Tukar Tiub |
- PECAH BERITA - ADAM ADLI DIPENJARA
- AKTA BAGINDA QUEEN 1948
- NAJIB JUAL MALAYSIA KEPADA AMERIKA
- TUKAR TIUB PECAH BERITA
- MENTERI BESAR BARU
- TEKNIK TANGKAP JIN
- NASIONALISMA SABAH SARAWAK BERKEMBANG
- FUKUSHIMA - SATU LEDAKAN NUKLEAR
- BISNES CUKONG TAK ADA CUKAI
PECAH BERITA - ADAM ADLI DIPENJARA Posted: 18 Sep 2014 07:21 PM PDT ADAM ADLI dijatuhkan hukum penjara 12 bulan SALUT ANAK MUDA --------- |
Posted: 18 Sep 2014 06:45 PM PDT SALUT safuan anang adam adli dua anak muda meneruskan garis perjuangan safuan anang telah dijatuhakan hukuman 10 bulan penjara adam adli ketika berita ini ditulis telah didapati bersalah dan sendang menunggu hukuman dua anak muda ini telah dihadapkan ke mahkamah dibawah akta hasutan baginda queeen 1948 dua anak muda ini telah dituduh menghasut dalam ucapan mereka di dewan china kuala lumpur pada malam 13 mei 2013 isi ucapan mereka yang menerangkan bahawa pru13 adalah penipuan INI ADALAH SOSOK yang sedang menghadapi tuduhan dibawah akta hasutan 1948 baginda queen ---------- |
NAJIB JUAL MALAYSIA KEPADA AMERIKA Posted: 18 Sep 2014 06:30 PM PDT Adakah Malaysia Telah Bersetuju Untuk Bersama Dalam Kerangka Asia Pivot Amerika Syarikat? Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun mengeluarkan satu kenyataan mendesak penjelasan dan respons daripada Perdana Menteri susulan kenyataan US Chief of Navy Operation berhubung penempatan pesawat risikan P8-A Poseidon di Sabah pada 12 September 2014. Menteri Pertahanan telah menafikan kenyataan tersebut dan juga menafikan Malaysia telah memberikan kebenaran kepada Tentera Laut Amerika Syarikat. Lanjutan daripada itu, SAMM telah melakukan sedikit kajian dan mendapati kemasukan Tentera Amerika Syarikat ke negara ini adalah lebih kerap selepas kunjungan Presiden Obama pada bulan April lepas. Bulan Jun 2014, satu eksais yang dinamakan Cope Taufan 2014 telah dilakukan di utara semenanjung di antara Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (RMAF). Eksais ini melibatkan pesawat tempur berteknologi tinggi milik USAF iaitu F-22 Raptor. Eksais ini adalah merupakan kali pertama F-22 datang ke Asia Tenggara walaupun Amerika Syarikat mempunyai sekutu rapat di Singapura dan Filipina. Malah, Tentera Udara Singapura juga perlu membayar kos yang tinggi untuk menyertai latihan dengan F-22 dalam eksais Red Flag Alaska. Jadi, mengapakah USAF memilih untuk menghantar F-22 Raptor dalam latihan ketenteraan bilateral bukannya multilateral dengan negara yang bukan sekutu Amerika Syarikat? Dari 25 Ogos sehingga 2 September 2014, satu lagi siri latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dilakukan di Kampung Tanduo, Sabah. Latihan yang dinamakan MALUS AMPHEX 2014 menggunakan aset US Marine Assault Amphibious AAV-P7 ini disertai oleh pasukan US Marines dan pasukan tentera kita. Dan bermula 13 September hingga 26 September 2014, latihan ketenteraan Keris Strike Siri 18/2014 pula menyaksikan kehadiran tentera dari United States Army Pacific Command (USARPAC) di Pantai Timur Semenanjung. Adalah sesuatu yang agak pelik kerana secara tiba-tiba Malaysia kelihatan seperti sangat mesra dengan ketenteraan Amerika Syarikat. Dalam tempoh kurang daripada 6 bulan, nampaknya Amerika Syarikat telah berjaya melaksanakan latihan ketenteraan dengan Malaysia yang meliputi pertahanan darat, laut dan udara. Apakah mungkin jika tiada apa-apa kelebihan atau perjanjian, Amerika Syarikat akan menawarkan peluang kepada negara bukan sekutu mereka secara bilateral untuk berlatih dengan aset-aset ketenteraan dan taktikal mereka yang serba canggih itu? Adakah Malaysia telah mengambil peluang kehadiran Presiden Obama tempohari untuk menyatakan persetujuan untuk bersama-sama dalam kerangka Asia Pivot tajaan Presiden Obama? Salah satu pilar Asia Pivot adalah hubungan perdagangan dan ketenteraan. Dan Malaysia sedang dalam rundingan TPPA, apakah mungkin juga kita akan memulakan hubungan ketenteraan dengan Amerika Syarikat? Walaupun Menteri Pertahanan telah membuat penafian, namun seharusnya tindakan yang lebih tegas dan affirmatif perlu diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam isu kenyataan oleh US Chief Of Naval Operation, Jonathan W. Greenert tersebut. Dengan siri latihan ketenteraan bersama Tentera Amerika Syarikat yang meliputi darat, laut dan udara serta kenyataan tawaran Malaysia kepada Tentera Amerika Syarikat itu dikeluarkan oleh seorang Pegawai Tinggi Tentera Laut Amerika Syarikat dan juga merupakan penasihat operasi ketenteraan maritim kepada Presiden Amerika Syarikat, sudah pastilah ia akan memberikan isyarat yang tidak betul kepada dunia. Maka, ia tidak harus dinafikan dengan satu kenyataan di media massa sahaja oleh Menteri Pertahanan. Sehubungan itu, SAMM mendesak Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri untuk segera mendesak rakan sejawatan mereka dari Amerika Syarikat agar meminta maaf dan menarik semula kenyataan yang dikeluarkan oleh US CNO tersebut. Kegagalan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan dalam memberi maklum balas akan memberikan isyarat yang salah kepada dunia dan berpotensi mendatangkan impak negatif bukan sahaja kepada aspek negara berkecuali malah dibimbangi akan melarat hingga aspek keselamatan negara dan hubungan perdagangan yang besar dengan negara-negara dunia yang lain. Sempena dengan semangat ulangtahun Kemerdekaan negara, SAMM menyeru agar Kerajaan Pemerintah memastikan kedaulatan negata tidak digadai kepada mana-mana kuasa besar. Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara NAM yang bebas tidak berpaksi kepada mana-mana kuasa besar. Ahmad Anwar Asyraf Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia ---------- |
Posted: 18 Sep 2014 06:22 PM PDT ADAM ADLI didapati bersalah kini dalam mahkamah jalan duta kuala lumpur sedang menunggu hukuman yang belum dibuat oleh hakim ------------ |
Posted: 18 Sep 2014 08:00 AM PDT KOMENTAR jika azmin ali diterima ertinya dipilih tanpa sokongan parti krisis berterusan kerana azmin ada kes rasuah jika ahli pas diterima undi tak percaya akan berjalan dun dibubar untuk pemilihan baru maka semua berjalan saperti biasa jika dr idris di terima ini diluar jangkaan Kerajaan Selangor tidak kekal lama jika MB baharu daripada PAS, kata Mat SabuKerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan bertahan lama sekiranya Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan melantik menteri besar baharu daripada kalangan pemimpin PAS, kata Mohamad Sabu. Timbalan presiden PAS itu berkata, pelantikan itu tentu tidak akan dipersetujui DAP dan PKR sementara PAS juga akan komited mempertahankan kerusi menteri besar itu sebagai milik PKR. "Kalau DAP dan PKR tidak setuju daripada PAS (sebagai menteri besar), Selangor akan jadi kerajaan sementara," kata Mohamad yang ditemui pemberita di Batu Pahat, Johor selepas Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini. -------- |
Posted: 18 Sep 2014 05:18 AM PDT FACE BOOK Bagi Tulang Besi, kenyataan Harun Din ini adalah petanda bongkak dan sombongnya "ulama" dalam PAS. Sudah tau mereka melakukan khianat dan dengki, mahu pula berlagak seolah mereka berada di pihak yang benar. Padahal berjuta rakyat Malaysia nampak betapa jahatnya pengkhinatan segolongan "ulama" dalam PAS. Nasihat saya pada HArun Din, bangkai gajah takkan boleh ditutup dgn daun nyiru. Di zaman IT dan Internet ini, pembohongan dan pengkhianatan ulama dlm PAS akan terus diingat dan dicemuh oleh jutaan manusia di Malaysia ini. INI JIN SHAMSUDIN Haron Din: Kaji semula kerjasama dalam PakatanTimbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama hari ini, Haron berkata "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS. OPERASI TANGKAP HANTU,PEKERJAAN YANG SIA-SIAKUALA LUMPUR: Beberapa tokoh agama sependapat menyatakan perbuatan menangkap hantu atau keseronokan melihat perlakuan itu sebagai pekerjaan yang sangat sia-sia.Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin, berkata tiada guna manusia menghabiskan masa semata-mata untuk menangkap hantu atau melihat perbuatan itu. "Buat apalah tangkap hantu. Itu semua mengarut. Secara ratio atau perbandingan, jumlah jin 99 kali ganda daripada jumlah manusia. Tiada gunanya tangkap hantu," katanya.. KAH i rest my case my lord ---------- |
NASIONALISMA SABAH SARAWAK BERKEMBANG Posted: 17 Sep 2014 10:35 PM PDT 61 2 0 71 FB 'Pemisah' Sabah perjelas kempen FBKOTA KINABALU: Doris Jones, seorang aktivis dari Sabah yang kini tinggal di United Kingdom, menjelaskan bahawa dia mewujudkan kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) di Facebook untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk mengenai status wilayah ini dalam Malaysia dan melaksanakan kempen pendidikan. "Kempen kami semakin berkembang sejak empat tahun lepas terutamanya di kalangan generasi muda dan telah diinstitusikan di bawah Kesatuan Sarawak Sabah – UK," kata Doris dalam satu kenyataan. "Warga tua juga kini mula bangkit dan kami berharap lebih ramai akan sedar bahawa Kerajaan Malaysia menyembunyikan kebenaran daripada mereka sejak 51 tahun yang lalu." Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan oleh polis Sabah bahawa mereka sedang memerhatikannya dan kini memburunya. Salah satu matlamat kempennya adalah untuk bersuara menentang pencabulan hak-hak asasi manusia dengan merujuk secara khusus kepada akta drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini ramai menggesa supaya dikembalikan dan Akta Hasutan. Beliau mengalu-alukan sebarang langkah oleh Kerajaan Malaysia Untuk membawanya ke Mahkamah di United Kingdom. "Mereka boleh mengemukakan keterangan mereka di Mahkamah dan saya akan mencabarnya," kata Doris mengesahkan bahawa tiada sesiapa menghubunginya setakat ini. "Kita tidak perlu takut pada kebenaran. Keadilan tidak boleh dinafikan." Dalam kenyataan ringkas beliau, Doris berkata dia dilahirkan di Sabah, Borneo Utara dan pernah bekerja dengan seorang akauntan dan seorang hakim Australia. Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan nama negara tempatnya bekerja. I REST MY CASE MY LORD --------- |
FUKUSHIMA - SATU LEDAKAN NUKLEAR Posted: 17 Sep 2014 08:19 PM PDT LIHAT DAN AMATI KLIP INI MARI BELAJAR DARI KESILAPAN Nuklear: Kerajaan belum ada kata putus KUALA LUMPUR 17 Sept. - Kerajaan belum memutuskan sama ada untuk membina projek loji tenaga nuklear di Malaysia sejak cadangan perancangannya mula dibuat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 2010 ekoran timbul perdebatan dalam masyarakat terutama apabila berlakunya tragedi gempa bumi di Fukushima, Jepun tiga tahun lalu. Timbalan Ketua Pengarah Program Pembangunan Teknologi dan Penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Ir. Dr. Muhd. Noor Muhd. Yunus berkata, bagaimanapun pihaknya bersama Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC) dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom telah membuat persediaan sekiranya pembinaan loji tersebut dilaksanakan. KOMENTAR anak muda bersedia dunia ini akhirnya milik kamu jika loji didirikan turun ke jalan raya najib sedang dipau oleh pemodal peranchis kes kapal selam scorpene kes bunuh altantuya kini di mahkamah peranchis beli loji nuklear peranchis kes tutup |
Posted: 17 Sep 2014 07:45 PM PDT KUALA LUMPUR 17 Sept. - Persatuan Kebangsaan Teknologi Komunikasi Maklumat Malaysia (Pikom) berharap semua produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dikecualikan daripada sebarang cukai bagi bajet 2015. Pengerusi Pikom, Cheah Kok Hoong berkata, ia merupakan cadangan utama yang telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan sejak dua bulan lalu untuk dipertimbangkan. Katanya, ketika ini produk ICT berkenaan sememangnya diberi cukai kadar sifar. KAH KAH KAH woit ini bukti bisnes cukong tak ada cukai tapi rakyat semua kena cukai gst mustahil tak faham mustahil tak sedar KAH KAH KAH ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan