Tukar Tiub |
- LANTIKAN DITAKTOR
- JELAS LAGI TERANG
- BERBAHAGIALAH HENDAKNYA
- NAJIB AKAN KENA TENDANG
- PETANG KELMARIN JALAN PANGGUNG
- ILMU PERLEMBAGAAN KITA
- JANGAN SEBAR FITNAH
- JENAYAH SERBAN PUTEH
- BERITA BARU MASUK
Posted: 08 Sep 2014 06:49 PM PDT KOMENTAR semakin banyak warga dunia mahu keputusan diambil dengan cara berbincang memecahkan kuasa mutlak muak dengan ikut arahan merperkasa diri ini tamadun demokrasi parti pas sedang menentang arus Pas Pahang tetap pertahan Hadi ---------- |
Posted: 08 Sep 2014 06:00 PM PDT
Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari menegaskan kelayakan tunggal seorang menteri besar adalah sama ada beliau mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN). "Syarat tunggal untuk seorang MB – atau PM atau KM (ketua menteri) – adalah majoriti. "Gender, kelayakan akademik, malah kehendak peribadi sultan, juga tiada tempatnya," katanya. KOMENTAR paling jelas paling cerah tak susah nak difahami dewan undangan selangor ada 56 adun wan azizah mendapat 30 undi dalam bentuk akuan bersumpah yang lain hanya hampeh tapi inilah tanda kita dalam dunia ketiga KAH KAH KAH ------------- |
Posted: 08 Sep 2014 07:00 AM PDT Wan Azizah: Saya sedikit terguris tapi tak marah6:19PM Sep 8Presiden PKR itu anggap komen beliau "tidak berkelayakan" jadi MB sebagai teguran dan meminta ahli partinya tidak buat kenyataan balas. KOMENTAR perempuan berjiwa besar suami pernah dipenjara anak pernah difitnah keluarga selalu ditohmah diri sendiri dipelekeh tapi perempuan ini berjiwa besar perempuan ini tidak pernah marah berbahagialah sang suami berbahagialah sang anak berbahagialah parti yang dipimpin perempuan ini berbahagialah selangor hemdaknya |
Posted: 08 Sep 2014 06:00 AM PDT ARKIB BERIAT 11 JULAI 2012 PM mansuh Akta Hasutan, gubal Akta Keharmonian Nasional KUALA LUMPUR - Najib Razak malam ini mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini. "Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini. Sekiranya Akta Hasutan dihapuskan, misi kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 juga akan menuju kegagalan. More Akta yang dicadangkan oleh NUCC kepada kerajaan ini terpecah kepada tiga, iaitu Racial and Religious Hate Crimes Bills, National... More ›› KAH KAH KAH woit apa maknanya ini? najib kata mansuh ibrahim ali kata jangan mansuh najib kata hapus madey kata jangan hapus zam kata jangan hapus ini ertinya najib nak kena tendang oleh ibrahim ali KAH KAH KAH |
PETANG KELMARIN JALAN PANGGUNG Posted: 08 Sep 2014 12:38 AM PDT NASI PANGUNG anak semua bangsa berhujung minggu bersama warga miskin kota, tanpa rumah saling tak mengenal nama, bertukar-tukar kasih, bertukar-tukar rasa menikmati kehidupan, menikmati selagi ada Menu & kontributor untuk Dapur Jalanan minggu lepas:- Tim Dapur Jalanan - Bihun TomYam Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral Qish Awek Cun - Pau Kacang Merah Nani & kawan-kawan - Roti Fazzy kelas kita - Buah-buahan Para penyumbang tenaga; yang buat sibuk; yang buat ramai:- Aisyah, Syu, Fazzy, Sya, Amir & hazman MSU Ila awek Ipoh, Nani & kawan-kawan Ida & abg krew TV Al-Hijrah, Man & Ustaz WanJi, Ronasina & keluarga, Wak Jal Hamdan, Hijrah, Azen, Mat & Battalion GengKotak dan semua kawan2 yg hadir membantu, menghidang & memeriahkan petang ahad di Jalan Panggung! Terima kasih daun keladi adik, abang, kakak, awek & semua jemput datang ke Jalan Panggung minggu depan kita berdapur lagi! - Dapur ada merchandise baru! Apron DapurJalananKL! RM20.00 dgn sumbangan. Boleh dapatkan di Jalan Panggung dan sekitar kawasan jajahan. untuk tempahan tunggu sekejap, akan diumumkan untuk maklumat info, sila cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur dan follow twitter: @DapurJalanan & Insta - dapurjalananKL - untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur Jalanan, CIMB: 8001-7278-49 spkl collective - Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah Pakwan = 019-267-12-85 Hadikhalid = 012-664-88-73 Dapur Jalanan Kuala Lumpur *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa* 08 September 2014 --------------- |
Posted: 07 Sep 2014 10:09 PM PDT INSTITUSI TIANG NEGARA Melayu perlu pertahan empat institusi, kata Zahid Hamidi Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu perlu mempertahankan empat institusi yang selama ini menjadi tonggak kekuatan bangsa dan Umno. Katanya empat institusi tersebut adalah Seluar Dalam Rosmah, sebagai simbol persekutuan, Cincin Rosmah sebagai cahaya berpelembagaan, hak keistimewaan Rosmah memakai Beg Birkin dan Rambut Rosmah rambut kebangsaan. "Kita dalam Umno harus pertahankan empat institusi ini, tiada kompromi terhadap keempat-empat institusi ini dan Umnolah yang mendukung kekuatan empat perkara ini," katanya. Beliau berkata pada masa kini terdapat pihak tertentu yang cuba menyanggah empat institusi tersebut apabila melihat Umno mula berpecah dan ada juga anggota parti yang bertelagah sesama sendiri. --------- |
Posted: 07 Sep 2014 08:28 PM PDT Setiausaha Agung PKR tidak pernah membuat kenyataan kepada media mengenai jumlah nama calon Menteri Besar Selangor yang akan di... More › PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan bahawa parti itu bersetuju untuk menghantar tiga nama kepada pihak Istana. Dalam kenyataan tersebut PKR menjelaskan laporan berita yang dibuat oleh mStar ("Isu MB: PKR Akhirnya Hantar Tiga Nama") dan The Star (" PKR finally agrees to nominate three candidates for MB") adalah tidak benar sama sekali. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menjelaskan Setiausaha Agung PKR tidak pernah membuat kenyataan kepada media tersebut mengenai jumlah nama calon Menteri Besar Selangor yang akan di hantar PKR kepada pihak Istana. "Jelas rencana-rencana tersebut turut cuba menimbulkan persepsi bahawa Setiausaha Agung mengesahkan maklumat jumlah calon seperti yang dinyatakan. KOMENTAR diterangkan saterang terang parti keadilan rakyat -pkr hantar satu nama sahaja nama itu ialah nama wan azizah yang juga presiden pkr hartar satu nama ertinya tak ada nama lain hanya nama wan azizah tidak ada nama azmin tidak ada nama azman tidak ada nama azmon yang ada hanya nama wan azizah ini pun susah nak faham atau memang ada niat jahat |
Posted: 07 Sep 2014 07:58 PM PDT |
Posted: 07 Sep 2014 07:41 PM PDT FORUM DITERUSKAN KENYATAAN MEDIA PASMA Pihak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa sebagai sebuah badan bukan kerajaan akan meneruskan forum Pas + Umno: Ke Mana Halatuju? seperti yang dijadualkan. Berikutan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyerang PasMa, maka PasMa akan meneruskan forum bagi menjelaskan kepada masyarakat fungsi dan barisan kepimpinan PasMa. Pihak PasMa juga akan menjawab semua tohmahan dan laporan songsang berkenaan badan kami ini. Dengan ini, kami berbesar hati menjemput rakan media untuk turut serta membuat liputan progran anjuran PasMa pada malam ini bertempat di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur jam 8 malam. Sekian untuk makluman terkini dari PasMa. Terima kasih, Yang benar, Taib Ahmad Setiausaha Agung PasMa 010-885-33-06 |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan