakah beliau kalah lebih teruk berbanding calon PKR sebelum ini?

Ketika PKR bertanding, calon mereka hanya kalah dengan 1700 undi majoriti tetapi calon PAS kalah 2,600 undi. Sebelum pilihan raya Menteri Besar Ahmad Yaakob, Timbalan MB Nik Amar, Hadi, Tuan Ibrahim dan lain-lain semuanya meramalkan Rosdi akan menang atau sekurang-kurangnya merapatkan jurang majoriti PAS.

Ada dua perkara yang jelas daripada kekalahan PAS ini. Pertama, selepas pemimpin UG PAS mencaci PKR, rakyat Kelantan sendiri melihat PAS tidak ada masa depan lewat ancaman untuk keluar Pakatan berulang-kali.

Bagi mereka, tanpa Pakatan PAS akan kembali ke zaman lama yang tidak terbuka. Tiada lagi ciri-ciri moderat, dinamik, akauntabiliti dan sebagainya. Pemerintahan PAS akan kembali ke era ala kadar dan tanpa perancangan masa depan yang baik.

Oleh ketana itu, penyokong PAS lebih mudah mengundi BN yang mampu memberi pembangunan dan membelanjakan kewangan yang banyak kepada rakyat. Strategi BN ini hanya mampu dilawan oleh Pakatan. Dengan imej kepimpinan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau dalam DAP maka harapan rakyat lebih menyerlah untuk menyaksikan BN digantikan oleh sekumpulan pentadbir yang lebih baik.

Kedua, kekalahan PAS juga adalah kerana kurangnya perancangan pembangunan oleh kepimpinan ulama Kelantan. Memang Nik Aziz juga seorang ulama, tetapi beliau lebih proaktif dan progresif. Beliau tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan Husam Musa dalam merancang pembangunan Kelantan. Hasilnya adalah Bandar Baru Tunjung, pembinaan stadium baru dan pelbagai prasarana yang menaikkan imej Kota Bharu.

Pentadbiran Ahmad Yaakob dilihat hanya mengikut pelan bercita-cita tinggi Husam tanpa melakukan sesuatu yang baru. Bagi rakyat, petanda kelemahan PAS sudah tiba. Dan sepertimana diakui oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, bahawa tanpa pengundi anak rantau maka Kelantan mungkin jatuh ke tangan BN.

Pengajaran yang perlu diambil dari peristiwa Pengkalan Kubur ialah pengaruh PAS di Kelantan telah sampai ke penghujung. Strategi yang mereka amalkan tidak sesuai. Apatah lagi Kelantan telah masuk ke dalam perangkap Umno dan berkerjasama ingin meluluskan undang-undang Hudud di peringkat persekutuan.

Apabila Umno juga inginkan Hudud maka dosa mengundi Umno telah lupus. Fatwa yang terpakai di kalangan penyokong PAS, Umno adalah sekular dan berdosa mengundi mereka lenyap apabila Umno juga inginkan undang-undang Islam. Jadi dengan itu lebih baik rakyat Kelantan mengundi Umno yang mewah serba serbi berbanding kerajaan PAS yang hanya mengharap peruntukan Persekutuan tanpa berusaha sendiri mencari sumber kewangan.

PAS hanya akan selamat apabila mereka berjuang bersama Pakatan. Tetapi dengan perangani Ahmad Yaakob dan Nik Amar yang setuju parti itu menghentam Anwar, Azizah dalam krisis Selangor, tiada rakyat Kelantan percaya PAS akan bekerjasama baik dengan Pakatan selepas ini.

PAS perlu sedar sekelilingnya telah jauh berubah. Mereka juga perlu berubah dan tidak mengutamakan ijtihad ulama untuk menang. Hadi telah luput tarikh. Dia kalah mentadbir Terengganu. Faktor Hadi mempertahankan Azizan Razak juga punca kekalahan di Kedah.

Tetapi jika PAS hanya inginkan gerakan agama dan tidak mahu memperbaiki diri dalam pemerintahan maka lebih baik ia bertukar menjadi gerakan tabligh. Sekurang-kurangnya rakyat tidak perlu membantah jika tidak selesa dengan perjuangan sebuah pertubuhan dakwah.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT