Rabu, 17 September 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Suhaizan perlu urus krisis dalaman Pemuda sebagai contoh

Posted: 16 Sep 2014 06:20 PM PDT


Secara peribadinya saya kenal susuk tubuh Ketua Pemuda PAS Malaysia ini. Cara dia berfikir, berhujah dan mencetus idea. Di mana rujukan dan ideolanya. Tahniah dan syabas atas ucapan dasar yang pada pendapat saya banyak perkara boleh dibahas dan diperincikan.

Saya ingin ambil satu cebis petikan daripada ucapan dasar beliau. Iaitu:-

7. Pengurusan Krisis dalam PAS

Agenda memperkasa parti adalah satu kemestian pada waktu ini. PAS Pusat dilihat semacam tiada plan tindakan dalam mengurus konflik yang berlaku dalam parti. Perbezaan pendapat dalam PAS tidak diruskan dengan baik sehingga menjadi krisis yang parah. Pemuda PAS sangat sedih apabila Majlis Syura Ulama diperlekeh dan dipertikai oleh sesetengah ahli dan pihak luar. Isi kandungan mesyuarat boleh dicapai oleh media luar parti dengan begitu cepat. Perbincangan dalaman boleh sampai ke media pihak lawan. Media baru yang sepatutnya menjadi alat untuk berdakwah sudah menjadi alat untuk menembak kaki sendiri. Lebih malang lagi apabila masalah di rumahtangga jiran, tiba-tiba rumahtangga kita pula yang berantakan. Masyarakat umum menggeleng kepala melihat betapa lemahnya kita mengurus krisis sehingga luka kecil akhirnya bernanah.


Walaubagaimana pun kita masih belum terlambat. Saya yakin PAS mampu membuat perubahan dalam memantapkan pengurusan parti. Majlis Syura Ulama perlu diperteguh untuk terus memandu parti agar tidak terbabas daripada landasan syara'. Kita juga perlu sedar bahawa musuh-musuh kita sudah mengenalpasti 'lubuk' kita untuk terus dimanipulasi bagi melemahkan parti. Justeru aspek pengurusan krisis (crisis management) dalam parti perlu dimantapkan segera. Saya juga menyeru para pimpinan parti untuk menjadi qudwah dalam menunjukkan disiplin dan adab yang tinggi kepada ahli parti khususnya ketika mengahadapi satu-satu krisis. War Room PAS Pusat yang ditubuhkan perlu di aktifkan. Lembaga Disiplin parti juga dilihat terlalu lesu dan perlu diperteguhkan segera. PAS Pusat perlu lebih serius menguruskan krisis yang sedang berlaku.
Perbezaan pendapat dan konflik dalaman adalah lanjutan daripada perbezaan pandangan dan pendekatan dalam menanggani isu dan kaedah dakwah. Perkara bermula daripada pemuda lagi. Jika kita 'study' sejarah pemuda PAS kita akan lihat sebenarnya konflik memang wujud dan dia akan berterusan selagi dinamakan 'manusia'.

Dulu semasa saya berjinak dengan pentadbiran pejabat pemuda di Taman Melewar krisis yang sama berlaku tetapi tidak di'lihat' sebagai suatu yang serius walaupun setiap kali pemilihan pemuda akan ada kecoh. Masih Ingat bagaimana Khalid Samad yang selalu tersingkir setiap kali pemilihan pemuda pada masa itu.

Ramai berpendapat parti di'lihat' tidak mempunyai pelan tindakan untuk mengurus konflik dalaman dan perbezaan pendapat dalam parti sehingga bertukar menjadi krisis yang parah. Ini menjadi pertanyaan kepada saya adakah dulu parti ada plan tindakan yang baik sehingga semua krisis dapat ditanggani? dan kini pelan tindakan itu hilang atau tidak amalkan?

Saya mempunyai groups whatsapp yang mana ahlinya sangat aktif. Groups ini diasakan atas dasar bekas pelajar yang mempunyai satu fikrah. Tapi kini groups ini menjadi groups yang sangat serius konfliknya sehingga wujud 2 jalur pemikiran. Dua jalur ini sentiasa ber'tengkar' dengan masing-masing menegakkan hujah. Dalam groups ini ada admin tetapi admin tidak menjalankan tugas sebagai moderator untuk menyelesaikan konflik yang ada. Masing bebas dan terbuka dalam membuat kritikan sehingga isu-isu yang serius.

Dalam siri-siri pertengkaran,  saya ingat akan ada yang akan keluar dan merajuk tapi mereka masih ada dan meneruskan pertengkaran. Selepas pertengkaran yang serius kami disajikan dengan minum atau makan bersama dan kadang kala ada berjabat tangan kononnya 'wujud pendamaian' pada pendapat saya itu sekadar sinikal semata-mata.

Adakah itu ukhwah??

Ok kita berbalik kepada pemuda. Saya lebih suka Suhaizan dan Abdul Khalil dilihat bersama dalam semua program untuk menunjukkan bahawa Ketua dan Timbalan harus seiring dalam menguruskan kepemudaan PAS Malaysia. Jangan nampak seoralah-olah 'one man show'.

Perbezaan pendapat dan aliran pemikiran boleh disatukan dengan 'ukhwah islamiyyah'. Ukhwah bukan bermakna kita hilang pendapat dan pandangan kita tetapi lebih kepada 'toleransi' dalam membina kekuatan.

Begitu juga dalam hal pemuda menyelasaikan konflik yang berlaku antara Pakatan Rakyat, di'lihat' seolah-olah timbalan tidak bersama, sedangkan timbalan adalah saluran terbaik untuk KP berjumpa terus dengan Presiden.

Itu baru dua individu, masih belum untuk keseluruhan AJK Pemuda.

Seorang penganalisis politik pernah membuat komentar semasa Ustaz Fadhzil Mohd Noor menjadi Presiden dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjadi timbalan kedua-dua walaupun sefikrah tetapi kebersamaan dalam program-program tidak banyak dimana Abdul Hadi lihat lebih tertumpu di sebelah timur dan dilingkungi oleh ulama dan Ustaz Fadhil di'lihat' lebih banyak bersama dengan kebangkitan rakyat. Ini menjadi faktor seolah-olah Abdul Hadi ketinggalan dalam arus kebangkitan reformasi.

Bila Abdul Hadi menjadi Presiden dan Mohamad Sabu pula menjadi timbalan kebersamaan ini makin ketara dan jurang perbezaan makin mendalam.

Suhaizan dicadangkan lebihkan program bersama antara pemuda, cuba rapatkan dua jalur dalam pemuda dan menjadikan satu ikatan yang kuat barulah kita boleh bercakap tentang jalur dalam PAS Pusat yang kini makin melebar.

Sudah setahun, sepatutnya apa yang disebut pada muktamar kali ini telah pun dilakukan pada Pemuda dan Pemuda menjadi contoh terbaik dalam plan tindakan penyelesaian masalah konflik dalam PAS.

Sekadar memberi pandangan dari jauh.



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Cg Pa kata Rafizi Bodoh, Mahfuz kata Nik Nazmi Kurang Cerdik!

Posted: 16 Sep 2014 10:26 AM PDT


Masih ingat lagi Rafizi Ramli membuat kenyataan dalam forum berkenaan "Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar."

"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," katanya yang juga ahli Parlimen Pandan.


"Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Mustafa Ali (Cg Pa) kepada portal The Malaysian Insider.


Cg Pa mengulas kenyataan Rafizi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada UMNO itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya dengan kenyataan pendek. Ramai blogger anti-Presiden PAS mengulas kenyataan Rafizi dengan pelbagai andaian yang buruk kepada Presiden PAS dimana ini sinifikan dengan kehadiran Hanipa Maidin AJK PAS sendiri yang seolah-olah mengiya perkara ini dengan menyebut jika benar amat malang pada PAS.

Serang AJK PAS dalam forum berkenaan dilihat sebagai satu serangan kepeda kepimpinan ulama PAS termasuk diri Presiden PAS. Presiden PAS hanya berdiam diri pada masa itu. Bila Presiden PAS membuat kenyataan bahawa yang mula nak peluk cium Kuli ialah PKR dan DAP sampai hari ini tiada ulasan oleh Rafizi. Diam membisu bagaimana mati kutu.. malah DAP pun senyap dengan kenyataan ini sehingga da yang menyebut kenyataan Cg. Pa bahawa Rafizi bodoh memang tepat sekali!  (rujuk di sini)

Beberapa hari lalu kita dengar pula
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor sebagai cara memelihara keutuhan Pakatan Rakyat dan mengatasi kemelut bersabit jawatan itu.

Hadi menyatakan demikian  kepada rombongan sayap pemuda Pakatan Rakyat yang menemui beliau semalam, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad.
 
"Dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," Nik Nazmi memetik Hadi sebagai berkata.

Tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan isi perbincangan pertemuan beliau dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan 'kurang cerdik'. 

Malah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berpendapat, Nik Nazmi seharusnya lebih cermat dan bijak sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum.

"Tindakan beliau itu kurang cerdik," itu tegas Mahfuz ketika diminta komen beliau berhubung kenyataan Nik Nazmi yang mendedahkan pendirian Hadi supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar jika mahu kemelut di Selangor ketika ini  berakhir.

"Saya tidak pasti apa isi perbincangan itu, tetapi kalau itu dakwaan Nik Nazmi, itu satu perjumpaan tertutup dan tidak wajar untuk beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan perbincangan itu.

"Jadi lepas ini, kalau beginilah keadaannya, tiada siapa yang nak berbincang. Bincang di kedai kopi pun boleh jadi kenyataan," katanya lagi.

Presiden PAS hanya menjawab tiada perjumpaan semalam merujuk kepada pertanyaan wartawan. Mungkin jika ditanya kemarin mungkin ada itu bukan perjumpaan sekadar pertemuan biasa sebelum Presiden PAS bertolak ke leuar negara.

Perbincangan dan percakapan pun difahamkan bahawa Presiden merujuk perkara sebelum ini iaitu PAS mahu kekalkan TSKI dan akan memantau TSKI akibat daripada banyak sangat teguran kepada dia termasuk susah nak bagi peruntukkan. Saya rasa perkara ini telah kita maklum semua sebab Presiden PAS telah pun sebelu di perkarangan masjid Rusila danb ada video berkenaan perkara ini. Adakah Nik Nazmi tidak memahami percakapan Presiden PAS yang mungkin ada sedikit dialek Terengganu walauhulam.

Tapi rasa memang tidakan ini tidak bijak (bodoh).

Kenapa pimpinan PKR selalu sangat nak bocor maklumat sedangkan perkara itu adalah sulit sama juga seperti pertemuan 10 orang pimpinan PAS-PKR sebelum ini yang mana selepas sahaja perjumpaan tersebut Saifudin Nasution terus berjumpa wartawan harakah dan menceritakan pertemuan itu dalam persepsi yang sangat buruk kepada PAS dan kepimpinan ulama. Tak hairanlah kalau harakah tidak mesra Presiden dan Ulama.


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Tiada ulasan: